Monday 11 March 2019

SERVIS VISA CHINA - CHINA VISA SERVICE


1. Adakah rakyat Malaysia memerlukan Visa untuk masuk ke China?
 Ya, rakyat Malaysia yang ingin melawat China memerlukan Visa sama ada bagi tujuan lawatan diplomatik, melancong, berniaga, belajar, dan sebagainya. Permohonan Visa yang paling kerap diambil adalah bagi kategori melancong (Kod L).



2. Berapa kadar caj yang dikenakan bagi memohon Visa China?
 Caj adalah berbeza mengikut kategori (Normal, Express, Rush) dan telah ditetapkan oleh Chinese Visa Application Service Centre (CVASC). Jika menggunakan perkhidmatan runner servis visa seperti kami, tambahan caj dikenakan iaitu caj servis. Namun begitu, kami memberi jaminan bahawa caj kami adalah yang terendah berbanding runner Visa China yang lain. Untuk maklumat lanjut mengenai kadar servis kami, boleh rujuk post berikutnya.



3. Berapa kali kemasukan bagi Visa China? Adakah sama seperti Visa negara lain?
 Tidak, kemasukan bagi Visa China adalah berbeza dengan Visa negara lain. Bagi sesetengah negara, ada yang membenarkan anda masuk ke negara tersebut tanpa had selagi belum tamat tempoh sah visa. Sebagai contohnya Visa India yang membenarkan anda masuk secara tanpa had dalam tempoh 6 bulan daripada hari Visa issued. Namun bagi Visa China pula, ia mempunyai 4 jenis kemasukan iaitu :

🎈Single Entry : Sah untuk sekali kemasukan dalam tempoh 3 bulan selepas issued.
🎈Double Entries : Sah untuk dua kali kemasukan dalam tempoh 6 bulan selepas issued.
🎈Multiple Entries in 6 months : Sah untuk beberapa kali kemasukan dalam tempoh 6 bulan selepas issued. Biasanya melibatkan kategori perniagaan. Bagi setiap kemasukan, had untuk tinggal di China adalah 30 hari sahaja.
🎈Multiple Entries in 12 months : Sah untuk beberapa kali kemasukan dalam tempoh 12 bulan selepas issued. Biasanya melibatkan kategori perniagaan. Bagi setiap kemasukan, had untuk tinggal di China adalah 30 hari sahaja.



4. Jika saya ingin memasuki Taiwan, Hong Kong atau Macau, adakah saya memerlukan Visa China?
 Tidak. Namun, jika anda ke Hong Kong atau Macau dari China dan ingin memasuki China semula, sebaiknya anda memohon bagi kemasukan Double Entries. Ini kerana, semasa anda memasuki Hong Kong atau Macau dari China, anda dikira telah keluar dari China. Dan jika anda ingin memasuki China semula dari Hong Kong atau Macau, Visa adalah diperlukan.



5. Apakah yang menyebabkan permohonan Visa China saya tidak diluluskan?
 Antara faktor yang menyebabkan visa China anda berpotensi tidak diluluskan :

🎈Passport tidak cukup tempoh (kurang 6 bulan daripada tarikh tamat sah laku) dan kerosakan pada passport (seperti koyak atau mempunyai kesan kerosakan oleh air)
🎈Kesilapan dalam mengisi borang seperti kesilapan ejaan, kesilapan mengisi nombor kad pengenalan dan nombor passport (tidak tally antara borang dan passport). Namun anda tidak perlu risau mengenai risiko ini jika anda menggunakan perkhidmatan kami, kerana kami mahir dalam proses pengisian borang bagi permohonan Visa China dan jaminan 0% kesilapan.
🎈Kesilapan bagi gambar passport. Ya, gambar passport bagi permohonan visa juga memainkan peranan. CVASC hanya menerima gambar passport berlatar belakang warna putih sahaja dan mesti mengikuti ukuran yang ditetapkan. Semasa anda mengambil gambar bagi tujuan permohonan Visa China, maklumkan kepada jurugambar di kedai gambar bahawa anda ingin mengambil gambar bagi Visa China kerana mereka tahu ukuran yang sepatutnya. Dan perlu ingat, jangan ambil gambar yang menampakkan gigi. Ia mungkin kedengaran kelakar, tetapi ia boleh menyebabkan permohonan visa anda tidak diluluskan
🎈Dokumen tidak lengkap. Dokumen yang diperlukan adalah borang permohonan, gambar passport, itinerari tiket penerbangan, dan tempahan hotel. Namun anda tidak perlu risau mengenai isu ini, kerana kami selaku runner akan memastikan kesemua dokumen anda lengkap sebelum dihantar ke CVASC.
🎈 Mempunyai rekod jenayah.
🎈 Mempunyai rekod tinggal lebih masa di China atau mana-mana negara dan rekod disenarai hitam oleh negara lain.



6. Adakah saya perlu membayar kos visa walaupun Visa saya tidak diluluskan?
 Caj Visa tetap dikenakan jika permohonan Visa ditolak oleh CVASC. Oleh itu, kerjasama baik daripada pihak anda diperlukan jika kami memerlukan dokumen atau maklumat berkaitan bagi memudahkan urusan permohonan Visa anda.



7. Apa yang perlu saya lakukan jika saya tidak faham prosedur pengisian borang bagi memohon Visa China?
 Anda tidak perlu risau jika anda menggunakan khidmat kami sebagai runner Visa China anda, kerana kami akan menguruskannya dari A hingga Z, termasuk pengisian borang permohonan. Kami hanya memerlukan beberapa maklumat daripada anda dan selebihnya adalah tugas kami selaku runner.



8. Apakah dokumen yang diperlukan bagi memohon Visa China?
 Dokumen diperlukan :

🎈 Passport Malaysia
🎈 2 keping gambar passport berlatarbelakang warna putih, saiz ukuran Visa China.
🎈 Fotokopi booking hotel dan itinerari tiket penerbangan



9. Saya tinggal di sekitar Lembah Klang, bagaimana saya boleh berurusan dengan pihak The Passport Project bagi memohon Visa China?
 Jika anda tinggal di sekitar Lembah Klang, kami akan datang sendiri kepada anda bagi urusan pengambilan dokumen yang diperlukan dan proses penyerahan semula passport dan visa dengan kos yang minima (maksima RM15).



10. Saya tinggal di luar Lembah Klang namun saya ingin menggunakan servis The Passport Project. Apa yang perlu saya lakukan?
 Jika anda tinggal di luar Lembah Klang, anda boleh mengepos passport dan dokumen anda kepada kami menggunakan kurier atau Poslaju (kos ditanggung pihak anda). Kami sudah banyak kali berurusan menggunakan Poslaju, InshaAllah, jaminan dokumen anda adalah selamat jika menggunakan perkhidmatan ini.



11. Bilakah pembayaran perlu dilakukan jika menggunakan perkhidmatan The Passport Project?

 Pembayaran boleh dibuat selepas kami menerima dokumen atau selewat-lewatnya sehari sebelum Visa anda diambil dari CVASC. Maklumat pembayaran akan diberikan menerusi Whatsapp.



12. Bilakah saya perlu menyerahkan dokumen bagi memohon Visa China?
🎈 Normal Application : Selewat-lewatnya 7 ke 10 hari sebelum tarikh anda terbang
🎈 Express Application : 4 hari sebelum tarikh anda terbang. Tidak digalakkan bagi urusan pos.
🎈 Rush Application : 3 hari sebelum tarikh anda terbang. Tidak digalakkan bagi urusan pos.



Anda boleh berhubung dengan pihak kami terlebih dahulu bagi mengetahui tempoh yang wajar bagi permohonan Visa China anda.

Kami juga berdaftar dengan SSM, jadi anda tidak perlu risau kerana kami beroperasi secara sah mengikut perundangan 😃

Pendaftaran SSM

Lokalif Enterprise
002943624-K

Facebook

The Passport Project
https://www.facebook.com/thepassportprojectmy/

Instagram
@thepassportproject.my
https://www.instagram.com/thepassportproject.my

Whatsapp





1 comment: