Thursday, 5 March 2015

Mai Cheq Mai! Part 5

Part 5 : Day 2

28 Februari 2015, Isnin

Awal pagi lagi dalam jam 5.30 pagi kitorang dah bangun, solat Subuh, dan bersiap sebab sekejap lagi nak pergi Jeti Kuala Perlis.

Today is the day!

Ikut plan, nak ambil feri paling awal dalam jam 8 pagi, jadi kitorang pun minta tolong kawan kitorang hantarkan ke Jeti Kuala Perlis tu dalam jam 7 pagi gerak dari UUM.  Sampai Jeti turunkan barang semua, aku dan Ju pergi kaunter tiket . Tapi tiket awal dah habis dan kitorang kena naik feri jam 9.30 pagi. Maka, angkut semula barang naik dalam kereta dan pergi sarapan dekat sekitar Jeti tu. Banyak tempat makan kat situ tapi biasalah, harga agak mahal daripada biasa (sebab biasanya harga makanan di utara adalah sangat murah).

Harga tiket feri dari Jeti Kuala Perlis ke Jeti Kuah, Langkawi berharga RM18/sehala/orang. Dan dalam tiket tu dah dinyatakan nombor tempat duduk korang, jadi tak payah berebut nak duduk mana dalam feri tu nanti. Aku tak pasti tiket feri boleh dibeli awal ataupun tidak.

Untuk makluman korang, kat Jeti Kuala Perlis ni cuma ada satu je kaunter tiket feri iaitu betul-betul sebelah tempat berlepas. Dan kat kawasan tu juga ada kaunter dan orang perseorangan yang akan offer untuk korang sewa kereta dan motel di Langkawi nanti.

Diorang pun tanya dengan aku dah tempah kereta apa, berapa aku bayar untuk kereta dan bilik. Kalau korang tak ada tempah apa-apa lagi, bolehlah berhubung dengan diorang ni. Cuma mungkin harga mahal sedikit lah, mungkin boleh cuba tawar menawar.

Lepas sarapan, kawan kitorang hantar semula kat jeti dan lepas hai hai bye bye, masuk dalam terminal, pegi lepas hajat (tandas kat sini masuk percuma je) dan tak lama lepas tu, dalam jam 9.15 diorang buat announcement untuk penumpang ke Langkawi jam 9.30 untuk mula menaiki feri.

Eksaited weh! Lama kot tak naik feri!

*padahal bulan 12 haritu baru naik feri Phuket & Krabi. hewhewhew*

Beratur kat pintu 1, panjang jugak lah Q dan ramai rupanya orang nak ke Langkawi walaupun bukan cuti sekolah. Kalau cuti sekolah, tak dapat aku bayangkan macam mana ramainya.

Sambil beratur, mata melilau mencari calon jodoh.

Masuk je feri, letak beg, dan cari seat. Seat kitorang kat tengah dan terpisah. Ju dengan aku kat tengah, Ila dengan Kelly kat sebelah kiri feri.

Aku pergi kat abang yang bertugas tu, tanya kalau boleh naik dek atas untuk free air. Tapi rupanya dah tak boleh dah. 4 tahun lepas masa pertama kali aku ke Langkawi, penumpang boleh naik dek atas dan fefeeling Titanic.

Dalam jam 9.45 pagi macam tu, feri mula bergerak. Kali ni aku tak fefeeling sangat naik feri. Tambah pula bising dan orang kat seat belakang dok berborak tak hingat dunia. TV pulak tayang cerita kartun, maka aku pun menidurkan diri sampailah feri tiba kat Langkawi kira-kira jam 10.45 pagi.

Oh ye, feri Langkawi ni besar. Memang tak mabuk laut pun. Cuma kalau korang ni jenis mudah mabuk laut, baik ambil pil mabuk atau sediakan asam. Untuk satu perjalanan lebih daripada 200 orang boleh muat dalm satu feri ni. Dan masa yang diambil dari Jeti Kuala Perlis ke Jeti Kuah dalam 1 jam 15 minit je.

Sampai Jeti Kuah, kitorang mula angkut beg dan Ju berlari entah ke mana. Kitorang ikut jelah kejar Ju. Rupanya dia pergi ambil map Langkawi. Map ni sangat berguna. Sila ambil kalau korang ke Langkawi sebab apps Maps dan Waze tak membantu kat sana. Serius.



Lepas tu kitorang terus keluar nak cari booth RST Holiday sebab dia bagi aku landmark 7Eleven depan pintu keluar jeti. Masa dalam feri aku dah contact semula Shamsibah tu bagitau aku mungkin sampai dalam jam 11 pagi.

Sampai depan booth dia, diorang greet aku dan aku pun bagitau yang aku dah tempah kereta Nissan Almera melalui Shamsibah.

Guess what?

Diorang dengan muka tak bersalah bagitau, Almera tak available.

Eh, kegilaan apa ini? Aku dah tempah kot. Bukannya aku walk in. Apa gunalah aku tempah kalau last minute dia kata tak available.  Masa aku tempah, deal semua aku siap tanya pasal deposit tapi dia tak respon. Walaupun aku ragu-ragu sebab dia tak minta deposit, tapi aku cool je laa sebab ramai kata servis dia bagus.

Staf offer kereta lain iaitu Latio dan Sentra tapi aku berkeras nak juga Almera menggunakan hak sebagai pengguna. Staf dia pun dah geram agaknya, suruh sorang staf yang agak muda ni pergi kaunter kereta sewa lain tanya mana yang ada Almera dengan harga deal aku iaitu RM150 untuk 2 hari.

Budak ni pun pergilah kaunter lain, dan ada satu kaunter yang masih ada Almera. Dia pun ajak aku ke sana, dan aku pun deal semula tentang airport transfer masa nak pulangkan kereta, tapi dia caj RM20.

Aku taknak. Sebab dengan RST Holiday tu aku deal airport transfer tu percuma.

Degil jugak aku rupanya ek bila bab macam ni. Keras kepala.

Lepas cakap terima kasih kat abang tu, aku pergi semula kat RST Holiday. Adik tu pun mula pujuk-pujuk aku offer kereta lain. Aku pun mula tunjuk muka garang dan tanya macam-macam. Mula-mula dia deny airport transfer free tu, tapi aku pun tunjukkan whatsapp aku dengan Shamsibah tu yang dah deal free. Dia pun tunjuk kat staf dalam kaunter, dan diorang setuju bagi percuma.

*agaknya sebab muka aku dah menyinga kot. kehkehkeh*

Lepas tanya banyak soalan dan rujuk kawan kitorang, kitorang setuju ambil Nissan Latio dengan harga RM150 untuk 48 jam sewaan. Budak tu cakap kereta tu kereta baru jugak dan lepas buat bayaran, dia minta kitorang tunggu dalam 10 minit sementara nak ambil kereta.

Oh ye, kereta sewa ni ada deposit RM50 yang dia akan pulangkan semula masa kita hantar kereta. Dan antara syarat dalam resit tu, jika disaman kita selaku penyewa yang kena bayar dan jika terlibat kemalangan, maksima dia akan caj kita RM3000.

10 minit sangat. Aku rasa dekat setengah jam kitorang menunggu nak ambil kereta. Dalam resit jam 11.15, tapi kereta sampai dalam jam 11.45. Tak adil ok. Rugi setengah jam sewaan kitorang, dah lah kena caj RM10 setiap sejam lewat. Aku pun bukan penyabar sangat, mau melenting lagi-lagi dah distracted pasal kereta tu sejak awal.

Sementara menunggu kereta, kitorang lepak tepi 7Eleven dan ada sorang budak perempuan yang kerja dengan kaunter lain datang kat kitorang. Dia tanya lah sewa kat mana, nak pergi mana lepas ni, dan sebagainya.

Aku suka cara budak ni approach orang. Sangat menyenangkan. Dia siap tolong kitorang rancang perjalanan, bagitau tempat menarik, arah mana nak pergi, kat mana ada pasar malam. Memang sangat membantu. Communication skill dia sangat bagus bila berkomunikasi dengan orang luar. Secara peribadi, aku tengok dia jauh lebih baik daripada aku. Haha! Kalau korang kat Kuah tu, nampak budak perempuan badan besar sikit dan kulit hitam manis bertudung approach, korang try deal dengan dia. InshaAllah tak menyesal.

Kitorang beli kupon parking kat dia bernilai RM4 sebab kat sekitar Kuah ni lebih baik parking dengan letakkan Kupon. Takut juga tetiba dapat surat cinta kan?

Lepas kereta sampai, kitorang pun angkut barang. Dan kitorang terkesima.

Ini ke keretanya?

Ini ke?

Kereta penuh dengan calar balar, dented, ada yang remuk, dalam kereta berbau hapak macam kereta yang dah lama tak digunakan, tingkap sebelah rosak, pintu sebelah kanan rosak, minyak takde. Kelly pun bertindak bijak dengan ambil gambar setiap kecederaan pada kereta sebagai bukti kalau dia nak caj apa-apa kat kitorang.

Ini komen jujur aku pasal kereta sewa ni.  Teruk. Jauh berbeza dengan kereta yang aku sewa masa kat Sabah.  Mujur saja kereta ni mampu bergerak.

Tapi memandangkan dah malas nak bertekak dan dah penat sebab dah banyak buang masa untuk sewa kereta je, kitorang redha jelah. Letak barang, dalam jam 12pm tu kitorang terus gerak keluar dari Kuah.

Masuk dalam kereta, plan asal nak ke Dataran Lang, Ayer Hangat, dan Taman Legenda. Tapi kitorang tukar plan tu sebab nak mengejar Island Hopping.

Maka, kitorang pun terus ke Pantai Cenang dan mencari AB Motel sebab nak beli pakej Island Hopping kat situ memandangkan ramai yang recommend sebab murah.

Jauh jugak rupanya dari Kuah nak ke Cenang ni. Dalam setengah jam juga.

Sampai Cenang dan nampak je AB Motel, Your Travel Station ni rupanya memang betul-betul tepi jalan dan sebelah je dengan AB Motel.

Korang boleh parking mana-mana je kat sini. Tak ada masalah.

Tanya sikit-sikit dan tanya pasal pakej Mangrove tour, tak lama pun, kitorang pun beli pakej Island Hopping sesi petang dengan harga RM25 seorang. Murah. Sebab ada tempat yang jual sampai RM35 untuk seorang. Mujur dah buat kajian dan ramai blogger bagitau pasal Your Travel Station ni.

Oh ye, Island Hopping ni ada dua sesi. Sesi pagi dan petang. Jadi korang bolehlah set ikut kesesuaian masa korang. Sesi pagi mula jam 8 pagi dan sesi petang pada jam 2 petang.

Memandangkan Island Hopping akan bermula jam 2 petang dan kitorang diminta berada kat depan YTS ni jam 1.45, kitorang pun decide nak check in bilik dulu. Awal lagi, baru jam 12.45pm.

Aku call kak Meiza yang aku dah deal pasal bilik, dan dia bagi direction nak ke Mentari Cenang Guesthouse ni.

Senang je sebenarnya direction dia. Dari Cenang tu terus je sampai nampak D'Meritus Pelangi, masuk simpang kanan, terus je sampai nampak Langkawi Chantique, depan sikit dah jumpa signboard Mentari Cenang.

Tapi kitorang salah jalan sebab masuk simpang kiri. Maka sampailah ke Senari yang cantik. Sempat cuci mata sekejap.

Call semula kak Meiza, baru perasan aku silap arah, dan patah balik baru jumpa.
Mula-mula musykil jugak. Yeke ini tempatnya? Sebab kat rumah orang dan kat kampung.

To be exact, Mentari Cenang Guesthouse ni kat Bohor Tempoyak / Kedawang. Dalam 5 minit memandu dari Cenang. Tak jauh pun.

Bila tengok kak Meiza dah keluar dan gambar bilik sama macam dalam internet tu, aku pun yakin. Rupanya dia sebelah rumah kak Meiza dan juga dia ada bilik lain kat tempat lain.

Kak Meiza sambut kitorang dengan sangat mesra dan peramah. Kebetulan pula pelanggan sebelum kitorang baru check out dan kak Meiza baru siap kemaskan bilik tu.

Masuk je bilik, bau wangi sangat. Kemas. Teratur. Selesa. Bersih.

Lepas kak Meiza terangkan pasal bilik dan bayar habis bilik tu, kitorang pun mula bermaharajalela.

Bilik sangat luas untuk 4 orang duduk. Malah boleh tidur 3 orang satu katil sebab katil double bed. Ruang antara katil dan TV pun luas dan boleh bentang tilam, toto, dan letak segala jenis beg. Hehe.

Kat bilik tu ada 2 double bed, aircond, kipas, TV, mini fridge, almari, bilik air dalam bilik, dan kitorang request iron dan sejadah daripada kak Meiza. Servis dia bagus. Sekejap je dah dapat. Puas hati dengan semuanya.


Maka, kitorang pun angkut barang masuk bilik. Baring-baring dalam aircond memang mengasyikkan sebab cuaca Langkawi ni panas, lagi pula kereta sewa tu aircond langsung tak bagi kesan.

Lepas tukar pakaian yang lebih sesuai, solat Zuhur jamak, dalam jam 1.50 kitorang gerak ke YTS tadi. Dah lewat sebenarnya tapi waktu sampai sana, mujur diorang tak gerak lagi. Kalau tak, menapak agaknya nak pergi jeti. Hihi.

Barang semua tinggal dalam kereta yang kitorang parking kat tepi jalan depan Amzar Motel. Cuma bawak duit RM10, handphone, dan waterproof case untuk simpan handphone. Tak payah la korang bawah barang banyak sangat. Kang kena rembat dengan monyet kat Tasik Dayang Bunting, sia-sia je.


Dalam jam 2 macam tu, kitorang naik van bersama-sama dengan beberapa pelancong asing lain. Aku duduk seat belakang sebelah sorang mamat Arab hensem yang datang dengan family dia.

Lepas sampai jeti, menunggu dalam 15 minit juga baru kitorang dipanggil untuk naik bot Island Hopping. Jangan lupa, masa korang beli pakej ni dia akan bagi kita satu resit dan stiker bertulis AB Motel.



Stiker tu lekat la kat mana-mana bahagian yang korang nak pada badan korang, dan resit tu nanti bagi kat orang yang incharge masa nak naik bot sebab dia akan set kan bot mana korang akan naik. Jangan hilangkan resit. Bawa sama resit tu.

Melepas nak naik bot dengan mamat Arab hensem tu sebab dia naik bot lain.Dahlah ala-ala caring gitu sebab dia dok jaga mak dia yang tak berapa sihat. I is teruja uolsss.

Lepas naik bot dengan pelancong lain, kitorang pun mula bergerak menuju checkpoint pertama.



Ada tiga checkpoint masa Island Hopping yang mengambil masa kira-kira 4 jam ni iaitu Tasik Dayang Bunting, Eagle Feeding, dan Pulau Beras Basah.

Masa diperuntukkan kat Tasik Dayang Bunting adalah satu jam. Tasik Dayang Bunting yang berkeluasan kira-kira 3 padang bola sepak ni dinamakan sebegitu sebab batu kapur yang terbentuk tu berbentuk seperti perempuan mengandung yang sedang berbaring. Ada sejarahnya tentang tasik ni. Dan dari legenda juga menceritakan kononnya kalau seorang perempuan minum atau berenang dalam tasik ni, dia akan dikurniakan zuriat.

Aku tak nak mengandung tanpa suami mahupun tanpa ikatan yang tak sah, maka aku tak mandi kat dalam tu. Kang tetiba mengandung, musykil aku nak memikio mana datang perut tu. Kihkihkih.

Nak pergi tasik ni kena mendaki tangga juga dalam 5 minit sebelum sampai ke tasik. Hati-hati dengan serangan monyet yang suka merampas barangan korang. Mujur masa kitorang, tak ada monyet serang.

Sampai tasik, ramai orang tengah beriadah. Ramai juga pelancong yang berenang-renang dalam tasik ni termasuk lelaki. Eh, lelaki tak mengandung ke nanti?

Dan kat tasik air tawar ni dah banyak catatkan kes kematian akibat lemas. Beberapa minggu sebelum aku pergi pun ada keluar berita pelancong asing lemas kat sini. Katanya, kat sini banyak kejadian lemas akibat ditarik air, wallahualam.

Maka, tak digalakkan berenang tanpa jaket keselamatan dan jangan melebihi kawasan dibenarkan. Jaket keselamatan boleh disewa kat sini. Jadi, sila berhati-hati kalau anda nak berenang kat sini. Ada je kawasan cetek sebenarnya, dan ada aktiviti lain yang anda boleh buat, antaranya paddle boat di sekitar tasik. Tapi aku kurang pasti bayarannya.

Kitorang rendam kaki je kat sini sambil perhati orang berenang. Eh, rendam kaki nanti mengandung jugak ke? LOL







Dalam setengah jam kat sini, kitorang turun balik pergi kat jeti tadi. Masa kitorang turun bot nak ke tasik tu, ternampak ada Izzue Islam dan Amar Baharin tengah rehat kat situ, baru lepas shooting agaknya. Tapi masa turun semula kat situ, dah tak ada dah. Baru je nak ajak Abang Zen selfie sama.

Kat sini korang bukanlah naik bot sesuka hati bila dah malas nak berlama. Ada Q. Ada staf yang jaga dan akan panggil korang ikut nombor bot korang. Bila dia panggil, korang Q la dan bila dah cukup, jalan ke bot. Terasa macam ikut rombongan sekolah pulak. Hihi.

Oh, masa tengah melepak tunggu dipanggil sambil minum air tin mahal RM2.50, kitorang cuci mata cari #mms. Eh, mamat Arab tadi ada. Sorang tengah temankan mak dia, lagi sorang baru turun dari tasik dengan ayah dia. Aisy, mithali betul diorang ni.

Checkpoint kedua, Eagle Feeding.

Teruja juga aku nak tunggu aktiviti ni. Waktu ni tak turun dari bot. Kita duduk je dalam bot sambil tengok burung helang makan makanan yang dicampakkan oleh pemandu bot kita. Diorang akan bagi helang ni makan kulit ayam. Maka, menderu-derulah berpuluh helang ni menyambar kulit ayam tu. Ada berbagai jenis helang dan agak besar juga.

So, dalam 15 minit macam tu, kita perhati jelah helang tu naik turun sambar kulit ayam. Bosan jugaklah bila dah lama walaupun awalnya teruja. Tapi korang boleh tengok, rupanya helang tu makan dengan cara mematuk kulit yang dicengkam menggunakan kakinya.




Checkpoint ketiga, Pulau Beras Basah.

Okeylah, secara jujurnya aku tak teruja sangat dengan air laut kat Langkawi ni. Warna hijau dan tak secantik di Phuket dan Krabi mahupun Perhentian. Tapi masih punya kecantikan sendiri.

Cumanya, bila aku tiba kat Beras Basah ni, aku jadi eksaited. Pasir pantai putih bersih dan halus, air berwarna biru, sekeliling pemandangan yang cantik. Aku rasa macam kat Maya Bay, PhiPhi Island. Aku teruja. Baru aku terasa cantiknya Langkawi!





Seronok kat sini sebab suasana nyaman dan pemandangan yang menarik. Peruntukan masa sejam, maka kitorang jalan-jalan sekitar tepi pantai dan duduk tepi pantai sambil baring atas pasir dan berborak dan mengumpat.




Oops. Mengumpat?

Oh ye. Sebenarnya masa kitorang sampai, ada shooting dan kitorang jumpa Zul Ariffin yang sado tu, Amar Baharin yang charming, Izara Aishah yang sweet dan seorang lagi pelakon yang aku tak ingat namanya.

Memula aku teruja nak bergambar dengan Zul dan Amar. Yela, aku kan peminat artis tambah pula diorang tengah meletup top top kan.

Tapi memandangkan diorang tengah shoot dan rehat, kitorang pun tak kacau. Bila Zul Ariffin dan Izara habis shoot, rasa nak ajak dia selfie je. tapi segan.

Lepas tu ada sorang budak perempuan ni minta izin nak bergambar dengan Zul sebab kawan dia peminat Zul dan nak bergambar. Tau tak reaksi Zul macam mana?

Muka dia sangat takde perasaan dan tak senyum langsung tak peramah langsung(tak tau laa kalau dia act cool ke) dan dia jawab, "Hmm, bolehlah".

Nada suara dia sangat tak berperasaan dan masa bergambar, muka dia plain gila.
Terus aku hilang teruja nak bergambar dengan dia.

Amar Baharin pulak lebih sporting. Makcik-makcik nampak dia dan jerit, "Encik Sotong! Encik Sotong! Abang Iz! Abang Iz!"

Aku tak tengok drama tu, jadi aku rasa watak dia lah kot Abang Iz tu.

Dia jalan nak ke tempat shooting dia, dia sempat singgah bergambar dengan makcik-makcik tu dan promot drama baru dia tu. Tak silap aku Mr London Ms Langkawi kot.

Aku mula-mula nak bergambar jugak dengan dia, tapi tengok dia macam rushing, tak jadi. Takpelah, dapat tengok dia in person pun jadilah. Manis wajah dia rasa macam gula-gula je. Auuwww.

Lepas tu Izara dan Zul dan krew lain berendam dalam laut. Zul bukak baju dan terserlah sadonya badan dia. Tapi aku dah tak teruja dah. Ada krew yang berkawal kat situ, mungkin takut orang ambil gambar curi, macam aku. Hihi.



Izara pulak aku kurang minat. Lepas dia berendam dan naik darat, ada orang nak bergambar, tapi dia bagitau elok yang dia tengah basah, mungkin kurang sopan sikit kan. Eleh, tau kurang sopan tapi kau berendam ramai-ramai dalam air tu camno pulak Haha! K jahatnya mulut aku. Lepas tu dia lepak tepi pantai sambil bergayut. Gayut dengan Adib Khalid letteww.


Maka, sepanjang kitorang bersantai kat Beras Basah, kitorang tak mandi pun sebab nak santai je kan. Malas nak basahkan badan.

Kitorang mengumpat pasal Zul Ariffin dan secara automatik, kitorang semua tak minat dengan Zul. Bila Zul menghadap arah kitorang, kitorang pun bercakap pasal dia, atas alasan, kitorang tak mengumpat sebab kitorang kan cakap depan. Hihihi.
Lepas sejam, kitorang pergi kat jeti seperti yang diarahkan pemandu bot. Masa turun tadi terjun dalam air, nak balik kena lalu jeti. Dan masa kat jeti tu kitorang nampak budak bot kipaskan air yang kuat ke arah Zul. Muahahahhaaaa!

Habis semua checkpoint, kitorang pun balik semula ke jeti.

Haa lupa nak bagitau, masa nak naik bot tadi akan ada orang ambil korang secara candid. Dan masa korang balik jeti, boleh tengok gambar korang atas piring putih yang dijual siap dengan stand dan bernilai RM10 sahaja. Bolehlah kan beli buat kenangan.

Kitorang naik semula van balik ke Cenang dan semua kelaparan. Jalan kat kereta kononnya nak pergi makan, tapi kitorang jumpa satu lori jual laksa dan burger dekat depan Amzar tu, maka  kitorang pun makan je kat situ. Kelaparan kan. Agak mahal tapi sedap. Aku makan laksa dan kopi o ais, RM6 jugaklah. Kalau kat UUM, baru RM4 rasanya.

Lepas makan, kitorang pergi kat pantai. Mula-mula aku nak cuba parasailing, tapi aku fikir, esok jelah cuba. Murah jugak. RM50 kalau naik sendiri dan RM60 kalau dengan instructor.

Petang agak ramai di sekitar Cenang. Banyak aktiviti air korang boleh buat. Banana Boat, Jet Ski, Parasailing, dan bersantai berenang-renang. Ada yang main bola, buat istana pasir.

Banana boat aku pernah cuba masa pertama kali aku ke Langkawi. Menarik juga. Banana boat akan ditarik ke tengah laut dan last sekali, diterbalikkan di tengah laut. Best! Banana Boat tak silap aku dalam RM 15/seorang.

Aku cuba praktikkan ilmu imbangan badan yang Azu ajar aku, tapi tak menjadi sebab ombak kuat dan aku kurang yakin. Jadi, aku berenang jelah umpama duyung.

Ila, Ju, Kelly kejap masuk air kejap pergi tepi. Dan kat sini ada sebuah kisah juga melibatkan Kelly.

Aku dah bosan berenang, aku dan Ju pun berdiri dalam air menghadap Ila dan Kelly sambil berbual. Kat sekeliling kitorang ramai yang tengah bersantai. Mat dan Minah Saleh yang pakai menjolok mata pun ramai. Ada juga 3 orang lelaki asing tengah main bola kat belakang Kelly dan Ila.

Entah macam mana, tengah seronok berborak, tiba aku dan Ju nampak bola tu melayang ke arah Kelly dan Ila. Tak sempat nak bagi amaran, bola tu terus menghentam betul-betul kat tengkuk Kelly. Terus terdorong ke depan. Aku, Ju, dan Ila terpaku. Budak-budak lelaki tu cepat-cepat datang kat Kelly dan minta maaf sambil ambil bola diorang.

Lepas terkesima sekejap, terus kitorang bantai gelak kat Kelly. Mau tak gelak, kelakar walaupun kesian dia sakit. Melantun kepala dia kena bola tu. Haha!

Terus kitorang duduk kat dia dan gelakkan sambil tanya dia okey ke tak. Dia pun mulalah buat drama dia, kononnya dia hilang ingatan dan dia lupa asal usul dia. Kononnya sebelum tu dia duyung dan tiba-tiba ada kaki lepas kena bola tu. Lagi laa kitorang bantai gelak, sempat melawak, aku pun cakaplah, "Duyung ke Dugung".

Dah puas gelak sambil imbas semula semalam dia pun kena masa traffic light merah, harini kena bola merah pulak.




Balik bilik, malam tu pergi airport sekejap kononnya nak check in tapi tak ada self check in kiosk MAS, terus pergi Balai Polis Padang Mat Sirat buat report polis tentang isu ID untuk buat laporan rasmi supaya tak ada masalah nak naik flight. Lepas tu kitorang pergi makan malam kat Akis, dan balik bilik.

Malam tu tepat jam 12 malam, ramai-ramai nyanyi lagu Happy Birthday kat Kelly dan peluk ramai-ramai. Lepas tu tidur. Penat sangat.

Day 2 :
Kereta Sewa Nissan Latio : RM150 + RM50 (Deposit)
Mentari Cenang Guesthouse : RM240/2 malam
Minyak kereta : RM40
Island Hopping : RM100/4 orang @ RM25/orang
Tiket Feri : RM72/4 orang @ RM18/orang
Minyak kereta ke Jeti Kuala Perlis : RM20

Total Cost : RM672/4orang

= RM168/orang (tak termasuk makan dan jajan)



bersambung...

SYITA


"No one realizes how beautiful it is to travel until he comes home and rests his head on his old, familiar pillow.”

Mai Cheq Mai! Part 4

Part 4 : Day 1

27 Februari 2015, Jumaat

Akhirnya, yang ditunggu-tunggu setelah 3 part hanya menceritakan tentang sebelum hari kejadian. Ni laa yang jadi bila dalam kepala banyak sangat nak ditulis. Kat FB tak boleh tulis banyak, orang komplen kata FB bukan tempat tulis esei. Eh. Haha!

Apapun, amaran. Entri panjang.

Buat pertama kalinya dalam bas aku dapat tidur dengan lena. Sebab penat kan siang tu kerja. Maka, wifi bas tu tak berapa nak dimanfaatkan pun. Dalam jam 5 pagi, dah sampai Alor Star. Mujur tersedar sebab penumpang yang nak ke Jitra dan Changlun kena tukar bas lain.

Dok kelam kabut nak tukar bas, aku baru perasan cardigan yang aku guna buat tutup badan masa tidur tu dah takde. Apalagi, berlari aku turun bas pergi kat bas yang sebelumnya dan nasib baik ada orang sangkutkan kat pemegang bas tu. Selamat. Kalau tak pakai maxi seksi la aku jawabnya.

Dalam jam 6.00 pagi, bas sampai kat Changlun. Orang pun takde lagi masa tu. Sementara tunggu kereta sewa kitorang tiba dan tunggu Kelly dari Johor, kitorang pergi melepak kat tempat duduk dulu. Lepas tu nampak abang askar naik atas kat surau, kitorang pun tinggalkan beg kitorang dan naik atas jugak nak Subuh dulu.

Lepas Subuh, turun bawah semula dan whatsapp Kelly tanya dia kat mana. 

Sungai Petani. Okey, jauh okey. 

Gila nak tunggu lama. Haha. Memang lah penantian satu penyeksaan. Sementara tu kitorang pun fefeeling hiba sebab jejak kaki kat Changlun semula. sobsobsob.



Dalam jam 7.45 am macam tu, kereta sewa kitorang pun sampai dan tak lama lepas tu Kelly sampai. Kitorang peluk cium dalam keadaan tak mandi lagi dan naik kereta, pergi sarapan kat Changlun. Huaaa. Rindu hokeyyy. Rindu segalanya tentang Changlun. Sepanjang perjalanan nak ke UUM tu, kitorang feeling habis. Dok cerita kisah-kisah lama waktu belajar.

Masuk je dalam kawasan kampus, histeria. Semua jerit-jerit sebab rindu sangat. Sampai orang tengok kat kereta kitorang. Hahaa. Gigih kauuuu pagi-pagi masuk kampus pusing satu kampus, pergi Dewan Muadzam Shah yang melakar kenangan konvo dulu.

Sebenarnya jelajah kampus tu dirancang lepas rehat dan bersiap dalam jam 11 macam tu, tapi masing-masing tak sabar nak nikmati indahnya UUM. Cantik sangat UUM! Sekarang tengah musim kering, pokok-pokok kering yang cantik. Waktu pagi suhu cecah 21 darjah celcius which is sejuk.







Lepas dah luah separuh rindu, kitorang gerak ke DPP Proton nak check in bilik. Mujur bilik tingkat bawah dan dekat dengan parking. Masuk je bilik, histeria lagi. Rindu bilik hostel. 





Lepas rehat, mandi, bersiap, dalam jam 11 kitorang pun keluar semula nak penuhi hari tu.

Secara konklusinya, kitorang habiskan waktu dari jam 11 pagi hingga 3 petang tu untuk jelajah kampus. Pergi melawat kolej pengajian COLGIS, kebetulan waktu pengajian pelajar PJJ maka ada kelas digunakan dan bila diorang habis kelas, kitorang seludup masuk dalam Dewan Kuliah Gugusan (DKG) sebab nak fefeeling belajar macam dulu. sobsbobsob.











Pergi lunch kat Pusat Islam terjumpa pula dengan kawan-kawan waktu degree yang sambung master dan tengah nak sambung PHD, Jannah, Ndang, Ma. Apa pagi, makan sambil borak lah. Macam tak percaya je dah lama habis belajar sebab dulu ni laa muka-muka dok jumpa hari-hari kat kolej dan DPP.




Lepas tu kitorang pergi Varsity Mall kononnya nak beli air sebab haus sangat. akhirnya terjebak dengan shopping tudung dan Kissproof. Hehe. Budak UUM mesti tau kat sepanjang jalan VMall tu ada banyak booth jualan lagi-lagi barang perempuan. Memang menyinggah jelah. Dulu belajar takde duit dan mampu tengok. Kali ni, tengok beli tengok beli walaupun taklah banyak duit sangat.





Habis shopping, pergi masjid UUM solat jamak dulu, dan lepas tu gerak pergi tengok Ostrich kat sebelah Pusat Ekuestrian UUM. Dulu takde tau Ostrich ni. Disebabkan panas, kitorang sekejap je dan terus ke Bukit Kachi, tempat legenda dulu. Tempat pertama aku jejak kaki dulu kat UUM, DPP Bank Rakyat, lepas tu ke DPP SME Bank, dan singgah Kachi Mall yang amat terkenal. Ya Allah, sumpah, terkenang zaman belajar. Tak berubah apa pun.







Lepas Bukit Kachi, kitorang ke Changlun. Pergi Changlun pun imbau memori okey. Itulah tempat nak berjimba dan shopping lepas dapat duit PTPTN. Rindu makanan cucuk-cucuk, dan barang murah. Terjebak juga aku beli brooch dan tudung satin sehelai. Huh.



Habis Changlun, kitorang pun gerak ke Padang Besar. Sepanjang perjalanan ke Padang Besar, kering sangat persekitaran. Panas ya amat. Ada beberapa kawasan yang terbakar dan hampir ke jalan raya. Dari Changlun ke Padang Besar ambil masa dalam 1 jam.




Dalam jam 5, sampai Padang Besar dan mulakan operasi jalan-jalan sambil cari seluar Ila dan kacang pistachio Kelly. Dalam masa tu dua kali terserempak dengan batchmate UUM, Suraya Aida dan Eyma Zulkafli. Macam kebetulan sangat sebab tak sangka terjumpa dan dalam ramai-ramai orang tu.

Padang Besar ni pada aku biasa je. Nak nego pun susah. Sebab beberapa kali aku beli barang, nak kurang seringgit dua pun sangat payah. Kang aku buat stail kat Thai & Phnom Penh kang baru tau. Buat-buat tak jadi beli, terus dapat murah gila. Haha.

Tak lama pun kat Padang Besar ni sebab nak ke Kuala Perlis pulak. Basicaly, kitorang jalan-jalan je. Padang Besar tak banyak berubah pun. Cuma kebetulan kitorang datang hari Jumaat iaitu hari kerja di Perlis, maka tak ramai sangat orang. Tapi panas tetap menyengat. Kalau korang datang Padang Besar, sila sediakan bekalan air dan kipas.




Dalam jam 6, kitorang gerak ke Kuala Perlis. Sebab lupa jalan, guna lah Waze. Tapi lagi hampeh. Waze bagi jalan dalam yang jauh. Tapi yang seronoknya, lalu jalan kampung yang sangat aku rindu. Suasana kat Utara tak sama dengan tempat lain. Bayangkan kiri kanan bendang padi, lepas tu padi baru lepas tuai jadi memang kering je sekeliling. Pokok pun kering. Ya Allah, sumpah aku rindu suasana ni, lagi-lagi suasana bendang padi hijau.

Ada cerita kelakar waktu ni. Kitorang dari Padang Besar tu lalu Kangar nak ke Kuala Perlis. Lepas tu tengah dok bercerita-cerita, ternampak 2 buah superbike depan kitorang. Waktu tu laluan jalan besar. Ju pun gigih lajukan kereta dan pintas diorang, Kelly lagi gigih, waktu pintas tu dia bukak tingkap kereta dan cakap "Haiii!" dengan agak kuat jugaklah.

Sadisnya, lepas Kelly cakap HAI tu dan tutup tingkap kereta, pandang je depan - hamek kau. 

Traffic light merah.

Traffic light merah weh.

Dua buah superbike tu makin dekat dan mula mengapit kereta kitorang. Kiri dan kanan. Elok je kereta berhenti, dua penunggang tu tengok-tengok dalam kereta dan wreng wreng motor diorang. Kitorang dah cuak dalam kelakar. Tahan gelak kat Kelly. Lepas je traffic light hijau balik, diorang pecut kitorang pun pecut. Kelly dah cuak sangat dan kitorang bantai gelak. Hahahahaha! Ni insiden paling kelakar pada aku. Sepanjang jalan dan sepanjang vacation kitorang gelakkan pasal insiden ni.

Sampai kat Kuala Perlis, dah nak senja dan tengah sunset. Kitorang parking kereta, pergi ambil gambar sunset sekejap dan lepak-lepak dalam 10 minit, lepas tu pergi Masjid Terapung untuk solat Maghrib.

Lepas Maghrib, kitorang pergi semula kat medan selera nak makan malam. Sebenarnya, ini yang paling ditunggu. Seafood sotong goreng tepung kat sini paling best aku pernah makan. Disebabkan kerinduan, kitorang order macam-macam ala carte dan sotong goreng tepung sekilogram. 4 orang gadis makan hokey.

Budak yang hantar makanan sampai pandang banyak kali kat meja kitorang, agaknya tak percaya kitorang makan banyak camtu. Jangan pelik, sebab yang lebih pelik, makanan habis walaupun banyak. Haha!

Aku recommend korang makan kat kedai paling depan kat Kuala Perlis ni. Harga ok, makanan pun sedap tiptop. 4 orang makan dengan makanan yang pelbagai, RM73.








Lepas makan, kitorang pun balik UUM sebab nak pulangkan kereta. Dan sebenarnya ada plan lain.

Kitorang nak buat surprise birthday kat Kelly. Sebenarnya birthday Kelly 1 Mac, tapi kitorang nak buat awal supaya dia tak syak.

Aku plan ngan kawan kitorang nak surprise ni. Minta tolong dia belikan kek dan surprisekan.  Waktu sampai UUM, masing-masing dah mengantuk sebenarnya dan dah teramat kenyang. Perut dah bloating sebab asyik makan. Tapi, demi Kelly, kitorang teruskan jua.

Lama jugaklah berlakon nak tunggu surprise. Dengan perut dah senak amat, masing-masing sabar je sambil buat muka konon-konon nak balik bilik cepat.

Akhirnya yang ditunggu tiba. Kawan kitorang muncul dengan kek birthday Kelly. Tak tau lah menjadi ke tak surprise tu sebab Kelly cakap dia dah nampak orang bawa kek dari jauh.

Apapun Kelly, selamat ulangtahun kelahiran yang ke 26. Semoga sentiasa dalam keberkatan Allah dan ditebari nikmat dan bahagia daripadaNya. Moga kita semua kekal sahabat sampai bila-bila walaupun selalu bertekak dan tak sependapat.




Lepas celebrate, borak-borak, kitorang balik bilik, berkemas, mandi, dan masuk tidur. Esok ada misi lain!

Day 1 :
Sewa bilik UUM : RM20/malam
Sewa kereta : RM80
Minyak kereta : RM20

Total cost : RM 140/4 orang 
= RM35/orang (tak termasuk makan, jajan, shopping)

bersambung...

SYITA



“To awaken quite alone in a strange town is one of the pleasantest sensations in the world.”