6 Disember 2015 | Ahad
Lijiang
A new day has come!
Syok betul tidur dalam tren ni. Sejuk
lepastu gebar best, memang berselubung penuh nikmat laa kan. Kepenatan seharian
perjalanan sampai dah tak sedar apa masa tidur tu. Kalau bom meletup pun tak
sedar agaknya. Sedar-sedar dah dalam kubur. Hewhewhew.
Aku set alarm pukul 4.45 am. Alarm
bunyi, tapi aku masih berlengah lagi kat katil, rasa malas nak bangun. Niat
malam tadi, pagi ni bangun awal, kiranya dalam pukul 5 pagi dah bangkit dari
pembaringan. Tujuan asal, taknak berebut sinki dan toilet dengan ribuan masyarakat
dalam tren.
Oh ye, waktu di China ni sama je dengan
Malaysia. Malaysia pukul 5 pagi, China pun 5 pagi. Takde beza pun. So takyah
nak fefeling obesi sangat.
Lepas dah bermalasan, Echa pun dah
kejut, maka bangkit laa dari katil dalam pukul 5.30 pagi. Hamek kau, pemalas
sangat kan nak bangun pagi. Mujur laaa ABC. Takde nak gopoh-gapah sangat.
Amek toilettries, terus pergi area
toilet. Hamek. Bising amat kat luar kabin. Akibat bermalasan 30 minit,
hasilnya, beratur rakyat keretapi tengah cuci muka, gosok gigi, masuk tandas,
buat air. Ye, buat air. Ada provide air panas dalam tren ni.
Menyesal terlewat setengah jam. Lama
nak menunggu turn. Jadi, kalau taknak berebut dengan rakyat keretapi, bangun
seawal boleh, okey.
Sampai turn aku, sentuh air je terus
rasa menyesal. Sejuk beno. Cemana niiiiii.
Jawapannya - Redha. Nak muka dan mulut
basi atau sanggup kebas air sejuk? Pilih.
Aku pilih rela kebekuan dalam
kesejukan, asalkan fresh and beautiful. Hewhewhew
Lepas dah refresh,kitorang siap-siap
kemaskan beg barang-barang. Takut ada yang tertinggal. Dalam pukul 7 pagi, tren
tiba kat Lijiang Railway Station. Maka, berbondonglah manusia keluar dari tren
menuju ke stesen dan keluar ke destinasi memasing.
Lijiang Railway Station |
Dari tren, ikut je signage Exit,
ataupun ikut je manusia yang ramai tu. Lepastu kena mendaki tangga tinggi untuk
keluar dari kawasan bawah tanah.
Tengah berjalan dengan beban beg berat dan
menahan sejuk yang teramat, aku nampak orang kat depan aku berasap. Dalam hati
aku, apekehey hang merokok kat dalam ni bro?
Kitorang jalan lagi naik tangga sambil
bercakap. Apahal aku pulak berasap ni? Bila masa aku merokok?
Baru sedar. Aku bercakap dan bernafas
keluar asap wehhhhh!
Omaigod masa ni jakun gilaaaaaa.
Eksaited tauuuuu bila bercakap ada asap keluar. Terus fefeeling drama Korea
yang selalu tengok tu. Fuhhh, the feeling was amazing you know. Asyik nak
kembung mulut pastu tiup-tiup nak tengok asap. Kehkehkeh.
Sambil terus jakun, kitorang pun dah sampai
kat atas. Tengok suasana gelap lagi. Check iti, kitorang kena pergi beli tiket
tren balik siap-siap sebab takut habis kalau beli lewat.
Sama macam kat Kunming, untuk beli
tiket kena pergi kat Ticket Office dan beli kat kaunter. Kali ni bernasib baik
sebab Ticket Office dah bukak (ikutkan yang aku baca, operation hour Ticket
Office start 8 pagi). Kaunter 1 bukak, staf pun boleh berkomunikasi dalam
English. Jadi proses beli tiket kali ni tak susah sangat.
Beli tiket dekat Kaunter 1. Giant Display atas tu untuk tunjuk waktu tren dan jumlah tiket yang masih ada. |
Tiket balik kitorang beli bertarikh 11 Disember 2015, jam 8.55pm,
tren K9684. Kali ni tiket murah sikit, RMB 147 untuk Echa dan RMB 141.50 untuk
aku. Macam biasa, beza kelas dan katil.
Selesai beli tiket, nak pergi cari bas
pulak nak ke Old Town Lijiang. Masa ni perasan yang duit kecik tak banyak. Echa
pun pergi kat kaunter tadi dan pecahkan duit. Dapat laa sikit duit 1 yuan, dalam
20 yuan rasanya.
Duit kecik ni penting sebab nak naik
bas nanti semua guna 1 yuan dan kena masukkan tambang ngam-ngam je. Takde baki
dipulangkan kalau kita masukkan lebih. 1 yuan bersamaan RM 0.67 sen (waktu tukaran
duit kitorang).
Pondok bas berhadapan je dengan stesen
keretapi ni. Keluar je dari stesen akan nampak ada beberapa pondok menunggu bas,
jadi jangan tersilap. Nak ke Lijiang Old Town kena naik bas nombor 18, tambang
1 yuan.
Pagi di Stesen Keretapi Lijiang. Ini view dari pondok bas. |
Pondok bas ke Lijiang Old Town tak
memerlukan kita melintas jalan kalau dari arah stesen dan pondok bas ni
terletak paling depannnnnn sekali.
Memula kitorang pun blur mana satu
pondok bas nak gi Old Town. Lepastu tanya orang, dah konfem, tunggu jela kat
pondok bas tu. Lagi pulak ramai yang menunggu sambil bawak beg gedabak. So,
sure laa itu tempatnya.
Tetiba, ada nenek datang nak jual kitab
apa tah. Kitorang geleng kepala je tanda taknak beli walaupun kesian tengok dia
cari pembeli dalam keadaan pagi yang teramat sejuk tu. Memula dia insist nak
kitorang beli sambil cakap dalam bahasa dia, tapi bila kitorang pun insist
taknak beli, dia pun jalan pergi kat orang lain. Serius, kesian tengok dia
jalan slow-slow cari customer. Huhuuu~
Dalam tak sampai 10 minit menunggu, bas
No.18 sampai. Beratur, bayar 1 yuan, dan duduk dalam bas diam-diam. Waktu ni
dah agak cerah, dah nampak suasana pagi Lijiang dan pemandangan menarik sekitar
situ.
Paling best, dah nampak Jade Dragon
Snow Mountain!
Feeling aku masa ni memang rasa macam
nak nangis je. Macam tak percaya, gunung salji yang aku dok idam nak tengok
selama ni, yang aku asyik tengok bila buat research dan prepare iti, akhirnya
depan mata je.
Orang yang sentimental terlebih macam
aku mesti paham maksud aku. Sebak plus terharu.
Okey dah habis sentimental. Sambung
balik.
Dalam bas, kitorang blur lagi cemana
nak tau nak kena turun mana. Nak tengok fon, takde internet. Tengok iti, ada
gambar je. Aku pandang Cha. Cha pandang aku. Blur.
Ye, memang buat preparation dan
research, tapi, bila kita dah dalam situasi sebenar, tak semuanya mudah macam
yang dibayangkan. "Expect for the unexpected", said someone. Ehem, hai awak.
Tengah blur, tetiba mamat China yang
duduk kat seat belakang ni tegur aku. Dia nampak ke-blur-an kitorang agaknya. Tapi
dia cakap Mandarin, aku tak faham. Sikit-sikit je aku boleh tangkap maksud dia.
Dah dedua tak faham, cemana? Aku bukak
apps google translate kat fon. Tapi tak boleh guna sebab tak ada internet. Dia
pun bukak ipong dia, dan tulis something tunjuk kat aku.
Oh, dia tanya aku nak pergi mana. Aku
pun taip laa kat fon dia cakap nak ke Lijiang Old Town. Lepastu kitorang
berbalas mesej guna ipong dia .
Dia pun rupanya nak ke Lijiang tapi tak
book hostel lagi dan tak plan lagi nak gi mana. Aku tanya kalau dia pun nak
stay sekali hostel kitorang, tapi aku tak sure kalau walk in ada bilik lagi ke
tak.
Aku pun teragak nak mintak tolong kalau
boleh nak guna wifi dia, tapi aku segan nak cakap. Dia macam faham niat aku,
dia pun tunjuk dia bukak ada hotspot dan suruh aku connect Wifi.
Yipppiee!!! Mekasehhhhh! Sekali lagi
takleh peluk macam kat drama tanda terima kasih kalau orang tolong kita. Boleh
cakap xiexie je.
Lepastu dia hulur ipong dia, bukak
WeChat dan suruh aku tulis ID WeChat aku. Aku pun bagi jela. Lepastu dia add.
Aku approve.
Lepastu kitorang sambung Q&A kat
WeChat. Mujur dia bagi Hotspot sebab kat WeChat ni boleh direct translate, jadi
takdelah teruk sangat nak komunikasi tu. Still okey walaupun translation taklah
100% accurate.
Dalam 20 minit naik bas, borak punya
borak, lepastu sampai satu pitstop ni, dia cakap turun situ. Kitorang pun
mengangkut beg gedabak turun. Fuhhh. Turun bas terus terasa sejuk mencengkam
tulang.
Kat sini, dia bagitau kitorang arah
mana kitorang kena pergi kalau nak ke hostel. Aku tanya dia nak stay mana. Dia
cakap, dia nak cari hostel luar dari Old Town, hostel aku kat Old Town.
Okey, so arah yang kitorang nak tuju,
berlainan. Aku dan Echa kena terus jalan je kalau ikut Waze. Lelaki tadi tu
arah bertentangan. Lepas cakap terima kasih, kitorang pun gerak ke haluan
memasing.
Seriously, sangat berterima kasih kat
dia sebab sudi bagi guna internet dan tolong kitorang walaupun dia sendiri tak
pasti. Kalau tak, entah memana je kitorang turun dan buat agaknya.
Kitorang jalan je susur jalan dan ikut
arah yang Waze tunjuk kalau nak ke hostel. Tapi internet dah lost signal,
kitorang tak pasti sama ada Waze tu betul ke tak. Macam jauh sangat je, 2km
macam tu.
Konfius, tanya orang. Dia tunjuk,
kitorang follow arah tangan dia dan jalan.
Lijiang Old Town
Terus dan terus dan terus sampailah
jumpa pintu gerbang yang agak klasik. Kitorang masuk dan terus suasana lain.
Kiri kanan depan semua macam zaman dulu. Oh, dah masuk Old Town rupanya.
Cantikkkkkk. Very the traditional.
Kitorang jalan lagi sambil mata
melingas tengok mana satu hostel yang ada rupa macam dalam iti kitorang. Tapi
tak jumpa. Singgah memana tanya orang, semua main tunjuk-tunjuk sampai kitorang
blur. Tahap dah sesat.
Echa tengah tanya jalan |
Masa ni dah malas fikir betapa
cantiknya tempat tu yang banyak bunga-bunga dan suasana segar. Waktu ni hampir
give up jugaklah, dengan beg berat, lapar. Echa dah ketinggalan kat belakang dok
tarik beg. Aku jalan cepat sikit sebab nak tengok kalau terjumpa. Takde jugak.
Entah berapa orang kitorang tanya, tapi semua taktau. Penat. Pelik.
Tetiba jumpa sorang lelaki tua ni, kat
lengan baju dia ada lencana polis. Terus aku tunjuk iti dan tunjuk nama dan
alamat hostel. Dia belek, lepastu suruh kitorang ikut dia.
Aku dengan Echa dah eksaited dah.
Akhirnyaaaa ada orang tau.
Follow dan follow. Tetiba sampai kat
satu hostel yang cantik ni, pakcik ni masuk dan suruh kitorang masuk.
Aikkkk. Mana dia nak bawak kitorang
pegi ni?
Dia pun tunjuk tangan kat mata. Adeh. Amende
pakcik tak pahammmmmm.
Dia masuk dalam, lepastu keluar sambil
pakai cermin mata. Laaaa, pakcik nak ambil spek ke. Haha!
Lepas tu dia amek iti kitorang, dia
baca balik. Then dia cakap dalam bahasa dia. Kitorang haram tak faham laa kan.
Lepastu dia tunjuk-tunjuk beg kitorang dan tunjuk satu bilik kat situ. Tangan
dia tunjuk 10.
Apa korang agak dia nak cakap?
Haaaa, dia cakap taktau kat mana hostel
kitorang tu dan suruh kitorang stay kat hostel dia tu je. Satu malam 100 yuan
bilik lengkap, ada landskap lagi.
Kitorang dah mula rasa tertipu dan
insist taknak. Pastu kitorang bagitau dah bayar kat hostel yang kitorang cari
ni. Macam mana kitorang cakap kat dia? Bantai je cakap asal cakap. Faham tak
faham tu belakang kira. Haha.
Dalam masa yang sama kesian jugak kat
dia sebab dia bersungguh dan hostel tu pun look nice. Tapi sebab dah book kat
Lijiang Ancient Yown International Youth Hostel tu, kitorang nak teruskan
jugak. Lagi pulak kitorang masih lost, taktau kitorang kat mana.
Pakcik dah gibab. Kitorang pun dah
gibab. Cakap, tak faham. Tak faham, cakap. Berapa lama tah kitorang dok
bertekak. Last-last pakcik ajak kitorang keluar nak jumpa orang dan suruh
tinggal beg. Aku degil, aku amek jugak beg kitorang dan suruh Echa amek beg dia
jugak.
Pakcik bawak kitorang kat satu kedai
ni. Maybe hostel + kafe. Dia masuk dalam dan panggil sorang perempuan keluar.
Ohh, dia suruh kitorang communicate
dengan amoi ni. Amoi ni boleh cakap English sikit-sikit. This is greatttt
yeayyyyy!
Kitorang tunjuk iti dan alamat hostel.
Dia angguk dan cakap dia tau tempatnya. 2 km dari tempat kitorang berada
sekarang.
2km? Fuhhhhhhh. Terkenang beg gedabak.
Q&A sambil tu pakcik pun dok mencelah,
nak jugak bercakap. Aku request kat amoi nak guna wifi sekejap, dia pun bagi
password. Bukak Waze, tapi tak dapat jugak route yang tepat. Cong ceng cong cek
dengan amoi, dia pun cakap, okey takpe. Dia tunjukkan tempat tu dan kitorang
ikut je dia.
Waaaaa. Like seriously amoi nak tunjuk
jalan?
Dia pun senyum, angguk, then masuk
dalam amek winter coat dia.
Kitorang pun pandang pakcik, dan cakap
terima kasih sebab tolong kitorang walaupun dia sendiri taktau tempat dan siap suruh
kitorang duduk kat hostel dia. At least, dia lead kitorang jumpa dengan amoi
ni. Alhamdulillah.
Lepas byebye dengan pakcik, amoi pun
bawak kitorang jalan. Sambil tu berborak. English dia limited, tapi masih boleh
berborak. Cuma ada laa bila aku tanya, dia jawab lain.
Dia cerita dia pernah pergi KL, duduk
dengan kawan dia. Dia pun bukan local Lijiang, sebab dia pun asal dari one part
of China dan kat Lijiang sebab bekerja.
Borak. Senyap. Kepala ni dok melingas tengok
kiri kanan view cantik. Yela, dah tak risau dah pasal jalan. Sambil tu tengok suasana
bekerja waktu pagi kat sini. Ada yang buat senamrobik beramai-ramai. Ada
security yang berlari sambil berkawad pagi. Ada yang bernyanyi. Selain daripada keriuhan pekerja, waktu pagi kat sekitar Old Town agak sunyi dan tak ramai orang. Tenang
dan nyaman.
Pekerja tengah senamrobik sebelum mulakan kerja |
Sambil tu jugak tengok belakang tunggu
Echa tapi Echa suruh jalan dulu sebab dia payah nak tarik beg, jalan kat Old
Town tu berbatu-batu. Gedebuk gedebak beg bunyi.
Dalam 20 minit macam tu berjalan dan rasanya takde pun 2km, akhirnya sampai kat Lijiang Ancient Town
International Youth Hostel.
Payah beno nak jumpa ekau |
Akhirnya. Lega.
Terletak kat selekoh diapit dua buah
hostel lain. Memang betul kata review kat Booking.Com, tak mudah dicari untuk
kali pertama. Dari luar ada tertulis nama hostel dan nampak laa sejibik rupa
dalam gambar kat iti.
Amoi (aku lupa la nama dia) pun cakap
dia nak balik kat kedai. Aku dengan Echa pun bertalu-talu cakap terima kasih
dan ajak selfie sama sebagai kenangan. Terharu okeh, baru je jumpa dan dia pun
sibuk nak buka kedai, tapi dalam kesejukan pagi, dia sanggup tolong hantar kitorang
kat hostel tu. Rasa beruntung jumpa orang yang baik hati sepanjang tiba kat
Lijiang ni.
Amoi baikkkkk |
Lijiang Ancient Yown International Youth
Hostel
Nak masuk hostel, tetiba sorang
perempuan Cina tegur dalam Bahasa Melayu.
Rupanya orang Malaysia, datang situ
dengan sekumpulan kawan dia. Kitorang borak sikit-sikit je sebab dah penat,
lagipun nanti mesti jumpa lagi since kitorang stay kat hostel yang sama.
Masuk dalam hostel, gi kat kaunter dan
request nak check in awal. Mujur boleh. Siap bayar, dapat je kunci, staf dia pun
hantar pergi kat bilik. Bilik kitorang kat Level 1 je, paling hujung sekali.
Not bad jugak hostel ni. Ada landskap
dan kolam kat tengah-tengah dan bangunan kayu 2 tingkat. Ada bilik untuk
istirehat reramai, ada rak buku. Rate untuk 2 malam pun tak mahal sangat,
RMB156 untuk 2 malam, private room bukan dorm. Kiranya RMB78 untuk 1 malam. Tak
sampai pun RM60.
Heaven! Boleh masuk 4 orang. |
Waktu sekarang pukul 9 pagi. Masuk
bilik, letak barang dan terus ceburkan diri kat katil. Bilik beso, katil beso,
klasik binaannya sebab diperbuat daripada kayu, lantai pun kayu. Toilet pun ok
la. Cuma, bila orang bilik sebelah berborak pun boleh dengar. It's okey. No biggie. Bercakap je pun.
Yang kurang syok sikit, takde heater so agak sejuk. Cepat-cepat tengok kalau ada electric
blanket. Jumpa. Terus pasang.
Paling penting, wifi. Kitorang on wifi,
dapat je connect, terus connect dengan Betternet. Alhamdulillah, dapat jugak
internet nak whatsapp family dan update lokasi. Lega. Tak lupa, update facebook
dan IG. Heee.
Kitorang pun rehatkan badan dan
kemas-kemas sikit, lepastu makan bekalan buat sarapan. Decide dalam pukul 11
baru keluar semula dan mulakan tour.
Syoknyaa bila dapat baring kat tilam.
Boleh golek-golek sepuas hati tak macam dalam train.
Pukul
11 pagi, bersiap elok-elok. Terus pakai thermal wear, baju berlapis, wintercoat,
muffle, boot. Aku bawak sling bag. Echa bawak bagpack kecik aku.
Lijiang Old Town
Kali ni waktu berjalan, kitorang cuba
ingat jalan dan langkahkan kaki pegi kat Square yang kitorang nampak masa nak
ke hostel tadi.
Tak jauh pun. Dalam 5 minit dah sampai.
Tapi sempat la kitorang menyinggah kedai-kedai yang dah mula bukak sepanjang
jalan tu.
Kat Square, dah ramai orang berkunjung.
Tak macam awal pagi tadi kosong je. Matahari pun dah naik tapi cuaca masih
sejuk.
Landmark Lijiang Old Town Square |
Serius cantik pemandangan kat sini. No
wonder la dikatakan Everyday Is Spring In Kunming (or maybe Yunnan).
Pokok-pokok dan bunga-bunga berwarna
warni mencantikkan kawasan sekeliling. Dari Square jugak boleh nampak binaan
bangunan klasik yang semakin meninggi ke atas bukit. Langit biru berawan. Udara
segar. Sungai kecik dengan air jernih mengairi kawasan sekitar. Sangat terjaga.
Sekeliling sangat menakjubkan pada aku,
rasa macam aku sekarang ni kat zaman dulu-dulu (kalau takde orang berpakaian
moden sambil bawak fon dan monopod la). Hati asyik memuji je ciptaan Allah yang
cantik ni.
Jalan ke depan sikit, terjumpa Water
Wheel yang merupakan salah satu tarikan kat sini. Water Wheel ni besar dan
diperbuat daripada kayu, masih berfungsi dan berpusing.
Water Wheel! |
Sekitar kawasan tu ada jugak batu tanda
UNESCO. Batu ni besar dan ada tulisan UNESCO. Ada jugak binaan kayu macam love
lock yang orang dok letak mangga cintan cintun tu.
Let's lock the love! |
Jalan lagi depan sikit, ada
mural klasik kat dinding berwarna merah bata. Jalan lagi depan, dah ada pondok
keselamatan, jalan raya dan kedai moden menandakan korang dah keluar dari
kawasan Old Town. Paling senang, landmark-nya adalah bangunan tinggi Bank of
Construction China.
Okey nak cerita sikit tentang Lijiang.
Kat Lijiang ni, kebanyakan masyarakatnya terdiri daripada kaum Naxi, Nakhi, Tibet,
dan pelbagai lagi. Ada banyak kaum kat sini. Muslim pun ramai tapi susah sikit
nak dikenal pasti kecuali yang bertudung dan berkopiah.
Lijiang jugak terbahagi kepada Lijiang
Town dan Lijiang Old Town. Lijiang town ni bandar luar dari kawasan Lijiang Old
Town. Kiranya, kat area Lijiang Town ni laa banyak pembangunan moden. Ada bank,
kedai-kedai moden, bas, kereta, motor, dan sebagainya. Bandar Lijiang ni pun
sangat luas.
Manakala kat Lijiang Old Town pulak, persekitaran
lebih terjaga dan bangunan lebih kepada binaan tradisional. Kenderaan bermotor
langsung tak dibenarkan dalam kawasan Old Town. Jadi kat dalam Old Town,
gunakan dua kaki untuk bergerak.
Lijiang Old Town ni salah satu kawasan
yang diwartakan sebagai tapak warisan UNESCO sejak 1997. Old Town ni dah wujud
hampir 1000 tahun lampau, dan kebanyakan bangunan dan tarikan kat sini dah
berusia 1000 tahun jugak. Cuma pernah la beberapa kawasan yang musnah sebab
terbakar dan dah dibuat pembangunan serta penambahbaikan untuk tujuan
pelancongan. Tapi, masih mengekalkan reka bentuk klasik dan suasana lama.
Batu tanda UNESCO |
Sebab tu jugak, nak masuk Lijiang Old
Town ni pengunjung dikenakan bayaran RMB80 setiap orang sebagai Protection Fee
untuk memelihara kawasan ni. Dan korang tak akan rasa rugi bayar, sebab Old
Town ni memang sangat bersih dan terjaga. Thumbs up for their effort to keep
this old town clean and reserve.
Kalau ke Lijiang jugak, kena tau korang
nak pergi mana. Contohnya Old Town sendiri, ada 3 jenis Old Town di Lijiang.
Ada Dayan, Shuhe, dan Baisha. Yang kitorang stay dan menginap ni kat Dayan.
Ramai pengunjung suka menetap dan melawat sini sebab agak meriah. Kedai banyak,
tarikan pun banyak. Jangan tak percaya McD pun ada dalam Old Town ni, tapi kat
bangunan bercorak lama.
Kalau Shuhe dan Baisha tu pulak agak
reserve, very the old style, so kalau nak yang aman dan tenang, boleh pergi kat
sana. Tarikan setiap Old Town pun tak sama. Jarak antara Old Town sebenarnya
tak jauh sangat, kalau ada kenderaan sendiri lagi senang. Nak naik teksi pun
boleh.
Disebabkan aku kat Dayan, maka aku
bercerita tentang tarikan kat Dayan jela ye. Masa aku prepare iti, ada jugak
terfikir nak ke Shuhe dan menginap kat sana dalam 1 malam. Ramai orang review
kat sana lagi terjaga dan feeling of the old time tu lagi kuat, tu aku nak try.
Tapi disebabkan logistik agak susah, so kitorang stay je kat Dayan ni.
Antara
tarikan kat Lijiang:
Sifang
Square
Wuyi
Street
Water
Wheel
Baisui
Bridge
Jade
Dragon Snow Mountain
Black
Dragon Pool
Mu
Palace
Lugu
Lake
Lashi
Lake
Baisha
Village
Wangu
Pavillion
Tak semua tempat ni
kitorang pergi disebabkan kekangan masa dan bajet. Jadi kitorang pilih yang
mana yang berbaloi je. Attraction kat kawasan Old Town tu, semua boleh cover
dalam sehari je sebenarnya. Dan kadang korang tak perasan pun korang dah
melepasi kawasan tarikan tu.
Sambung.
Kitorang berjalan je
sampai kat kawasan luar Old Town, kiranya dah masuk ke kawasan bandar Lijiang.
Dalam masa yang sama, mencari jalan nak ke Black Dragon Pool. Sebabnya, aku
baca yang Black Dragon Pool ni tak jauh dari Old Town.
Bangunan tinggi tu China Construction Bank |
Akhirnya selepas puas
berjalan, jumpa signboard menghala ke Black Dragon Pool. Rupanya senang je
jalan ke sana. Dari Lijiang Old Town tu, keluar ke jalan besar yang ada
bangunan China Construction Bank tu, jalan terus je dalam 20 minit.
Signboard menghala ke Black Dragon Poo |
Macam biasa, tanya dengan orang. Dan macam biasa, semua main tunjuk tangan je. Paling sadis, kitorang tegur sorang lelaki local ni dan tunjuk gambar Black Dragon Pool, tapi dia langsung tak layan dan jalan menonong je. Sentap weols.
Lepastu ada sorang China lady dengan sekumpulan kawan-kawan tegur kitorang dan cakap bahasa Mandarin. Adeh, cemana ni nak cakap. Kitorang geleng kepala je tanda tak faham walaupun dia beria-ia bercakap.
Kitorang syak, dia tanya jalan kat kitorang. Last-last kitorang cakap "dui bu qi, wo men bu ming bai", dia pun angguk je dan senyum. (Lepastu kitorang jumpa diorang kat Black Dragon Pool, rasanya diorang tanya kitorang jalan nak ke situ la kot).
Dalam perjalanan tu,
akan jumpa beberapa check point penting, macam Mao Zedong Statue yang merupakan
landmark untuk bas nombor 7 ke Jade Dragon Snow Mountain. Juga akan jumpa
banyak kedai jual pelbagai jenis barang yang menarik dan murah.
Mao Zedong Statue |
Paling best, kitorang
jumpa kedai makanan Muslim. Eksaited you know. Kat luar kedai tu ada pakcik
pakai kopiah pegang baby dok tengok je kitorang, maybe sebab kitorang bertudung
kot. Kitorang reserve dulu kedai tu dengan niat nak singgah lepas balik nanti.
Berjalan dari restoran tu ke Black Dragon Pool dalam 5 minit je.
Black
Dragon Pool
Sampai kat pintu gerbang Black Dragon
Pool, ada kaunter dan staf berpakaian tradisional yang akan check tiket
Protection Fee. Nak masuk dalam ni free je, tapi make sure ada Protection Fee. Kalau
takde, kena bayar dulu RMB80 dan nanti diorang akan bagi sekeping kertas
berwarna kuning, then kena tulis nama penuh kita kat kertas tu. Sah laku dalam
2 minggu kalau tak silap.
Pintu gerbang Black Dragon Pool |
Protection Fee ni
penting dan diperlukan terutamanya kalau korang nak masuk Old Town, Black
Dragon Pool, dan Jade Dragon Snow Mountain. Kena tunjuk bila nak masuk. Kat Old
Town, kadang-kadang randomnly je ada pegawai yang datang dan mintak korang
tunjukkan slip ni. Kalau takde, kena bayar on the spot.
Lepas dah bayar,
masuk je dalam kawasan Black Dragon Pool atau dalam bahasa Mandarin,
Heilongtan. Kenapa nama dia Black Dragon Pool? Aku pun tak pasti. Yang pasti, tempat
ni sebenarnya dah wujud sejak 1737, iaitu pada zaman Dinasti Qing. Ce kira dah
berapa ratus tahun dah.
Serius sangat cantik!
Ada tasik, ada taman, ada jambatan putih, ada pokok-pokok cantik, ada pavilion,
ada pagoda, ada Dongba Museum, dan paling best, menghadap dengan Jade Dragon
Snow Mountain.
Most favourite spot |
Kawasan Black Dragon Pool ni memang
besar. Kalau nak habis pusing, ambil masa dalam beberapa jam jugak. Cuaca
sejuk, jadi tak terasa penat sangat nak berjalan tu. Aku suka suasana dalam ni,
tenang je dan cantik. Ambil gambar kat part mana pun, semua menarik.
Kitorang try naik ke atas kat kawasan
Dongba Reseacrh Centre dan Dongba Museum, tapi tutup.
So, kitorang jenjalan je
kat kawasan dalam tasik ni. Ada beberapa tempat yang offer pakej bergambar
menghadap Jade Dragon Snow Mountain dengan pakaian tradisional, bayar dalam 20
yuan. Aku macam nak try, tapi lepas tu terlupa bila dah terleka berjalan.
Lompat itu wajib |
Purrfecctttttooo |
Taman kat tasik tu pun best, ramai
local bawak famili bersantai kat situ. Ada satu kawasan yang ada jambatan kayu
merentasi tasik. Yang ni kena hati-hati sikit, aku nyaris jatuh masa melintas
sebab kayu reput.
Kat sini la hampir jatuh sebab kayu reput |
Kitorang habiskan masa dalam 2 jam
lebih jugak. Siap singgah kedai cenderamata kat dalam tu. Kebanyakannya
barangan handicraft tradisional, contohnya keychain, kotak kayu, beg, cermin
muka klasik, macam-macam lagi la.
Keychain Handicraft |
Aku rasa, barang kat kedai ni agak murah
dan banyak pilihan jugak. Sebab keychain tu boleh dapat 4pcs untuk 10 yuan. Kat
luar, 1pc tu dah 10yuan. Hewhewhew. Keychain tu sebelum beli korang tanya
maksud tulisan dia. Takut pulak tulisan tu ayat sembahyang diorang.
Dah penat dan puas berjalan, kitorang
pun keluar. Kitorang tak tau kitorang keluar ikut jalan mana sebab ada banyak
pintu kat sini. Yang pasti, kitorang keluar tak ikut pintu masuk tadi.
Kononnya dari pintu keluar tu, nak cari
kedai makan Muslim belakang Black Dragon Pool yang kak Atlas Pengembara tu bagitau. Puas
mencari, tapi tak jumpa. Last-last, kitorang strolling je jalan kat situ, jumpa
pulak ada makcik bawak troli jual buah tepi jalan. Kitorang pun singgah la nak
tengok-tengok.
Fuhhh. Buah dia fresh dan cantik je.
Ada oren, epal, lai, pear, pomegranate. Rambang mata rasa nak beli je semua.
Harga pun tak mahal sangat. Aku beli buah oren 7 yuan je sekilo. Manis dan
sedap sangat! Echa pulak beli pomegranate. Jadi la nak buat mengunyil. Berbaloi.
Hehee.
Mekcha beli buah |
Lepastu sambil makan buah, jalan lagi
cari jalan balik. To be honest, awal-awal kat Lijiang ni, kitorang memang main
bantai je jalan. Tak ingat pun jalan. Main agak-agak je. Nak tengok maps, internet
takde. So, tawakal saja redah jalan.
Mujur bila dah jauh berjalan tu, jumpa
semula pintu gerbang Black Dragon Pool tu. Kitorang pun singgah jap kedai
souvenir kat luar tu. Semua jual lebih kurang je harga dan barang dengan kedai yang
kat dalam tu.
Then, kitorang pergi kedai makan Muslim
yang kitorang jumpa awal tadi. Kali ni decide nak masuk terus dan makan.
Kitorang masuk, ada sorang perempuan China ni yang serve. Dia tanya kitorang nak makan apa, kitorang pulak tak tau nak makan apa sebab blur tentang menu. Fuhhhhhh. Serius susah nak explain dan nak order makanan.
Aku ada baca, kalau nak order makan kat China ni stail lain sikit. Ada sesetengah kedai yang ada menu. Tapi, kebanyakannya takde. Cuma ada gambar makanan dan tulisan Cina.
Kat kedai diorang ni ada peti ais besar, dalam tu ada bahan mentah so kita boleh pilih bahan yang kita nak dan suruh diorang masak. Kitorang gi kat peti ais tu, tengok ada sayur, daging, tauhu, mi, macam-macam la. Kitorang main tunjuk-tunjuk, dia tanya tapi kitorang tak faham jugak. Ahhh sudah. Cemana nak order?
Ini dia kedai halal. Tu daging bergantungan. Nampak tak peti tu? |
Dia pun dah gibab gaknye, dia suruh
sorang lelaki muda ni serve kitorang pulak. Kitorang pun decide duduk dan
bincang. Puas berfikir, akhirnya aku & Echa pun terus tunjuk gambar kat
dinding kedai dia, cakap kitorang nak makan benda tu. Tauhu goreng dengan
daging pedas.
Paham ke idok? |
Tu pun masih dok konfius lagi tepat ke
tak pilihan kitorang. Kena ke tak dengan selera dan tekak Melayu. Kitorang da
tahap redha jela makanan apa yang sampai nanti. Haha.
Yang bestnya kedai dia ni, diorang
serve kutleri semua dalam bekas khas. Mangkuk makan & chopstick dalam bekas
kertas yang sealed. Kat kertas tu ada tulisan halal Lijiang. Lepastu diorang
serve jugak Chinese tea dalam teko comel. Cawan dia kecik je. Sekali teguk
habis.
Nasi pun diorang serve dalam bekas kayu
yang comel. Macam bekas isi beras tu tapi versi mini. Nasi tak macam kat
Malaysia. Nasi diorang macam lekat dan wangi. Sedap.
Bila makanan sampai, kitorang terus
macam - daebakkkkkkk. Banyak gila portion satu pinggan tu. Kitorang jadi risau
jugak kalau dia masak tu untuk 2 orang punya portion & harga pun lagi mahal.
Tapi dah lapar, lantak laa dengan harga. Yang penting, weols kenyang. Terus
capai chopstick dan makan. Merasa makan nasi dengan chopstick. Hewhewhew.
Presentation makanan pun tiptop hokeyyy. Abaikan background lain tu. |
Okey bab rasa. Memang sedap dan tiptop.
Daging tu tak pedas sangat, just nice. Daging yak dipotong keping nipis,
dimasak dengan kacang hancur, taucu, dan sengkuang hiris. Tauhu pulak dipotong
dadu dan digoreng dengan cili.
Puas makan. Tak habis pun lauk tu sebab
terlalu banyak. Portion lauk tu boleh makan 4 5 orang kot. Kitorang try paksa
perut masuk semua makanan, tapi tak boleh dah. Gibabbbb.
Kedai ni maybe family run kot. Sebab
ada sorang lelaki dan perempuan yang kitorang rasa merupakan laki bini, ada
baby, ada budak lelaki umur dalam 7 tahun, ada sorang atuk tua, ada sorang
remaja lelaki. Masa kitorang makan, semua kat dalam kedai tu macam dok perati
kitorang.
Oh nak cerita, masa kitorang sampai
tadi, budak lelaki kecik pipi merah tu tengah makan. Habis makan, dia buat
kerja sekolah. Mak dia pulak tengah masak. Atuk dia jaga baby. Lepastu entah
kenapa mak dia yang agak garang tu dok bebel, dia pun lawan cakap. Mak dia
marah dia agaknya, lepastu dia pun menangis tersedu-sedan sambil buat homework.
Lepas mak dia siap masak dan serve
makanan kat sebelah meja kitorang, semua famili dia duduk makan. Budak ni
sekali lagi kena makan. Sambil makan sambil menangis-nangis. Syahdu pulak
tengok. Yela, dia baru je lepas makan, pastu kena buat homework, pastu kena
paksa makan lagi gaknye. Yang kelakar, ayah, pakcik, atuk dia semua buat tak
tau bila mak dia membebel tu. Agaknya dah biasa kot mak dia bebel gitu.
Kehkehkeh.
Kitorang pulak rasa kesian kat budak
tu. Masa kitorang siap makan, famili diorang tengah makan lagi. Kitorang taknak
kacau, so borak je dulu sambil borak. Lepastu kitorang pasang niat nak bagi
budak tu duit RM1 sebagai souvenir.
Diorang siap makan, kitorang pun ready
nak gerak dan nak bayar. Ce teka harga makan kitorang?
Haaa, harga makanan kitorang cuma 50 yuan
semua sekali. Murah daripada yang kitorang expect. Kalau makan ramai, kiranya
lagi murah laa.
Lepas bayar, kitorang pun bagi duit RM1
tu kat budak tadi. Happy betul dia dapat duit Malaysia. Terus dah tak nangis
lagi. Mak dia pun senyum je sambil tanya kitorang dari mana. Kitorang jawab
dari Malaysia, mak dia angguk dan senyum lagi. Hehe.
Kitorang ajak mak & budak tu
bergambar, atuk dia pun datang kat belakang nak bergambar sama. Comel je
tengok. Heheeee. Suka gilaaa dengan diorang. Sweet!
Atuk kat belakang. Tengok pipi budak tu merah. Heee |
Lepas byebyebye dengan diorang,
kitorang pun keluar dari kedai dan jalan nak balik ke Old Town semula. Kali ni
dah agak ingat jalan, so just strolling down the street, singgah kedai tengok
barang, leisure je tak rush. Lagipun awal lagi.
Sempat singgah satu kedai jual pakaian
winter. Serius murah dan cantik-cantik. Semua jenis harga 55yuan je, ada jugak trench
coat cantik dan colourful. Aku dah belek macam nak beli. Tapi fikir, aku dah
ada winter coat 3 helai, lepastu kang memberatkan beg pulak. Dan tak jadi beli.
Sudahnya sampai sekarang menyesal. Hewhewhew.
Singgah kedai-kedai kat bandar. Beli
air mineral dan oksigen nak bawak gi gunung esok. In the same time nak cari
kot-kot ada kedai yang jual fridge magnet, keychain, dan tshirt yang bertulisan
Lijiang/Yunnan. Tapi, mimpi saja. Langsung tak ada semua tu. Yang banyaknya,
keychain tradisional, shawl sutera, shawl H&M, beg duit. Jangan memain,
shawl H&M yang melambak jual kat Malaysia tu, kat sini merata jual dengan
harga 10 yuan je. Hihi.
Dah penat jalan, kitorang balik ke Old
Town. Pusing-pusing je jalan area Old Town tu tengok tempat yang kitorang tak
pergi lagi while enjoying the day view of Old Town. Ramai local dan pelancong bersantai
kat sini waktu petang.
Ada kumpulan pakcik dan atuk duduk main
mahjong, ada atuk nenek bawak cucu berjalan, ada jugak nenek buat persembahan
tradisional Naxi. Nenek Naxi ni pakai baju tradisional lepastu menari ikut
muzik dan ada la beberapa orang follow cara dia menari.
Sempoi je McD depa |
Sambil tu kitorang singgah jugak
kedai-kedai souvenir kat sini. Boleh dikatakan 100% kedai kat sini jual barang
yang hampir sama. Harga pun tak banyak beza. Banyak kedai 10 yuan tapi dalam tu
tak semua barang jual harga 10yuan. Ada jugak barang yang harga lagi mahal. So,
kena hati-hati la masa beli tu. Lagi satu, kat sini sangat susah nak nego
harga. SANGAT SUSAH. Peratusan dapat nego tu sangat tipis.
Ni la antara souvenir yang diorang jual. Lain takdak. |
Penat berjalan, kitorang balik ke
hostel. Lepak seharian berjalan. Lagipun dah nak gelap dah. Sampai hostel,
masuk je bilik, terus terdampar atas katil. Phewwwwww.
Plannya, malam tu nak keluar jenjalan
lagi tengok night life kat Lijiang. So, kitorang decide nak keluar lagi pukul
8.30 pm.
Malam tu, aku tengok Echa macam
kepenatan, aku pun cakap kat dia suruh tidur & rehat je. Aku jalan sorang
pun okey.
Night Life in Lijiang
Dalam 8.45pm, aku keluar dan jalan ikut
suka hati dan kaki aku. Tapi untuk safety, aku pakai hood supaya tak nampak aku
pakai tudung. Agak risau jugak sebenarnya, lagi-lagi sejak kes MH370 tu aku
banyak dengar cerita tak best terjadi pada Malaysian yang ke China.
Jalan punya jalan, aku pun tak tau mana
aku jalan. Yang aku tau, aku tengok tempat tu ramai orang dan masih dalam
kawasan Old Town. Ada pub dan parti, live band, bising gila. Ramai pekerja pub tunggu
kat luar dok promot suruh masuk.
Kelakarnya, dalam pub tu diorang siap
ada belon-belon. Motif belon bebanyak? Ke aku yang noob, maklumlah tak pernah
masuk tempat gitu. Hewhewhew. Macam nak try masuk tapi tak yakin.
Sepanjang berjalan meraban tu jugak aku
jumpa few attractions yang aku list kan, macam Baisui Bridge. Kat area tu ada
macam jualan lilin dan bunga kertas, yang lepastu dilepaskan dalam sungai.
Ramai jugak yang buat. Nice la bila dalam sungai tu berlayar banyak bunga
berlilin.
Siap aku sesat jumpa pulak Lion Hill
yang aku tak tergerak pun nak pergi. Tapi disebabkan dah jumpa jalan, aku ikut
je papan tanda tu. Ramai jugak orang kat sini nak tengok view malam.
Lion Hill ni antara tempat paling
menarik kalau nak tengok keseluruhan view Lijiang Old Town. Tapi disebabkan aku
pergi waktu malam, cuma nampak lampu-lampu je. Ambil gambar pun tak cantik
sangat sebab kamera biasa. Kalau siang, mesti lawa, boleh nampak view bumbung
keseluruhan Old Town ni.
Nampak seketul muka Syita. View lain kabur saja. Hewhewhew. |
Dah bosan sorang-sorang kebekuan sejuk,
aku pun turun balik nak cari jalan gi kat Square tu. Semput sebenarnya naik dan turun Lion Hill ni. Entah
berapa ratus meter jalan mendaki dan turun bukit.
Tak masuk lagi bab batu dia licin dan
asyik nak shuffle je. Lepastu kurang oksigen dan semput. Aku fikir, aku takde
asma, tapi kat sini boleh semput. Kalau all of sudden pass out, siapa agaknya
nak selamatkan aku. Ada tak putera yang nak tolong macam cerita Snow White tu.
Kehkehkeh.
Sambil usha kanan kiri, dan berperasaan
di-usha local yang pelik tengok aku sorang-sorang agaknya, sampai jugak ke
Square tu. Malam memang meriah kat sini. Ramai couple dan kebanyakannya pegang
monopod untuk bergambar. Serius tak tipu. Monopod tu macam wajib. Haha!
Fefeeling dengan water wheel pun jadilah. |
Then aku keluar ke jalan besar dan
strolling down kat area luar pulak. In the same time, aku cari kedai yang jual
glove sebab glove aku tercicir petang tu, tinggal sebelah je. Suffer jugak
kalau takde glove tu sebab bila sejuk sangat, tangan jadi kebas.
Masa ni secara kebetulan aku jumpa ada
kedai makan Muslim lain, siap dengan surau. So aku mark kedai tu, esok boleh
pergi nak try. Kedai tu pun tak jauh dengan Old Town, kalau dari tepi jalan
boleh tengok ada papan tanda gambar bulan dan tulis Prayer Room & Muslim
Restaurant.
Dah makin jauh jalan sampai ke Mao
Zedong Statue, makin sunyi pulak suasana malam. Aku pun dah mula rasa tak best
nak jalan lagi, so aku patah balik. Lepastu dah dekat dengan area Old Town, aku
jumpa satu kawasan yang jual barangan winter.
Aku masuk kat area tu, rupanya ada
bangunan yang macam pusat borong barangan winter. Banyak jugak kedai dan macam-macam
barang ada. Dari winter coat, winter breaker, glove, boot, earmuff, muffle.
Macam-macam laa. Murah pulak tu. Winter boot rege 50 yuan je. Rambang jugak
mata aku. Tapi tahan je nafsu tu sebab niat nak cari glove je.
Dalam tu tak ramai customer dan kedai
pun dah banyak yang nak tutup. Tapi ramai local yang tengah dok main mahjong,
diorang pun macam tengok pelik je kat aku. Risau jugak kan, maka puas laa aku
tarik hood bagi tak nampak tudung. Agaknya diorang perati muka aku ni tak muka
China kot. Hehe.
Puas belek, aku pergi balik kedai kat
luar bangunan tu sebab aku tak jumpa barang yang berkenan kat dalam tu. Belek
punya belek, aku jumpa satu glove yg jenis mcm leather, warna hitam. Cantik dan
smart la glove tu. Aku mintak tawar dari harga asal 30yuan, dapat 25yuan. So,
dapat laa glove baru made in China.
Keluar dari area tu, aku jalan
laju-laju gi kat area Old Town. Dan takde dah singgah memana. Terus laju jalan
balik hostel. Mujur masa ni dah hafal jalan, so takde masalah sesat ke apa.
Dalam pukul 10 macam tu sampai bilik.
Echa pun bangun dah. Kitorang pun decide nak gerak pukul berapa esok, plan
route dan masa. Kemas barang-barang yang nak dibawak esok, lepastu mandi sebab
esok pagi taknak mandi. Kehkehkeh.
Okey done for Day 2! Babaiiiii! See you
on the next entry!
Tips :
1. Kat area Old Town Lijiang tak ada
kedai makanan Halal. Kalau kat area luar (bandar), ada banyak. Dan nak tau kedai
tu halal ke tak, tengok je peniaga dia pakai tudung atau kopiah. Then, kat luar
kedai tu signboard warna hijau, ada gambar bulan, ada tulisan arab, dan juga
banyak daging bergantung-gantung. First time tengok, a bit scary jugak la kan, punya
banyak daging, ekor bergantung-gantung.
2. Cara nak order makanan. Sama ada
ikut menu yang dia dah bagi atau pilih bahan dalam peti ais dan request cara
masak. Tapi kalau korang tak reti cakap Mandarin, susah sikit la nak request
cara masak tu. Paling senang, tengok je gambar makanan, tunjuk dan suruh dia
masak menu dalam gambar tu. Kena ingat,
kebanyakan makanan tak gunakan bawang dan rempah macam kat Malaysia. Tapi,
sedap ya amat.
3. Standard harga makanan kedai biasa,
dalam 12yuan untuk sepinggan nasi goreng atau mi. Kalau lauk pulak, dalam
25yuan ke atas, ikut jenis lauk. Kalau daging, mahal sikit lah.
4. Tiket tren kalau boleh beli awal dan
cuba elakkan beli on the spot. Sebabnya, rakyat China ni ramai. Takut korang
kehabisan tiket atau terpaksa beratur terlalu panjang untuk beli tiket.
5. Kalau perasan, kadang-kadang aku
guna yuan, kadang pulak RMB. Sama je sebenarnya. Aku guna ikut sedap aku je. Pecahan
duit kat China ni, ada 1 yuan, 5 yuan, 10 yuan, 20 yuan, 50 yuan, 100 yuan. Ada
jugak sekeping duit kaler macam ungu merah tulis nombor 5 tapi tu bukan 5 yuan. Tu kecik sikit dari 1 yuan. Kalau
boleh kumpul banyak-banyak duit 1 yuan. Senang nak naik bas, nak beli makanan,
buah.
Kos
Day 2 :
1.
Train ticket Lijiang to Kunming - RMB 141.5
2.
Bus No 18 - RMB 1
3.
Hostel - RMB 78/pax (2 malam)
4.
Protection fee - RMB 80
5.
Lunch - RMB 25
6.
Orange - RMB 7
7.
Glove - RMB 25
8.
Oxygen - RMB 20
Total
: RMB 377.50