Tuesday, 16 February 2016

#menjejakyunnan : Day 2

6 Disember 2015 | Ahad

Lijiang

A new day has come!

Syok betul tidur dalam tren ni. Sejuk lepastu gebar best, memang berselubung penuh nikmat laa kan. Kepenatan seharian perjalanan sampai dah tak sedar apa masa tidur tu. Kalau bom meletup pun tak sedar agaknya. Sedar-sedar dah dalam kubur. Hewhewhew.

Aku set alarm pukul 4.45 am. Alarm bunyi, tapi aku masih berlengah lagi kat katil, rasa malas nak bangun. Niat malam tadi, pagi ni bangun awal, kiranya dalam pukul 5 pagi dah bangkit dari pembaringan. Tujuan asal, taknak berebut sinki dan toilet dengan ribuan masyarakat dalam tren.

Oh ye, waktu di China ni sama je dengan Malaysia. Malaysia pukul 5 pagi, China pun 5 pagi. Takde beza pun. So takyah nak fefeling obesi sangat.

Lepas dah bermalasan, Echa pun dah kejut, maka bangkit laa dari katil dalam pukul 5.30 pagi. Hamek kau, pemalas sangat kan nak bangun pagi. Mujur laaa ABC. Takde nak gopoh-gapah sangat.

Amek toilettries, terus pergi area toilet. Hamek. Bising amat kat luar kabin. Akibat bermalasan 30 minit, hasilnya, beratur rakyat keretapi tengah cuci muka, gosok gigi, masuk tandas, buat air. Ye, buat air. Ada provide air panas dalam tren ni.

Menyesal terlewat setengah jam. Lama nak menunggu turn. Jadi, kalau taknak berebut dengan rakyat keretapi, bangun seawal boleh, okey.

Sampai turn aku, sentuh air je terus rasa menyesal. Sejuk beno. Cemana niiiiii.

Jawapannya - Redha. Nak muka dan mulut basi atau sanggup kebas air sejuk? Pilih.

Aku pilih rela kebekuan dalam kesejukan, asalkan fresh and beautiful. Hewhewhew

Lepas dah refresh,kitorang siap-siap kemaskan beg barang-barang. Takut ada yang tertinggal. Dalam pukul 7 pagi, tren tiba kat Lijiang Railway Station. Maka, berbondonglah manusia keluar dari tren menuju ke stesen dan keluar ke destinasi memasing.

Lijiang Railway Station

Dari tren, ikut je signage Exit, ataupun ikut je manusia yang ramai tu. Lepastu kena mendaki tangga tinggi untuk keluar dari kawasan bawah tanah.

Tengah berjalan dengan beban beg berat dan menahan sejuk yang teramat, aku nampak orang kat depan aku berasap. Dalam hati aku, apekehey hang merokok kat dalam ni bro?

Kitorang jalan lagi naik tangga sambil bercakap. Apahal aku pulak berasap ni? Bila masa aku merokok?

Baru sedar. Aku bercakap dan bernafas keluar asap wehhhhh!

Omaigod masa ni jakun gilaaaaaa. Eksaited tauuuuu bila bercakap ada asap keluar. Terus fefeeling drama Korea yang selalu tengok tu. Fuhhh, the feeling was amazing you know. Asyik nak kembung mulut pastu tiup-tiup nak tengok asap. Kehkehkeh.

Sambil terus jakun, kitorang pun dah sampai kat atas. Tengok suasana gelap lagi. Check iti, kitorang kena pergi beli tiket tren balik siap-siap sebab takut habis kalau beli lewat.

Sama macam kat Kunming, untuk beli tiket kena pergi kat Ticket Office dan beli kat kaunter. Kali ni bernasib baik sebab Ticket Office dah bukak (ikutkan yang aku baca, operation hour Ticket Office start 8 pagi). Kaunter 1 bukak, staf pun boleh berkomunikasi dalam English. Jadi proses beli tiket kali ni tak susah sangat.

Beli tiket dekat Kaunter 1. Giant Display atas tu untuk tunjuk waktu tren dan jumlah tiket yang masih ada.
Tiket balik kitorang  beli bertarikh 11 Disember 2015, jam 8.55pm, tren K9684. Kali ni tiket murah sikit, RMB 147 untuk Echa dan RMB 141.50 untuk aku. Macam biasa, beza kelas dan katil.

Selesai beli tiket, nak pergi cari bas pulak nak ke Old Town Lijiang. Masa ni perasan yang duit kecik tak banyak. Echa pun pergi kat kaunter tadi dan pecahkan duit. Dapat laa sikit duit 1 yuan, dalam 20 yuan rasanya.

Duit kecik ni penting sebab nak naik bas nanti semua guna 1 yuan dan kena masukkan tambang ngam-ngam je. Takde baki dipulangkan kalau kita masukkan lebih. 1 yuan bersamaan RM 0.67 sen (waktu tukaran duit kitorang).

Pondok bas berhadapan je dengan stesen keretapi ni. Keluar je dari stesen akan nampak ada beberapa pondok menunggu bas, jadi jangan tersilap. Nak ke Lijiang Old Town kena naik bas nombor 18, tambang 1 yuan.

Pagi di Stesen Keretapi Lijiang. Ini view dari pondok bas.
Pondok bas ke Lijiang Old Town tak memerlukan kita melintas jalan kalau dari arah stesen dan pondok bas ni terletak paling depannnnnn sekali.

Memula kitorang pun blur mana satu pondok bas nak gi Old Town. Lepastu tanya orang, dah konfem, tunggu jela kat pondok bas tu. Lagi pulak ramai yang menunggu sambil bawak beg gedabak. So, sure laa itu tempatnya.

Tetiba, ada nenek datang nak jual kitab apa tah. Kitorang geleng kepala je tanda taknak beli walaupun kesian tengok dia cari pembeli dalam keadaan pagi yang teramat sejuk tu. Memula dia insist nak kitorang beli sambil cakap dalam bahasa dia, tapi bila kitorang pun insist taknak beli, dia pun jalan pergi kat orang lain. Serius, kesian tengok dia jalan slow-slow cari customer. Huhuuu~

Dalam tak sampai 10 minit menunggu, bas No.18 sampai. Beratur, bayar 1 yuan, dan duduk dalam bas diam-diam. Waktu ni dah agak cerah, dah nampak suasana pagi Lijiang dan pemandangan menarik sekitar situ.

Paling best, dah nampak Jade Dragon Snow Mountain!

Feeling aku masa ni memang rasa macam nak nangis je. Macam tak percaya, gunung salji yang aku dok idam nak tengok selama ni, yang aku asyik tengok bila buat research dan prepare iti, akhirnya depan mata je.

Orang yang sentimental terlebih macam aku mesti paham maksud aku. Sebak plus terharu.

Okey dah habis sentimental. Sambung balik.

Dalam bas, kitorang blur lagi cemana nak tau nak kena turun mana. Nak tengok fon, takde internet. Tengok iti, ada gambar je. Aku pandang Cha. Cha pandang aku. Blur.

Ye, memang buat preparation dan research, tapi, bila kita dah dalam situasi sebenar, tak semuanya mudah macam yang dibayangkan. "Expect for the unexpected", said someone. Ehem, hai awak. 

Tengah blur, tetiba mamat China yang duduk kat seat belakang ni tegur aku. Dia nampak ke-blur-an kitorang agaknya. Tapi dia cakap Mandarin, aku tak faham. Sikit-sikit je aku boleh tangkap maksud dia.

Dah dedua tak faham, cemana? Aku bukak apps google translate kat fon. Tapi tak boleh guna sebab tak ada internet. Dia pun bukak ipong dia, dan tulis something tunjuk kat aku.

Oh, dia tanya aku nak pergi mana. Aku pun taip laa kat fon dia cakap nak ke Lijiang Old Town. Lepastu kitorang berbalas mesej guna ipong dia .

Dia pun rupanya nak ke Lijiang tapi tak book hostel lagi dan tak plan lagi nak gi mana. Aku tanya kalau dia pun nak stay sekali hostel kitorang, tapi aku tak sure kalau walk in ada bilik lagi ke tak.

Aku pun teragak nak mintak tolong kalau boleh nak guna wifi dia, tapi aku segan nak cakap. Dia macam faham niat aku, dia pun tunjuk dia bukak ada hotspot dan suruh aku connect Wifi.

Yipppiee!!! Mekasehhhhh! Sekali lagi takleh peluk macam kat drama tanda terima kasih kalau orang tolong kita. Boleh cakap xiexie je.

Lepastu dia hulur ipong dia, bukak WeChat dan suruh aku tulis ID WeChat aku. Aku pun bagi jela. Lepastu dia add. Aku approve.

Lepastu kitorang sambung Q&A kat WeChat. Mujur dia bagi Hotspot sebab kat WeChat ni boleh direct translate, jadi takdelah teruk sangat nak komunikasi tu. Still okey walaupun translation taklah 100% accurate.

Dalam 20 minit naik bas, borak punya borak, lepastu sampai satu pitstop ni, dia cakap turun situ. Kitorang pun mengangkut beg gedabak turun. Fuhhh. Turun bas terus terasa sejuk mencengkam tulang.

Kat sini, dia bagitau kitorang arah mana kitorang kena pergi kalau nak ke hostel. Aku tanya dia nak stay mana. Dia cakap, dia nak cari hostel luar dari Old Town, hostel aku kat Old Town.

Okey, so arah yang kitorang nak tuju, berlainan. Aku dan Echa kena terus jalan je kalau ikut Waze. Lelaki tadi tu arah bertentangan. Lepas cakap terima kasih, kitorang pun gerak ke haluan memasing.

Seriously, sangat berterima kasih kat dia sebab sudi bagi guna internet dan tolong kitorang walaupun dia sendiri tak pasti. Kalau tak, entah memana je kitorang turun dan buat agaknya.

Kitorang jalan je susur jalan dan ikut arah yang Waze tunjuk kalau nak ke hostel. Tapi internet dah lost signal, kitorang tak pasti sama ada Waze tu betul ke tak. Macam jauh sangat je, 2km macam tu.

Konfius, tanya orang. Dia tunjuk, kitorang follow arah tangan dia dan jalan.


Lijiang Old Town
Terus dan terus dan terus sampailah jumpa pintu gerbang yang agak klasik. Kitorang masuk dan terus suasana lain. Kiri kanan depan semua macam zaman dulu. Oh, dah masuk Old Town rupanya. Cantikkkkkk. Very the traditional.


Kitorang jalan lagi sambil mata melingas tengok mana satu hostel yang ada rupa macam dalam iti kitorang. Tapi tak jumpa. Singgah memana tanya orang, semua main tunjuk-tunjuk sampai kitorang blur. Tahap dah sesat.

Echa tengah tanya jalan
Masa ni dah malas fikir betapa cantiknya tempat tu yang banyak bunga-bunga dan suasana segar. Waktu ni hampir give up jugaklah, dengan beg berat, lapar. Echa dah ketinggalan kat belakang dok tarik beg. Aku jalan cepat sikit sebab nak tengok kalau terjumpa. Takde jugak. Entah berapa orang kitorang tanya, tapi semua taktau. Penat. Pelik.

Tetiba jumpa sorang lelaki tua ni, kat lengan baju dia ada lencana polis. Terus aku tunjuk iti dan tunjuk nama dan alamat hostel. Dia belek, lepastu suruh kitorang ikut dia.

Aku dengan Echa dah eksaited dah. Akhirnyaaaa ada orang tau.

Follow dan follow. Tetiba sampai kat satu hostel yang cantik ni, pakcik ni masuk dan suruh kitorang masuk.

Aikkkk. Mana dia nak bawak kitorang pegi ni?

Dia pun tunjuk tangan kat mata. Adeh. Amende pakcik tak pahammmmmm.

Dia masuk dalam, lepastu keluar sambil pakai cermin mata. Laaaa, pakcik nak ambil spek ke. Haha!

Lepas tu dia amek iti kitorang, dia baca balik. Then dia cakap dalam bahasa dia. Kitorang haram tak faham laa kan. Lepastu dia tunjuk-tunjuk beg kitorang dan tunjuk satu bilik kat situ. Tangan dia tunjuk 10.

Apa korang agak dia nak cakap?

Haaaa, dia cakap taktau kat mana hostel kitorang tu dan suruh kitorang stay kat hostel dia tu je. Satu malam 100 yuan bilik lengkap, ada landskap lagi.

Kitorang dah mula rasa tertipu dan insist taknak. Pastu kitorang bagitau dah bayar kat hostel yang kitorang cari ni. Macam mana kitorang cakap kat dia? Bantai je cakap asal cakap. Faham tak faham tu belakang kira. Haha.

Dalam masa yang sama kesian jugak kat dia sebab dia bersungguh dan hostel tu pun look nice. Tapi sebab dah book kat Lijiang Ancient Yown International Youth Hostel tu, kitorang nak teruskan jugak. Lagi pulak kitorang masih lost, taktau kitorang kat mana.

Pakcik dah gibab. Kitorang pun dah gibab. Cakap, tak faham. Tak faham, cakap. Berapa lama tah kitorang dok bertekak. Last-last pakcik ajak kitorang keluar nak jumpa orang dan suruh tinggal beg. Aku degil, aku amek jugak beg kitorang dan suruh Echa amek beg dia jugak.

Pakcik bawak kitorang kat satu kedai ni. Maybe hostel + kafe. Dia masuk dalam dan panggil sorang perempuan keluar.

Ohh, dia suruh kitorang communicate dengan amoi ni. Amoi ni boleh cakap English sikit-sikit. This is greatttt yeayyyyy!

Kitorang tunjuk iti dan alamat hostel. Dia angguk dan cakap dia tau tempatnya. 2 km dari tempat kitorang berada sekarang.

2km? Fuhhhhhhh. Terkenang beg gedabak.

Q&A sambil tu pakcik pun dok mencelah, nak jugak bercakap. Aku request kat amoi nak guna wifi sekejap, dia pun bagi password. Bukak Waze, tapi tak dapat jugak route yang tepat. Cong ceng cong cek dengan amoi, dia pun cakap, okey takpe. Dia tunjukkan tempat tu dan kitorang ikut je dia.

Waaaaa. Like seriously amoi nak tunjuk jalan?

Dia pun senyum, angguk, then masuk dalam amek winter coat dia.

Kitorang pun pandang pakcik, dan cakap terima kasih sebab tolong kitorang walaupun dia sendiri taktau tempat dan siap suruh kitorang duduk kat hostel dia. At least, dia lead kitorang jumpa dengan amoi ni. Alhamdulillah.

Lepas byebye dengan pakcik, amoi pun bawak kitorang jalan. Sambil tu berborak. English dia limited, tapi masih boleh berborak. Cuma ada laa bila aku tanya, dia jawab lain.

Dia cerita dia pernah pergi KL, duduk dengan kawan dia. Dia pun bukan local Lijiang, sebab dia pun asal dari one part of China dan kat Lijiang sebab bekerja.

Borak. Senyap. Kepala ni dok melingas tengok kiri kanan view cantik. Yela, dah tak risau dah pasal jalan. Sambil tu tengok suasana bekerja waktu pagi kat sini. Ada yang buat senamrobik beramai-ramai. Ada security yang berlari sambil berkawad pagi. Ada yang bernyanyi. Selain daripada keriuhan pekerja, waktu pagi kat sekitar Old Town agak sunyi dan tak ramai orang. Tenang dan nyaman.

Pekerja tengah senamrobik sebelum mulakan kerja
Sambil tu jugak tengok belakang tunggu Echa tapi Echa suruh jalan dulu sebab dia payah nak tarik beg, jalan kat Old Town tu berbatu-batu. Gedebuk gedebak beg bunyi.

Dalam 20 minit macam tu berjalan dan rasanya takde pun 2km, akhirnya sampai kat Lijiang Ancient Town International Youth Hostel.

Payah beno nak jumpa ekau
Akhirnya. Lega.

Terletak kat selekoh diapit dua buah hostel lain. Memang betul kata review kat Booking.Com, tak mudah dicari untuk kali pertama. Dari luar ada tertulis nama hostel dan nampak laa sejibik rupa dalam gambar kat iti.

Amoi (aku lupa la nama dia) pun cakap dia nak balik kat kedai. Aku dengan Echa pun bertalu-talu cakap terima kasih dan ajak selfie sama sebagai kenangan. Terharu okeh, baru je jumpa dan dia pun sibuk nak buka kedai, tapi dalam kesejukan pagi, dia sanggup tolong hantar kitorang kat hostel tu. Rasa beruntung jumpa orang yang baik hati sepanjang tiba kat Lijiang ni.

Amoi baikkkkk

Lijiang Ancient Yown International Youth Hostel
Nak masuk hostel, tetiba sorang perempuan Cina tegur dalam Bahasa Melayu.

Rupanya orang Malaysia, datang situ dengan sekumpulan kawan dia. Kitorang borak sikit-sikit je sebab dah penat, lagipun nanti mesti jumpa lagi since kitorang stay kat hostel yang sama.

Masuk dalam hostel, gi kat kaunter dan request nak check in awal. Mujur boleh. Siap bayar, dapat je kunci, staf dia pun hantar pergi kat bilik. Bilik kitorang kat Level 1 je, paling hujung sekali.

Not bad jugak hostel ni. Ada landskap dan kolam kat tengah-tengah dan bangunan kayu 2 tingkat. Ada bilik untuk istirehat reramai, ada rak buku. Rate untuk 2 malam pun tak mahal sangat, RMB156 untuk 2 malam, private room bukan dorm. Kiranya RMB78 untuk 1 malam. Tak sampai pun RM60.

Heaven! Boleh masuk 4 orang.
Waktu sekarang pukul 9 pagi. Masuk bilik, letak barang dan terus ceburkan diri kat katil. Bilik beso, katil beso, klasik binaannya sebab diperbuat daripada kayu, lantai pun kayu. Toilet pun ok la. Cuma, bila orang bilik sebelah berborak pun boleh dengar. It's okey. No biggie. Bercakap je pun.

Yang kurang syok sikit, takde heater so agak sejuk. Cepat-cepat tengok kalau ada electric blanket. Jumpa. Terus pasang.

Paling penting, wifi. Kitorang on wifi, dapat je connect, terus connect dengan Betternet. Alhamdulillah, dapat jugak internet nak whatsapp family dan update lokasi. Lega. Tak lupa, update facebook dan IG. Heee.

Kitorang pun rehatkan badan dan kemas-kemas sikit, lepastu makan bekalan buat sarapan. Decide dalam pukul 11 baru keluar semula dan mulakan tour.

Syoknyaa bila dapat baring kat tilam. Boleh golek-golek sepuas hati tak macam dalam train.

Pukul 11 pagi, bersiap elok-elok. Terus pakai thermal wear, baju berlapis, wintercoat, muffle, boot. Aku bawak sling bag. Echa bawak bagpack kecik aku.


Lijiang Old Town
Kali ni waktu berjalan, kitorang cuba ingat jalan dan langkahkan kaki pegi kat Square yang kitorang nampak masa nak ke hostel tadi.

Tak jauh pun. Dalam 5 minit dah sampai. Tapi sempat la kitorang menyinggah kedai-kedai yang dah mula bukak sepanjang jalan tu.

Kat Square, dah ramai orang berkunjung. Tak macam awal pagi tadi kosong je. Matahari pun dah naik tapi cuaca masih sejuk.

Landmark Lijiang Old Town Square
Serius cantik pemandangan kat sini. No wonder la dikatakan Everyday Is Spring In Kunming  (or maybe Yunnan).

Pokok-pokok dan bunga-bunga berwarna warni mencantikkan kawasan sekeliling. Dari Square jugak boleh nampak binaan bangunan klasik yang semakin meninggi ke atas bukit. Langit biru berawan. Udara segar. Sungai kecik dengan air jernih mengairi kawasan sekitar. Sangat terjaga.




Sekeliling sangat menakjubkan pada aku, rasa macam aku sekarang ni kat zaman dulu-dulu (kalau takde orang berpakaian moden sambil bawak fon dan monopod la). Hati asyik memuji je ciptaan Allah yang cantik ni.

Jalan ke depan sikit, terjumpa Water Wheel yang merupakan salah satu tarikan kat sini. Water Wheel ni besar dan diperbuat daripada kayu, masih berfungsi dan berpusing.

Water Wheel!
Sekitar kawasan tu ada jugak batu tanda UNESCO. Batu ni besar dan ada tulisan UNESCO. Ada jugak binaan kayu macam love lock yang orang dok letak mangga cintan cintun tu.

Let's lock the love!
Jalan lagi depan sikit, ada mural klasik kat dinding berwarna merah bata. Jalan lagi depan, dah ada pondok keselamatan, jalan raya dan kedai moden menandakan korang dah keluar dari kawasan Old Town. Paling senang, landmark-nya adalah bangunan tinggi Bank of Construction China.


Okey nak cerita sikit tentang Lijiang. Kat Lijiang ni, kebanyakan masyarakatnya terdiri daripada kaum Naxi, Nakhi, Tibet, dan pelbagai lagi. Ada banyak kaum kat sini. Muslim pun ramai tapi susah sikit nak dikenal pasti kecuali yang bertudung dan berkopiah.

Lijiang jugak terbahagi kepada Lijiang Town dan Lijiang Old Town. Lijiang town ni bandar luar dari kawasan Lijiang Old Town. Kiranya, kat area Lijiang Town ni laa banyak pembangunan moden. Ada bank, kedai-kedai moden, bas, kereta, motor, dan sebagainya. Bandar Lijiang ni pun sangat luas.

Manakala kat Lijiang Old Town pulak, persekitaran lebih terjaga dan bangunan lebih kepada binaan tradisional. Kenderaan bermotor langsung tak dibenarkan dalam kawasan Old Town. Jadi kat dalam Old Town, gunakan dua kaki untuk bergerak.

Lijiang Old Town ni salah satu kawasan yang diwartakan sebagai tapak warisan UNESCO sejak 1997. Old Town ni dah wujud hampir 1000 tahun lampau, dan kebanyakan bangunan dan tarikan kat sini dah berusia 1000 tahun jugak. Cuma pernah la beberapa kawasan yang musnah sebab terbakar dan dah dibuat pembangunan serta penambahbaikan untuk tujuan pelancongan. Tapi, masih mengekalkan reka bentuk klasik dan suasana lama.

Batu tanda UNESCO
Sebab tu jugak, nak masuk Lijiang Old Town ni pengunjung dikenakan bayaran RMB80 setiap orang sebagai Protection Fee untuk memelihara kawasan ni. Dan korang tak akan rasa rugi bayar, sebab Old Town ni memang sangat bersih dan terjaga. Thumbs up for their effort to keep this old town clean and reserve.

Kalau ke Lijiang jugak, kena tau korang nak pergi mana. Contohnya Old Town sendiri, ada 3 jenis Old Town di Lijiang. Ada Dayan, Shuhe, dan Baisha. Yang kitorang stay dan menginap ni kat Dayan. Ramai pengunjung suka menetap dan melawat sini sebab agak meriah. Kedai banyak, tarikan pun banyak. Jangan tak percaya McD pun ada dalam Old Town ni, tapi kat bangunan bercorak lama.

Kalau Shuhe dan Baisha tu pulak agak reserve, very the old style, so kalau nak yang aman dan tenang, boleh pergi kat sana. Tarikan setiap Old Town pun tak sama. Jarak antara Old Town sebenarnya tak jauh sangat, kalau ada kenderaan sendiri lagi senang. Nak naik teksi pun boleh.

Disebabkan aku kat Dayan, maka aku bercerita tentang tarikan kat Dayan jela ye. Masa aku prepare iti, ada jugak terfikir nak ke Shuhe dan menginap kat sana dalam 1 malam. Ramai orang review kat sana lagi terjaga dan feeling of the old time tu lagi kuat, tu aku nak try. Tapi disebabkan logistik agak susah, so kitorang stay je kat Dayan ni.

Antara tarikan kat Lijiang:
Sifang Square
Wuyi Street
Water Wheel
Baisui Bridge
Jade Dragon Snow Mountain
Black Dragon Pool
Mu Palace
Lugu Lake
Lashi Lake
Baisha Village
Wangu Pavillion
Tak semua tempat ni kitorang pergi disebabkan kekangan masa dan bajet. Jadi kitorang pilih yang mana yang berbaloi je. Attraction kat kawasan Old Town tu, semua boleh cover dalam sehari je sebenarnya. Dan kadang korang tak perasan pun korang dah melepasi kawasan tarikan tu.
Sambung.
Kitorang berjalan je sampai kat kawasan luar Old Town, kiranya dah masuk ke kawasan bandar Lijiang. Dalam masa yang sama, mencari jalan nak ke Black Dragon Pool. Sebabnya, aku baca yang Black Dragon Pool ni tak jauh dari Old Town.
Bangunan tinggi tu China Construction Bank
Akhirnya selepas puas berjalan, jumpa signboard menghala ke Black Dragon Pool. Rupanya senang je jalan ke sana. Dari Lijiang Old Town tu, keluar ke jalan besar yang ada bangunan China Construction Bank tu, jalan terus je dalam 20 minit.
Signboard menghala ke Black Dragon Poo
Macam biasa, tanya dengan orang. Dan macam biasa, semua main tunjuk tangan je. Paling sadis, kitorang tegur sorang lelaki local ni dan tunjuk gambar Black Dragon Pool, tapi dia langsung tak layan dan jalan menonong je. Sentap weols.
Lepastu ada sorang China lady dengan sekumpulan kawan-kawan tegur kitorang dan cakap bahasa Mandarin. Adeh, cemana ni nak cakap. Kitorang geleng kepala je tanda tak faham walaupun dia beria-ia bercakap.
Kitorang syak, dia tanya jalan kat kitorang. Last-last kitorang cakap "dui bu qi, wo men bu ming bai", dia pun angguk je dan senyum. (Lepastu kitorang jumpa diorang kat Black Dragon Pool, rasanya diorang tanya kitorang jalan nak ke situ la kot).
Dalam perjalanan tu, akan jumpa beberapa check point penting, macam Mao Zedong Statue yang merupakan landmark untuk bas nombor 7 ke Jade Dragon Snow Mountain. Juga akan jumpa banyak kedai jual pelbagai jenis barang yang menarik dan murah. 
Mao Zedong Statue
Paling best, kitorang jumpa kedai makanan Muslim. Eksaited you know. Kat luar kedai tu ada pakcik pakai kopiah pegang baby dok tengok je kitorang, maybe sebab kitorang bertudung kot. Kitorang reserve dulu kedai tu dengan niat nak singgah lepas balik nanti. Berjalan dari restoran tu ke Black Dragon Pool dalam 5 minit je. 


Black Dragon Pool
Sampai kat pintu gerbang Black Dragon Pool, ada kaunter dan staf berpakaian tradisional yang akan check tiket Protection Fee. Nak masuk dalam ni free je, tapi make sure ada Protection Fee. Kalau takde, kena bayar dulu RMB80 dan nanti diorang akan bagi sekeping kertas berwarna kuning, then kena tulis nama penuh kita kat kertas tu. Sah laku dalam 2 minggu kalau tak silap.

Pintu gerbang Black Dragon Pool
Protection Fee ni penting dan diperlukan terutamanya kalau korang nak masuk Old Town, Black Dragon Pool, dan Jade Dragon Snow Mountain. Kena tunjuk bila nak masuk. Kat Old Town, kadang-kadang randomnly je ada pegawai yang datang dan mintak korang tunjukkan slip ni. Kalau takde, kena bayar on the spot.
Lepas dah bayar, masuk je dalam kawasan Black Dragon Pool atau dalam bahasa Mandarin, Heilongtan. Kenapa nama dia Black Dragon Pool? Aku pun tak pasti. Yang pasti, tempat ni sebenarnya dah wujud sejak 1737, iaitu pada zaman Dinasti Qing. Ce kira dah berapa ratus tahun dah.
Serius sangat cantik! Ada tasik, ada taman, ada jambatan putih, ada pokok-pokok cantik, ada pavilion, ada pagoda, ada Dongba Museum, dan paling best, menghadap dengan Jade Dragon Snow Mountain.
Most favourite spot
Kawasan Black Dragon Pool ni memang besar. Kalau nak habis pusing, ambil masa dalam beberapa jam jugak. Cuaca sejuk, jadi tak terasa penat sangat nak berjalan tu. Aku suka suasana dalam ni, tenang je dan cantik. Ambil gambar kat part mana pun, semua menarik.

Kitorang try naik ke atas kat kawasan Dongba Reseacrh Centre dan Dongba Museum, tapi tutup. 


So, kitorang jenjalan je kat kawasan dalam tasik ni. Ada beberapa tempat yang offer pakej bergambar menghadap Jade Dragon Snow Mountain dengan pakaian tradisional, bayar dalam 20 yuan. Aku macam nak try, tapi lepas tu terlupa bila dah terleka berjalan. 

Lompat itu wajib
Purrfecctttttooo

Taman kat tasik tu pun best, ramai local bawak famili bersantai kat situ. Ada satu kawasan yang ada jambatan kayu merentasi tasik. Yang ni kena hati-hati sikit, aku nyaris jatuh masa melintas sebab kayu reput.




Kat sini la hampir jatuh sebab kayu reput

Kitorang habiskan masa dalam 2 jam lebih jugak. Siap singgah kedai cenderamata kat dalam tu. Kebanyakannya barangan handicraft tradisional, contohnya keychain, kotak kayu, beg, cermin muka klasik, macam-macam lagi la. 

Keychain Handicraft
Aku rasa, barang kat kedai ni agak murah dan banyak pilihan jugak. Sebab keychain tu boleh dapat 4pcs untuk 10 yuan. Kat luar, 1pc tu dah 10yuan. Hewhewhew. Keychain tu sebelum beli korang tanya maksud tulisan dia. Takut pulak tulisan tu ayat sembahyang diorang. 

Dah penat dan puas berjalan, kitorang pun keluar. Kitorang tak tau kitorang keluar ikut jalan mana sebab ada banyak pintu kat sini. Yang pasti, kitorang keluar tak ikut pintu masuk tadi.

Kononnya dari pintu keluar tu, nak cari kedai makan Muslim belakang Black Dragon Pool yang kak Atlas Pengembara tu bagitau. Puas mencari, tapi tak jumpa. Last-last, kitorang strolling je jalan kat situ, jumpa pulak ada makcik bawak troli jual buah tepi jalan. Kitorang pun singgah la nak tengok-tengok.

Fuhhh. Buah dia fresh dan cantik je. Ada oren, epal, lai, pear, pomegranate. Rambang mata rasa nak beli je semua. Harga pun tak mahal sangat. Aku beli buah oren 7 yuan je sekilo. Manis dan sedap sangat! Echa pulak beli pomegranate. Jadi la nak buat mengunyil. Berbaloi. Hehee.

Mekcha beli buah
Lepastu sambil makan buah, jalan lagi cari jalan balik. To be honest, awal-awal kat Lijiang ni, kitorang memang main bantai je jalan. Tak ingat pun jalan. Main agak-agak je. Nak tengok maps, internet takde. So, tawakal saja redah jalan. 

Mujur bila dah jauh berjalan tu, jumpa semula pintu gerbang Black Dragon Pool tu. Kitorang pun singgah jap kedai souvenir kat luar tu. Semua jual lebih kurang je harga dan barang dengan kedai yang kat dalam tu.

Then, kitorang pergi kedai makan Muslim yang kitorang jumpa awal tadi. Kali ni decide nak masuk terus dan makan. 

Kitorang masuk, ada sorang perempuan China ni yang serve. Dia tanya kitorang nak makan apa, kitorang pulak tak tau nak makan apa sebab blur tentang menu. Fuhhhhhh. Serius susah nak explain dan nak order makanan.

Aku ada baca, kalau nak order makan kat China ni stail lain sikit. Ada sesetengah kedai yang ada menu. Tapi, kebanyakannya takde. Cuma ada gambar makanan dan tulisan Cina.

Kat kedai diorang ni ada peti ais besar, dalam tu ada bahan mentah so kita boleh pilih bahan yang kita nak dan suruh diorang masak. Kitorang gi kat peti ais tu, tengok ada sayur, daging, tauhu, mi, macam-macam la. Kitorang main tunjuk-tunjuk, dia tanya tapi kitorang tak faham jugak. Ahhh sudah. Cemana nak order?

Ini dia kedai halal. Tu daging bergantungan. Nampak tak peti tu?
Dia pun dah gibab gaknye, dia suruh sorang lelaki muda ni serve kitorang pulak. Kitorang pun decide duduk dan bincang. Puas berfikir, akhirnya aku & Echa pun terus tunjuk gambar kat dinding kedai dia, cakap kitorang nak makan benda tu. Tauhu goreng dengan daging pedas.

Paham ke idok?
Tu pun masih dok konfius lagi tepat ke tak pilihan kitorang. Kena ke tak dengan selera dan tekak Melayu. Kitorang da tahap redha jela makanan apa yang sampai nanti. Haha.

Yang bestnya kedai dia ni, diorang serve kutleri semua dalam bekas khas. Mangkuk makan & chopstick dalam bekas kertas yang sealed. Kat kertas tu ada tulisan halal Lijiang. Lepastu diorang serve jugak Chinese tea dalam teko comel. Cawan dia kecik je. Sekali teguk habis.


Nasi pun diorang serve dalam bekas kayu yang comel. Macam bekas isi beras tu tapi versi mini. Nasi tak macam kat Malaysia. Nasi diorang macam lekat dan wangi. Sedap.

Bila makanan sampai, kitorang terus macam - daebakkkkkkk. Banyak gila portion satu pinggan tu. Kitorang jadi risau jugak kalau dia masak tu untuk 2 orang punya portion & harga pun lagi mahal. Tapi dah lapar, lantak laa dengan harga. Yang penting, weols kenyang. Terus capai chopstick dan makan. Merasa makan nasi dengan chopstick. Hewhewhew.

Presentation makanan pun tiptop hokeyyy. Abaikan background lain tu.
Okey bab rasa. Memang sedap dan tiptop. Daging tu tak pedas sangat, just nice. Daging yak dipotong keping nipis, dimasak dengan kacang hancur, taucu, dan sengkuang hiris. Tauhu pulak dipotong dadu dan digoreng dengan cili. 

Puas makan. Tak habis pun lauk tu sebab terlalu banyak. Portion lauk tu boleh makan 4 5 orang kot. Kitorang try paksa perut masuk semua makanan, tapi tak boleh dah. Gibabbbb.

Kedai ni maybe family run kot. Sebab ada sorang lelaki dan perempuan yang kitorang rasa merupakan laki bini, ada baby, ada budak lelaki umur dalam 7 tahun, ada sorang atuk tua, ada sorang remaja lelaki. Masa kitorang makan, semua kat dalam kedai tu macam dok perati kitorang.

Oh nak cerita, masa kitorang sampai tadi, budak lelaki kecik pipi merah tu tengah makan. Habis makan, dia buat kerja sekolah. Mak dia pulak tengah masak. Atuk dia jaga baby. Lepastu entah kenapa mak dia yang agak garang tu dok bebel, dia pun lawan cakap. Mak dia marah dia agaknya, lepastu dia pun menangis tersedu-sedan sambil buat homework.

Lepas mak dia siap masak dan serve makanan kat sebelah meja kitorang, semua famili dia duduk makan. Budak ni sekali lagi kena makan. Sambil makan sambil menangis-nangis. Syahdu pulak tengok. Yela, dia baru je lepas makan, pastu kena buat homework, pastu kena paksa makan lagi gaknye. Yang kelakar, ayah, pakcik, atuk dia semua buat tak tau bila mak dia membebel tu. Agaknya dah biasa kot mak dia bebel gitu. Kehkehkeh.

Kitorang pulak rasa kesian kat budak tu. Masa kitorang siap makan, famili diorang tengah makan lagi. Kitorang taknak kacau, so borak je dulu sambil borak. Lepastu kitorang pasang niat nak bagi budak tu duit RM1 sebagai souvenir.

Diorang siap makan, kitorang pun ready nak gerak dan nak bayar. Ce teka harga makan kitorang?

Haaa, harga makanan kitorang cuma 50 yuan semua sekali. Murah daripada yang kitorang expect. Kalau makan ramai, kiranya lagi murah laa.

Lepas bayar, kitorang pun bagi duit RM1 tu kat budak tadi. Happy betul dia dapat duit Malaysia. Terus dah tak nangis lagi. Mak dia pun senyum je sambil tanya kitorang dari mana. Kitorang jawab dari Malaysia, mak dia angguk dan senyum lagi. Hehe.

Kitorang ajak mak & budak tu bergambar, atuk dia pun datang kat belakang nak bergambar sama. Comel je tengok. Heheeee. Suka gilaaa dengan diorang. Sweet!

Atuk kat belakang. Tengok pipi budak tu merah. Heee
Lepas byebyebye dengan diorang, kitorang pun keluar dari kedai dan jalan nak balik ke Old Town semula. Kali ni dah agak ingat jalan, so just strolling down the street, singgah kedai tengok barang, leisure je tak rush. Lagipun awal lagi. 

Sempat singgah satu kedai jual pakaian winter. Serius murah dan cantik-cantik. Semua jenis harga 55yuan je, ada jugak trench coat cantik dan colourful. Aku dah belek macam nak beli. Tapi fikir, aku dah ada winter coat 3 helai, lepastu kang memberatkan beg pulak. Dan tak jadi beli. Sudahnya sampai sekarang menyesal. Hewhewhew.

Singgah kedai-kedai kat bandar. Beli air mineral dan oksigen nak bawak gi gunung esok. In the same time nak cari kot-kot ada kedai yang jual fridge magnet, keychain, dan tshirt yang bertulisan Lijiang/Yunnan. Tapi, mimpi saja. Langsung tak ada semua tu. Yang banyaknya, keychain tradisional, shawl sutera, shawl H&M, beg duit. Jangan memain, shawl H&M yang melambak jual kat Malaysia tu, kat sini merata jual dengan harga 10 yuan je. Hihi.

Dah penat jalan, kitorang balik ke Old Town. Pusing-pusing je jalan area Old Town tu tengok tempat yang kitorang tak pergi lagi while enjoying the day view of Old Town. Ramai local dan pelancong bersantai kat sini waktu petang. 

Ada kumpulan pakcik dan atuk duduk main mahjong, ada atuk nenek bawak cucu berjalan, ada jugak nenek buat persembahan tradisional Naxi. Nenek Naxi ni pakai baju tradisional lepastu menari ikut muzik dan ada la beberapa orang follow cara dia menari.


Sempoi je McD depa


Sambil tu kitorang singgah jugak kedai-kedai souvenir kat sini. Boleh dikatakan 100% kedai kat sini jual barang yang hampir sama. Harga pun tak banyak beza. Banyak kedai 10 yuan tapi dalam tu tak semua barang jual harga 10yuan. Ada jugak barang yang harga lagi mahal. So, kena hati-hati la masa beli tu. Lagi satu, kat sini sangat susah nak nego harga. SANGAT SUSAH. Peratusan dapat nego tu sangat tipis.

Ni la antara souvenir yang diorang jual. Lain takdak.
Penat berjalan, kitorang balik ke hostel. Lepak seharian berjalan. Lagipun dah nak gelap dah. Sampai hostel, masuk je bilik, terus terdampar atas katil. Phewwwwww.

Plannya, malam tu nak keluar jenjalan lagi tengok night life kat Lijiang. So, kitorang decide nak keluar lagi pukul 8.30 pm.

Malam tu, aku tengok Echa macam kepenatan, aku pun cakap kat dia suruh tidur & rehat je. Aku jalan sorang pun okey.


Night Life in Lijiang 
Dalam 8.45pm, aku keluar dan jalan ikut suka hati dan kaki aku. Tapi untuk safety, aku pakai hood supaya tak nampak aku pakai tudung. Agak risau jugak sebenarnya, lagi-lagi sejak kes MH370 tu aku banyak dengar cerita tak best terjadi pada Malaysian yang ke China.

Jalan punya jalan, aku pun tak tau mana aku jalan. Yang aku tau, aku tengok tempat tu ramai orang dan masih dalam kawasan Old Town. Ada pub dan parti, live band, bising gila. Ramai pekerja pub tunggu kat luar dok promot suruh masuk.

Kelakarnya, dalam pub tu diorang siap ada belon-belon. Motif belon bebanyak? Ke aku yang noob, maklumlah tak pernah masuk tempat gitu. Hewhewhew. Macam nak try masuk tapi tak yakin. 

Sepanjang berjalan meraban tu jugak aku jumpa few attractions yang aku list kan, macam Baisui Bridge. Kat area tu ada macam jualan lilin dan bunga kertas, yang lepastu dilepaskan dalam sungai. Ramai jugak yang buat. Nice la bila dalam sungai tu berlayar banyak bunga berlilin.


Siap aku sesat jumpa pulak Lion Hill yang aku tak tergerak pun nak pergi. Tapi disebabkan dah jumpa jalan, aku ikut je papan tanda tu. Ramai jugak orang kat sini nak tengok view malam.

Lion Hill ni antara tempat paling menarik kalau nak tengok keseluruhan view Lijiang Old Town. Tapi disebabkan aku pergi waktu malam, cuma nampak lampu-lampu je. Ambil gambar pun tak cantik sangat sebab kamera biasa. Kalau siang, mesti lawa, boleh nampak view bumbung keseluruhan Old Town ni.

Nampak seketul muka Syita. View lain kabur saja. Hewhewhew.
Dah bosan sorang-sorang kebekuan sejuk, aku pun turun balik nak cari jalan gi kat Square tu. Semput  sebenarnya naik dan turun Lion Hill ni. Entah berapa ratus meter jalan mendaki dan turun bukit.

Tak masuk lagi bab batu dia licin dan asyik nak shuffle je. Lepastu kurang oksigen dan semput. Aku fikir, aku takde asma, tapi kat sini boleh semput. Kalau all of sudden pass out, siapa agaknya nak selamatkan aku. Ada tak putera yang nak tolong macam cerita Snow White tu. Kehkehkeh.

Sambil usha kanan kiri, dan berperasaan di-usha local yang pelik tengok aku sorang-sorang agaknya, sampai jugak ke Square tu. Malam memang meriah kat sini. Ramai couple dan kebanyakannya pegang monopod untuk bergambar. Serius tak tipu. Monopod tu macam wajib. Haha! 

Fefeeling dengan water wheel pun jadilah.
Then aku keluar ke jalan besar dan strolling down kat area luar pulak. In the same time, aku cari kedai yang jual glove sebab glove aku tercicir petang tu, tinggal sebelah je. Suffer jugak kalau takde glove tu sebab bila sejuk sangat, tangan jadi kebas.

Masa ni secara kebetulan aku jumpa ada kedai makan Muslim lain, siap dengan surau. So aku mark kedai tu, esok boleh pergi nak try. Kedai tu pun tak jauh dengan Old Town, kalau dari tepi jalan boleh tengok ada papan tanda gambar bulan dan tulis Prayer Room & Muslim Restaurant.


Dah makin jauh jalan sampai ke Mao Zedong Statue, makin sunyi pulak suasana malam. Aku pun dah mula rasa tak best nak jalan lagi, so aku patah balik. Lepastu dah dekat dengan area Old Town, aku jumpa satu kawasan yang jual barangan winter.

Aku masuk kat area tu, rupanya ada bangunan yang macam pusat borong barangan winter. Banyak jugak kedai dan macam-macam barang ada. Dari winter coat, winter breaker, glove, boot, earmuff, muffle. Macam-macam laa. Murah pulak tu. Winter boot rege 50 yuan je. Rambang jugak mata aku. Tapi tahan je nafsu tu sebab niat nak cari glove je.

Dalam tu tak ramai customer dan kedai pun dah banyak yang nak tutup. Tapi ramai local yang tengah dok main mahjong, diorang pun macam tengok pelik je kat aku. Risau jugak kan, maka puas laa aku tarik hood bagi tak nampak tudung. Agaknya diorang perati muka aku ni tak muka China kot. Hehe.

Puas belek, aku pergi balik kedai kat luar bangunan tu sebab aku tak jumpa barang yang berkenan kat dalam tu. Belek punya belek, aku jumpa satu glove yg jenis mcm leather, warna hitam. Cantik dan smart la glove tu. Aku mintak tawar dari harga asal 30yuan, dapat 25yuan. So, dapat laa glove baru made in China.

Keluar dari area tu, aku jalan laju-laju gi kat area Old Town. Dan takde dah singgah memana. Terus laju jalan balik hostel. Mujur masa ni dah hafal jalan, so takde masalah sesat ke apa.

Dalam pukul 10 macam tu sampai bilik. Echa pun bangun dah. Kitorang pun decide nak gerak pukul berapa esok, plan route dan masa. Kemas barang-barang yang nak dibawak esok, lepastu mandi sebab esok pagi taknak mandi. Kehkehkeh.

Okey done for Day 2! Babaiiiii! See you on the next entry!


Tips :
1. Kat area Old Town Lijiang tak ada kedai makanan Halal. Kalau kat area luar (bandar), ada banyak. Dan nak tau kedai tu halal ke tak, tengok je peniaga dia pakai tudung atau kopiah. Then, kat luar kedai tu signboard warna hijau, ada gambar bulan, ada tulisan arab, dan juga banyak daging bergantung-gantung. First time tengok, a bit scary jugak la kan, punya banyak daging, ekor bergantung-gantung.

2. Cara nak order makanan. Sama ada ikut menu yang dia dah bagi atau pilih bahan dalam peti ais dan request cara masak. Tapi kalau korang tak reti cakap Mandarin, susah sikit la nak request cara masak tu. Paling senang, tengok je gambar makanan, tunjuk dan suruh dia masak menu dalam gambar tu.  Kena ingat, kebanyakan makanan tak gunakan bawang dan rempah macam kat Malaysia. Tapi, sedap ya amat.

3. Standard harga makanan kedai biasa, dalam 12yuan untuk sepinggan nasi goreng atau mi. Kalau lauk pulak, dalam 25yuan ke atas, ikut jenis lauk. Kalau daging, mahal sikit lah.

4. Tiket tren kalau boleh beli awal dan cuba elakkan beli on the spot. Sebabnya, rakyat China ni ramai. Takut korang kehabisan tiket atau terpaksa beratur terlalu panjang untuk beli tiket.

5. Kalau perasan, kadang-kadang aku guna yuan, kadang pulak RMB. Sama je sebenarnya. Aku guna ikut sedap aku je. Pecahan duit kat China ni, ada 1 yuan, 5 yuan, 10 yuan, 20 yuan, 50 yuan, 100 yuan. Ada jugak sekeping duit kaler macam ungu merah tulis nombor 5 tapi tu bukan 5 yuan. Tu kecik sikit dari 1 yuan. Kalau boleh kumpul banyak-banyak duit 1 yuan. Senang nak naik bas, nak beli makanan, buah.

Kos Day 2 :
1. Train ticket Lijiang to Kunming - RMB 141.5
2. Bus No 18 - RMB 1
3. Hostel - RMB 78/pax (2 malam)
4. Protection fee - RMB 80
5. Lunch - RMB 25
6. Orange - RMB 7
7. Glove - RMB 25
8. Oxygen - RMB 20

Total : RMB 377.50

1 comment:

  1. Terbaekklah syita....bawak yus pulak syita p sini....hehehe

    ReplyDelete