Mari
menunaikan janji yang dah berbulan! Heheee. Okey, nah ni, apa yang aku buat dan sediakan sebelum aku berangkat ke Yunnan.
ITINERARI
Ini
paling penting sebenarnya sebelum aku mulakan travel. What to do, where to go,
everything laaa yang mungkin relate dengan gaya travel aku tu. Kitorang, memandangkan
beli tiket secara tidak merancang, kitorang pun mencari laa aktiviti dan tempat
yang boleh dibuat dalam tempoh 10 hari.
Echa
busy dengan kelas dan assignment, aku pulak kebetulan agak free, so aku pun
buat laa simple itinerary yang masih belum finalize lagi. Cuma buat sebagai
rujukan je. Dekat 6 bulan aku peram itinerari aku tu. Tinggal lagi 2 bulan nak
fly, baru aku korek balik fail, dan mula semula rujukan aku kat blog, BBM, web,
Tripsadvisor, dan China Travel Guide. Siap berbalas emel dengan kak Atlas Pengembara tu sebab nak tanya macam-macam. Haha.
Semua
ni sangat membantu dalam nak finalize kan iti kitorang, terutamanya website China
Travel Guide tu yang mana banyak orang akan tolong untuk bagi maklumat terkini,
kiranya info korang dapat tu tak outdated la. Tanya laa apa pun, mesti ada yang jawab and leraikan
kemusykilan uols, macam iols yang asyik laa musykil ni. Hewhewhew.
Mula-mula
kitorang plan nak ke Kunming, Lijiang, Dongchuan dan Yuanyang je. Dongchuan
& Yuanyang tu sebab tu antara senarai wajib kalau ke Yunnan, memang cantik laa view kat situ. Tapi bila dah
buat research bagai, Dongchuan tak sesuai kalau pergi time winter sebab tak de
apa pun nak ditengok. Yuanyang pulak memang teramat sesuai kalau pergi waktu
winter, tapi agak jauh dari Kunming. Dan baru sedar, Kunming lebih daripada
sekadar Kunming. Banyak lagi yang boleh dijelajah dalam provinsi Yunnan ni.
Akhirnya,
kitorang decide untuk ke Kunming, Lijiang, Tiger Leaping Gorge, Shangri-la. Ada
plan nak ke Deqin (sempadan Tibet) tapi memikirkan masa dan bajet yang tak
berapa nak seronok, so batalkan.
#tipstravelsyita
1.
Kebiasaannya aku akan list kan tempat, jarak, masa, dan kos dalam itinerari aku
tu. Lain-lain seperti waktu solat, ramalan cuaca dan kalau banyak masa, aku
akan letak sekali gambar peta kawasan yang aku akan pergi setiap hari, gambar
tempat (so aku tau aku tak salah pergi). Iti ni jugak aku jadikan dalam bentuk booklet.
2.
Aku selalunya akan susun itinerari aku ikut kesesuaian masa dan waktu. Aku buat
beberapa plan, contohnya Yunnan ni aku buat Plan A, B, C, dan D, yang berbeza
antara satu sama lain dan lepas banding mana yang terbaik, aku pilih dan
finalize-kan iti tu. Biasanya perbezaan tu pada masa dan mana tempat nak pergi
dulu. Mana yang bagi jimat masa dan duit, tu laa aku pilih. Ada jugak la
beberapa kali aku tukar-tukar plan sebab nak bagi lagi cantik perjalanan. After
all, itinerary is an itinerary. Actual plan tu boleh jadi berbeza.
3.
Aku akan list-kan must-go, must-try dan must-do. Jadi aku letak tu sebagai keutamaan
dan daripada laman TripsAdvisor, boleh tengok top places and top activities
yang korang boleh gunakan sebagai rujukan. Boleh juga guna laman web
pelancongan rasmi tempat tu untuk lebih jelas tentang tempat tu. Biasanya, yang
diorang list tu laa yang korang akan pergi jugak bila ke sana. Tapi boleh jugak
cuba benda lain yang rare yang orang jarang buat. Hehe.
Daripada
list tu, korang pecahkan pulak. Contoh kat Kunming, ada 10 tempat dan korang
ada 3 hari. So, susun la 10 tempat tu dalam 3 hari dan ikut tempat. Contoh
lagi, hari pertama, pergi 3/4 tempat yang berdekatan dan ikut route yang
memudahkan korang. Jangan lupa take note, korang kena naik apa semua tu sebab
boleh bantu korang jimat masa dan duit. Takla berulang alik. Bekpekes macam
mana pun, kalau nak gamble terus tapi buang masa dan duit, rugi jugak kan? Unless kau kaya dan banyak masa. Haha.
4.
After all, jangan terlalu rush dan pack sangat nak kejar semua. Pergi dan buat
yang termampu. Kesihatan dan keselamatan tu paling utama.
Rupa itinerari aku. Hehe
|
VISA
Ni
pun paling penting. Korang takkan dapat masuk China kalau tak ada visa ni. Nak
buat visa China ni sangat mudah sebenarnya. Tak rigid sangat dan simple.
Pejabat
Visa China ada 2 di Malaysia, iaitu di KL dan Kuching. Kat KL ni kat Pusat
Perkhidmatan Permohonan Visa China di Malaysia (Chinese Visa Application
Service Center), Hampshire Place, Ampang Park.
Nak
buat visa China di KL dan nak naik public transport, senang je. Kalau dijadikan
stesen LRT Masjid Jamek sebagai permulaan/transit, naik LRT Putra dan turun di
stesen Ampang Park. Jalan kaki ke Hampshire Place ni tak sampai 10 minit dan
berdekatan je dengan Menara Tokio Marine (sbg landmark). Keluar dari stesen
then pusing kepala ke kiri/kanan, make sure KLCC kat sebelah kiri anda. Nampak
Menara RHB, pergi kat situ, dongak kepala nampak menara Tokio Marine,
langkahkan je kaki ke sana. InshaAllah sampai. Kalau susah jugak, bukak je Waze
confirm sampai. Heeee
Proses
buat visa tak susah dan sekejap je. Sampai kat tower tu, masuk dan naik lif ke
aras 5. Keluar lif terus jumpa pejabat Visa China. Beratur dan bagi semua yang diperlukan
utk pegawai semak, dan lepas tu diberikan nombor giliran. Rezeki aku walaupun
agak lewat (pukul 9 lebih baru sampai), tapi tak ramai sangat orang dan kaunter
banyak yang beroperasi. Hanya tunggu seorang dan tak sampai 5 minit, dah
dipanggil.
Serahkan
dokumen, pegawai semak sekali lagi, tanya sikit-sikit (contoh single/double
entry), dan kita diberikan slip sebagai bukti semasa ambil visa. Urusan selesai
dalam tak sampai 10 minit. Visa pula siap dalam tempoh 3/4 hari bekerja dan kat
slip ada tulis tarikh boleh ambil. Bayaran single entry visa adalah sebanyak
RM88.30. (Kalau visa tak lulus tetap perlu bayar utk ambil passport).
Nak
ambil visa? Sama jugak step kata atas. Cuma bawak duit jela.
#tipstravelsyita
1.
Nak apply visa China ni, korang isi je siap-siap borang secara online di website
dan kemudian cetak. Jimat penggunaan dakwat pen dan mudah nak edit semula kalau
ada kesilapan. Jangan risau kalau lupa nak print lepas isi ke apa, sebab detail
yang kita isi di web tu juga akan bertahan selama 30 hari sebelum terhapus.
2.
Dokumen yang diperlukan masa nak buat visa:
i.
Borang permohonan (4 helai kesemuanya)
ii.
Passport asal dgn tempoh sah laku lebih 6 bulan
iii.
Salinan muka hadapan passport (yang ada gambar dan detail kita)
iv.
Sekeping gambar pasport saiz biasa dan background putih/biru
v.
Salinan tiket flight return
vi.
Salinan hostel/hotel (not compulsory sebab dia pulangkan semula yg aku attach)
3.
Visa siap dalam 3 atau 4 hari kalau tak ada masalah, jadi seminggu sebelum
pergi pun boleh buat visa ni.
Ini laa rupa visa China
|
TIKET FLIGHT & KERETAPI
Macam aku cakap, tiket flight aku beli 10 bulan awal dan berharga RM373 return. Ok laa harga ni kalau nak dibandingkan dengan harga biasa.
Sebelum pergi, kitorang add on luggage sebab takut tak lepas kalau bawak beg naik kabin. Maklumlah, beg gedabak banyak muatan.
Disebabkan Kunming ni 4 jam je dari KL, tak payah laa berangan nak naik AirAsia X tu. Naik AK je pergi sana. Macam naik flight balik JB gamaknya. Heee.
Tiket lain yang kitorang kena beli adalah tiket keretapi. Sebab ikut plan, kitorang nak terus ke Lijiang selepas touchdown kat Kunming petang tu.
Nak beli tiket tren ni yang masalah sebenarnya. Mahal kalau beli online sebab ada caj dan diorang gunakan USD. Padahal harga sebenar tak mahal. Contohnya, harga tiket RMB152, caj diorang je dah USD15 macam tu. Cekik darah. Huh.
Solusi yang aku fikirkan adalah gamble saja. Sampai airport terus pergi stesen keretapi dan beli tiket on the spot
Maka, setiap hari laa aku check tiket sebab nak tengok tiket yang aku nak tu ada lagi ke tak. Haha.
Tiket keretapi China ni bukan memain okey. Tak macam Malaysia. Walaupun dalam sehari ada beberapa trip dan banyak gerabak, tapi selalunya selling fast. Terutamanya hard sleeper dan soft sleeper. Lagi-lagi waktu hari cuti diorang, sold out memanjang.
Jangan tak percaya, tiket berdiri pun ada. Maka, berdirilah selama 10 jam tu kalau tiket lain habis. Kalau tiket berdiri pun habis, korang menangis la kat bucu kaunter tu tunggu esok okey.
Secara kebetulan, kawan aku cik Senah pergi ke Kunming jugak 2 minggu sebelum aku pergi, maka aku ambil kesempatan menitipkan tempahan tiket tren kepada beliau demi menjimatkan wang.
Kasihan beliau hadapi kesulitan nak beli tiket, antaranya tak boleh beli kat kaunter disebabkan status foreigner (kena ada nombor passport dan cuma boleh beli secara online), beliau juga berhadapan dengan ketakutan kawan beliau yang takut nak berada kat stesen keretapi disebabkan insiden pembunuhan beramai-ramai pada tahun 2014. Phewww. Mau tak seram.
Berkat kesungguhan beliau dan kawan beliau, dapat jugak beli tiket tu walaupun secara online. Then, Senn pass-kan pada aku detail tiket, aku cuma perlu pergi kaunter dan redeem tiket sebelum boarding train masa kat Kunming tu. Alhamdulillah. Mudah urusan.
Oh kalau nak jugak beli online, boleh beli kat laman web CTrip atau China Travel Guide. Kat situ jugak ada ditunjukkan semua jenis tren dan waktu perjalanan. Jadi bolehlah korang atur perjalanan korang dan ambil detail perjalanan tren yang korang nak.
#tipstravelsyita
1. Nak tiket flight murah, beli masa promotion. Boleh dapat jauh lebih murah daripada harga normal. Jangan pilih waktu hari cuti di Malaysia atau hari cuti negara yang korang nak pergi. Memang laa tiket akan jadi mahal. Musim luruh dan bunga jugak selalunya tiket akan jadi mahal. Tapi ada masa jugak, tiket murah walaupun beberapa bulan atau minggu atau hari lagi nak fly. So, rajin-rajin la check website flight. Sekarang ni pun ramai je buat promo tiket murah. Pergi follow FB Faiz Najmi, Imran Idris, atau June Seven (promo free je ni hewhewhew).
Aku pernah dapat tiket paling murah antaranya RM10 KL-JB, RM55 KL-KK-KL, RM6 KK-Tawau. Heee~
2. Masa beli tiket, beli tiket sahaja tanpa add on seat, luggage, atau makanan. Dah nak fly, baru add on. Jadi, in case korang tak jadi pergi atau terpaksa cancel, korang cuma tanggung rugi kat tiket je.
3. Beli laa tiket dan bayar dengan menggunakan online banking. Elakkan guna credit card sebab caj credit card mahal berbanding online banking yang cuma RM4 sahaja per booking.
4. Tiket tren China, pastikan korang bagi nombor passport yang betul dan nama penuh siap Bin/Binti/Bte. Kalau diorang suspicious, naya tak dapat masuk boarding hall nanti. Dan pastikan korang tau tarikh, masa, dan nombor tren yang korang naik tu.
Contohnya masa aku nak beli, aku bagitau dari Kunming ke Lijiang, nak jenis Hard Sleeper, tarikh 5 December 2015, waktu 9.21 dari Kunming ke Lijiang, dan nombor train K9686.
Tiket tren China
|
TRAVEL INSURANCE
Sebelum ni aku travel, tak pernah pun ambil travel insurance ni. Sebab aku fikir takde kepentingan pun.
Tapi lepas tragedi MH370, MH17, dan QZ tu, aku mula sedar, penting sebenarnya travel insurance ni. Takdelah kalau jadi apa-apa masa travel, mati katak dan menyusahkan orang lain. Sekurang-kurangnya, ada perlindungan terhadap sebarang kesusahan yang kita alami masa travel, dan jugak menyenangkan keluarga kita nanti.
Travel insurance ni tak sama macam insurans yang kita bayar bulan-bulan tu. Coverage untuk travel insurance ni lagi luas, antaranya flight delay, cancel trip, baggage delay, accident, loss of money / document, dan sebagainya.
Aku pun mula-mula skeptikal jugak dengan travel insurance. Lepas tu bila dah banyak membaca, baru aku tau sebenarnya taklah susah sangat nak apply dan tak mahal sangat. Bukan kena bayar bulan-bulan pun.
Antara pilihan travel insurance yang ada yang agak femes macam AIG, AXA, Etiqa. Aku reccee semua dan finally, pilih AIG sebab option dia macam agak okey dan tak terlalu mahal. Coverage dia pun okey. Ada 3 plan yang kita boleh pilih - Deluxe, Standard, dan Basic.
Kadar insurans berbeza ikut negara. Contohnya trip aku ke Yunnan, aku pilih 10 hari untuk China bagi plan Standard. Jumlah keseluruhan yang aku kena bayar untuk insurans yang akan cover perjalanan aku sepanjang 10 hari di China adalah sebanyak RM43 (tak termasuk caj dan GST dalam RM10 untuk sekali purchase, so kalau beli untuk ramai dapat jimat sikit laa kos tambahan tu).
Bagi aku, plan Standard pun dah cukup dah sebab nilai yang AIG cover agak besar jugak. Tapi, pastikan korang baca term and condition AIG ni sebelum beli. Nak lagi jelas, call je pegawai diorang untuk terangkan kat korang. Jadi, takdelah salah faham nanti kalau korang nak claim apa-apa. Sebab, nak claim pun ada juga syarat-syarat dia. So, fahamkan betul-betul.
Oh sebelum tu. Bayaran travel insurance cuma boleh gunakan kad kredit saja ya.
Cara booking Travel Insurance
|
DOKUMEN
Antara dokumen paling wajib adalah Passport, Boarding pass, travel insurance, hostel booking, fotostet passport, IC, lesen.
Passport tu mestilah wajib sebab nak pergi obesi kan. Takde passport kang tak bergerak laa dari KLIA2 nanti. Pastikan passport tu ada baki tempoh lebih dari 6 bulan dari waktu tamat.
Boarding pass, takde benda ni, cemana nak fly? Print laa siap-siap atau print je kat kiosk kat KLIA2, atau print kat kaunter. Kalau obesi, print kat kaunter free je.
Travel Insurance, just in case kalau ada something happened, korang ada laa dokumen yang menunjukkan korang ni dilindungi di bawah insurans perjalanan. Ada ID dan juga siapa yang kita boleh hubungi.
Hostel Booking, ni tak penting sangat, tapi berjaga-jaga jelaa. In case tak de softcopy ke, ada la hardcopy untuk korang refer bila nak check in.
Fotostet Lesen, passport, ic, Ni aku standby sebab in case of urgency, aku ada back up. Sebab aku bila travel tak bawak IC dan lesen. Memang bawak passport sahaja.
#tipstravelsyita
1. Nak memudahkan dan menyokong GoGreen yang menyokong kepada pengurangan penggunaan kertas, selain daripada hardcopy, korang digalakkan simpan semua dokumen ni dalam bentuk softcopy. Kalau something bad happened ke, at least korang ada backup tu. Aku biasanya akan hantar dalam bentuk emel kat emel aku dan juga download masuk dalam fon aku.
HOSTEL BOOKING
Memandangkan
kitorang nak travel secara bajet, maka, aku pun cari laa hostel atau guesthouse
saja demi nak jimat. Hotel? Trivago!
Haha
taklaaa. Aku tak guna Trivago. Aku gunakan TripsAdvisor untuk bandingkan harga
hostel. Guna je TA ni, masukkan nama tempat yang kita nak pergi dan tarikh,
nanti TA akan tapis laa based on apa yang kita nak. Macam aku, aku list-kan
hostel secara bajet dan bermula dari harga paling murah. Lepastu, cari laaa
yang berkenan dek hati dan bajet. Aku biasanya akan guna booking.com,
agoda.com, expedia. Paling selalu, booking.com sebab tak payah bayar dulu.
Disebabkan
kitorang jugak pindah randah, so kitorang kena cari la hostel kat setiap tempat
yang kitorang stay tu. Banyak jugak kriteria yang memeningkan kepala aku masa
nak cari hostel ni. Antaranya, harga, lokasi, keadaan bilik, dan sebagainya. Paling
penting, make sure bilik tu ada heating atau electric blanket. Musim sejuk
kalau takde dua benda ni, kejung laa sambil tidur. Hadehhh.
Okey
then, boleh pilih nak stay kat dorm atau bilik. Dorm memang murah dan meriah.
Seronok dapat jumpa ramai kawan baru nanti, boleh bertukar cerita pasal travel
dan negara memasing. Cuma kena share la bilik tu dengan beberapa orang lain
kan. Masa aku nak pilih hostel, aku bandingkan harga bilik untuk 2 orang atau dorm
untuk 2 katil.
Bila
dah banding, aku tengok harga dua katil kat dorm dengan 1 bilik private twin bed tak
banyak beza, jadi aku ambil laa bilik private. Harga bilik kat China ni tak
mahal. 1 katil dorm boleh dapat RM25 untuk satu malam, kalau bilik private pulak boleh
dapat RM60, lengkap dengan electric blanket, bilik besar, ada bilik air, dan
macam-macam laa. Kiranya, berbaloi ambil bilik private.
Tempat
kitorang stay sepanjang #menjejakyunnan :
Kunming : The Hump Hostel, RMB230/bilik/2
malam
Lijiang : Lijiang Ancient Town
Iternational Youth Hostel, RMB156/bilik/2 malam,
Tiger Leaping Gorge : Tibet Guesthouse,
RMB120/bilik/1 malam
Shangri-la : Shangri-la Baita
International Youth Hostel, RMB120/bilik/1 malam
: Shangri-la Lao Shay Youth Hostel, RMB228/bilik/1
malam
Nanti
kat setiap entri tempat aku akan detail-kan kenapa aku pilih hostel tu. Dan yay
or nay.
Lagi
satu, hostel yang ada tulis dan logo International Youth Hostel ni ada
persatuan sendiri. Kiranya, hostel-hostel kat serata dunia berdaftar bawah satu
persatuan International Youth Hostel, bernaung di bawah satu lembayung gittewww.
So, reliable la kalau korang pilih. Kalau nak report apa-apa pun, boleh report
kat IYH ni terus. T&C diorang pun semua lebih kurang sama je.
#tipstravelsyita
1.
Masa cari bilik tu kena ingat, kalau pilih dorm, harga yang ditunjukkan tu untuk
satu katil je. So kalau ada 2 orang, pilih 2 katil. Kalau bilik pulak, harga yang ditunjukkan tu
harga untuk 1 bilik untuk 1 malam.
2.
Masa nak book bilik tu, aku biasanya pilih option bayar secara tunai sebab
memikirkan pertukaran duit dan semuanya aku request early check-in sebab
kot-kot laa kan sampai awal, boleh masuk terus. Lagi, wifi kat bilik, bilik tak
merokok, dan macam-macam lagi. Bila lagi nak demand kan. Hehe.
3.
Jangan lupa tengok offer free cancellation dan penggunaan debit/credit card.
Free cancellation ni maksudnya, kalau korang tak jadi nak stay, korang boleh
cancel bilik yang korang dah book tu sampai tarikh tertentu yang dia dah
tetapkan. Contohnya dia kata free cancellation sampai 12 Februari 2016, 12.30
pm. Korang boleh laa cancel secara percuma setakat waktu tu. Tapi, kalau korang
cancel selepas waktu dan tarikh tu, biasanya diorang akan caj harga satu malam
kat korang nanti.
Ini
berkait jugak dengan detail credit/debit card. Biasanya masa book, laman bilik
tu akan minta korang masukkan detail kredit/debit card korang untuk sahkan
tempahan dan diorang tak caj pun. Tapi, kalau korang cancel selepas tarikh dan
waktu tu, diorang mungkin akan caj pada kad yang korang guna tu.
So,
kalau nak selamat cara kurang elok (yang aku pernah buat), masukkan detail kad
debit yang korang dah tak guna. Contohnya kad debit yang tak ada duit. Kalau
korang cancel pun, dia tak dapat caj sebab takde duit. Tapi bad record la untuk
korang. Hehe. Tak elokkk. So jangan laa praktik sangat okey.
Ada
jugak sesetengah hostel yang minta bayar terus guna credit card. Ni biasanya
jadi option terakhir aku, sebab aku selalunya ubah-ubah tempahan aku, jadi agak
tak best la kalau guna credit card kan. Kang dah tolak duit, aku cancel, kan ke
rugi.
Antara tempahan bilik di Yunnan
|
CURRENCY EXCHANGE
Ni
paling tak best sebenarnya. Disebabkan currency kita tak berapa cantik tahun
ni, RM agak lemah dan rendah berbanding currency lain. So bila tukar duit, kita
kena bayar lebih dan dapat agak kurang berbanding biasa. But, take it as a
positive thing laa kan. Beza beberapa ringgit je so pejam mata la. Pejam dan
pejam sambil hulur duit RM berkepuk dan ambil duit RMB beberapa keping.
China
gunakan matawang Renmibi (RMB) dan nilainya adalah Yuan. Ke terbalik ek? Memana
laa janji korang faham. Heee.
Masa
aku nak tukar tu, aku tunggu beberapa lama jugak sebab nak tunggu rate yang
cantik sikit. Tapi, makin lama aku tunggu, makin naik la pulak. Phewww.
Menyakitkan hati hari-hari tengok rate RMB tu. Dari rate RM65.60 untuk RMB100, semakin
naik sampai laa RM67.60 untuk RMB100. Pernah cecah RM69 untuk RMB100. Bila
tengok history currency tu lagi laa syahdu kot. Awal Januari masa aku beli
tiket, baru RM52 macam tu untuk RMB100. Sekejap je naik sampai lebih RM10.
Malas
fikir lagi bab turun naik currency dan takut makin naik, aku pun tukar laa
sikit-sikit. Mula-mula aku tukar RMB1000 pada kadar RMB66.70 kat dan lepas tu
tukar lagi RMB1500 pada kadar RMB67.60 (ni rugi huaaaa but thanks Echa tolong
tukarkan).
So
total duit aku bawak adalah RMB2500.
Duit
aku tukar kat Midvalley, antara tempat paling femes kalau korang nak tukar duit
sebab rate dia cantik sikit laa berbanding money changer lain.
#tipstravelsyita
1.
Kalau nak check online currency, boleh bukak website ni. Satu kat Midvalley,
satu lagi kat Bukit Bintang. Ni antara MC yang offer curency exchange yang agak
berbaloi dan diorang kerap update kat website diorang ni tentang rate terbaharu.
Midvalley
: http://www.moneymaster.com.my/ (level LG sebelah San Francissco Coffee &
escalator)
Bukit
Bintang : http://www.vitalrate.com/
2.
Selain tu, antara MC yang agak ok, boleh tengok kat area Masjid India-Jalan TAR.
Melambak MC kat situ dan korang boleh bandingkan MC mana bagi rate paling okey.
Tak tau kat mana? Korang naik LRT, turun kat stesen Masjid Jamek atau stesen
Bandaraya. Dari situ jalan je ke Masjid India. Masjid India ni yang masjid orang solat tu tau. Sekitar kawasan tu jalan je
mesti jumpa banyak MC.
3.
CIMB Currency Exchange pun offer rate yang okey jugak. Mungkin berbeza beberapa
sen la, kalau tukar sikit, tak terasa sangat. Tapi kalau tukar berpuluh ribu ringgit,
mungkin korang garu kepala. Haha! Baru je CIMB launch ni. Korang boleh beli
currency tu secara online kat CIMB Click, lepastu tinggal ambil duit je kat
CIMB kat airport dan beberapa tempat lain yang diorang dah list. Jadi, jimat
masa dan duit la kan. Semua di hujung jari.
4.
Dan dalam nak decide mana nak tukar, korang ambil kira juga laa kos korang nak
pergi kat MC ni. Mungkin MC ni rate bagus, tapi kalau korang nak gi sana je dah
makan belanja berpuluh ringgit untuk minyak, tol, parking, baik korang cari MC
terdekat dengan korang. Jimat kan?
Money Changer MyMoneyMaster,
MidValley
|
WINTER WEAR
Haaaaaa.
Ni antara terwajib. Haruslah tau. Ni bukan travel macam biasa yang kau boleh
bawak baju t-shirt jeans dan tudung sahaja.
Apa
korang kena pakai? Korang kena ada winter wear yang bersesuaian. Banyak jugak
aku baca dan minta pendapat orang pasal pakaian yang sesuai ni. Dan hampir
kesemuanya mencadangkan pakai longjohn/thermal wear, dan any kind of attire
yang berasaskan fleece atau wool, winter breaker, glove, muffler.
Maka,
aku pun berusaha la kan cari winter wear murah. Malangnyaaaaaa. Fuhhh. Rege
winter wear bukan main la kan. Mahai bebeno. Aku pergi tengok kat Universal
Traveller dan Uniqlo, terus rasa nak demam. Tak mampu hakak nak beli rege
ratus-ratus gitu dek oi.
Untung
ada group BBM kat Facebook. Dari situ laa banyak dapat input dan maklumat yang
sangat aku perlukan.
Aku
dapat tau pasal satu kedai bundle kat Ampang, agak femes dan selalu orang
terjah kalau nak cari winter wear. So, selepas buat visa, aku dan Echa pun
terjah laa ke Family Bundle Ampang ni dengan menaiki bas. Bas pun berhenti
betul-betul kat depan kedai so sangat mudah.
Masuk
je kedai ni terus rambang mata. Betul tak tipuuuuu. Banyak winter wear yang aku
berkenan dan harga dia? Berkali ganda murah laa kan daripada UT / Uniqlo.
Haruslah, bundle bukan brand new. Hewhewhew.
Bahagian baju sejuk kat belakang,
dan korang bakal memerlukan kesabaran yang tinggi kalau nak mencari sebab
banyakkkkkk sangat dan tak semestinya akan jumpa yang ikut hati korang tu. Sebabnya, bila dah berkurang diorang akan letak baju lain pulak.
Purata
harga dalam RM11 hingga RM38 (paling mahal yang aku jumpa). Puas aku belek dan
try, akhirnya aku beli 3 winter coat kat sini. Heheeeee banyak kan. Tapi 3 winter
coat ni aku dapat dengan harga RM50 kesemuanya. Murah haoliaoooo.
Thermal
wear pulak, daripada group BBM jugak, aku dapat tau UT buat sale kat Alamanda
Putrajaya. Terus aku bagitau Echa sebab Echa kan duduk Putrajaya. Kebetulan
pulak masa aku bagitau Echa tu, last day diorang buat promotion. Echa pun pergi
dan lepas beberapa kali call untuk confirmkan, dapat jugak laa beli sepasang
thermal wear + 1 top thermal wear dengan harga kesemuanya tak sampai RM50. Kalau tak promo, mahal thermal ni, cecah ratus jugak.
Kesimpulannya,
harga untuk winter wear aku dalam RM100 kesemuanya. Masih lagi jimat berbanding
beli baru dan bukan promosi.
#tipstravelsyita
1.
Kitorang ke Yunnan waktu dah masuk winter, so kitorang perlukan pakaian musim
sejuk. Walaupun tak bersalji, tapi suhu rendah antara 10° hingga -5°. Jadi,
beli laa thermal wear untuk bantu panaskan badan korang. Thermal wear ni ada
banyak jenis ikut kesesuaian suhu, so beli laa ikut kesesuaian korang, okey.
Oh
lagi, make sure winter wear korang tu, pakai yang ikut saiz badan. Elakkan baju
yang saiz besar daripada badan korang. Contohnya korang saiz M, jangan laa
pakai L, tapi pakai saiz M jugak. Sebab nanti badan korang jadi sejuk bila
angin bayu mendesup masuk melalui rongga yang longgar tu. Kalau semerap, baju
pun jadi fit ikut badan dan selesa je, dan kepanasan tu dapat diperangkap.
Tapi,
kalau korang berniat nak guna berlapis-lapis pakaian sebelum pakai winter coat,
ambil laa winter coat yang satu saiz besar, okey kot. Sebab nanti lapisan lain
tu pun dah menggemukkan badan korang. Kalau pakai ikut saiz, takut tak muat
pulak kan.
2.
Suhu kat Yunnan tak menentu dan ikut tempat, paling rendah aku alami dalam -8
kat Shangrila dan paling tinggi 16 kat Kunming. Berlapis-lapis tu perkara
biasa. Jangan fikir malu nak pakai ke apa macam yang aku fikir, sebab, kat sana
nanti, diorang lagi laa fashionable dan macam-macam gaya yang korang tak
terfikir pun.
3.
Muffler dan earmuff membantu korang untuk tak sejuk kat muka dan telinga.
Walaupun bertudung, tapi masih terasa sejuk. Muka pula jangan tanya. Memang
pasti la kesejukannya sampai rasa beku dan susah nak cakap. Jadi, lilit muffler
kat muka dan boleh laa bernafas guna mulut yang secara tak langsung, akan memanaskan
korang. Kalau takde muffler, bawak pashmina pun okey.
4.
Glove, sila beli. Kat Daiso pun ada jual. RM5 je. Sebab bila dah sejuk dan
menggigil tangan tu, baru korang tau perasaan menyesal membogelkan tangan tanpa
sebarang perlindungan. Kalau banyak duit, beli laa yang elok sikit kat UT ke.
Preferable yang jenis leather atau PVC, jadi tak basah kalau sentuh salji.
5.
Kasut, guna kasut yang bertutup penuh atau winter boot. Yunnan tak berapa bersalji
kecuali sesetengah waktu dan kawasan antaranya Shangri-la. Cari kasut yang
selesa, dan stokin yang sesuai. Kalau bersalji, make sure tapak kasut tu sesuai
dan tak licin bila berjalan. Kalau tak nanti asyik nak shuffle je. Sepanjang
kat Yunnan, aku tak banyak masalah nak berjalan walaupun cuma pakai kasut biasa
dan boot biasa. Cuma stokin jela kena pakai 2 lapis sebab sejuk kan. Ada beberapa
waktu tu yang kaki beku dan stoking berlapis tak berapa membantu. Stokin, guna
laa yang fleece atau wool. Kasut guna yang 1 atau 2 saiz besar sikit. Kalausemerap, takut melecet pulak nanti.
Kasut
sport? Boleh je. Takde hal.
6.
Pocket Warmer. Ni
sebenarnya boleh je guna atau tak. Fungsi dia, untuk memanaskan badan atau tangan.
Bukak plastik dan masukkan je pocket hand warmer tu dalam poket winter coat
korang. So bila rasa sejuk, seluk je poket dan genggam kuat-kuat. Pocket warmer
ni ada banyak jenis, ada yang boleh lekat kat badan jugak. Ada yang boleh
bertahan selama 8 jam, 16 jam, dan suhu benda ni dalam 40 darjah.
Pengalaman
aku, aku tak beli masa gi China ni sebab noob lagi. Memang beku sentiasa laa
tangan bila tak pakai glove masa suhu rendah. Kat Jepun aku beli dan guna, tapi bila suhu
cecah negatif, tak membantu sangat sebab tak terlawan sejuk tu.
Tapi,
prepare jela beli dan bawak. Mana tau kan saat genting, pocket warmer ni
menyelamatkan tangan togel korang. Heee.
Nak
beli kat mana? Kat Daiso pun ada jual. RM5.30 je satu pek tu, ada yang 6 paket
dalam 1 pek, ada yang 8 paket dalam 1 pek. Ikut kesesuaian korang. Aku guna dua
paket sehari, sebelah kanan dan kiri. Jadi, aku beli laa 2 pek = 16 paket.
7.
Yang paling penting, kalau korang nak gamble, pakai je macam biasa. Dan beli
semua kat China ni je. Sebab sangat amat laa murah hokeyy. Kat Lijiang aku
jumpa kedai kasut dan winter coat murah. Cantik pulak tu. Winter coat RMB55,
kasut RMB79. Kalau convert duit kita, tak sampai pun RM40. Kat Malaysia tak
dapat rege tu untuk brand new item. Dan sampai sekarang aku menyesal tak beli trench coat dan kasut tu. Sobsobsob.
Family Bundle, Ampang
|
APA DALAM BEG?
Busy
sikit dengan kerja kat ofis sebelum fly, jadi aku cuma dapat pack barang aku
malam sebelum fly tu. Bersengkang mata laa sampai tengah malam nak set kan beg.
Lagi syahdu, bila dah puas masukkan barang, tapi beg tak muat disebabkan winter
coat yang gedabak, makanan, kasut. Hewhewhew.
Memula
tu aku nak bawak bagpack Deuter yang aku pinjam kat Farhan tu je, 45 liter. Kalau
diikutkan memang besar la kan. Tapi disebabkan tak muat, at last aku decide
untuk bawak bagpack Deuter kecik aku tu. So, complete depan belakang penuh beg.
Aku terkapit di tengah-tengah. Haha!
Susunan
beg sebenarnya mainkan peranan penting kalau nak pastikan beg tu muat.
Biasanya, aku akan gulung je baju dan gunakan organiser bag untuk asingkan
barang. Contohnya inner wear dan tudung letak dalam 1 beg, ubat-ubat dan barang
lain dalam 1 beg. Jadi, senang aku nak ambil barang, aku cuma tarik je beg yang
ada barang tu. Tak payah la aku nak punggah satu beg besar semata-mata nak amek
satu barang cinonet.
Berapa
banyak aku bawak pakaian? Berapa banyak makanan?
Jeans aku bawak 3 helai,
sebab memikirkan takkan cuci jeans dalam cuaca sejuk kan. So, aku akan pakai
silih berganti setiap hari demi memelihara kebersihan dan tak berbau. Heeee.
Baju, aku bawak t-shirt,
inner, tracksuit (sebab kononnya nak buat light trekking), maxi dress (untuk
pakaian tidur) dan cardigan. Tshirt 3 helai, cardigan sehelai, inner sehelai.
Tak termasuk thermal wear 2 pasang tu. T-shirt dan inner aku pakai dari
Malaysia jadi dah kurang laa bebanan dalam beg. Dan aku cuci pakaian masa kat
Tiger Leaping Gorge sebab kat situ berangin.
Tudung,
haaaaa. Aku bawak 4 atau 5 helai kot tudung bawal dan shawl. Tak ingat. Bawak
laa yang senang pakai tanpa perlu gosok, dan pastinya dapat melawakan korang
bila bergambar. Hee. Sekarang pun banyak je tudung pattern takyah iron tu. Aku
bawak travel iron tapi ada tragedi pulak pasal iron tu. Nanti aku cerita.
Inner wear.
Ehem, yang ni korang bajet sendiri laa ye berapa nak bawak.
Stokin.
Bawak laa dalam 3 atau 4 pasang. 1 stokin khaskan untuk solat je so tak kotor
la.
Makanan.
Macam biasa, bawak laa mi segera cup beberapa jenis, bubur segera, coklat atau
energy bar, biskut, gula-gula (untuk fresh-kan mulut dan bagi tak berdengung
bila naik kawasan tinggi), minuman 3 in 1. Makanan takyah banyak sangat pun
takpe, sebab makanan kat Yunnan ni agak murah dan senang cari terutamanya kat
area Kunming dan Lijiang. Buah pun merata jual.
Ubat-ubatan.
Ni penting. Make sure, korang sediakan ubat yang mungkin berguna, lagi-lagi
kalau korang ada penyakit tertentu macam asma ke. Aku bawak panadol, minyak
kapak, balm. Dan silapnya aku, tak beli ubat anti muntah dan anti pening sebab
tak sempat. Dan efeknya, kitorang suffer masa kat Lijiang tu. Ni pun nanti aku
cerita.
Penjagaan diri.
Takyah la mekap sangat kat sana. Cuaca sejuk, terpelihara je muka tu. Tapi aku
bawak jugak laa toner, krim muka, bedak nak buat touch-up sikit kan. Hehee. Then
lip balm is a must sebab cuaca sejuk akan mengeringkan muka dan bibir. Apply
setiap masa. Face mist nak bagi segar. Sunblock pun boleh bawak, sebab Yunnan ni
kawasan tinggi. Sinaran UV tu lagi dekat dan efeknya agak tak best la kat kulit.
Losyen, pun sila laa bawak. Aku bawak losyen Rosken. Lepas mandi sebelum
keringkan badan, apply losyen tu kat badan supaya badan tak terlalu kering.
Barangan mandi. Bawak
yang travel pack. Sebab korang takkan mandi hari-hari pun. 2 hari sekali je
mandi sebab badan tak berpeluh dan tak berbau pun. Hostel pun ada sediakan bath
essential ni, tapi aku prefer sendiri punya.
Pakaian solat.
Aku tak bawak telekung pun. Guna je pakaian bersih, winter coat, dan stokin.
Asasnya, yang bersih dan menutup aurat kan.
Kompas.
Fon aku takde apps kompas, aku beli la kompas kat MR. DIY. Baru RM1.90 satu.
Membantu laa bila nak solat tu korang dah tau sudut kiblat kat Yunnan (280
darjah clockwise), so tinggal letak kompas dan cari je.
Travel Adaptor. Plug kat China guna yang 2 pin. Disebabkan aku guna powerbank Pineng dan fon aku sebelum ni AP set dari China, maka aku secara automatik dah ada laa adaptor untuk caj fon yang menggunakan piawaian China. Kalau takde, beli je kat Daiso atau MR. DIY pun ada.
Extension Plug. Ni aku bawak sebab in case nak guna plug yang cuma sesuai dengan piawaian Malaysia. Dan memang berguna pun. Mujur hostel kat China yang aku stay semua ada plug yang boleh masuk plug 3 pin. Jadi, mudah laa aku cucuk je extension plug dan boleh guna banyak plug lain terus.
Vacuum Bag.
Ni paling penting kalau nak minimakan penggunaan kapasiti beg. Beg ni akan
compress kan barang/baju yang korang masukkan dan berkali ganda jimat ruang.
Vacuum bag ni boleh beli kat Daiso. Murah je dan dan ada banyak saiz.
Cara
guna kalau takde vakum nak sedut udara keluar : korang masukkan baju dalam vacuum
bag tu, renyukkan beg, mampatkan, tekan-tekan sampai angin dah kurang. Lepas tu
zipkan sampai tinggal sikit je terbuka, korang tekan lagi mampat dan buang
habis angin dalam beg tu, terus zip. Tadaaaaaa. InshaAllah membantu untuk
kempiskan beg tu dan jadi macam kena vakum.
APPS
Prayer Times.
Ni untuk korang tau waktu solat kat sesuatu tempat tu. Kalau fon ada apps
kompas, boleh terus tengok kiblat. Kalau takde macam fon aku, boleh tengok
Qibla Direction kat apps tu, ada tulis berapa sudut bacaan kiblat dan guna kompas
tu la untuk tau kedudukan.
Betternet.
Seperti yang korang tau, China haramkan intagram dan facebook kat negara
diorang. Pasaipa tah kalut sangat tak bagi rakyat surf tenet tu. Bukan ada apa
pun. Phewww. Haa, korang install je apps ni dari Malaysia, kat Google Playstore
ada. Dah install, nanti kat China, korang connect je wifi, lepas dah connected,
korang bukak apps Betternet ni dan connect. Bila Betternet dah connected,
korang boleh laa main facebook dan instagram sampai lebam. Kehkehkeh. Tapi kena
ingat, kalau wifi tak stabil, Betternet ni pun akan jadi chipsmore.
PEMBAHAGIAN PERBELANJAAN
Perkara
wajib aku buat bila aku pergi travel. Pecahan duit.
Maksudnya,
aku akan asingkan duit siap-siap masukkan sampul ikut kepentingan, antaranya
duit transportation, accomodation, entrance fee, others, dan kontinjensi. Jadi,
memudahkan bila nak guna, just tarik je duit tu dari sampul tu. Tak kacau duit
lain. Dan dari situ boleh tau, berapa banyak dah belanja dan baki. Kalau ada
baki tu, yippieeeeee! Boleh belanja lain!
Lagipun,
bila dah buat gini, kita tau laa berapa duit yang kita ada untuk belanja
sendiri. Contohnya, aku tukar RMB2500, asingkan siap-siap RMB2000, so baki kat
tangan aku da RMB500. Senang kan?
Dan
nak bagi adil, bahagi la sama rata tanggungjawab pegang duit tu. Hehee. Macam
Yunnan ni, aku pegang duit hostel dan fee. Echa pegang duit transport. Jadi
bila nak guna, mintak je kat orang yang pegang duit tu.
KEWANGAN
Okey
ni memang laa kena alert. Takut kalau duit tak cukup, mana nak cekau duit?
Kad debit
: Maklumkan kat bank korang yang korang nak travel sekian tarikh ke mana, dan
rujuk sama ada perlu aktifkan pengeluaran antarabangsa. Contohnya bank CIMB, kalau
kat negara yang ada CIMB jugak (contohnya Thailand), sebelum fly boleh aktifkan
pengeluaran antarabangsa sama ada secara online atau telefon CIMB. Jadi bila
nak withraw duit kat negara tu, boleh withdraw tanpa caj dan duit dalam akaun
korang akan ditolak berdasarkan kepada nilai pertukaran wang oleh bank. Duit
yang keluar pun bukan duit Ringgit ye tapi matawang negara tu. Heheee.
Kalau
negara lain, aku tak pasti. Cuba call bank dan mintak kepastian diorang. Aku
takde withdraw duit kat negara yang aku pergi kecuali Thailand.
Kad kredit
: Kad kredit ni memudahkan korang kalau takde cash, boleh swipe je. Yela kadang
urgent kena guna cash, tapi korang takde cash, tetiba ada pulak option credit
card. So, korang guna jela kad kredit. Contohnya aku guna CIMB Credit Card
dan Maybank 2 Card, sebelum fly aku call dan tanya sama ada aku kena aktifkan
apa-apa kalau nak guna kad kredit kat obesi. Then diorang bagitau, takyah
aktifkan dan boleh guna je terus kat obesi. Cuma ada caj laa kalau guna CC kat
obesi dan biasanya tempat yang korang nak guna tu akan bagitau berapa caj
diorang kenakan.
Dan
setakat ni, aku tak pernah lagi guna CC kat obesi sebab aku prefer cash dan
takut kes scam yang boleh korek maklumat CC kita berdasarkan penggunaan kat obesi.
Dan
kena ingat jugak, CC ni hanya sewaktu emergency je. Janganlah sesuka hati je
swipe, mentang-mentang laa takyah bayar dulu kan. Kang dapat bil, melanguk garu
kepala tengok beribu hutang.
Okey, rasanya dah habis kot segala jenis persediaan sebelum aku mulakan misi #menjejakyunnan ni. Harapnya maklumat ni serba sedikit membantu korang laa ya untuk travel ke Yunnan atau pada musim sejuk. Kalau ada yang tertinggal, nanti aku edit dan tambahkan semula.
See ya!
Nur Masyita Atiqah
3.38pm
5 Februari 2016
Panjangnye entri die....gigih yus bace sampai habis....nak lagi syita....hehehe
ReplyDelete