Hai!
Okey, sebelum aku mulakan sebarang perkongsian post tentang
tempat-tempat yang aku dah pergi dan post yang berkaitan dengan travel, aku
terasa macam nak kongsi sikit tentang pengalaman pertama aku naik flight.
Naik flight sebenarnya bukanlah pilihan utama aku. Tak pernah
terfikir pun nak naik flight ni sebab selalu termomok dengan anggapan "naik
flight hanya untuk orang kaya je".
Sampailah pada tahun 2013, waktu tu aku kat ofis kat IMIC, IRDA.
Oh, dulu aku join GEMS anjuran Talent Corps untuk 2 bulan kat Hotel Seri
Malaysia Mersing (batch GEMS SMM07C), dan lepas tu aku terpilih untuk intern
kat IRDA selama 6 bulan kat unit Strategic Communications. Ofis aku kat Danga
Bay. Aku suka ofis aku ni sebab belakang tu laut so bila ada event yang kena organise,
biasanya memang akan buat kat luar tu. Nyaman je. Menghadap pula dengan
Singapura. Antara tempat yang best nak lepak tapi sekarang dah takde akibat
kerakusan manusia.
Kalau korang pergi ke Danga Bay, datanglah masuk kat dalam
Iskandar Malaysia Information Centre ni. Masuk percuma dan boleh dapat maklumat
tentang Wilayah Iskandar dan dalam tu ada informative area yang menyeronokkan!
Ehem, dah jauh sangat lari topik. Hihi. Berbalik semula kisahnya,
masa aku kat ofis tu, kawan aku, Ila tiba-tiba mesej ajak pergi Kuching,
Sarawak. Aku pun macam, "Haa? Sarawak? Mana ada duit."
Yela, masa tu aku cuma intern dapat RM1k je sebulan, tambah
sikit-sikit elaun yang IRDA bagi sehari RM20, sebulan tak sampai pun RM1500
pendapatan aku. Lagi pulak, aku duduk menyewa kat BBU tu. Duit minyak kereta
sebab menumpang kereta kawan, duit makan, bagi kat family. Puk pak puk pak,
berapa jelaa baki duit yang aku ada setiap bulan. Sobsobsob.
Tiba-tiba jugak, Ila cakap yang tiket flight Air Asia return
KL-KCH cuma RM55.
Tergamam. HAAAAAA?! RM55? Biar betul?
Terus aku mesej Mak, tanya kalau Mak izinkan nak pergi Sarawak tu.
Dan mak bagi lampu hijau beliau.
Maka, aku pun 'on', dan urusan beli tiket semua Ila yang bereskan.
Kiranya masa tu aku noob pasal beli tiket flight ni. Cuma masa nak pergi tu je
aku mula Google dan baca kat blog orang pasal pengalaman naik flight pertama
kali, pengalaman check in flight, seat best dalam flight, study pasal airport,
dan segala jenis study yang menunjukkan aku ni newbie dan nubis. Dari situ laaa
aku belajar pasal flight dan segala jenis urusan tiket flight dan juga mula
gigih bukak website Air Asia nak tengok harga tiket. Hihi.
Disebabkan aku kat JB, masa nak ke Kuching tu, aku naik bas dari
Larkin ke Kuala Lumpur. Tumpang tidur satu malam kat rumah kawan aku, dan
berdiri di atas kaki sendiri nak ke LCCT tu (masa tu Air Asia masih lagi kat
LCCT). Naik bas kat KL Sentral dan jumpa Ila, Ika dan family Ila kat LCCT.
Puk pak puk pak, masa yang ditunggu tiba. Waktu untuk naik flight.
Serius seriau. Yela, aku ni fobia sebenarnya dengan flight. Dulu
masa aku kecik-kecik masa sekolah menengah aku ada buat satu buku khas yang aku
simpan keratan akhbar tentang kemalangan udara. Tebal jugak laa buku tu sebab
aku tampal semua yang aku baca yang berkaitan dengan pesawat terhempas. Pelik
kan tabiat aku ni? Dan novel sekolah yang paling aku gemar adalah novel
'Tragedi 4 Disember', novel waktu Tingkatan 2 yang diinspirasikan dari tragedi
nahas pesawat MAS di Tanjung Kupang, Johor. Banyak kali juga aku ulang baca.
Sebab tu aku macam tak percaya aku akan cuba peluang naik flight
ni. Sebab pertama, tiket 'mahal'. Sebab kedua, fobia.
Jadi masa dalam flight, aku cop nak tepi tingkap. Ika tengah, Ila
dekat sebelah runway. Yela, aku nak feeling naik flight kan. Wajib la tepi
tingkap sebab nak ambil beribu gambar sayap dan awan. Hihi.
Disebabkan aku, Ila, dan Ika sama-sama pertama kali naik flight,
nervous tu jangan cakap. Masa flight mula nak take off, aku, Ila dan Ika pegang
tangan sesama sendiri. Konon-konon takutlaa. Doa dah baca awal-awal lagi. Tapi
bila flight dah naik dan dah stabil, kitorang gelakkan diri sendiri sebab
pengecut sangat padahal takde apa pun. Haha!
Dan waktu tu laa, pertama kalinya aku terbang, ada di udara,
menikmati indahnya alam ciptaan Tuhan. Rasa nak kepal-kepal awan yang cantik
tu. Terpesona dengan luasnya laut biru. Bila dah ada di ruang udara Kuching,
mula kagum dengan Sungai Rajang yang sangat besar. Subhana Allah.
Jadi, itulah pengalaman pertama aku naik flight. Sangat mengimbau
memori. Kelakar bila dikenang semula. Noob sangat. Takpela, dah memang tak
pernah naik flight kan. Pengalaman tu yang penting. Sejak tu, aku dah mula
hilang fobia pada flight dan mula menikmati setiap penerbangan aku.
Bosan sebenarnya dalam flight sebab tak ada benda kau nak buat.
Aku biasanya bawa buku untuk dibaca kalau naik Air Asia. Kalau MAS, Malindo ok
sikit ada movie yang boleh kita tonton. Jarang sangat aku tidur dalam flight,
sebab aku taknak terlepas dari momen yang menarik atas udara, dan aku takut
kalau sesuatu yang tak baik terjadi masa aku tertidur. -.-
Apapun, masih diakui, sampai sekarang kejakunan aku masih tak
dapat diatasi. Aku sanggup stay sepanjang flight demi nak dapatkan shot cantik
atas pesawat dan nak menikmati indahnya bumi. :)
p/s : Al-fatihah buat mereka yang terkorban dalam nahas pesawat
MH17, QZ8501, dan mereka yang tidak kita ketahui nasibnya dalam pesawat MH370.
Sesungguhnya setiap yang bernyawa pasti akan mati, dan hanya Dia yang tahu bagaimana
pengakhiran kehidupan kita.
“The journey of a thousand
miles begins with a single step.”