5 Disember 2015 |
Sabtu
Setelah
berhempas pulas dengan memikio pasal trip ni, akhirnya, hari yang
ditunggu-tunggu tiba. Jumaat tu balik kerja singgah Cold Storage kejap beli
stok makanan sikit. Malam tu baru start kemas dan packing barang.
Pagi
Sabtu, dalam pukul 9.30 pagi aku gerak dari rumah - dari stesen Sentul Timur
naik LRT ke stesen Bandar Tasik Selatan, dalam 30 minit perjalanan. Then, aku
naik KLIA Transit dari Bandar Tasik Selatan ke Putrajaya sebab dah janji dengan
Echa nak jumpa kat Stesen KLIA Transit Putrajaya, baru gerak sama ke airport.
Okey
satu #tipstravelsyita (tapi tips ni dah berubah nilainya sejak kenaikan tambang
KLIA Transit ye).
Nak
ke KLIA2 dari TBS/BTS ada dua cara :
Satu
- naik Jetbus dengan kadar tambang terkini RM10/sehala dan ambil masa dalam
sejam kalau tak jammed, direct terus ke KLIA2. Bas sejam sekali. Beli tiket kat
kaunter bas TBS tu, sama macam nak beli tiket bas ke destinasi lain.
Dua
- naik KLIA Transit dengan kadar tambang RM11.30 (sekarang RM17.40), tapi kena
korban masa sikit la. Dari TBS turun kat Putrajaya (RM8.00) dan kat stesen
Putrajaya tu keluar stesen, beli tiket baru (guna TnG pun boleh) ke KLIA2
dengan harga RM9.40, then teruskan perjalanan ke KLIA2. Lebih kurang sejam
jugak la kalau ambil kira masa nak menunggu KLIA Transit kat Putrajaya nak ke
KLIA2 lagi. KLIA Transit ni agak kerap jugak, dalam 20 minit sekali (bukan
waktu puncak).
Aku
rasa, pilihan kedua tu sesuai sebelum kenaikan tambang KLIA Transit. Aku pun
suka guna cara tu sebab walaupun kena transit, tapi agak senang. Keluar je kat
stesen KLIA2, dah terus masuk airport. Kalau naik bas, kena berjalan jauh dari
tempat turun bas nak ke balai pelepasan kat tingkat 3 KLIA2 tu. Lepastu KLIA
Transit ada WiFi. Heee. Cumanya, lepas ni mungkin aku pilih naik bas kot sebab
nak jimat.
Okey
habis #tipstravelsyita. Sambung.
Tiba
kat stesen Putrajaya, tunggu Echa pulak, lepastu baru gerak ke airport. Seksa
jugak sebenarnya transit ni, lagi pulak bila aku bawak beg besar gedabak dan
berat.
KLIA2
Sampai
airport, kitorang nak check in baggage, tapi kaunter tak bukak lagi. So, pergi
laa isi perut dulu kat Marrybrown. Dah lama tak makan MB, teringin pulak.
Mengidam bubur MB. Tapi kecewa, bubur MB ni tak sesedap dulu. Sedap lagi bubur
McD. Hewhewhew.
Lepas
makan, kitorang pergi laa kaunter nak check in baggage. Kat sini la kekalutan
berlaku.
Muatan
terlebih. Kitorang beli 20kg je, kiranya kongsi 10kg seorang. Bagpack gedabak aku
masa aku timbang kat rumah, tak sampai pun 10kg. Beg Echa terlebih sikit. Staf
tu pun kautim, total dlm 23kg camtu, dia bagi lepas sikit. Cuma kena keluarkan
sikit barang sebab dia nak adjust berat. Contohnya satu beg 11kg dan satu beg
lagi dalam 10.9kg. Asalkan dua-dua beg tu maintain angka 1 kat awal berat tu.
So,
kat kaunter tu jugak dengan cepat dan gigih kitorang pilih barang yang
bersesuaian yang nak dikeluarkan sebab taknak orang belakang menunggu lama. Nak
keluarkan extension plug, tapi staf AA kata tak lepas kalau nak bawak naik
kabin. Pilih masuk pilih keluar, bila staf AA kata space baggage dah okey, maka
belayar la beg kitorang masuk ke dalam ruang simpanan.
Barang
yang dikeluarkan pun tak banyak sebab aku dah masukkan dalam organizer bag. Bagpack
kecik aku pulak memang nak bawak naik kabin dan cuma ada wintercoat je. Just
nice laa boleh isi barang yang dikeluarkan tu kat dalam bagpack kecik.
Kekalutan
lagi bila aku nak simpan dan kemaskan bagpack kecik, baru aku sedar yang dalam
organizer bag tu ada travel iron. Boleh ke idok iron ni nak lepas security
check nak naik kabin? Kang dilabel barang tajam dan berbahaya pulak. Saya bukan
penjenayah huaaa.
Kitorang
konpius. Echa pun dah kalut. Maka, dengan kuasa smartphone dan wifi airport,
aku pun guna carian Google dan bukak group BBM kat FB, cari post yang ada
kaitan dan tanya sama ada travel iron boleh dibawa naik ke kabin. Mujur ada
yang jawab.
Jawapan
mereka : Boleh dan tak boleh.
Haih,
ini lagi bikin pening. Boleh ke idok? Last-last, aplikasikan konsep redha je.
Kalau lepas, lepaslah. Kalau tak, saksikan la dengan keredhaan iron tu disimpan
di security.
Beratur
masuk departure hall, hulur passpot dan tiket, okey lepas.
Kitorang
pun jalan laa menuju ke pemeriksaan passport pulak. Yang ni part paling aku
suka, sebab semakan imigresen untuk rakyat Malaysia boleh guna mesin automatik E-gate
tu. Macam cool je pintu terbukak, lepastu bila kita masuk, pintu tertutup.
Letak passport, tengok muka sendiri, scan cap jari, pintu terbukak. Fuhhh.
Power laaa sistem Malaysia. Heeee~
Setel
kat E-gate, berjalan pulak kat security, lepas! Iron selamat! Aku lega, tapi
lepastu Echa cakap, ada lagi satu security untuk international.
Aku
tak ingat pulak ada dua security check untuk international flight. Adeh.
Setel
security check, berjalan menuju ke Gate L yang jauh tu. Yang tak best pasal
KLIA2 ni sebab gate semua jauh-jauh. 20 minit berjalan tu normal. Kalau dah
terlambat, janganlah nak berlengah menyinggah kedai-kedai yang asyik menggoda
suruh masuk tu.
Sambil berjalan tu rekod video sendiri sebab
berniat nak buat vlog untuk travel kali ni.
Jalan
punya jalan, kenapa tak jumpa lagi Gate L ni. Yang ada cuma Gate P dan Q. Kitorang turun bawah ikut
signboard Gate P dengan harapan nampak la signage Gate L, tak ada jugak. So
decide naik atas dan berpatah balik.
Baru
perasan, rupanya, Gate L tu kitorang terlepas masa tengah syok rekod video.
Haha!
Dalam
pada tu tengok jam. Eh, dah pukul 12.30pm. Boarding start 12.20pm. Cemana ni
Cha? Kang terlepas flight kang.
Sama-sama
tengok sesama kitorang, dan kitorang pun mulakan pecutan Usain Bolt vs Watson
Nyambek ke Gate L. Masa tu dah tak peduli dah nak usha pramugara atau pilot Air
Asia.
Penat
okey berlari sambil galas bagpack. Stamina dah la kureng sejak malas berjoging
ni. Kerana terpaksa, aku relakan. Kalau tak, naya je flight cakap byebyebye.
Lepas
puas berlari, barulah jumpa lagi security check yang kedua. Letak beg untuk
di-scan sambil debor punya debor memikio iron, akhirnya beg lepas tanpa
masalah. Yeayyyy boleh bawak iron!
Yang
tak best, dedua security check ni badan aku kena periksa. Walaupun yang buat pemeriksaan
tu sama jantina, tapi iols geli. Geli tau geli? Nasib baik laaa light and
surface je. Demi keselamatan, sekali lagi aku relakan. Phewww~
Lepas
security check, jalan lagi ke gate perlepasan kitorang, L5.
Dikau yang kukejar |
Lega
bila tengok ramai orang tengah menunggu. Kiranya, kitorang tak kena tinggal
laaa dan boleh teruskan perjalanan ke Kunming. Heehee.
Dalam
hall tu, boleh dikatakan semua Cina dan kitorang berdua je Melayu. Agak awkward
sikit laa tapi kitorang peduli apa. Hewhewhew.
Bila
diumumkan dah boleh boarding, kitorang dapat keistimewaan untuk beratur dan
naik dulu.
Sebabnya?
Sebab masa nak beli seat nak duduk tepi tingkap, seat dah habis, dan AA auto assign
kitorang duduk kat seat nombor 5. So, naik laa dulu takyah berebut yeayyyy!
Nak
masuk flight, pramugari greet dan tanya,
"Hai, are you going to Kunming?"
"Yes,
I'm going to Kunming." Jawab aku sambil tersenyum manis umpama gula. Dia
pelik agaknya muka aku takde rupa Cina, muka Jawa ada laa. Cha lain laa, ada
laa rupa macam Cina sikit. Heee.
"Shopping?"
dia sambung tanya lagi.
"No
no. Travelling." Aku jawab lagi sambil senyum dan kerut muka. Shopping?
Mujur
dalam flight seat aku dan Echa bersebelahan kat hallway tu so takdelah bosan
sangat. Sebelah kanan seat aku, ada Uncle Cina dari Perak dengan anak dia.
Muka
Jawa + Muka Cina
|
Flight
dari KL ke Kunming ambil masa dalam 4 jam je. Tak lama sangat. Naik flight,
tidur sekejap, bangun, dah sampai. Tapi agak bosan jugak laa walaupun cuma 4
jam. Sebab, Air Asia kot. What to expect kan. Bukan ada hiburan pun.
Tapi
aku takdelah tidur saja. Uncle sebelah tu pun peramah dan kitorang banyak
berborak. Macam-macam cerita dan mostly tentang travel. Dia cerita pengalaman
dia travel kat Europe, Asia. Hampir kesemua negara Asia dia dah pergi kecuali
Filifina. Dan dia pun jenis traveller yang mencari nature, bajet, hiking,
adventure. Huiiii sejiwa cara travel kitorang. Memang banyak borak jela
sepanjang flight. Seronok dengar dan kongsi cerita, walaupun cerita aku tak
seberapa. Pulak tu route kitorang kat Yunnan ni sama cuma clash hari je. Hehee.
Dah
penat borak, lelap mata sekejap. Lepastu bangun, aku borak dengan Echa pulak.
Sambil hidung bau makanan semerbak. Kitorang tak beli makanan sebab dah makan.
Sambil tu jugak dok perati je masyarakat dalam flight ni yang bertali arus
masuk toilet. Kalau toilet tu boleh mengadu, dia pun dah menangis agaknya
sepanjang flight orang keluar masuk.
Tu
belum kira lagi yang bising dalam flight, berjalan ke hulu hilir macam naik
tren, buat 'meeting tergempar', dan segala macam kerenah ada. Hihi.
Maap.
Ijinkan saya selfie di dalam toilet di angkasa
|
Mukabumi
Yunnan dari ketinggian puluhan ribu kaki
|
Time
touchdown ni paling aku salute kat pilot (pilot yang sangat menawan hati
kitorang tertamanya Echa sebab features die awesome gittewww kan Cha kannnn. Heee). Landing
sangat smooth dan tak rasa apa-apa gegar langsung. Tau-tau umum dah landing.
Rasa nak je gi kat kokpit tu kenyit mata dan ucap terima kasih, nak peluk
takleh. Hee~
Kunming
Changsui International Airport
Tepat
jam 4.35pm sampai airport, kitorang terus pergi cop imigresen, lepastu pergi
kat tempat ambil beg. Masa ni mata dok pandang kiri kanan sebab macam tak
percaya dah kat bumi China. Jakun iols.
Menunggu
beg teramat lama. Rasanya lebih 30 minit kot, dah la kitorang orang pertama
sampai. Lepas tu menyaksikan beg-beg tu turun berdentum. Tak macam sistem kat
KLIA2. Dalam hati aku, patutlah banyak kes beg pecah kalau macam ni cara beg tu
terjun.
Merata
iklan gini kat airport. Yes, everyday is spring in Kunming
|
Dapat
je beg, kitorang gi toilet kejap. Keluar toilet, tengok dah takde orang kat
area tu. Kitorang pulak lupa nak perhati mana exit. Dah laa signage tak
difahami. Pusing kiri kanan depan belakang, last-last pergi kat satu
information counter ni tanya mana exit nak pergi arrival hall. Dia pun guna
kuasa tangan dan tunjuk.
Laaaaa,
situ je rupanya. Yang menyebabkan kitorang konfius sebab takde orang jaga langsung.
Sepanjang berjalan keluar tu langsung takde staf yang jaga. Pelik.
Sampai
kat arrival hall, terus kagum dengan interior airport Kunming ni. Warna gold, unik
dan cantik. Kalau diperhatikan, rekaan Kunming Changsui Airport ni macam bentuk
burung. Airport tak crowded sangat dengan kedai-kedai macam KLIA2.
Masa
ni aku dah start nervous. This is the moment, nak mulakan travel 10 hari secara
berdua dan sendiri. Sepenuhnya bergantung pada itinerari yang dah prepare dan
kena get ready dengan pelbagai kemungkinan dan perubahan. Dengan tak reti cakap
mandarin, surely kitorang bakal jadi ayam itik.
Ok
dari airport kitorang nak ke Kunming Railway Station sebab pukul 9.21pm nak
naik tren ke Lijiang. Tengok iti, kitorang boleh pilih nak naik direct bus atau
naik metro + bus.
Dari
Kunming Changsui Airport ke Kunming Railway Station :
Direct Bus -
Ambil bas Line 2 di luar Airport. Tambang RMB25/way/person. Perjalanan ambil
masa dalam 45 minit (kalau tak jammed).
Metro+Bas
- Ambil
metro Line 6 (RMB 5) dari Airport dan turun kat Eastern Bus Station. Dari
Eastern Bus Station ambil bas Line 60 (RMB5) dan turun kat Yongsheng Road
(Kunming Railway Station). Keseluruhan perjalanan dalam 1 jam.
Nak
cari stesen metro tak susah, memang kat dalam airport je. Tengok signage dalam airport ni, ada dalam
Bahasa Inggeris jugak. Ikut je signage tu. Metro Airport ni kat lower ground,
jadi dari departure hall, kena turun eskalator ke bawah.
Signage
menuju ke Metro Line 6
|
Sampai
je kat bawah, sila beli tiket dulu kat mesin. Mesin untuk tiket subway ni
terselindung kat balik dinding. Kitorang tak perasan mesin tu, terus jalan ikut
signage dan jumpa security check. Kitorang ingatkan kena scan beg dulu baru
beli tiket. Lepastu staf subway tanya tiket, kitorang cakap tak beli lagi, then
dia tunjuk mesin tiket.
Ooo.
Okey kitorang ambil balik beg dan beli tiket. Nak beli tiket pun payah sebab
tak faham lagi. Tekan-tekan tak faham jugak. Datang sorang polis ke security
tah, dia tolong tekankan dan bagitau berapa kena bayar. Keluarkan duit sorang
5nyuan masukkan dalam mesin.
Berjaya
beli tiket. Tiket subway Line 6 ni dalam bentuk kad keras. Tak macam LRT kite
guna token bulat tu.
Tiket
Metro
|
Pergi
balik kat security check tu, staf tu senyum je dan bagi sign dah tak payah scan
beg. Terus je jalan, tap card, lepastu naik lif turun ke bawah untuk tunggu
subway. Prosedur sama macam naik LRT kat Malaysia, bezanya subway kat sini kena
scan bag terlebih dahulu kat security check.
Kat
bawah, kitorang tunggu subway sambil makan roti. FYI, subway line kat airport boleh
kata baru lagi beroperasi, dan tak ramai sangat guna. Tak macam KLIA Transit
atau JR Line kat Jepun yang sentiasa ramai dan penuh.
Subway
Line 6 ni jugak ada 2 stop je, Airport dan Eastern Bus Station. Jadi, korang
tak payah risau tak tau nak turun mana. Sebab hujung ke hujung dua tempat ni
je. Walaupun kat route dia ada tulis satu stop kat pertengahan, tapi subway tak
berhenti pun.
Pukul
6.20pm kitorang naik subway. Perjalanan subway ambil masa 20 minit. Sepanjang
perjalanan, boleh tengok view cantik, ada jalan raya, gunung, ladang buah, dan sebagainya.
Pulak tu masa tu sunset. Memang awesome laa view langit.
Ghupa
dalaman metro. Kosong je kan padahal dari airport ni.
|
Cuma
satu benda yang aku perhati dalam subway dan aku pelik sampai sekarang, semua
pokok kat sana diorang kaler cat putih kat banir pokok tu. Kenapa ek?
Eastern
Bus Station
Dalam
pukul 6.40pm, suasana dah nak gelap dan kitorang baru sampai kat Eastern Bus Station. Naik kat atas, keluar je dari
stesen subway tu terus nampak Eastern Bus Station, bertentangan je.
Dalaman stesen metro Line 6. Ye, ada security check jugak. |
Sama kan macam LRT kat Malaysia?
|
Eastern Bus Station |
Jalan pergi sana masuk dalam bangunan tu, cari kaunter bas No 60 tapi tak jumpa. Aku pergi
kaunter lain, staf tulis no 60 kat kertas dan bagi sign kena cari kat luar. Kitorang
jalan lagi, jumpa pulak tourist counter dan tanyastaf lagi. Dia buat benda sama,
tulis nombor 60 dan tunjuk suruh keluar.
Kitorang
keluar bangunan, nampak banyak bas. Telek semua bas, takde yang tulis nombor
60. Orang dah mula datang offer naik kenderaan diorang. Dan selaku rakyat
Malaysia, aku guna bahasa tangan menandakan, "it's okey, thank you".
Echa pulak hampir nak terima pelawaan. Aku cakap kat Echa, jangan layan
pelawaan diorang tu. Haha.
Nampak
ada polis, kitorang gi kat dia dan tunjuk kertas bertulis 60 tu. Dia tengok,
nak explain in English tak berapa tau agaknya, dia cakap dalam Mandarin sambil
tunjuk jalan ke bawah. Kitorang pandang arah dia tunjuk, baru perasan bawah tu
ada lagi banyak public bus dan ada mini bus station.
"XieXie",
lepas ucap ni kitorang jalan turun ke bawah. Tak jauh pun, dalam 1 minit jalan
je. Nampak ada mini bus station tu, terus pandang ke kanan, ada sebiji bas
depan convenient store. Dan bas tu bernombor 60. Yeayy! Alhamdulillah jumpa
akhirnya.
Pergi
kat bas tanya kat driver tu kalau bas ni pergi Kunming Railway Station, driver
tu angguk, cakap ya. Kitorang hulur 1 yuan sorang nak bayar tambang, driver tu
tunjuk 5 jari, bermaksud 5 yuan.
Aku pelik, aku tunjuk lagi not 1 yuan tu. Dia
tunjuk kat digital box dalam bas ada tulis 5.00. Aku mula nak hangen sebab aku
fikir dia ni nak scam foreigner ke apa. Mahal beno 5 yuan. Aku baca kat tenet
semua kata 1 yuan je.
Lepastu
ada orang nak naik jugak, dia pun bayar 5 yuan, lepastu kitorang borak ayam itik
dengan dia, rupanya memang bayar 5 yuan. Heh, maklumat mana ni bagitau 1 yuan
ni.
So
dah clear, kitorang pun bayar la sorang 5 yuan masukkan dalam box tu dan naik
bas. Nasib baik dapat seat. Kalau tak, mau bengkok bahu galas beg gedabak nak
berdiri setengah jam tu.
Perjalanan
dalam 30 minit macam tu. Sepanjang perjalanan, tak banyak sangat boleh tengok sebab
dah gelap. Cuma hayati sistem jalan raya, signboard, dan suasana malam je.
Oh
ye, sistem jalan raya kat Kunming ni berbeza dari Malaysia. Kat sini guna lane
sebelah kanan, stereng kat sebelah kiri. Bus stop kat tengah jalan raya. Kereta
jenis mewah. Audi tu macam Proton je. Hehe. Motor yang digunakan pun banyak yang
bersaiz besar, dan penunggang motor selalu sangat main selit-selit je. Seram
iols.
Sampai
kat satu pitstop ni yang agak sibuuk, ramai orang turun, kitorang konfius, kena
turun ke tak. Lepastu driver tu tunjuk dan suruh kitorang turun situ. Agaknya
dia ingat sebab tadi kitorang cakap nak turun kat Kunming Railway Station ni.
Turun
bas, kitorang blur. Mana nak pergi ni. Nak tanya orang, diorang pun tak
faham. Ternampak ada polis tengah berjalan, kitorang pergi kat dia dan tunjuk
gambar Kunming Railway Station. Dia pun terus tunjukkan tangan dia kat satu
hala ni. Kitorang pun cakap ayam itik, lepastu cakap xiexie dan ikut arah dia
tunjuk.
Malangnya,
kitorang masih tak nampak haluan yang betul dan tak nampak pun bangunan macam
dalam gambar kat iti tu. Rasa macam, "weh aku kat mana ni. betul ke tak ni
turun tadi".
Jalan
lagi tanya local kat situ dan tunjuk gambar, dia pun halakan tangan dia tunjuk
arah. Sekali lagi xiexie dan jalan merapu meraban. Akhirnya, baru nampak
berduyun manusia kat satu tempat ni, dan nampak ada bangunan sejibik dalam
gambar Kunming Railway Station kat iti tu. Ada menatang apa tah kat atas bangunan tu.
Inila ghupa Kunming Railways Station. Cilok gambar Google. |
Phewww.
Lega jumpa akhirnya. Dengan yakin jalan nak masuk dalam kawasan Kunming Railway
Station, ada ramaiiiiiii gila manusia kat situ sampai kitorang konfius mana
jalan sebenarnya. Kitorang jalan jela nak masuk lalu satu pintu kecik ni,
tetiba ada polis datang dan cakap bahasa dia apa tah. Tapi kitorang buat-buat
paham, dia kata tak boleh masuk kat situ, situ pintu keluar. Kena masuk kat tempat
yang ada security check tu.
Security
check? Ya, sekali lagi. Ada ramai polis kat situ berjaga dan ada banyak laluan
security check. Ikut je lane memana yang korang suka. Kitorang cuak jugak laa
takut ada barang yang tak lepas ke. Mujur semua okey je. Lepas. Halal.
Kunming
Railway Station
Masuk
dalam kawasan railway tu, terserempak dengan uncle yang aku duduk sebelah dia
dalam flight. Kali ni dia dengan anak lelaki dan isteri dia sekali. Borak-borak
kejap, rupanya diorang naik direct bus dari airport tadi dan baru sampai.
Kiranya, waktu perjalanan kitorang sama jela. *tapi kitorang jimat duit tambang
hehehee*
Kat
dalam kawasan railway ni ada ramai polis bersenjata yang berjaga. Siap ada yang
berdiri atas batu tu sambil pegang senapang, macam tugu je. Nak ambil gambar tapi takut kang dia
ingat aku pengganas walaupun rupa aku ni takde rupa pengganas.
Okey
nak cerita sikit la. Kenapa ramai polis berjaga? Ini mungkin salah satu
faktornya.
1
Mac 2014, ada kes serangan berkumpulan dengan menggunakan pisau dan senjata
tajam. Sasaran diorang, random, sesiapa
je rakyat yang ada kat Stesen Keretapi Kunming
ni. Tujuan serangan wallahualam. Agak dahsyat jugak la bila baca berita ni, selamba
je penyerang ni tikam dan kelar mangsa-mangsa ni. Ramai jugak terbunuh masa tu.
Ada yang kata 31 orang, ada yang kata 33 orang. Kejadian ni buat orang trauma
la kiranya, so no wonder kalau kawan Senn takut nak ada kat situ masa nak
belikan tiket kitorang tu.
Kembali
pada cerita kitorang, kitorang pergi masuk kat hall yang untuk beli tiket. Ada
tulis Ticket Office dan boleh nampak dari luar. Masa ni dah start rasa sejuk
dah tapi aku masih tak pakai winter coat lagi.
Masuk
dalam tu, aku cari kaunter nombor 1 untuk dapatkan tiker tren kitorang. Sebabnya
hasil bacaan aku, kaunter 1 khusus untuk foreigner. Tapi kitorang pergi situ,
tak ada staf jaga. Tunggu dan tunggu, sorang staf datang dan bagitau pergi
kaunter 7. Kitorang pun pergi pulak kaunter 7, tapi disuruh pulak ke kaunter 8.
Aik, tukar tiket pun ada birokrasi ke.
Masa
ni terjumpa lagi dengan uncle tadi. Dia pun nak tukar tiket dia. So aku pun
minta tolong dia sekali nanti untuk tolong cakapkan kat staf tu. Setel dia
tukar tiket, dia pun cakap dengan staf tu pasal tiket kitorang. So aku pergi
kaunter, bagi passport kitorang, tunjuk screenshot detail tiket yang Senn
belikan.
Alhamdulillah
senang je. Semua setel dalam tak sampai 10 minit. Dapat tiket macam yang
kitorang nak. Harga tiket kitorang 152 yuan dan 147.5 yuan. Berbeza sebab ikut
katil, katil atas atau bawah.
Oo
lagi satu, kaunter tiket kat sini, lain sikit. Ada banyak kaunter, dan semuanya
ber'pagar'. Kita cakap je macam biasa dan staf pulak akan bercakap guna mikrofon yang
selit kat telinga tu. Then ada speaker so clear la sepatutnya apa yang diorang
cakap tu, cuma antara faham tak paham la. Pada aku, staf kaunter tak berapa mesra sangat, ke sebab kitorang tak faham ek jadi gitu. Entah.
Dalam
pukup 7.50pm, kitorang keluar dari tempat tiket, dan berjalan pulak nak masuk departure
hall. Ada pondok batu kat sini, tunjukkan passport dan tiket untuk staf check. Dah
lepas, jalan lagi masuk, ada security check. Scan bag lagi sekali, lepastu barulah
secara rasminya dah masuk dalam departure hall of Kunming Railway Station. Agak
besar jugak dan ada banyak tempat duduk menunggu. Manusia pun ramai jugak.
Kitorang berlepas dari Gate 17 |
Kitorang
cari tempat duduk dekat dengan gate tren yang kitorang bakal berlepas, K9686.
Ada digital signage yang tunjukkan nombor tren, so should not be a problem nak
tau gate mana dan bila untuk berlepas.
Kebetulan,
seat kitorang bertentangan dengan 1 famili China Muslim. Diorang tengok
kitorang, kitorang tengok diorang. Diorang pelik agaknya cara pemakaian tak
sama. Hehe.
Masa
ni aku dah keluarkan winter coat sebab sejuk. Lepastu makan kacang Tong Garden peberet sebab dah lapar. Nak online nak inform family dah sampai China, tapi internet
takde. Wifi ada, tapi tak boleh connect.
Tunggu
punya tunggu, dalam pukul 9 macam tu orang dah mula beratur. Kitorang pun
beratur jugakla. Masa ni agak bengkek sikit laa dengan komuniti diorang ni.
Sesuka hati potong barisan dan berkelakuan kurang sopan. Eh, beratur la.
Haihhh. Ye tauu. Negara korang.
Lepas
je gate bukak, staf tren check tiket dan passport, slow-slow bergerak masuk
dalam kawasan tren dan terus cari coc tren. Aku tak ingat coc berapa, tapi kat
tren ada tulis nombor coc. Kalau tak pasti, tanya je dengan staf kat situ.
Ghupa tiket tren China. Guna ni sebagai rujukan, senang. |
Masuk
dalam coc, terus woww. Not bad interior dia. Siap berkarpet. Jumpa kabin yang
sama nombor dengan dalam tiket kitorang, tapi kitorang blur sikit sebab kabin
ni ada 4 katil je. Betul ke ni? Sebab, kitorang beli tiket murah dan expect
kabin kitorang yang 6 katil.
Dalam
kabin tu dah ada 2 orang perempuan China, so kitorang tanya dia betul tak itu
kabin kitorang. Diorang tengok tiket, then cakap ya. Fuhhhh, lega dapat kabin
yang agak ok, cuma 4 katil je dan tak payah panjat tinggi. Share dengan
perempuan pulak tu. Takla segan sangat.
Letak
beg, borak-borak sikit dengan 2 orang tadi tu, diorang dari Beijing ke Shanghai
camtu la. Datang Lijiang nak bercuti.
Ini pulak ghupa katil dan kabin. Hai Cha, Penat yeeee. |
Siap
makan, ambil toiletries, pegi kat sinki nak cuci muka dan gosok gigi. Ambil
masa sikit laa sebab ramai orang guna. Toilet, hmmm, taknak komen. Korang
sendiri faham la camne toilet kat China dan yang digunakan oleh begitu ramai
manusia. Yang pasti, kita orang Malaysia ni prepare jela botol kosong dan isi
air siap-siap kat sinki. Air sejuk gila okey. Kebas.
Selesai
semuanya, panjat katil, dan tidur. Takde nak tukar baju tidur. Tenang tidur
tanpa internet. Comforter tebal dan lembut. Katil je keras sikit dan bantal
tipis. Takpe, janji tidur. Dah penat seharian. Goodnight!
Tips
:
1. Kat sini boleh kata semua tempat ada security check, dari
airport, bus station, train station, metro station. So get prepare untuk scan
beg korang. Make sure takde benda yang boleh menimbulkan keraguan.
2. Selepas diperhati, rupanya stail tunjuk jalan oleh komuniti
China ni pelik sikit. Kalau kita tanya, diorang akan hulur tangan je tunjuk
jalan sehala. Tak ramai yang tunjuk dengan detail, lagi pulak tak faham kan. So, korang kena banyak tanya orang. Contohnya, dia tunjuk jalan ke
depan then depan tu ada junction, kat junction tu korang tanya pulak orang
lain. Ulang je proses ni sampai laa korang tiba kat destinasi. Hehe.
3. Bahasa memang sangat terhad. Diorang tak ramai yang boleh cakap
dan faham English. Kita pulak tak boleh cakap dan tak faham Mandarin. Sangat
limited. Jadi, guna jela apa cara pun untuk komunikasi, bahasa ayam itik, cakap
je Bahasa Melayu pun takpe sebab diorang tak faham. Nak lagi best, guna bahasa
badan atau apa jenis bunyi sekalipun, janji maksud sampai.
4. Nak memudahkan komunikasi, sediakan kamus elektronik (install kat fon) bahasa Mandarin.
Kalau nak tanya arah atau tempat, sediakan gambar tempat tu berserta nama dalam
tulisan China. Paling membantu cara gini, sebab kalau cakap dalam English, sebutan tu
tak sama maksudnya.
5. Warga China ada yang baik, peramah, dan willing to help. Tapi
ada juga yang memang tak peramah langsung dan buat tak layan bila kita nak
minta tolong atau tanya jalan. Be prepared dengan mental anda bila tak dilayan.
Hehe.
6. Meludah merata-rata itu normal kat sini. Korek hidung
depan public lepastu gentel pun normal. Banyak terjadi. Jangan pelik.
7. Toilet tak macam kat
Malaysia. Nightmare jugak laa sebenarnya. Tapi layan je asalkan hajat tertunai.
Sediakan wet tissue dan botol air kosong.
p/s : Gambar tak berapa nak banyak dan kualiti kureng sikit sebab kitorang tak sempat nak amek gambar sentiasa. Busy dengan bergerak dan beg. Heee.
Kos
Day 1 :
1. Flight Ticket + Baggage - RM373 +
RM29 = RM402
2. KLIA Transit - RM11.50
3. Marry Brown - RM12
4. Nasi Lemak Uncle Chin - RM15
6. Subway - RMB 5
7. Bus 60 - RMB 5
8. Train Kunming to Lijiang - RMB152
Total
in RM : RM440.50
Total
in RMB : RMB 162
Terbaik lah syita...x sabar nak bace entri yg seterusnya..cepat sambung story lagi syita.....hehehe
ReplyDelete