8 Disember 2015 | SELASA
Lijiang
- Qiaotou - Tiger Leaping Gorge
It's a new day and I feel
refresh! So much better than yesterday.
Alhamdulillah, bangun awal
pagi dan rasa selesa, rasa lega berbanding semalam. Pagi yang terlalu sejuk,
dan tak memerlukan untuk mandi. Ehem, bila kat tempat yang cuaca sejuk macam
ni, mandi 2 hari sekali pun dah okey. Sebab tak berpeluh pun dan nak elakkan
daripada badan menjadi terlalu kering. Betul tak tipuuuuuuuuuuu. Wangi je
tauuuu.
Bangun, kejut Echa. Tengok
kalau keadaan dia dah okey. Tapi, tak. Echa masih macam semalam dan nampak
lebih teruk. Baring pun mengerekot.
Kali ni, Echa macam dah give
up. Echa cakap, "Syita, kita rasa kita nak balik Malaysia lah. Kita dah
tak larat, sakit sangat".
Allah, macam mana ni? Apa aku
nak buat?
Masa ni aku dah agak keliru
dan tak tau nak buat apa. Blur habis. Nak bawak pergi hospital, tak tau macam
mana. Nak balik Malaysia, kos satu hal. Tiket ada atau tak pun satu hal. Tapi,
kalau Echa makin teruk, macam mana? What if something bad happen?
Atau, aku patut tukar plan?
Cancel je Tiger Leaping Gorge dan stay lagi kat Lijiang ni sampai Echa betul-betul
sihat.
Berkecamuk jugaklah fikiran
masa ni. Should I do A or B or C or even Z?
Aku langsung tak teringat
pasal travel insurance yang kitorang ambil. Padahal, kalau refer ke hospital,
kena warded dan caj, insurance tu boleh cover. Silly me.
At last, aku decide. Aku
cakap kat Echa, "Echa, kita gerak je ikut plan. Tapi kita cancel plan
untuk hari ni. Kiranya, kita gerak je ke Qiaotou dan Tiger Leaping Gorge, tapi
kita tak payah buat hiking. Nanti dalam perjalanan Cha tidur je dalam bas, then
sampai sana nanti Cha rehat je. Harini kita takyah buat apa-apa. Takut Cha jadi
makin teruk nanti."
Aku tau, Echa mesti rasa
berat hati. Serius, keadaan dia teruk yang sampai tahap dia nak duduk dan berdiri
betul pun tak larat. Aku tengok pun kesian, tapi, tu je keputusan yang aku rasa
terbaik untuk aku buat. Sekurang-kurangnya, kitorang teruskan perjalanan ke
tempat yang boleh rehat dengan aman.
Echa bagitau, malam tadi dia
tidur, tapi awal pagi dia tersedar sebab rasa sakit sangat dan dia tak boleh
nak sambung tidur sebab tahan sakit. Aku pulak tidur mati sebab penat sangat.
Echa bangun dan kemas-kemas
barang dia. Aku kemas bilik mana perlu, pastikan takde barang yang tertinggal.
Masa ni aku dah start nervous sebab jam dah tunjuk 6.45 am. Aku target, pukul 7
aku kena gerak ke tempat nak tunggu bas tu sebab perjalanan nak ke sana je dah
ambil masa 15 minit. Dan dalam keadaan Echa macam ni, aku jangka kitorang akan
ambil masa lebih lama.
Echa siap kemas, kitorang
terus checkout. Makanan yang tapau semalam, kitorang tinggal je sebab tak rasa
nak makan dalam keadaan macam tu.
Nak checkout pun satu dugaan.
Memang aku rasa masa ni agak menguji kesabaran aku. Terkejar masa, barang
banyak, orang hostel pulak yang tak muncul-muncul kat kaunter. Walhal dah
bagitau kitorang nak checkout awal.
Puas panggil, rupanya ada staf
hostel yang tengah tidur kat sebalik kaunter. Sedap dia baring, jenuh aku
panggil tak menyahut. Kalau tau dia kat situ, aku cari bulu ayam ke ranting
halus pastu gosok-gosok kat hidung dengan telinga dia. Baru tauuuuuu.
Dia bangkit, aku pun bagitau
nak checkout dan nak mintak balik duit deposit.
Aku pulangkan kunci, tapi dia
tak bagi duit deposit. Aku tanya, lepastu dia cakap apa tah aku tak paham. Haih,
memang masa ni, aku rasa aku panas hati. Entah kenapa tahap kesabaran di paras
terendah. Aku terkejar masa, dengan dia ni pulak yang tak bagi duit deposit
lagi.
Puas berperang mulut, dia
tunjuk resit. Oo, rupanya dia nak resit yang dapat masa check in ritu. Awat
hang tak tunjuk awal-awal ceq. Ceq tak gheti hang cakap pa dia tahhh.
Allah, clumsy lagi, mana
pulak aku letak resit tu. Serius, aku terlupa langsung pasal resit deposit.
Aku punggah beg aku mencari
kat mana aku simpan resit berharga tu. Habis semua poket beg aku punggah.
Tak jumpa.
Rasa nak terduduk dan nak menangis.
Aku dah lah tak boleh keadaan macam ni, nanti aku clumsy dan jadi makin
serabut.
Failed. Aku rasa nak give up.
Burn jelaa deposit tu.
Tak boleh tak boleh. Jangan
macam ni Syita. Bagi diri sendiri tempoh bertenang, cuba ingat balik kat mana
aku simpan.
Aku teringat. Fail yang aku
simpan semua dokumen cetak dan resit! Aku cari fail tu dalam bagpack kecik. Alhamdulillah.
Memang ada.
Aku terus bagi kat staf hostel,
dia pulangkan balik 70 yuan deposit. Dan, sambung balik tidur. -.-
Lepastu, terus aku angkut
semua beg, dan ajak Echa gerak. Tengok jam dah pukul 7.10 am. Ligat fikir, sempat
ke tak kitorang sampai sebelum 7.30 am ni, sebab semalam PIC hostel dah
bagitau, datang sebelum 7.30 am, atau kena tinggal.
Aku cakap kat Echa, jalan
slow ikut kemampuan dia. Aku suruh dia galas bagpack dia je. Beg troli dia dan
barang lain aku tolong bawakkan sebab aku tau dia tak larat.
Memang pagi tu menguji aku
sangat. Aku kena bergantung pada memori aku untuk ingat jalan ke tempat tunggu
bas. Echa totally flat dan aku taknak bagi dia fikir berat. Decision aku untuk
teruskan perjalanan ni pun aku dah rasa aku selfish pada dia sebab terpaksa
paksa dia dalam keadaan macam tu.
Entah kenapa, mungkin sebab
aku clumsy, serabut, confuse, rasa bersalah dan segala jenis aura negatif wujud
dalam diri, awal lagi kitorang sesat. Silap arah. Padahal semalam dah hafal
semua landmark dan nak belok kiri kanan kat mana.
Puas ingat jalan, try and
error, baru jumpa pintu gerbang yang sepatutnya kitorang lalu. Patut belok
kanan, tapi kitorang terbelok kiri. Memang laa tak jumpa pintu gerbang tu.
Dah lega bab tu, muncul bab baru.
Anjing besar 2 ekor menunggu
kat tangga yang kitorang kena naik.
Serius. Besar gila. Saiz apa
tah. Garang. Dan asyik menyalak.
Aku dari awal dah dengar
bunyi anjing menyalak tak berhenti. Aku pandang Echa yang ada kat belakang.
Echa jalan slow je dan aku memang jalan laju sikit sebab aku nak mark jalan.
Echa takut anjing, jadi bila anjing ni tetiba muncul, aku tau memang akan bagi
kesan kat dia nanti.
Echa sampai, aku bagitau,
"Cha, ada anjing besar dua ekor kat simpang ni. Kita kena naik tangga ni
tapi anjing tu ada kat situ pulak".
Echa dah cuak, macam mana nak
lepas. Aku memang kena beranikan diri jugak untuk protect (fuhhh protect
kauuuuu) Echa sebab Echa memang tak boleh dengan anjing. Automatik boleh lari
tak cukup tanah even anjing comel yang pakai collar tu (Heheee maap Cha).
Aku pesan kat Echa,
"Cha, kita kena lalu jugak, tapi slow-slow supaya tak kena kejar. Cha
jangan lari, jangan tunjuk Cha takut, kalau tak memang dia dekat sebab dia tau
kita takut dengan dia. Cha ikut je dekat kita, Cha jangan buat movement takut
ke apa. Follow je langkah kita".
Fuhhh. Masa ni aku rasa macam
aku penyelamat dunia. Semangat superpower betul. Berani gila kot padahal aku
pun dah ketaq tengok anjing tu besar dan bunyi menyalak yang menakutkan. Dalam
hati, ada rasa nak memaki jugaklah kat anjing tu. Apekehey kome muncul kat
tangga ni pagi-pagi. Bagi can laaa kitorang lalu dulu baru kome datang. Haih.
Dah lah pagi buta takde orang, kosong je jalan ni.
Allah tu memang Maha
Mendengar dan Penyelamat. Dalam risau nak melepasi anjing besar tu, tiba-tiba
ada seorang perempuan dengan anak perempuan dia lalu jalan yang sama. Dia
tengok kitorang macam takut-takut agaknya, dia pun slow. Aku rasa, dia
sebenarnya pun tak berani nak lalu sebab dia berhenti kat tempat kitorang berdiri
tu lama jugak sambil cuba halau anjing tu.
Anjing tu taknak beralih.
Akak China tu jalan slow-slow dan bagi gesture suruh kitorang ikut dia. Aku pun
ikut dia, jalan slow je supaya tak nampak pergerakan yang boleh menyebabkan
anjing tu serang kitorang.
Dalam hati dah macam-macam doa
baca.
Satu langkah dua langkah
melepasi anjing tu. Fuhhh, seram aku tengok anjing tu. Dua ekor anjing ni tengah
menyalak-nyalak sambil pandang dan macam nak terkam. Tapi beranikan jugak diri,
ikut je akak tu sambil tarik Echa.
Sampai je kat tangga, terus
kitorang naik tangga laju-laju sampai atas.
Alhamdulillah, lepas halangan
anjing ni. Aku terus cakap "Xie Xie" banyak-banyak kali kat akak tu,
sebab tolong kitorang. Lega.
Tengok jam, dah 7.20 am.
Aigooooo, dah lambat ni. Jauh lagi ni baru sampai. Masa ni kat jalan tu dah
mula ramai orang dan ada kedai bukak. Ramai budak kecik on the way nak pergi
sekolah, ditemani ibu atau ayah diorang.
Echa dah makin tak larat.
Perjalanan masih jauh. Kat sini takde pulak kenderaan yang membolehkan untuk kitorang
minta tolong hantarkan. Ada, motor polis. Tapi aku tak tau macam mana nak minta
tolong. Kalau tak, boleh jugak laa fefeeling Police Story.
Aku cakap lagi kat Echa,
"kita dah lambat ni Cha, mesti tak sempat sampai sebelum 7.30. Takpe, kita
jalan slow ikut kemampuan Cha, beg Cha kita bawak. Tawakal je, kalau sempat
sampai, alhamdulillah, kalau tak, kita redha jela".
Memang sebenarnya dah tahap
redha. Ada jugak rasa menyesal sebab decide teruskan perjalanan. Tapi, dah
separuh jalan, takkan nak patah balik kan? Pantang mundur sebelum operasi.
Slow-slow-slow-slow-slow-slow
jalan. Alhamdulillah, tak lupa jalan dah. Ingatan bagus macam baru lepas telan
berkotak kismis. Akhirnya, sampai ke tempat menunggu bas.
Dah sampai sini, blur lagi,
betul ke tak ni tempatnya? Macam betul. Eh, tapi macam lain. Ke sebab kondisi
siang malam yang nampak lain?
Takde pun bas warna hijau
yang orang hostel tu bagitau. Malam tadi dia kata tunggu sini. Aku tengok balik
tiket bas yang ada nombor plat bas. Pusing kiri kanan depan, takde jugak bas
dengan nombor plat ni.
Tengok jam, dah 7.40 am.
Hmmm. Agaknya, bas dah
tinggalkan kitorang. :(
Taknak give up sebab dah
sampai tahap ni. Aku ajak Echa jalan ke depan sikit, mana tau ada. Mana tau,
bas tunggu.
Yes. Miracle did happen.
Dari jauh ada seorang lelaki
menuju kat kitorang. Aku ingatkan dia cuma pejalan kaki yang memang nak lalu
jalan tu. Tapi, dia approach kitorang dan tunjuk arah bas.
Sekali lagi, syukur. Bas
masih tunggu.
Aku tunjuk tiket tu kat dia,
dia angguk. Lelaki tu sebenarnya driver bas dan dia memang tunggu kitorang
sebab dalam list dia, cuma kitorang je belum sampai. Dia tolong bawakkan beg
dan masukkan kat bahagian belakang bas, lepastu suruh kitorang naik bas sebab
dah nak gerak. Entah berapa kali aku cakap "Xie Xie" sebab dia
sanggup tunggu dan tak tinggalkan kitorang.
Aku suruh Echa naik dulu dan
terus duduk, so dia boleh rehat dan tidur. Kitorang pilih seat berlainan. Duduk
berasingan. Bagi can kat Echa rehat betul-betul dan ruang yang selesa.
Waktu ni, aku pun rasa tak
selesa badan. Nak termuntah. Mungkin sebab paksa fizikal aku sepenuhnya dari awal. Kepala pun
dah mula pening. So, aku pun ambil keputusan tidur je dalam bas. Hajat nak
berjaga sepanjang perjalanan dan menikmati pemandangan, aku lupakan.
Hentian kitorang nanti adalah
Qiaotou (juga dikenali sebagai Hutiao Xia) sebelum teruskan ke Tiger Leaping
Gorge. Qiaotou ni adalah pekan yang berada di pertengahan antara Lijiang dan
Shangrila, dan berdekatan dengan Tiger Leaping Gorge (TLG). Macam hub
penghubung antara beberapa kawasan la. Contoh route yang ada untuk ke bandar
besar :
1.
Lijiang -Qiaotou-Shangrila
2.
Shangrila-Qiaotou-Lijiang
3.
Qiaotou-Shangrila, vice versa
4. Qiaotou-Lijiang, vice
versa
Aku beli tiket ke Qiaotou
semalam, sebab aku plan nanti kat Qiaotou nak minta guesthouse pick up je.
Guesthouse yang aku booked memang ada servis pick up customer dari
Qiaotou-Middle TLG dan dari Middle TLG-Qiaotou, cuma bayar 20 yuan seorang
sehala.
So, kiranya nanti dah turun
kat Qiaotou, bolehlah lepak dulu kat situ dan pergi tempat menarik sementara
menunggu guesthouse datang ambil. Itu pun cuma plan je sebab bergantung pada
masa dan keadaan.
Dari Lijiang ke Qiaotou ambil
masa dalam tak sampai 3 jam pun. Ikut kelajuan kenderaan jugak la.
Kalau diikutkan, ada banyak
route nak ke Tiger Leaping Gorge ni. Paling kerap orang buat adalah route :
1. Lijiang - Qiaotou - Middle
TLG. Route ni macam route yang aku nak buat. Turun Qiaotou then naik kenderaan
lain ke Middle TLG.
2. Lijiang - Middle TLG. Beli tiket terus ke Middle TLG.
Tapi, bas masih akan berhenti kat Qiaotou untuk drop/pick up penumpang.
Cerita sikit tentang Tiger
Leaping Gorge (TLG). Kenapa aku nak ke sini?
TLG ni dikatakan sebagai
antara canyon yang terdalam dan tercantik di dunia, mengatasi Grand Canyon di
United States of America. TLG terletak di tengah-tengah antara adik-beradik
yang bergaduh dan jadi gunung Salji yang aku cerita dalam entri sebelum ni, si
Haba dan Yulong.
Merentasi antara Yulong dan
Haba Snow Mountain yang membentuk canyon TLG ni adalah Yangtze River. Yangtze
River ni tersenarai sebagai sungai yang terpanjang di Asia dan ketiga
terpanjang di dunia. Sungai ni jugak terpecah kepada beberapa bahagian, dan
salah satunya adalah Golden Sand River, yang mengikut legendanya, adalah sungai
yang menjadi penempatan Yulong dan Haba yang mereka cuba pertahankan daripada
anasir jahat sehingga menyebabkan Haba terbunuh.
TLG ni memang nampak curam. Dari
atas pandang ke bawah, kalau terjatuh, mungkin harapan hidup tu agak tipis.
Sebab berbatu dan sungai yang sangat-sangat deras kat bawah tu. Ketinggiannya
dikatakan mencecah 300 meter (700 kaki).
Lagi yang menarik mengenai
TLG ni adalah, TLG menjadi pilihan ramai hikers dari serata dunia untuk hiking
merentasi trail TLG. Trail TLG ni memang agak mencabar. Ada laluan sempit dan
sangat steep, ada 28 bends, dan panjang keseluruhan trail adalah kira-kira 22 kilometer,
yang mengambil masa hampir 2 hari penuh untuk menghabiskan trek.
Trail hiking TLG ada 3, iaitu
Upper TLG (dari arah Jane's Guesthouse di Qiaotou), Middle TLG (paling popular
dalam kalangan pengunjung bukan hikers) dan Lower TLG. Kalau nak hiking, trek
boleh bermula sama ada dari Upper TLG ke Lower TLG ataupun dari Lower TLG ke
Upper TLG. Paling popular, dari Upper ke Lower. Middle TLG biasanya akan jadi
persinggahan di pertengahan, dan kat sini jugaklah terletaknya Daju Garden
(Walnut Garden).
Kenapa dinamakan Tiger
Leaping Gorge?
Hikayatnya, ia dinamakan
sebegitu sebab mengikut ceritera lama, ada seekor harimau yang telah melompat
merentasi antara jurang yang sangat jauh dan dalam ni dengan jayanya. Jadi,
dari situ laa, TLG mendapat nama. Kat sini jugak ada satu patung besar
berbentuk harimau, simbolik kepada harimau tu.
Maklumat lanjut, boleh dapat
kat WikiTravel dan Travel China Guide.
Berbalik kepada kisah kami.
Sepanjang dalam bas,
disebabkan kondisi kitorang yang tak berapa elok terutamanya Echa, kitorang
tidur je sejak naik bas. Aku memang kalau boleh nak nikmati pemandangan sebab
hasil bacaan aku, ramai bagitau pemandangan sepanjang perjalanan tu cantik.
Tapi, kepala memang tak boleh
tahan sakit dan rasa nak muntah. Baik aku tidur.
Dah dalam 1 jam 30 minit
perjalanan, aku terbangun. Tengok Echa, tengah tidur lagi. Taktau dekat mana,
yang aku tau, kiri kanan dah kawasan luar bandar.
Bas berhenti kat satu kawasan
ni dalam 10 minit, untuk penumpang beli buah-buahan atau pergi tandas. Aku ada
baca, bas memang akan berhenti kat satu tempat sebelum tiba di Qiaotou. Inilah
agaknya tempat tu.
Bas yang kitorang naik. |
Beberapa orang turun,
termasuk sepasang couple Mat Saleh yang naik dekat Lijiang tadi. Aku gagahkan
diri turun bas dan pergi amek udara segar. Sejuk jangan kata la, memang sejuk.
Tapi, rasa refresh. Kat kawasan ni jugak bersebelahan dengan satu sungai besar,
mungkin ni Yangtze River tu.
Tak lama lepastu semua naik
dan bas sambung perjalanan. Waktu ni aku dah rasa okey, aku pun pindah tempat
duduk. Seat penumpang sebelah driver ada kosong, so aku pun duduk kat situ.
Betul-betul menghadap jalan. Ala, macam duduk kat seat atas dan paling depan
bas double deck tu.
The best one. Terang
benderang semua view yang ada, takde tapisan. Pulak tu ada pemanas kat bahagian
depan, lagi laa rasa best sebab tak sejuk sangat. Boleh bukak glove yang dari
pagi tadi dok pakai.
Glove penjenayah. |
Aku rasa bagus jugak aku
tidur tadi, sebab sekarang ni baru nampak pemandangan sekeliling yang memang
cantik. Kawasan ala-ala pekan kecil dan kampung, takde bangunan mega. Pokok
kiri kanan. Sungai mengalir. Nice la.
Yangtze River |
Signboard dah tunjukkan arah
ke TLG dan ke Shangrila. Maksudnya, kitorang dah mula memasuki kawasan pekan
Qiaotou. Kenderaan mulai banyak. Kedai kecik merata kat kiri kanan. Aku
ternampak satu kedai dengan signboard Muslim. Fuhhh, makanan!
Shangrila ke TLG? |
Pekan Qiaotou |
Bas membelok masuk satu
tempat ni, dan berhenti. Driver mintak semua penumpang turun. Kat depan bangunan
yang bas berhenti ni ada tulis Shangrila Tiger Leaping Gorge Scenic Spot Ticket
Counter.
Ohhhh. Kat sini laa yang kena
beli tiket nak masuk ke kawasan TLG ni.
Oh ye aku lupa bagitau. Nak
masuk ke TLG, kena bayar 65 yuan. Even nak masuk sekejap pun, tetap kena bayar.
So, aku turun dan masuk terus
kat bangunan tu. Tak tahan nak stay lama kat luar sebab terlalu sejuk sampai mulut
keluar asap.
Masuk dalam, pergi je kaunter
mana-mana dan bagitau nak tiket untuk berapa orang. English diorang limited,
tapi inshaAllah diorang tau apa yang kita nak. Sebab memang tu je laa tujuan
kaunter tu wujud. Untuk bayar tiket masuk TLG. Heeee.
Dah dapat tiket, aku naik
bas. Echa dah tersedar dah masa ni. Aku bagitau yang kita dah sampai Qiaotou
dan aku dah beli tiket masuk ke TLG.
Lepas semua orang dah naik,
bas teruskan perjalanan dan lepas tu berhenti lagi kat satu tempat ni. Kali ni,
bas turunkan penumpang.
Aku blur taktau sama ada
kitorang patut turun kat sini. Beberapa orang dah turun dan ambil beg memasing
kat belakang bas. Aku pandang kiri kanan, nampak ada satu bangunan kayu. Aku
teragak sama ada tu Jane's Guesthouse. Tapi, takde signboard, dan aku takde
print pulak gambar Jane's. Aigooo.
Jane's Guesthouse ni dah jadi
macam landmark untuk hikers. Kebanyakan hikers akan tinggalkan beg gedabak
diorang kat Jane's (berbayar) sebelum memulakan hiking dari Upper TLG. Balik
dari hiking, mereka akan ambil semula beg tu kat Jane's. Kalau nak minta Jane's
tolong call guesthouse pun boleh jugak. Multi-function laa Jane ni. Serba
boleh. Hebak mung Jane. Buat duit belako.
Disebabkan aku blur taktau
kat mana, aku turun dan ajak Echa sekali. Kitorang pun angkut la beg kitorang
sekali keluar dari bas. Tapi disebabkan aku masih tak berpuas hati dengan
kedudukan semasa kitorang, aku pun approach driver bas tadi sambil tunjuk iti
aku. Bagitau aku nak ke Tina's Guesthouse.
*kat sini laa sebenarnya
kesilapan aku. aku nak sebut Jane's, tapi tersebut Tina's. Tina's ni pulak
guesthouse kat Middle TLG. dan aku tak sedar slipped mouth ni sampailah aku dah
kat dalam bas menghala ke Middle TLG*
Aku dok sebut Tina's, driver
tu angguk je. Lepastu dia ambil iti aku, dan tanya aku nak pergi mana. Dia
cakap Mandarin sebenarnya, aku bajet
paham jela apa dia cakap. Kihkihkih.
Aku tunjuk nama Tibet
Guesthouse, tempat yang kitorang nak pergi harini. Dia angguk dan cakap dia tau
tempat tu, tak jauh dari Tina's.
(Ye, memang hasil Google aku
pun menyatakan, Tina's tak jauh dari Tibet Guesthouse, dalam 5 minit perjalanan
je. Dan aku masih tak sedar kesilapan aku, padahal dah terang-terang dia kata
Tina's tak jauh dari Tibest Guesthouse. Sepatutnya aku dah alert, Tina's dekat
dengan Tibet Guesthouse, jadi Tina's bukan Jane's).
Driver bas tu suruh aku naik
bas, dan masukkan balik beg kitorang dalam bas. Dia cakap, 30 yuan sambil
tunjuk 3 jari dia. Aku angguk jelaa walaupun pelik, kena bayar lagi ke? Bukan
ke Jane's kat sini je?
Masuk bas, dan bas pun gerak
meninggalkan tempat tadi. Dalam bas, tinggal beberapa orang je lagi. Aku sambung duduk kat tempat tadi.
Kulihat Rimau |
Waktu ni, perjalanan bas dah
mula mencabar. Mendaki gunung, jalan yang sempit dan tak rata, kalau selisih
dengan kenderaan lain tu ibarat sipi-sipi je. Pulak tu, sistem jalan raya China
kan memandu sebelah kanan. Aku duduk kat sebelah kanan bas, kanan tu jugak
gaung dalam. Boleh nampak betapa curam jurang dan sungai dengan bunyi air deras
tu. Boleh jugak nampak, trail hiking.
Beri laluan. Kambing sedang melintas. |
Apa rumah sebijik tu buat kat tepi tu. |
Berdebar jangan cakap la.
Masa ni memang tawakal saja. Aku siap bayang kalau bas ni togel, means cuma
kerusi je macam bahagian atas bas Hop On Hop Off tu. Syok memang syok, tapi
terfikir jugak, ni kalau mak tau ni naik bas lalu kawasan macam ni, aku berani
kerat jari mak tak bagi pergi punya. Hihiii. Ala, anak dara mak ni degil. Mak
tak bagi, pujuk-pujuk mesti mak bagi. Lebiuuuu mak!
Belok kanan kiri, jalan ok,
jalan tak ok, batu runtuh, jalan rosak, air terjun, segala jenis kecederaan
kawasan pun ada. Jangan expect jalan raya yang elok bertar rata dan sempurna.
Never expect.
Apapun, aku sangat kagum,
walaupun kawasan ni dah boleh dikatakan jauh dari penempatan umum dan memasuki
kawasan pergunungan, tapi jaringan jalan raya luas dan jalan jugak bertar.
Takde jalan berbatu kerikil atau jalan tanah merah. Tiang elektrik pun
berjajaran sepanjang perjalanan.
Ada satu tempat ni, selekoh
tajam dan jurang kat tepi jalan tu, bas boleh lap laju macam takde apa. Aku dah
kecut perut dah takut terbabas ke jatuh gaung ke. Huhuuu.
Lepastu, aku tengah leka
rekod video, ada satu kawasan jalan sempit ni, bas memotong sebuah lori yang
slow. Phewwww. Rasa nak gugur nyawa pun ada. Memotong tu mungkin takde apa.
Tapi, dia pi potong dengan laju, kat selekoh sempit lagi. Hebak hebak hebak ore
cino ni. Dalam hati aku, no wonder banyak kes pelik-pelik jadi. Hewhewhew.
Cubaan memotong sebuah lori yang slow |
Apapun, aku enjoy perjalanan
sepanjang dari Upper TLG ke Middle TLG, sebab view memang awesome dan satu
pengalaman baru untuk aku. Tak berhenti puji diri sendiri sebab berani cabar
diri travel macam ni. Hihi. Riak riak. ;p
Dalam setengah jam
perjalanan, bas berhenti lagi kat satu guesthouse ni. Driver suruh kitorang
turun dan keluarkan barang kitorang. Dia cakap, ni Tina's Guesthouse. Aku
angguk je.
Tina's Guesthouse. Hai Cha buatpe tuuuu. |
Faham laa, kiranya, aku dah
tak payah suruh guesthouse amek kat Qiaotou lagi. Kiranya, aku bayar je kat
driver bas ni untuk perjalanan dari Qiatou ke Middle TLG. Sorang bayar 30 yuan.
Mahal sebenarnya sebab kalau ditotalkan, dah 70 yuan kitorang bayar untuk
perjalanan dari Lijiang ke Middle TLG ni. Takpelah, sekali jalan je pun.
Then, driver mintak iti aku,
dan dia tolong call owner guesthouse tu suruh pickup kitorang kat Tina's ni.
Sambil tunggu diorang amek,
kitorang lepak dulu kat depan Tina's. Aku suruh Echa duduk dulu sebab dia tak
berapa okey lagi. Sambil menunggu, aku borak dengan sepasang couple mat saleh dari
Houston yang kebetulan ada kat luar tu jugak. Diorang pun baru lepas hiking,
dan stay kat Tina's sebelum sambung hiking ke Lower TLG pulak.
Tetiba ada satu kereta datang
dan approach kitorang. Aku fikir, dia ni orang guesthouse yang datang nak amek
kitorang. Lepastu aku sebutla, Tibet Guesthouse? Dia sengih-sengih je pastu
angguk-angguk. Pastu tunjuk jari 10 dan sebut 10 yuan. Aku bengang dah. Apahal
nak bayar lagi. Aku geleng-geleng.
Kebetulan, driver bas datang
dan cakap bukan naik dengan dia. Fuhhh. Lega.
Tak lama lepastu, datang lagi
satu kereta, dan kali ni, memang owner Tibet Guesthouse. Akhirnyaaaa. Dia greet
kitorang, tolong masukkan barang dalam kereta, dan kitorang pun gerak ke
Guesthouse. Dalam kereta berborak sikit-sikit.
Memang tak jauh. Dalam 5
minit je. Tapi, kalau jalan kaki tu terasa penat jugaklah.
Sampai kat Guesthouse, aku
terus - WOW! Eh, kejap. Syita, keje kau ni memang asyik nak WOW je ek? Dari
awal entri asyik laa WOW. Takde ayat lain?
Okey. Osemmmmmmm!
Cantiknyaaaaa guesthouse ni!
Tibet Guesthouse |
Turunkan barang, diorang
bawak naik ke atas. Dari jalan raya, kena naik tangga untuk ke aras tanah
guesthouse. Aku tanya owner kalau nak kena check in dan bayar sekarang. Dia
cakap, masuk je bilik dulu. Bayar nanti je.
Dia suruh sorang lagi staf ni
tolong bawakkan barang ke bilik kitorang dan bagi kunci. Bilik kitorang kat
aras 2, sebab aku memang request nak duduk kat aras 2. Boleh nampak pemandangan
cantik dan ada balkoni.
Memang cantik Tibet
Guesthouse ni. Diperbuat daripada kayu, sangat berunsurkan tradisional Tibet.
Dalam bilik pun kemas je. Bilik kitorang menghadap gunung. Ada 2 katil twin,
ada TV, luas jugaklah. Bilik air pun besar, cuma bilik air nampak agak lama
sikit lah, mungkin tak pernah renovate. Air pun kecik je. Mujur ada air panas.
Tibet Guesthouse ni
betul-betul diapit dua buah gunung, dan menghadap gunung dan gorge dengan
sungai deras. Ada beberapa guesthouse lain yang berdekatan, ada jugak beberapa
rumah tradisional kat sini. Kat bawah berdekatan dengan sungai, ada kebun
sayur-sayuran.
Lepas staf tu keluar, aku pun
cakap kat Echa suruh dia tidur dan rehat je dulu bagi refresh. Kesian Echa,
asyik kena suruh tidur je. Hihi.
Aku cakap nanti aku order air
halia madu untuk kitorang, biar badan rasa lega. Sebab aku teringat Azu ada
cerita diorang pun order air ni masa diorang pergi Ladakh tu dan lepastu badan
rasa lega.
Aku kemas sikit-sikit barang.
Keluarkan barang yang nak guna. Dan cuci baju yang dah guna 2 hari. Berbaloi
cuci baju kat sini, sebab depan bilik tu boleh sidai dan memang kering.
Walaupun sejuk, tapi berangin dan ada cahaya matahari.
Lepas siap, aku turun ke
bawah nak check in dan bayar duit bilik. Owner suruh isi borang detail
pelanggan dan bayar. Kadar menginap satu malam cuma 120 yuan je, dalam RM70. Kebetulan
masa kitorang datang sini, kitorang pelanggan tunggal dan takde customer lain.
Mungkin sebab winter, tak ramai yang datang.
Owner pun tanya kalau nak
makanan, dia boleh masakkan. Aku cakap, tak perlu, kalau nak nanti aku bagitau.
Aku order air halia madu,
dalam tak sampai 10 minit siap. Secawan harga 10 yuan. Aku bawak naik dan suruh
Echa minum sementara masih panas. Sedappppp. Aku dah pernah minum sebelum ni
sebab Azu dok buat je lepas balik dari Ladakh, so takde masalah nak adapt dengan
rasa air tu. Tak macam masa gi buat balinese massage kat Seri Pacific Hotel
haritu, welcoming drink diorang bagi ginger tea, aku memang takleh minum sebab
rasa pelik. Well, bab makanan pelik jangan bagi kat I. Memang tak berminat nak
cuba.
Aku minum kat luar sambil
hirup udara segar dan reward mata dengan pemandangan cantik. Sambil dengar
bunyi sungai menderu deras. SubhanaAllah. Aku tak tau nak cakap apa perasaan
masa kat sini. Tempat ni nampak biasa dan simple. Bukanlah tempat yang mewah. Tapi,
aku rasa, feel of belonging tu sangat kuat. Aku kan jiwa sentimental sikit. So,
bila kat tempat macam ni, perasaan tu lain dan ada satu perasaan yang tak
terungkap.
Macam tak percaya pun ada,
aku berjaya sampai kat sini. Dengan keadaan kitorang yang macam ni, dengan
dugaan yang mungkin nampak kecil, tapi sebenarnya mencabar fizikal dan mental
perempuan. Huu, baru teringat diri ni perempuan.
Lepak kat balkoni guesthouse,
aku teringat blog Atlas Pengembara.
Dia ada post satu gambar buddy tengah duduk menghadap gunung sambil baca Quran.
Dia kata, tempat ni sangat sesuai kalau nak tenangkan fikiran dan baca Quran sambil muhasabah diri.
Nak buat pondok ngaji Quran pun sesuai. Heee.
*betul cakap akak. sebab rasa
tenang tu saya masih ingat lagi. kalau boleh, dengan fikiran yang serabut
sekarang ni dan mental goyah, nak pergi lagi. nak rasa tenang tu semula*
Tengah dok fefeeling, tetiba
ada satu couple mat saleh lalu kat jalan raya dan cuba berkomunikasi dengan
aku. Rupanya, dia nak tanya kalau kat situ boleh makan. Aku tak sure kalau
dorang serve makan untuk yang bukan penginap, aku suruh diorang naik atas dan
jumpa dengan owner. Owner cakap boleh dan diorang makan kat situ. Aku masuk
bilik, dah puas jamu mata.
Badan rasa segar, tapi otak
minta rehat. Lagipun masih awal lagi. Aku plan nak turun g buat light hiking
petang dalam pukul 3 nanti. So, ada masa, aku tidur lelapkan mata dulu.
Dalam pukul 3, aku bangun.
Rasa sangat segar! Bertenaga untuk memulakan hari semula. Hihi.
Tengok Echa tidur lagi.
Taknak kacau. Kesian dia terlepek terus. Makan pun tak.
Aku siap-siap nak pergi turun
kat sungai bawah tu. Tukar pakai tracksuit dan bawak apa yang patut, sumbat
dalam sling bag. Bawak duit sikit sebab kot-kot ada kena bayar apa-apa. Sebab
daripada yang aku baca, ada certain local Naxi ni yang tak bagi kita passing by
kawasan diorang. Kalau nak lalu jugak, kena bayar. Fuhhh.
Aku kejut Echa, bagitau aku nak
turun buat light hiking, kalau dia tak ikut pun takpe sebab dia tak berapa okey
lagi. Aku rasa aku gi sorang pun inshaAllah takde masalah.
Turun bawah, jumpa owner
tanya arah nak turun ke gorge. Dia pun bagitau dari arah guesthouse kena belok
ke kanan dan dekat je tak jauh, ada satu jalan kecik menuruni bukit dan trail
turun ke gorge. Owner kata kalau nak full hiking, dalam 3 jam jugaklah.
Aku keluar dari guesthouse,
pandang kanan, dan nampak tempat yang owner sebut. Tengok jam masih banyak masa
lagi. Aku decide nak jalan ke tempat lain dulu. Tengok-tengok kawasan.
Belok kiri, dan jalan terus
je. Slow-slow hayati pemandangan. Serius, best! Sunyi sepi macam takde orang.
Nyaman dan tenang je. Aku jalan, nampak ada satu guesthouse, Sean's Guesthouse.
Ni masa aku dok reccee tempat ada jugak nampak guesthouse ni, tapi hati lebih tertarik
nak duduk kat Tibet Guesthouse.
Sean's Guesthouse |
Kat sebelah Sean's ada kebun
kecik. Tanam sayur dan buah macam sawi, tomato, lobak, oren. Besar-besar dan
nampak cantik je sayur buah kat situ. Rasa nak petik je makan. Hai Syita.
Jangan buat perangai. Kang kena penjara kat China kang. Mauuu??
Jalan lagi, ingat nak jauh
sikit berjalan. Tapi tetiba terdengar bunyi anjing menyalak kuat. Aku rasa
fobia pulak dengan bunyi anjing ni sejak kejadian pagi tadi. Apa lagi, aku
jengul kepala nak pastikan kedudukan anjing tu, sama ada dekat atau jauh dan
possibility aku diterkam.
Lega. Anjing tu jauh. Tapi
aku taknak amek risiko jadi mangsa, aku patah balik dan teruskan perjalanan ke
gorge. Terserempak dengan sorang popo berpakaian Naxi. Aku agak popo ni laaa
emak kepada owner guesthouse tu. Comel
je popo senyum kat aku. Walaupun nampak dah tua macam umur 80-an, tapi masih
kuat lagi berjalan.
Nampak signboard kecik
menghala ke gorge, aku turun. Dekat je dengan guesthouse. Dalam 50 meter. Aku
pun turun, tapi lepastu mula rasa was-was.
Memang tak berapa jauh nak
turun ke bawah. Tapi, macam berisiko. Trail tanah dan batu licin. Kasut aku tak
sesuai dan aku hampir tergelincir. Nasib baik ada pokok untuk aku berpaut.
Fikir-fikir, rugi pulak. Aku
dah sampai sini. Takkan aku nak putus asa. Bukan jauh mana pun sungai bawah tu.
Dari atas dah nampak dekat dah. Tak sayup pun mata memandang.
Slow-slow aku turun. Beberapa
kali jugak tergelincir walaupun aku dah cuba tahan kaki dan pegang pokok.
Sampai pertengahan, aku berhenti.
Cari batu besar dan duduk. Tak boleh jadi ni. Aku tak boleh gerak sorang macam
ni. Bahaya, sebab kalau jadi apa-apa, takde orang tau.
Makanya, aku memutuskan lagi,
aku tak turun ke bawah. Demi keselamatan. Aku lepak kat batu tu, jamu mata
sambil makan buah limau.
Finally, I'm here. |
Relaks. Serius, tempat macam
ni yang aku impikan. Nyaman, tenang, sunyi, jauh dari arus kemodenan, sangat
berunsurkan alam. Bandar moden dan sibuk bukan pilihan utama aku sebenarnya.
Kalau aku mampu memilih, aku nak tempat macam ni untuk aku abdikan hidup.
Mengagumi indah alam yang Allah cipta.
Kat sini aku terfikir, aku
sebenarnya dah agak bosan dengan hidup kat KL. Bandar yang terlalu sibuk, kadang
rasa tak selamat, banyak berhabis duit. Walaupun ada masa tu rasa seronok sebab
lengkap, kemudahan yang serba ada kalau nak dibandingkan tempat lain, tapi
kalau dari segi jiwa, jiwa aku dah tak sepenuhnya ada kat KL.
Kadang terfikir nak balik
Johor, kerja kat Johor, dekat dengan famili. Boleh selalu jenguk famili.
Lagi-lagi mak ayah dah tua. Tapi, aku tak boleh selfish. Memang kena ada kos
lepas. Hasil daripada kerjaya sekarang yang banyak bantu untuk tolong famili. Kalau
nak cari kerja lain kat Johor dengan kadar upah yang sama macam kat KL memang tak senang. Tapi tula, rezeki kita tak tau. Mungkin kalau ada rezeki nanti, kahwin (amiin)
dan kerja kat Johor walaupun gaji tak banyak, tapi memadai untuk bantu famili
dan teruskan hidup. :)
Ke, pindah sini dan bertani
je? Haaaaaaa.
Banyak benda sebenarnya aku
berfikir dan muhasabah masa kat aku berdiam kat sini. Tempat ni sangat sesuai
untuk aku fikir segala jenis perkara. Tentang hidup, tentang jodoh, tentang
keluarga, semuanyalah.
Bercakap dan mengadu dengan
Tuhan, bersaksi alam. Walaupun sekadar pandang gunung, sambil dengar bunyi alam
dan bunyi sungai. Tenang tu, hati je yang faham.
Lama jugak aku melepak kat
sini. Dah nak dekat pukup 6, aku pun angkat punggung bangun dan balik ke
guesthouse. Nak balik pun mencabar jugak. Mendaki trail licin, tergelincir
lagi. Sikit demi sikit, sampai jugak kat jalan raya.
Nak ke guesthouse, aku lalu
sebuah rumah tradisi ni. Rumah dia kat tepi jalan raya dan diperbuat daripada
batu bata, sekali imbas, macam rumah dulu-dulu.
Tepi rumah dia ada satu
kandang, dalam tu ada khinzir besar. Berbunyi oinkoink khinzir tu. Risau jugak aku
takut dia lompat naik atas je. Hihi. Ada jugak reban ayam jantan. Besar-besar
ayam jantan tu.
Satu je yang aku musykil.
Sangat jarang aku jumpa manusia kat sini. Kenderaan pun tak banyak. Cuma ada
beberapa kali kereta dan lori lalu. Takde budak kecik main-main kat luar rumah.
Takde mak-mak bersidai kat luar bersembang. Takde anak-anak remaja melepak
sambil main handphone. Macam pupus manusia.
Sampai kat guesthouse, jumpa
popo tadi. Dia senyum lagi, aku senyum balik. Lepastu aku dengan ayam itik aku
cakap nak bergambar dengan dia, sambil tunjuk bahasa badan yang sesuai. Popo
gelak dan angguk-angguk, maka terhasil laa gambar kitorang. Heeee. Comel popo.
Aku ada baca kat blog Atlas, popo baru kematian suami masa hari yang diorang
menginap kat situ. Kesian popo hilang teman hidup yang dah lama teman dia. Apalah sangat nak dibandingkan dengan aku yang hilang teman yang baru sekejapan. :(
Naik bilik, Echa pun
terbangun. Aku bagitau Echa aku tak turun pun ke gorge, dan tanya kalau dia dah
okey. Echa cakap dia rasa lega sikit berbanding awal-awal. Aku pun lega laa
bila Echa cakap macam tu. Heee.
Aku cakap kat Echa, "Kita
rasa macam bukan Cha je bila Cha sakit ni. Macam orang lain. Ni baru nampak yang
ni betul-betul Cha". Hewhewhew.
Malam tu, kitorang makan
maggi dan buah je. Dan sambung melepak dalam bilik. Takde aktiviti malam pun
kat sini. Umat kat sini tidur awal nampaknya. So, relaks dan relaks menikmati
hari yang aman sambil merehatkan diri.
Konklusinya, harini hari
tanpa aktiviti. Hari yang menguji mental fizikal.
Tips:
1. Kalau nak ke TLG, beli
siap-siap makanan atau buah-buahan. Sebab takde jual makanan halal kat sini.
2. Kalau korang berniat nak
explore kawasan Upper TLG sebelum ke Middle TLG, korang turun kat Qiaotou dan
lepastu baru ambil kenderaan lain ke Middle TLG. Kat Upper TLG ni ada beberapa
tarikan yang boleh pergi, antaranya jambatan (tak ingat nama), patung harimau,
dan ada platform untuk turun dari atas ke kawasan bawah gorge. Platform ni ada
banyakkkkkkk anak tangga. Semput la nak naik turun.
3. Kalau nak hiking,
tinggalkan je bagpack kat Jane's dan ambil semula masa nak balik nanti. Ada
beberapa spot untuk bermalam semasa hiking. Pastikan pakai pakaian yang sesuai
sebab trail jauh dan lama. Elakkan pergi waktu musim hujan sebab trail jadi
licin dan berbahaya.
4. Sila simpan resit hostel
kalau ada bagi deposit, sebab nanti masa nak check out diorang akan minta
semula sebagai bukti penyerahan deposit.
Kos Day 4 :
1. Entrance Fee TLG - RMB 65
2. Bas Qiaotou ke Middle TLG - RMB 30
3. Ginger Honey Tea - RMB 10
4. Guesthouse - RMB 60
Total : RMB 165
The day I decided to reopen the heart.
Terbaik lah syita....next post plak ya...tp seriously..syita memang berani giler....alhamdulillah, echa semakin pulih...hehehe
ReplyDelete