Friday, 18 December 2015

Introduksi #MenjejakYunnan

Bismillahhirrahmannirrahim.

Menjejak Yunnan #menjejakyunnan
5 Disember 2015 - 14 Disember 2015.

Macam dalam post lepas, aku ada bagitau pasal aku nak terbang mengembara lepas berbulan beli tiket kan? Betapa aku struggle *kekonon* nak buat research sampai rasa semua benda tak setel lagi kan?

Alhamdulillah. I did it! Hehee.

Sebenarnya, aku tak pergi jauh mana pun. 4 jam terbang je dari Malaysia. Aku ke Yunnan, salah satu provinsi di China. Kenapa aku pilih Yunnan? Nanti aku cerita. Sabar okeyy. Ni baru nak bagi acah-acah teaser je. Hehe.

Gara-gara group Backpackers Buddies Malaysia (BBM) kat Facebook yang selalu bakar line bila orang upload post pergi merata tempat secara bekpek dan bajet, aku pun terpengaruh. Aku rasa terbakar je bila tengok orang ke sana sini tapi tak keluar banyak belanja. I is jealous. Tapi, masih tak mampu nak pergi tempat yang lagi best. Duit. Duit. Duit. Sobsob.

Dan, bermula dari trip ke Phnom Penh, kemudian ke Thailand, Langkawi, dan Pulau Perhentian (termasuk Kuching yang terpaksa aku batalkan sebab kerja), hampir kesemuanya tanpa gunakan ejen, sendiri survive dan semata-mata berdasarkan research yang pelbagai dan bertanya supaya tak malu lalu sesat jalan. Heee.

Know what? Kepuasan tu lain sangat bila kita travel sendiri, rancang sendiri, dan berdikari sepanjang tempoh travel tu.

Bukan nak berlagak. Sebab aku pun ada jugak silap-silap dalam merancang ni, ada yang terlepas pandang bagai. Tapi, Alhamdulillah, dipermudahkan urusan dari A to Z. Yang susah sikit-sikit tu normal la kan.

Bagi yang selalu kata aku asyik berjalan tu, ketahuilah bahawa aku juga mengumpul duit untuk travel ni. Bukan sebab banyak duit ke apa. Takkk. Sebab aku bukan orang senang, yang nak pergi memana takyah fikir, just go. Huhuu. Kalau banyak duit, aku dah sampai dah negara idaman aku macam Korea, Bosnia, Europe, Kashmir, dan sebagainya. Haha!  *mak dah suruh simpan duit suruh kahwin*

Aku travel secara bajet. Jadi, bila aku rancang sendiri, aku dapat jimat banyak. Sebab aku cari alternatif paling mudah dan murah, tapi dalam masa yang sama, aku aplikasikan ikut situasi dan tak memudaratkan. Itu salah satu cara aku nak jimat bajet.

Tapi, masih belum mampu nak redah saja tanpa persediaan, sebab aku memikirkan tentang bajet. Tak cukup duit kang, bikin naya aku duduk kat kaki lima negara orang tadah tudung mintak duit nak balik Malaysia. Takpun buat salah biar kena tangkap lepas tu Kedutaan/Pesuruhjaya Tinggi hantar balik. Takpun, kerja laaaa apa pun demi mencari duit nak beli tiket. Kihkihkih. Okey, Nauzubillah minta laa dijauhkan.

Sambungan tajuk.

Hajat hati aku nak mengembara ke wilayah Yunnan secara bajet dan backpack. Berbekalkan tiket return KL-Kunming-KL berharga RM373 yang aku beli pada bulan Februari 2015 (kalau tak silap masa tu Air Asia buat promo). Merancang hampir 10 bulan dan perancangan rapi sebulan setengah sebelum bermula, kitorang berjaya tamatkan kembara 10 hari di Yunnan, China. Siap berbaju kurung masa hari akhir Yunnan, dari Kunming sampailah kat KL. Yeehuuuuuu!

Risau jugak sebenarnya nak mengembara secara berdua, dedua perempuan pulak tu, lepastu tak guna khidmat ejen. Memang 100% sendiri ikut pelan yang dah rancang cuma ada sedikit perubahan, ikut situasi dan bekala duit.

Dan hakikatnya, dari segi gambar memang kitorang nampak happy jee. Fuhhh nampak macam mengujakan dan menyeronokkan. Tapi sebenarnya, survival kami untuk teruskan perjalanan selama 10 hari adalah lebih dari itu.

Lagi pulak bila aku dan travelmate, Echa, tak sihat pada hari ketiga dan keempat. Kitorang muntah-muntah, terlepek kat katil, sakit kepala, sakit perut terlampau, dan sebagainya sampai Echa hampir give up nak balik Malaysia. Alhamdulillah, paksa diri juga dan Allah bantu untuk baikkan kesihatan dengan ikhtiar.

Masalah bahasa paling utama, memang guna bahasa ayam itik dan isyarat badan. In the end, cakap Melayu jelaa. Kita cakap Melayu, diorang cakap Cina. Cong ceng cong ceng laa bunyinya. Asalkan maksud sampai. 

Lebih bersyukur, perjalanan kami juga dipermudahkan dari awal hingga akhir, ramai yang membantu apabila kami agak lost dan tak tahu arah tuju. Juga, kami dapat kawan baru dari China dan Korea! Sangat seronok berjodoh dengan diorang.

Route kami adalah :
Kuala Lumpur-Kunming-Lijiang-Tiger Leaping Gorge-Shangrila-Lijiang-Kunming-Kuala Lumpur

Kami guna sepenuhnya pengangkutan awal seperti bas mini, minivan, keretapi, tuktuk, bas ekspres, kereta. Cakap laa apa je jenis kenderaan kat sana. Semua kitorang tibai demi nak bergerak. Tapi teksi tak laa sebab mahal.

Kitorang jugak berpindah-randah hostel dan guesthouse mengikut tempat, tapi kitorang pilih untuk ambil bilik berdua sebab harga lebih kurang je macam kalau tinggal di dorm. Senang nak terbongkang kat bilik dan takyah share bilik air which is share bilik air agak mengerikan sebenarnya bila kau kat China *hakak tak sedia*.

Dari aspek bajet juga alhamdulillah tak melebihi apa yang dirancang, tempat yang kami berhajat nak pergi juga, hampir kesemuanya dapat pergi. Bajet keseluruhan termasuk tiket flight return, travel insurans AIG, visa single entry, dan lain-lain perbelanjaan di sana (fee, bus, train, makan, dll), semuanya tak melebihi RM2000 seorang. Ada yang boleh dijimatkan sebenarnya tapi ada situasi yang agak crucial jadi kami pejam mata hulur duit (kebanyakannya bab makanan masa darurat dan tak sihat)

After all, terima kasih pada rakan-rakan yang membantu sepanjang tempoh perancangan dan tempoh kami berkelana. Juga sumber rujukan di blog (terutama blog Atlas Seorang Pengembara), group BBM, TravelChinaGuide, Lonely Planet, TripsAdvisor, ChinaHighlight, dan lain-lain.

Next aku akan kongsikan tips dan persediaan awal sebelum aku mulakan kembara aku.

Till the next post! 


di Tiger Leaping Gorge

Nur Masyita Atiqah
8.25 pm
18 Dec 2015