Part 3 : The Day Has Come
Oh, aku lupa
bagitau tarikh kitorang bermusafir, 28 Februari 2015 (Jumaat)- 2 Mac 2015
(Isnin). Dan mini vacation ni disertai hanya 5 orang sebab Ikin tak boleh nak
cuti, Lyn pulak jauh nun di Sabah. Maka, hanya aku, Ila, Ika, Kelly, dan Ju.
*aku nyatakan mini vacation sebab kitorang memang nak relaks dan
gaya pelancong sahaja. tak ada backpack bagai tapi masih kekalkan gaya bajet.*
Sebenarnya agak
menyayatkan hati juga laa mini
vacation kitorang ni.
Beberapa insiden tak dijangka, terjadi hanya beberapa hari sebelum kitorang
bertolak.
Yang pertama, seminggu
sebelum bertolak, Ika eksiden jatuh motor. Memang tak dijangka langsung sebab
Ika dah beli tiket ke Terengganu ke Kedah dan tiket balik Terengganu dari KL,
malah Ika paling awal beli tiket tu. Kebetulan jugak Ika baru je balik dari
Cameron Highland. Masa Ila bagitau, kitorang terkejut sangat. Yela, tak lama je
lagi dah nak travel, tetiba pulak ada aral.
Teruk juga
keadaan Ika sebab luka kat muka agak teruk dan kaki berjahit. Dan secara
rasminya, walaupun kitorang mengharapkan Ika dapat pergi dan kerap kitorang
bagi semangat dan hint suruh dia pergi jugak, tapi sampai
hari bertolak, kaki Ika masih tak elok dan membengkak. Maka, Ika secara tak
rela terpaksa tarik diri. Sedih tau sedihhhhhhh. Tinggal berempat je.
Yang kedua, isu ID. Nak
naik flight kan kena ada ID yang sah. Maka, ada antara kitorang yang saat akhir
ID rasmi tak ada dalam pegangan dia atas sebab tertentu. Dah tu, macam mana nak
naik flight? Naya laa kalau tak dapat naik flight. Takkan nak tinggalkan
dia? Ini masalah paling mengganggu tidur malam aku.
Maka, gigihlah
aku marah dia walaupun tu bukan salah dia. Eh, salah dia jugaklah sebab tak follow up. *maap kalau kau baca
ni. hihi* . Tapi marah-marah pun aku cuba jugak nak setelkan masalah dia ni
sambil menyatakan, "kalau
kau tak dapat naik nanti, aku taknak teman kau. aku beli tiket mahal-mahal
takkan aku tak naik sebab kau je".
Haaa. Kejam tak
ayat aku? Haha!
Maka, gigihlah
aku gunakan fb BBM tu bertanya pada yang berpengalaman selepas usaha aku nak
hubungi pihak MAS tak berjaya sebab tak dapat nak connect dengan pegawai diorang. Aku bertanya
juga pada junior aku yang secara kebetulan staf MAS dan aku juga emel kat
bahagian aduan MAS.
Sebelum dapat
semua respon tu, aku dibantu oleh geng-geng BBM ni yang bagitau penyelesaian yang
terbaik dan sewajarnya. Aku dah mula lega jugaklah sebab dah tau cara terbaik
dan aku pun bagitau jugak kat kawan aku tu minta dia bertindak seperti saranan.
Baru je lega,
tiba-tiba dapat emel balas daripada pihak MAS yang menyatakan polisi diorang melarang
dan tak akan benarkan penumpang daripada boarding flight tanpa ID sah iaitu sama ada tanpa IC atau
Passport.
Aku pun kembali
bingung dan tak tenteram. Maka aku pun personal
message kat sorang budak BBM
ni yang sama kes macam kawan aku dan dia yang tolong coolkan dengan idea-idea
tertentu dan sedikit sebanyak lega kembali hati aku.
Nak tau apa
kesudahannya sama ada berjaya atau tak dan situasi semasa nak boarding? Nanti
aku cerita.
Yang ketiga, Ila dan Ju ni
mengajar kat pusat tuisyen kat Bangi/Kajang dan kelas diorang tamat jam 10pm.
Bas pulak dari Puduraya jam 11.45pm. Bayangkan sempat tak diorang berkejar
lepas kelas nak ambil KTM dari UKM ke BTS dan naik LRT dari BTS ke Plaza
Rakyat? Maka aku pun sekali lagi 'mengarahkan' diorang supaya gerak dengan
kadar segera lepas je tamat kelas. Heee~
Okey.
Khamis, 26 Februari 2015, jam 10.45 malam
Aku bertolak dari
rumah aku di Sentul dengan menaiki LRT Sentul Timur ke LRT Plaza Rakyat. Tak
jauh pun, dalam 15 minit dan cuma 8 stesen macam tu lah. Sampai Pudu, aku cari port sambil nak tunggu makcik dua orang tu.
Mujur diorang cekap, jam 11.15pm macam tu diorang sampai kat Puduraya. Tapi Ila
pula belum solat lagi. Gigih pergi naik tingkat atas UTC tu nak pergi surau
tapi surau pulak tutup. Aku cakap kat Ila, "Íla, solat dalam bas je.
Darurat. Hehe".
Pergi kat bas
letak beg, pergi tandas buang segala isi, dan kitorang selamat naik bas jam
11.45pm dan bas gerak dalam jam 11.55pm dari Puduraya menuju Changlun, Kedah.
Aku ada bagitau
kan aku naik bas Intercity? Okey aku recommend bas ni. Ada plug nak caj handphone korang (sekurang-kurangnya jimat
bateri powerbank korang) dan paling utama, ada wifi.
Weh, bas ada wifi wehhhh. Wehuuuuuuu!
Pre MiniVacation Cost :
Bas Intercity Puduraya-Changlun : RM47
Flight MAS Langkawi-KLIA : RM65
LRT : RM1.40
Total Cost : RM 113.40/orang
bersambung...
SYITA
“A wise traveler never despises his own country.”
No comments:
Post a Comment