Monday, 9 March 2015

Mai Cheq Mai! Part 7 - FINAL

Part 7 : Day 4

2 Mac 2015, Isnin

Hari akhir di Pulau Lagenda Mahsuri!

Agenda kitorang pagi ni memandangkan flight jam 12.50 tengahari, kitorang bangun pagi dan lepas Subuh siap-siap dengan tak mandi, hidupkan enjin kereta, terus menuju ke Pantai Cenang.

Lengang je jalan raya sekitar Cenang ni. Parking pun kosong.

Lepas parking, kitorang berlenggang ke pantai. Air laut dah mula surut. Orang pun tak berapa ramai kat pantai pagi ni.

Apa lagi, aku dan Ila terus terjun dalam laut ke tengah pantai. Lepas tu Ju dan Kelly join sekejap-sekejap. Aku pulak kembali praktikkan ilmu apungan badan dalam air.

BERJAYA!!

Terharunya, tak sangka aku mampu apungkan badan akhirnya setelah bertahun mencuba. Dan dari saat tu, aku poyo berenang dengan pelbagai teknik dan apungkan badan lama-lama.

Dah bosan, naik ke pantai.

Bosan lagi, masuk air lagi dan kali ni semua join. Kitorang buat kegilaan, menyanyi lagu Ibnor Riza, Mimpi Yang Tak Sudah dalam laut dan lepas tu main kejar-kejar dengan Kelly jadi mak ikan. Berlarilah dalam air sebab taknak dikejar.

Kau boleh bayang gadis 26 tahun buat semua ni? GILA.

Itu tak cukup gila? Kitorang dipaksa makan pistachio mahal RM23 beli di Padang Besar milik Kelly demi nak kumpulkan kulit pistachio hanya untuk membentuk perkataan Sahabat di pantai.

Kenyang perut makan kacang mahal pagi-pagi. Kalah kacang masin MAS.

Lepas tu, dalam jam 9, kitorang balik ke bilik.

Selamat tinggal Pantai Cenang! Semoga kita berjumpa lagi! Tak dapat nak merasa parasailing. Sobsobsob.

Balik bilik, bersiap, berkemas, transfer gambar dari kamera Kelly ke hard disk Ila menggunakan notebook anak Kak Meiza (nampak tak owner punya sporting), kemas-kemas sikit bilik, kitorang pun keluar dari Mentari Cenang Guesthouse menuju ke airport. Sempat main-main dengan anak bongsu kak Meiza yang masih kecil.

Dalam jam 10.45 pagi sampai airport, scan beg, dan beratur kat kaunter MAS.  Waktu ni dah mula cuak sebab 3 orang je ada ID rasmi. Lalu bersedia dengan surat rasmi, laporan polis, dan ID pelajar. Ayat kursi, surah lazim, semua dah bergumam kat bibir.

Satu demi satu penumpang mula daftar masuk. Kaunter Economy Class tak buka, jadi kitorang disuruh daftar masuk di kaunter Business Class. Merasa laa daftar kat tempat mahal. Kesian pemegang kad Gold Enrich kena beratur dahulukan kitorang penumpang Economy Class tiket promo. LOL

Tiba giliran kitorang, aku hulurkan 3 IC dan 1 ID pelajar.

Aku pun dengan tenang bagitau staf kaunter situasi sebenar.

Punyalah kitorang cuak takut salah seorang daripada kitorang dinafikan daripada menaiki pesawat disebabkan tak ada ID rasmi. Takkan nak tinggalkan dia seorang naik feri balik ke Kuala Lumpur dan kitorang je naik flight balik?

Staf minta dokumen lain yang boleh sahkan. Aku bagi ID pelajar. Itu sahaja yang dia tengok. ID pelajar sahaja. Surat, laporan polis, sikit pun tak jeling.

Ceh. Penat aku takut tau. Penat aku cuak. Penat bahu kiri aku tambah dosa menyakiti perasaan Sahabat aku dengan ugutan taknak temankan dia kalau kena deny. Penat bahu kiri sebab paksa Sahabat buat laporan polis walaupun dia keberatan.

Takpe, mungkin ini peringatan supaya lebih berhati-hati dan bersedia dan tak ingat Tuhan cuma bila susah.

Tengok mood staf okey, aku minta nak tukar seat sebab semalam masa aku check in online, MAS set kan seat secara auto dan letakkan pada barisan 17.

Staf tanya, "Nak seat mana pula?"

Aku jawab sambil sengih, "Nak seat 22 atau 23 macam tu. Nak tepi tingkap"

Biasalah, aku ni kan jakun walaupun dah beberapa kali terbang. Seat wajib kat tepi tingkap. Siap cop awal lagi.

Setel urusan check in dan masukkan luggage yang berketul-ketul, tengok kat tiket staf tu letak kitorang sebaris. Aku dan Ila, Ju dan Kelly. Seat baris ke 22. Yeay!

Lepas check in, kitorang cari tempat nak isi perut sebab kelaparan tak sempat sarapan dan survey nak beli coklat Kelly yang tak cukup (walaupun kat airport katanya duty free, harga coklat tetap mahal sedikit jika nak dibandingkan di Kuah).

Naik tingkat atas, makan kat Noodle Station.
Sambil tunggu order sampai, aku call semula kereta sewa sebab nak pulangkan kereta. Ni satu lagi masalah aku dengan RST Holiday.

Aku contact diorang jam 10.50 waktu scan beg untuk bagitau suruh ambil kereta jam 12 di airport. Call Shamsibah, dia suruh contact nombor pada kad. Aku call pula nombor pada kad di resit, tak ada sorang jawab dan off. Aku call nombor pejabat, baru ada yang jawab. Itupun diorang tak jelas dan aku pulak kena terangkan jenis kereta dan sewaan aku macam mana.

Dah pukul 12.05 pm, masih tak ada yang call untuk ambil kereta. Aku dah risau sebab boarding jam 12.20 pm. Aku call semula nombor ofis bagitau aku nak boarding dah.

Tahu tak, waktu tu dia pas kan telefon kat staf lain dan barulah staf tu bagitau diorang ada runner yang incharge kat airport.

Apasal tak bagitau awal-awal? Kalau cakap awal kan senang, dari awal boleh bagi tugas serah kunci kat salah seorang daripada kitorang sementara nak check in tadi. Aku dah malas nak bertekak dengan diorang.

Aku call runner tu dan aku membebel kat dia, lepas tu dia tanya aku parking kereta kat mana dan sebagainya. Aku bagitau direction, dia cakap dia kejap lagi sampai. Aku pun tarik Ju temankan aku, dan waktu sampai kat kereta kitorang clearkan kereta, budak tu masih tak ada. Aku call semula, bagitau semula exact location, tak lama lepas tu dia sampai.

Aku tunjukkan kereta, bagi kunci, dan ambil semula deposit RM50 dan ucap terima kasih. Dia tak caj pun lewat sejam RM10. Tak sampai hati nak marah budak tu, kesian pulak.

Lepas pulangkan kunci kereta, aku naik semula Noodle Station, dan terpandang calon #mms yang kitorang terselisih waktu nak ke kereta tadi. Tapi macam biasa, #mms gagal juga.

Siap makan, masuk departure hall, beratur, jalan kaki ke flight. Kat Langkawi ni airport takde aerobridge. Jadi ala-ala LCCT dulu kena berjalan nak naik pesawat dan naik tangga. Waktu ni juga boleh tengok pesawat lain seperti Malindo dan Firefly versi ATR yang agak kecil jika nak dibandingkan dengan Boeing, dan pesawat Air Asia.

Masuk flight, pakai seatbelt, tunggu untuk berlepas.



Satu yang aku suka naik MAS ni, inflight entertainment. Perasan kaya sekejap lah naik flight yang lengkap berbanding Air Asia. Dapat baggage allowance 30kg, boleh tengok movie, main game, dengar lagu, dapat jus dan kacang masin, arahan keselamatan pun secara video sahaja.
Dan satu yang aku salute pada MAS, sekarang dah disiarkan Surah Al-Fatihah dan doa naik kenderaan. Usaha yang baik semenjak insiden MH370 dan MH17.

Jam 12.50, flight mula menyusur landasan dan terbang, meninggalkan ruang udara Langkawi. Awalnya di ruang udara, cuaca elok dan penerbangan pun lancar. Tapi apabila memasuki ruang udara Kuala Lumpur, asyik masuk awan tebal dan kerap bergegar. Beberapa kali juga airpocket. Mujur pilot mampu kawal dengan baik.





Jam 2 petang, selamat tiba di KLIA.

Semoga berjumpa lagi Langkawi. Such a good memory and nice place. Definitely, will visit again. 

Secara kasarnya, perbelanjaan untuk tiket bas, flight, penginapan, kereta sewa, minyak kereta, tiket-tiket masuk dan kontinjensi, kitorang membelanjakan lebih kurang RM400 seorang (tak termasuk makan dan shopping, yang itu boleh bajet sendiri kan). 

Not bad lah (kadang-kadang rasa mahal bercuti kat dalam negara. hihi). Dan sebenarnya korang boleh jimat lagi kalau guna mode yang lebih bajet antaranya penginapan dan kereta sewa yang lebih murah, dan jika hanya fokus pada Pulau Langkawi sahaja. Kalau macam kitorang, menjelajah UUM, Kuala Perlis, dan Padang Besar, memang wajarlah bertambah kos. Hehe. 

Tamat kisah Mai Cheq Mai.

SYITA


“Twenty years from now you will be more disappointed by the things you didn’t do than by the ones you did do. So throw off the bowlines, sail away from the safe harbor. Catch the trade winds in your sails. Explore. Dream. Discover.”

2 comments:

  1. wah..menarik syita...tp awat dah lame x update blog ni...yus tertungu-tunggu gak entri baru syita...hehehe

    ReplyDelete
  2. Heheh. Tak sempat lagi Yus. Nanti free kita update. Banyak lagi tak update ni. Phnom Penh, Perhentian, Sabah, Thailand. Huhu

    ReplyDelete