Friday 6 February 2015

Pertama Kali Terbang


Hai!

Okey, sebelum aku mulakan sebarang perkongsian post tentang tempat-tempat yang aku dah pergi dan post yang berkaitan dengan travel, aku terasa macam nak kongsi sikit tentang pengalaman pertama aku naik flight.

Naik flight sebenarnya bukanlah pilihan utama aku. Tak pernah terfikir pun nak naik flight ni sebab selalu termomok dengan anggapan "naik flight hanya untuk orang kaya je". 

Sampailah pada tahun 2013, waktu tu aku kat ofis kat IMIC, IRDA. Oh, dulu aku join GEMS anjuran Talent Corps untuk 2 bulan kat Hotel Seri Malaysia Mersing (batch GEMS SMM07C), dan lepas tu aku terpilih untuk intern kat IRDA selama 6 bulan kat unit Strategic Communications. Ofis aku kat Danga Bay. Aku suka ofis aku ni sebab belakang tu laut so bila ada event yang kena organise, biasanya memang akan buat kat luar tu. Nyaman je. Menghadap pula dengan Singapura. Antara tempat yang best nak lepak tapi sekarang dah takde akibat kerakusan manusia. 

Kalau korang pergi ke Danga Bay, datanglah masuk kat dalam Iskandar Malaysia Information Centre ni. Masuk percuma dan boleh dapat maklumat tentang Wilayah Iskandar dan dalam tu ada informative area yang menyeronokkan!

Ehem, dah jauh sangat lari topik. Hihi. Berbalik semula kisahnya, masa aku kat ofis tu, kawan aku, Ila tiba-tiba mesej ajak pergi Kuching, Sarawak. Aku pun macam, "Haa? Sarawak? Mana ada duit."

Yela, masa tu aku cuma intern dapat RM1k je sebulan, tambah sikit-sikit elaun yang IRDA bagi sehari RM20, sebulan tak sampai pun RM1500 pendapatan aku. Lagi pulak, aku duduk menyewa kat BBU tu. Duit minyak kereta sebab menumpang kereta kawan, duit makan, bagi kat family. Puk pak puk pak, berapa jelaa baki duit yang aku ada setiap bulan. Sobsobsob.

Tiba-tiba jugak, Ila cakap yang tiket flight Air Asia return KL-KCH cuma RM55.

Tergamam. HAAAAAA?! RM55? Biar betul?

Terus aku mesej Mak, tanya kalau Mak izinkan nak pergi Sarawak tu. Dan mak bagi lampu hijau beliau. 

Maka, aku pun 'on', dan urusan beli tiket semua Ila yang bereskan. Kiranya masa tu aku noob pasal beli tiket flight ni. Cuma masa nak pergi tu je aku mula Google dan baca kat blog orang pasal pengalaman naik flight pertama kali, pengalaman check in flight, seat best dalam flight, study pasal airport, dan segala jenis study yang menunjukkan aku ni newbie dan nubis. Dari situ laaa aku belajar pasal flight dan segala jenis urusan tiket flight dan juga mula gigih bukak website Air Asia nak tengok harga tiket. Hihi.

Disebabkan aku kat JB, masa nak ke Kuching tu, aku naik bas dari Larkin ke Kuala Lumpur. Tumpang tidur satu malam kat rumah kawan aku, dan berdiri di atas kaki sendiri nak ke LCCT tu (masa tu Air Asia masih lagi kat LCCT). Naik bas kat KL Sentral dan jumpa Ila, Ika dan family Ila kat LCCT.

Puk pak puk pak, masa yang ditunggu tiba. Waktu untuk naik flight.

Serius seriau. Yela, aku ni fobia sebenarnya dengan flight. Dulu masa aku kecik-kecik masa sekolah menengah aku ada buat satu buku khas yang aku simpan keratan akhbar tentang kemalangan udara. Tebal jugak laa buku tu sebab aku tampal semua yang aku baca yang berkaitan dengan pesawat terhempas. Pelik kan tabiat aku ni? Dan novel sekolah yang paling aku gemar adalah novel 'Tragedi 4 Disember', novel waktu Tingkatan 2 yang diinspirasikan dari tragedi nahas pesawat MAS di Tanjung Kupang, Johor. Banyak kali juga aku ulang baca.

Sebab tu aku macam tak percaya aku akan cuba peluang naik flight ni. Sebab pertama, tiket 'mahal'. Sebab kedua, fobia.

Jadi masa dalam flight, aku cop nak tepi tingkap. Ika tengah, Ila dekat sebelah runway. Yela, aku nak feeling naik flight kan. Wajib la tepi tingkap sebab nak ambil beribu gambar sayap dan awan. Hihi.

Disebabkan aku, Ila, dan Ika sama-sama pertama kali naik flight, nervous tu jangan cakap. Masa flight mula nak take off, aku, Ila dan Ika pegang tangan sesama sendiri. Konon-konon takutlaa. Doa dah baca awal-awal lagi. Tapi bila flight dah naik dan dah stabil, kitorang gelakkan diri sendiri sebab pengecut sangat padahal takde apa pun. Haha!

Dan waktu tu laa, pertama kalinya aku terbang, ada di udara, menikmati indahnya alam ciptaan Tuhan. Rasa nak kepal-kepal awan yang cantik tu. Terpesona dengan luasnya laut biru. Bila dah ada di ruang udara Kuching, mula kagum dengan Sungai Rajang yang sangat besar. Subhana Allah.

Jadi, itulah pengalaman pertama aku naik flight. Sangat mengimbau memori. Kelakar bila dikenang semula. Noob sangat. Takpela, dah memang tak pernah naik flight kan. Pengalaman tu yang penting. Sejak tu, aku dah mula hilang fobia pada flight dan mula menikmati setiap penerbangan aku. 

Bosan sebenarnya dalam flight sebab tak ada benda kau nak buat. Aku biasanya bawa buku untuk dibaca kalau naik Air Asia. Kalau MAS, Malindo ok sikit ada movie yang boleh kita tonton. Jarang sangat aku tidur dalam flight, sebab aku taknak terlepas dari momen yang menarik atas udara, dan aku takut kalau sesuatu yang tak baik terjadi masa aku tertidur. -.-

Apapun, masih diakui, sampai sekarang kejakunan aku masih tak dapat diatasi. Aku sanggup stay sepanjang flight demi nak dapatkan shot cantik atas pesawat dan nak menikmati indahnya bumi. :)

p/s : Al-fatihah buat mereka yang terkorban dalam nahas pesawat MH17, QZ8501, dan mereka yang tidak kita ketahui nasibnya dalam pesawat MH370. Sesungguhnya setiap yang bernyawa pasti akan mati, dan hanya Dia yang tahu bagaimana pengakhiran kehidupan kita.


SYITA 




“The journey of a thousand miles begins with a single step.”

Thursday 5 February 2015

Sepatah Dua Kata


Bismillahhirrahmanirrahim. Assalammualaikum. 

Hai! 

Nama saya Nur Masyita Atiqah, boleh panggil Syita je. I'm a newcomer! ;p
*acah-acah salam perkenalan*


Sebelum ni, aku dah pernah ada blog tapi lebih kepada blog personal. Bukanlah blogger tegar pun. Setakat menulis ikut dan je. Rasanya dah lebih 2 tahun aku tak ada update apa-apa dan langsung lupa password blog tu. Tambah lagi dengan jaringan internet yang agak tak berapa memberangsangkan, langsung terlupa yang aku pernah suka menulis. Hihi.

Dan sejak kebelakangan ni aku rasa yang aku suka membaca blog orang lain, terutamanya blog tentang travel, backpack, travel bajet, bercuti mewah, dan sebagainya.

Dan sejak tahun lepas juga aku mula travel, sama ada secara acah-acah backpack ataupun leisure vacation.

Dan sejak tahun lepas juga aku join group Backpackers Buddies Malaysia dan Malaysian Backpackers Club kat Facebook. 

Maka, banyak sangat info yang aku dapat kat situ yang berkenaan dengan travelling ni. Sama ada secara ikhlas diberikan mereka mahupun secara sarkastik (hihi) dan juga hasil galian melalui button search, blog-blog, dan berkongsi pengalaman. 

Serius seronok! Sebelum ni, it's almost impossible for me to go out and to explore another side of the world. Aku selalu fikir yang nak travel ni kena ada duit banyak. Tak ada duit jangan berangan nak berjalan mana-mana.

Yelah, masa aku sekolah dulu, jangan harap nak berjalan. Bukan orang senang kan. Rombongan sekolah pergi WetWorld Batu Pahat pun aku tak lepas walaupun cuma bayar RM20 (waktu tu RM20 tu umpama RM200 okey). Waktu kat Universiti barulah aku mula panjangkan langkah aku. Ikut lawatan dan program kelab, persatuan, kolej. Memandangkan pula aku belajar kat Utara, lagilah panjang langkah aku. Utara, Selatan, Timur semua siap jelajah. Maklumlah, percuma atau bayar sikit je kan. Nak harap pergi sendiri memang tak lah. 

Alhamdulillah, rezeki kan?

Dan sejak bekerja, ada sikit rezeki aku panjangkan rezeki tu untuk bertukar dengan pengalaman pula. Taklah jauh lagi mata aku ni menjelajah, tapi dalam kepala memang dah set banyak lokasi jugak. Duit pun kena kumpul dulu barulah boleh nak dilabur dengan pengalaman semua tu kan. 

Dan sejak mengenal dunia budget travel, backpacker, baru aku tau yang tak perlu banyak sangat duit pun. Dan kalaupun kita bukanlah backpacker tegar sekalipun, kita masih mampu pergi ke satu-satu tempat tu dengan cara mudah, murah, dan lebih bebas. Seronok bila ada ruang dan medium yang berkongsi ilmu ni. Bantu orang lain dan dalam masa yang sama kita tambah ilmu di dada di minda di kepala dan seluruh organ tubuh kita.

Kita sendiri rancang aktiviti kita. Kita sendiri rancang bajet kita. Kita sendiri rancang setiap inci perjalanan kita. What a wonderful experience!

Buat masa ni aku baru mampu ke beberapa tempat yang aku sendiri memilih untuk pergi. Dan inshaAllah akan ada beberapa yang bakal menyusul. *mimpimimpiberangan*

Semoga rezeki lebih dimurahkan, dan diberi peluang untuk terus menikmati keindahan alam dan dunia ni.

Oh lagi satu, aku buat blog ni tujuannya untuk berkongsi pengalaman tentang travel, dan mungkin beberapa juga yang berkaitan. Dan mungkin kadang-kadang terselit juga yang tak berkaitan travel. Ikut mood. Tapi harapnya aku tak tersasar dari landasan sendiri. Hee.


Semoga ketemu lagi dalam post akan datang. Cheers!

SYITA 




"Travel is a book.  
And those who do not travel read only a page."