12 Disember 2015 |
JUMAAT
Kunming 昆明站
Day 8! Another 2 days to go
home.
Woke up 6 am in the morning
and finally, we've arrived in Kunming city. Alhamdulillah. What a long night (I
meant the bed).
Awal-awal pagi pun ramai umat
dekat stesen ketapi ni. Entah bila agaknya yang tak ramai orang. Penuh kiri
kanan depan belakang. Berhimpit-himpit keluar dari keretapi dan stesen umpama tiada ruang untuk bernafas
gitteww.
Sambil tu dok hembus nafas guna mulut nak try ada lagi tak asap keluar masa bercakap. Hewhewhew.
Sambil tu dok hembus nafas guna mulut nak try ada lagi tak asap keluar masa bercakap. Hewhewhew.
Okey perancangannya, kita nak ke hostel dulu check in dan letak barang, lepastu ke Shilin Stone Forest. Ikut perkiraan awal, hostel yang
kitorang nak stay ni - The Hump Hostel - letaknya di Jinbi Road. Jadi, otak aku
pun mula berkira-kira yang kitorang kena ambil bas dari bus station Kunming Railway
Station ke East Bus Station lepastu hop to another bus to go to Jinbi Road.
Baiklah, perkara pertama yang
perlu dilakukan setelah keluar dari kawasan stesen adalah pergi cari pondok bas yang
hari pertama kitorang turun tu. Sebab masa tu kitorang turun kat situ dari
East Bus Station (EBS) kan. Makanya, ikut logik, nak ke EBS jugak perlu naik
bas di situ. Sebab itu pit stop terakhir sebelum bas berpatah balik ke EBS. Bijak tak? Haaa, bijakkkkk.
Sebab dah tau jalan, kitorang
pun berjalan santai + bergegas ke sana. Sempat singgah kat stall motor, Echa
beli telur rebus yang diidamkan. Aku tak rasa nak makan apa-apa, so tengok
jelaa Echa beli.
Sampai je kat bus stop tu,
kitorang pun tunggu laa bas no. 60 nak ke EBS. Lama jugak laa tunggu. Dengan
rasa nak terkucil lagi sebab sejuk sangat.
Bas sampai je, kitorang terus
naik. Tambang dari sini ke EBS cuma RMB1 je. Pelik. Dari EBS ke bus stop ni
RMB5. Apekehey return fare murah pulak. Biaq pi laaa. Janji jimat.
Naik je bas, aku semak semula
itinerari kitorang. Nak confirmkan plan. Harini nak ke Shilin Stone Forest. Tapi sebab Stone Forest
ni jauh dan banyak berjalan, lebih baik kitorang ke hostel dulu check in dan
kemudian baru ke Stone Forest. Takdelah kena memikul beg gedabak kan. Lagi
pulak aku dah cuba cari info pasal locker kat Stone Forest ni tapi tak jumpa.
Takkan nak hurung beg gedabak sepanjang kat sana kan. Kang balik tinggal rangka pulak kang.
Semak punya semak, aku baru perasan
sesuatu yang agak tak kena.
Guess what?
Kitorang salah naik bas.
What?
Yes. Silap bas. Silap route.
Dan baru perasan. Konfiden bebeno tadi kan siap kata diri sendiri bijak.
Remark : Take bus No.60 to the end
then walking about 20 meters turn right to Yongsheng Rd. At the first traffic
light turn left, about 300 meters take bus NO.107 to Jinmafang. Hostel at the
northeast corner of square.
Aku tak perasan kat remark
yang aku tulis ni, sepatutnya kitorang dah tak payah naik bas No. 60 ke EBS tapi
terus ambil bas No. 107 dan turun kat JinMafang. Yongsheng Road ni kat area Railway Station tu. JinMaFang tu pulak depan hostel je. The Hump Hostel ni
dalam 15 minit je dari Kunming Railway Station.
Tapi bila ambil bas No. 60 ke
EBS ni, kitorang dah semakin jauh dan arah berlainan.
Aigooo. Cemano ni?
Aku pun bagitau Echa masalah
kitorang yang dah tersilap naik bas ni. Bincang punya bincang dan kemukakan
plan lain:
i. Proceed ke Stone Forest.
ii.
Turun kat EBS lepastu patah balik ke Yongsheng Road dan balik hostel. Swap plan
hari ni dengan plan esok.
iii. Turun kat EBS lepastu patah balik ke Yongsheng Road dan balik hostel. Lepastu naik bas semula ke EBS dan pergi jugak ke Stone Forest.
iii. Turun kat EBS lepastu patah balik ke Yongsheng Road dan balik hostel. Lepastu naik bas semula ke EBS dan pergi jugak ke Stone Forest.
Finally, we came out with the
decision to proceed with the exact plan. No need to swap as we might face
another problem, such as not enough time and budget.
45 minit perjalanan, akhirnya
sampai jugak ke hentian pertama yang kitorang jejak kaki lepas tiba kat Kunming
ni haritu. Here it is, East Bus Station!
Sampai je, terus masuk dalam
bangunan EBS, pergi kaunter untuk beli tiket bas ke Stone Forest. Kaunter kat
tingkat 2. Tingkat 1 untuk departure.
Oh ye, kat sini bas ke Stone
Forest memang ada bas khas ye. Kat badan bas tu pun ada terconteng gambar Stone
Forest. InshaAllah tak silap bas. Tunjuk
je tulisan atau gambar Shilin Stone Forest kat staf kaunter tu. Diorang tau laa
mana arah tujuan korang.
Tiket ke Shilin Stone Forest
ni harganya RMB30. Perjalanan hampir 2 jam. Tiket kitorang pukul 8.30 pagi.
Memula tu, kitorang try jugak request nak tiket bas lambat sikit, dalam 9.30
pagi atau 10 pagi. Tapi, disebabkan masalah komunikasi, diorang bagi kitorang
tiket pukul 8.30 pagi tu. Haih. Awal bebeno. Gap masa tak sampai 15 minit pun
daripada waktu beli tiket ni. Sempat ke tak nak pergi toilet ni.
Selesai beli tiket, kitorang
pun get ready nak turun ke tingkat 1, departure hall untuk semua destinasi bas
ekspress. Sebelum turun ke bawah ni, kena melepasi security check dulu. Normal
kot kat China ni, semua stesen bas keretapi subway pun ada security check.
Tinggi betul tahap pemeriksaan keselamatan.
Turun je bawah, kitorang pun
cari platform bas ke Stone Forest. Kalau tak pasti, tunjuk je tiket kat memana orang
kat situ nanti diorang tunjuk.
Sampai je kat depan platform,
kitorang tengok jam kalau sempat nak pergi tandas. Tak tahan dah memasing nak
berkunjung ke tempat feberet syaiton tu. Lagi pulak aku ni tahap wajib pergi
tandas sebelum gi memana. I tak sanggup
menahan seksa sebab I pernah merasa keseksaan menahan itu dulu. Hewhewhew.
Aku bagitau Echa, suruh dia
pergi dulu dan aku tunggu sini. Nanti ganti pulak. So at least, kalau bas dah nak
gerak, ada laa wakil nak suruh bas tunggu.
Tak lama Echa pergi, lepastu
dia balik dengan muka serabut. Aik cepatnya.
Rupanya, condition tandas tu
tak okey. So Echa pun kensel hajat. Well, toilet kat China, susah nak jumpa
yang okey kan.
Baru je aku nak gerak gi
toilet pulak, tetiba diorang bagitau bas dah nak gerak. Ah sudah. Takkan aku kena
tahan hajat 2 jam kot.
What to do. Itulah yang
terpaksa dilakukan. Sobsobsob.
Naiklah bas dengan
keterpaksaan sambil bayangkan betapa seronoknya kalau boleh pergi tandas waktu
tu. Huaaaaaa!
Dalam bas, mood mula laa rasa
tak best. Bukanlaa nak cakap kotoq tapi aku rasa semua tau kan perasaan menahan
hadas kecik mahupun besar. Lagi pulak kalau perjalanan lama dan takde berenti
memana. Sedih hidup masa ni aku rasa. Siap fikir, cemana kalau pundi kencing
pecah, kalau nanti dapat batu karang. Haaa sape nak jawab?
Keputusan yang diambil, paksa
diri untuk tidur.
Sebelum tidur, kita check
dulu media sosial. Yang bagusnya bas ni, ada wifi free. So, bebas laa anda
bersosial. Tapi disebabkan aku dah niatkan nak tidur sebab taknak rasa seksa
menahan hadas, maka aku online sekejap je, cukup sekadar nak update kepada yang
berkenaan lokasi semasa aku.
ZzzzZzzZZzzzzzzZZzzzzzZZZzzz
(takde dengkur mahupun mengigau)
*memang takde gambar sebab tak larat nak angkat kamera*
*memang takde gambar sebab tak larat nak angkat kamera*
Selepas 2 jam, tepat 10.30
pagi, akhirnya, tiba laa kitorang ke destinasi yang dituju. Shilin Stone
Forest!
Masuk je bas kat platform,
kitorang terus turun sambil gendong beg gedabak menuju ke kaunter dalam tu.
Fuhh lega betul rasanya bila masuk je dalam hall tu terus nampak ada tandas dan
ada locker. God save us.
Decide untuk masuk tandas
dulu dan salin pakaian sebelum simpan beg kat locker tu. Aku rasa dekat 30
minit jugak kitorang menyelesaikan tugas yang satu ni. Maklumlah baru ni nak
bercantik-cantik. Makanya, kita touch up sikit muka dan cari pakaian yang
sesuai. Hihi.
Selesai semuanya, kitorang
pun pergi kat kaunter untuk letak beg. Ada staff yang jaga kat sini, so just
hulur beg dan bayar je. Simpan resit tu untuk kegunaan masa nak ambil semula
beg. Bayaran simpan beg ni aku tak ingat. Tapi tak mahal laa. Rasanya RMB15 je untuk semua beg.
Selesai semuanya, lega!
Bolehlah berjalan dengan rasa senang hati.
Sekarang, kita nak menuju ke
pintu masuk Shilin Stone Forest. Di mana pintu masuknya?
Oh, rupanya, hall yang
kitorang masuk tadi ni, hall untuk bas sahaja. Pintu masuk ke Stone Forest tu
kt bahagian luar. Kena berjalan dalam tak sampai 10 minit dari situ.
Maka, kitorang pun keluar
dari bangunan tu menuju ke luar. Tak pasti kat mana tempatnya, kitorang pun
tanya dengan security kat situ, Dia pun hulur tangan, tunjuk yang kitorang kena
berjalan terus ke bangunan lagi satu.
Kitorang pun berjalan sambil
makan limau. Fefeeling Cina gitu. Kulit limau dan bijinya kitorang baling ke
tepi jalan, sebab proses mereput sangat singkat dan tak membahayakan ekosistem.
Hehe.
Dalam perjalanan, ada
sepasang couple lewat usia ni bertanya kitorang sesuatu. Tapi, kitorang tak
faham. So kitorang bagitau kitorang tak faham, diorang pun angguk je. Sedih
pulak tak dapat tolong. Huhuuu.
Lepastu kitorang tengok
diorang jalan ikut kitorang. Mungkin tadi diorang nak tanya kitorang lokasi
pintu masuk Stone Forest kot. Disebabkan kitorang pun bukan local, maka diorang
assume kitorang menuju dan mencari tempat yang sama.
Tekaan kitorang betul. Bila
je kitorang sampai kat bangunan untuk beli tiket, couple tadi pun masuk jugak
dan pergi ke kaunter. Fuhh lega diorang dapat jugak sampai tempat ni, walaupun
kitorang tak membantu apa-apa.
Kat bangunan tiket
ni, masuk dalam, ada banyak kaunter jualan tiket. Kaunter terbahagi kepada 2,
iaitu kaunter tiket masuk dan kaunter tiket electric ride.
Tiket masuk berharga RMB175
untuk bukan student. Student pulak cuma bayar RM113 je, ada diskaun tapi dengan
syarat kena sertakan sekali kad pelajar. Staf akan check kad tu untuk sahkan
korang masih pelajar. Kitorang memasing bawak kad student sebab nak diskaun la
kan. Tapi, Echa je yang dapat diskaun tu. Agaknya sebab Echa guna kad Master
dia. Aku pulak guna kad zaman degree yang dah berzaman tu. Tu yang tak lepas.
Hihi.
Lepas beli tiket masuk,
kitorang pergi kaunter electric ride (buggy) pulak. For info, electric ride ni
option je. Kalau korang sanggup jalan hampir 3 kilometer / 30 minit ke dalam
kawasan Stone Forest, go on. Kalau tak, naik laa buggy ni yang akan hantar
sampai ke dalam. Pandai diorang buat duit kan.
Kitorang malas nak jalan dah
sebab dah penat berjalan seminggu ni. So, kitorang pun beli laa tiket buggy.
Hehe. Pemalas gamaknya.
Dah beli tiket, terus je
pergi kat pit stop untuk naik buggy. Kat mana? Haa, jalan je keluar, dari
bangunan tiket tu pusing ke kanan. Nanti nampak ada pondok kayu yang ada orang
beratur ramai-ramai tu. Buggy sentiasa ada untuk bawak orang, cuma kena tunggu laa
buggy penuh baru jalan.
Pit stop untuk naik buggy |
Beratur ye beratur jangan
pakai langgar. Tunjukkan adab dan kesopanan rakyat Malaysia. Jangan bikin malu.
Masa kitorang tunggu buggy,
ada laa segerombolan pelancong China yang tengah menunggu jugak, so kitorang
pun bagi depa lepas dulu sebab kang depa terpisah, payah ada yang dok teghiak
teghuk.
Masa ni jugak, terperasan ada
3 orang lelaki dengan wajah Melayu, sorang dalam lingkungan 40-an, yang lain tu budak
remaja. Aku cakap kat Echa, "macam orang Malaysia je tu Cha". Cha
pandang dan cakap, "haah laa Syita. Macam orang Malaysia je".
Macam nak tegur, tapi segan pulak.
Diorang pun macam perasan kitorang, agaknya sebab kitorang je kat situ yang
bertudung dan muka Melayu. Hehe.
Buggy lain sampai, kitorang
pun naik laa, sekali dengan pelancong lain.
Perjalanan dari situ nak ke
kawasan Stone Forest tak lama. Tak sampai pun 10 minit. Buggy pun tak laa laju
mana. Best je naik sambil dibuai bayu sepoi-sepoi bahasa. Sepanjang perjalanan
tu boleh tengok ramai orang berjalan kaki. Ok je sebenarnya kalau jalan kaki dan tak naik buggy.
Buggy turunkan kitorang kat
depan satu bangunan cantik ni. Aku pun tak tau apa nama bangunan tu. Yang aku
tau, depan tu ada taman cantik.
Masa ni jugak ternampak lelaki Melayu tadi dengan family dia. Ada 6 orang semuanya kalau tak silap aku.
Masa ni jugak ternampak lelaki Melayu tadi dengan family dia. Ada 6 orang semuanya kalau tak silap aku.
Kitorang tak tau mana nak
pergi dulu, so kitorang pun masuk dalam kawasan taman tu, dan ikut je jalan dalam taman tu. Tak lama lepastu, sampai kat kawasan pintu gerbang yang ramai umat
manusia.
Itu laa pintu gerbang utama untuk
masuk kawasan Shilin Stone Forest. Kat pintu ni ada security check, alaaa yang
macam nak naik LRT tu. Kena scan tiket tadi baru boleh masuk dalam. Ada staf
yang jaga.
Eh, aku tak cerita lagi ke
pasal tempat ni?
Okeyyy, meh nak habaq mai
sikit sejarah dan serba sedikit tentang tempat ni.
Shilin Stone Forest ni
terletak di daerah Shilin, lebih kurang 100km jauhnya dari Kunming. Nak ke sini
boleh naik tren, bas, ataupun chartered kereta.
Kenapa dinamakan Stone Forest?
Sebabnya, ia merupakan formasi hutan batu yang sangat besar. Keluasan Shilin
Stone Forest hampir 500km persegi. Sangat luas okeyy. Ia juga terbahagi kepada
beberapa bahagian iaitu Major Stone Forest, Minor Stone Forest, dan Naigu Stone
Forest. Usia Stone Forest ni menjangkau 270 juta tahun.
Aku kopipes sikit legenda:
According to legend, the
forest is the birthplace of Ashima (阿诗玛),
a beautiful girl of the Yi People. After falling in love she was
forbidden to marry her chosen suitor and instead turned into a stone in the
forest that still bears her name. Each
year on the 24th day of the sixth lunar month, many Yi people celebrate the
Torch Festival (火把节 Huǒbă Jié), which features folk
dances and wrestling competitions.
Stone Forest jugak dah
diwartakan sebagai Tapak Warisan UNESCO. Jadi, bila korang masuk je dalam
kawasan ni, akan nampak ada papan tanda yang tertulis UNESCO. Macam kat Lijiang tu.
Waktu yang direkomendasi
untuk melawat seluruh kawasan Stone Forest adalah dalam 3-4 jam. Yes, terlalu
luas dan kalau sekejap sangat datang, macam tak berbaloi. Lagi pulak tiket
mahal kan.
Kalau nak tau, siap jadi trademark, kunjungan ke Kunming tu sia-sia kalau tak ke Stone Forest ni. Haaa
giittewww sekali ye. Pendapat peribadi aku? Nanti aku kongsi.
Tamat pengkisahan. Sambung
kisah perjalanan kitorang.
Memula sekali, kitorang
membaca sejarah hutan batu ni kat batu tanda UNESCO. Lepastu, berjalan kat area
tasik bergambar kat situ. Sumpah, lawa sangat view sini! Tapi kena gigih laa
cari port cantik sebab ramai orang kan.
Terjumpa sekumpulan ahjussi
dan ahjumma dari Korea. Aku dengan Cha pun buat-buat laa cakap Korea, lepastu
ada sorang ahjussi ni dengar kitorang cakap, dia pun macam nak sembang laa.
Harommmm kami tak reti. Tadi tu bebuat reti je. Haha! Ahjussi pun ajak kitorang
bergambar, teruja agaknya jumpa foreigner yang 'pandai' cakap Hangul. :D
Peta kawasan |
Kitorang spend masa lama
jugak kat dalam kawasan ni. Merata kitorang pergi dan melawat, sampai sesat kat
dalam tu. Jangan tak percaya, memang boleh sesat sebab kawasannya yang luas dan
nampak sama je. Yela, dah semua pun batu mencanak tinggi je kan, pusing atas
bawah kiri kanan semua serupa.
Pendapat aku, aku tak nafi, memang kawasan ni
cantik. Worth it to visit. Kagum sangat dengan formasi batu-batuan kat sini. Bayangkan, berjuta
tahun dulu hutan batu ni mula terbentuk, sehinggalah sekarang jadi kawasan
tarikan pelancong.
Sepanjang kat dalam ni, ada
je signboard yang tunjukkan kawasan-kawasan menarik. Dan setiap signboard tu
ada tulis, lokasi semasa korang sama ada kat Major Stone Forest atau Minor
Stone Forest. Cuma kena alert la takut terlepas je. Pulak tu, kat sini
kemungkinan untuk korang masuk dan keluar di tempat yang berbeza, adalah sangat
tinggi. Dan menjadi penyumbang utama sesat di dalam hutan batu ni.
Kitorang pun macam tu. Leka
sangat tengok batu-batuan ni, masuk tempat-tempat menarik, menyelit dalam
lubang batu, turun naik batu, akhirnya sesat sampai tak jumpa manusia dah. Masa
ni laa baru nak cuak cari jalan balik. Haha!
Lokasi terbaik untuk tengok keseluruhan Stone Forest ni adalah kat Pavillion, dalam kawasan Major Stone
Forest. Nak ke sini, kena naik tangga batu yang agak tinggi. Kalau nak tau kat
mana, masa berjalan tu korang pandang atas sampai nampak ada pagoda Pavillion
tu, cari je jalan ke situ.
Memang kat atas ni ramai sangat orang yang ambil
kesempatan bergambar dengan view terbaik. Bayangkan, batu-batu pelbagai formasi di sekeliling,
saujana mata memandang, lepastu ada pulak pokok berwarna warni yang menghias
cantik. SubhanaAllah, tak terkata.
Pavillion |
Kat sini jugak ada
photographer yang offer ambilkan gambar korang. Tapi aku tak pasti berapa
bayarannya sebab kitorang ambil gambar guna kamera sendiri je dengan bantuan
monopod. Jimat.
Trick nak dapatkan gambar
terbaik? Tengok kat mana photographer tu ambil gambar, korang tiru je position
dia. Sure dapat gambar cantik. Hehee.
Kat sini jugak laa kitorang
berjumpa dengan famili Melayu tadi tu. Baru laa ada kesempatan nak bertegur
sapa dan berborak. Rupanya, diorang datang sekeluarga dan dah beberapa hari kat
Kunming ni. Cuti sekolah, so bawak anak-anak bercuti. Anak-anak yang lelaki dah
besar, dalam lingkungan umur belasan tahun. Yang perempuan pulak kecik-kecik
lagi. Comel je lagi-lagi yang bongsu tu.
Borak-borak dengan akak tu,
kesian pulak kat dia sebab anak bongsu taknak jalan sendiri, nak dukung je. So
a bit difficult laa sebab kawasan situ kan tinggi, luas, dan jauh. Kitorang pun
mengah naik atas tu.
Diorang pun tak lama kat situ
sebab dah nak balik. Sempat jugak bertanya plan hari esok. Kitorang bagitau nak
ke Dianchi Lake, akak tu pun cakap dia nak ke sana tapi tak tau cara. Aku
bagitau kitorang naik bas kot sebab ikut yang baca kat blog je. Akak tu pun
cakap yang dia banyak baca kat blog pasal tempat-tempat kat sini. Dia tanya
kalau boleh nak join sekali, kitorang okey je. Tapi disebabkan kitorang taktau
cemana nak contact dan tempat stay pun tak sama, makanya, hasrat tu tak tercapai.
p/s : Dah balik Malaysia, aku
update pasal trip kitorang ke Yunnan ni kat group BBM. Tak sangka pulak akak
tu pun member kat BBM dan dia tegur kat post aku tu, bagitau yang kitorang
jumpa masa kat Stone Forest. Dan baru tau nama akak tu, kak Laila. Rupanya
cikgu kat sekolah Cina. Kalau akak baca ni, hai akak! Hehe.
Banyak jugak kawasan menarik
kat dalam ni selain daripada batu-batu ni. Ada Sword Pool, katanya dulu batu
kat kolam ni berbentuk pedang dan tinggi, tapi dah patah. Ada jugak kawasan
kolam yang dikelilingi batuan, cantik kawasannya. Senang kata, kat dalam ni
dipenuhi pemandangan batu, no wonder namanya hutan batu. Kalau korang jenis tak
suka sejarah dan bosan dengan sejenis pemandangan je, mungkin tempat ni kurang
sesuai untuk korang.
Oh, lupa nak bagitau. Ada jugak persembahan tarian tradisional kat sini. Rasanya setiap sejam sekali kot, betul-betul kat area kolam kat tengah-tengah kawasan hutan batu ni. Kitorang tengok jugak sekejap.
Sword Pool |
Tandas bersih dan cantik. |
Ada gerai jual buah dan makanan. |
Batu paling menjadi tumpuan utama. |
Kitorang jugak ada cuba pakai
baju tradisional kat sini. Ada beberapa tempat yang offer pakai baju
tradisional, kitorang cuba yang dekat dengan batu utama kat dalam hutan batu
ni. Ala, nanti kalau jalan-jalan kat dalam tu, ramai je akan tarik suruh pakai.
Bayar pun tak mahal, dalam RMB10 je untuk 10 minit. Berbaloi kan.
Demi nak mencuba, kitorang
pun try la. Diorang akan siapkan kita dengan pakaian tu. Kalau bawak barang,
bagi je kat diorang, nanti diorang jagakan. Tapi kalau tak yakin, bawak laa
sekali barang-barang tu.
Dalam tempoh 10 minit tu,
ambil laa gambar sebanyak mana yang korang nak. Puas jugak laa kitorang
berposing masa tu. Walaupun matahari terik, tapi tak panas langsung. Best je
cuaca.
Masa tengah dok ligat
berposing, ada sorang uncle Cina ni mintak izin nak ambil gambar kitorang.
Kitorang okey jee. Hehe.
Lepastu kitorang ajak uncle
tu selfie sekali. Dia cakap Mandarin, kitorang broken Mandarin campur English. Borak
punya borak, rupanya uncle tu orang Malaysia. Haha! Gigih kan kunun ayam itik,
rupanya boleh cakap Melayu.
Uncle tu orang Johor, datang
Kunming tu sebab roadtrip dengan geng 4 wheel drive dia dari Malaysia ke China.
Wow, seriously amazed sangat. Impian aku tu nak buat roadtrip tu.
Borak tak lama pun, lepas
tukar-tukar ID facebook, dia pun gerak. Kitorang pun dah dipanggil untuk
pulangkan semula baju.
Dah puas berjalan, kitorang
pun decide nak balik. Tak larat dah nak jalan lama lagi. Sakit kaki weols
pusing hutan batu ni. Rasanya dah habis tawaf kot. Makanya, pergi kat pintu masuk tadi dan naik buggy ke
bangunan tiket tadi tu.
Keluar je dari kawasan
bangunan tiket, kitorang pun bergambar laa dulu. Cantik kawasan kat luar ni.
Pokok dan bunga berwarna-warni, memang menarik-narik laa suruh bergambar.
Dah puas bergambar kitorang
pergi semula kat bangunan nak naik bas tadi. It's time to go back to Kunming.
Haa masa berjalan dari tempat
buggy ke bangunan bas tu, ada ramai orang akan tunggu kat area bas-bas
pelancong sambil offer pakej tour diorang. Ada yang offer ke Jiuxiang, salah
satu gua batu yang cantik, dekat je dengan Stone Forest ni dalam setengah jam.
Aku pun memula memang cadang nak buat trip ke sana selepas dari Stone Forest
ni, tapi memikirkan tak cukup masa dan nak jimat, kitorang kensel plan tu.
Kalau korang ada plan nak ke
sana, boleh je ambil pakej yang diorang offer ni. Tapi try bargain to get the
best price. Survey dulu harga tiket masuk ke Jiuxiang (agak mahal jugak) so
that tak kena mark up kaw-kaw.
Disebabkan kitorang tak
bercadang nak ke sana, kitorang pun tolak semua offer tu walaupun ramai dok
pujuk rayu. Hehe.
Masuk dalam bangunan bas,
terus pergi kaunter tiket kat bahagian belakang sekali. Kat kaunter tu jugak
ada bagitau route dan harga untuk lokasi berlainan, antaranya ke East Bus
Station dan ke airport. So, kitorang nak ke EBS, beli jelaa tiket ke EBS. Harga
tiket RMB34/person.
Dah beli tiket, tunggu bas
kat depan pintu masuk bangunan ni, tempat yang bas drop tadi tu. Ada banyak
kerusi untuk menunggu. To inform, bas ni free seating dan akan gerak hanya
selepas dah penuh. So, selagi tak penuh, bas tak akan jalan.
Kitorang nak pastikan tu
tempat yang betul, aku pun pergi laa tanya dengan sorang amoi. Dia pun angguk
bagitau tu tempat yang betul. Ala, tau sebenarnya, saja je nak tanya.
Hewhewhew.
Jangan lupa, beg kat locker
tu amek. Kang menangis kat bucu katil kalau tertinggal.
Masa ni jugak kitorang
terserempak dengan family Malaysia yang naik satu flight dengan kitorang
haritu. Berjodoh betul kan. Duduk sebelah kat flight, jumpa kat Kunming Railway
Station, kat Lijiang Old Town, ni kat Stone Forest pun jumpa. Hihi.
Borak-borak kejap, diorang
bagitau esok dah nak balik Malaysia. Kitorang lusa baru balik. Tak lama pun
dapat borak sebab bas dah sampai dan nak gerak. So, we wave our goodbye to them
and wish for a safe flight. Beruntung jumpa family ni, baik dan peramah.
Nak naik bas kena scan beg
dulu ye jangan lupa. Scanner tu kat tepi pintu masuk je.
2.30 pm bas pun jalan. Tak
lama pun tunggu bas penuh. Perjalanan balik ke Kunming ambil masa dalam 2 jam.
Sepanjang masa tu kitorang tidur mati tak sedar apa. Penat sangat gamaknya. Dah
nak sampai ke EBS baru tersedar.
Masa nak turun bas, muffle aku
terjatuh tapi aku tak perasan. Lepastu ada sorang lelaki China ni ambil dan
bagi pada aku semula. Aku cakap "xiexie", lepastu dia terus tanya aku
kalau aku ni Muslim. Aku pun cakap, "Yes I am" sambil senyum.
Dia pun bagitau dia Muslim
jugak. Omaigad we're so excited! Borak-borak jap tapi tak sempat borak panjang
sebab kitorang rushing nak kejar bas. Dalam beberapa minit borak, lepastu
kitorang bagitau nak naik bas, dia pun nak naik bas jugak. We waved goodbye.
Masa ni aku menyesal, tak ambil contact number
dia sebab terlupa. Kalau tak, boleh contact dia balik.
Lepastu kitorang pun terus
ambil bas No. 60 ke Yongsheng Road (last bus stop dekat dengan stesen
keretapi). Perjalanan 45 minit. Sampai je kat situ, kitorang terus cari tuktuk nak
ke JinMaFang sebab hasil review menyatakan, kat situ senang dapat tuktuk dan
agak murah (tapi mahal berbanding bas 107 yang cuma RMB1 je).
Kitorang nampak ramai-ramai
orang dan tuktuk, kitorang pun jalan ke situ. Tetiba berebut ramai offer naik
tuktuk deme. Hah, masa ni laa nak guna the power of negotiation. Kihkihkih.
Bila diorang approach,
kitorang pun tanya laa berapa harga ke JinMaFang. Semua bukak harga RMB20 ke
atas untuk sekali perjalanan. Aku pun komplen laa mahal (padahal aku tak tau
berapa harga sebenar, aku cuma tau jarak perjalanan dalam 15 minit je).
Lepastu, muncul sorang lelaki
yang baik hati ni. Tengah kitorang dok bargain, dia pun tunjuk isyarat tangan 1
dan 5. Means, dia bagitau suruh mintak RMB15 je. Aku pun senyum lepastu
bukak harga RMB15. Memasing kata tak boleh.
Aku pun apa lagi, aku cakap
kat Echa, "Kita buat-buat taknak laa pastu buat-buat jalan je. Mana tau
nanti diorang boleh bagi murah."
Kitorang pun buat-buat laa
taknak dan nak jalan cari tuktuk lain. Lepastu sorang kakak tuktuk ni pun
cakap,"Okey okey RMB15 okey."
Haa, sengih ke telinga laa
taktik menjadi. Kihkihkih. Thanks to that guy for helping us. Walaupun cuma
dapat kurang RMB5 je, tapi still okey kan. Ke, patutnya tadi kitorang mintak
RMB10? Muahahhahaha!
Masa kitorang nak naik tu, driver tuktuk lain tu dok sengih je walaupun kitorang tak naik ngan
diorang. Sorang tu tanya kitorang asal mana. Bila aku cakap kitorang dari
Malaysia (dengan accent Cina), diorang pun eksaited lepastu cakap kitorang ni cantik.
Maap, puji laa tinggi mana pun, kitorang tak naik tuktuk uols sebab kitorang
dah naik tuktuk kawan uols. Kihkihkih.
Dah nak gerak diorang dok
bercakap lagi dengan kitorang sampai rimas jadinya. Rimas sebab tak faham. Phewwww.
*diingatkan, kami berbicara
dalam bahasa ayam itik*
Tuktuk kat China ni aku rasa
sama je macam kat Phnom Penh tu haa. Moto pastu ada laa tempat duduk untuk
penumpang. Ditutup dengan penutup plastik/kanvas. Tak laa fancy mana tapi
memadai kan untuk perjalanan sekejap.
Hebak baq ang akak ni ride
tuktuk. Mencilok sana sini. Sampai ada sekali tu, dia boleh berhenti kat tengah-tengah
4 junction. Kitorang dah cuak takut kena langgar ke apa sebab kenderaan tengah
bergerak simpang siur. Tapi dia cool je macam takde apa. Fuhhh, rasa hilang 10
tahun nyawa.
Sampai kat satu bus stop ni
dia bagitau dah sampai. Kitorang mula laa blur sebab tak tau mana tempat.
Kitorang tanya, "JinMaFang?".
Dia angguk cakap
"Ya". Lepastu aku tunjuk gambar pintu gerbang tu, dia pun tunjuk
tangan kat mana tempat tu. Kitorang angguk jelaaa tanda faham. Lepas bayar,
kitorang pun terus jalan menuju tempat yang dia tunjuk tadi.
Tengah berjalan, betul-betul
depan bus stop tadi, tetiba kitorang terjumpa syurga.
Apa lagi, makanan laa!
Kedai Roti Halal.
Omaigaddddd, feels like wanna cry you know. Lepas dah beberapa hari ni makan
buah dan makanan Cina Muslim je, tekak terasa nak makan roti sedap pulak.
Melangkah laa kitorang masuk
ke dalam kedai roti tu. Fuhh heaven, macam-macam jenis kek dan roti ada.
Semuanya menggoda jiwa raga. Harga, ok laa tak mahal sangat. Bab halal jangan
risau. Diorang ada certificate dan logo halal.
Memborong laa roti dan egg
tart. Tengok kek macam sedap, rasa nak beli jugak. Tapi kontrol nafsu tamak
haloba tu. Kang tak habis, naya je.
Lepas membeli, kitorang pun
cari jalan nak ke hostel. Keluar kedai belok kiri sampai nampak ada jalan raya besar dan pintu gerbang. Ikut review, dari pintu gerbang tu, dah tak jauh dah, dekat
sangat dengan hostel.
Rupa-rupanya, sangat dekat
dengan hostel kitorang. Belakang kedai je sebenarnya, jalan dalam 200 meter. Kalau
dari pintu gerbang tu nampak ada tangga menuju ke bawah tanah, jalan je pergi
kat kawasan kedai-kedai sederet tu. Nanti nampak ada kafe dengan signboard The
Hump Hostel.
Yeayyy jumpa! Kitorang belek
gambar kat iti dengan kedai depan mata ni, haaa sejibik.
Ikut review lagi, yang kat
depan ni kafe je. Hostel kat bahagian belakang. So kitorang pun gi kat belakang
kedai cari hostel, tapi tak jumpa. Kebetulan ada orang kat area tu, kitorang
pun tunjuk gambar tanya lokasi hostel.
Rupanya kitorang silap
lorong. Kalau dari kafe, jalan je ke belakang then belok kiri nanti jumpa
tangga menuju ke hostel. Kat situ ada signboard The Hump Hostel. Tapi kitorang
tadi terus jalan ke belakang. Sebab tu tak jumpa.
Sampai je tingkat 3, kitorang
terus pergi kat reception desk. Kat area situ ada jugak meja pool dan tempat
makan. Santai je. Tempat makan pulak konsep terbuka, siap boleh tengok
pemandangan bandar lagi.
Kitorang check in, then staf
mintak passport. Aku pun mula laa garang cakap diorang tak boleh simpan
passport kitorang sebab isu keselamatan. Aku ingatkan dia nak simpan passport
kitorang macam kat Phuket Krabi tu.
Lepastu dengan muka cuak dia
cakap dia nak fotostet je passport kitorang tu. Dia mintak tempoh dalam 15
minit untuk pulangkan. Aku pun cakap okey, bila dia bagitau dia akan pulangkan,
kalau tak, hakak keluar jurus tok rimau. Haaa, tau takut dengan kak long.
Kitorang menginap kat sini 2
malam. Kat sini ada dorm dan ada private room. Tapi macam biasa laa, kos untuk
2 org stay kat dorm lebih kurang macam stay kat private room, kitorang amek
bilik je laa. Senang dan privasi sikit kan. Murah pun murah. Untuk 2 orang, kos
bilik 2 malam RMB230.
Dari reception desk ke bilik
kitorang jauh jugak. Jalan dalam 2/3 minit gitu. Jauh ke hujung bangunan nu. Best
jugak environment kat sini. Cool je dan simple. Ada ruang menonton TV kat luar,
ada bilik air yang jenis share jugak. Mujur weols tak amek dorm, kalau tak kena share
dengan jantina lagi satu. Hihi.
Masuk je bilik, terus baring
terjah katil. Bestnyaaa bilik ni! Worth it sangat dengan harga. Katil besar,
tilam best, gebar best, ada TV, bilik pun besar. Ada tingkap yang bagi
pengudaraan lebih baik, plus point. Tapi, bila bukak je tingkap, bising mak ai
sebab diorang ada pasar kat tepi bangunan ni. Terus aku tutup balik tingkap.
Yang kurengnya, bilik air
takde pintu. Yezzaaaa, tiada pintu. Cuma ada anak langsir yang paras kepala tu
je. Tempat mandi, diorang letak kain je buat pemisah dunia mandi dan dunia tak
mandi.
So konklusinya, pesan kat
roommate anda supaya tak lalu dan masuk bilik air waktu anda mandi. Hehe.
Lepak sungguh badan. Dah
pukul 6 baru sampai bilik, dapat katil, terus rasa nak lelap mata. Teringat
belum solat lagi, terus kitorang bergilir solat dulu, baru makan roti yang
kitorang beli tadi.
Plan malam ni nak cari masjid
yang katanya dekat je dengan hostel ni. Lepastu nak jenjalan kat JinMaBiji
Square & Zhengyi Road.
Dalam pukul 8 macam tu, lepas
je solat jamak maghrib Isyak, kitorang keluar semula.
First thing, nak cari masjid
Yongning. So kitorang pun pergi kat reception desk tadi nak ambil passport,
lepastu tanya lokasi masjid tu. Staf bagitau tak jauh dan tunjuk arah.
Keluar dari arah hostel ke kafe, belok
ke kiri sampai jumpa pintu gerbang tadi (JinMaBiJi Square). Ramai orang kat
sini malam-malam. Macam pesta pulak.
Kitorang jalan je terus
sampai laa ada junction dan nampak ada kubah Masjid. Memang tak jauh. Dari JinMaBiJi
Square tu, pandang atas dah boleh nampak kubah masjid. Lintas jalan, dah
sampai.
Naik tangga, terus dah masuk
dalam kawasan masjid. Ada kawasan untuk makanan Muslim. Ada beberapa stall dan banyak meja makan.
Open je. Tak ramai sangat orang makan masa ni, maybe sebab dah malam agaknya.
Kitorang jalan ke belakang sikit, nak tengok suasana dalam masjid. Elok je kitorang nak naik tangga ke ruang
solat, ada sorang lelaki tua berkopiah ni pun nak naik. Kitorang tanya kalau
boleh masuk, dia pun angguk dan suruh masuk sambil senyum. Sejuk je hati tengok
Muslim kat sini.
Masuk dalam ruang solat
perempuan, kitorang ambil masa duduk, dan diam. Macam bertafakur. Kebetulan pulak,
masa kitorang tengah duduk tu, waktu Isyak masuk. Ada sorang lelaki yang azan.
Sayup je suara azan, tak kuat macam kat Malaysia. Cukup-cukup untuk dengar
dalam kawasan solat.
Masa ni, aku rasa macam
sebak. Dapat tengok suasana Islam dan Muslim kat negara asing. Lain sangat.
Walaupun Muslim cuma minoriti kat sini, tapi masih ada yang menghidupkan Islam.
Berbeza dengan negara yang majoriti Islam, tapi masih ramai yang kurang peka
dan Muslim sendiri tak berusaha nak jaga kemuliaan Islam tu.
Kitorang tunggu sampai habis
azan. Sayang tak dapat nak solat sekali, sebab kitorang dah solat tadi.
Bila je diorang mula solat,
kitorang selak langsir nak intai diorang solat. Cuma ada 3 orang je bersolat,
dan yang imamkan tu lelaki muda. Alhamdulillah, rasa tenang je bila tengok.
Syukur.
Tak lama kat situ, kitorang
pun turun, nak pergi makan pulak. Sambil tu tengok kawasan keliling, bangunan
masjid ni sebenarnya ada beberapa bahagian. Ada masjid, ada kawasan makan, ada
bilik-bilik, mungkin bilik staf kat sini.
Kat tempat makan tadi,
kitorang konfius nak makan apa. Sebab tak tau nak order. Kat sini konsep dia
macam stall. Ada dalam 4 ke 5 kedai, beli je kat stall yang korang nak. Stall
pun berbeza jenis makanan.
Pusing semua tempat,
last-last kitorang pergi kat tempat yang jual makanan dalam piring kecik-kecik.
Kiranya, setiap piring tu makanan berbeza. Kitorang mintak dua mangkuk nasi,
dan ambil 2/3 jenis lauk. Lepastu ambil air mineral. Harga makanan kali ni
murah je, dalam RMB24 untuk 2 orang. Makanan pun boleh tahan sedap.
Sambil makan, sambil borak
pasal Islam kat sini. Kitorang sebenarnya berharap, kalaulah boleh berborak
dengan local, mesti lagi best. Boleh tanya pasal situasi dan perkembangan Islam
kat sini. Boleh bertukar cerita dan berkongsi pandangan. InshaAllah, ada rezeki
ke sini lagi, dan mampu bertutur dalam bahasa Mandarin. Please take note Cha. Hee.
Lepas makan, kitorang keluar
dari kawasan masjid dan menuju ke Zhengyi Road. Katanya, waktu malam meriah dan
ni kawasan shopping. So, we would love to enjoy and experience the night life
of Kunming.
Tak tau jalan pun, tapi
kitorang redah je lintas jalan besar dan menuju ke tempat yang ramai
orang. Fuhhh, serius ramai manusia kat sini. Bersimpang siur. Memang meriah
suasana, sana sini bunyi lagu dan lampu terang benderang.
Satu benda yang menarik perhatian
aku dan Echa, paparan LED gergasi pada bangunan kedai. Kat situ jugak
ditayangkan slide gambar-gambar dan lagu. Kebanyakannya lagu-lagu yang slow dan
gambar couple. Aku assume tu tempat untuk diorang beli ruang paparan, lepastu
dedicate to the loved one laa kot. Kind of romantic. Aku yang tengok pun
teruja. Hihi.
Puas tengok aksi aksi
romantika tu, kitorang pun berjalan je selusur kedai-kedai. Banyak kedai kat
sini. Memang best laa kalau shopping. Lagi pulak nak krismas, banyak kedai buat
offer. Aku pun hampir terjebak, masuk kedai kasut dan hampir beli kasut. Tapi
bila fikir tak muat beg, aku kensel. Menyesal tak beli wuuuuuu.
Lepastu terjumpa pulak kedai
barang serbaneka ala-ala Daiso, tapi yang ni namanya DomeSky, origin Korea.
Banyak jual barang best dan murah. Kat sini kitorang lama. Maklumlah, benda
murah siapa taknak. Hihi.
Tujuan asal nak beli monopod
je sebenarnya. Sebab, monopod aku tertinggal dalam buggy masa nak balik tadi.
Aku selit kat depan seat, lepastu lupa amek. Menyesal sangat terlupa ambil, tak
memasal aku hilangkan 2 monopod kat China ni. Dah laa monopod yang tu beli masa
dengan geng-geng kat Jade Dragon Snow Mountain. Memorable tu huhuuuu.
Daripada nak beli monopod,
last-last macam-macam kitorang beli. Sebab murahhhhh! Part perfume paling best.
Perfume dia dalam botol kecik 20 ml camtu, sebotol harga antara 10-40 yuan.
Macam-macam bau ada, yang pastinya, wangi dan bau tak menyengat. Aku puas belek
macam-macam, akhirnya aku terbeli 3 botol. Satu bagi kat Azu, lagi 2 untuk diri
sendiri. Heee.
Echa pun beli banyak jugak.
Untuk dia & adik-adik dia. Dah macam apa kitorang kat sini, gila belek
perfume murah. Haha! Macam kat Malaysia takde kan.
Puas shopping, kitorang pun
jalan balik. Dah lewat dah, esok nak jalan lagi. Need a good rest, for sure.
Kos
Day 7 :
1. Bus No. 60 to EBS - RMB1
2. Bus
to Shilin Stone Forest - RMB30
3.
Shilin Stone Forest (Entrance Fee & Buggy) - RMB200
4.
Bus from Shilin Stone Forest to EBS - RMB34
5. Locker
- ><RMB7.5
6.
Bus No. 60 to Yongsheng Road - RMB5
7.
Tuktuk RMB7.5
8.
Hostel - RMB115 (2 night)
9.
Meal - RMB12
10. Costume at Stone Forest - RMB10
10. Costume at Stone Forest - RMB10
Total
: RMB412