Wednesday, 13 April 2016

#menjejakyunnan : Day 5

9 Disember 2015 | RABU

Tiger Leaping Gorge-Qiaotou-Shangrila

Tibet Guesthouse, Middle Tiger Leaping Gorge

New start for today! Alhamdulillah, hari kelima, aku dan Echa pun dah fully recovered. Pagi ni, nak teruskan perjalanan ke Shangrila. Antara tempat yang aku nakkkkkkkkk sangat pergi.

Aku bangun awal, dalam pukul 6 pagi sebab nak tengok pemandangan subuh & rekod video timelapse matahari terbit. Gigih sangat dalam sejuk menggila pagi tu aku keluar pasang kamera, lepastu tertidur kat kerusi kat balkoni depan bilik.

Suasana waktu subuh kat sini macam semalam jugak. Sunyi yang amat. Cuma kadang-kadang je ada kenderaan lalu. Dan boleh nampak lampu-lampu kat bahagian kebun kat bawah tu, menandakan penduduk sini dah mulakan kerja diorang kat kebun, seawal pagi lagi.

Aku terfikir, aku duduk diam-diam berselubung dengan berlapis baju dan selimut pun masih kesejukan melampau, tapi diorang pagi-pagi dah bangun berkebun. Hebat.

Cantik jugak pemandangan matahari terbit kat sini. Boleh nampak matahari muncul sedikit demi sedikit di sebalik gunung. Masha Allah, tak boleh nak cakap kagumnya. Teringat view matahari terbit dari Gunung Kinabalu masa nak ke Kundasang dari KK.

Sebelum aku ada kongsi kenapa aku nak ke Yunnan kan? Haaa, ni satu lagi asbab aku nak ke Yunnan.

Antara perkara yang mengagumkan aku, dan membuatkan aku nak sangat explore Yunnan ni, adalah disebabkan banjaran gunungnya. Termasuk gunung yang kat depan mata aku sekarang ni - Yulong & Haba Snow Mountain.

Percaya tak, banjaran gunung kat Provinsi Yunnan ni sebenarnya bersambung dan berjajaran hingga ke Semenanjung Malaysia dan Thailand?

Tak percaya?

Sila percaya.

Okey, aku tepek sedikit maklumat dan fakta :

1. Banjaran Gunung di Yunnan :
Banjaran gunung di Malaysia menganjur dari Dataran Tinggi Yunnan di negara China ke selatan merentasi Thailand dan kemudian ke Semenanjung Malaysia lalu membentuk Banjaran Titiwangsa dan banjaran-banjaran lain. Jadi, gunung-ganang di Malaysia di Banjaran Titiwangsa ni, juga didukungi oleh Banjaran Yunnan. Bayangkan betapa luasnya alam ni. 


Antara dua pergunungan. Dipisahkan oleh Sungai Yangtze.
Sekarang, kat depan aku ni banjaran Dataran Tinggi Yunnan. Dan kat Malaysia, rumah sewa aku kat KL, menghadap Banjaran Titiwangsa. Tak tergambar, agungnya kuasa Allah. Jarak beribu batu, tapi dihubungkan dengan banjaran gunung yang tak terputus merentasi negara.

2. Masyarakat Melayu Awal.
Dikatakan, pada zaman Mesolitik, orang Melayu datang dari Yunnan ke Kepulauan Melayu menerusi tiga gelombang yang utama, yang ditandai dengan perpindahan Orang  Negrito, Melayu Proto,  dan Melayu Deutro. Mereka juga buat kajian berserta bukti.

Ini salah satu teori kedatangan Melayu, iaitu Teori Yunnan. Betul ke asal usul Melayu dari Yunnan? Wallahualam. Laksamana Cheng Ho juga dikatakan Muslim dari Yunnan yang datang ke Melaka melalui jalan laut dan membentuk hubungan diplomatik dengan dunia Melayu dan menyebarkan Islam sejak 600 tahun lalu.

Begitulah kisahnya. Jiwa aku kan sentimental dan suka bab-bab sejarah ni (walaupun dulu belajar sejarah asyik failed). Selalu bayangkan, macam mana agaknya keadaan semua tempat yang aku pernah pergi ni ribuan atau jutaan tahun dulu. Mesti lagi awesome.

*tapi pernah bau udara ribuan tahun dulu kat Petrosains, terus aku fikir, macam mana diorang boleh bernafas dalam udara macam tu.*

Sekian, #faktasyita hari ini.

Semakin hari cerah, aku pun dah puas hati dapat tengok suasana pagi kat Tiger Leaping Gorge, maka, aku mulakan misi pagi ni.

Pagi ni, nak jenjalan lagi kat tempat yang aku pergi semalam. Sebab Echa eksaited nak enjoy kawasan ni memandangkan semalam Echa tumpas di pembaringan sepanjang hari. Hihi.



Bersiap dan awal pagi keluar. Terjumpa owner guesthouse ni, then kitorang bagitau nak minta dia hantarkan ke Qiaotou pukul 10 sebab nak ambil bas dari Qiaotou ke Shangrila pulak. Tapi, owner cakap pukul 10 dia ada urusan, so kitorang minta anjak ke pukul 11 pagi.

Aku jadi tour guide Echa pagi ni. Bawak dia jalan kat kawasan situ-situ je. Heee. Nak jalan jauh sikit tak berani (baca: takut anjing) dan tak cukup masa. Echa baru ni dapat nak kagum dengan pemandangan kat sini. Semalam dia tak rasa apa langsung sebab tak sihat tu.




Lepastu Echa cakap teringin nak bergambar dengan nenek pakai pakaian tradisional Tibet tu. Kebetulan, masa nak jalan ke tempat aku bermuhasabah diri semalam, terserempak dengan popo dan lagi sorang nenek. Kawan popo agaknya.

Pagi-pagi diorang dah bangun dan berjalan ambil udara pagi. Disebabkan Echa teringin nak bergambar, kitorang apporoach kedua-dua popo tu dan bagitau nak bergambar, dalam bahasa isyarat.

Popo senyum lagi dan seronok. Nenek lagi sorang pun sama, tapi dia dalam masa sama tunjuk jari telunjuk.

Pelik. Apasal nenek ni tunjuk jari ni? Lepastu nenek tu cakap tapi kitorang tak faham.

Puas nak dekod, baru faham.

Nenek nak 1 yuan kalau nak bergambar.

Aku bagitau Echa. Lepastu kitorang pun gelak. Baru teringat, kan aku ada buat research yang memang ada sesetengah local kat sini yang akan minta duit untuk sebab tertentu yang pada kita mungkin mengarut.

Kitorang pun okey je. Sebab 1 yuan tu berapalah sangat untuk kitorang. Kitorang pun angguk kepala tanda setuju dan terus ajak bergambar. Cool dan sporting je popo berdua ni. Siap tunjuk 'peace' lagi. Hahaa.


 Impian Cha jadi kenyataan. Heee.

Peace!
Lepas bergambar, kitorang hulur sorang 1 yuan kat popo ni. Seronok betul reaksi diorang dapat duit. Kitorang yang tengok ni pun rasa seronok. Yela, pada kita 1 yuan tu baru tak sampai 70 sen, berapa sangat kan. Tapi pada diorang yang mungkin jarang pegang duit sendiri, 1 yuan tu banyak. Sama laa macam reaksi budak kecik kat restoran Muslim kat Lijiang yang kitorang bagi duit RM1 tu. Seronok kan bila dapat gembirakan orang lain. :) 

Jalan punya jalan, pusing punya pusing, diam tak diam dah dekat pukul 11 pagi. Kitorang pun balik ke guesthouse, tengok-tengok kat luar tu sorang staf dah tunggu dan lambai tangan kat kitorang. Dia bagitau, kejap lagi dah boleh gerak. 


Gonna leave this beautiful place.

Kitorang pun terus naik bilik, ambil semua barang. Mujur dah siap-siap kemaskan semua dan tinggal bawak turun je.

Turun bawah, masukkan semua beg dalam kereta. It's time to say goodbye to Tiger Leaping Gorge and Walnut Garden. Huaaaaaa. Sedihnyaaaaaaaa. Aku suka sangat tempat ni. Walaupun tak ada pembangunan dan kemajuan atau kemodenan, tapi, seronok sangat sebab tempat ni sangat tenang.

Tepat pukul 11, kereta gerak. Aku duduk kat depan. My favourite seat sebab boleh tengok pemandangan dengan lebih Izhar Halki. Heeeee.

Perjalanan dari Walnut Garden ke Qiaotou ambil masa dalam 40 minit. Pertengahan jalan, driver tu berhenti sekejap kat satu cliff ni nak bagi kitorang bergambar kat situ. Agaknya dia tengok aku dok klik kamera tak habis-habis. Haha!

Kat cliff tu tak lama. Dalam tak sampai 10 minit pun. Sejuk kemain laa. Kat cliff ni ada satu kedai yang jual souvenir tempatan, contohnya keychain dengan serangga yang diawet, herba. Dan jugak, ada labu yang besar gilaaaaaaaaa. Boleh jadi labu Cinderella untuk tikus.

Be the Cinderella. We already had this pumpkins!
Cliff ni agak tinggi jugak. Memandangkan kitorang dalam posisi mendaki sebab nak ke Upper TLG. Nak bergambar kat situ, ada spot yang disediakan dan berpagar. Buat-buat berani je laa panjat batu tu sambil bersandar kat pagar. 

Dalam pukul 12pm, kitorang sampai kat Qiaotou. Driver kereta berhentikan kitorang kat satu tempat ni yang ada beberapa ketul bas tengah menunggu. Aku agak, mungkin tak ada stesen bas yang proper kat pekan Qiaotou ni. Tak macam kat Kunming, Lijiang, dan Shangri-la. So, kena alert sendiri kat mana nak ambil bas.

Kitorang mintak tolong dengan driver tu untuk belikan tiket bas ke Shangri-la. And we're so lucky. Bas yang dekat depan mata kitorang masa tu memang nak ke Shangri-la dan dah nak gerak pun. Driver tu cepat-cepat masukkan barang kitorang dalam bas, dan suruh kitorang naik bas. Kitorang pun terus hulur duit bayar tambang dari Walnut Garden ke Qiaotou then terus naik bas. Bas pun penuh, dapat laa seat kat tengah-tengah.

Nota : Aku tak pasti kalau sistem tambang kat Qiaotou memang macam ni atau bukan, tapi kitorang tak beli tiket bas awal-awal. Dah sampai kat Shangri-la baru bayar tambang bas dan tak ada tiket bas.

Perjalanan dari Qiaotou ke Shangrila ambil masa dalam 2 jam. Tapi 2 jam tu rasa macam sekejap sangat. Sebab aku terkesima dengan pemandangan sepanjang perjalanan.

Do not expect for the modernisation, sebab sepanjang perjalanan cuma akan ada perkampungan tradisional Tibet, sekali tengok terasa macam hidup zaman dinasti dedulu tu. Rumah kayu dan batu sungai. Pokok-pokok pine, sungai jernih. Gaung, jangan cakap. Sepanjang jalan.







Shangri-la ni kan lebih 3000 meter pada paras laut. So, perjalanan mendaki lereng-lereng gunung. Kat bawah gaung tu ada jugak perkampungan, dan di sebalik gunung boleh nampak Gunung Salji Haba dan Yulong jugak.

Paling mengujakan aku? Dah semestinya, salji! I don't know how to describe my feeling when I saw the snowflakes. Bertaburan kat atas pokok pine dan atas tanah. Merata-rata sampai kepala aku asyik terteleng kanan kiri nak tengok. Jakun kan. Automatik, aku pasang harapan yang aku dapat main salji dan dapat merasa snowfall. Serius, rasa teruja tu tak terungkap. Mak aihhh. Rasa nak meleleh ayaq mata ceq oiii.

Bukan aku je macam tu. Penumpang lain pun sama. Diorang pun dok amek gambo dan rekod video. Eksaited kemain makcik pakcik!




Echa? Tidurrrrr zzzzzzzzzzz.

Dalam pukul 1.30pm, bas mula masuk kawasan pekan dan mula laa nampak bangunan moden sikit. So aku agak, kitorang dah sampai kat pekan Shangri-la. Signboard pun dah ada 3 bahasa. English, Mandarin, Tibetan.



Bas berhenti turunkan penumpang. Aku tengok tempat tu tak macam gambar stesen bas Shangri-la yang dalam iti aku.

Bas jalan lagi dan akhirnya masuk ke kawasan bandar yang agak memeningkan kepala. Hihi. Berdebu baq hang.

Dan termuncullah, bangunan sejibik dalam gambar kat iti aku. Alhamdulillah. Sampai akhirnya. Legaaaaa, kitorang tak sesat!

Turun bas, ambil beg, bayar tambang, dan masuk terus dalam stesen sebab tak tahan sejuk sangat. Lagi sejuk daripada kat JDSM tu.



Masa ni kitorang dah mula konfius mana arah nak pergi. Tengok iti, kitorang ada 3 option.

1. Naik bas No 1 dan lepas tu berjalan ke hostel.
2. Naik bas No. 1 ke Diqing International Middle School dan lepas tu ambil bas No. 3 untuk ke Old Town dan lepastu berjalan ke hostel. Aih pening.
3. Free pick up service by the hostel.

Sebenarnya kan, aku pun masa buat iti, part ni paling aku keliru dan tak faham walaupun dah banyak bertanya dan membaca. Sebab tu aku buat option banyak-banyak tu berdasarkan pada jawapan yang aku dapat. Kihkihkih.

Memandangkan masih keliru, aku pun buat keputusan nak ke tandas sebab nak mengosongkan apa yang perlu. Sejuk aihhh tak leh tunggu sampai kat hostel. Dengan tak tau jalan bagai, kang ada merempat cari open toilet kat China ni kang. -.-

Aku suruh Echa tunggu kat waiting hall. Aku pun nampak signboard toilet, aku terus jalan pergi sana. Tazabarrrrrr nak guna toilet.


Waiting hall. Toilet di hujung sana.
Guess what. Sampai toilet, aku terpaku kejung.

Alamak. Aku cepat-cepat lilit scarf kat hidung. Aku takleh tahan kalau toilet gini. Bukan memilih. Tapi, serius ahh cakap kan. Terlalu azab. Najis bertaburan, basah kering semua ada. Air? Air tadakkkkkk. Cedok dari dalam tong besar dan air tu berkeladak kotor habaq hang.

Keputusannya? Cabut lari. Tahan jelaaa.

Pergi balik kat Echa lepastu cerita kat dia. Mesti Echa takleh bayangkan sebab dia taknak pergi toilet tu. Hihi.

Sambung balik kekeliruan. Kitorang decide tanya kat kaunter. So, aku pergi kaunter bas dan tanya macam mana nak ke Old Town. Staff yang tak mesra langsung tu bagitau, ambil bas No 1 kat luar stesen tu.

Aku ajak Echa pergi cari tempat menunggu bas No 1. Disebabkan kitorang nak ke Dukezong Old Town, maka, cari bas No 1 adalah pilihan paling tepat.

Keluar stesen, berpusu-pusu orang serbu offer nak hantarkan. Tapi kitorang tolak secara baik, sebab nak jimat kos dan nak elak scam.

Berpusing-pusing mencari mana nak ambil bas No 1. Aku masuk balik kat kaunter bas, dan tanya semula dengan staf. Sekali lagi dia bagitau dengan isyarat tangan. Haaa, bila dah kata isyarat tangan, faham-faham jelaa cara diorang tunjuk jalan. Setakat tunjuk tangan jela. Kikiki.

Kitorang pun lintas jalan ikut arah dia bagitau. Berhenti kat depan satu kedai yang licin disebabkan salji membeku jadi ais. Fikir-fikir, masih tak berjumpa penyelesaian. Datang sorang pakcik ni tanya kitorang nak ke mana. Kitorang hulur iti tu tunjuk tulisan DukeZong Old Town. Dia pun cakap kena ambil bas kat bus stop.

Nota : Haaa jangan buat pening. Komunikasi berlangsung dalam suasana aman dan secara ayam itik. Faham sikit-sikit lain-lain tibai konon-konon faham je.

Nampak ada stesen bas, kitorang pun pergi sana. Legaaaaaa. Sambil-sambil kepala pusing melilau cari kedai makan halal.

Nampak bas No 1 yeayyyyy!

Tapi. Tapi. Tapi. Kenapa bas tu kat seberang sana?

Okey, otak kembali ligat berfikir. Rasanya, kitorang kat bus stop yang salah kot. Kalau nak ke DukeZong Old Town kena naik dari bus stop bertentangan jalan kot.

Kitorang pun lari lagi lintas jalan nak ke seberang. Huii. Main lari-lari ye kat sini. Nasib baik tak jadi penguin.

Tunggu tak berapa lama, bas No 1 pun kelihatan menuju ke arah kitorang. Alhamdulillah. Bas sampai, kitorang pun naik sambil hangkut beg gedabak.


Ingat ye. Sistem jalan raya kat China tak sama macam Malaysia. So, berhati-hati melintas dan alert kat mana nak kena naik bas.
Duduk je, terus keluarkan duit nak bayar tambang. Tak mahal. 1 yuan je. 

Lepastu aku dengan Echa pun sambung discuss semula fikir macam mana cara nak ke hostel. Tengah dok bincang, tetiba ada sorang amoi duduk depan kitorang ni tegur dan tanya kitorang nak ke mana.

Yes. She's asking in English. Broken English tapi masih dapat komunikasi sikit-sikit. Ya Allah. Leganya masa ni, Tuhan je tahu.

Aku tunjuk iti, bagitau nak ke DukeZong Old Town dan hostel kitorang. Dia belek, dia angguk. Lepastu dia cakap something, tapi kitorang tak faham.

Haaaa, dia keluarkan ipong dia dan guna translation. Aku pun guna Lenovo je. Amoi ni guna Iphone uolsssss.

Pung pang pung pang, dia taip aku taip. Akhirnya, jelas jugak hala tuju. Dia bagitau ikut je dia nanti dia tolong.

Sampai satu bus stop ni, semua orang turun. Amoi tu pun ajak kitorang turun sekali. Rupanya, itu hentian terakhir bas No 1. Dan situ jugaklah pintu masuk ke DukeZong Old Town. Landmark? Ada satu pondok kayu macam pondok guard, bertentangan jalan ada kedai Giordano. Yessss. Giordano tapi in traditional way la. Hehe.

Amoi tu pun call owner hostel. Cong ceng cong ceng, then, dia cakap sekejap lagi owner hostel akan pick up kitorang kat situ. Alhamdulillah lagi sekali. Memang Allah banyak bantu kitorang, ramai sangat orang baik hati yang menolong kitorang sepanjang perjalanan dari hari pertama. Takde kena tipu ke apa. Semua yang baik-baik je.

Dalam 10 minit jugak kitorang menunggu. Sejuk tapi panas matahari terik.

Sambil tu berborak dengan amoi tu. Mana yang dia boleh speaking, dia cakap. Mana yang tak boleh, kitorang guna translation kat ipong dia je.

Amoi ni muda lagi. Dalam awal 20-an. Dah kahwin dan dia bawak anak dia sekali masa tu. Comel sangat baby dia! Dia pun berasal dari tempat lain, dan duduk kat Shangri-la tu sebab ikut suami dia. 


Matahari memancar-mancar.
Tetiba tengah dok menunggu tu, ada lori sampai. Terkezut bila tetiba digolekkan dua ekor ba alif ba ya bersaiz besar. Berdarah-darah. Huiii. Aku pandang Cha, Cha pandang aku. Hewhewhew.

Tak lama lepastu, ada kereta berhenti depan kitorang. Owner hostel tu sampai akhirnya dengan sejibik kereta Honda City warna merah hati. Amoi & owner tu bercakap apa tah. Dan amoi tu pun bagitau dia nak balik dah. Kitorang cakap 'Xie Xie' kat dia. Terharu dia sanggup tolong dan tunggu kitorang sekali, padahal dia pun tengah kelek baby dia.

Dari pintu masuk Old Town nak ke hostel ambil masa tak sampai 10 minit. Macam biasa, aku duduk depan dan berborak dengan owner. Dia cakap, tempat ni sebenarnya tengah dalam major renovation sebab terbakar teruk masa tahun 2014. Kalau ikutkan, tak jauh pun dari pintu masuk DukeZong Old Town nak ke hostel. Tapi disebabkan renovation tu termasuk buat jalan baru, dia kena ikut jalan lain yang lebih jauh dan untuk first-timer, memang akan konfius.

Nampak salji merata-rata. Hihi. Hajat tercapai! Nanti boleh main salji!

Masuk kawasan hostel, check-in dulu. 


Pintu masuk ke hostel
Sebenarnya ni hostel pilihan kedua. Pilihan pertama nak stay kat tempat lain, tapi hostel tu last minute hantar emel bagitau hostel tutup sebab jalan kat depan hostel tengah dalam pembinaan. Mungkin sebab kebakaran tu kot.

Dapat kunci, masuk bilik. Bilik ni kat aras bawah, dekat je dengan kaunter. Berhadapan bilik, tempat nak lepak main pool atau nak membaca. Bahagian atas ada open space.








Bilik not bad jugak. Berbaloi laa dengan rate. Agak besar, katil selesa, ada selimut elektrik, TV.



Cuma satu je. Bilik air dia guna pintu rotan. Ala-ala Jepun tu. So, nak mandi, jangan bagi orang lalu kat situ. Hewhewhew.

Kitorang berehat dulu golek-golek atas katil. Lepastu makan buah sebab dah lapar sangat. Mujur ada buah limau, pear, anggur yang beli semalam.

Echa mandi dulu, baru aku. Yela, dah 2 hari kot tak mandi. Mujur cuaca sejuk, so tak berpeluh, wangi je. ;p

Sebelum aku bersiram, aku on suis travel iron sebab iron tu lambat panas. So, expectation aku, lepas mandi boleh laa iron tudung.  Maka, aku tinggalkan iron tu dan aku pergi bersiram.

Syok mandi air panas. Lega rasanya bila terlalu sejuk, dapat pulak air panas. Feeling tu macam, nak balik Malaysia!!!! Nak cuaca Malaysiaaaaaaaaaa.

Tetiba, Echa jerit.

Aku panik. Dah kenapa Echa ni. Aku pun cepat-cepat bilas badan lepastu terus keluar.

Ce teka kenapa?

Haaaaa. Alkisahnya, Echa tengah dok baring, terbau hangit. Lepastu Echa cari mana datang bau tu. Rupanya, iron yang aku dok on tu, dah terkulai layu.

Iyeeee. Mencair dah hilang rupa asal. Huhuuuuuuuu. Syahdu aku tengok. Dah laa iron tu aku pinjam Azu yang dia beli kat Mekah. Haih, aku meminjam, lepastu jahanam pulak rete orang. Nayaaa ceq. 

Aku terus off suis, dan alihkan iron tu dari meja. Fuhhh, tak memasal. Nasib baik takde litar pintas atau meletup apa-apa. Kalau tak, lagi laa naya.


RIP
Kitorang bantai gelak bila fikir balik. Gigih aku tinggal iron dengan harapan boleh terus guna. Tetiba, hancur lebur bersama-sama dengan harapan aku.

Dah cemana aku nak iron tudung ni? Tudung crepe ni bukan boleh nak pakai kalau tak iron. Keromot habis.

Aku terfikir satu idea bernas.

Hair dryer kan ada. Yip yip yippieeeeee!! Kita iron tudung guna hair dryer. Satu lagi #tipstravelsyita heeee 


learnfromsyitahowtosurvive
Memandangkan kat sini memasing dah suci daripada hadas, so, bolehlah solat. Aku install siap dah apps untuk tentukan waktu solat. Cuma bab kiblat je laa tak pasti. Yela, kat sini mana ada tunjuk arah kiblat macam hotel kat Malaysia.

Handphone Cha ada apps kompas, so, kitorang guna dan matchkan pulak dengan kompas manual yang aku bawak.

Guna apps kompas agak mengelirukan sedikit, sebab kadang-kadang tak sama dengan bacaan darjah yang sepatutnya. Aku ada terbaca, kalau nak guna apps kompas kat fon, kena pusing kan fon kat lantai rata dalam pusingan membentuk nombor 8. Jarum kompas pada apps tu akan tunjukkan arah kiblat.

Guna kompas manual pulak kena tau berapa bacaan darjah kat tempat tu. Contohnya Shangri-la ni dalam provinsi Yunnan. So, darjah kiblat adalah 280 darjah. Kalau Malaysia, darjah kiblat adalah 292.

Kena ingat, jarum kompas akan sentiasa menghala ke utara. Dan darjah kiblat juga tak sama untuk setiap negara.

Arah kiblat iaitu Kaabah tak mengeluarkan medan magnet, bermakna tak ada satu kompas pun yang boleh mencari arah Kaabah. Sebab tu jugak, kena elakkan daripada sebarang tarikan magnet masa nak guna kompas tu. Kalau tak, mungkin jejaskan pencarian.

Nak mudah beli je kompas kiblat kat kedai-kedai buku atau kedai barangan Muslim. Ada jual dan tak mahal. Lagi mudah sebab ada manual sekali.

Dalam pukul 3 petang, kitorang keluar nak cari makan. Lapar bila perut tak masuk makanan berat dari semalam. Pergi kaunter hostel, tanya kat mana boleh cari makanan halal. Owner tu bagitau ada kedai makanan halal, dia pun bagi direction.

Keluar dari hostel, merayap dulu nak fefeeling salji yang banyak. Yelaa dah nampak salji kat merata tempat kan. Haruslah terjah. Heeee. Merata kitorang pergi asal jumpa salji. Jakun bebeno siap main baling-baling lagi. Gebu pulak tu. Pegang je relai. 


MeetSnowSalji


Cuaca kat luar sejuk teramat. Aku check kat fon tadi, suhu dalam 1 darjah. Mak ai. Mana laa tak sejuk.

Bila terdengar bunyi anjing, kitorang pun ubah arah. Okey, kali ni tekadkan niat nak pergi cari kedai makan yang owner tu bagitau tadi. Malangnya, kitorang dah lupa mana hala nak pergi. Leka sangat main, terus lupa.

Maka, kitorang ikut langkah kaki.

Kitorang dah dalam kawasan Old Town, tapi aku rasa, DukeZong Old Town ni tak secantik Lijiang Old Town. Mungkin sebab kebakaran besar yang hampir memusnahkan Old Town ni dulu, dan sekarang tengah proses pembinaan semula, so pemandangan tak berapa nak best. Sana-sini tengah renovation. Memang jauh laa expectation dan realiti. Agak kecewa jugak sebenarnya. Sebab aku mengharapkan, aku dapat fefeeling macam kat dinasti maharaja tu, keliling semua bangunan lama.





Jauh mengukur jalan tapi masih tak jumpa restoran halal. Kitorang pun dah putus asa. Jumpa kedai yang jual western food, tapi tak berani sebab was-was. Masih yakin yang kitorang akan jumpa kedai makanan halal.

Jumpa satu kafe kecik. Kitorang singgah dan tanya orang kedai tu, kalau dia tahu kat mana ada kedai halal. Lucky us, dia boleh berkomunikasi dalam English. Dia bagitau, kat sini tak ada komuniti Islam dan tak ada kedai makanan halal.

Kitorang dah kecewa. Lepastu cuba lagi, ukur jalan mencari. Masih tak jumpa.

Perut dah lapar. Last-last, patah balik pergi kafe tadi, dan anggap kitorang tengah darurat. Masuk kafe, amoi tadi greet kitorang lagi. Rupanya dia owner kafe tu. Dan agaknya rezeki kitorang, dia tahu serba sedikit tentang Muslim, so dia alert apa yang kitorang boleh makan dan tak boleh makan. Banyak jugak kerenah kitorang dalam nak pilih menu, sebab nak pastikan makanan tu takde unsur haram dan syubhah.



Finally, we have decided to order seafood pizza and hot chocolate. Tazabar nak tunggu makanan sampai!

Sambil tu, pilih spot duduk kat tepi tingkap. Dan paling utama, terus cari password wifi. It's time for anti-social mode. Heeee. No laa. Waktu untuk update lokasi kepada yang berkenaan.




Interior kafe ni simple je. Ala-ala hipster. Ada dalam 3 4 meja. Ada sudut membaca. Nice laa.

Sambil tu belek menu lagi. Aku dengan Echa tetiba rasa was-was bila tengok ingredient untuk pizza. So, kitorang panggil owner tu lagi dan tanya semula. Mujur jawapan dia meyakinkan. Inti seafood, dan dia letak udang, cheese, sutun. Takde daging dan sebagainya yang meragukan.

Duduk dalam kafe ni baru rasa lega sikit. Tak terlalu sejuk yang mencengkam macam kat luar tu. Owner tu pun agaknya tengok kitorang kesejukan sangat, dia pun pergi kat pendiang, masukkan kayu dan bakar. Fuhhh, first time tengok orang hidupkan pendiang. Macam tak percaya pun ada dapat lalui benda ni. Selalu tengok kat TV je. Hihi.



Dalam 20 minit, makanan sampai. Hot choc dah sampai awal. Dia punya lega tu bila dapat air panas - pehhhhhh. No one can tell. Legaaaaa teramat. Rasa nak lepak situ je order bercawan-cawan hot choc *tapi mahal*.




Pizza portion sederhana je. Ok laa untuk 2 orang makan. Homemade pizza. Owner buat doh sendiri. Kafe ni ada jugak muffin, kek, biskut, dessert. Nampak sedap, tapi tak berani nak cuba sebab owner cakap dia ada letak liquor dan bahan bersusu. Jujur jee owner ni. Kalau fikir untung, boleh je dia bantai cakap semua bahan halal dan suruh kitorang try. Kannn.

Kenyang perut senang hati. Alhamdulillah. Walaupun mahal sikit, tapi dapat penuhkan perut yang kosong. Takpelah. Demimu perut. I rela.

Masa nak membayar, mata aku dok tenung je biskut yang dia dah pek cantik-cantik kat meja kaunter tu. Haih, kalau la boleh makan. Sedapnyaaaaa.

Lepas bayar dan keluar kedai, kitorang terus balik hostel. Tak sanggup nak merayap sebab cuaca semakin sejuk. Rumah dan kedai kat sini pun memasing dah pasang pendiang. Berasap-asap corong kat luar tu. Macam main lawan-lawan asap rumah siapa paling tebal. Gittewww.




Plan asal, petang dan malam ni nak merayau kat DukeZong Old Town ni. Nak stroll down the whole area, nak menikmati suasana malam dengan local. Tapi memandangkan terlalu sejuk, kitorang pun memutuskan yang kitorang nak beradu je dalam bilik.

Selamat berhibernasi!

Tips:
1. Kalau datang waktu winter, kena check dulu sama ada hostel yang korang nak stay tu buka atau tutup. Sebab ada sesetengah hostel, tutup operasi semasa winter sebab diorang taknak tanggung kos tinggi untuk elektrik. Dan bila tahap sejuk melampau, paip air pun tak keluar air sebab air beku.

2. Kalau nak stay kat DukeZong Old Town, cuba familiarkan kawasan dan cara nak ke hostel. Sebab, terlalu banyak hostel kat sini dan dengan major renovation, bit confusing jugaklah.

3. Nak ambil bas dari terminal bas Shangri-la, tanya dengan local untuk pastikan kat mana nak tunggu bas.

4. Kalau rasa taknak stay kat Old Town dan nak stay kat town, ada banyak je hotel kat bandar. Dan sebenarnya, dari pusat bandar nak ke Old Town tak laa jauh mana.  Jalan kaki pun boleh.

5. Dari Qiaotou ke Shangri-la, bas akan berhenti kat terminal bas Shangri-la. Cuma dari Qiaotou tu je tak ada stesen bas yang proper.

6. Kalau banyak masa dan tak kejar masa, boleh jalan-jalan dulu kat sekitar pekan Qiaotou dan boleh pergi kat attraction area, contohnya patung harimau, jambatan, atau turun tangga ke bahagian paling bawah.



Kos Day 4 :
1. Van Tibet Guesthouse ke Qiaotou - RMB 20
2. Bas Qiaotou ke Shangri-la - RMB 30
3. Shangrila Baita International Youth Hostel - RMB 60
4. Meal - RMB 45

Total : RMB 155

4 comments:

  1. Means..ade jalan darat lah kan kalau dari msia nak ke china...
    hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada je yus. hehe. boleh overland jee msia-thai-vietnam-china. kalau nak daki gunung pun boleh tp taktau berapa tahun baru tiba. heee

      Delete
  2. hehehe..lawak story pasal iron tu. Hikhik...mujur x lintas pintas..seriously terhibur bace post cyita. rasa nak p sana jugak..tapi nak bawak syita...hahaha..boleh??

    ReplyDelete