Wednesday, 16 March 2016

#menjejakyunnan : Day 3 (Part 2)

Sambungan Day 3 (Part 2)

Maap, lama baru dapat sambung entry Day 3. Takde mood nak mengedit dan upload walaupun entri sambungan dah siap lama. Mood aku sangat ke laut, takde semangat dan ni baru berkayuh balik ke daratan.

************************************************************************************************************

Okeyyy, where's our next destination?

Yeahhh. Blue Moon Valley (BMV)! Lembah Bulan Biru! *baca dengan nada ceria*

Ni pun salah satu tempat yang aku tazabar nak pergi. Disebabkan fizikal dan mental aku semakin baik selepas turun dari JDSM, jadi keterujaan aku tu makin meninggi. Tazabar nak menikmati keindahan alam yang lain.

Naik bas dari stesen kereta kabel ke BMV ni tak lama. Dalam 15-20 minit je rasanya. Sepanjang jalan pun pemandangan cantik. Laluan menuruni lereng gunung ni memang berliku-liku, tapi bila dah nak sampai ke BMV ni, pemandangan semakin menarik.

BMV ni kat bahagian bawah, so perjalanan bas dari bahagian atas. Dari bas tu kita dah boleh nampak pemandangan tasik besar yang sangat cantik dan air berwarna biru turqoise. Teruja hokehhh.

Bas sampai je, kitorang mulakan eksplorasi. Sebelum tu, kitorang gi kat van dulu. Ala, van kakak driver pagi tadi tu. Dia dah ada kat situ. So, kitorang pun letak la semua barang yang kitorang ada kat dalam van. Takdelah memikul banyak sangat. Aku bukak winter coat merah aku dan pakai yang hijau je. Kat JDSM tadi kan aku pakai 2 lapis. Tu yang nampak gedabak sangat tu. 
Van dah menunggu

Eh kejap. Apa yang syok sangat kat sini?

Okey memetik dari laman web Amazing Places On Earth,
Blue Moon Valley gets the water out of the melting snow that runs from the mountains and forms four lakes and a few waterfalls. The head of the valley is one of the main tourist sites and has natural white water terraces. the water often  appear as an amazing turquoise-blue.

Kawasan BMV ni sangat luas dan terbahagi kepada beberapa buah tasik dan teres air. Puas nak tawaf satu kawasan ni. BMV ni jugak menghadap ke Jade Dragon Snow Mountain. So, sambil menikmati keindahan kawasan kat BMV, boleh tengok kecantikan JDSM tu jugak.

Air kat dalam tasik kat BMV ni serius sejuk gila, yela, air salji dari gunung kan. Aku dengan Echa main celup-celup tangan je pun pastu terus cepat-cepat tarik sebab tak tahan rasa beku.
Echa  celup-celup tangan lepastu terus tarik balik sebab sejuk
Kat BMV ni lama jugak la kitorang spend time. Rasanya dalam 2 jam kot. Actually, takde aktiviti pun kat sini. Just strolling down kawasan ni je. Tapi, rasa macam 2 jam tu tak cukup pun sebab kawasan sini cantik sangat. Pokok-pokok cantik, ada banyak batu tanda bertulisan Cina, air biru yang unik yang bila kena cahaya matahari, menjadikan pantulan warna tu jadi lebih cantik. 

Menghadap JDSM yang terlindung awan




Refleksi









Ada jugak Yak, lembu yang berbulu tebal tu. Kitorang tengah duduk lepak, tetiba Yak ni datang, memula macam takut jugak. Tapi lepastu tengok Yak ni macam jinak, kitorang pun selfie dengan Yak ni. Heeee.


Alaa yakkk kenapa awop tak tengok kameraaaaa
*oink oink pun ada tau kat sini. comel je kaler pink. berkeliaran macam haiwan peliharaan yang jinak je*


Kat BMV ni jugak la, aku perasan yang monopod aku dah takde. Gigih kan nak bergambar reramai tapi monopod tah mana. Puas aku ingat mana aku letak. Masa kat JDSM tadi ada lagi. Haih.

Lepastu aku teringat. Masa yang aku dah total flat dan jatuhkan botol oksigen kat atas gunung tu, aku letak monopod tu sebelah aku. Lepastu kan aku tertidur dan lepas bangun tu, terus turun bawah. Aku tak perasan monopod tu takde dalam beg aku sebab mamai sangat.

Haih rugi. Dah laa aku beli monopod tu semata-mata untuk trip ni. Tapi, nak buat macam mana, dah takde rezeki kan. Redha jela jadi rezeki orang lain.

Kebetulan kat BMV ni ada orang jual monopod. So, aku cakap kat geng van yang aku tertinggal monopod kat JDSM dan nak beli baru. So si Sun Lin dan Yong ni la yang jadi tukang translate kat penjual tu. Puas belek-belek mana yang compatible dengan fon aku. Jumpa la satu yang boleh tekan je kat stick dan takyah buat self timer.

Dia jual rege 20 Yuan. Mahal jugaklah pada aku. Supposed to be beli kat China murah la kan. Monopod ni kan origin China. Aku beli kat Malaysia mahal, tapi ni beli kat China pun mahal. Apekehey. Tapi sebab nak guna jugak, aku beli je. Mintak tawar pun dia tak bagi. Kodokot.

Lepas beli monopod tu, kitorang pun naik kat atas kat tempat van tadi. So, aku agak yang kitorang dah nak balik la.

Sebenarnya, aku ada hajat. Aku nak gi White Water Terrace. Ikut review kata WWT ni area BMV je. Tapi puas aku cari dan melingas, tak jumpa pulak. Frust.

Naik van, kakak driver pun jalan. Tak lama gerak, dari dalam van, aku nampak WWT ni. Teres air! Alamak, cemana ni. Nak pergiiiiiiiiiiii!

Tetiba, kakak driver berhenti kat satu kawasan. Oh, rupanya, memang kitorang akan pergi sini. Kiranya, pit stop sebelum balik ke Lijiang. Memang tak jauh pun dari kawasan BMW.

Yeayyyyyy! Imma happy girl! Penat je tadi frust ingatkan tak dapat pergi.

Teres air ni kalau tak silap aku buatan manusia. Tak macam teres air kat area Shangrila tu, yang memang semulajadi. Cantik dan mengagumkan binaannya. Air turun berlapis ikut teres. 

White Water Terrace @ Baishuitai

Kat area tu jugak ada satu jambatan yang cantik. Aku tak tau nama jambatan ni, tapi fefeeling macam zaman dedulu. Ala, macam cerita Korea zaman dinasti apa tah. Nice la.
Then, ada satu platform kayu untuk bergambar. Sangat strategik sebab latar belakang JDSM. Ramai orang kat sini, jadi tak dapat la nak menunggu takde orang baru nak ambil gambar. View cantik, so memang jadi spot orang untuk ambil gambar. 



The gang!

Kedai cenderahati kat belakang tu
Selain tu, kat sini jugak ada kedai cenderahati (more to handicraft). Kedai ni terletak tengah-tengah kawasan BMV. Kira centre dan senang nampak untuk jadi landmark. Tapi aku tak beli pun sebab tak berminat. Kat depan kedai tu pulak ada servis bergambar dengan pakaian tradisional Naxi. So kalau teringin nak pakai pakaian tu sambil bergambar berlatarbelakangkan BMV dan JDSM, bolehlah cuba. Aku tak pasti bayarannya.

Dah puas bergambar dan menikmati pemandangan cantik, kakak driver pun dah ajak balik, so kitorang naik van, dan teruskan perjalanan balik ke Lijiang. Semua pun dah penat waktu ni.

Penat-penat pun, dalam van asyiklah berborak. Sepanjang perjalanan mulut tak berhenti bercakap. Lagi-lagi si Sun Lin, ada je cerita dia. Energetik betul langsung tak penat dari pagi sampai la balik ni pun. Yong pulak jadi translator bila kitorang sama-sama tak faham.

Xiao An pun banyak borak kali ni, walaupun agak limited dengan bahasa. Ce teka kitorang borak apa sepanjang perjalanan?

Showbiz Korea. Yes. Borak pasal dunia hiburan Korea je. Pelakon, penyanyi, group, drama. Semuanya la. Yong jadi rujukan kitorang. Dia kan mamat Korea walaupun cuma lah dongsaeng.

Memasing share kegemaran tentang Korea. Echa pun bagitau pasal sorang retis korea ni merupakan boipren (baca : khayalan) dia. Lupa nama dia. Semua terkejut bila Echa kata tu boipren dia. Hewhewhew.

Yong siap cerita, ada satu drama Korea ni yang pasal roti ke pastri tah. Drama tu buat kat kawasan rumah Yong. So masa penggambaran drama tu, few times dia jumpa dengan hero drama tu which is boipren khayalan Echa. Heee.

Kitorang pun siap promot Shila Amzah. Yela, Shila Amzah kan femes kat Shanghai. Memula kitorang sebut nama, diorang macam konpius. Lepastu aku try sebut guna slanga Mandarin, baru diorang dapat tangkap. Sun Lin pun cakap apa tah sambil tunjuk tudung kitorang.

Ooo. maksudnya, dia tahu Shila Amzah tu, sebab Shila Amzah bertudung macam kitorang. Siap dia google lagi gambar Shila nak tunjuk yang dia memang tau siapa Shila Amzah.

Konklusinya, sepanjang perjalanan balik, kitorang borak pasal retis Korea. Kimia sangat bila semua suka benda yang sama.

Sampai kat Lijiang, kakak driver turunkan kitorang kat tepi jalan. Lepas bayar, kitorang decide nak balik ke hostel. Kebetulan, kitorang duduk kat Old Town, cuma berlainan kawasan je. So kitorang pun balik jalan kaki sama-sama.

Diorang guide jalan sebab aku dan Echa tak familiar kawasan tu. Singgah kedai kejap, si Sun Lin dan Xiao An nak beli barang. Aku, Echa, Yong tunggu luar sambil borak. Boipren si Xiao An, Tong pulak buat hal sendiri. Dia macam penat agaknya dan tak banyak cakap. Yong bagitau yang diorang semua esok kebetulan akan ke tempat yang sama, Dali. Aku dan Echa pula ke Tiger Leaping Gorge.

Lepastu jalan lagi, sampai satu junction, aku dengan Echa dah konfius arah yang kitorang sepatutnya lalu. Sebab signboard kat situ tunjuk arah berlainan. Jalan yang kitorang lalu pun, kitorang tak familiar. Diorang maybe dah selalu lalu situ. Yela, Old Town ni ada banyak pintu. Memang akan mengelirukan kalau tak biasa.

Then kitorang decide untuk ikut signboard sebab rasanya kitorang boleh ingat jalan kalau kat situ. Kitorang bagitau diorang yang kitorang nak berpecah sebab haluan lain. So, situlah kitorang berpisah. Diorang arah lain, kitorang arah lain.

Serius, sedih masa nak berpecah tu. Rasa nak peluk je sorang-sorang tanda betapa sangat menghargai setiap momen dan jumpa kawan macam diorang. Seronok sangat sangat sangat. I've never met the best travel team yang macam diorang. Sempoi, cool, sangat baik, dan paling penting, tak racist walaupun diorang tau kitorang dari Malaysia dan Muslim.

Yela, macam aku cakap sejak kes MH370, Chinese mainland ada stigma negatif tentang Malaysia dan ramai Malaysian yang dilayan tak baik bila datang ke China. Tapi this fella, langsung takde nak rasa takut ke apa dengan Muslim. Pengalaman aku sebelum ni, pernah berhadapan dengan keadaan yang mana foreigner ni pandang negatif pada Muslim.

And they're not. Tu yang rasa sebak dan terharu tu. Sobsobsob. Takpe, kitorang dah tukar-tukar wechat id, intagram, dan emel. Boleh contact lagi lepas ni.

Dah baibaibai, kitorang lintas jalan dan seberang ke signboard arah Old Town. Kitorang blur sebenarnya tentang kedudukan semasa kitorang. Berjalan dan berjalan, jauh jugaklah, barulah jumpa kawasan yang kitorang familiar. 

Tetiba kena tahan dengan officer Old Town, diorang  nak tengok Protection Fee kitorang. Agaknya sebab takde muka local kot. Mujur memang bawak. Lepastu, terserempak pulak dengan uncle yang duduk sebelah aku masa dalam flight. Dia duduk kat Old Town jugak. Kat sini diorang gerak ikut pakej. Esok diorang dah nak pergi Shangrila. Borak-borak tukar cerita, seronok sebab diorang peramah.

Dismiss, terus balik ke hostel sebab dah penat. Hajat nak naik pavilion dan tengok Old Town dari atas pada waktu siang, memang terkubur terus. Kitorang decide malam tu baru keluar nak cari makanan untuk bekalan dan pergi restoran Muslim yang aku jumpa semalam tu. 

Uncle dan family
Sebelum masuk bilik, pergi kaunter hostel dan minta diorang belikan tiket untuk ke Qiaotou esok pagi. Ayam itik, akhirnya dapat beli tiket bas dari Old Town ke Qiaotou jam 7.30 am. Person in charge minta kitorang standby malam tu suruh ikut dia, sebab dia nak tunjukkan jalan ke tempat menunggu bas. Jadi esok taklah kelam kabut mencari.


Old Town Lijiang
Malam tu, dalam pukul 8 kitorang keluar ikut orang hostel tu. Pusing sana sini cilok sana sini, akhirnya sampai kat tempat menunggu bas, Kitorang hafal jalan dan remark tempat tu supaya esok tak sesat dan silap. Lepas dah tunjuk jalan, orang hostel tu pun balik dan kitorang teruskan perjalanan sendiri.

Kitorang nak cari buah-buahan untuk bekalan next destination dan nak pergi makan malam. Konfiden nak try jalan lain tengok suasana malam kat Old Town, tapi lepastu sesat entah ke mana. Merata jugak la berpusing.

*bab sesat memang wajib bila dalam Old Town. So, familiarkan jalan yang sepatutnya dan biasakan membaca peta dengan betul*


Jumpa kedai buah yang ada tulisan English (Cheap Fruit Store), kitorang pun singgah nak membeli. Belek-belek tanya harga tapi tak faham. Memula seller tu peramah, tapi lepastu bila dah tak faham-faham, dia pun bebel dan muka masam. Aku rasa bengkek jugak la, tapi lantaklah aku nak beli buah je pun. Kihkihkih.

Ada couple mat saleh ni tengah membeli, kitorang tegur. Echa nak tanya pasal jalan sebab kitorang dah sesat, aku pulak tanya pasal harga sebab dia baru lepas membeli. Double trouble. Mat saleh tu pun bagitau yang dia sendiri tak tau macam mana kiraan sebab tak faham, dia beli je pastu timbang dan bayar.

Lepastu tanya pulak pasal jalan, dia pun bagitau arah. Malangnya, kitorang konfius sebab payah nak terjemah cara macam tu. Diorang pun keluarkan map Old Town dan offer nak bagi map tu kat kitorang. Memula kitorang tolak, sebab esok dah nak keluar dari sini. Diorang insist jugak sebab dah tak guna, lagi pulak diorang pun dah nak gerak ke tempat lain malam tu. So, kitorang amek jugak la map tu.

Lepas membeli buah, kitorang guna map cari jalan. Tapi kurang membantu jugak sebab tak pasti kedudukan sebenar. Maka, jalan dan jalan dan jalan, sesat sesat sesat, sampailah akhirnya jumpa jugak pub yang aku lalu semalam tu. Aku bawak Echa lalu situ dengan tempat yang sungai buang lilin tu, terus ke Square. Dari Square dah senang la sebab dah tau jalan.

So jalan lagi nak gi restoran Muslim. Dari Old Town tu jalan je macam nak ke Mao Zedong statue. Memula nampak signboard kedai Muslim yang lain, kitorang pegi je saja nak tengok. Tapi takde apa-apa dan agak tak best suasananya, macam menakutkan. Kitorang patah balik ke jalan besar.

Waktu ni, Echa dah mula rasa tak sedap badan. Dia rasa badan dah masuk angin sebab tak makan agaknya. Rasa nak muntah. Aku suruh Echa gi kat tepi pokok dan longkang, cuba muntah kat situ. Aku tepuk-tepuk belakang badan Echa. Risau sebab kalau badan masuk angin sampai nak muntah ni, bahaya jugak.

Tanya Echa dia okey tak, Echa kata okey, kitorang jalan lagi sampailah jumpa kedai yang semalam tu. That time Echa pun macam dah tak okey. Tapi dah sampai kat situ, so masuk jela.

Nak masuk kedai pun konfius mana satu kedainya. Macam dah tutup dan takde orang. Kedai dua tingkat, macam ala-ala tradisional sikit la. Nampak ada sorang lelaki pakai macam chef, lepastu depan kedai tu ada tulisan jawi, kitorang masuk je.
Masuk dalam kedai, terus macam - WOW.

Macam mewah dan mahal. Ini menyeramkan kalau pikio pasal duit. Haha. Kitorang masuk terus kena greet. Kitorang bagi salam, diorang pun jawab salam. Siap ada kaunter macam receptionist kat hotel tu ha. Masa ni aku rasa, patut ke tak ek teruskan makan kat sini. Takut over budget.

Kitorang tanya-tanya pasal halal, muslim, diorang bagitau halal dan diorang Muslim. Lepastu tanya kedai dah tutup ke, tapi diorang tak faham. Tengok kedai macam dah nak tutup, tapi lepastu diorang persilakan kitorang naik ke atas.

Naik atas, kitorang terus macam kagum. Restoran ni macam restoran high end. Staf pakai uniform seragam macam kat hotel, kemas je. Kitorang masuk, semua greet dan tunduk kepala. Interior restoran pun kemas dan nampak elegan.

Seram dah masa ni. Takut harga mahal sangat. Tapi, redha. Duduk kat satu meja sebelah tingkap, atas meja dah siap semua kutleri tersusun cantik, siap ada kuaci.

Sorang staf yang boleh cakap Inggeris sikit datang dan serve kitorang, bawa buku menu. Fuhh lega, harga bolehlah takdelah terlalu mahal. Masih affordable lagi untuk makan tu. Cuma, taklah macam harga makan kat kedai semalam. Puas membelek nak makan apa.

Masa ni Echa dah macam ayam berak kapur. Pucat, tak bermaya. Sakit perut dan nak muntah. Nak pilih menu pun tak larat, so aku pilih je mana-mana yg agak okey. Aku amek nasi, stew daging dan sayur+tauhu+fishcake untuk 2 orang makan. Asal boleh isi perut yang tak makan dari siang tadi.

Tak lama, makanan sampai. Tapi nasi tak sampai-sampai. Tengok portion makanan, terkujat. Teramat besar. Memang tak habis kalau setakat 2 orang makan. Portion makanan tu boleh dihabiskan oleh 4 orang. Masa ni aku risau lagi. Kot dia caj harga untuk 2 orang. Naya kang. Kepala dah ligat kira harga makanan. -.- 

Gambar terbaik untuk makanan. Hewhewhew
Penat tunggu nasi tak sampai, kitorang makan lauk je. Masa ni staf restoran pun ramai dah duduk kat ruang yg sama dengan kitorang dan diorang pun makan malam. Mungkin diorang baru habis tugas kot.

Kitorang dok berteka-teki, kalau-kalau restoran sebesar ni ada orang Muslim datang makan. Sebabnya, kedai non-Muslim melambak kat luar dan mungkin kedai ni tak jadi pilihan. Kedai Muslim yang aku jumpa, baru dua ni je. Dan kedai ni memang kosong langsung tak ada orang. Kitorang berdua je yang makan kat situ waktu tu. Staf pun dah kemas meja dan kutleri yang dah siap tersusun atas meja tu.

Sampai ke sudah nasi tak sampai. Alhamdulillah, makanan sedap. Tapi memang tak habis langsung. Banyak berlebih. Aku dah kenyang. Echa memang tak larat makan. Dia makan sikit sangat sebab perut dah sebu dan berangin.

Dah tak larat nak habiskan, aku panggil staf tadi mintak tapau lebihan makanan tu. Cara diorang tapau makanan tak macam kat Malaysia. Kalau kat Malaysia, pekerja angkut makanan tu kat dapur dan bungkuskan. Tapi kat sini, diorang bawak bekas kat meja kita dan tapau depan mata kita.

Lepastu terus turun bawah nak bayar. Lelaki yang greet kitorang awal tadi pun bertanya kitorang dari mana. Kitorang jawab Malaysia, dan diorang senyum sambil angguk-angguk.

Nak membayar ni pun ketar. Ligat otak mengira. Berapa la agaknya kena bayar kat tempat macam ni. Kalau kira makanan tadi, 45 yuan dan 41 yuan. Total 86 yuan. Tu tak masuk kalau ada tax sebab kedai ni kan macam ala-ala hotel. Lepas tu portion besar pulak tu. Kalau tadi portion untuk 2 orang makan, 86 yuan x 2 orang = 172 yuan ke? Phewwwww. Convert duit RM, dah dekat RM80 dah ni.

Keluar bil, cuma 86 yuan. Kiranya, sorang 43 yuan. Aku terkejut jugak, boleh kira murah untuk portion makanan besar, servis tiptop dan restoran yang agak mewah. Alhamdulillah.

Setel bayar, decide nak balik terus. Echa memang hampir flat. Turun je dari kedai menghala ke jalan besar, Echa dah makin tak larat dan terus muntah kat situ. Aku risau jugak sebab kitorang nak kena berjalan dalam 20 minit lagi nak ke hostel. Macam mana nak berjalan balik kalau Echa macam tu. Risau.

Echa dah nak give up, tak larat berjalan. Echa cakap nak naik teksi. Aku pening. Macam mana nak naik teksi. Boleh, memanglah kalau berjalan tak jauh mana sebenarnya, cuma keadaan Echa yang agak teruk tu agak merisaukan kalau nak berjalan. Lagi pulak, kenderaan tak boleh masuk dalam kawasan Old Town. Kalau naik teksi, cuma boleh sampai luar je dan kena berjalan jugak nak ke hostel.

Aku cakap kat Echa, takpe, kita jalan slow-slow. Kalau tak larat, kita stop dulu. Sepanjang perjalanan tu memang agak mencabar sebab rasa sangatlah jauh hostel tu. Kesian kat Echa. Kalau teksi boleh masuk dalam sampai hostel, boleh naik teksi. Tak kisah laa berapa bayar. Taklah Echa terseksa dah tak larat lepastu kena jalan jauh macam ni.

Dalam kepala asyik memikir kenapa Echa jadi macam tu. Sebab sebu tak makan ke? Atau perut masuk angin dan bila perut berasid baru makan tu yang jadi lebih teruk. Ke efek altitud gunung yang Echa baru kena? Macam-macam kitorang fikir penyebabnya.

Akhirnya, sampai ke hostel dalam keadaan Echa tak larat tu. Masuk bilik, Echa terus baring dan tidur. Dia cakap dia tak larat nak mengemas barang. Kesian Echa. Aku tak tau nak buat apa. Ubat tak ada, cuma bagi balm supaya dia rasa lega sikit.

Lepas Echa tidur, aku mengemas barang sebab esok nak gerak ke Tiger Leaping Gorge. Siap kemas, terus tidur, esok kena bangun awal.

Dalam masa yang sama, berharap keadaan Echa jadi lebih baik.

Hari yang mencabar fizikal dan mental.

Tips :
1. Nak naik ke JDSM ni, ada beberapa jenis bayaran yang dikenakan.
Entrance Fee : 130 yuan
Cable Car : 180 yuan
Shuttle Bas : 20 yuan

Mula-mula, akan beli tiket kereta kabel dan shuttle bus dulu. Lepastu baru beli tiket untuk entrance fee pulak. Semua tiket ni jaga elok-elok sebab akan disemak nanti. Jangan lupa, kertas kuning Protection Fee.

2. Step perjalanan
Mao Zedong Statue (naik van) - berhenti beli tiket kereta kabel dan shuttle bus - berhenti bayar entrance fee - naik bas ke kaki gunung JDSM - naik kereta kabel ke JDSM - JDSM -  naik bas ke BMV - naik van balik ke Lijiang.

3. Bawa bekalan makanan sendiri sebab kat JDSM ni takde jual makanan halal. Paling selamat kalau nak beli, roti dan air mineral.

4. Standby baju sejuk yang sesuai sebab suhu sejuk kat puncak gunung.

5. Standby oksigen sebagai alat bantu pernafasan kalau sesak nafas. Kalau boleh, telan siap-siap ubat tahan muntah atau ubat yang sesuai untuk ketahanan pada altitud tinggi. Tak semua orang boleh tahan sickness altitud tinggi (termasuk aku). Ubat ni kalau boleh beli siap-siap kat Malaysia, sebab susah nak dibeli kat China. Dan kat Malaysia, nak beli kena ada preskripsi khas.

6. Kalau dah plan destinasi untuk hari seterusnya yang memerlukan beli tiket lebih awal, boleh request pada hostel untuk tolong belikan. Kebiasaannya hostel ada sediakan perkhidmatan beli tiket bas/tren dan ada caj sikit. Lebih mudah, tak payah pergi stesen bas/tren.




Kos Day 3 :
1. Tambang van ke/balik JDSM - RMB 50
2. All in ticket JDSM - RMB 330
3. Monopod - RMB 20
4. Buah - RMB 17
5. Makan Malam - RMB 43
6. Tiket Bas TLG - RMB 40


Total : RMB 500

Simple Note : I wonder if you're reading my blog, and still think that my writing is great. I miss you, friend, coz China reminds me of you. :')

1 comment: