Friday 18 March 2016

#menjejakyunnan : Day 4


8 Disember 2015 | SELASA

Lijiang - Qiaotou - Tiger Leaping Gorge

It's a new day and I feel refresh! So much better than yesterday.

Alhamdulillah, bangun awal pagi dan rasa selesa, rasa lega berbanding semalam. Pagi yang terlalu sejuk, dan tak memerlukan untuk mandi. Ehem, bila kat tempat yang cuaca sejuk macam ni, mandi 2 hari sekali pun dah okey. Sebab tak berpeluh pun dan nak elakkan daripada badan menjadi terlalu kering. Betul tak tipuuuuuuuuuuu. Wangi je tauuuu.

Bangun, kejut Echa. Tengok kalau keadaan dia dah okey. Tapi, tak. Echa masih macam semalam dan nampak lebih teruk. Baring pun mengerekot.

Kali ni, Echa macam dah give up. Echa cakap, "Syita, kita rasa kita nak balik Malaysia lah. Kita dah tak larat, sakit sangat".

Allah, macam mana ni? Apa aku nak buat? 

Masa ni aku dah agak keliru dan tak tau nak buat apa. Blur habis. Nak bawak pergi hospital, tak tau macam mana. Nak balik Malaysia, kos satu hal. Tiket ada atau tak pun satu hal. Tapi, kalau Echa makin teruk, macam mana? What if something bad happen?

Atau, aku patut tukar plan? Cancel je Tiger Leaping Gorge dan stay lagi kat Lijiang ni sampai Echa betul-betul sihat.

Berkecamuk jugaklah fikiran masa ni. Should I do A or B or C or even Z?

Aku langsung tak teringat pasal travel insurance yang kitorang ambil. Padahal, kalau refer ke hospital, kena warded dan caj, insurance tu boleh cover. Silly me.

At last, aku decide. Aku cakap kat Echa, "Echa, kita gerak je ikut plan. Tapi kita cancel plan untuk hari ni. Kiranya, kita gerak je ke Qiaotou dan Tiger Leaping Gorge, tapi kita tak payah buat hiking. Nanti dalam perjalanan Cha tidur je dalam bas, then sampai sana nanti Cha rehat je. Harini kita takyah buat apa-apa. Takut Cha jadi makin teruk nanti."

Aku tau, Echa mesti rasa berat hati. Serius, keadaan dia teruk yang sampai tahap dia nak duduk dan berdiri betul pun tak larat. Aku tengok pun kesian, tapi, tu je keputusan yang aku rasa terbaik untuk aku buat. Sekurang-kurangnya, kitorang teruskan perjalanan ke tempat yang boleh rehat dengan aman.

Echa bagitau, malam tadi dia tidur, tapi awal pagi dia tersedar sebab rasa sakit sangat dan dia tak boleh nak sambung tidur sebab tahan sakit. Aku pulak tidur mati sebab penat sangat.

Echa bangun dan kemas-kemas barang dia. Aku kemas bilik mana perlu, pastikan takde barang yang tertinggal. Masa ni aku dah start nervous sebab jam dah tunjuk 6.45 am. Aku target, pukul 7 aku kena gerak ke tempat nak tunggu bas tu sebab perjalanan nak ke sana je dah ambil masa 15 minit. Dan dalam keadaan Echa macam ni, aku jangka kitorang akan ambil masa lebih lama.

Echa siap kemas, kitorang terus checkout. Makanan yang tapau semalam, kitorang tinggal je sebab tak rasa nak makan dalam keadaan macam tu.

Nak checkout pun satu dugaan. Memang aku rasa masa ni agak menguji kesabaran aku. Terkejar masa, barang banyak, orang hostel pulak yang tak muncul-muncul kat kaunter. Walhal dah bagitau kitorang nak checkout awal.

Puas panggil, rupanya ada staf hostel yang tengah tidur kat sebalik kaunter. Sedap dia baring, jenuh aku panggil tak menyahut. Kalau tau dia kat situ, aku cari bulu ayam ke ranting halus pastu gosok-gosok kat hidung dengan telinga dia. Baru tauuuuuu.

Dia bangkit, aku pun bagitau nak checkout dan nak mintak balik duit deposit.

Aku pulangkan kunci, tapi dia tak bagi duit deposit. Aku tanya, lepastu dia cakap apa tah aku tak paham. Haih, memang masa ni, aku rasa aku panas hati. Entah kenapa tahap kesabaran di paras terendah. Aku terkejar masa, dengan dia ni pulak yang tak bagi duit deposit lagi.

Puas berperang mulut, dia tunjuk resit. Oo, rupanya dia nak resit yang dapat masa check in ritu. Awat hang tak tunjuk awal-awal ceq. Ceq tak gheti hang cakap pa dia tahhh.

Allah, clumsy lagi, mana pulak aku letak resit tu. Serius, aku terlupa langsung pasal resit deposit.

Aku punggah beg aku mencari kat mana aku simpan resit berharga tu. Habis semua poket beg aku punggah.

Tak jumpa.

Rasa nak terduduk dan nak menangis. Aku dah lah tak boleh keadaan macam ni, nanti aku clumsy dan jadi makin serabut.

Failed. Aku rasa nak give up. Burn jelaa deposit tu.

Tak boleh tak boleh. Jangan macam ni Syita. Bagi diri sendiri tempoh bertenang, cuba ingat balik kat mana aku simpan.

Aku teringat. Fail yang aku simpan semua dokumen cetak dan resit! Aku cari fail tu dalam bagpack kecik. Alhamdulillah. Memang ada.

Aku terus bagi kat staf hostel, dia pulangkan balik 70 yuan deposit. Dan, sambung balik tidur. -.-

Lepastu, terus aku angkut semua beg, dan ajak Echa gerak. Tengok jam dah pukul 7.10 am. Ligat fikir, sempat ke tak kitorang sampai sebelum 7.30 am ni, sebab semalam PIC hostel dah bagitau, datang sebelum 7.30 am, atau kena tinggal.

Aku cakap kat Echa, jalan slow ikut kemampuan dia. Aku suruh dia galas bagpack dia je. Beg troli dia dan barang lain aku tolong bawakkan sebab aku tau dia tak larat.

Memang pagi tu menguji aku sangat. Aku kena bergantung pada memori aku untuk ingat jalan ke tempat tunggu bas. Echa totally flat dan aku taknak bagi dia fikir berat. Decision aku untuk teruskan perjalanan ni pun aku dah rasa aku selfish pada dia sebab terpaksa paksa dia dalam keadaan macam tu.

Entah kenapa, mungkin sebab aku clumsy, serabut, confuse, rasa bersalah dan segala jenis aura negatif wujud dalam diri, awal lagi kitorang sesat. Silap arah. Padahal semalam dah hafal semua landmark dan nak belok kiri kanan kat mana.

Puas ingat jalan, try and error, baru jumpa pintu gerbang yang sepatutnya kitorang lalu. Patut belok kanan, tapi kitorang terbelok kiri. Memang laa tak jumpa pintu gerbang tu.

Dah lega bab tu, muncul bab baru.

Anjing besar 2 ekor menunggu kat tangga yang kitorang kena naik.

Serius. Besar gila. Saiz apa tah. Garang. Dan asyik menyalak.

Aku dari awal dah dengar bunyi anjing menyalak tak berhenti. Aku pandang Echa yang ada kat belakang. Echa jalan slow je dan aku memang jalan laju sikit sebab aku nak mark jalan. Echa takut anjing, jadi bila anjing ni tetiba muncul, aku tau memang akan bagi kesan kat dia nanti.

Echa sampai, aku bagitau, "Cha, ada anjing besar dua ekor kat simpang ni. Kita kena naik tangga ni tapi anjing tu ada kat situ pulak".

Echa dah cuak, macam mana nak lepas. Aku memang kena beranikan diri jugak untuk protect (fuhhh protect kauuuuu) Echa sebab Echa memang tak boleh dengan anjing. Automatik boleh lari tak cukup tanah even anjing comel yang pakai collar tu (Heheee maap Cha).

Aku pesan kat Echa, "Cha, kita kena lalu jugak, tapi slow-slow supaya tak kena kejar. Cha jangan lari, jangan tunjuk Cha takut, kalau tak memang dia dekat sebab dia tau kita takut dengan dia. Cha ikut je dekat kita, Cha jangan buat movement takut ke apa. Follow je langkah kita".

Fuhhh. Masa ni aku rasa macam aku penyelamat dunia. Semangat superpower betul. Berani gila kot padahal aku pun dah ketaq tengok anjing tu besar dan bunyi menyalak yang menakutkan. Dalam hati, ada rasa nak memaki jugaklah kat anjing tu. Apekehey kome muncul kat tangga ni pagi-pagi. Bagi can laaa kitorang lalu dulu baru kome datang. Haih. Dah lah pagi buta takde orang, kosong je jalan ni.

Allah tu memang Maha Mendengar dan Penyelamat. Dalam risau nak melepasi anjing besar tu, tiba-tiba ada seorang perempuan dengan anak perempuan dia lalu jalan yang sama. Dia tengok kitorang macam takut-takut agaknya, dia pun slow. Aku rasa, dia sebenarnya pun tak berani nak lalu sebab dia berhenti kat tempat kitorang berdiri tu lama jugak sambil cuba halau anjing tu.

Anjing tu taknak beralih. Akak China tu jalan slow-slow dan bagi gesture suruh kitorang ikut dia. Aku pun ikut dia, jalan slow je supaya tak nampak pergerakan yang boleh menyebabkan anjing tu serang kitorang.

Dalam hati dah macam-macam doa baca.

Satu langkah dua langkah melepasi anjing tu. Fuhhh, seram aku tengok anjing tu. Dua ekor anjing ni tengah menyalak-nyalak sambil pandang dan macam nak terkam. Tapi beranikan jugak diri, ikut je akak tu sambil tarik Echa.

Sampai je kat tangga, terus kitorang naik tangga laju-laju sampai atas.

Alhamdulillah, lepas halangan anjing ni. Aku terus cakap "Xie Xie" banyak-banyak kali kat akak tu, sebab tolong kitorang. Lega.

Tengok jam, dah 7.20 am. Aigooooo, dah lambat ni. Jauh lagi ni baru sampai. Masa ni kat jalan tu dah mula ramai orang dan ada kedai bukak. Ramai budak kecik on the way nak pergi sekolah, ditemani ibu atau ayah diorang.

Echa dah makin tak larat. Perjalanan masih jauh. Kat sini takde pulak kenderaan yang membolehkan untuk kitorang minta tolong hantarkan. Ada, motor polis. Tapi aku tak tau macam mana nak minta tolong. Kalau tak, boleh jugak laa fefeeling Police Story.

Aku cakap lagi kat Echa, "kita dah lambat ni Cha, mesti tak sempat sampai sebelum 7.30. Takpe, kita jalan slow ikut kemampuan Cha, beg Cha kita bawak. Tawakal je, kalau sempat sampai, alhamdulillah, kalau tak, kita redha jela".

Memang sebenarnya dah tahap redha. Ada jugak rasa menyesal sebab decide teruskan perjalanan. Tapi, dah separuh jalan, takkan nak patah balik kan? Pantang mundur sebelum operasi.

Slow-slow-slow-slow-slow-slow jalan. Alhamdulillah, tak lupa jalan dah. Ingatan bagus macam baru lepas telan berkotak kismis. Akhirnya, sampai ke tempat menunggu bas.

Dah sampai sini, blur lagi, betul ke tak ni tempatnya? Macam betul. Eh, tapi macam lain. Ke sebab kondisi siang malam yang nampak lain?

Takde pun bas warna hijau yang orang hostel tu bagitau. Malam tadi dia kata tunggu sini. Aku tengok balik tiket bas yang ada nombor plat bas. Pusing kiri kanan depan, takde jugak bas dengan nombor plat ni.

Tengok jam, dah 7.40 am.

Hmmm. Agaknya, bas dah tinggalkan kitorang. :(

Taknak give up sebab dah sampai tahap ni. Aku ajak Echa jalan ke depan sikit, mana tau ada. Mana tau, bas tunggu.

Yes. Miracle did happen.

Dari jauh ada seorang lelaki menuju kat kitorang. Aku ingatkan dia cuma pejalan kaki yang memang nak lalu jalan tu. Tapi, dia approach kitorang dan tunjuk arah bas.

Sekali lagi, syukur. Bas masih tunggu.

Aku tunjuk tiket tu kat dia, dia angguk. Lelaki tu sebenarnya driver bas dan dia memang tunggu kitorang sebab dalam list dia, cuma kitorang je belum sampai. Dia tolong bawakkan beg dan masukkan kat bahagian belakang bas, lepastu suruh kitorang naik bas sebab dah nak gerak. Entah berapa kali aku cakap "Xie Xie" sebab dia sanggup tunggu dan tak tinggalkan kitorang.

Aku suruh Echa naik dulu dan terus duduk, so dia boleh rehat dan tidur. Kitorang pilih seat berlainan. Duduk berasingan. Bagi can kat Echa rehat betul-betul dan ruang yang selesa.

Waktu ni, aku pun rasa tak selesa badan. Nak termuntah. Mungkin sebab paksa  fizikal aku sepenuhnya dari awal. Kepala pun dah mula pening. So, aku pun ambil keputusan tidur je dalam bas. Hajat nak berjaga sepanjang perjalanan dan menikmati pemandangan, aku lupakan.

Hentian kitorang nanti adalah Qiaotou (juga dikenali sebagai Hutiao Xia) sebelum teruskan ke Tiger Leaping Gorge. Qiaotou ni adalah pekan yang berada di pertengahan antara Lijiang dan Shangrila, dan berdekatan dengan Tiger Leaping Gorge (TLG). Macam hub penghubung antara beberapa kawasan la. Contoh route yang ada untuk ke bandar besar :

1.  Lijiang -Qiaotou-Shangrila
2. Shangrila-Qiaotou-Lijiang
3. Qiaotou-Shangrila, vice versa
4. Qiaotou-Lijiang, vice versa

Aku beli tiket ke Qiaotou semalam, sebab aku plan nanti kat Qiaotou nak minta guesthouse pick up je. Guesthouse yang aku booked memang ada servis pick up customer dari Qiaotou-Middle TLG dan dari Middle TLG-Qiaotou, cuma bayar 20 yuan seorang sehala.  

So, kiranya nanti dah turun kat Qiaotou, bolehlah lepak dulu kat situ dan pergi tempat menarik sementara menunggu guesthouse datang ambil. Itu pun cuma plan je sebab bergantung pada masa dan keadaan.

Dari Lijiang ke Qiaotou ambil masa dalam tak sampai 3 jam pun. Ikut kelajuan kenderaan jugak la.

Kalau diikutkan, ada banyak route nak ke Tiger Leaping Gorge ni. Paling kerap orang buat adalah route :

1. Lijiang - Qiaotou - Middle TLG. Route ni macam route yang aku nak buat. Turun Qiaotou then naik kenderaan lain ke Middle TLG.

2. Lijiang -  Middle TLG. Beli tiket terus ke Middle TLG. Tapi, bas masih akan berhenti kat Qiaotou untuk drop/pick up penumpang.

Cerita sikit tentang Tiger Leaping Gorge (TLG). Kenapa aku nak ke sini?

TLG ni dikatakan sebagai antara canyon yang terdalam dan tercantik di dunia, mengatasi Grand Canyon di United States of America. TLG terletak di tengah-tengah antara adik-beradik yang bergaduh dan jadi gunung Salji yang aku cerita dalam entri sebelum ni, si Haba dan Yulong.

Merentasi antara Yulong dan Haba Snow Mountain yang membentuk canyon TLG ni adalah Yangtze River. Yangtze River ni tersenarai sebagai sungai yang terpanjang di Asia dan ketiga terpanjang di dunia. Sungai ni jugak terpecah kepada beberapa bahagian, dan salah satunya adalah Golden Sand River, yang mengikut legendanya, adalah sungai yang menjadi penempatan Yulong dan Haba yang mereka cuba pertahankan daripada anasir jahat sehingga menyebabkan Haba terbunuh.

TLG ni memang nampak curam. Dari atas pandang ke bawah, kalau terjatuh, mungkin harapan hidup tu agak tipis. Sebab berbatu dan sungai yang sangat-sangat deras kat bawah tu. Ketinggiannya dikatakan mencecah 300 meter (700 kaki).

Lagi yang menarik mengenai TLG ni adalah, TLG menjadi pilihan ramai hikers dari serata dunia untuk hiking merentasi trail TLG. Trail TLG ni memang agak mencabar. Ada laluan sempit dan sangat steep, ada 28 bends, dan panjang keseluruhan trail adalah kira-kira 22 kilometer, yang mengambil masa hampir 2 hari penuh untuk menghabiskan trek.

Trail hiking TLG ada 3, iaitu Upper TLG (dari arah Jane's Guesthouse di Qiaotou), Middle TLG (paling popular dalam kalangan pengunjung bukan hikers) dan Lower TLG. Kalau nak hiking, trek boleh bermula sama ada dari Upper TLG ke Lower TLG ataupun dari Lower TLG ke Upper TLG. Paling popular, dari Upper ke Lower. Middle TLG biasanya akan jadi persinggahan di pertengahan, dan kat sini jugaklah terletaknya Daju Garden (Walnut Garden).

Kenapa dinamakan Tiger Leaping Gorge?

Hikayatnya, ia dinamakan sebegitu sebab mengikut ceritera lama, ada seekor harimau yang telah melompat merentasi antara jurang yang sangat jauh dan dalam ni dengan jayanya. Jadi, dari situ laa, TLG mendapat nama. Kat sini jugak ada satu patung besar berbentuk harimau, simbolik kepada harimau tu.

Maklumat lanjut, boleh dapat kat WikiTravel dan Travel China Guide.

Berbalik kepada kisah kami.

Sepanjang dalam bas, disebabkan kondisi kitorang yang tak berapa elok terutamanya Echa, kitorang tidur je sejak naik bas. Aku memang kalau boleh nak nikmati pemandangan sebab hasil bacaan aku, ramai bagitau pemandangan sepanjang perjalanan tu cantik.

Tapi, kepala memang tak boleh tahan sakit dan rasa nak muntah. Baik aku tidur.

Dah dalam 1 jam 30 minit perjalanan, aku terbangun. Tengok Echa, tengah tidur lagi. Taktau dekat mana, yang aku tau, kiri kanan dah kawasan luar bandar.

Bas berhenti kat satu kawasan ni dalam 10 minit, untuk penumpang beli buah-buahan atau pergi tandas. Aku ada baca, bas memang akan berhenti kat satu tempat sebelum tiba di Qiaotou. Inilah agaknya tempat tu. 

Bas yang kitorang naik.
Beberapa orang turun, termasuk sepasang couple Mat Saleh yang naik dekat Lijiang tadi. Aku gagahkan diri turun bas dan pergi amek udara segar. Sejuk jangan kata la, memang sejuk. Tapi, rasa refresh. Kat kawasan ni jugak bersebelahan dengan satu sungai besar, mungkin ni Yangtze River tu.


Tak lama lepastu semua naik dan bas sambung perjalanan. Waktu ni aku dah rasa okey, aku pun pindah tempat duduk. Seat penumpang sebelah driver ada kosong, so aku pun duduk kat situ. Betul-betul menghadap jalan. Ala, macam duduk kat seat atas dan paling depan bas double deck tu.

The best one. Terang benderang semua view yang ada, takde tapisan. Pulak tu ada pemanas kat bahagian depan, lagi laa rasa best sebab tak sejuk sangat. Boleh bukak glove yang dari pagi tadi dok pakai. 

Glove penjenayah.
Aku rasa bagus jugak aku tidur tadi, sebab sekarang ni baru nampak pemandangan sekeliling yang memang cantik. Kawasan ala-ala pekan kecil dan kampung, takde bangunan mega. Pokok kiri kanan. Sungai mengalir. Nice la.



Yangtze River
Signboard dah tunjukkan arah ke TLG dan ke Shangrila. Maksudnya, kitorang dah mula memasuki kawasan pekan Qiaotou. Kenderaan mulai banyak. Kedai kecik merata kat kiri kanan. Aku ternampak satu kedai dengan signboard Muslim. Fuhhh, makanan!
Shangrila ke TLG?

Pekan Qiaotou
Bas membelok masuk satu tempat ni, dan berhenti. Driver mintak semua penumpang turun. Kat depan bangunan yang bas berhenti ni ada tulis Shangrila Tiger Leaping Gorge Scenic Spot Ticket Counter.


Ohhhh. Kat sini laa yang kena beli tiket nak masuk ke kawasan TLG ni.

Oh ye aku lupa bagitau. Nak masuk ke TLG, kena bayar 65 yuan. Even nak masuk sekejap pun, tetap kena bayar.

So, aku turun dan masuk terus kat bangunan tu. Tak tahan nak stay lama kat luar sebab terlalu sejuk sampai mulut keluar asap.

Masuk dalam, pergi je kaunter mana-mana dan bagitau nak tiket untuk berapa orang. English diorang limited, tapi inshaAllah diorang tau apa yang kita nak. Sebab memang tu je laa tujuan kaunter tu wujud. Untuk bayar tiket masuk TLG. Heeee.


Dah dapat tiket, aku naik bas. Echa dah tersedar dah masa ni. Aku bagitau yang kita dah sampai Qiaotou dan aku dah beli tiket masuk ke TLG.

Lepas semua orang dah naik, bas teruskan perjalanan dan lepas tu berhenti lagi kat satu tempat ni. Kali ni, bas turunkan penumpang.

Aku blur taktau sama ada kitorang patut turun kat sini. Beberapa orang dah turun dan ambil beg memasing kat belakang bas. Aku pandang kiri kanan, nampak ada satu bangunan kayu. Aku teragak sama ada tu Jane's Guesthouse. Tapi, takde signboard, dan aku takde print pulak gambar Jane's. Aigooo.

Jane's Guesthouse ni dah jadi macam landmark untuk hikers. Kebanyakan hikers akan tinggalkan beg gedabak diorang kat Jane's (berbayar) sebelum memulakan hiking dari Upper TLG. Balik dari hiking, mereka akan ambil semula beg tu kat Jane's. Kalau nak minta Jane's tolong call guesthouse pun boleh jugak. Multi-function laa Jane ni. Serba boleh. Hebak mung Jane. Buat duit belako.

Disebabkan aku blur taktau kat mana, aku turun dan ajak Echa sekali. Kitorang pun angkut la beg kitorang sekali keluar dari bas. Tapi disebabkan aku masih tak berpuas hati dengan kedudukan semasa kitorang, aku pun approach driver bas tadi sambil tunjuk iti aku. Bagitau aku nak ke Tina's Guesthouse.

*kat sini laa sebenarnya kesilapan aku. aku nak sebut Jane's, tapi tersebut Tina's. Tina's ni pulak guesthouse kat Middle TLG. dan aku tak sedar slipped mouth ni sampailah aku dah kat dalam bas menghala ke Middle TLG*

Aku dok sebut Tina's, driver tu angguk je. Lepastu dia ambil iti aku, dan tanya aku nak pergi mana. Dia cakap Mandarin sebenarnya,  aku bajet paham jela apa dia cakap. Kihkihkih.

Aku tunjuk nama Tibet Guesthouse, tempat yang kitorang nak pergi harini. Dia angguk dan cakap dia tau tempat tu, tak jauh dari Tina's.

(Ye, memang hasil Google aku pun menyatakan, Tina's tak jauh dari Tibet Guesthouse, dalam 5 minit perjalanan je. Dan aku masih tak sedar kesilapan aku, padahal dah terang-terang dia kata Tina's tak jauh dari Tibest Guesthouse. Sepatutnya aku dah alert, Tina's dekat dengan Tibet Guesthouse, jadi Tina's bukan Jane's).

Driver bas tu suruh aku naik bas, dan masukkan balik beg kitorang dalam bas. Dia cakap, 30 yuan sambil tunjuk 3 jari dia. Aku angguk jelaa walaupun pelik, kena bayar lagi ke? Bukan ke Jane's kat sini je?

Masuk bas, dan bas pun gerak meninggalkan tempat tadi. Dalam bas, tinggal beberapa orang je lagi.  Aku sambung duduk kat tempat tadi. 

Kulihat Rimau
Waktu ni, perjalanan bas dah mula mencabar. Mendaki gunung, jalan yang sempit dan tak rata, kalau selisih dengan kenderaan lain tu ibarat sipi-sipi je. Pulak tu, sistem jalan raya China kan memandu sebelah kanan. Aku duduk kat sebelah kanan bas, kanan tu jugak gaung dalam. Boleh nampak betapa curam jurang dan sungai dengan bunyi air deras tu. Boleh jugak nampak, trail hiking. 

Beri laluan. Kambing sedang melintas.

Apa rumah sebijik tu buat kat tepi tu.
Berdebar jangan cakap la. Masa ni memang tawakal saja. Aku siap bayang kalau bas ni togel, means cuma kerusi je macam bahagian atas bas Hop On Hop Off tu. Syok memang syok, tapi terfikir jugak, ni kalau mak tau ni naik bas lalu kawasan macam ni, aku berani kerat jari mak tak bagi pergi punya. Hihiii. Ala, anak dara mak ni degil. Mak tak bagi, pujuk-pujuk mesti mak bagi. Lebiuuuu mak!

Belok kanan kiri, jalan ok, jalan tak ok, batu runtuh, jalan rosak, air terjun, segala jenis kecederaan kawasan pun ada. Jangan expect jalan raya yang elok bertar rata dan sempurna. Never expect.

Apapun, aku sangat kagum, walaupun kawasan ni dah boleh dikatakan jauh dari penempatan umum dan memasuki kawasan pergunungan, tapi jaringan jalan raya luas dan jalan jugak bertar. Takde jalan berbatu kerikil atau jalan tanah merah. Tiang elektrik pun berjajaran sepanjang perjalanan.

Ada satu tempat ni, selekoh tajam dan jurang kat tepi jalan tu, bas boleh lap laju macam takde apa. Aku dah kecut perut dah takut terbabas ke jatuh gaung ke. Huhuuu.

Lepastu, aku tengah leka rekod video, ada satu kawasan jalan sempit ni, bas memotong sebuah lori yang slow. Phewwww. Rasa nak gugur nyawa pun ada. Memotong tu mungkin takde apa. Tapi, dia pi potong dengan laju, kat selekoh sempit lagi. Hebak hebak hebak ore cino ni. Dalam hati aku, no wonder banyak kes pelik-pelik jadi. Hewhewhew.

Cubaan memotong sebuah lori yang slow

Apapun, aku enjoy perjalanan sepanjang dari Upper TLG ke Middle TLG, sebab view memang awesome dan satu pengalaman baru untuk aku. Tak berhenti puji diri sendiri sebab berani cabar diri travel macam ni. Hihi. Riak riak. ;p

Dalam setengah jam perjalanan, bas berhenti lagi kat satu guesthouse ni. Driver suruh kitorang turun dan keluarkan barang kitorang. Dia cakap, ni Tina's Guesthouse. Aku angguk je.


Tina's Guesthouse. Hai Cha buatpe tuuuu.
Faham laa, kiranya, aku dah tak payah suruh guesthouse amek kat Qiaotou lagi. Kiranya, aku bayar je kat driver bas ni untuk perjalanan dari Qiatou ke Middle TLG. Sorang bayar 30 yuan. Mahal sebenarnya sebab kalau ditotalkan, dah 70 yuan kitorang bayar untuk perjalanan dari Lijiang ke Middle TLG ni. Takpelah, sekali jalan je pun.

Then, driver mintak iti aku, dan dia tolong call owner guesthouse tu suruh pickup kitorang kat Tina's ni.

Sambil tunggu diorang amek, kitorang lepak dulu kat depan Tina's. Aku suruh Echa duduk dulu sebab dia tak berapa okey lagi. Sambil menunggu, aku borak dengan sepasang couple mat saleh dari Houston yang kebetulan ada kat luar tu jugak. Diorang pun baru lepas hiking, dan stay kat Tina's sebelum sambung hiking ke Lower TLG pulak.

Tetiba ada satu kereta datang dan approach kitorang. Aku fikir, dia ni orang guesthouse yang datang nak amek kitorang. Lepastu aku sebutla, Tibet Guesthouse? Dia sengih-sengih je pastu angguk-angguk. Pastu tunjuk jari 10 dan sebut 10 yuan. Aku bengang dah. Apahal nak bayar lagi. Aku geleng-geleng.

Kebetulan, driver bas datang dan cakap bukan naik dengan dia. Fuhhh. Lega.

Tak lama lepastu, datang lagi satu kereta, dan kali ni, memang owner Tibet Guesthouse. Akhirnyaaaa. Dia greet kitorang, tolong masukkan barang dalam kereta, dan kitorang pun gerak ke Guesthouse. Dalam kereta berborak sikit-sikit.

Memang tak jauh. Dalam 5 minit je. Tapi, kalau jalan kaki tu terasa penat jugaklah.

Sampai kat Guesthouse, aku terus - WOW! Eh, kejap. Syita, keje kau ni memang asyik nak WOW je ek? Dari awal entri asyik laa WOW. Takde ayat lain?

Okey. Osemmmmmmm! Cantiknyaaaaa guesthouse ni!

Tibet Guesthouse
Turunkan barang, diorang bawak naik ke atas. Dari jalan raya, kena naik tangga untuk ke aras tanah guesthouse. Aku tanya owner kalau nak kena check in dan bayar sekarang. Dia cakap, masuk je bilik dulu. Bayar nanti je.

Dia suruh sorang lagi staf ni tolong bawakkan barang ke bilik kitorang dan bagi kunci. Bilik kitorang kat aras 2, sebab aku memang request nak duduk kat aras 2. Boleh nampak pemandangan cantik dan ada balkoni.




Memang cantik Tibet Guesthouse ni. Diperbuat daripada kayu, sangat berunsurkan tradisional Tibet. Dalam bilik pun kemas je. Bilik kitorang menghadap gunung. Ada 2 katil twin, ada TV, luas jugaklah. Bilik air pun besar, cuma bilik air nampak agak lama sikit lah, mungkin tak pernah renovate. Air pun kecik je. Mujur ada air panas.



Tibet Guesthouse ni betul-betul diapit dua buah gunung, dan menghadap gunung dan gorge dengan sungai deras. Ada beberapa guesthouse lain yang berdekatan, ada jugak beberapa rumah tradisional kat sini. Kat bawah berdekatan dengan sungai, ada kebun sayur-sayuran.

Lepas staf tu keluar, aku pun cakap kat Echa suruh dia tidur dan rehat je dulu bagi refresh. Kesian Echa, asyik kena suruh tidur je. Hihi.

Aku cakap nanti aku order air halia madu untuk kitorang, biar badan rasa lega. Sebab aku teringat Azu ada cerita diorang pun order air ni masa diorang pergi Ladakh tu dan lepastu badan rasa lega.

Aku kemas sikit-sikit barang. Keluarkan barang yang nak guna. Dan cuci baju yang dah guna 2 hari. Berbaloi cuci baju kat sini, sebab depan bilik tu boleh sidai dan memang kering. Walaupun sejuk, tapi berangin dan ada cahaya matahari.

Lepas siap, aku turun ke bawah nak check in dan bayar duit bilik. Owner suruh isi borang detail pelanggan dan bayar. Kadar menginap satu malam cuma 120 yuan je, dalam RM70. Kebetulan masa kitorang datang sini, kitorang pelanggan tunggal dan takde customer lain. Mungkin sebab winter, tak ramai yang datang.

Owner pun tanya kalau nak makanan, dia boleh masakkan. Aku cakap, tak perlu, kalau nak nanti aku bagitau.

Aku order air halia madu, dalam tak sampai 10 minit siap. Secawan harga 10 yuan. Aku bawak naik dan suruh Echa minum sementara masih panas. Sedappppp. Aku dah pernah minum sebelum ni sebab Azu dok buat je lepas balik dari Ladakh, so takde masalah nak adapt dengan rasa air tu. Tak macam masa gi buat balinese massage kat Seri Pacific Hotel haritu, welcoming drink diorang bagi ginger tea, aku memang takleh minum sebab rasa pelik. Well, bab makanan pelik jangan bagi kat I. Memang tak berminat nak cuba.

Aku minum kat luar sambil hirup udara segar dan reward mata dengan pemandangan cantik. Sambil dengar bunyi sungai menderu deras. SubhanaAllah. Aku tak tau nak cakap apa perasaan masa kat sini. Tempat ni nampak biasa dan simple. Bukanlah tempat yang mewah. Tapi, aku rasa, feel of belonging tu sangat kuat. Aku kan jiwa sentimental sikit. So, bila kat tempat macam ni, perasaan tu lain dan ada satu perasaan yang tak terungkap.

Macam tak percaya pun ada, aku berjaya sampai kat sini. Dengan keadaan kitorang yang macam ni, dengan dugaan yang mungkin nampak kecil, tapi sebenarnya mencabar fizikal dan mental perempuan. Huu, baru teringat diri ni perempuan.

Lepak kat balkoni guesthouse, aku teringat blog Atlas Pengembara. Dia ada post satu gambar buddy tengah duduk menghadap gunung sambil baca Quran. Dia kata, tempat ni sangat sesuai kalau nak tenangkan  fikiran dan baca Quran sambil muhasabah diri. Nak buat pondok ngaji Quran pun sesuai. Heee.

*betul cakap akak. sebab rasa tenang tu saya masih ingat lagi. kalau boleh, dengan fikiran yang serabut sekarang ni dan mental goyah, nak pergi lagi. nak rasa tenang tu semula*


Tengah dok fefeeling, tetiba ada satu couple mat saleh lalu kat jalan raya dan cuba berkomunikasi dengan aku. Rupanya, dia nak tanya kalau kat situ boleh makan. Aku tak sure kalau dorang serve makan untuk yang bukan penginap, aku suruh diorang naik atas dan jumpa dengan owner. Owner cakap boleh dan diorang makan kat situ. Aku masuk bilik, dah puas jamu mata.

Badan rasa segar, tapi otak minta rehat. Lagipun masih awal lagi. Aku plan nak turun g buat light hiking petang dalam pukul 3 nanti. So, ada masa, aku tidur lelapkan mata dulu.

Dalam pukul 3, aku bangun. Rasa sangat segar! Bertenaga untuk memulakan hari semula. Hihi.

Tengok Echa tidur lagi. Taknak kacau. Kesian dia terlepek terus. Makan pun tak.

Aku siap-siap nak pergi turun kat sungai bawah tu. Tukar pakai tracksuit dan bawak apa yang patut, sumbat dalam sling bag. Bawak duit sikit sebab kot-kot ada kena bayar apa-apa. Sebab daripada yang aku baca, ada certain local Naxi ni yang tak bagi kita passing by kawasan diorang. Kalau nak lalu jugak, kena bayar. Fuhhh.
Aku kejut Echa, bagitau aku nak turun buat light hiking, kalau dia tak ikut pun takpe sebab dia tak berapa okey lagi. Aku rasa aku gi sorang pun inshaAllah takde masalah.

Turun bawah, jumpa owner tanya arah nak turun ke gorge. Dia pun bagitau dari arah guesthouse kena belok ke kanan dan dekat je tak jauh, ada satu jalan kecik menuruni bukit dan trail turun ke gorge. Owner kata kalau nak full hiking, dalam 3 jam jugaklah.

Aku keluar dari guesthouse, pandang kanan, dan nampak tempat yang owner sebut. Tengok jam masih banyak masa lagi. Aku decide nak jalan ke tempat lain dulu. Tengok-tengok kawasan.


Belok kiri, dan jalan terus je. Slow-slow hayati pemandangan. Serius, best! Sunyi sepi macam takde orang. Nyaman dan tenang je. Aku jalan, nampak ada satu guesthouse, Sean's Guesthouse. Ni masa aku dok reccee tempat ada jugak nampak guesthouse ni, tapi hati lebih tertarik nak duduk kat Tibet Guesthouse.



Sean's Guesthouse
Kat sebelah Sean's ada kebun kecik. Tanam sayur dan buah macam sawi, tomato, lobak, oren. Besar-besar dan nampak cantik je sayur buah kat situ. Rasa nak petik je makan. Hai Syita. Jangan buat perangai. Kang kena penjara kat China kang. Mauuu??

Jalan lagi, ingat nak jauh sikit berjalan. Tapi tetiba terdengar bunyi anjing menyalak kuat. Aku rasa fobia pulak dengan bunyi anjing ni sejak kejadian pagi tadi. Apa lagi, aku jengul kepala nak pastikan kedudukan anjing tu, sama ada dekat atau jauh dan possibility aku diterkam.

Lega. Anjing tu jauh. Tapi aku taknak amek risiko jadi mangsa, aku patah balik dan teruskan perjalanan ke gorge. Terserempak dengan sorang popo berpakaian Naxi. Aku agak popo ni laaa emak kepada owner guesthouse tu.  Comel je popo senyum kat aku. Walaupun nampak dah tua macam umur 80-an, tapi masih kuat lagi berjalan.

Nampak signboard kecik menghala ke gorge, aku turun. Dekat je dengan guesthouse. Dalam 50 meter. Aku pun turun, tapi lepastu mula rasa was-was.

Memang tak berapa jauh nak turun ke bawah. Tapi, macam berisiko. Trail tanah dan batu licin. Kasut aku tak sesuai dan aku hampir tergelincir. Nasib baik ada pokok untuk aku berpaut.

Fikir-fikir, rugi pulak. Aku dah sampai sini. Takkan aku nak putus asa. Bukan jauh mana pun sungai bawah tu. Dari atas dah nampak dekat dah. Tak sayup pun mata memandang.

Slow-slow aku turun. Beberapa kali jugak tergelincir walaupun aku dah cuba tahan kaki dan pegang pokok.

Sampai pertengahan, aku berhenti. Cari batu besar dan duduk. Tak boleh jadi ni. Aku tak boleh gerak sorang macam ni. Bahaya, sebab kalau jadi apa-apa, takde orang tau.

Makanya, aku memutuskan lagi, aku tak turun ke bawah. Demi keselamatan. Aku lepak kat batu tu, jamu mata sambil makan buah limau.


Finally, I'm here.
Relaks. Serius, tempat macam ni yang aku impikan. Nyaman, tenang, sunyi, jauh dari arus kemodenan, sangat berunsurkan alam. Bandar moden dan sibuk bukan pilihan utama aku sebenarnya. Kalau aku mampu memilih, aku nak tempat macam ni untuk aku abdikan hidup. Mengagumi indah alam yang Allah cipta. 

Kat sini aku terfikir, aku sebenarnya dah agak bosan dengan hidup kat KL. Bandar yang terlalu sibuk, kadang rasa tak selamat, banyak berhabis duit. Walaupun ada masa tu rasa seronok sebab lengkap, kemudahan yang serba ada kalau nak dibandingkan tempat lain, tapi kalau dari segi jiwa, jiwa aku dah tak sepenuhnya ada kat KL.

Kadang terfikir nak balik Johor, kerja kat Johor, dekat dengan famili. Boleh selalu jenguk famili. Lagi-lagi mak ayah dah tua. Tapi, aku tak boleh selfish. Memang kena ada kos lepas. Hasil daripada kerjaya sekarang yang banyak bantu untuk tolong famili. Kalau nak cari kerja lain kat Johor dengan kadar upah yang sama macam kat KL memang tak senang. Tapi tula, rezeki kita tak tau. Mungkin kalau ada rezeki nanti, kahwin (amiin) dan kerja kat Johor walaupun gaji tak banyak, tapi memadai untuk bantu famili dan teruskan hidup. :)

Ke, pindah sini dan bertani je? Haaaaaaa.

Banyak benda sebenarnya aku berfikir dan muhasabah masa kat aku berdiam kat sini. Tempat ni sangat sesuai untuk aku fikir segala jenis perkara. Tentang hidup, tentang jodoh, tentang keluarga, semuanyalah.

Bercakap dan mengadu dengan Tuhan, bersaksi alam. Walaupun sekadar pandang gunung, sambil dengar bunyi alam dan bunyi sungai. Tenang tu, hati je yang faham.

Lama jugak aku melepak kat sini. Dah nak dekat pukup 6, aku pun angkat punggung bangun dan balik ke guesthouse. Nak balik pun mencabar jugak. Mendaki trail licin, tergelincir lagi. Sikit demi sikit, sampai jugak kat jalan raya.


Nak ke guesthouse, aku lalu sebuah rumah tradisi ni. Rumah dia kat tepi jalan raya dan diperbuat daripada batu bata, sekali imbas, macam rumah dulu-dulu.


Tepi rumah dia ada satu kandang, dalam tu ada khinzir besar. Berbunyi oinkoink khinzir tu. Risau jugak aku takut dia lompat naik atas je. Hihi. Ada jugak reban ayam jantan. Besar-besar ayam jantan tu.

Satu je yang aku musykil. Sangat jarang aku jumpa manusia kat sini. Kenderaan pun tak banyak. Cuma ada beberapa kali kereta dan lori lalu. Takde budak kecik main-main kat luar rumah. Takde mak-mak bersidai kat luar bersembang. Takde anak-anak remaja melepak sambil main handphone. Macam pupus manusia.

Sampai kat guesthouse, jumpa popo tadi. Dia senyum lagi, aku senyum balik. Lepastu aku dengan ayam itik aku cakap nak bergambar dengan dia, sambil tunjuk bahasa badan yang sesuai. Popo gelak dan angguk-angguk, maka terhasil laa gambar kitorang. Heeee. Comel popo. Aku ada baca kat blog Atlas, popo baru kematian suami masa hari yang diorang menginap kat situ. Kesian popo hilang teman hidup yang dah lama teman dia. Apalah sangat nak dibandingkan dengan aku yang hilang teman yang baru sekejapan. :(


Naik bilik, Echa pun terbangun. Aku bagitau Echa aku tak turun pun ke gorge, dan tanya kalau dia dah okey. Echa cakap dia rasa lega sikit berbanding awal-awal. Aku pun lega laa bila Echa cakap macam tu. Heee.

Aku cakap kat Echa, "Kita rasa macam bukan Cha je bila Cha sakit ni. Macam orang lain. Ni baru nampak yang ni betul-betul Cha". Hewhewhew.

Malam tu, kitorang makan maggi dan buah je. Dan sambung melepak dalam bilik. Takde aktiviti malam pun kat sini. Umat kat sini tidur awal nampaknya. So, relaks dan relaks menikmati hari yang aman sambil merehatkan diri.

Konklusinya, harini hari tanpa aktiviti. Hari yang menguji mental fizikal.

Tips:
1. Kalau nak ke TLG, beli siap-siap makanan atau buah-buahan. Sebab takde jual makanan halal kat sini.

2. Kalau korang berniat nak explore kawasan Upper TLG sebelum ke Middle TLG, korang turun kat Qiaotou dan lepastu baru ambil kenderaan lain ke Middle TLG. Kat Upper TLG ni ada beberapa tarikan yang boleh pergi, antaranya jambatan (tak ingat nama), patung harimau, dan ada platform untuk turun dari atas ke kawasan bawah gorge. Platform ni ada banyakkkkkkk anak tangga. Semput la nak naik turun.

3. Kalau nak hiking, tinggalkan je bagpack kat Jane's dan ambil semula masa nak balik nanti. Ada beberapa spot untuk bermalam semasa hiking. Pastikan pakai pakaian yang sesuai sebab trail jauh dan lama. Elakkan pergi waktu musim hujan sebab trail jadi licin dan berbahaya.

4. Sila simpan resit hostel kalau ada bagi deposit, sebab nanti masa nak check out diorang akan minta semula sebagai bukti penyerahan deposit.


Kos Day 4 :
1. Entrance Fee TLG - RMB 65
2. Bas Qiaotou ke Middle TLG - RMB 30
3. Ginger Honey Tea - RMB 10
4. Guesthouse - RMB 60

Total : RMB 165

The day I decided to reopen the heart.