Thursday 1 December 2016

Day 3 (part 2) : Konnichiwa! #mengejarsalju - Shiroi Koibito Park


... continue from Day 3 (part 1)

Jadi, disebabkan dah nak gelap, kita ubah plan. Takkan nak berjalan kat Maruyama Park di waktu malam kan. Not cool. Kalau datang dengan pasangan halal takpe jugak, boleh laa bercinta ala-ala Winter Sonata.

Okey, sekarang, ubah haluan dari Maruyama Park ke Shiroi Koibito Park.

From Makomanai Station take subway Namboku Line (to Asabu) towards Odori Station. Then, take subway (Tozai Line towards Miyanosawa) to Miyanosawa Station. Go to Exit 5 and then walk for 10 minutes to Shiroi Koibito Park (red brick building).

Untuk ke Shiroi Koibito Park, kitorang kena naik subway Namboku line dari Makomanai Station (ke Asabu) dan turun kat Odori Station. Dari Odori Station, kitorang tukar subway kepada Tozai Line sebab untuk ke Shiroi Koibito Park, kena turun di Miyanosawa Station yang berada dalam range Tozai line (Miyanosawa juga merupakan stesen akhir bagi Tozai line arah Miyanosawa).

Seee, dah 2 hari kat sini, terus expert pasal subway *sambil bersiul*

Disebabkan kitorang menggunakan daily pass subway, tak payah beli tiket dah. Boleh terus naik dan turun je mana-mana stesen. 

Like a king



Perjalanan dari Takino Suzuran - Makomanai Station - Miyanosawa Station ambil masa dalam 1.5 jam keseluruhannya termasuk masa menunggu dan pertukaran line. Jam 5 petang, kitorang tiba kat Miyanosawa Station.

Sampai kat Miyanosawa, keluar kat Exit 5 untuk ke Shiroi Koibito Park. Dalam perjalanan ke Exit tu, sempat kitorang menyinggah kedai-kedai yang ada. Ada kedai jual but winter 1,000 yen, dan Nurul terus beli sebab but tu agak cantik dan murah berbanding kedai yang kitorang pergi sebelum ni. Ojisan yang jual tu pun baik je melayan.

Lepas beli kasut, kitorang naik ke tingkat atas dan automatik memasuki supermarket/mall. Apa lagi, menyinggah lagi laa jawabnya. Kali ni, singgah kat kedai sushi, dan kitorang beli sushi pulak untuk dinner malam ni. Macam-macam jenis ada. Bagi penggemar sushi seperti kitorang, mesti rasa nak je beli semua! Tapi, mahal. Beli sikit je laaa untuk isi perut. Huhuu.


Check dulu sebelum beli.

Lepas beli sushi, kitorang pun gerak nak ke Shiroi Koibito Park. Tanya jalan dengan staf kedai sushi, dia bagitau kitorang kena keluar kat pintu utama mall.

Masa ni Azu baru sedar sebelah glove dia tak ada. Tadi hilang sebelah jugak kat Takino Suzuran, mujur jumpa balik sebab ada orang sangkut kat ranting pokok. Gigih memusing semula tempat yang kitorang dah lalu tadi untuk cari, kot-kot tercicir. Siap turun semula kat kedai kasut tadi, mana tau Azu tertinggal masa try kasut. Tapi, tak ada jugak. 

Patah balik ke kedai sushi tadi, dan Azu try tanya dengan staf kat situ.

Automatik staf tu tahu Azu cari glove dia bila Azu sebut glove dan tunjuk glove sebelah. Fuhhh lega, rupanya tercicir tadi dan ada yang jumpa, so diorang letak kat Lost & Found, just in case owner mencari. Bagusnyaaaaaa, kalau kat Malaysia, belum tentu lagi jumpa semula, walaupun cuma sehelai glove (errr bukan nak condemn tapi tak ramai Malaysian yang ada sifat integriti. tahniah kepada yang masih menjaga integiriti dan kejujuran).

Sambung berjalan semula ke Shiroi Koibito Park. Keluar dari mall, kena belok ke kanan. Kitorang memang taktau jalan, so, kitorang bukak Waze dan guna Waze je sebagai petunjuk jalan. Sambil tu bertanya juga kepada sesapa yang kitorang jumpa, untuk pastikan laluan tu betul. Walaupun kitorang ada landmark, tapi bila dah gelap macam ni, tak perasan pun landmark tu.

Waktu ni juga salji semakin lebat. Semakin jelas berketul-ketul turun, ditambah malam semakin gelap. Tapi, tak ada pun bentuk snowflakes macam selalu kat pokok krismas tu. Tipu laaaaa.
See bintik-bintik salji!
Nurul dan kasut baru.
Kasut paling berkuasa dan punya daya ketahanan paling tinggi. Be like Azu.

Jauh juga laa kena berjalan ni, lagi-lagi tengah sejuk. Dalam 10 minit berjalan dari pintu keluar mall tadi. 
Mesti pokok ni sejuk. Tapi, comel jeee salji tu bertompok atas pokok.
Snow Angel
Salji yang baru turun menyalut kereta.
Rumah Jepun!

Akhirnya, selepas berjalan agak lama dan jauh sambil ditemani hujanan salju, semakin jelas kelihatan bangunan Shiroi Koibito Park. Landmark yang paling jelas adalah menara jam, dari jarak 200 meter dah nampak.

Meriah! Banyak patung-patung snowman pada bangunan Shiroi Koibito Park ni. So comel! 
Banyak gila snowman!
Semakin dekat!
Perfect and beautiful shot. Credit to Azu the photographer :D

Kitorang masuk menerusi pintu West. Masuk je kat dalam ni, disambut dengan pagar dan bangunan yang cantik dan klasik. Dan semakin masuk ke dalam, semakin meriah. Berlampu warna-warni, banyak tempat yang cantik dan unik. Senang kata, masuk dalam ni, macam masuk taman tema kanak-kanak! It feels good and great!



Apa yang ada di Shiroi Koibito Park?

Shiroi Koibito Park ni sebenarnya kilang coklat. Kalau pernah dengar coklat Ishiya yang famous tu (selain Royce), coklat ni diprodukkan di Shiroi Koibito Park, Sapporo ni laa. Kat sini juga, kita boleh masuk ke kawasan kilang dan tengok serta rasa sendiri pengalaman membuat coklat. Tapi, kalau nak masuk ke dalam kilang kena bayar 600 yen dan cuma pada jam 9.00 am - 6.00 pm (waktu akhir masuk 5.00 pm).

Sah-sah laa kitorang tak dapat pergi kan dah tutup. Jam 5.45 pm baru kitorang sampai sini. So, memang tak ada peluang nak masuk. Tapi, tak pe. Sebab rasanya tak rugi pun tak masuk situ. Jimat jugak 600 yen boleh beli sushi banyak-banyak. Hehe. 

Boleh klik link ni untuk dapatkan detail tentang Shitoi Koibito Park

Masuk dalam ni ibarat masuk dalam filem Charlie & The Chocolate Factory. Semua tempat pun cantik sampai rasa nak pergi semua sekali! Nak pergi sana sini situ sinun! Dah laa colourful, dipenuhi salji tebal, ditambah dengan snowfall lebat, semakin cantik jadinya.
Cantik kan! Colourful!

Kitorang berjalan-jalan sekitar situ. Tengok-tengok kawasan kat sini dan bergambar. Ya Allah, cantiknyaaaaaa tak tergambar. Pada aku laa. Hehe.
Snow semakin lebat.
Tak sanggup nak pijak salji tebal tu lagi.
Happy faces!
Okey kasi can kat I nak selfie okeyy.
Selfie lagi sebab nak tampal muka dengan background bangunan cantik kat belakang tu. Heee.

Beautiful place!

Tiba-tiba, kitorang di-approach oleh seorang ojisan ni. Dia tegur kitorang sambil cakap Jepun, kitorang pun angguk je tak faham, lepastu balas dalam Bahasa Inggeris. Dia pun tak faham, kitorang cakap Melayu pulak. Lagi laa dia tak faham.

Dia pun dengan ramahnya bercakap itu ini walaupun kitorang tak faham. Lepastu dia tunjuk pula kat kitorang mana tempat yang cantik, siap ditunjukkan kawasan kat bawah yang ada lubang yang kita boleh masuk dan jengulkan kepala. Lepastu kepala kita keluar kat lubang love bahagian atas. Err camne ek nak explain. Tapi, macam tu laa ceritanya.

Kitorang cakap arigato kat ojisan tu sebab kesungguhan dia bagitau kitorang semua tu. Dia pun senyum, angguk dan jalan.
Haa lubang ni laaa. Ada lubang kat bawah tu yang kita boleh masuk tapi kecik je. Pokok tu semua real, dan dihias dengan lampu liplap.
Cantiknyaaaa tempat ni! So fairytale.

Kitorang pusing kawasan yang dia tunjuk, dan lepastu ambil gambar kat satu patung rusa besi berlampu oren. Ala-ala rusa yang Santa Claus naik nak hantar hadiah masa Krismas tu.

Tak lama lepas tu ojisan tadi muncul semula kat kitorang. Dia tolong ambilkan gambar kat rusa besi tadi.
Azu took this photo.
Ojisan took this photo.

Lepas bergambar kat situ, ojisan ajak kitorang masuk kat satu tempat.

Alamak. Mana aja laa ojisan ni bawak. Nak suruh kitorang tangkap gambar lepastu beli ke. Kami risau ni, takut ojisan ni nak scam kitorang. Huhuuuu. 

Dia bawak masuk dalam satu rumah kecik dekat je dengan rusa tadi tu. Ohhh, dia bawak kitorang masuk tempat bergambar rupanya. Ada seorang cameraman dalam tu. Ojisan tu tegur dan kenalkan kitorang. cameraman tu angguk dan senyum je.

Ada tempat duduk dengan prop bentuk love bertulis Shiroi Koibito Park kat dalam tu. Dia suruh kitorang duduk, lepastu dia ambilkan gambar kitorang bertiga kat situ. Lepastu dia suruh sorang-sorang ambil gambar dengan dia. Siap dia paut lengan dia kat lengan kitorang setiap kali bergambar. Nak tegur dan tak bagi, tapi dia tak faham pulak. So layankan jelaa. At least berlapis wintercoat tebal, nak sedapkan hati. Huuuuu.
Ojisan paut lengan Nurul. tengok muka rela tak rela Nurul. Heee.
Ojisan paut lengan Azu & buat Love. Hamboiiii Azu happy yeeeeee.
Ojisan paut lengan Syita. Muka Syita separuh rela separuh redha.
Haa yang ni legal!

Cute je perangai ojisan ni. Agaknya dia staf kat situ, so bila nampak orang asing, dia pun seronok nak tunjukkan tempat menarik kat dalam ni yang orang lain mungkin terlepas pandang, dan ajak bergambar.

Lepas bergambar tu, tak ada pun dia suruh kitorang beli gambar ke apa. Memang dia ikhlas nak tolong kitorang.  Terus hilang semua persepsi negatif tadi. Terharu laa jugak masa ni, rasanya macam dialu-alukan je. Rasa macam VIP sekejap, sebab dia entertain kitorang dengan sangat baik, walaupun kitorang tak boleh nak berborak sebab masalah bahasa. Setakat berkomunikasi dengan bahasa masing-masing dan andaikan sama-sama faham.

Arigato Gozaimas, Ojisan!

Keluar dari bangunan tu dan farewell dengan ojisan, kitorang pun sambung berjalan. 
Illumination
Kekonon candid kekekkee

Kali ni, ada pertunjukan sebab kilang dah tutup. Patung-patung yang ada kat bangunan kilang tu bergerak dan berbunyi, siap ada lagu dan nyanyian lagi. Comel gilaa! Pulak tu snow lebat, nampak lagi menarik.
Patung chef tu bergerak2 masa ni
Snowfall lebat! Yang ada lagu tu, masa ni tengah ada show tutup kilang. Patung-patung kat bangunan semua bergerak dan menari, termasuk patung binatang & chef.
Orang pun semakin ramai, kitorang dah malas nak pusing walaupun tempat ni tak besar sangat. Sebab semuanya nampak sama bila dah ditutup dengan salji ni. 

Dah puas berjalan, kitorang decide nak balik bilik. Seharian berjalan, penat dan lapar sebab langsung tak makan lagi. Badan pun dah sejuk dan kaki tangan mula kebas. Bibir lidah pun dah nak beku, sampaikan bila bercakap pun macam tak clear sangat. 
But first...
Snow lebat
Snow lebat lagi
Snow lebat lagi dan lagi
Salji yang turun tu dan berpijak kat tudung dan winter coat
Dalam jam 6.45 pm, kitorang berjalan balik ke Miyanosawa Station. Ikut laluan yang sama macam masa pergi tadi. Salji semakin lebat, sampaikan bila kitorang berselisih dengan orang, kebanyakannya guna payung sebab taknak baju dan badan basah kena salji. Kitorang yang tak berpayung ni, selamba je redah jalan. Salji pun mula bertapak kat atas tudung dan baju kitorang. Eksaited!

Dari Miyanosawa Station (towards ShinSapporo), kitorang naik subway Tozai line menuju ke Odori Station, dan selepas tu ambil subway Toho Line (towards Fukuzumi) dan turun kat Hosuisusukino Station. Lepastu berjalan balik ke hotel.

Snowfall semakin lebat. Kitorang pun dah menggigil kesejukan. Masa ni suhu aku rasa -5 kot. Salji yang turun pun dah menutup jalan yang ada. Jalan yang dah dibersihkan salji untuk memudahkan orang berjalan, macam dah tak nampak jalan dah. Badan kitorang apatah lagi, dah penuh dengan salji sebab tak berpayung. Kat bulu mata pun salji sangkut jugak. Ear muff dengan pashmina yang aku buat lilit leher tu pun dah basah sebab salji melekat.
Muka merah sebab terlampau sejuk.
Snow lebat gilaaaaa! Salji pun dah tebal semula kat laluan pejalan kaki.
Jalan raya pun dah tebal semula dengan salji. See tapak kasut baru kat salji yang baru turun tu.
Macam hujan
Gigih jugak nak bergambar dalam salji lebat camni. Tak pakai glove lepastu tangan rasa bisa sebab sejuk. 


Sampai bilik, macam semalam semua terus menuju kat katil. Dah lega sikit dah mula selesa, kitorang pun makan malam. Syahdunya bila memikirkan ni makanan kedua kitorang hari ni selepas sarapan roti dan sambal bilis Azu pagi tadi. Malam ni aku makan sushi, Nurul dengan Azu makan sushi & megi. Waktu macam ni, mi sedap yang Azu makan tu terasa macam beef steak. Lepastu kitorang bantai lagi roti dengan sambal bilis. Fuhh, nikmatnya.
Sushi asli dari bumi Jepun.

Lepas makan, mandi, solat, dan terus berselubung bawah selimut. So tired!
Berendam dulu dalam bath tub. Legaaaaaa.
Dari bilik kitorang. Jalan raya dah tak nampak.

Esok kitorang dah nak tinggalkan Sapporo dan move ke tempat lain pulak! 

Dan esok, peperiksaan PTD. Ada ujian di sebalik perjalanan sekaligus menduga aku yang nak ambil peperiksaan ni.

Goodnight everyone!

**************************************************************************************************************************

KOS DAY 3 (¥) (seorang)

1. Subway Daily Pass (weekday) - ¥830 
2. Bus from Makomanai to Takino Suzuran - ¥440
3. Bus from Takino Suzuran to Makomanai - ¥440 
4. Ice cream - ¥500 (><)
5. Sushi - ¥300

JUMLAH : ¥2,510

No comments:

Post a Comment