Tuesday, 10 May 2016

#menjejakyunnan : Day 7

11 Disember 2015 | KHAMIS

Shangri-la ཞང་རི་ལ - Lijiang 丽江 - Kunming 昆明站

Diam tak diam, dah masuk hari ketujuh.

Okey harini, kita akan balik ke Lijiang semula dan esok, kita mulakan eksplorasi kat Kunming. Yeayyy!

Pagi ni, diikutkan rancangan asal, kitorang nak ke Napa Hai Lake. Tapi macam aku cerita semalam, plan tu terpaksa dibatalkan disebabkan masalah logistik. Hostel takde sediakan servis ke sana. Sedih laa jugak sebab hajat hati nak explore habis-habisan Shangrila ni, tapi, tak kesampaian. Semalam tak dapat ke Songzanlin Monastery. Harini tak dapat ke Napa Hai. Takpela bukan rezeki. Mana tau akan ada next trip kat sini. :)

Pagi tu bangun Subuh, lepastu sambung tidur. Dah pukul 9 pagi, bangun semula dan terus kemas barang, mandi dan bersiap. Sejuk, macam biasa laa kan. Lagi pulak heater dah tutup lepas pukul 7 pagi. Dah laa bilik air kat sini tak tau cemana nak adjust sejuk panas air. Last-last redha je mandi air sejuk dalam cuaca sejuk. Kau mampu? Haha.


Toilet lutsinar. Hihi
Siap berkemas, kitorang turun kat bawah, pergi kat kaunter, check out, dan bagitau mintak hantarkan kat Shangri-la Bus Station. Dapat semula duit deposit bilik, lepastu sorang staf dia pun standby nak hantar kitorang.


Sambil menunggu tu, aku pun pusing laa kat area situ. Semalam tak sempat nak belek. Simple jee bahagian kaunter receptionist ni. Ada meja, tempat makan, lepastu ada peta yang tunjukkan lokasi Youth Hostel seluruh dunia. Aku terperasan ada jual poskad IYH kat sini, aku pun macam nak beli sebab poskad tak cukup. Tapi, tak jadi sebab aku fikir, kat Kunming boleh beli.


Lupa nama amoi ni. She's very helpful. Comel pulak tuu.
Perjalanan dari Hostel ke Shangri-la Bus Station ambil masa dalam 15 minit. Bayaran RMB4 seorang. Ok laa tu sebab dia hantar terus kat bus station dari hostel. Kali ni perjalanan banyak melalui kawasan pekan yang agak tak teratur dan kurang kemas. Berbeza daripada sudut pandangan pekan Shangri-la yang kitorang jalan semalam. 





Dan macam semalam, dia hantar je takde nak tolong turunkan beg ke apa. Kitorang turun je, dia terus berlalu pergi. Fuhhh, rasa macam tak dialukan je. Aku rasa dia ni cold gila. Menyampah pulak lelaki pesen gini hewhewhew. Be more gentlemen please.

Bukanlah nak sangat dia tolong kita angkat beg ke apa, cuma, in terms of courtesy kot. Bertegur sapa pun tak. Kita tegur pun dia macam takde respon. Ada jugak laa terdetik rasa menyesal stay kat hostel tu. Nak buat cemana, barang lepas jangan dikenang. Husnuzon, dia PMS kot. Hihi.

Masuk je dalam stesen bas, terus pergi kaunter tiket dan beli tiket ke Lijiang. Masa ni dah pukul 11.30 pagi. Nak beli tiket pun senang je. Bagitau nak ke Lijiang, nanti dia bagitau harga. Tiket semua serupa ke semua destinasi so jangan confuse. Kalau tak pasti sebab tak faham apa yang ditulis, tanya dengan kaunter informasi kat situ.

Kitorang pun memula tu confuse jugak sebab tak faham apa yang ditulis kat tiket. Lepastu refer kat itinerari, aku cari tulisan Shangri-la dan Lijiang, lepastu tengok balik gambar contoh tiket bas. Barulah faham sikit.

Ni laa rupa tiket bas. Faham tak?
Bas kitorang jangka akan bertolak jam 12.30 pm. Musykilnya adalah, bas yang mana satu dan kat platform mana?

Beberapa kali kitorang keluar ke kawasan platform bas dan tengok bas. Bandingkan tulisan kat tiket dengan board bertulis kat bas. Tapi masih confuse. Mujur lepastu ada staf yang nampak kitorang macam blur ke sana sini agaknya, dia pun datang dan cakap Mandarin tapi kitorang tak faham. Aku tunjuk tiket, pastu tanya bas yang mana.

Dia cakap, bas belum datang lagi. Dan kalau bas dah ada, dia akan bagitau.

Biasalah, manusia jenis payah nak berpuas hati macam aku ni, selagi tak yakin, selagi tu laa aku akan bertanya. Haha.

Aku gi kat kaunter info depan gate yang memisahkan ruang menunggu dan platform bas. Aku hulur tiket kat amoi. Amoi tu tengok tiket, pastu bagi isyarat 'belum lagi, tunggu nanti dia bagitau'. Haa, lebih kurang gini laa maksud dia. Dah kitorang tak faham, buat-buat faham jelaa.

Assume yang bas lama lagi, kitorang pun duduk kat ruang menunggu tu sambil menghadap skrin besar yang tunjukkan jadual bas. Haram laa kitorang nak faham, so, tengok dan tengok je.

Platform bas
Tunggu bas kat sini. Yang petak kecik warna putih dekat dengan pintu tu, kaunter informasi.
Echa berjalan kat tepi hall, lepastu dia balik kat aku sambil cakap dan gelak, "Syita, kat sini diorang siap provide kondom free tau". Aku terus macam, "like serious Cha", sambil rasa nak tergelak macam tak percaya, sebab menatang tu pun aku tak pernah tengok rupa dia sebenarnya cemana. Kat Malaysia tu pernah laa jugak ternampak menatang tu dijual kat 7E tapi tak pernah pulak nak belek lama-lama, sebab rasa segan dan tak rasa ada kepentingan pun. Haha!

Sebab curious, aku pun gi laa kat rak sebelah TV tu, aku tengok ada kotak peket kecik-kecik lepastu gambar lelaki perempuan. Tapi takde pulak tulisan kondom tu. Atau ada tapi sebab dalam bahasa Cina so aku tak faham.

Aku pergi balik kat Echa lepastu gelak lagi. Kalau laa betul diorang provide benda tu, bila masanya menatang ni digunakan. Dan kenapa provide kat ruang menunggu nak naik bas. Nakal sungguh akal masa ni. Kehkehkeh.

Protection programme to control the population. ;p
Bosan menunggu, aku pun merayap laa kat luar. Sebelum tu pesan kat Echa, panggil aku kalau bas dah sampai.

Aku jalan keluar konon-konon nak ambil gambar sebelum tinggalkan Shangri-la, tapi lepastu aku rasa macam tak sedap hati, aku pun patah balik masuk kat hall tadi. Baru nak masuk, dah nampak Echa lambai-lambai kat aku. Rupanya bas dah sampai.


Aik, tak sampai 5 minit aku keluar.

Oh ye, sebelum lupa, nak masuk kat waiting hall ni ada polis yang jaga dan kena scan barang dan badan ye. So, make sure takde barangan berbahaya yang menyebabkan diri korang ditahan untuk pemeriksaan.


Staf lelaki yang awal tadi tu dah panggil kitorang bagitau bas dah sampai. Bagus betul dia sebab alert dengan kitorang yang blur ni, bas sampai je terus panggil dan tunjukkan bas mana yang kitorang kena naik. Thank you Xie Xie!

Letak barang kat bahagian bawah bas, lepastu terus naik bas. Bas ni ada nombor, so duduk laa ikut seat yang diberi ye.

Macam haritu, bas kali ni penuh jugak. Aku cop seat tepi tingkap hehehe.


Perjalanan dari Shangri-la ke Lijiang ambil masa dalam 3 jam setengah. Sepanjang perjalanan, macam haritu jugak pemandangannya. Magnificient!

Cuma kali ni aku rasa agak lama perjalanan, so aku banyak tertidur daripada menikmati pemandangan. Sesekali terbangun. Tambah pulak couple belakang seat kitorang ni asyik berdrama intimasi gitu, maka, tidur adalah cara terbaik daripada dok geli dengan drama diorang tu. *agaknya sebab tu ada provide menatang tu kot*


Last sight of Shangrila.












Dalam perjalanan, bas berhenti kat satu hentian ni, aku rasa dalam kawasan Qiaotou. Macam kawasan rehat diorang laa. Bas berhenti agak lama, dalam  20 minit. Yang bagusnya, tempat ni ada jual makanan, buah-buahan, ada tandas. Yang paling penting, view paling cantik dan strategik.



Yessss, tempat ni berhadapan dengan Yangtze River, Haba Snow Mountain, dan Jade Dragon Snow Mountain. SubhanaAllah, sangat cantik view ni. Tak rugi naik bas lama-lama bila dapat tengok pemandangan macam ni.

Penumpang lain semua pergi beli makanan dan toilet. Aku dengan Echa, bergambar jee sebab tak boleh nak ke toilet dan makan.

Sebabnya?

Makanan diorang nampak sedap. Sosej panas fuhhhh tengah cuaca sejuk macam ni memang best laa kan makan. Tapi, status halal makanan tu sangatlah diragui. Maka, mampu tengok je. Echa beli pisang je beberapa ketul, buat bekal karbo untuk badan.

Toilet? Tidakku sanggupi nak guna. Turun bas memula tu memang laa nak tuju terus ke toilet kan. Tapi, bila pergi depan toilet, terus batal niat.

Toilet memanglah diasingkan lelaki dan perempuan. Tapi, toilet takde pintu yang menutup pandangan orang luar. Kiranya, orang luar boleh tengok operasi dalam tu. Dalam toilet pulak, ada laa beberapa mangkuk tandas, yang dipisahkan simen batu separas pinggang.

Haaaa, sambil lepas hajat, boleh ajak orang sebelah bersembang sambil tengok muka memasing. Haha, ni memang tak sanggup. Kensel niat.




Lepas 20 minit macam tu, semua naik bas balik dan teruskan perjalanan ke Lijiang. Bas lalu kawasan pekan Qiaotou tapi tak singgah pun.

Dah nak masuk ke kawasan Lijiang, lalu satu kawasan tasik yang besar dikelilingi penempatan penduduk. Aku agak, mungkin tu Lashi Lake. Dekat je dengan plaza tol Lijiang. Luas jugak kawasan tasik tu.




Sampai kat stesen bas Lijiang jam 3.45 pm. Alhamdulillah legaaaa. Selamat sampai dan lebih awal dari yang dijangka.

Ambil beg, terus masuk kat dalam stesen lepastu keluar ke jalan besar nak cari bas ke Old Town pulak. Perancangan kitorang, nak ke Old Town nak cari Masjid Lijiang. Banyak masa lagi kan memandangkan tren kitorang malam ni pukul 8.55pm.

Keluar stesen, ternampak ada restoran Muslim betul-betul berhadapan stesen bas ni. What a luck. Dahlaaa lapar tak makan apa-apa langsung dari pagi. Maka, kaki kami hayunkan menuju ke kedai tersebut.

Masuk je kedai, terus duduk dan datang sorang lelaki muda ni bagi buku menu. Haa, yang ni senang laaa sebab bagi buku menu. Jadi, kita tahu laa rupa makanan dan harga makanan tu. Tak konfius nak makan apa.

Aku order nasi goreng telur, Echa pulak order nasi goreng daging. Sambil tunggu makanan sampai tu, kitorang pun ambil kesempatan tanya dengan lelaki tu cara nak ke Old Town dan Masjid Lijiang.

Sekali lagi, bahasa tu jadi halangan. Lelaki tu pun guna handphone dia translate apa yang kitorang nak tanya dan jawab. Memang sangat ayam dan itik, dan akhirnya, langsung takde jawapan yang pasti.

Dalam tak sampai 10 minit makanan sampai. Haaaa amek. Nasi sorang semangkuk besar baq ang.

Uniknya makanan diorang ni, takde tumis atau berempah. Contoh macam nasi goreng kitorang ni. Dia masak simple je. Aku rasa takde pun guna bawang bagai. Tapi sedap. Cemana tah diorang masak. Mujur masuk dengan selera.



Macam biasa, makan tak habis dan mintak tapau. Boleh jadi makan malam kitorang dalam tren nanti. Apapun, restoran ni recommended. Makanan sedap dan murah. Dalam kedai pun banyak terhias dengan lambang Islam, ada gambar Kaabah, ada tulisan jawi dan surah.



Lepas makan, kitorang pun bayar dan gerak keluar semula nak ke Old Town. Dalam jangkaan kitorang, sempat laa nak cari Masjid Lijiang ni sebab banyak masa lagi.

Kitorang ikut arah yang ditunjukkan lelaki tadi. Jalan punya jalan sambil nak melilau cari jalan tapi tak jumpa. Agaknya sebab kitorang langsung tak tau jalan.

Tiba-tiba, terserempak dengan satu couple mat saleh yang bawak backpack besar. Kitorang pun terus approach dan tanya kalau dia tahu jalan nak ke Old Town. Lucky us, diorang pun nak ke Old Town, jadi kitorang follow je diorang. Sambil tu borak-borak. Echa cakap, couple tu couple yang sama yang naik bas dengan kitorang ke Tiger Leaping Gorge haritu. Aku tak perasan pulak.

Sampai satu junction, kitorang separate sebab arah berlainan. Diorang nak ke Old Town Shuhe. Kitorang nak ke Old Town yang kitorang menginap haritu. Sebab ikutkan direction, Masjid Lijiang kat sekitar kawasan tu je.

Sekali lagi, blur. Jalan tanpa arah sampailah kitorang terjumpa dengan old couple mat saleh dari Australia. Kitorang tanya jalan, diorang pun willing nak tunjuk jalan. Lega.

Tapi lega tu tak lama, sebab stail diorang berjalan sangat santai. Yela, diorang dah berusia kan. Kitorang pulak jalan laju sebab rush. Haha.

So, demi tak mengecewakan diorang yang nak tunjukkan jalan, kitorang pun cakap kitorang dah jumpa jalan dan ucap terima kasih. Diorang pun okey je.

Kitorang lintas jalan lepas nampak signboard Old Town. Dengan harapan, kitorang jumpa tempat yang nak dituju.

Jalan punya jalan sampai lah jumpa kawasan ramai orang. Rupanya ada pasar kat kawasan tu. Ada ramai orang jual barangan macam buah-buah, makanan, souvenir, shawl. Macam-macam laa, sampai kitorang rambang mata dan tersinggah satu kedai ni.

Not really a kedai laa. Nama pun pasar kan. Open concept gituuu. Bentang canvas letak barang jualan. Kat sini banyak jugak kitorang beli, sebab semuanya murah daripada kedai-kedai cenderamata lain. Rasa menyesal jugaklaa beli banyak kat kedai-kedai tu, sebab kat pasar ni berkali ganda murah. Rugi duit. Huhuuuuu~



Dah belikan souvenir teristimewa untuk yang istimewa di Malaysia, kitorang pun teruskan pencarian masjid Lijiang. Puas berjalan, tunjuk gambar dan tanya jalan, malangnya semua tak tau kat mana.



Satu tahap, kitorang dah give up. Waktu dah makin suntuk. Nak kena naik bas pergi stesen keretapi pulak. Zohor Asar tak lagi.

Penghujungnya, kitorang decide untuk batalkan pencarian masjid Lijiang dan cari satu kawasan lapang yang kosong untuk kitorang solat. Jalan punya jalan, masuk lorong-lorong tersembunyi, kitorang jumpa satu square yang agak lapang dan takde orang langsung. Alhamdulillah, yang ni Allah permudahkan.


Solat kat sini.
Terus letak beg gedabak, keluarkan kain tudung untuk bentang jadi sejadah. Stokin ganti, guna stokin yang memang khas untuk solat. Telekung memang tak bawak, aku dengan Echa bergilir guna winter coat yang bersih untuk tutup badan. Air sebotol 0.5 liter tu, kitorang guna sikit-sikit buat wuduk. Jamak Zohor dengan Asar sekali. 

Masa ni laa praktik wuduk dan solat cara musafir yang darurat. Alhamdulillah merasa.

Kitorang solat bergilir. Aku solat dulu dan Echa berjaga. Lepastu Echa solat, aku pulak berjaga.

Berjaga sebab takut jugak ada anjing datang ke, atau ada orang yang datang dan tak bagi solat kat situ. As precaution sebab tak semua orang tau pasal Islam. Lagi pulak ada Islamphobia, kang ada yang ingat kitorang buat ritual berbahaya pulak.

Tapi masa tu, ada laa sorang uncle ni yang asyik perhatikan kitorang dari awal sampai habis solat. Mungkin dia curious atau dia berjaga-jaga. Beberapa kali ada orang lalu lalang pun, diorang perhatikan kitorang. Pelik agaknya.

Siap solat, kitorang pun bersiap terus nak pergi cari bas nak ke stesen keretapi. Kali ni kitorang jalan sampai jumpa orang dan tunjuk gambar stesen tu. Orang yang kitorang jumpa bagitau, kena naik bas No. 4 untuk ke sana.


Batu tanda arah. Tapi sesat jugak. Hewhew.
Tempat pemeriksaan kertas kuning Protection Fee. So, sentiasa bersedia bila masuk kawasan Old Town sebab diorang ni randomnly check. Kat sini jugak boleh dapat peta dan air free. Staf peramah and willing to help.
So, kitorang cari pulak jalan besar yang ada pondok menunggu bas. Merambu je jalan sebab tak tau kitorang sebenarnya kat mana. Ikut gerak hati kununnya.

Haa lagi satu, pondok bas kat sini ada banyak. So, nak menunggu tu kena ikut nombor bas. Setiap pondok bas ada bagitau bas nombor berapa yang akan berhenti kat situ dan pick up penumpang. Jugak, jangan silap pondok bas mana nak tunggu, tanya dengan local dulu, takut ternaik bas yang berlawanan arah. Rugi masa je nanti. 

Kitorang jalan sampai jumpa pondok bas yang ada tulis bas nombor 4. Lepastu tanya dengan local situ, tunjuk gambar stesen keretapi. Bila dia angguk, haaa betul laa tu. Lega tapi tak berapa lega sebab ramai gila orang menunggu. Tengok jam, dah pukul 6. Patutlah, waktu orang balik kerja dan balik sekolah. Merata budak pakai baju sekolah.



Lama jugak tunggu bas kat sini. Banyak kali bas nombor lain sampai dan gerak, tapi bas nombor 4 masih tak ada. Cuak, takut lambat sampai stesen.


Dalam setengah jam menunggu, barulah bas nombor 4 muncul. Berebut orang naik, termasuk kitorang. *hilang manner hihi*. Penuh bas tu dengan umat manusia. Dan terpaksa kitorang berdiri sebab penuh dan takde tempat duduk.

Dalam 10 minit berdiri, bas berhenti kat satu pit stop yang ramai turun. Apa lagi, terus laa kitorang cari port dan duduk. Ada dalam setengah jam perjalanan lagi. Lenguh kaki pinggang bahu ceq oi galas beg gedabak ni lepastu kena berdiri. Dapat duduk, terus lelap mata. Penat sungguh katanya.

Dalam pukul 6.50 pm, bas berhenti kat last pit stop. Pit stop ni kat depan stesen keretapi Lijiang tu je. Ingat tak yang aku cerita masa kitorang mula-mula sampai kat stesen keretapi Lijiang, lepastu ambil bas kat depan stesen? Haaa, pit stop yang sama. So, tak yah risau silap tempat nak turun. 

Turun bas, kat luar dah mula gelap. Cuma ada rembang maghrib je. Pemandangan Jade Dragon Snow Mountain pun dah tak nampak.


Ada ramai orang berjual kat sini. Aku pun tergoda beli keledek rebus sebab nampak sedap je panas-panas tu. Seketul 5 yuan.

Masih awal lagi, nak masuk dalam takut nanti tak dapat nak cari tempat solat. Aku dengan Echa decide nak tunggu luar dulu dan solat sebelum masuk dalam stesen. Risau gak kalau solat sembarang tempat kat dalam tu, kang kena cop terrorist pulak. Phewww.

Luar stesen ni sangat luas. Kitorang cari port tertutup kat kawasan paling tepi, dekat dengan pagar berhadapan tempat beli tiket.

Siap-siap nak jamak Maghrib dan Isyak. Kali ni bagi Echa solat dulu, lepastu baru aku. Mencabar sikit solat kali ni, sebab cuaca semakin sejuk dan kitorang masih kat luar. Menggigil badan tahan sejuk. Ambil wuduk pun rasa beku je badan.

Disebabkan dah gelap, tak de laa orang perati kitorang sangat. Cuma ada beberapa orang lalu lalang yang tertoleh jugak, tapi buat biasa je laa. Bukan kita buat salah pun kan.

Siap solat, kitorang pun terus gerak ke stesen. Singgah kejap kedai kat luar tu beli air mineral. Tiket dah beli awal haritu, so takde masalah.

Macam kat Kunming, nak masuk stesen ni pun kena scan jugak. Stand by tiket dan passport, lepastu nanti pass kat staf kat situ untuk diorang check. Beg, letak kat mesin scan.

Kali ni ada masalah sikit. Staf tu mintak aku ke tepi dan bukak beg aku. Aik, cuak ni. Apa pulak barang terlarang yang aku dah bawak. Echa takde pulak kena tahan. Lepas elok je.

Aku pun ikut jela cakap staf tu. Aku bukak satu per satu beg aku. Bila aku bukak bagpack aku dan keluarkan botol oksigen, staf tu terus ambil botol tu dan cakap apadiatah lepastu tunjuk gambar kat kertas yang dilaminate kat meja tu.

Baru aku tau, botol oksigen tu antara barang yang dilarang daripada dibawa masuk ke dalam stesen. Mungkin faktor flammable kot, mana laa tau kitorang ni terrorist ke dah isi cecair letupan dalam tu. Hewhewhew. Rigid pemeriksaan diorang. Macam naik flight pulak.

Mujur takde nak kena tindakan lain. Dah lepas safety scan tu, masuk dalam stesen boleh nampak ada board besar yang tunjuk jadual perjalanan tren. Stesen ni dua tingkat, jadi, tengok board tu untuk tengok nombor tren yang akan kita naik, dan platform mana kena tunggu.

Aku tengok nombor tren kitorang K9614, ETD 8.55pm, platform kat tingkat 2. Kitorang pun terus cari eskalator naik ke tingkat atas.

Kat tingkat atas, ada dua tempat menunggu. Platform 1 & 2. Luas jugak hall atas ni, banyak kerusi, ada jugak toilet kat kedua-dua penghujung bangunan, ada cafe.



Kitorang duduk kat kerusi menunggu, tapi lepastu kitorang pergi cafe sebab nak cari hot drink. Malangnya, hot drink diorang cuma ada 3 in 1. Kitorang tak berani nak minum. Tujuan asalnya nak lepak situ tunggu tren datang sambil guna wifi cafe tu. Tapi dah takde benda yang boleh masuk perut, kitorang pun dengan hampa jalan semula kat kerusi ruang menunggu. Duduk laa situ tunggu tren sampai. Nak guna internet, takde wifi. Mereput.

Sebelum masuk tren, pergi toilet dulu sebab kalau boleh taknak guna toilet dalam tren. Echa pergi toilet dulu. Aku jaga barang. Tak lama lepastu dia balik dengan muka berkerut dan bagi amaran kat aku supaya get ready tutup hidung sebab toilet tu bau teruk.

Aku pun ikut jelaa. Siap lilit pashmina kat hidung taknak bagi bau busuk atau hancing. Risau jugak kalau keadaan toilet kat situ seteruk kat bus station Shangri-la.

Mujur, aku rasa toilet ni lagi okey berkali ganda dari kat Shangri-la. Hehe.

Kebanyakan penumpang yang menunggu ni, boleh kata 98% adalah Chinese mainland. Diorang siap dengan beg besar gedabak. Aku rasa, kitorang je Melayu kat situ. Mat saleh 3 4 ada dalam orang kot.

20 minit sebelum tren gerak, semua mula beratur nak naik tren. Beratur elok-elok ye jangan potong Q dan tunjukkan contoh yang baik walaupun rakyat mereka tak berkelakuan sedemikian. Hehe.

Macam biasa jugak, bagi tiket dan passport kat staf yang jaga untuk diorang check. Dah check, terus laa berlari ke gerabak seperti yang tertulis pada tiket.


Masuk gerabak, satu satu kabin kitorang perhatikan, nak tau kat mana sleeper bed kitorang. Semakin ke hujung, tak jumpa pulak.

Kitorang check semula tiket, betul laa gerabak ni. Tapi sleeper bed yang ada 4 bed tu je takde nombor kitorang. Pelik.


Jalan lagi ke hujung, jumpa satu kabin yang ada nombor macam dalam tiket. Tapi kabin ni ada 6 sleeper bed.

Kebetulan ada local kat dalam kabin tu, kitorang tanya dia betul ke tak tu sleeper bed kitorang. Diorang check tiket kitorang dan bagitau, itu laa tempatnya.

Kali ni dapat kabin yang 6 sleeper bed. 6 sleeper bed maksudnya, satu row ada 3 katil, dalam satu kabin ada 2 row. Agak kurang selesa berbanding yang ada 4 sleeper bed je. Jarak antara katil tu rendah. Aku pulak dapat yang paling atas. Kena memanjat dan ruang antara katil dan bahagian bumbung tren tu sangat rendah. Nak duduk pun kena menunduk, tak boleh tegak sebab terlalu rendah.

Dan, kali ni jugak berkongsi dengan lelaki. Aigooooo. Ada rasa tak selesa jugaklaa bila kena share kabin dengan lelaki, lebih lagi kita tak kenal diorang tu. Ibarat tidur sebilik dengan bukan muhrim gitu. Tapi, tu risiko sendiri, sebab masa beli tiket memang tak boleh pilih pun nak sekabin dengan sama jantina je. Redha jela. InshaAllah selamat tanpa sebarang insiden yang tak sepatutnya.

Awkward jugak laa dalam kabin tu sebab ada 2 lelaki dan 3 perempuan. Sorang lagi perempuan China. Yang 2 orang lelaki tu dari Taiwan, datang bercuti. Dedua lelaki tu dapat katil paling bawah. Mujur diorang jenis mudah consider, siap tolong masukkan beg kat bawah katil diorang dan bagi kitorang duduk dulu kat katil diorang.

Sorang tu boleh speaking English sikit, so berborak laa jugak sementara kitorang nak menunggu turn nak cuci muka. Yela, leceh pulak asyik nak naik turun katil kan. Dah laa kitorang ni perempuan, hilang terus kesopanan dan keayuan tu dok panjat katil. So, duduk je bawah sebelum naik ke atas selamanya. Hehe.

Sebab naik tren ni waktu malam, memang semua berpusu-pusu nak guna sinki dan toilet sebelum masing-masing tidur. Termasuk kitorang. Lepas je cuci muka gosok gigi, terus naik katil bersiap nak beradu. Entah berapa kali aku terhantuk kepala sebab terlupa yang bumbung tren tu rendah. Mujur kat tepi katil tu ada besi penghadang, kalau tak, entah berapa kali agaknya aku bergolek ke bawah.

Bukak fon, tengok ada free wifi. Try connect, tapi tak faham caranya. Kecewa. Seharian tak guna internet, mula laa tak keruan nak tengok media sosial, paling utama whatsapp laa kan. Nak buek cemano, tenet takdo, kito tido jolaaa.

Goodnight Lijiang! Waiting for Kunming tomorrow!






Kos Day 7 :
1. Van service from hostel to Shangrila Bus Station - RMB4
2. Bus from Shangrila to Lijiang - RMB55
3. Meal - RMB15
4. Bus No. 4 - RMB1
*souvenirs and fruits (+- RMB40)

Total : RMB75 (not included souvenirs)

“When you take the right stairs you will arrive at the precise destination.” 

1 comment: