Part 5 : Day 2
28 Februari 2015, Isnin
Awal pagi
lagi dalam jam 5.30 pagi kitorang dah bangun, solat Subuh, dan bersiap sebab
sekejap lagi nak pergi Jeti Kuala Perlis.
Today is the day!
Ikut plan, nak ambil feri paling awal dalam
jam 8 pagi, jadi kitorang pun minta tolong kawan kitorang hantarkan ke Jeti
Kuala Perlis tu dalam jam 7 pagi gerak dari UUM. Sampai Jeti turunkan barang semua, aku dan Ju
pergi kaunter tiket . Tapi tiket awal dah habis dan kitorang kena naik feri jam
9.30 pagi. Maka, angkut semula barang naik dalam kereta dan pergi sarapan dekat
sekitar Jeti tu. Banyak tempat makan kat situ tapi biasalah, harga agak mahal
daripada biasa (sebab biasanya harga makanan di utara adalah sangat murah).
Harga tiket
feri dari Jeti Kuala Perlis ke Jeti Kuah, Langkawi berharga RM18/sehala/orang.
Dan dalam tiket tu dah dinyatakan nombor tempat duduk korang, jadi tak payah
berebut nak duduk mana dalam feri tu nanti. Aku tak pasti tiket feri boleh
dibeli awal ataupun tidak.
Untuk makluman
korang, kat Jeti Kuala Perlis ni cuma ada satu je kaunter tiket feri iaitu
betul-betul sebelah tempat berlepas. Dan kat kawasan tu juga ada kaunter dan
orang perseorangan yang akan offer untuk
korang sewa kereta dan motel di Langkawi nanti.
Diorang pun
tanya dengan aku dah tempah kereta apa, berapa aku bayar untuk kereta dan
bilik. Kalau korang tak ada tempah apa-apa lagi, bolehlah berhubung dengan
diorang ni. Cuma mungkin harga mahal sedikit lah, mungkin boleh cuba tawar
menawar.
Lepas sarapan,
kawan kitorang hantar semula kat jeti dan lepas hai hai bye bye, masuk dalam
terminal, pegi lepas hajat (tandas kat sini masuk percuma je) dan tak lama
lepas tu, dalam jam 9.15 diorang buat announcement
untuk penumpang ke Langkawi jam 9.30 untuk mula menaiki feri.
Eksaited
weh! Lama kot tak naik feri!
*padahal bulan 12 haritu baru naik feri Phuket
& Krabi. hewhewhew*
Beratur kat
pintu 1, panjang jugak lah Q dan ramai rupanya orang nak ke Langkawi walaupun
bukan cuti sekolah. Kalau cuti sekolah, tak dapat aku bayangkan macam mana
ramainya.
Sambil
beratur, mata melilau mencari calon jodoh.
Masuk je
feri, letak beg, dan cari seat. Seat
kitorang kat tengah dan terpisah. Ju dengan aku kat tengah, Ila dengan Kelly
kat sebelah kiri feri.
Aku pergi
kat abang yang bertugas tu, tanya kalau boleh naik dek atas untuk free air. Tapi rupanya dah tak boleh
dah. 4 tahun lepas masa pertama kali aku ke Langkawi, penumpang boleh naik dek
atas dan fefeeling Titanic.
Dalam jam
9.45 pagi macam tu, feri mula bergerak. Kali ni aku tak fefeeling sangat naik feri. Tambah pula bising dan orang kat seat belakang dok berborak tak hingat
dunia. TV pulak tayang cerita kartun, maka aku pun menidurkan diri sampailah
feri tiba kat Langkawi kira-kira jam 10.45 pagi.
Oh ye, feri
Langkawi ni besar. Memang tak mabuk laut pun. Cuma kalau korang ni jenis mudah
mabuk laut, baik ambil pil mabuk atau sediakan asam. Untuk satu perjalanan
lebih daripada 200 orang boleh muat dalm satu feri ni. Dan masa yang diambil
dari Jeti Kuala Perlis ke Jeti Kuah dalam 1 jam 15 minit je.
Sampai Jeti
Kuah, kitorang mula angkut beg dan Ju berlari entah ke mana. Kitorang ikut
jelah kejar Ju. Rupanya dia pergi ambil map
Langkawi. Map ni sangat berguna. Sila
ambil kalau korang ke Langkawi sebab apps
Maps dan Waze tak membantu kat sana. Serius.
Lepas tu
kitorang terus keluar nak cari booth RST Holiday sebab dia bagi aku landmark 7Eleven depan pintu keluar jeti.
Masa dalam feri aku dah contact semula
Shamsibah tu bagitau aku mungkin sampai dalam jam 11 pagi.
Sampai depan booth dia, diorang greet aku dan aku pun bagitau yang aku dah tempah kereta Nissan
Almera melalui Shamsibah.
Guess what?
Diorang
dengan muka tak bersalah bagitau, Almera tak available.
Eh, kegilaan
apa ini? Aku dah tempah kot. Bukannya aku walk
in. Apa gunalah aku tempah kalau last
minute dia kata tak available. Masa aku tempah, deal semua aku siap tanya pasal deposit tapi dia tak respon.
Walaupun aku ragu-ragu sebab dia tak minta deposit, tapi aku cool je laa sebab ramai kata servis dia
bagus.
Staf offer kereta lain iaitu Latio dan Sentra
tapi aku berkeras nak juga Almera menggunakan hak sebagai pengguna. Staf dia
pun dah geram agaknya, suruh sorang staf yang agak muda ni pergi kaunter kereta
sewa lain tanya mana yang ada Almera dengan harga deal aku iaitu RM150 untuk 2
hari.
Budak ni pun
pergilah kaunter lain, dan ada satu kaunter yang masih ada Almera. Dia pun ajak
aku ke sana, dan aku pun deal semula
tentang airport transfer masa nak
pulangkan kereta, tapi dia caj RM20.
Aku taknak.
Sebab dengan RST Holiday tu aku deal airport
transfer tu percuma.
Degil jugak
aku rupanya ek bila bab macam ni. Keras kepala.
Lepas cakap
terima kasih kat abang tu, aku pergi semula kat RST Holiday. Adik tu pun mula
pujuk-pujuk aku offer kereta lain.
Aku pun mula tunjuk muka garang dan tanya macam-macam. Mula-mula dia deny airport
transfer free tu, tapi aku pun tunjukkan whatsapp aku dengan Shamsibah tu yang dah deal free. Dia pun tunjuk kat staf dalam kaunter, dan diorang
setuju bagi percuma.
*agaknya
sebab muka aku dah menyinga kot. kehkehkeh*
Lepas tanya
banyak soalan dan rujuk kawan kitorang, kitorang setuju ambil Nissan Latio
dengan harga RM150 untuk 48 jam sewaan. Budak tu cakap kereta tu kereta baru
jugak dan lepas buat bayaran, dia minta kitorang tunggu dalam 10 minit
sementara nak ambil kereta.
Oh ye,
kereta sewa ni ada deposit RM50 yang dia akan pulangkan semula masa kita hantar
kereta. Dan antara syarat dalam resit tu, jika disaman kita selaku penyewa yang
kena bayar dan jika terlibat kemalangan, maksima dia akan caj kita RM3000.
10 minit
sangat. Aku rasa dekat setengah jam kitorang menunggu nak ambil kereta. Dalam
resit jam 11.15, tapi kereta sampai dalam jam 11.45. Tak adil ok. Rugi setengah
jam sewaan kitorang, dah lah kena caj RM10 setiap sejam lewat. Aku pun bukan
penyabar sangat, mau melenting lagi-lagi dah distracted pasal kereta tu sejak
awal.
Sementara
menunggu kereta, kitorang lepak tepi 7Eleven dan ada sorang budak perempuan
yang kerja dengan kaunter lain datang kat kitorang. Dia tanya lah sewa kat
mana, nak pergi mana lepas ni, dan sebagainya.
Aku suka cara
budak ni approach orang. Sangat
menyenangkan. Dia siap tolong kitorang rancang perjalanan, bagitau tempat
menarik, arah mana nak pergi, kat mana ada pasar malam. Memang sangat membantu.
Communication skill dia sangat bagus
bila berkomunikasi dengan orang luar. Secara peribadi, aku tengok dia jauh
lebih baik daripada aku. Haha! Kalau korang kat Kuah tu, nampak budak perempuan
badan besar sikit dan kulit hitam manis bertudung approach, korang try deal
dengan dia. InshaAllah tak menyesal.
Kitorang
beli kupon parking kat dia bernilai
RM4 sebab kat sekitar Kuah ni lebih baik parking
dengan letakkan Kupon. Takut juga tetiba dapat surat cinta kan?
Lepas kereta
sampai, kitorang pun angkut barang. Dan kitorang terkesima.
Ini ke
keretanya?
Ini ke?
Kereta penuh
dengan calar balar, dented, ada yang
remuk, dalam kereta berbau hapak macam kereta yang dah lama tak digunakan,
tingkap sebelah rosak, pintu sebelah kanan rosak, minyak takde. Kelly pun
bertindak bijak dengan ambil gambar setiap kecederaan pada kereta sebagai bukti
kalau dia nak caj apa-apa kat kitorang.
Ini komen
jujur aku pasal kereta sewa ni. Teruk. Jauh berbeza dengan kereta yang
aku sewa masa kat Sabah. Mujur saja
kereta ni mampu bergerak.
Tapi
memandangkan dah malas nak bertekak dan dah penat sebab dah banyak buang masa
untuk sewa kereta je, kitorang redha jelah. Letak barang, dalam jam 12pm tu
kitorang terus gerak keluar dari Kuah.
Masuk dalam
kereta, plan asal nak ke Dataran
Lang, Ayer Hangat, dan Taman Legenda. Tapi kitorang tukar plan tu sebab nak mengejar Island
Hopping.
Maka,
kitorang pun terus ke Pantai Cenang dan mencari AB Motel sebab nak beli pakej Island Hopping kat situ memandangkan
ramai yang recommend sebab murah.
Jauh jugak
rupanya dari Kuah nak ke Cenang ni. Dalam setengah jam juga.
Sampai
Cenang dan nampak je AB Motel, Your
Travel Station ni rupanya memang betul-betul tepi jalan dan sebelah je
dengan AB Motel.
Korang boleh
parking mana-mana je kat sini. Tak ada masalah.
Tanya
sikit-sikit dan tanya pasal pakej Mangrove tour, tak lama pun, kitorang pun
beli pakej Island Hopping sesi petang
dengan harga RM25 seorang. Murah. Sebab ada tempat yang jual sampai RM35 untuk
seorang. Mujur dah buat kajian dan ramai blogger bagitau pasal Your Travel
Station ni.
Oh ye, Island Hopping ni ada dua sesi. Sesi pagi dan petang. Jadi korang bolehlah set ikut kesesuaian masa korang. Sesi pagi mula jam 8 pagi dan sesi petang pada jam 2 petang.
Oh ye, Island Hopping ni ada dua sesi. Sesi pagi dan petang. Jadi korang bolehlah set ikut kesesuaian masa korang. Sesi pagi mula jam 8 pagi dan sesi petang pada jam 2 petang.
Memandangkan
Island Hopping akan bermula jam 2
petang dan kitorang diminta berada kat depan YTS ni jam 1.45, kitorang pun decide nak check in bilik dulu. Awal lagi, baru jam 12.45pm.
Aku call kak
Meiza yang aku dah deal pasal bilik,
dan dia bagi direction nak ke Mentari Cenang Guesthouse ni.
Senang je
sebenarnya direction dia. Dari Cenang
tu terus je sampai nampak D'Meritus Pelangi, masuk simpang kanan, terus je sampai
nampak Langkawi Chantique, depan sikit dah jumpa signboard Mentari Cenang.
Tapi
kitorang salah jalan sebab masuk simpang kiri. Maka sampailah ke Senari yang
cantik. Sempat cuci mata sekejap.
Call semula kak
Meiza, baru perasan aku silap arah, dan patah balik baru jumpa.
Mula-mula
musykil jugak. Yeke ini tempatnya? Sebab kat rumah orang dan kat kampung.
To be exact,
Mentari Cenang Guesthouse ni kat Bohor Tempoyak / Kedawang. Dalam 5 minit
memandu dari Cenang. Tak jauh pun.
Bila tengok
kak Meiza dah keluar dan gambar bilik sama macam dalam internet tu, aku pun
yakin. Rupanya dia sebelah rumah kak Meiza dan juga dia ada bilik lain kat
tempat lain.
Kak Meiza
sambut kitorang dengan sangat mesra dan peramah. Kebetulan pula pelanggan
sebelum kitorang baru check out dan kak Meiza baru siap kemaskan bilik tu.
Masuk je
bilik, bau wangi sangat. Kemas. Teratur. Selesa. Bersih.
Lepas kak
Meiza terangkan pasal bilik dan bayar habis bilik tu, kitorang pun mula
bermaharajalela.
Bilik sangat
luas untuk 4 orang duduk. Malah boleh tidur 3 orang satu katil sebab katil
double bed. Ruang antara katil dan TV pun luas dan boleh bentang tilam, toto,
dan letak segala jenis beg. Hehe.
Kat bilik tu
ada 2 double bed, aircond, kipas, TV,
mini fridge, almari, bilik air dalam
bilik, dan kitorang request iron dan
sejadah daripada kak Meiza. Servis dia bagus. Sekejap je dah dapat. Puas hati
dengan semuanya.
Maka,
kitorang pun angkut barang masuk bilik. Baring-baring dalam aircond memang mengasyikkan sebab cuaca
Langkawi ni panas, lagi pula kereta sewa tu aircond
langsung tak bagi kesan.
Lepas tukar
pakaian yang lebih sesuai, solat Zuhur jamak, dalam jam 1.50 kitorang gerak ke
YTS tadi. Dah lewat sebenarnya tapi waktu sampai sana, mujur diorang tak gerak
lagi. Kalau tak, menapak agaknya nak pergi jeti. Hihi.
Barang semua
tinggal dalam kereta yang kitorang parking
kat tepi jalan depan Amzar Motel. Cuma bawak duit RM10, handphone, dan waterproof case
untuk simpan handphone. Tak payah la
korang bawah barang banyak sangat. Kang kena rembat dengan monyet kat Tasik
Dayang Bunting, sia-sia je.
Dalam jam 2
macam tu, kitorang naik van bersama-sama dengan beberapa pelancong asing lain.
Aku duduk seat belakang sebelah
sorang mamat Arab hensem yang datang dengan family
dia.
Lepas sampai
jeti, menunggu dalam 15 minit juga baru kitorang dipanggil untuk naik bot Island Hopping. Jangan lupa, masa korang
beli pakej ni dia akan bagi kita satu resit dan stiker bertulis AB Motel.
Stiker tu
lekat la kat mana-mana bahagian yang korang nak pada badan korang, dan resit tu
nanti bagi kat orang yang incharge
masa nak naik bot sebab dia akan set kan bot mana korang akan naik. Jangan
hilangkan resit. Bawa sama resit tu.
Melepas nak
naik bot dengan mamat Arab hensem tu sebab dia naik bot lain.Dahlah ala-ala caring gitu sebab dia dok jaga mak dia
yang tak berapa sihat. I is teruja uolsss.
Lepas naik
bot dengan pelancong lain, kitorang pun mula bergerak menuju checkpoint pertama.
Ada tiga checkpoint masa Island Hopping yang mengambil masa kira-kira 4 jam ni iaitu Tasik
Dayang Bunting, Eagle Feeding, dan
Pulau Beras Basah.
Masa
diperuntukkan kat Tasik Dayang Bunting adalah satu jam. Tasik Dayang Bunting yang
berkeluasan kira-kira 3 padang bola sepak ni dinamakan sebegitu sebab batu
kapur yang terbentuk tu berbentuk seperti perempuan mengandung yang sedang
berbaring. Ada sejarahnya tentang tasik ni. Dan dari legenda juga menceritakan
kononnya kalau seorang perempuan minum atau berenang dalam tasik ni, dia akan
dikurniakan zuriat.
Aku tak nak
mengandung tanpa suami mahupun tanpa ikatan yang tak sah, maka aku tak mandi
kat dalam tu. Kang tetiba mengandung, musykil aku nak memikio mana datang perut
tu. Kihkihkih.
Nak pergi
tasik ni kena mendaki tangga juga dalam 5 minit sebelum sampai ke tasik. Hati-hati
dengan serangan monyet yang suka merampas barangan korang. Mujur masa kitorang,
tak ada monyet serang.
Sampai
tasik, ramai orang tengah beriadah. Ramai juga pelancong yang berenang-renang
dalam tasik ni termasuk lelaki. Eh, lelaki tak mengandung ke nanti?
Dan kat tasik
air tawar ni dah banyak catatkan kes kematian akibat lemas. Beberapa minggu
sebelum aku pergi pun ada keluar berita pelancong asing lemas kat sini. Katanya,
kat sini banyak kejadian lemas akibat ditarik air, wallahualam.
Maka, tak
digalakkan berenang tanpa jaket keselamatan dan jangan melebihi kawasan
dibenarkan. Jaket keselamatan boleh disewa kat sini. Jadi, sila berhati-hati
kalau anda nak berenang kat sini. Ada je kawasan cetek sebenarnya, dan ada
aktiviti lain yang anda boleh buat, antaranya paddle boat di sekitar tasik. Tapi aku kurang pasti bayarannya.
Kitorang
rendam kaki je kat sini sambil perhati orang berenang. Eh, rendam kaki nanti
mengandung jugak ke? LOL
Dalam
setengah jam kat sini, kitorang turun balik pergi kat jeti tadi. Masa kitorang
turun bot nak ke tasik tu, ternampak ada Izzue Islam dan Amar Baharin tengah
rehat kat situ, baru lepas shooting
agaknya. Tapi masa turun semula kat situ, dah tak ada dah. Baru je nak ajak Abang
Zen selfie sama.
Kat sini
korang bukanlah naik bot sesuka hati bila dah malas nak berlama. Ada Q. Ada
staf yang jaga dan akan panggil korang ikut nombor bot korang. Bila dia
panggil, korang Q la dan bila dah cukup, jalan ke bot. Terasa macam ikut
rombongan sekolah pulak. Hihi.
Oh, masa
tengah melepak tunggu dipanggil sambil minum air tin mahal RM2.50, kitorang
cuci mata cari #mms. Eh, mamat Arab
tadi ada. Sorang tengah temankan mak dia, lagi sorang baru turun dari tasik
dengan ayah dia. Aisy, mithali betul diorang ni.
Checkpoint kedua, Eagle Feeding.
Teruja juga
aku nak tunggu aktiviti ni. Waktu ni tak turun dari bot. Kita duduk je dalam
bot sambil tengok burung helang makan makanan yang dicampakkan oleh pemandu bot
kita. Diorang akan bagi helang ni makan kulit ayam. Maka, menderu-derulah
berpuluh helang ni menyambar kulit ayam tu. Ada berbagai jenis helang dan agak
besar juga.
So, dalam 15
minit macam tu, kita perhati jelah helang tu naik turun sambar kulit ayam. Bosan
jugaklah bila dah lama walaupun awalnya teruja. Tapi korang boleh tengok,
rupanya helang tu makan dengan cara mematuk kulit yang dicengkam menggunakan
kakinya.
Checkpoint ketiga,
Pulau Beras Basah.
Okeylah,
secara jujurnya aku tak teruja sangat dengan air laut kat Langkawi ni. Warna
hijau dan tak secantik di Phuket dan Krabi mahupun Perhentian. Tapi masih punya
kecantikan sendiri.
Cumanya,
bila aku tiba kat Beras Basah ni, aku jadi eksaited. Pasir pantai putih bersih
dan halus, air berwarna biru, sekeliling pemandangan yang cantik. Aku rasa
macam kat Maya Bay, PhiPhi Island. Aku teruja. Baru aku terasa cantiknya
Langkawi!
Seronok kat
sini sebab suasana nyaman dan pemandangan yang menarik. Peruntukan masa sejam,
maka kitorang jalan-jalan sekitar tepi pantai dan duduk tepi pantai sambil
baring atas pasir dan berborak dan mengumpat.
Oops.
Mengumpat?
Oh ye.
Sebenarnya masa kitorang sampai, ada shooting
dan kitorang jumpa Zul Ariffin yang sado tu, Amar Baharin yang charming, Izara Aishah yang sweet dan seorang lagi pelakon yang aku
tak ingat namanya.
Memula aku
teruja nak bergambar dengan Zul dan Amar. Yela, aku kan peminat artis tambah
pula diorang tengah meletup top top kan.
Tapi
memandangkan diorang tengah shoot dan
rehat, kitorang pun tak kacau. Bila Zul Ariffin dan Izara habis shoot, rasa nak ajak dia selfie je. tapi segan.
Lepas tu ada
sorang budak perempuan ni minta izin nak bergambar dengan Zul sebab kawan dia
peminat Zul dan nak bergambar. Tau tak reaksi Zul macam mana?
Muka dia
sangat takde perasaan dan tak senyum langsung tak peramah langsung(tak tau laa
kalau dia act cool ke) dan dia jawab,
"Hmm, bolehlah".
Nada suara
dia sangat tak berperasaan dan masa bergambar, muka dia plain gila.
Terus aku
hilang teruja nak bergambar dengan dia.
Amar Baharin
pulak lebih sporting. Makcik-makcik
nampak dia dan jerit, "Encik
Sotong! Encik Sotong! Abang Iz! Abang Iz!"
Aku tak
tengok drama tu, jadi aku rasa watak dia lah kot Abang Iz tu.
Dia jalan
nak ke tempat shooting dia, dia
sempat singgah bergambar dengan makcik-makcik tu dan promot drama baru dia tu.
Tak silap aku Mr London Ms Langkawi kot.
Aku
mula-mula nak bergambar jugak dengan dia, tapi tengok dia macam rushing, tak jadi. Takpelah, dapat
tengok dia in person pun jadilah.
Manis wajah dia rasa macam gula-gula je. Auuwww.
Lepas tu Izara
dan Zul dan krew lain berendam dalam laut. Zul bukak baju dan terserlah sadonya
badan dia. Tapi aku dah tak teruja dah. Ada krew yang berkawal kat situ,
mungkin takut orang ambil gambar curi, macam aku. Hihi.
Izara pulak
aku kurang minat. Lepas dia berendam dan naik darat, ada orang nak bergambar,
tapi dia bagitau elok yang dia tengah basah, mungkin kurang sopan sikit kan.
Eleh, tau kurang sopan tapi kau berendam ramai-ramai dalam air tu camno pulak
Haha! K jahatnya mulut aku. Lepas tu dia lepak tepi pantai sambil bergayut. Gayut dengan Adib Khalid letteww.
Maka,
sepanjang kitorang bersantai kat Beras Basah, kitorang tak mandi pun sebab nak
santai je kan. Malas nak basahkan badan.
Kitorang
mengumpat pasal Zul Ariffin dan secara automatik, kitorang semua tak minat
dengan Zul. Bila Zul menghadap arah kitorang, kitorang pun bercakap pasal dia,
atas alasan, kitorang tak mengumpat sebab kitorang kan cakap depan. Hihihi.
Lepas sejam,
kitorang pergi kat jeti seperti yang diarahkan pemandu bot. Masa turun tadi
terjun dalam air, nak balik kena lalu jeti. Dan masa kat jeti tu kitorang
nampak budak bot kipaskan air yang kuat ke arah Zul. Muahahahhaaaa!
Habis semua checkpoint, kitorang pun balik semula ke
jeti.
Haa lupa nak
bagitau, masa nak naik bot tadi akan ada orang ambil korang secara candid. Dan masa korang balik jeti,
boleh tengok gambar korang atas piring putih yang dijual siap dengan stand dan bernilai RM10 sahaja. Bolehlah
kan beli buat kenangan.
Kitorang
naik semula van balik ke Cenang dan semua kelaparan. Jalan kat kereta kononnya
nak pergi makan, tapi kitorang jumpa satu lori jual laksa dan burger dekat
depan Amzar tu, maka kitorang pun makan
je kat situ. Kelaparan kan. Agak mahal tapi sedap. Aku makan laksa dan kopi o
ais, RM6 jugaklah. Kalau kat UUM, baru RM4 rasanya.
Lepas makan,
kitorang pergi kat pantai. Mula-mula aku nak cuba parasailing, tapi aku fikir, esok jelah cuba. Murah jugak. RM50
kalau naik sendiri dan RM60 kalau dengan instructor.
Petang agak
ramai di sekitar Cenang. Banyak aktiviti air korang boleh buat. Banana Boat, Jet Ski, Parasailing, dan
bersantai berenang-renang. Ada yang main bola, buat istana pasir.
Banana boat aku pernah
cuba masa pertama kali aku ke Langkawi. Menarik juga. Banana boat akan ditarik ke tengah laut dan last sekali, diterbalikkan di tengah laut. Best! Banana Boat tak silap aku dalam RM 15/seorang.
Aku cuba
praktikkan ilmu imbangan badan yang Azu ajar aku, tapi tak menjadi sebab ombak
kuat dan aku kurang yakin. Jadi, aku berenang jelah umpama duyung.
Ila, Ju,
Kelly kejap masuk air kejap pergi tepi. Dan kat sini ada sebuah kisah juga
melibatkan Kelly.
Aku dah
bosan berenang, aku dan Ju pun berdiri dalam air menghadap Ila dan Kelly sambil
berbual. Kat sekeliling kitorang ramai yang tengah bersantai. Mat dan Minah
Saleh yang pakai menjolok mata pun ramai. Ada juga 3 orang lelaki asing tengah
main bola kat belakang Kelly dan Ila.
Entah macam
mana, tengah seronok berborak, tiba aku dan Ju nampak bola tu melayang ke arah
Kelly dan Ila. Tak sempat nak bagi amaran, bola tu terus menghentam betul-betul
kat tengkuk Kelly. Terus terdorong ke depan. Aku, Ju, dan Ila terpaku.
Budak-budak lelaki tu cepat-cepat datang kat Kelly dan minta maaf sambil ambil
bola diorang.
Lepas
terkesima sekejap, terus kitorang bantai gelak kat Kelly. Mau tak gelak,
kelakar walaupun kesian dia sakit. Melantun kepala dia kena bola tu. Haha!
Terus kitorang
duduk kat dia dan gelakkan sambil tanya dia okey ke tak. Dia pun mulalah buat
drama dia, kononnya dia hilang ingatan dan dia lupa asal usul dia. Kononnya
sebelum tu dia duyung dan tiba-tiba ada kaki lepas kena bola tu. Lagi laa
kitorang bantai gelak, sempat melawak, aku pun cakaplah, "Duyung ke
Dugung".
Dah puas
gelak sambil imbas semula semalam dia pun kena masa traffic light merah, harini kena bola merah pulak.
Balik bilik,
malam tu pergi airport sekejap
kononnya nak check in tapi tak ada self check in kiosk MAS, terus pergi
Balai Polis Padang Mat Sirat buat report polis tentang isu ID untuk buat
laporan rasmi supaya tak ada masalah nak naik flight. Lepas tu kitorang pergi makan malam kat Akis, dan balik
bilik.
Malam tu
tepat jam 12 malam, ramai-ramai nyanyi lagu Happy
Birthday kat Kelly dan peluk ramai-ramai. Lepas tu tidur. Penat sangat.
Day 2 :
Kereta Sewa Nissan Latio : RM150 + RM50 (Deposit)
Mentari Cenang Guesthouse : RM240/2 malam
Minyak kereta : RM40
Island Hopping : RM100/4 orang @ RM25/orang
Tiket Feri : RM72/4 orang @ RM18/orang
Minyak kereta ke Jeti Kuala Perlis : RM20
Total Cost : RM672/4orang
= RM168/orang (tak termasuk makan dan jajan)
bersambung...
SYITA
"No
one realizes how beautiful it is to travel until he comes home and rests his
head on his old, familiar pillow.”
No comments:
Post a Comment