Part 2 : Preparation
Secara asasnya, plan kitorang adalah sehari di UUM, dan
3 hari di Langkawi iaitu Jumaat-Isnin. Maka, kitorang kena cari tempat menginap
dan kereta sewa di UUM dan Langkawi. Aktiviti mungkin biasa je sebab kalau UUM
tu dah biasa dan hajat hati pun memang nak jelajah UUM dan sekitar Perlis. Cuma
yang kat Langkawi je kena gali kisah sikit.
PENGINAPAN :
UUM -
Mula-mula plan nak stay kat Universiti Inn/EDC UUM/hotel bajet sekitar Changlun. Tapi
bila aku survey harga menggunakan
Agoda/Tripadvisor/Booking.com/Expedia, kesemuanya kurang sesuai dari aspek
harga dan jenis bilik. Kitorang kan berlima, so nak cari bilik yang boleh
memuatkan 5 orang sekaligus dalam satu bilik atau dua bilik bukanlah kerja
mudah. Harga pun boleh tahan terbeliak mata.
Konklusinya,
kitorang minta tolong kawan yang sambung Master di UUM untuk tolong tempahkan
bilik di Dewan Penginapan Pelajar (DPP) di UUM. Kebetulan waktu nak pergi tu tengah
cuti semester, maka urusan tempahan bilik di SAC hanya beberapa hari sebelum kitorang
bertolak ke sana.
Alhamdulillah,
urusan mudah je dengan adanya pertolongan daripada kawan kitorang tu. Berjaya
tempah sebuah bilik di DPP Proton dengan harga RM20 satu malam. Okey sangat tu
sebab murah, dan bolehlah fefeeling
zaman belajar sebab bilik tu dalam bangunan DPP.
Langkawi -
Nak
cari bilik di Langkawi pun agak mencabar sebenarnya. Sebab kitorang prefer nak stay kat Pantai Cenang sebab nak bersosial waktu malam (ehem) dan
nak berenang-renang tanpa batasan. Tapi faham jela harga bilik di kawasan
Cenang, agak mahal ditambah pula dengan pendirian kitorang. Bukan senang nak
cari bilik yang boleh memuatkan 5 orang, dan kalau nak ambil 2 bilik, kena caj
lebih mahal.
Selepas
usaha bertanya dan Google, akhirnya yang paling sesuai aku jumpa tentang AB
Motel dan Amzar Motel. Dua-dua motel ni berdepan dengan Pantai Cenang dan harga
agak okey, sesuai dengan apa yang kitorang nak.
AB
Motel ada bilik double bed berharga
RM150/malam yang boleh memuatkan 5 orang dalam satu bilik dan kemudahan agak
bagus juga. Tambah pula dekat dengan pantai, maka ini dah jadi pilihan utama
untuk sumbat kitorang semua dalam satu bilik.
Amzar
Motel pula tak jauh dari AB Motel. Dekat sangat dan agak murah. RM35 untuk
bilik kipas dan RM45 bilik aircond. Setelah
mengira, bolehlah ambil 2 buah bilik aircond
untuk 2 malam dan harga tak jauh beza dengan kadar satu malam di AB Motel. Murah
sangat kan?
Masalah timbul
apabila Amzar Motel tak boleh book
dan cuma boleh walk in. Disebabkan
risau takde bilik yang available
kalau kitorang walk in ke Amzar
Motel, kitorang pun memilih AB Motel.
Bukan rezeki
agaknya, bila aku contact AB Motel,
kesemua bilik dah fully booked. Okey
FRUST!
Bukan tak ada
chalet/resort/motel lain, tapi sekali lagi ditegaskan, bajet kitorang sangat
terhad maka bilik mahal bukanlah pilihan dan bilik secara walk in juga pilihan terakhir.
Mujur aku dah list down beberapa tempat lagi yang
bersesuaian dengan bajet kitorang. Aku mula contact
tempat-tempat tu dan ada yang dah fully
booked juga. Haih. Musykil. Nak kata musim cuti sekolah, macam tak.
Dan ada sebuah
bilik ni yang aku memang dah aim dari
awal juga sebab review bagus, bilik
besar, harga okey cuma jauh sikit dari Cenang. Aku contact owner dia dan rezeki agaknya, bilik masih available. Aku pun mula bertanya
macam-macam soalan dan dijawab dengan baik oleh owner. Aku minta masa nak tanya Sahabat, dan selepas diskusi,
kitorang sepakat memilih bilik ni. Tak kisahlah jauh sikit sebab kitorang kan
sewa kereta kan?
Cerita lanjut
tentang bilik ni nanti aku sambung dalam entri Day 1. Heeee~
KERETA SEWA
UUM -
Sekali lagi dengan
bantuan kawan aku yang tolong tempahkan bilik, kitorang dapat sewa kereta Axia
dengan harga RM5/jam, RM60/halfday. Murah kan kan kan?
Langkawi -
Aku
survey banyak juga car rental sekitar Langkawi. Memandangkan
nak perasan kaya dan bergaya, aku paksa kawan-kawan aku sewa kereta import. Muahahhahaaa.
Okey tak. Sebenarnya
sebab harga sewa kereta sewa nasional dan import kat Langkawi ni lebih kurang. Kereta
Myvi dan Vios pun dah sama harga, lebih kurang RM90/hari. Kitorang prefer kereta yang jimat minyak dan
bonet besar sebab masing-masing nak bawak beg sebesar bas kan.
Setelah beberapa survey, aku contact satu nombor ni sebab harga sewa kereta dia agak murah dan
ramai review okey. Aku whatsapp Shamsibah ni, dia bagitau dia link kan kepada RST Holiday. Aku minta Vios
sebab ramai kata Vios okey, tapi tak rezeki, Vios dah tak available. Dia pun bagitau yang ada cuma Almera, Latio, Sentra
sahaja yang available.
So,
lepas diskus dengan Sahabat, kitorang sepakat nak ambil Almera. Deal punya deal nak ambil dan pulang kat mana semua tu, aku pun confirm sewa Nissan Almera dengan dia
dengan harga RM150 untuk 48 jam dan tambahan RM10 untuk setiap sejam lewat
pulangkan kereta.
Dan macam bilik,
kereta sewa ni aku akan cerita kisahnya kemudian.
TIKET BAS & FLIGHT
Pergi -
Kitorang
kan plan nak pergi ke UUM dulu,
makanya kitorang decide nak naik bas.
Ada juga plan nak naik flight sebab
tiket tengah murah masa tu, RM29/sehala tapi sebab macam susah sikit nak kena
turun Airport Alor Star, akhirnya kitorang naik bas. Mula-mula bertekak
jugaklah kan sebab ada yang nak naik dari TBS, ada yang nak naik dari Pudu, ada
yang nak turun Alor Star, ada yang nak turun Changlun.
Survey
bas macam-macam, tapi tiket bas dari TBS-Changlun dah tak ada. Sehari sebelum
gerak ke Kedah tu, aku pergi ke Puduraya dan beli tiket dari Puduraya-Changlun.
Aku beli tiket bas Intercity, RM47/seorang/sehala. Berbaloi.
Balik -
Sebenarnya,
kitorang beli tiket balik lebih awal daripada tiket pergi. Muahahahaa. Lepas
dah plan nak pergi Langkawi, terus survey tiket flight sebab nak cepat sampai KL. Kebetulan waktu tu AirAsia
tengah promo, harga sehala RM39 dari Langkawi-KL. Tapi lengah-lengah juga beli
sebab waktu balik tu tak fleksibel sangat. Tiba-tiba durian runtuh. MAS pun
buat promo. Segera la aku survey, dan
hasilnya menyenangkan hati. Tiket sehala RM65. Mahal sikit dari AirAsia tapi
berbaloi sebab kitorang kan sudah pasti beg berkilo-kilo, jadi dengan
peruntukan harga tiket tu dapat kemudahan dalam flight yang best dan baggage allowance
30kg, sangat menggembirakan hati. Heeeee. Maka, tadaaaaaaaaaa - 5 tiket dibeli.
bersambung...
SYITA
“A journey is best measured in friends,
rather than miles.”
No comments:
Post a Comment