Bismillahhirrahmanirrahim. Assalammualaikum.
Hai!
Nama saya Nur Masyita Atiqah, boleh
panggil Syita je. I'm a newcomer! ;p
*acah-acah salam perkenalan*
Sebelum ni, aku dah pernah ada blog
tapi lebih kepada blog personal. Bukanlah blogger tegar pun. Setakat menulis
ikut dan je. Rasanya dah lebih 2 tahun aku tak ada update apa-apa dan langsung
lupa password blog tu. Tambah lagi dengan jaringan internet yang agak tak
berapa memberangsangkan, langsung terlupa yang aku pernah suka menulis. Hihi.
Dan sejak kebelakangan ni aku rasa yang
aku suka membaca blog orang lain, terutamanya blog tentang travel, backpack,
travel bajet, bercuti mewah, dan sebagainya.
Dan sejak tahun lepas juga aku mula
travel, sama ada secara acah-acah backpack ataupun leisure vacation.
Dan sejak tahun lepas juga aku join
group Backpackers Buddies Malaysia dan Malaysian Backpackers Club kat
Facebook.
Maka, banyak sangat info yang aku dapat
kat situ yang berkenaan dengan travelling ni. Sama ada secara ikhlas diberikan
mereka mahupun secara sarkastik (hihi) dan juga hasil galian melalui button
search, blog-blog, dan berkongsi pengalaman.
Serius seronok! Sebelum ni, it's almost
impossible for me to go out and to explore another side of the world. Aku
selalu fikir yang nak travel ni kena ada duit banyak. Tak ada duit jangan
berangan nak berjalan mana-mana.
Yelah, masa aku sekolah dulu, jangan
harap nak berjalan. Bukan orang senang kan. Rombongan sekolah pergi WetWorld
Batu Pahat pun aku tak lepas walaupun cuma bayar RM20 (waktu tu RM20 tu
umpama RM200 okey). Waktu kat Universiti barulah aku mula panjangkan langkah
aku. Ikut lawatan dan program kelab, persatuan, kolej. Memandangkan pula aku
belajar kat Utara, lagilah panjang langkah aku. Utara, Selatan, Timur semua
siap jelajah. Maklumlah, percuma atau bayar sikit je kan. Nak harap pergi
sendiri memang tak lah.
Alhamdulillah, rezeki kan?
Dan sejak bekerja, ada sikit rezeki aku
panjangkan rezeki tu untuk bertukar dengan pengalaman pula. Taklah jauh lagi
mata aku ni menjelajah, tapi dalam kepala memang dah set banyak lokasi jugak.
Duit pun kena kumpul dulu barulah boleh nak dilabur dengan pengalaman semua tu
kan.
Dan sejak mengenal dunia budget travel,
backpacker, baru aku tau yang tak perlu banyak sangat duit pun. Dan kalaupun
kita bukanlah backpacker tegar sekalipun, kita masih mampu pergi ke satu-satu
tempat tu dengan cara mudah, murah, dan lebih bebas. Seronok bila ada ruang dan
medium yang berkongsi ilmu ni. Bantu orang lain dan dalam masa yang sama kita
tambah ilmu di dada di minda di kepala dan seluruh organ tubuh kita.
Kita sendiri rancang aktiviti kita.
Kita sendiri rancang bajet kita. Kita sendiri rancang setiap inci perjalanan
kita. What a wonderful experience!
Buat masa ni aku baru mampu ke beberapa
tempat yang aku sendiri memilih untuk pergi. Dan inshaAllah akan ada beberapa
yang bakal menyusul. *mimpimimpiberangan*
Semoga rezeki lebih dimurahkan, dan
diberi peluang untuk terus menikmati keindahan alam dan dunia ni.
Oh lagi satu, aku buat blog ni
tujuannya untuk berkongsi pengalaman tentang travel, dan mungkin beberapa juga
yang berkaitan. Dan mungkin kadang-kadang terselit juga yang tak berkaitan
travel. Ikut mood. Tapi harapnya aku tak tersasar dari landasan sendiri. Hee.
Semoga ketemu lagi dalam post akan
datang. Cheers!
SYITA
"Travel
is a book.
And those who do not travel read only a page."
No comments:
Post a Comment