Monday, 25 April 2016

#menjejakyunnan : Day 6

10 Disember 2015 | KHAMIS

Shangri-la ཞང་རི་ལ

Hai hai hai! Yok sambung episod seterusnya.

Hari ini hari Khamis. Hari keenam di bumi Yunnan, hari kedua di Shangri-la ni.

Jadi, apa aktiviti harini?

Yezzaaaa. Harini kitorang nak pergi Songzanlin Monestary (林寺).

Apa yang ada kat situ?

Okey, Songzanlin Monestary atau nama lainnya, Potala Palace ni sebenarnya tempat ibadat Buddha yang terbesar kat Yunnan. Lokasi monastery ni betul-betul kat kaki Gunung Foping. Kalau dikira dari aspek altitud, Songzanlin Monestary terletak kira-kira 3,300 meter (10,827 kaki) dari paras laut. Tempat ni dah mula dibina sejak 1679 lagi, dan sekarang masih lagi berterusan pembinaannya untuk tujuan naik taraf.

Haa, mesti ada yang pelik apasal kitorang nak pergi sini kan? Motif sangat Muslim nak melawat tempat ibadat agama lain. Apasal tak cari masjid je? Nak jejaskan iman yang dah sedia senipis kulit bawang ni ke cemana?

Okey, sabar sabar. Apa kena mengena iman dengan melawat tempat ibadat non muslim? Kalau camtu, berapa ramai non-muslim dah terjejas iman diorang bila melawat Masjid Negara dan Masjid Kristal. Berapa ramai pulak Muslim yang imannya masih turun naik walaupun dah buat umrah dan haji. Hehe. Semuanya bergantung pada niat laa kan. Bukannya kita pergi nak menyembah tokong dan bakar colok kat situ. Nauzubillah minzalik.

Haaa, sebab utamanya adalah nak tengok tempat bersejarah dan tradisional. Yela, monastery ni dah berusia lebih 300 tahun. Ciri-ciri klasik dan tradisional tu masih dikekalkan. Ramai juga monk yang masih ada kat sini dan abdikan diri untuk agama Buddha. So, niatnya nak lihat sesuatu yang baru yang belum pernah dilihat sebelum ni.

Dan kalau nak tahu, dalam monastery ni ada banyakkkkkkkkk harta tau. Antaranya barangan berunsurkan emas yang dah terkumpul sejak beberapa dinasti, dan kebanyakannya dihasilkan oleh kaum Tibet dan Han. Bayangkan dalam tempoh beratus-ratus tahun, dah beberapa Dinasti silih berganti, berapa banyak pulak harta-harta tu? Tapi tapi tapi tak boleh ambil yeeee.

Maklumat tambahan sikit, bila waktu terbaik nak melawat Songzanlin Monestary? Semestinya semasa musim bunga dan panas. Bulan Jun hingga September pulak musim hujan, jadi kurang sesuai laa. Haa lagi satu, katanya kadang-kadang snow akan turun walaupun pada bukan musim sejuk, sebab lokasi Songzanlin Monestary ni kat altitud tinggi.

Pagi ni, pukul 7 kitorang dah bersiap dan keluar. Elok je jejak kaki kat luar bilik, terus menderu-deru rasa sejuk melampau. Fuhhhh. Ni paling sejuk setakat ni. Sambil berjalan, mata melanguk sana sini nak tengok kalau ada tanda-tanda salji turun.

Lalu kat kereta-kereta, terus nampak snowflakes kat atas kereta tu. Tipis je snowfalkes tu tapi penuh satu kereta. Alaaaaaa, bila masa snow ni gugur??? Nak rasa jugak ada snowfall. Sobsobsob.


Kayuh kaki lagi menuju ke pintu gerbang Old Town sebab nak ambil bas No. 3 ke Songzanlin Monestary. Ya Allah, sejuk sangat tak tahan. Kaki tangan dah mula rasa kebas. Padahal pakai berlapis, siap pakai glove dan stoking berlapis.

Sampai je kat Square berhadapan dengan Guishan Park tu, tengok ada ramai manusia kat situ. Agaknya pelancong jugak kot sebab ada banyak bas persiaran. Kitorang pun jalan kat Square tu sebab tengok ada ramai orang. Makcik-makcik meniaga kat tepi tu dok gamit suruh singgah beli barang jualan diorang. Ada keledek, ada telur, ada air. Fuhhh, tergoda tengok semua makanan panas dalam keadaan sejuk cenggini.


Pusing-pusing tengok area Square. Square ni laa yang aku nak pergi semalam. Katanya, petang-petang ada banyak aktiviti kat sini. Ada local menari tarian tradisional beramai-ramai, boleh bergambar dengan Yak putih, macam-macam aktiviti lagi laa. So, kalau nak blend dengan local environment, kat sini sangat sesuai. Tapi sebab semalam dah tak sanggup hadap sejuk, maka tak jumpa jalan ke sini.

Pagi ni, dapat jugak sampai sini. Weeee! Salji pun bertaburan maka I is happy! Dah nampak jugak Turtle Hill Golden Prayer Wheel, roda doa/sembahyang bagi kaum Buddha yang dipercayai sebagai roda sembahyang yang terbesar di dunia. Nanti laa balik nanti singgah kejap naik atas tu.

Turtle Hill Golden Prayer Wheel yang kaler Gold tu

Parit air kat situ pun dah membeku. Haa nampak tak betapa sejuknya. No wonder laa ada sesetengah hostel yang memang tak bukak waktu winter. Kalau air beku camni, naya ceq oiii. Ke nak kasik pecah buat teh ais hari-hari? Hihi.

Kitorang mencanguk nak cari kat mana nak naik bas No. 3. Melilau mencari tapi tak jumpa. Ada banyak bas tapi semua tu bas persiaran. Tak nampak macam bas mini pun. Last-last, decide keluar kat kawasan pintu gerbang tu sebab situ lebih dekat dengan jalan besar. Kot-kot boleh jumpa bas No. 3 tu.

Pusing-pusing, tak jumpa jugak. Dah laa sejuk, menunggu lama takde hala tuju. Kaki cramp. Sampai dah gibap rasanya. Clueless. Hewhewhew.

Kitorang tanya dengan sorang aunty yang lalu kat depan kitorang, tang mana nak naik bas No 3 nak ke monastery. Memang payah kemain la kan nak bercakap. Main tunjuk-tunjuk gambar je. Aunty pun bersungguh tunjuk sana sini. But ended up, failed jugak tak faham. Phewww. Aunty tu pun berlalu pergi lepas explain tapi kitorang tak faham-faham.

Apa ke payah sangat nak naik bas ni. Ikut bacaan dan research aku, kena naik bas No. 3 kat pintu masuk DukeZong Old Town ni. Tapi ni dah kat pintu gerbang ni, takde pun bas No. 3 lalu. Aduiii. Gibap gibap gibap. Dahlaa susah nak bertanya. Rasa down pulak motivasi diri.

Tetiba, aunty tadi tu patah balik kat kitorang. Lepastu dia gamit suruh kitorang ikut dia. Kitorang blurr. Eh, aunty ni nak scam kitorang ke? Ke nak culik?

Nampak tak betapa kitorang ni penuh dengan rasa curiga. Tak boleh nak bersangka baik. Kehkehkeh.

Tapi, ikut jelaa memandangkan dia bersungguh-sungguh nak kitorang ikut dia. Jalan punya jalan, kitorang semakin rasa pelik dengan jalan ni. Sebab kitorang takde lalu pun semalam. Aku pesan kat Cha, sama-sama ingat laluan ni. Just in case kan.

Makin lama makin jauh. Dalam 15 minit kitorang berjalan melalui kedai-kedai yang masih tak beroperasi, bangunan yang dalam proses bina semula. Aih, aunty mana you nak bawa we all ni?

Penghujung jalan, ternampak jalan yang semalam tuuuu.

Jalan semalam? Yezzzaaaaa, semestinya jalan yang kitorang turun dari bas masa nak menunggu owner hostel amek. Yang berhadapan dengan Giordano tu.

Aunty pun gamit kitorang ajak tunggu bas kat situ. Ohh, rupanya, tempat menunggu bas No. 3 kat pintu masuk Old Town yang dimaksudkan tu adalah pintu yang ni. Bukan pintu gerbang yang kitorang pergi tadi. Aigooooo. Kalau aunty tak bawak kitorang, memang sampai sudah kitorang tak tau. Mekaseh aunty. Mintak ampun sebab ada rasa curiga. -.-

Barulah ternampak ada bas lalu kat situ. Tak lama tunggu, bas No. 3 pun muncul. Aunty pun naik dan suruh kitorang naik sekali. Aku nak double check, aku check kat tingkap bas ada gambar Songzanlin tu. Okey, sah ni bas nya.

Naik bas ni, kena bayar RMB2 sorang. Aku deal dengan Cha, kitorang bayarkan untuk aunty tu sebab dia dah tolong kitorang. Aku sebenarnya rasa pelik, aunty nak ikut kitorang pergi sana sekali ke, sebab dia naik jugak bas tu. Hihi.

Lepastu aunty tunjuk isyarat makan. So, aku agak, dia naik bas nak gi beli makanan la kot kan? Yelaa awal pagi, kiranya nak cari makanan untuk sarapan la kot.

Hentian seterusnya, aunty turun. Kitorang lambai kat dia, tapi lupa cakap 'Xie Xie'. Huuuuu. Serba salah rasa sampai sekarang.

Dari Dukezong Old Town ke Songzanlin Monastery ambil masa dalam setengah jam. Sepanjang perjalanan tu, ramai laa local turun naik bas, Yang eksaitednya, ramai orang berpakaian tradisi Tibet. Baru laa terasa kat obesi. Unik. Heee.

Kitorang sememangnya blur dengan lokasi. So, banyak berjaga-jaga nak pastikan kat mana kena berhenti. Mujur masa nak naik bas, driver tu dah alert kitorang nak ke Songzanlin. Sampai kat satu hentian yang ada banyak construction, driver bagitau kat kitorang yang kitorang kena turun situ. Kitorang dengan blur-blurnya, terus turun je.

Turun je bas, taktau mana nak pergi. Takde nampak pun bangunan Songzanlin tu. Yang ada, polis tengah berkawal. Lepastu ada signboard, yang bagitau tak boleh melepasi kawasan tu tanpa tiket.


So kitorang assume, kena beli tiket baru boleh masuk kawasan nak ke Songzanlin. And yes, memang begitu caranya. Polis kat situ panggil kitorang dan tunjuk suruh masuk kat bangunan bertentangan. Kitorang kan blur, ikut jelaa.


Haa, baru nampak ada bangunan tiket. Kebetulan ada orang baru keluar dari situ dan naik bas yang kat depan bangunan tu. Kitorang pun masuk laa dalam nak tengok apa yang patut.


Bila masuk, kitorang tanya dengan staf kat kaunter. Dia cakap, kena beli tiket kalau nak ke Songzanlin. Kitorang pergi kat kaunter tiket untuk double confirm.


Yaaa, kena beli tiket berharga RMB115 kalau nak masuk ke Songzanlin Monastery ni. Hm, cemana ni. Aku baca, kalau nak masuk dalam je kena bayar, Kalau setakat nak tengok dari luar, takyah bayar. Aku cuma nak tengok binaan dari luar je. Tak sanggup laa bayar semata-mata nak masuk bangunan ibadat agama lain kan.

Finally, we decided not to buy the ticket and not going inside. Tak berjodoh nampaknya dengan Songzanlin Monastery.

Keluar dari bangunan tiket, kitorang bergambar je dengan batu tanda Sonzanlin Monestary. Jadi laa kan ada jugak kenangan, walaupun hajat nak saksi sendiri monastery bersejarah ni tak kesampaian.




Lepastu, kitorang naik bas No.3 yang kebetulan lalu kat situ. Kali ni, kitorang memang taktau mana nak pergi sebab takde plan. It's gonna be free and easy.

Naik bas sambil bincang nak buat apa. Tapi masih tak tau nak buat apa dan nak ke mana. Bila bas berhenti turunkan penumpang, kitorang pun turun sekali. Entah kat mana-mana je masa tu. Memang gamble gila laaa dengan tak tau jalan, tak tau current lokasi, pulak tu sejuk kemain. Gigih kan. Haha!

Jalan punya jalan, tak tahan sejuk, kitorang masuk satu kedai yang jual barangan winter, konon-konon nak cari heatpack sebab dah tak tahan sejuk sangat. Tak ingat nama kedai tu, tapi agak besar laa dan ada mini market dalam tu.

Heat pack ni sebenarnya salah satu benda yang boleh membantu memanaskan tangan atau badan. Tapi aku tak beli dari Malaysia sebab tak expect akan sejuk melampau macam ni. Padan muka sendiri.

Masuk kedai tu, memusing cari tapi tak ada. Banyak jual winter wear je. Last-last, aku dengan Cha beli stoking sebab stokin kat situ murah dan material pun best. Motif kan beli stokin, macam laa kat Malaysia takde. Heee.

Lepastu masuk kat dalam mini market tu sebab Echa nak cari tisu. Hinguih meleleh sejuk sangat katanya. Hihi. Nak cari tisu pun payah sebab rasa macam mental block disebabkan cuaca sejuk tu. Serius. Bukan nak membesar-besarkan pasal kesejukan kat Shangri-la ni. Tapi serius sejuk yang aku rasa kalau boleh, takyah laa keluar bilik sebenarnya. Duduk je berhibernasi kat bilik tu. Tapi sebab harini je yang ada untuk merayap, so kena keluar jugak.

Tanya dengan staf kat situ mana departmen tisu. Siap buat macam-macam isyarat. Tapi diorang tak faham dan kata takde jual. Aik, pelik bebeno. Takkan takde jual tisu kan. So aku dengan Echa pun pusing jelaa mini mart tu cari kat mana tisu. Last-last baru jumpa. Bila tunjuk kat staf tu, dia kata, "Ohhhhh ni ke yang kome cari tu". Yela kot tu yang dia cakap.

Lepas membeli, kitorang keluar semula kat jalan besar dan sekali lagi, berhadapan dengan kesejukan melampau tu. Jalan sampai jumpa Square yang ada roundabout yang kitorang nampak semalam dan tadi. Lega. Dari sini kira okeylah nak lenjan jalan je.


Echa cakap nak stop kejap sebab sejuk. Nak pakai stokin baru dan panaskan badan. Aku pun stop jugakla dan duduk kat kerusi kat square tu. Ada sorang popo kat situ dengan cucu dia. Guess what they're doing?

Yezzaaa. Budak kecik tu tengah kincin dan popo tu tengah tolong. Homaii depan mata je depa buat gheja tu. Rasa macam baru je baca pasal Chinese mainland yang selamba bagi anak b***k kat depan butik mahal kat UK. La ni jadi depan mata ceq oiii. 

Biaq pi la kat depa kan. Tempat depa. Janji kita tak buat gitu. Apa ke naya hang nak pi cangkung lepas hajat depan orang ramai kan. Budak kecik takpela jugak.

Lepas melompat-lompat bintang dan menari poco-poco sebab nak panaskan badan, kitorang sambung jalan. Lintas je jalan sesuka hati sebab takde arah tuju.

Pantang jumpa salji.
Jumpa satu sekolah, berpagar besar dan agak cantik. Dari luar boleh nampak student kat dalam sekolah tu tengah exercise. Mungkin ni sekolah elit kot sebab sekolah ni nampak agak besar dan kemas je landskapnya. Siap ada guard bersenjata lagi.


Jalan lagi hayun kaki, terjumpa pulak pasar. Haaaaa, ni best! Unexpected! Dalam blog yang aku baca, kak Atlas tu ada bagitau dia pergi pasar kat Shangrila ni. Ni laa kot pasarnya.

Kitorang masuk nak tengok-tengok apa yang ada. Kat bahagian luar ada jual barang-barang kraftangan tradisional dan winter wear. Bahagian dalam pulak jual barangan basah dan perkakasan. Ada buah-buahan, sayur-sayuran, daging, barangan dapur, perkakasan memasak. Macam-macam laa. Eksaited hokeyyyy.



Pasar ni tak laa besar sangat. Terkepung dalam satu ruang dan dikelilingi kedai-kedai biasa. Macam Pasar Siti Khadijah cuma tak laa bertingkat-tingkat. Agak kemas dan teratur, terbahagi kepada beberapa bahagian, antaranya bahagian sayur, buah, daging, dan sebagainya. 

Singgah kat kedai-kedai dalam pasar tu, tengok barangan yang dijual. Banyak jual mangkuk porselin, periuk kuali, sudu mangkuk pisau. Aku tertarik dengan mangkuk porselin tu sebab agak sesuai untuk jadi perhiasan atau souvenir. Tapi lepas tu Echa ingatkan aku, risau kalau porselin tu diperbuat daripada tulang khinzir. Terus aku letak semula. Hewhewhew.

Kitorang beli chopstick sebab masih takde souvenir yang dibeli. Sambil tu bincang cemana nak jadikan chopstick sebagai souvenir yang menarik. Chopstick kat situ bukan digunakan untuk makan. Cuma sebagai hiasan je. Bercorak, raut halus dan licin.

Aku cakap kat Echa, chopstick ni nanti ikat guna reben atau tali yang cantik. Nampak eksklusif sikit. Hehe.

Sayur kat situ jugak bukan macam kat Malaysia. Okey, mungkin laa sama kan. Sawi, lada, cili, kangkung, kacang panjang, bendi, and so on. Tapi, saiz sayur ni besar gedabakkkkkkk. Bayangkan, lada yang saiz ibu jari kat Malaysia, kat sini saiz 3 4 kali ganda besar. Fuhhhhh. Teruja iols.

Gigantic!
Buah-buahan pulak cantik-cantik dan segar. Serius, mata bukan main rambang tengok buah-buahan kat sini. Rasa nak beli semua. Anggur bergugus cantik, strawberi, epal, limau. Saiz pun besar daripada biasa. Rasa manis dan sedap.


Aku beli limau dan strawberi. Echa beli anggur. Mintak tawar tapi tak dapat. Haha.
Kat sini jugak ada jual daging. Tak macam kat Malaysia, kat sini daging khinzir dan daging lembu kambing dijual kat tempat yang sama, tak diasingkan. Mungkin sebab Islam minoriti kat sini, jadi tak ada pasar khas.


Boleh nampak khinzir besar dan togel bergantungan menunggu dipotong. Hewhewhew.

Kitorang ternampak ada kedai daging halal Muslim. Yang jual tu pakai kopiah, dan ada tulisan jawi dan Halal kat signboard kedai dia. Ingat nak tengok-tengok, tapi risau terpijak darah oink oink.


Dah puas pusing, kitorang keluar dari pasar tu. Lama jugak sebenarnya habiskan masa kat situ. Kang makin lama, makin banyak habis duit.



Kitorang memang tak tau mana kitorang pergi. Main ikut kaki je. Sambil tu enjoy persekitaran. Fefeling local. Ramai umat Shangri-la yang keluar kat pekan ni membeli belah. Kitorang singgah jugak kedai-kedai tepi jalan. Nak tengok apa yang ada. 

Hasil tangkapan. Earmuff playgirl ;p
Singgah satu kedai baju, nampak menarik tapi memikirkan beg tak muat, batal je laa niat. Jumpa satu kedai yang jual selimut lembut yang murah, Echa beli satu untuk mak dia. Aku tak beli sebab malas nak usung barang banyak. Dan sebenarnya keputusan tak beli tu satu kerugian. Sebab selimut tu sedap guna dan murah. Heeeeee~

Berjalan dan berjalan. Jumpa taman yang cantik. Ada beberapa orang kat situ dengan anak-anak kecik. Salji pun berterabur kat sesetengah tempat. So, masuk laa kejap bergambar. Yang bestnya taman ni, terkepung dengan pagar besi untuk elakkan budak-budak melepasi kawasan tu dan pergi ke jalan raya. In terms of safety, memang bagus laa.




Semakin jauh jalan, semakin taktau kat mana. Dah nak masuk tengahari. Kalau boleh nak balik hostel sebelum pukul 1, sebab nak checkout and move to the next hostel.

Dalam masa yang sama, melilau mata cari kedai makan halal. Sebab perut dah minta diisi dengan makanan berat. Alhamdulillah rezeki, kitorang terjumpa kedai makanan halal. Kedai ni betul-betul kat tepi jalan besar, ada daging dan ekor bergantungan kat luar kedai. Signboard kedai pun ada tulisan jawi dan halal.

Kitorang masuk dan duduk. Simple je kedai ni. Macam warung. Ada beberapa meja dan ada pendiang. Banyak jugak kepala, tanduk, ekor, dan daging bergantung kat dalam ni. Seram weols. Hewhewhew.

Yang penting, ada peti ais berisi bahan memasak. Hehe. Tak lama kitorang duduk, owner kedai datang dan sapa. Kitorang bagi salam, dia jawab salam sambil senyum. Haaa, ni best. Mesra jeee.

Dia tanya nak makan apa, kitorang cakap nak makan mi. Tapi sebab masalah bahasa kan, guna laa apa cara pun untuk bagitau apa yang kitorang nak. Dia masih tak faham, kitorang gi kat peti ais dan tunjuk mi. Dia angguk dan cakap okeyy. Lepastu kitorang tunjuk daging. Maksudnya, nak mi yang dimasak dengan daging. Dia angguk lagi. Okey setel order.


Duduk semula, aku keluarkan handphone sebab nak ambil gambar kedai ni. Tapi handphone aku tetiba tak boleh guna. Tetiba mati dan langsung tak boleh on walaupun berkali-kali aku cuba. Mungkin sebab cuaca terlampau sejuk dan aku pun banyak dedahkan fon kat luar sebab guna untuk ambil gambar. Rasa nak marah jugak sebab bateri banyak lagi dan aku nak guna. Nak nangis pun ada, takut langsung tak boleh on. Huhuuuuuu emosi tercabar.

Aku ada terbaca pasal kemungkinan electronic devices gagal berfungsi dalam keadaan sejuk melampau. So, aku rasa, fon aku pun dilanda simptom yang sama. Makanya, aku pun cuba rasional dan guna logik. Aku masukkan handphone dalam lapisan baju sebab nak bagi haba badan. Biar fon rasa panas. Kot-kot boleh on semula kan.

Who knows. It works! Lepas dah beberapa lama aku bagi haba kasih sayang, aku keluarkan semula fon tu dan cuba on. Boleh on yeayyyy!!!

Terus aku keluar ambil gambar kedai. 


Lama jugak laa tunggu makanan walaupun kedai tu tak ramai orang. Sebab lapar agaknya tu rasa lama sangat. Sambil tunggu makanan sampai, owner kedai hidangkan kitorang air teh cina panas. Lega rasa dapat air panas. Kat sini memang tak ada order air berperisa kot. Dah beberapa kali makan kat kedai, semua hidang chinese tea. Mujur aku suka chinese tea.



Bila makanan sampai, kitorang terkedu kejap. Sebab tak macam yang kitorang expect. Kitorang expect akan dapat mi yang dimasak dengan daging. Tapi yang sampai, mee berkuah dan sepinggan daging masak cili api yang dicincang halus.

Takkan nak komplen kan, sebab kena faham laa communication agak susah. Lagi pulak dah lapar. Kitorang pun bedal je apa yang ada depan mata.


Portion mi tu agak besar. Satu mangkuk besar sorang. Daging pun banyak. Suap punya suap, fuhh sedapnyaaaaaaaaaaaaaaaaa mi ni. Suap pulak daging tu. Pehhhhhhhh lagi sedappppppppppppppppp! Eksaited kitorang makan sebab serius, sangat sedap! Takleh nak gambarkan rasa tu. Unik.

Aku dengan Echa dok puji je makanan tu. Berbaloi walaupun order salah. Siap fikir nak masak macam ni balik Malaysia nanti. Nak mintak resepi boleh? Hihi.

Makan dan makan. Tapi tak boleh nak habiskan sebab portion sangat besar untuk kitorang. So kitorang decide, nak tapau je lebihan makanan ni untuk dinner. Sayang nak tinggalkan sebab sedap.

Kitorang bagitau kat owner yang kitorang nak tapau. Owner pun angguk dan ambil bekas tapau. Kali ni tapau tak guna bekas plastik macam kat Lijiang tu. Tapi guna mangkuk kertas yang tebal. Risau jugak kalau mi kembang dan mangkuk kertas tu koyak. Tapi tak pun.

Siap tapau dan bayar, kitorang pun keluar. Sempat bergambar dengan owner sambil puji masakan dia. "Hen hao hen hao. Wo men xi huan". Dia senyum-senyum je.


Kitorang pergi jalan besar dan cari bus stop sebab nak ambil bas nak balik ke Old Town. Sampai kat bus stop, tanya dengan local kat situ, bus stop yang mana nak tunggu bus yang menghala ke Old Town. Tapi local tu geleng kepala dan bagitau takyah naik bas. Jalan je straight dari arah kitorang sekarang ni.

Pelik. Takkan nak jalan jauh kan.

Tapi, ikut jelaa. Jalan punya jalan, tak sampai 3 minit, terus jumpa Giordano dan bus stop yang kitorang naik bas tadi. Laaaa, rupanya kitorang dah sampai dah pun Old Town. Patutlaa local tu kata takyah naik bas. Kalau tak sia-sia je bayar 1 yuan. Heeee~

Giordano
Pintu masuk ke Old Town
Aku rasa, kedai halal yang owner hostel tu bagitau semalam, kedai yang kitorang makan tadi kot. Sebab memang dekat sangat dengan pintu masuk ke Old Town. Tapi kitorang tak jumpa sebab arah yang berlainan dari Square Guishan Park tu.

Kitorang ingat balik jalan yang aunty pagi tadi tunjuk. Alhamdulillah tak sesat dan berjaya hafal jalan. Sambil jalan, melilau lagi mata tengok kedai-kedai. Kali ni, banyak kedai dah buka. Tak macam pagi tadi, banyak kedai tutup lagi. Kebanyakannya kedai cenderamata berunsurkan Tibet/Himalaya.



Singgah beberapa kedai. Beli poskad dan souvenir sikit. Semua harga biasa dan dapat tawar sikit je. Tu pun puas pujuk sebab beli banyak.

Siap beli, terus jalan nak ke Square tadi. Kononnya nak naik ke Guishan Park tu, nak tengok tokong dan Turtle Wheel kat atas tu. Tengok dari gambar, view memang cantik. 

Bila sampai kat Square, dah makin ramai orang. Cuaca pun dah kurang sejuk berbanding pagi tadi.

Selamba cuci baju kat situ.

Tengok jam, dah nak pukul 1. Checkout sepatutnya pukul 12.

Keputusannya, kitorang decide untuk tak naik ke atas. Satu, faktor masa. Kedua, faktor tinggi dan dengar bunyi anjing menyalak banyak. Malas ambil risiko lagi.

Takpelah. Walaupun tak dapat naik ke atas dan tak dapat nak enjoy the view from the uphill, sekurang-kurangnya dah jejak kaki ke sini dan dah nampak dengan mata kepala sendiri.



Sampai hostel, kitorang terus gi kaunter dan request nak checkout lambat sikit. Tapi owner bagi sampai 1.30 pm je sebab ada orang nak masuk. Okeylah tu dapat jugak lewat sikit. Kitorang masuk bilik dan kemas-kemas barang lebih kurang.

1.15 pm, kitorang keluar dengan barang-barang dan duduk kat meja kat reception hall. Aku mintak tolong owner call kan hostel yang kitorang nak stay untuk malam ni, untuk pick-up kitorang kat situ. Diorang ada sediakan service pick-up guest dengan bayaran RMB4/pax/way.

Memula owner call tapi tak dapat. Lepas beberapa kali baru berjawab. Lucky us, staf hostel tu kebetulan memang ada kat Old Town. Dia bagitau akan sampai dalam 15 minit.

Sambil tunggu tu, aku dengan Echa pun conteng duit RM1 nak tampal kat board yang ada kat situ. Kebanyakan guest hostel tu akan tulis kat kertas dan tampal. Banyak note bertampal kat board tu.

Kitorang mintak pen dan selotep kat owner, dan bagitau nak tampal duit yang kitorang tulis. Tapi owner tu salah faham, dia ambil album yang berisi koleksi duit dari pelbagai negara. Dia nak masukkan RM1 kitorang dalam tu. Hihi. Oh, dalam tu ada duit RM5 jugak. Maksudnya, dah ada Malaysian yang menginap kat sini.

Kitorang explain semula, baru dia faham dan bagi kitorang pen warna warni. Memula kitorang tulis kat duit RM1 yang baru. Tapi duit tu kan licin, jadi bila tulis hilang semula tulisan. Gigih cari duit RM1 lama. Mujur ada.


Lepas conteng dengan ucapan dan sign, kitorang tampal kat board tu. Yeayyy! Kalau ada Malaysian menginap kat Shangrila Baita International Youth Hostel, cari laaa duit tu okeyyy.

Tak lama lepastu, bunyi hon kuat dari luar hostel. Owner bagitau staf Lao Shay Hostel tu dah sampai. Kitorang pun angkat beg dan terus wave goodbye kat owner hostel tu. Thank you! We're really satisfied with your hospitality! Recommended. :)


Staf Lao Shay Hostel datang dengan mini van. Aku bukak pintu nak masukkan beg kat seat belakang sebelah kanan. Disebabkan beg berat, aku paut kat seat penumpang hadapan. Tetiba, seat tu terus terkebelakang. Terkulai layu di tasik madu, kata Fauziah Latiff.

Haiyokkkk. Syita dah jahanamkan rete orang. Huhuuuuuu~

Echa duduk belakang sekali. Aku duduk row depan. Niat hati nak berborak dengan staf yang drive ni, tapi dia macam kurang mesra sikit dan tak pandai speaking. So, duduk diam-diam jelaa kat depan tu.

Perjalanan dari Shangrila Baita Hostel ke Lao Shay Hostel ni ambil masa dalam 20 minit. Kenapa jauh? Haa, sebabnya, Shangrila Baita ni kat Dukezong Old Town. Lao Shay Hostel pulak terletak di luar kawasan pekan Shangrila dan Old Town. Lokasi Lao Shay Hostel ni kat Jinugu Village, Blue Moon Valley.

Kenapa aku ambil 2 hostel kat Shangri-la ni? Kan senang kalau duduk satu hostel je? Lagipun, cuma duduk 2 malam je kan. Buat apa nak pindah randah?

Okey, sebabnya, aku terpengaruh dengan gambar dan review. Hehe. Gambar kat Booking.com tunjuk pemandangan di Lao Shay Hostel ni waktu winter. Memang cantik sebab bersalji tebal. Kawasan persekitarannya jugak nampak lebih tradisional. Selain tu, kawasan tu jugak dikelilingi Shika Snow Mountain, padang rumput kering, dan dekat dengan Napa Lake.

Plan aku esok nak ke Napa Lake. Daripada hasil bantuan Google Maps, Napa Lake ni cuma beberapa kilometer je dari Lao Shay Hostel, iaitu hostel untuk malam kedua. Jadi, selepas berkali-kali susun dan ubah iti, aku dapati lebih reliable untuk aku menginap kat Old Town pada malam pertama dan di Jinugu Valley pada malam kedua. Kiranya, hari pertama tu memang khas untuk merayap kat Old Town/Pekan Shangrila dan hari kedua, merayap kat Jinugu Valley dan yang berdekatan. Tak bazir masa nak ulang alik sana sini dan tak bazir duit. Lagipun ada servis hantar dari Lao Shay Hostel ke Bus Stand Shangrila, so esok boleh suruh diorang je hantar. Mudah, kan.

Sepanjang perjalanan, memang enjoy tengok pemandangan di kawasan outskirt Shangrila ni. Tak moden dan takde pembangunan sangat. Banyak rumah-rumah bercirikan tradisional. Banyak jugak binatang peliharaan berkeliaran kat tepi-tepi jalan, macam yak dan oink oink. Aku nampak ada seekor yak ni kat dalam longkang besar. Taktau laa apa urusan dia dalam longkang tu.

Dah semakin dekat dengan Jinugu Village, dah boleh nampak kawasan padang/ladang yang agak lapang dan kering. Berlatarbelakangkan pergunungan salji. Aku ibaratkan macam padang jarak padang tekukur. Hee~

Van mula masuk kawasan Jinugu Valley. Belok sana sini dan semakin jelas kawasan persekitaran. Kawasan lapang yang kering tadi tu, mungkin pada musim lain ditanam dengan tanaman. Tapi pada musim sejuk, cuma ada rumput kering, yak dan kuda.

Rumah-rumah pulak memang rumah tradisional. Takde rumah moden. Takde banglo. Takde rumah teres. Takde flat. Cuma rumah kayu dan batu.




Masuk je kawasan hostel, kitorang terus disapa dengan butiran salji bertaburan kat tanah. Yeayyy salji lagi!

Cantik jugak bangunan hostel ni. Diperbuat daripada kayu dan setinggi 2 tingkat. Sekelilingnya padang rumput lapang, kat sebelah pulak ada rumah dan hostel lain.

Turun dari van, staf tadi tak tolong pun kitorang angkat beg ke apa. Haih. Memang bagi bad impression untuk kitorang. Sebab kitorang expect orang kat Shangri-la ni semuanya baik-baik dan mesra, sesuai dengan kehidupan yang masih lagi belum ditempias arus kemodenan keterlaluan.

Well, do not judge people. Expect for unexpected. Mungkin diorang agak reserve sikit kot. Ke dia marah aku jahanamkan kerusi tadi?

Takpela, kitorang masih larat nak angkat beg kitorang. Masuk je dalam bangunan hostel, kitorang pergi kat reception desk nak check in. Sorang amoi ni entertation kitorang. Ada jugak anjing besar gilaaaaaaaa bulu lebat sambut kitorang. Comel tapi nightmare untuk Echa.

Untuk bilik malam ni, rate mahal sikit berbanding hostel/guesthouse kitorang sebelum ni. In fact, bilik yang paling mahal untuk 1 malam penginapan di Yunnan ni, RMB228/night. Demi nak merasa pengalaman berbeza, rela jelaa keluar duit.

Siap bayar, dia bawak naik ke tingkat atas. Bilik kitorang kat bahagian atas. Banyak jugak bilik kat atas ni, tapi semuanya nampak kosong dan sunyi. Mungkin kitorang je guest untuk hari tu.

Masuk je bilik, lega sebab ada heater. Tapi heater cuma boleh guna bermula jam 6 petang. Sementara tu, guna electric blanket dulu.

Not bad bilik ni. Berunsurkan kayu dan agak tradisional. Bilik air agak besar dan dipisahkan oleh kaca je dengan ruang katil. Mujur ada langsir. Hihi. Ada TV, ada set cawan dan jag dengan unsur China. Tingkap bilik pun besar dan boleh nampak dengan jelas pemandangan kat luar. Salji bertimbun kat atas bumbung hostel.



Rupanya, Shangri-la Airport kat sebelah ni je. Bukan laa dekat sangat, tapi agak dekat jugaklaa. Boleh nampak flight naik dan mendarat dengan jelas.

Berkemas dan solat, lepastu kitorang decide nak keluar pergi berbasikal.

Basikal?

Yaaaaa. Berbasikal kat sini. Sebab hostel ada provide servis sewa basikal, jadi, macam seronok je kalau nak enjoy kawasan sini sambil berbasikal kan. Instead of walking, why don't we try cycling.

Kos sewa basikal adalah 20 yuan untuk satu basikal (setengah hari). Memula kitorang nak ambil basikal elektrik sebab tak banyak beza harga dengan basikal biasa, tapi amoi tu cakap kalau battery power habis, kitorang kena tolak sendiri basikal tu. Takkan laa boleh caj guna powerbank kan, so taknak ambil risiko, guna jelaa kuasa kaki untuk berkayuh.

Pilih basikal masing-masing, dan mulakan kayuhan keluar dari kawasan hostel. Fuhhhhh, struggle gilaaa nak kayuh. Sejuk dan berangin kuat.


Memula kitorang nak kayuh naik ke kawasan Shika Snow Mountain. Nampak macam tak jauh sangat je. Tapi sebab angin kuat bertentangan dengan arah kayuhan yang menyebabkan kitorang terpaksa guna lebih banyak tenaga, kitorang pun tukar arah kayuhan.

Kitorang menuju ke arah bertentangan, dan hasilnya kayuhan lebih smooth dan laju sebab angin bantu tolak basikal. Haha!

Best berbasikal kat sini. View memang superb. Dominasi warna cekelat. Yela, padang rumput kering kan. Rumah-rumah pun semua kayu dan batu, takde laa berwarna warni.




Mungkin pada orang lain, tempat ni nampak biasa, tapi pada aku pulak, rasa aman dan tenang je. Kenderaan pun tak banyak. Kitorang berkayuh sampai ke kawasan yang agak jauh dari hostel.

Nampak kuda tengah meragut rumput, kitorang tolak basikal dan letak kat tepi nak bergambar. Dapat beberapa kali snap, tetiba dengar bunyi banyak anjing menyalak macam nak kejar kitorang. Lintang pukang kitorang lari kat basikal, cepat-cepat naik dan kayuh laju-laju. Haih. Terasa macam dekat gila anjing tu. Fobia.


Tudiaaa flight touchdown
Slow-slow kayuh lagi, nikmati pemandangan kat situ. Padang lapang dengan rumput kering, banyak kuda dan yak yang tengah meragut rumput. Banyak jugak najis yak/kuda yang ditimbunkan, mungkin digunakan sebagai bahan bakar atau baja. Oink oink pun ada jugak. Kitorang kayuh laju-laju bila nampak oink oink sebab takut kena kejar. Oink oink tu besarrrrrrrrrrr berbulu tebal.








Kitorang kayuh sampai kat satu stupa. Kononnya nak pusing habiskan satu pusingan dan balik ke hostel dari arah Shika Mountain, tapi risau pulak kalau dah semakin jauh kayuh tapi kat hujung tu nanti sebenarnya takde jalan. So, kitorang pun pusing balik dan kayuh basikal balik ke hostel. Sejuk mak ai. Tak tahan dah nak tunggu lama.


Sampai je kat hostel dan letak basikal, kitorang pergi kaunter ambil deposit. Oh ye. Nak sewa basikal ni kena bayar deposit 100 yuan, sebagai jaminan just in case anything happen to the bicycle.

Sambil tu tanya kat amoi, kalau dia ada servis untuk bawa ke Napa Lake. Tapi malangnya, dia kata tak ada. Kitorang tanya kalau boleh naik basikal ke sana. Dia kata boleh, tapi ambil masa sikit. Kalau nak pergi jugak, dia boleh call kan teksi untuk bawa kitorang ke sana.

Teksi. Hmm. It's okeyy. Kitorang pun bagitau kitorang tak jadi pergi. So sad.

Kecewaaaaaa. Sebabnya aku teringin nak pergi situ sebab banyak review cakap best. Cantik menarik tertarik tempatnya. Ye, aku terpengaruh dengan review sentiasa kan. Huhuuuuu.

Naik bilik, heater dah terpasang. Alhamdulillah tak laa kesejukan malam ni. Pulak tu, suis elecktric blanket aku dah meletop tadi, tak tau kenapa. At least ada heater, panas laa jugak bilik tu.

Malam tu lepas mandi dan solat, kitorang makan makanan yang kitorang tapau tadi. Cemana nak panaskan makanan ni? Ce teka.

Well, kita kena guna sumber yang ada dan guna logik akal je. Takde proper way ke apa, asal boleh je.

Kitorang masak air panas, lepastu masukkan dalam plastik. Lepastu, celup mangkuk mi dan daging tu kat dalam plastik air panas. Dengan harapan kepanasan air akan menyerap dan mampu panaskan makanan. Dalam masa yang sama, siap sedia dengan kemungkinan mangkuk mengembang disebabkan tindak balas dengan air.

Tak berapa menjadi, tapi okeylah tak laa sejuk sangat makanan tu. Dapat cairkan lemak daging kuah mi. Sejuk-sejuk pun, sedap jugak makan. Habis mi tu kitorang bedal. Sambil tu rasa menyesal sebab lepas habis makan makan malam ni, daging dah habis dan tak tau kat mana nak dapat lagi daging yang sedap tuuu.

Nota : Salah satu sebab kitorang makan daging adalah untuk panaskan badan.



Okey, esok nak gerak ke Lijiang. Malam ni kita berkemas. Sambil tu, isi masa lapang dengan tulis ucapan kat poskad. Yela, special laa kan. Poskad ditulis semasa kat Yunnan. Hehe.

Goodnight!

Tips:

1. Selain daripada menghabiskan masa kat sekitar Shangrila, boleh jugak tambah 5 jam perjalanan lagi ke Deqin, salah satu daerah dalam wilayah Yunnan. Deqin sangat hampir dengan Tibet, bersempadan.

Antara tarikan utama kat situ adalah trekking ke Yubeng (perkampungan kaum Tibet tapi memerlukan berjalan kaki lebih 5 jam dan tak ada kenderaan dapat masuk ke sana), Mount Meili & Mount Kawakarpo (salah satu tempat suci bagi Tibetan dan dipercayai masih tiada manusia berjaya mendaki gunung ni). Mount Meili ni selalunya jadi buruan photographer untuk ambil gambar sunrise atau sunset yang sangat cantik. Perjalanan ke Deqin dari Shangrila jugak dikatakan sangat cantik. Aku ada plan nak ke sana, tapi sebab tak cukup masa dan bajet, maka batalkan hasrat.

Kalau sanggup lagi, dari Deqin boleh teruskan perjalanan ke Lhasa (Tibet), tapi korang perlukan visa untuk masuk ke sana.

2. Tarikan lain kat Shangrila selain Dukezong Old Town dan Songzanlin Monestary adalah Pudacuo National Park, Napa Lake, Shika Snow Mountain (pilihan lain selain Yulong Snow Mountain di Lijiang), dan White Water Terrace. Sesetengah lokasi ni agak jauh dari pekan Shangrila, kena chartered kereta sewa atau teksi dan da entrance fee. Contohnya Pudacuo National Park, memang sangat cantik, tapi kos untuk ke sana dan entrance fee sahaja lebih kurang 400 yuan.

3. Kawasan Blue Moon Valley di Jinugu Village sangat tenang dan tak crowded macam kat Old Town dan pekan Shangrila. Jadi, sangat sesuai untuk yang nak tempat yang less crowded. Juga, dekat dengan Shika Snow Mountain dan Napa Lake.

4. In terms of safety, oksigen sangat berguna kalau rasa macam sesak nafas. Kebetulan oksigen yang beli masa nak naik ke Jade Dragon Snow Mountain haritu ada lagi, so kadang-kadang aku guna jugak. Dan digalakkan guna sunblock dan glasses untuk lindungi kulit/mata daripada sinaran UV. Owner hostel pun nasihatkan kitorang benda yang sama, sebab kedudukan Shangri-la yang berada lebih daripada 3,000 meter dari paras laut.



Kos Day 6 :

1. Bus to/from Songzanlin Monestary - RMB4/return
2. Meal - RMB20
3. Hostel - RMB114
4. Mini Van to Lao Shay - RMB4
*souvenirs and fruits (+- RMB150)

Total : RMB142 (not included souvenirs/fruits)

“The truth is, unless you let go, unless you forgive yourself, unless you forgive the situation, unless you realize that the situation is over, you cannot move forward.”