Friday, 18 December 2015

Introduksi #MenjejakYunnan

Bismillahhirrahmannirrahim.

Menjejak Yunnan #menjejakyunnan
5 Disember 2015 - 14 Disember 2015.

Macam dalam post lepas, aku ada bagitau pasal aku nak terbang mengembara lepas berbulan beli tiket kan? Betapa aku struggle *kekonon* nak buat research sampai rasa semua benda tak setel lagi kan?

Alhamdulillah. I did it! Hehee.

Sebenarnya, aku tak pergi jauh mana pun. 4 jam terbang je dari Malaysia. Aku ke Yunnan, salah satu provinsi di China. Kenapa aku pilih Yunnan? Nanti aku cerita. Sabar okeyy. Ni baru nak bagi acah-acah teaser je. Hehe.

Gara-gara group Backpackers Buddies Malaysia (BBM) kat Facebook yang selalu bakar line bila orang upload post pergi merata tempat secara bekpek dan bajet, aku pun terpengaruh. Aku rasa terbakar je bila tengok orang ke sana sini tapi tak keluar banyak belanja. I is jealous. Tapi, masih tak mampu nak pergi tempat yang lagi best. Duit. Duit. Duit. Sobsob.

Dan, bermula dari trip ke Phnom Penh, kemudian ke Thailand, Langkawi, dan Pulau Perhentian (termasuk Kuching yang terpaksa aku batalkan sebab kerja), hampir kesemuanya tanpa gunakan ejen, sendiri survive dan semata-mata berdasarkan research yang pelbagai dan bertanya supaya tak malu lalu sesat jalan. Heee.

Know what? Kepuasan tu lain sangat bila kita travel sendiri, rancang sendiri, dan berdikari sepanjang tempoh travel tu.

Bukan nak berlagak. Sebab aku pun ada jugak silap-silap dalam merancang ni, ada yang terlepas pandang bagai. Tapi, Alhamdulillah, dipermudahkan urusan dari A to Z. Yang susah sikit-sikit tu normal la kan.

Bagi yang selalu kata aku asyik berjalan tu, ketahuilah bahawa aku juga mengumpul duit untuk travel ni. Bukan sebab banyak duit ke apa. Takkk. Sebab aku bukan orang senang, yang nak pergi memana takyah fikir, just go. Huhuu. Kalau banyak duit, aku dah sampai dah negara idaman aku macam Korea, Bosnia, Europe, Kashmir, dan sebagainya. Haha!  *mak dah suruh simpan duit suruh kahwin*

Aku travel secara bajet. Jadi, bila aku rancang sendiri, aku dapat jimat banyak. Sebab aku cari alternatif paling mudah dan murah, tapi dalam masa yang sama, aku aplikasikan ikut situasi dan tak memudaratkan. Itu salah satu cara aku nak jimat bajet.

Tapi, masih belum mampu nak redah saja tanpa persediaan, sebab aku memikirkan tentang bajet. Tak cukup duit kang, bikin naya aku duduk kat kaki lima negara orang tadah tudung mintak duit nak balik Malaysia. Takpun buat salah biar kena tangkap lepas tu Kedutaan/Pesuruhjaya Tinggi hantar balik. Takpun, kerja laaaa apa pun demi mencari duit nak beli tiket. Kihkihkih. Okey, Nauzubillah minta laa dijauhkan.

Sambungan tajuk.

Hajat hati aku nak mengembara ke wilayah Yunnan secara bajet dan backpack. Berbekalkan tiket return KL-Kunming-KL berharga RM373 yang aku beli pada bulan Februari 2015 (kalau tak silap masa tu Air Asia buat promo). Merancang hampir 10 bulan dan perancangan rapi sebulan setengah sebelum bermula, kitorang berjaya tamatkan kembara 10 hari di Yunnan, China. Siap berbaju kurung masa hari akhir Yunnan, dari Kunming sampailah kat KL. Yeehuuuuuu!

Risau jugak sebenarnya nak mengembara secara berdua, dedua perempuan pulak tu, lepastu tak guna khidmat ejen. Memang 100% sendiri ikut pelan yang dah rancang cuma ada sedikit perubahan, ikut situasi dan bekala duit.

Dan hakikatnya, dari segi gambar memang kitorang nampak happy jee. Fuhhh nampak macam mengujakan dan menyeronokkan. Tapi sebenarnya, survival kami untuk teruskan perjalanan selama 10 hari adalah lebih dari itu.

Lagi pulak bila aku dan travelmate, Echa, tak sihat pada hari ketiga dan keempat. Kitorang muntah-muntah, terlepek kat katil, sakit kepala, sakit perut terlampau, dan sebagainya sampai Echa hampir give up nak balik Malaysia. Alhamdulillah, paksa diri juga dan Allah bantu untuk baikkan kesihatan dengan ikhtiar.

Masalah bahasa paling utama, memang guna bahasa ayam itik dan isyarat badan. In the end, cakap Melayu jelaa. Kita cakap Melayu, diorang cakap Cina. Cong ceng cong ceng laa bunyinya. Asalkan maksud sampai. 

Lebih bersyukur, perjalanan kami juga dipermudahkan dari awal hingga akhir, ramai yang membantu apabila kami agak lost dan tak tahu arah tuju. Juga, kami dapat kawan baru dari China dan Korea! Sangat seronok berjodoh dengan diorang.

Route kami adalah :
Kuala Lumpur-Kunming-Lijiang-Tiger Leaping Gorge-Shangrila-Lijiang-Kunming-Kuala Lumpur

Kami guna sepenuhnya pengangkutan awal seperti bas mini, minivan, keretapi, tuktuk, bas ekspres, kereta. Cakap laa apa je jenis kenderaan kat sana. Semua kitorang tibai demi nak bergerak. Tapi teksi tak laa sebab mahal.

Kitorang jugak berpindah-randah hostel dan guesthouse mengikut tempat, tapi kitorang pilih untuk ambil bilik berdua sebab harga lebih kurang je macam kalau tinggal di dorm. Senang nak terbongkang kat bilik dan takyah share bilik air which is share bilik air agak mengerikan sebenarnya bila kau kat China *hakak tak sedia*.

Dari aspek bajet juga alhamdulillah tak melebihi apa yang dirancang, tempat yang kami berhajat nak pergi juga, hampir kesemuanya dapat pergi. Bajet keseluruhan termasuk tiket flight return, travel insurans AIG, visa single entry, dan lain-lain perbelanjaan di sana (fee, bus, train, makan, dll), semuanya tak melebihi RM2000 seorang. Ada yang boleh dijimatkan sebenarnya tapi ada situasi yang agak crucial jadi kami pejam mata hulur duit (kebanyakannya bab makanan masa darurat dan tak sihat)

After all, terima kasih pada rakan-rakan yang membantu sepanjang tempoh perancangan dan tempoh kami berkelana. Juga sumber rujukan di blog (terutama blog Atlas Seorang Pengembara), group BBM, TravelChinaGuide, Lonely Planet, TripsAdvisor, ChinaHighlight, dan lain-lain.

Next aku akan kongsikan tips dan persediaan awal sebelum aku mulakan kembara aku.

Till the next post! 


di Tiger Leaping Gorge

Nur Masyita Atiqah
8.25 pm
18 Dec 2015


Friday, 27 November 2015

Comeback!

Assalammualaikum.

It has been a very very long time, since my last post. Actually, I have too many things to update. Bout my trip to Pulau Perhentian, Phnom Penh, and to Thailand (Krabi, Phi-Phi Island, Phuket). Well, my friends always told me that I wrote too long and they will regret once the clicked the "see more" button in Facebook or Instagram. Haha! Bila jari dah mula menaip dan nak bercerita, too many ideas will come out just like poppopopopppppp ahhh I have to write this I have to tell this I have to share this blablabla~

InshaAllah, bila dah banyakkkkkkk masa free, aku akan cuba untuk update. As simple and informative as I can, together with the detail information bout the budget and so on.

InshaAllah, next week I will fly to somewhere that I've been waiting for this whole year. Have been planning the itinerary, the budget, and this is my really first time (I guess), I've been doing so much research by asking travellers in few websites. It do helps me alot (setakat ni laa sementara belum mula travel tu lagi). Terbayang-bayang semua tempat tu, meronta-ronta rasa nak pergi. Sabar, sekejap je lagi. Hehee. Semoga urusan cuti dan visa, dipermudahkan. Kalau tak, menangis guling-guling rasanya.

Pray for me and my travel buddy, so that we can do this trip with excellence and rational. Hehe. Takut juga sebenarnya, sebab tak pernah lagi nak menjejak kaki jauh-jauh, dengan language barrier, dan cuba nak bergantung sepenuhnya kepada pengangkutan awam. Moga semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan, keselamatan juga terjaga dengan izin-Nya. Aamiin.

Aku akan cuba update info dan berkongsi cerita mengenai trip travel aku tu nanti, lepas balik.

Semoga bertemu kembali!




Nur Masyita Atiqah
28 November 2015
12.10am

Monday, 9 March 2015

Mai Cheq Mai! Part 7 - FINAL

Part 7 : Day 4

2 Mac 2015, Isnin

Hari akhir di Pulau Lagenda Mahsuri!

Agenda kitorang pagi ni memandangkan flight jam 12.50 tengahari, kitorang bangun pagi dan lepas Subuh siap-siap dengan tak mandi, hidupkan enjin kereta, terus menuju ke Pantai Cenang.

Lengang je jalan raya sekitar Cenang ni. Parking pun kosong.

Lepas parking, kitorang berlenggang ke pantai. Air laut dah mula surut. Orang pun tak berapa ramai kat pantai pagi ni.

Apa lagi, aku dan Ila terus terjun dalam laut ke tengah pantai. Lepas tu Ju dan Kelly join sekejap-sekejap. Aku pulak kembali praktikkan ilmu apungan badan dalam air.

BERJAYA!!

Terharunya, tak sangka aku mampu apungkan badan akhirnya setelah bertahun mencuba. Dan dari saat tu, aku poyo berenang dengan pelbagai teknik dan apungkan badan lama-lama.

Dah bosan, naik ke pantai.

Bosan lagi, masuk air lagi dan kali ni semua join. Kitorang buat kegilaan, menyanyi lagu Ibnor Riza, Mimpi Yang Tak Sudah dalam laut dan lepas tu main kejar-kejar dengan Kelly jadi mak ikan. Berlarilah dalam air sebab taknak dikejar.

Kau boleh bayang gadis 26 tahun buat semua ni? GILA.

Itu tak cukup gila? Kitorang dipaksa makan pistachio mahal RM23 beli di Padang Besar milik Kelly demi nak kumpulkan kulit pistachio hanya untuk membentuk perkataan Sahabat di pantai.

Kenyang perut makan kacang mahal pagi-pagi. Kalah kacang masin MAS.

Lepas tu, dalam jam 9, kitorang balik ke bilik.

Selamat tinggal Pantai Cenang! Semoga kita berjumpa lagi! Tak dapat nak merasa parasailing. Sobsobsob.

Balik bilik, bersiap, berkemas, transfer gambar dari kamera Kelly ke hard disk Ila menggunakan notebook anak Kak Meiza (nampak tak owner punya sporting), kemas-kemas sikit bilik, kitorang pun keluar dari Mentari Cenang Guesthouse menuju ke airport. Sempat main-main dengan anak bongsu kak Meiza yang masih kecil.

Dalam jam 10.45 pagi sampai airport, scan beg, dan beratur kat kaunter MAS.  Waktu ni dah mula cuak sebab 3 orang je ada ID rasmi. Lalu bersedia dengan surat rasmi, laporan polis, dan ID pelajar. Ayat kursi, surah lazim, semua dah bergumam kat bibir.

Satu demi satu penumpang mula daftar masuk. Kaunter Economy Class tak buka, jadi kitorang disuruh daftar masuk di kaunter Business Class. Merasa laa daftar kat tempat mahal. Kesian pemegang kad Gold Enrich kena beratur dahulukan kitorang penumpang Economy Class tiket promo. LOL

Tiba giliran kitorang, aku hulurkan 3 IC dan 1 ID pelajar.

Aku pun dengan tenang bagitau staf kaunter situasi sebenar.

Punyalah kitorang cuak takut salah seorang daripada kitorang dinafikan daripada menaiki pesawat disebabkan tak ada ID rasmi. Takkan nak tinggalkan dia seorang naik feri balik ke Kuala Lumpur dan kitorang je naik flight balik?

Staf minta dokumen lain yang boleh sahkan. Aku bagi ID pelajar. Itu sahaja yang dia tengok. ID pelajar sahaja. Surat, laporan polis, sikit pun tak jeling.

Ceh. Penat aku takut tau. Penat aku cuak. Penat bahu kiri aku tambah dosa menyakiti perasaan Sahabat aku dengan ugutan taknak temankan dia kalau kena deny. Penat bahu kiri sebab paksa Sahabat buat laporan polis walaupun dia keberatan.

Takpe, mungkin ini peringatan supaya lebih berhati-hati dan bersedia dan tak ingat Tuhan cuma bila susah.

Tengok mood staf okey, aku minta nak tukar seat sebab semalam masa aku check in online, MAS set kan seat secara auto dan letakkan pada barisan 17.

Staf tanya, "Nak seat mana pula?"

Aku jawab sambil sengih, "Nak seat 22 atau 23 macam tu. Nak tepi tingkap"

Biasalah, aku ni kan jakun walaupun dah beberapa kali terbang. Seat wajib kat tepi tingkap. Siap cop awal lagi.

Setel urusan check in dan masukkan luggage yang berketul-ketul, tengok kat tiket staf tu letak kitorang sebaris. Aku dan Ila, Ju dan Kelly. Seat baris ke 22. Yeay!

Lepas check in, kitorang cari tempat nak isi perut sebab kelaparan tak sempat sarapan dan survey nak beli coklat Kelly yang tak cukup (walaupun kat airport katanya duty free, harga coklat tetap mahal sedikit jika nak dibandingkan di Kuah).

Naik tingkat atas, makan kat Noodle Station.
Sambil tunggu order sampai, aku call semula kereta sewa sebab nak pulangkan kereta. Ni satu lagi masalah aku dengan RST Holiday.

Aku contact diorang jam 10.50 waktu scan beg untuk bagitau suruh ambil kereta jam 12 di airport. Call Shamsibah, dia suruh contact nombor pada kad. Aku call pula nombor pada kad di resit, tak ada sorang jawab dan off. Aku call nombor pejabat, baru ada yang jawab. Itupun diorang tak jelas dan aku pulak kena terangkan jenis kereta dan sewaan aku macam mana.

Dah pukul 12.05 pm, masih tak ada yang call untuk ambil kereta. Aku dah risau sebab boarding jam 12.20 pm. Aku call semula nombor ofis bagitau aku nak boarding dah.

Tahu tak, waktu tu dia pas kan telefon kat staf lain dan barulah staf tu bagitau diorang ada runner yang incharge kat airport.

Apasal tak bagitau awal-awal? Kalau cakap awal kan senang, dari awal boleh bagi tugas serah kunci kat salah seorang daripada kitorang sementara nak check in tadi. Aku dah malas nak bertekak dengan diorang.

Aku call runner tu dan aku membebel kat dia, lepas tu dia tanya aku parking kereta kat mana dan sebagainya. Aku bagitau direction, dia cakap dia kejap lagi sampai. Aku pun tarik Ju temankan aku, dan waktu sampai kat kereta kitorang clearkan kereta, budak tu masih tak ada. Aku call semula, bagitau semula exact location, tak lama lepas tu dia sampai.

Aku tunjukkan kereta, bagi kunci, dan ambil semula deposit RM50 dan ucap terima kasih. Dia tak caj pun lewat sejam RM10. Tak sampai hati nak marah budak tu, kesian pulak.

Lepas pulangkan kunci kereta, aku naik semula Noodle Station, dan terpandang calon #mms yang kitorang terselisih waktu nak ke kereta tadi. Tapi macam biasa, #mms gagal juga.

Siap makan, masuk departure hall, beratur, jalan kaki ke flight. Kat Langkawi ni airport takde aerobridge. Jadi ala-ala LCCT dulu kena berjalan nak naik pesawat dan naik tangga. Waktu ni juga boleh tengok pesawat lain seperti Malindo dan Firefly versi ATR yang agak kecil jika nak dibandingkan dengan Boeing, dan pesawat Air Asia.

Masuk flight, pakai seatbelt, tunggu untuk berlepas.



Satu yang aku suka naik MAS ni, inflight entertainment. Perasan kaya sekejap lah naik flight yang lengkap berbanding Air Asia. Dapat baggage allowance 30kg, boleh tengok movie, main game, dengar lagu, dapat jus dan kacang masin, arahan keselamatan pun secara video sahaja.
Dan satu yang aku salute pada MAS, sekarang dah disiarkan Surah Al-Fatihah dan doa naik kenderaan. Usaha yang baik semenjak insiden MH370 dan MH17.

Jam 12.50, flight mula menyusur landasan dan terbang, meninggalkan ruang udara Langkawi. Awalnya di ruang udara, cuaca elok dan penerbangan pun lancar. Tapi apabila memasuki ruang udara Kuala Lumpur, asyik masuk awan tebal dan kerap bergegar. Beberapa kali juga airpocket. Mujur pilot mampu kawal dengan baik.





Jam 2 petang, selamat tiba di KLIA.

Semoga berjumpa lagi Langkawi. Such a good memory and nice place. Definitely, will visit again. 

Secara kasarnya, perbelanjaan untuk tiket bas, flight, penginapan, kereta sewa, minyak kereta, tiket-tiket masuk dan kontinjensi, kitorang membelanjakan lebih kurang RM400 seorang (tak termasuk makan dan shopping, yang itu boleh bajet sendiri kan). 

Not bad lah (kadang-kadang rasa mahal bercuti kat dalam negara. hihi). Dan sebenarnya korang boleh jimat lagi kalau guna mode yang lebih bajet antaranya penginapan dan kereta sewa yang lebih murah, dan jika hanya fokus pada Pulau Langkawi sahaja. Kalau macam kitorang, menjelajah UUM, Kuala Perlis, dan Padang Besar, memang wajarlah bertambah kos. Hehe. 

Tamat kisah Mai Cheq Mai.

SYITA


“Twenty years from now you will be more disappointed by the things you didn’t do than by the ones you did do. So throw off the bowlines, sail away from the safe harbor. Catch the trade winds in your sails. Explore. Dream. Discover.”

Mai Cheq Mai! Part 6

Part 6 : Day 3

1 Mac 2015, Ahad

Awal pagi dah bangun sebab nak pergi Cable Car kat kaki Gunung Machinchang, lebih kurang 30 minit dari Mentari Cenang Guesthouse. Pergi awal pun sebab katanya kalau lambat nanti kena beratur lama sebab ramai, lagi-lagi hujung minggu kan.

Tapi silap percaturan, lupa nak tengok waktu operasi.

Kitorang sampai sana dalam jam 8 pagi, rupanya tak buka lagi. Waktu operasi kereta kabel untuk Sabtu dan Ahad bermula jam 9.30 pagi hingga 7 malam. 

So, kitorang pun pergilah sarapan dulu. Lepas sarapan, pergi jalan-jalan kat Pantai Datai/Kok. Cantik. Banyak kapal layar berlabuh. Jalan nak naik ke Oriental Village tu pun cantik, cuma berliku sikit macam jalan kat Kundasang dan Wang Kelian. Tapi okey sikit lah berbanding Kundasang dan Wang Kelian tu. 



Dalam jam 9.15 kitorang naik balik ke Oriental Village, tengok dah ramai orang beratur. Cuak jugak takut kena tunggu lama. Tapi, tak lama sangat sebab ada beberapa kaunter dibuka. Dalam 10 minit dah dapat tiket dan beratur pulak untuk ke SkyDome dan seterusnya ke SkyCab.

Parking kereta di Oriental Village ni percuma ya.

Okey, kalau nak beli tiket SkyCab ni, korang tunjukkan kad pengenalan korang sebab dapat diskaun. Harga sebenar adalah RM30/orang dan dengan kemukakan IC, dapat harga RM15 sahaja. Dan biasanya, ambil sekali dengan pakej SkyDome, jadi harga yang kita bayar adalah RM20.

Ada juga harga pakej dan combo lain, korang boleh pilih ikut kemampuan korang. Ada juga harga untuk Express Lane yang bagi lebih keistimewaan antaranya tak perlu beratur laa, tapi mahal sedikit harganya. Sama juga dengan tiket untuk Glass Bottom iaitu kereta kabel yang bahagian bawahnya kaca dan see thru.

Jangan cuba 'menipu' nak beli banyak tiket guna satu  IC je tau. Sebab, setiap tiket akan di'scan' dengan IC kita dan ada data tertentu.  Jadi, satu IC untuk satu tiket sahaja. Kitorang cuba nak beli asing-asing dengan niat kawan yang takde ID tu bolehlah guna IC kitorang kat kaunter lain lagi sekali dengan harga murah. Tapi gagal. Hehe. Pokoknya, jangan mencuba ya. 

Lepas beli tiket, beratur nak masuk pula. Tiket yang dibeli tu ada kod bar, jadi kita kena 'scan' kod bar tu dekat sensor merah, dan bila lampu hijau menyala baru boleh lalu. Lepas tu boleh ikut je laluan yang ditunjukkan tu menuju ke SkyDome. 

Kat SkyDome ni pun kena menunggu dalam 10 minit sebab staf akan aturkan berapa orang boleh masuk untuk sekali sesi. 

Mula-mula aku fikir, SkyDome ni bosan, tapi rupanya best.

Masuk je dalam bilik tu, duduk kat mana-mana kerusi (aku cadangkan duduk belakang supaya lebih selesa sebab kita akan mendongak). Nanti akan ada tayangan 3D atau 6D (aku kurang pasti sebab masa aku masuk yang 6D, guna spek khas dan kerusi bergegar). Masa aku, ditayangkan tayangan Roller Coaster. Memang rasa macam betul-betul naik Roller Coaster tu padahal kita cuma tengok jee. Cuma agak pening lalat laa sebab berpusing-pusing kan dan keluar dari situ aku mabuk sekejap. 

Lepas SkyDome, beratur semula untuk naik SkyCab.

Tadaaaa. Saat yang dinantikan.

Kali kedua aku naik kereta kabel. Kali pertama kat Genting Highland dulu.

Nak naik SkyCab ni, staf dia akan tetapkan naik 6 orang setiap kereta kabel tu. So, kitorang berempat, ada sepasang suami isteri ni naik juga untuk penuhkan kuota 6 orang. Mula-mula tanya juga kalau boleh naik 4 orang sahaja, tapi staf dia cakap sebab ramai, jadi kena kongsi. Kalau family jangan risau, biasanya dia bagi naik sama dan tak asingkan.

Nak naik SkyCab ni kena cepat sebab dia tak berhenti tapi bergerak perlahan. Naik saja, terus duduk kat kerusi dia. Dan selamat menikmati pemandangan indah Gunung Machincang dan hamparan hutan tebal hijau dan kuning.





Kalau anda gayat, memang agak menyeramkan sebenarnya. Sebab tinggi dan bergoyang kan. Memang macam-macam terlintas kat fikiran. Tapi seronok sebenarnya. Aku tak gayat sangat, jadi okey jelah. Seronok tengok hutan kat bawah tu, Ila cakap macam brokoli kuning. Hihihi. Dari atas juga boleh nampak Telaga Tujuh yang terkenal tu. Nampak halus je.

Sampai stesen kedua, turun sekejap dan boleh nikmati pemandangan 650 meter dari paras laut. Cantik subhanaAllah. Indah bumi ciptaan Tuhan. Suasana nyaman dan berangin. Matahari mula menjengah.



Naik lagi kereta kabel ke stesen paling atas, kitorang dapat naik berempat. Maka, bermaharajalela sambil usik Kelly yang katanya gayat.


Dalam beberapa minit kemudian, tiba di puncak Gunung Machinchang. Kat atas ni ramai orang dah memenuhi sekitar kawasan tu untuk dapatkan spot terbaik untuk bergambar. Dari atas ni, kita akan dapat lihat luas dan biru Lautan Hindi dan Andaman, dan juga pulau-pulau kecil sekitar Thailand. SubhanaAllah, sangat mengagumkan nikmat mata ini.  Kat atas ni juga suasana agak nyaman dan sejuk.




Rezeki kitorang, masa kitorang pergi ni SkyBridge baru je dibuka selepas hampir dua tahun ditutup untuk penyelenggaraan. Tapi, hanya separuh dibuka dan separuh lagi masih ditutup. Dalam kereta kabel kita boleh tengok proses penyelenggaraan yang masih berjalan.

Kita masih boleh menikmati pemandanan dari SkyBridge ni dengan menggunakan laluan lain yang disediakan, dan sedikit mencabar. Apa yang anda perlu lakukan adalah beli tiket di kaunter dengan harga RM5/seorang, pastikan pakaian dan kasut yang bersesuaian dan tanda tangan satu surat yang menyatakan mengenai tanggungjawab anda jika berlalu sesuatu yang tak diingini.

Staf kat situ bagitau, perjalanan akan ambil masa selama hampir sejam bersamaan 1 kilometer pergi dan balik melalui trail hutan.

Kitorang mencabar diri sendiri walaupun sebenarnya kaki tak berapa okey dan sakit-sakit, dengan pakaian blaus dan skirt, maxi, kasut flat. Gigih kan?



Mencabar laluannya. Aku rasa macam panjat Bukit Broga pulak. Walaupun ada tangga yang dibina menggunakan batu dan besi pemegang, tapi ada sesetengah kawasan yang agak curam dan mendaki laluannya. Penat juga. Beberapa kali berhenti rehat sebab semput. Air sebotol tak mencukupi. Stamina tak berapa bagus.

Sepanjang laluan ada papan tanda yang maklumkan checkpoint dan papan tanda haiwan liar antaranya si hidung penyek. Hihi.

Lepas berhempas pulas, sampai juga ke SkyBridge. Teruja dan terharu tak sangka dapat sampai. I'm here, bebeh. Sobsobsob.

SkyBridge ni adalah pada paras 700 meter dari aras laut dan ada jambatan melengkung yang tergantung. Ada juga beberapa tempat di sepanjang jambatan yang ada glass bottom yang lutsinar dan membolehkan kita berdiri di atasnya sambil lihat ke bawah.

Aku yang tak berapa gayat ni pun menggigil lutut bila berdiri atas glass tu sambil pegang besi jambatan. Aku takut kalau glass tu tak kukuh dan tercabut dan aku terjatuh. Aku tak dapat bayangkan. Ila cool je, Kelly tak pijak langsung, manakala Ju langsung tak jejak kat SkyBridge ni. Dia duduk kat tepi je. Takut lettewww. Tulah, ejek Kelly lagi, padahal dia yang takut. Haha.

Aku rasa, semua pemandangan dari atas adalah sangat cantik dan tak ada yang menggagalkan jiwa aku. Dari SkyBridge, kita boleh berjalan sampai separuh jambatan dan nikmati pemandangan Laut Andaman dan Lautan Hindi dan juga Gunung Batu Kapur Machincang yang berusia 500 juta tahun ni.





Dikelilingi hutan tebal, aku tak dapat bayangkan macam mana agaknya keadaan di sini ratusan juta tahun lalu. SubhanaAllah. Kalau sekarang sudah cantik, apatah lagu jutaan tahu dulu. Allah, agungnya ciptaan Allah. Sumpah, cantik sangat. Aku terpegun dan berlama kat sini.

Dalam setengah jam juga di sini, apabila matahari dah semakin memacak atas kepala dan semakin ramai orang, kitorang pun turun.


Laluan balik agak mencabar juga tapi lebih cepat berbanding waktu pergi. Waktu ni juga ramai dah mula ramai orang sedang menuju ke SkyBridge. Biasakan bibir menegur dan bagi semangat pada mereka yang nak pergi, sebab kebiasaannya diorang dah kepenatan walaupun tak jauh sebenarnya.

Dan kalau boleh, sila pakai yang elok sikit ya. Sebab waktu kitorang nak balik tu, ada minah saleh empat orang pakai skirt pendek dan tube je turun dari tangga. kitorang berhenti sebab nak bagi laluan, bila terpandang atas, ternampak yang tak sepatutnya. Heh, saya yang sama jantina pun malu tau tengok.

Sampai je pintu masuk tu (pintu yang sama sebab anda akan berpatah balik) staf yang kat situ offer untuk ke SkyBridge lagi secara percuma.

Jawapan kitorang? Sudah semestinya TIDAK.

Haha. Penat deh. Sampai je kat situ terus cari kipas dan beli air tin mahal RM2.50. Turun, lepak kat kerusi sambil mengadap lautan biru sekejap. Hati tak berhenti memuji indahnya bumi Tuhan.

Tak lama lepas tu ambil kereta kabel untuk turun. Masa ni terus je takde turun stesen lagi sebab dah penat.

Sampai bawah, belek-belek barang kat kedai cenderamata, dan keluar tak beli apa-apa sebab mahal walaupun banyak yang menarik.

Kat luar, panas terik menyengat. Dah mula ramai beratur nak naik SkyCab. Mujur datang awal. Kalau tak, masak nak beratur lama dan panas.

Kelly dan Ila pulak sambung tengok tayangan 6D kat sebelah kaunter tu. Harga tiket RM18 dan ada beberapa jenis tayangan. Aku dan Ju tak masuk sebab aku dah pernah tengok tayangan tu kat KL Festival City.

Lepas tu, kitorang berjalan nak cari Muzium 3D yang baru dibuka sebulan lepas. Jalan sampai depan ke pintu masuk Oriental Village, rupanya Muzium 3D tu sebelah je dengan kaunter SkyCab. Maka, menapak lagi masuk ke dalam dengan longlai sebab panas dan penat. Tapi, tak jauh mana pun sebab sepanjang jalan kat Oriental Village ni ada banyak benda menarik boleh kita nikmati.

Mula-mula aku malas nak masuk sebab tiket mahal, tapi mengenangkan haritu kan birthday Kelly makan digagahi jua. Tambahan pula tempat tu baru dibuka, maka nak jadi antara yang pertama masuk. Hihi.

Pergi kaunter, tanya kat staf harga tiket. Mahal. RM38 tiket biasa dan RM30 untuk pemegang MyKad. Kelly cuba usha-usha lagi kat abang tu, abang tu pun bagitau harga untuk pelajar IPT di Kedah adalah sebanyak RM15.

Hah? RM15??

Apa lagi, melompat laa cari kad matrik masa belajar kat UUM.

JUMPA!!!

Tapi, Kelly dan Ju punya je laa. Aku dan Ila tak bawak. Sekali lagi Kelly jalankan usaha mengusha abang kakak tu bagitau yang kitorang tak bawak kad matrik. Akak tu tengok sepintas lalu kad kitorang, dan bagitau, "Okey".

Alhamdulillah. Dapatlah kitorang tiket masuk ke Langkawi 3D Art Museum dengan harga yang murah iaitu hanya RM15 seorang.

Oh, apapun, ada juga pakej tiket Combo SkyCab + SkyDome + 3D Museum dengan harga RM46 bagi mereka yang tak ada kad pelajar.

Dan sekali lagi dinyatakan, hanya PELAJAR IPT DI KEDAH sahaja yang menikmati privileges ini. Maksudnya, UM, UKM, USM, UNIMAP, dan segala universiti luar Kedah tak tertakluk pada kemudahan ini. Hai, beruntung belajar di UUM. Heee~

Tiket sama macam tiket SkyCab, ada kod bar dan kena scan tiket tu dulu dan hanya masuk selepas lampu bertukar hijau. Kasut pun kena tanggal dan berkaki ayam sahaja ke dalam tu. Staf akan bagi plastik untuk dimasukkan kasut anda dan simpan di locker muzium.

Melangkah ke dalam muzium, sekali lagi teruja.

CANTIKNYA LUKISAN NI!!! NAMPAK BETUL!!!

Ya, lukisan nampak hidup dan menjadi. Nama pun Muzium 3D kan, dah pastilah lukisan secara 3D. Korang boleh bergambar dalam tu ikut aturan yang dah diberi.

Kat setiap lukisan, korang kena tengok kat lantai ada bulatan yang akan bagi arahan cara gambar tu diambil. Antaranya, sama ada secara horizontal atau vertical. Ini sangat membantu untuk anda ambil gambar yang cantik. Ada juga staf yang akan bantu korang cara ambil gambar yang betul supaya gambar yang terhasil tu menggambarkan lukisan sebenar.

Muzium ni besar dan ada tiga tingkat. Setiap tingkat ada pelbagai jenis lukisan yang menarik antaranya padang pasir, Firaun, panda, pari-pari, Venice, hutan, dan sebagainya. Jadi, manfaatkan setiap ruang yang anda dan ruang memori kamera anda supaya tak terlepas yang menarik.  Dan ringankan tangan anda untuk bantu orang lain bergambar juga. :)

Waktu kitorang kat dalam ni, tak ramai sangat. Mungkin sebab waktu tengahari kan. Dan seperti biasa, misi #mms kitorang pun seakan-akan terbuka pintunya apabila terlihat tiga jejaka yang menarik tertarik pun kat dalam ni. Chinese look, ada ketrampilan yang simple, dan ada gaya sopan yang menarik hati. Gitteww.

Senang kata, kitorang habiskan masa bersama kat dalam muzium tu tanpa bertegur sapa. Tapi, salah seorang daripada diorang lambaikan tangan kat Ila masa Ila naik bot Venice sambil buat gaya lambaikan tangan. Hihi. Apapun, misi gagal sebab tak jumpa lagi dah lepas tu.











Selesai tawaf Muzium 3D ni, kitorang keluar, dan sekali lagi beli air dan aiskrim sebab haus dan tekak kering. Lepas tu masuk kereta dan pergi cari masjid untuk Zuhur jamak dan lepas tu ke Beras Terbakar.

Mencabar cari Beras Terbakar ni. Tak ada papan tanda yang khusus sebab kitorang dari arah Oriental Village. Gunakan map pun tak berapa jelas. Guna Waze lagilah, tau-tau dah sampai tapi tak tau kat mana. Akhirnya berhenti tepi jalan dan tanya orang tempatan, rupanya kitorang dah terlajak. Akak tu suruh kitorang patah balik sampai jumpa tapak pasar dan masuk ke dalam. Ingat, landmark dia pasar malam Padang Mat Sirat.

Lepas ucap terima kasih, kitorang pun ikut arah yang dia bagitau. Baru perasan ada papan tanda Beras Terbakar tu dari arah bertentangan dan jumpa tapak pasar malam. Tapi, masih tak jumpa juga. Lepas parking kereta, lalu beberapa kedai baru nampak ada papan tanda kat pintu gerbang tertulis Beras Terbakar.

Laa, rupanya Beras Terbakar ni kat dalam kawasan rumah persendirian iaitu rumah tradisional yang cantik dan kena melalui banyak kedai di kiri dan kanan yang menjual barangan cenderamata, batik, dan gamat. Masuk adalah percuma ye.

Kecil juga rupanya kawasannya. Ada satu bekas kaca yang berisi beras yang hitam berserta penerangan mengenai sejarahnya. Kononnya, asal usul beras terbakar ni adalah pada zaman Mahsuri yang mana mereka cuba elakkan tentera Siam daripada mendapat bekalan beras, maka beras ditanam dan dibakar. Dari situlah terciptanya sejarah Beras Terbakar.





Alang-alang dah kat situ, kitorang pun luang masa membeli barang sebab hasil kajian aku mendapati bahawa barang kat sini adalah murah dan berbaloi untuk dibeli. Gamat 10/12 botol boleh dibeli dengan harga RM9, RM10, RM11, RM12, kain batik berdasarkan kualiti yang pelbagai dan siap dijahit boleh dibeli dengan harga RM15 untuk 2 pasang, RM10 sepasang, RM11 sepasang, dan pelbagai lagi. Kain pelekat pun ada, keychain, fridge magnet kebanyakannya dijual dengan harga satu untuk RM1. Topi yang cantik-cantik pun ada dijual dengan pelbagai jenis harga. Aku kongsi beli minyak gamat dengan Kelly, kain batik, sebotol bedak sejuk, keychain, fridge magnet, dan topi.

Lepas membeli, kitorang nak gerak ke Kilim pulak sebab jam pun dah menunjukkan ke pukul 4 petang. Takut tutup pula nanti. Waktu ni pasar malam dah nak buka dan beberapa gerai dah dibuka. Kitorang pun ambil kesempatan beli air dan makanan ringan. Air teh susu kat kedai paling depan tu sedap amat. RM1.50 je secawan. Lepas tu aku beli apam balik mini dan juga sejenis makanan inti kaya yang aku tak tau namanya. Yang pasti, semuanya sedap.

Dari Beras Terbakar nak ke Kilim ambil masa kira-kira 40 minit juga. Kitorang gunakan Waze yang umpama hidup segan mati tak mahu. Jauh juga rupanya. Tapi jangan risau, ada je papan tanda yang membawa korang ke arah Kilim Mangrove Geoforest Park.

Dalam jam 4.45 petang, kitorang sampai ke Jeti Kilim. Nak masuk tu ada papan tanda yang menunjukkan korang sampai ke tempat yang betul. Dan tempat ni bersebelahan dengan Galeri Perdana yang menempatkan pelbagai jenis anugerah yang pernah diterima oleh Tun M semasa pentadbirannya sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Di sebelah kiri ada muara sungai dan bot dan sampan yang terdampar akibat air surut. Kawasan sekitar jeti juga agak lengkap, ada tandas awam yang bersih dengan bayaran RM0.30, kedai makan, dan kedai cenderamata.

Parking kereta percuma. Lepas parking, kitorang cepat-cepat pergi kaunter dan lepas tu ada seorang pakcik ni approach kitorang. Kitorang pun tanya laa soalan macam-macam berkenaan pakej dan apa yang ada di setiap tempat tu dan pakcik tu terangkan semuanya.

Confirm, kitorang ambil pakej satu jam tour dengan harga RM120 untuk 1 bot meliputi empat kawasan iaitu Gua Kelawar, Eagle Feeding, Fish Farm, dan Laut Andaman. Minta harga kurang daripada pakcik tu memandangkan kitorang cuma berempat, tapi pakcik tu cakap harga tu dah murah disebabkan kitorang datang terus ke Jeti, Kalau harga luar, untuk pakej sejam harga satu bot adalah RM250. Phewwww~

Kalau korang nak tour yang lebih lama dan tempat pun pelbagai, korang boleh cuba. Aku ada tengok pakej 5 jam untuk RM50 kat Your Travel Station, agak murah sebenarnya dan berbaloi, cuma kena ambil kira faktor masa. Kalau korang ada masa, baik ambil pakej macam tu. Lebih seronok dan berbaloi.

Bot kitorang dipandu oleh seorang adik lelaki berusia 16 tahun. Muda kan? Hihi. Malu-malu adik ni, tapi dah lama-lama kena usik dengan kakak-kakak, dia okey je. Tak masuk lagi kawan-kawan dia usik dia sebab dapat bawak kakak-kakak ayu kat bot dia.


Checkpoint pertama adalah Gua Kelawar yang dinamakan dengan nama ini disebabkan gua ini menjadi tempat tinggal sang kelawar. Gua ni terletak di tebing sungai dan tak jauh dari jeti Kilim. Bot akan berhenti di jeti di hadapan gua, naik ke atas dan kat situ ada orang yang sewakan lampu suluh dengan kadar RM1 sahaja. Tapi kitorang tak sewa pun sebaliknya gunakan lampu handphone.


Agak gelap suasana dalam ni dan bau najis kelawar juga agak kuat. Jalan je ikut laluan yang dah disediakan. Apabila semakin ke dalam menghampiri pintu keluar gua, pandang ke atas dan boleh nampak banyak kelawar sedang bergayut tidur. Jangan buat bunyi bising atau suluh lampu kerana akan mengganggu kelawar tersebut.

Kat dalam ni juga kita dapat lihat stalagtide dan stalagmite yang terbentuk sejak sekian lama dan juga dikelilingi oleh pokok bakau. Jalan lagi ikut laluan disediakan, dan kita akan melalui satu kawasan dalam gua yang agak rendah dan perlu membongkok untuk melalui kawasan tersebut sebelum jumpa semula pintu luar gua.

Kat Gua Kelawar tak ambil masa lama, dalam 20 minit pun dah mencukupi.







Selepas tu kami ke Fish Farm iaitu tempat ternakan ikan dan hidupan laut. Di sini akan ada kanak-kanak kecil yang memberi penerangan mengenai ikan-ikan yang ada di situ. Hah, walaupun mereka masih kecil tapi sangat petah dan informatif. Bagus pendedahan macam ni, melatih mereka berdikari dan berkomunikasi dengan lebih baik, terutamanya dengan masyarakat luar.



Antara ikan yang diternak di sini adalah ikan pari, ikan nyok nyok, ikan buntal, kerapu, haruan, udang, ketam, dan pelbagai lagi. Adik tu siap demo lagi cara ikan buntal menyamar dengan cara membulatkan diri macam belon sampai aku yang naik takut kalau ikan buntal tu meletop atau mati sebab lama sangat dekat udara kita. Tapi adik tu cakap jangan risau sebab ikan buntal ni jenis tahan. 

Adik tu juga bagi demo bagi makan ikan kat ikan (eh ikan makan ikan?) dan juga bermesra dengan ikan pari dengan cara memasukkan tangan ke dala mulut ikan pari. Scary.




Ikan-ikan ni diternak untuk dijual dan dimasak secara segar. Di situ ada restoran, dan jika nak, boleh pilih apa yang kita nak dan minta mereka masak ikut selera kita. Tapi kena ingat, harga makanan laut segar ni mencecah ratusan ringgit untuk satu jenis sahaja.

Selepas Fish Farm, kitorang dibawa ke Eagle Feeding. Sama macam semasa Island Hopping, bezanya kali ni burung helang tu adalah burung helang putih yang macam kat kotak rokok Winston tu dan juga helang merah. Helang merah waktu ni cuma seekor je dan agak besar berbanding helang putih. Kat sini dalam 20 minit macam tu dan aku tak berapa teruja sangat, sebaliknya lebih teruja dengan pokok bakau di sekitar kawasan tu.

Nak bagi makan helang ni pun ada caranya. Pemandu bot akan tuangkan kulit ayam di belakang bot, hidupkan enjin bot dan buat bunyi bising untuk tarik perhatian burung helang tu. Dan menderu-derulah burung helang datang menyambar makanan mereka.



Selepas tu kitorang ke pintu Laut Andaman. Ini yang aku tunggu-tunggu sebenarnya. Aku rasa aku ada hubungan yang agak unik dengan laut Andaman, lagi-lagi selepas balik dari Phuket dan Krabi dan selepas kejadian misteri MH370. Kerap aku berkhayal, membayangkan bagaimana agaknya jika MH370 benar-benar hilang di dalam lautan Andaman ni.

Tapi, harapan aku terlalu tinggi agaknya. Laut Andaman yang ini tak macam aku bayangkan. Aku membayangkan air laut biru yang berombak besar, tapi yang ini warna hijau dan ombak sedikit tenang. Mungkin sebab ini pintu pertemuan antara lautan kita dan lautan Andaman.


Waktu ni juga, mesej roaming dari telco mula menerjah ke peti masuk handphone, disebabkan jarak yang sangat dekat dengan perairan Thailand.

Adik pemandu pelancong tunjukkan pada kitorang beberapa batu kapur yang berbentuk unik seperti bentuk kasut, wajah Red India, dan penyu. Dan pada satu batu kapur tu ada tulisan besar Kilim Geoforest Park. Akhirnya aku sampai ke Geoforest yang sangat aku idamkan untuk lawati.


Tak lama, dalam 20 minit kat sini, kitorang pun balik ke jeti. Kalau waktu pergi tadi bot dipandu perlahan dan lebih santai untuk nikmati pandangan menarik Sungai Kilim di kiri dan kanan, perjalanan balik bot dipandu lebih laju. Sekejapan sahaja dah sampai ke jeti.

Lepas ucap terima kasih kat adik tu, kitorang naik ke jeti, pergi tandas dan terus keluar dari jeti.

Mangrove tour antara aktiviti yang perlu dilakukan jika ke Langkawi. Menarik dan berbaloi terutamanya bagi yang sukakan alam semula jadi, macam aku. Kalau ada kesempatan dan rezeki lagi, aku nak ke sini lagi dan ambil pakej yang lebih lama yang berserta pakej kayak dalam kawasan bakau.

Selepas Kilim, Ju pecut kereta ke kawasan airport, demi mengisi perut yang lapar disebabkan tak makan tengahari lagi. Waktu ni dah jam 6 petang, dan kitorang ke Laksa Kaw Ikan Sekoq. Dalam gerimis, kitorang makan laksa bawah pokok rendang ditemani ombak yang menghempas pantai, dan juga menyaksikan pesawat naik dan turun. Antara tarikan di sini disebabkan lokasi yang bersebelahan landasan pesawat.

Laksa sini sangat sedap. Kuah pekat dengan isi ikan, dan ikan sekoq tu tak rasa hanyir, tapi rasa lemak yang sedap. Rugi pulak aku ambil laksa semata sebab taknak ikan sekoq. Harga pun tak mahal sangat untuk laksa yang sedap macam tu. Cuma RM4 untuk laksa sahaja dan RM5 untuk laksa dengan ikan sekoq.

Lepas makan, kitorang ke The Zone dengan niat nak mencuba aiskrim gulung yang tengah popular sekarang ni. Aiskrim Gulung ni kat dalam The Zone, ada pelbagai perisa dan untuk saiz kecil iaitu 4 gulung, berharga RM6.90 manakala saiz besar iaitu 6 gulung berharga RM10. Perisa buah-buahan hanya untuk saiz besar sahaja ye.

Mula-mula aku ingatkan aiskrim gulung ni, aiskrim yang dimasak atas permukaan bersuhu -23 darjah celcius. Rupanya, aiskrim tu dibuat sendiri. Contohnya, aku beli aiskrim gulung perisa milo, dia tuang milo atas bekas dan tuang susu, lepas tu gaul-gaul sampai jadi aiskrim, leperkan jadi kepingan, dan gulung. Begitu rupanya. Rasa dia biasa je, takdelah sedap mana pun. Untuk mencuba, ok je.

Masa ni juga ada couple mat saleh yang tertarik dengan proses ni pembuatan aiskrim gulung ni. Dengar cara dia cakap R tu agak pelat, aku pun tanya laa sama ada dia dari France. 

Yes, dia dari France. You can imagine how a France pronounce R, kan? Just like how they pronounce Paris as Paree.

Lepas tu pecut ke Kuah. Plan asal nak shopping esok sebelum ke airport, tapi sebab risau sangkut kat airport, kitorang pergi malam tu jugak. Dari airport ke Kuah ambil masa 30 minit juga.

Macam biasa, tempat pertama dituju adalah Haji Ismail Group. Aku pun tak tau lah cawangan mana yang aku pergi sebab macam kecik je dan tak sama dengan yang aku pergi dulu. Tapi sebab nak cepat memandangkan jam dah menunjukkan jam 8.30 pm dan dah nak tutup, terus je jadi lipas kudung cari barang.

Chocolate is a must thing to buy in Langkawi. Langkawi kan kawasan bebas cukai, dan harga coklat, liquor, rokok, barang perkakas rumah adalah lebih murah berbanding biasa. Syurga kaum ibu ni kalau tengok set pinggan mangkuk dan periuk. Seret jelah 'handbag' bergerak diorang. Nanti aku dah ada 'handbag' pun aku tarik agaknya. Buat masa sekarang belum ada minat lagi nak borong semua ni.  Hehe.

Dan coklat di sini juga tak semuanya ada di tempat lain. Tapi aku tak biasa nak makan coklat lain, jadi aku belilah beberapa jenis macam Cadbury Peppermint yang Azu kirim (flavor ni takde kat tempat lain sebab dibawa dari Australia), Peppero, Snickers, Kisses, Cloud 9, dan beberapa jenis lagi. Jangan risau status halal kat sini, sebab ada pengesahan daripada JAKIM. Kalau korang was-was, lebih baik diam-diam dan jangan beli, okey?

Masing-masing memborong coklat. Mujur boleh swap debit kad. Kalau tak, tengok jelah coklat tu. Sebenarnya ada banyak tempat yang boleh kita beli, tapi lepas aku pergi kaji di beberapa kedai, Haji Ismail Group yang paling murah harganya.

Lepas memborong, mencari Jai Island Cafe sebab nak dinner kat situ tapi Waze sekali lagi menyesatkan, maka kitorang terus cari jalan balik bilik dan dinner kat Muslim Thai kat simpang nak masuk ke Mentari Cenang.

Lepas makan, masing-masing dah mengantuk, balik bilik, mandi, solat, berkemas, tidur.

PENAT!

Day 3 :
SkyCab + SkyDome : RM20
SkyBridge : RM5
Museum 3D : RM15
Kilim Mangrove Tour : RM30

Total Cost :
RM70/seorang (tak termasuk makan, jajan, shopping)

bersambung...

SYITA

“We live in a wonderful world that is full of beauty, charm and adventure. There is no end to the adventures we can have if only we seek them with our eyes open.”