Wednesday 2 March 2016

#menjejakyunnan : Day 3 (Part 1)

7 Disember 2015 | Isnin

Jade Dragon Snow Mountain

Hari ketiga! Wauuuu, seperti tak percaya dah berjaya survive setakat ni. Hewhewhew.

Okey, harini plan nak pergi Jade Dragon Snow Mountain (JDSM)! Yang paling aku tunggu-tunggu dalam trip kali ni. Ala, yang aku terharu nak gila sampai rasa nak menangis bila first time nampak JDSM ni masa naik bas semalam tuuuuu.

Apa yang istimewanya JDSM ni?

Kalau dari Black Dragon Pool yang semalam kitorang pergi tu, boleh nampak dengan jelas pemandangan JDSM ni. Gunung besar dan memutih di puncak.

Dari Black Dragon Pool. Tuuuuuu dia JDSM, gunung dengan puncak memutih tu.
Sedikit penceritaan, memetik daripada website Travel China Guide,
Jade Dragon Snow Mountain (Yulong Mountain) is the southernmost glacier in the Northern Hemisphere. Consisting of 13 peaks, among which Shanzidou is the highest with an altitude of 5,600 meters (18,360 feet), the mountain stretches a length of 35 kilometers (22 miles) and a width of 20 kilometers (13 miles). Looking from Lijiang Old Town in the south which is 15 kilometers (nine miles) away, the snow-covered and fog-enlaced mountain resembles a jade dragon lying in the clouds, hence the name.

Ada sejarahnya JDSM ni. Ala-ala hikayat Gunung Santubong kat Sarawak tu. Katanya 400 juta tahun dulu, sekeliling JDSM ni adalah lautan dan pada 600 ribu tahun terakhir, landskap sekitar pun berubah disebabkan oleh 'uprising of lihosphere'.

Selain tu, legenda berkata, JDSM dan Haba Snow Mountain (salah satu gunung salji lain yang ada kat sini) merupakan adik-beradik kembar yang teramat berani. Satu masa tu diorang pun bergaduh dengan orang jahat sebab nak mempertahankan Gold Sand River (tempat diorang tinggal). Si Haba mati terbunuh, si Yulong ni pun terus-terusan menentang si golongan jahat ni dengan 13 bilah pedang yang ada. Lama kelamaan, Yulong dan Haba ni pun bertukar menjadi gunung salji (pelik kan). 13 bilah pedang tu pulak jadi 13 puncak tu. Arakian, begitulah hikayat dan legenda gunung salji ni.

Haa, ada lagi satu. Gunung salji ni jugak dulunya jadi tempat pasangan kekasih mengorbankan nyawa diorang atas nama cinta, mengelak daripada perkahwinan yang diatur, dan jugak lari sistem etika feudal. Kiranya, simbolik kepada cinta la. So, bagi sesiapa yang rasa cinta terhalang tu sila laa bertandang ke gunung salji ni ye. Siam dan Lombok tu dah biasa sangat. Nak rare, meh buktikan cinta kat China pulak. Amacam?

Okey tamat penceritaan sejarah JDSM.

Berbalik kepada asbab kenapa aku nak sangat pergi JDSM. Haa cerita atas punya panjang, rupanya tak cerita lagi kenapa aku beria nak naik sini kan?

Okey sebenarnya aku nak sangat pergi sini, sebab utamanya adalah aku nak salji. Hehe.

Orang yang betul-betul kenal aku mesti tau aku ni memang obses dengan salji. Impian aku adalah nak sangat tengok, pegang, dan main salji. Dah bosan nak korek ais kat esbok semata-mata nak pepoyo tu salji.

Sebab tu, masa dok prepare iti, aku memang list-kan JDSM ni sebagai must go walaupun agak kopak jugak la bajet, sebab nak ke sini je dah makan belanja besar.

Okey, so pendek cerita, pagi tu bangun takyah mandi sebab sejuk, terus siap-siap dengan bekalan coklat, oksigen, dan baju berlapis, kitorang pun keluar menuju ke Mao Zedong statue, tempat kitorang kena ambil van No. 7 untuk ke JDSM. Semalam berjalan ke Black Dragon Pool tu dah lalu, so tak susah la kitorang nak cari tempat ni.

Berjalan dari hostel ke Mao Zedong statue ambil masa dalam 20 minit. Bayangkan berjalan kaki pagi-pagi, habis kebekuan badan, hidung sejuk gila dan macam biasa - mulut berasap.


Mao Zedong Statue

Sampai kat situ dalam 7.30 pagi, masih belum ada van No. 7 yang menunggu. Agak risau jugak tapi sebab kat situ ada signboard gambar JDSM dan tulisan No.7, so risau tu pun memudar. Lagi pulak hasil bacaan dah bagitau yang van bergerak pukul 8 pagi.
Mao Zedong statue
Make sure ada signboard gambar JDSM dan tulisan No.7 ni
Tengah menunggu dalam kesejukan pagi tu, tetiba ada makcik datang. Cong ceng cong ceng, guna bahasa badan, bahasa Melayu, bahasa Inggeris, baru faham yang rupanya dia offer kitorang naik kereta dia pergi JDSM tu. Tapi kitorang dah tied dengan bajet, so kitorang tolak offer dia, sebab dia mintak 100 yuan per way. Agak mahal laa sebab kalau naik van tu baru 25 yuan/way sorang.

Dia pun tak memaksa tapi dia cakap kalau naik van kena tunggu van full baru gerak. Kitorang tak kisah sangat sebab nak jimat kan. So tunggu je. Tak lama lepastu, masuk la sejibik van No.7 yang dipandu sorang kakak.

Fuhhh. Lega. Kiranya kitorang belum terlepas van lagi, sebaliknya jadi orang pertama sampai. Hehe.

Makcik tadi pun borak apa tah dengan driver van tu. Kitorang tanya-tanya dan dah confirm, terus masuk van. Sejuk nak mam*** kat luar tu, memang tak la nak menunggu lama. Dengan kaki dah keras, masuk van tu aku terus bukak kasut dan double-kan stokin.

Tak lama kitorang duduk, ada sorang mamat henseng ni datang kat van kitorang dan bercakap dengan kakak driver tu. Kitorang agak dia mesti nak gi JDSM jugak. And yes, he's going too. Dia pun masuk van dan duduk kat depan.

Tetiba mood peramah datang, lagi pulak mamat tu taste Echa mata sepet muka oriental (kan Chaaaaa hahaha), so ajak dia berborak. Kitorang ingatkan dia Chinese sebab dia bercakap dalam bahasa Mandarin tadi, tapi rupanya dia Korean dan dia boleh cakap Mandarin. Patutlah muka lain sikit. Oh, nama dia Yong Sung, panggil Yong je.

Borak punya borak, rupanya dia traveller tegar. Merata dia pergi sorang-sorang dan dah pernah datang Malaysia jugak. No wonder English dia bagus dan takde laa slanga Korean yang meleweh selalu tu. Sempat jugak aku dan Echa menelek muka dia dan mengagak kalau dia pernah buat plastic surgery. Tapi sebab dia faham English, bertapis laa aku dengan Echa. Hihi.

Seronok berborak macam dah lama kenal, datang pulak sorang amoi ni. Dia pun nak ke JDSM dan naik van kitorang tu. Kitorang nak ajak borak, tapi dia tak reti cakap omputeh. Mujur si Yong ni reti jugak cakap Mandarin. So kitorang berborak dan si Yong translate. Amoi ni nama Sun Lin.

Lepastu lagi, muncul pulak couple Chinese ni naik van kitorang. Dengan adanya diorang, maka cukup korum van untuk bergerak.

Sepanjang dalam van, memang kitorang banyak berborak je. Couple tadi tu nama Tong dan Xiao An. Diorang duduk kat seat belakang dan agak senyap sikit, maybe sebab bahasa kot.

Sun Lin ni pulak teramatlah kepochi. Kalau dikatakan Azwan Ali tu kepoh, Sun Lin tu lagi kepoh. Haha! Mulut dia saja bercakap macam tak penat langsung. Walaupun dia tak reti speaking omputeh dan kitorang tak reti cakap Mandarin, tapi dia sungguh-sungguh nak ajak borak. End up, kitorang pun jadi faham dia cakap. Heee. Lama-lama jadi seronok.

Perjalanan nak ke JDSM dari Mao Zedong statue tu ambil masa dalam 30 minit. Dan di tengah-tengah perjalanan tu, van akan berhenti kat satu tempat ni kalau nak sewa winter jacket dan beli oxygen bottle. Kadar sewa winter jacket ni 50 yuan sehelai. Jadi, kalau rasa-rasa winter coat sedia ada tu tak cukup memanaskan, bolehlah sewa kat sini.

Van berhenti sini kalau nak sewa winter jacket dan beli oxygen bottle
Sebelum sampai ke JDSM, van akan berhenti sekali lagi kat satu kawasan ni untuk beli tiket bas shuttle dan tiket kereta kabel. Sejuk gila okey kat situ. Rasa macam masuk peti sejuk.

Beli tiket bas shuttle dan tiket kereta kabel kat sini. Kalau tak beli nanti rimau tu ngap.
Keluar dari van cepat-cepat masuk dalam bangunan tu terus pergi kaunter. Pastu cakap nak naik ke mana. Kat JDSM ni ada pilihan sama ada nak ke Glacier Park, Spruce Meadow, atau Yak Meadow. Harga tiket dan laluan kereta kabel untuk setiap tempat jugak berbeza. Tarikan setiap tempat jugak tak sama.
Kaunter tiket. Ce baca dia tampal tu. Paham ke idok?
Tiket bas shuttle berharga  20 yuan, tiket kereta kabel ke Glacier Park berharga 180 yuan. Kedua-duanya tiket return. Tiket ke laluan lain aku tak ingat berapa.

Aku dan Echa memang dah decide nak ke Glacier Park, walaupun dari awal dah tahu kemungkinan akan berhadapan dengan Altitude Mountain Sickess (AMS) disebabkan ketinggian Glacier Park tu pada paras 4680m dari aras laut.

Tapi, disebabkan cita-cita nak pegang salji dan naik puncak paling tinggi kat Lijiang, beranikan jugak la naik ke Glacier Park. Dalam hati aku ada jugak rasa kerek dan nak condemn orang, apahal teruk sangat diorang ni sampaikan boleh kena mountain sickness. Siap yang ada cerita jalan 5 langkah dah lelah. Apekehey~

Lepas beli tiket, naik van lagi dan jalan lagi. Sampai la jumpa macam ada tol kat tengah jalan, van akan berhenti dan kena bayar 130 yuan pulak untuk entrance fee. Amende laa banyak sangat nak berhenti dan bayar ni kan? Dah macam kawen kat Johor nuu banyak sgt nak berenti membayar sebelum sampai kat pelamin.

Haa lagi satu, kena jugak keluarkan kertas kuning yang Protection Fee tu sebagai syarat nak masuk. Kalau tak, korang kena keluarkan duit lagi sebanyak 80 yuan utk bayar Protection Fee ni. Sebab tu aku cakap, kertas ni bawak je ke mana-mana. Kang naya kena tahan tapi korang tak bawak, tak memasal nak membayar lagi.

Yang kelakarnya, masa nak sampai kat tol tu, diorang borak apa tah dalam bahasa Mandarin. Cong ceng cong ceng. Lepas tu Yong tanya kitorang pasal Protection Fee tu, Sun Lin tunjuk kertas tu. Aku keluarkan & diorang pun cakap okey. Tapi si Tong & Xiao An ni takde kertas tu.

Diorang kalut apa tah dengan kakak driver tu, bila dah nak sampai tol, Tong & Xiao An pun terus tunduk baring kat lantai van. Nak elak daripada bayar Protection Fee la agaknya sebab orang yg kat kaunter tu pun tak perasan apa-apa masa kitorang semua bagi Protection Fee.

Lepas tol tu, baru diorang bangun balik. Macam-macam peel diorang ni. Haha!

Tapi, aku musykil, cemana Xiao An & Tong dapat beli tiket ek?

Sepanjang perjalanan nak ke kaki gunung ni, pemandangan sangat cantik. Kawasan ni banyak pokok renek, ada yak, dan tanah warna merah coklat. Tak silap aku, nama kawasan tu Ganhaizi. Memang listed sebagai tempat wajib pergi. Tapi, disebabkan kitorang naik van, payahlah nak menyinggah.


Lalu jugak kawasan di mana diadakan Lijiang Impression Show. Ramai rekomen untuk pergi. Tapi disebabkan limitasi masa dan agak mahal, kitorang tak pergi. Lijiang Impression Show ni dikatakan sangat mengagumkan, sebab persembahannya dibuat di kawasan lapang dengan hampir 800 peserta yang menari dan persembahan tradisiona, berlatarbelakangkan JDSM. It must be great if we could get chance to watch it!
Ni dia Lijiang Impression Show. Cilok gambar Google.
Haih aku rasa cerita aku macam asyik lari-lari je kejap sana sini. Tapi disebabkan aku tulis ni ikut apa yang aku ingat, so aku tulis je lepastu susun. Kalau tak nanti lupa.


Shuttle Bus Station

Dalam van, kitorang semua dah deal untuk gerak sekali nanti sepanjang kat JDSM, so, memudahkan jugak pada kitorang yang memang payah nak berkomunikasi ni. Taklah nanti terkulat-kulat sangat.

Okey, dah sampai stesen bas shuttle untuk ke kaki gunung JDSM, kakak driver turunkan kitorang kat tepi jalan dan cakap nanti balik dengan dia jugak. Sun Lin amek contact number dia.
Bahagian luar stesen bas shuttle
Lepas bayar sorang 25 yuan, Sun Lin lead kitorang masuk ke dalam. Dia dah jadi macam tour guide tak berbayar pulak. Seriously, she's really good. Dengan kepochi dan peramah dia, memang meriah dan ceria je group kitorang.

Masuk dalam, dah ramai orang. Kena beratur nak masuk ke ruangan menunggu naik bas. Masa ni aku sebenarnya agak lost sebab kitorang memang bergantung kepada Sun Lin je untuk ke mana dan buat apa. Semua dia yang setelkan, kitorang ikut je.

Tiket masuk yang dah beli tu, nanti kena scan dan ada staf yang jaga. Dah masuk dalam, nanti kena beratur lagi dan sekali lagi ada scan tiket. So just get ready dengan semua tiket. In case tak pasti tiket mana, staf akan tolong tunjukkan.

Sebelum naik kereta kabel, kena naik bas shuttle dulu yang akan bawa kita ke stesen kereta kabel. Bas ni memang sentiasa ada, dan ada staf yang control crowd.
Geng Van. Syita, Sun Lin, Xiao An, Tong, Yong
Beratur naik bas shuttle dulu. Maap gambo gegor.
Sampai turn kitorang naik bas, bas dah nak penuh so duduk jela memana yang boleh. Aku duduk dengan Echa dan aku dapat tepi tingkap yeeehuuuuuu.
Bas shuttle ke stesen kereta kabel JDSM
Naik bas ni dalam 15 minit kot. Tapi jalan dia nauzubillah berpusing-pusing. Macam jalan naik Wang Kelian tu ha. Mendaki bukit lepastu belok-belok. Dah la driver bawak laju.

Disebabkan aku duduk sebelah tingkap, aku memang menghayati jela pemandangan kat luar. Masa ni aku perasan ada putih-putih kat atas pokok dan kat lantai tanah, sebelum aku sedar itu sebenarnya salji!

Eksaited amat bila nampak. Terserlah kejakunan aku waktu tu. Puas amek gambar banyak-banyak nak nampak salji tapi semua failed sebab bas laju. Haha.


Cable Car Station

Tiba kat stesen kereta kabel, lagi la banyak salji bertaburan kat tanah. View pun cantik dengan pokok pine merata-rata. Aku takleh nak merayap gi pegang salji tu sebab group aku yang lain semua dah gerak masuk. Diorang mana peduli dengan salji, dah biasa. Haha.


Salji!!!

JDSM + Kereta kabel
Sun Lin guide kitorang untuk naik kereta kabel pulak. Sekali lagi beratur dan ada check tiket bagai tu. Ramai pulak tu tengah tunggu nak naik kereta kabel.



Tengah beratur, ada pakcik jual coklat macam Kit Kat, Sneakers. Kitorang tak beli sebab ada bawak coklat sendiri, lagi pulak tak sure halal ke tak yang dia jual tu. Sun Lin punya baik hati, dia beli coklat tu dan bagi sorang satu kat kitorang. Puas tolak, dia suruh amek jugak. Aku pandang Cha, Cha pandang aku, kitorang decide amek je, nanti boleh bagi budak-budak kalau jumpa. Nak makan tak boleh.

Masa ni jugaklah aku dah rasa nak terkucil amat sangat, tapi disebabkan kitorang tengah beratur tunggu turn dan taknak tunggu lama kalau terlepas, tahan jela dengan harapan dan keyakinan yang kat atas nanti ada tandas. Yela, bab tandas payah sikit kat China ni. Kot diorang buat open toilet je kat atas tu, naya.

Sampai turn kitorang, dapat naik satu kereta kabel. Masa ni dah eksaited teruk dah tazabar nak sampai puncak. Naik kereta kabel ni pun tak lama. Rasanya dalam 10 ke 15 minit je kot. Slow je tak laju mana. Kapasiti pun besar boleh masuk dalam 6-8 orang.

Know what, dalam kereta kabel tu, the feeling was like --- daebakkkkkkk! View sepanjang nak ke puncak tu sangat laaaaaaaaaaaaa menakjubkan. Bayangkan kiri kanan bawah semua salji memutih. Lepastu melepasi lapisan awan pulak. Jakun gila babeng rasanya aku masa tu. Dah takleh kontrol. Tapi takdelah jerit-jerit. Paling-paling tunjuk eksaited kat muka je. Berani kau nak terkinja-kija atas kereta kabel kat paras tinggi tu.


Unnie + Dongsaeng muka Rain
Semua dok pakat amek gambar je, sebab view dia memang best. Siapa kata tak best, aku rasa dia asal dari planet lain. 




Lapisan awan

Puncak JDSM

Jade Dragon Snow Mountain

Sampai atas, keluar je dari kereta kabel tu, aku dah pasang niat nak gi toilet dulu. Puas tahan oiii. Tapi, elok je keluar, terus terhoyong hayang. Tak memasal kepala aku rasa pening dan berpusing.

At that time, aku sedar mungkin sebab perubahan altitud kot. Tapi, aku taknak layan dulu. I need toilet. Aku suruh diorang tunggu aku dulu. Terhoyong-hayang aku berjalan macam mabuk todi cari arah toilet.

Sebenarnya aku rasa tak perlu la nak detail sangat cerita toilet kan. Tapi, aku nak cerita jugak. Nak share pengalaman pahit aku hampir 'trauma'.

Yes, semua tahu toilet kat China macam mana. Bab hygiene, memang thumbs down. Toilet paling bersih aku rasa kat hotel dan airport je. Payah gila nak jumpa toilet yang okey. Tapi, aku dah ready awal-awal dan tak boleh nak cerewet, so guna konsep redha.

Toilet kat JDSM ni, masuk-masuk je dah bau hancing. Diorang ni pesen tak siram sebab takde paip, semua pakat lap guna tisu pastu buang tisu dalam lubang jamban tu. Tak kira la kecik besar. Kembang kempis hidung aku tahan, last-last aku tutup hidung guna mafla.

Sambil layan kepala tingtong, aku beratur la tunggu depan satu toilet ni, so that orang tu keluar aku boleh masuk. Standby siap-siap dengan sebotol air paip. Echa dah masuk dulu toilet lain.

Elok je orang kat toilet yang aku tunggu ni keluar dan bukak pintu, aku dah ready la nak masuk. Tetibaaaaaaaaaaaaaaaa...

Tetiba, sorang nenek ni meluru laju dan terus masuk dalam toilet yang aku tengah tunggu ni. Okey geram. Aku tunggu lama kot. Tapi, sabar Syita, sabar.

Malangnya, sabar aku terus longlai bila nenek tu dengan selambanya tak tutup pintu, terus bukak seluar dan cangkung lalu melepaskan hajat dia. Menghadap aku.

Homaiii. Like seriously nenek? Whyyyyyyy? Why laaa you took over the toilet that I've been waiting for, then you show off you punya skill melepaskan hajat depan mata I? Why la tak tutup pintu???

Whyyyyyyyyyy??? Why me???

Aku memang tak tunggu lama nak tengok pemandangan serba baru tu, aku terus pergi kat toilet lain. Masa ni dah redha, tak kisah laa teruk mana pun toilet, janji nenek tu dah takde depan mata aku.

Sadis okey aku rasa. Bukan geli melampau ke apa. Cuma, terkejut. Nasib baik toilet tak share. Buat kata yang buat cenggitu yang berlainan jantina, mau aku pengsan gamaknya kat situ. 

Okey, habis cerita toilet dan nenek.

Selesai hajat semua, kitorang berkumpul dan ready dah mulakan perjalanan ke 4680m. Just FYI, dari paras kereta kabel berhenti tu, kita dah kat paras 4506m. Jadi, ada lebih kurang 174m je lagi nak ke puncak. Tak jauh kan? Ala, lari 5km boleh buat tak sampai 30 minit, 174m apa la sangat. Kan?

Masa ni hoyong hayang aku dah tahap medium. Tapi aku tahan je sebab eksaited kan. Dari ruang bangunan tu terus ke luar, tersergam depan mata puncak gunung salji Jade Dragon yang maha besar tu. Sekeliling semua putih salji, dan boleh nampak lapisan awal tebal jugak.

Subhanaallah. Magnificient view.
Echa cakap macam dalam poskad.
Above the cloud
Most favourite spot
Yes, we're above the cloud. Siapa sangka kan.

Slow-slow berjalan. Pulak tu teramat sejuk, -2. Aku dah ready dengan botol oksigen aku, sebab aku rasa aku tak cukup nafas. Semput dan muka aku pun dah pucat rasanya. Echa steady je. Tapi,sambil-sambil tu kitorang bergambar jugak. Rugi la dah sampai atas tapi tak nak capture the moment kan.


Nak ke puncak 4680m, ada laluan disediakan. Ada jugak tempat duduk dan stesen-stesen jualan makanan sepanjang tu. Manusia, teramat ramai, padahal hari Isnin. Oh ye. Tempat pelancongan, mesti la yang datang pun pelancong kan. Bukan local Lijiang.

Laluan ke puncak 4680m
Sun Lin sekali lagi guide kitorang. Dan semua memang redha je ikut sebab senang kan, ikut je. Setapak dua tapak berjalan. Berhenti. Amek gambar. Aku tak tau nak kira entah berapa banyak kitorang berhenti bergambar.



Naik lagi setapak dua, berhenti. Dah dalam 30 langkah jalan ke atas, aku makin semput dan pening. Entah berapa kali sedut oksigen dah. Sampai tahap aku dah tak tahan, aku duduk kat tangga dan suruh diorang jalan dulu.  Banyak kali macam ni.

Seriously, kalau ni dikatakan minor AMS, memang teruk pada aku. Aku tak standby pil anti muntah atau pening, sebab aku tak sempat beli. Mujur ada oksigen tu, at least bila aku semput tak cukup nafas, aku boleh sedut.

Masa ni laa aku teringat komen-komen orang pasal AMS, pasal jalan 5 langkah berhenti, dan semuanya laa, yang aku anggap ringan je. Yang aku dok fikir, diorang terlalu lemah sampai tak boleh tahan dengan altitud.

Teringat balik andaian aku awal-awal tadi. Konon lari 5km boleh buat 30 minit.  Setakat 174m tu kacang je kan.

Betapa sombong bongkak dengan diri sendiri. Aku rasa aku mampu, tapi, sebenarnya, aku pun lemah. Aku sangka aku cukup kuat dan hebat, tapi Tuhan tunjuk terus keupayaan sebenar aku. Flat. 

Rasa menyesal dengan perasaan angkuh tu dan nak nangis. Serius aku tak tahan, tapi aku gagahkan jugak langkah. Echa pun follow je, geng-geng lain pun concern dan tunggu aku, tanya aku okey ke tak. Aku rasa aku taknak susahkan diorang, aku suruh diorang jalan je. Echa setia ikut aku. Maseh Chaaaa. Hee. 
Muka ada senyum ya walaupun rasa nak putus nyawa
Aku terharu sangat dengan geng van aku ni. Semua sangat menjaga dan care dengan keadaan aku, sekejap-sekejap diorang tanya aku ok ke tak. Yela, dalam group kitorang, aku je yang teruk camtu. Aku jawab okey je sebab taknak laa diorang rasa terbeban kan nak tunggu aku yang jalan setapak selangkah ni. Sambil tu kunyah sikit-sikit energy bar yang aku bawak.

Satu tahap, aku sendiri rasa aku dah makin teruk, masa ni tinggal sikit je lagi nak ke puncak. Tekad aku, macam mana sekalipun, aku nak sampai puncak tu. Ni impian aku, aku kena buat. Aku dah lama menunggu untuk JDSM ni, takkan aku nak putus asa kan.

Tapi tu la, iltizam aku tu ada, cumanya, mental dan fizikal aku langsung tak support. Langsung takde kompromi. Jalan, pening, duduk, sedut oksigen. Ulang dan ulang dan ulang.

Echa still ngan aku. Kesian pulak kat Echa. Geng lain dah kat atas. At that time, aku decide, aku give up. Terpaksa give up sebab memikirkan ni baru hari ketiga. Aku ada lagi 7 hari nak harung. Kalau aku degil dan end up jadi teruk, aku dah susahkan diri sendiri dan orang lain.

Menyesal? Memang menyesal, tapi tak boleh nak buat apa.

Oksigen aku dah habis sebotol. Tinggal oksigen Echa je yang tak guna lagi. Cukup rasanya guna untuk turun pulak nanti. Aku dah tak tahan, aku duduk bukak botol oksigen Echa, dan sedut dua tiga sedutan. Aku suruh Cha sedut jugak bagi rasa lega.

Sekali lagi Tuhan nak uji aku. aku duduk kat kerusi kat tepi pagar kayu kat gunung tu dan letak botol oksigen yang masih penuh tu kat sebelah aku.

Dengan badan lemah longlai, aku tersiku botol oksigen yang tinggal satu dan masih penuh tu. Botol tu jatuh jauh ke bawah gunung.

Allah, sumpah rasa nak menangis. Aku dah mental block dan start fikir bukan-bukan, dapat tak aku bertahan dengan oksigen semula jadi ni. Alangkan guna oksigen botol pun aku flat, inikan pulak bila tak ada.

Aku dah redha, aku nak duduk situ je dan taknak ke puncak. Sebab aku takut jadi lebih teruk. Dah berapa lama masa aku amek dan bazirkan. Walaupun diorang suruh aku slow-slow je dan diorang boleh tunggu, tapi aku pun rasa aku kena consider jugak. Nak naik pun dah seksa gini, nanti nak turun entah macam mana pulak. Teringat kes Malaysian yang meninggal kat Everest sebab AMS tu. Sampai macam tu sekali imaginasi aku.

Aku cakap kat Echa, kalau Echa nak naik atas puncak, naik je. Takpe, tinggal je aku kat situ sebab aku memang tak larat dah. Kesian Echa, sebab aku, dia kena ikut aku slow-slow, sedangkan energy dia kuat lagi dan langsung tak flat macam aku.

Echa pun tunggu aku, dan lepas tu dia cakap dia nak naik atas. Aku suruh Echa naik je, at least  Echa sampai atas nanti geng van tak lah tunggu lama sangat.

Aku duduk mengerekot sebab terlalu sejuk sangat. Peluk badan masukkan tangan kat leher sebab nak rasa panas. Masa ni aku rasa macam aku berhalusinasi. Taktau la tu cuma bayangan ke cemana. Tapi, aku separa sedar. Dan dalam kesejukan tu, aku tertidur. Entah berapa lama.

Sedar-sedar, Echa dah ada dengan geng van. Macam dijangka, diorang memang dah lama kat puncak dan tunggu kitorang je sampai. Mujur Echa naik ke sana.

Diorang semua tanya aku okey ke tak, Aku jawab ok je padahal langsung tak ok. Vivian (kawan baru jumpa kat situ) bagi aku botol oksigen dia bila dia tau botol kitorang dah jatuh. Terus aku rasa aku dapat nyawa balik. Then kitorang decide nak turun. 
Final stop. Sebelum aku decide nak give up. Sikit je lagi tu padahal. Phewww.
Slow-slow turun, dua tiga langkah aku berhenti lagi sebab penat dan pening sambil sedut oksigen. Sun Lin peluk lengan aku pimpin turun sekali. Ya Allah, sangat terharu nak menangis. Diorang langsung tak kisah nak tunggu aku yang macam siput bergerak. Mana tak nya, aku rasa lebih 20 kali aku berhenti sebab tak tahan.

Akhirnya, puas dengan semua payah tu, sampai jugak kat bawah paras 4506. Masa ni, aku tekad, pening n semput macam mana pun, aku nak ambil gambar kat batu tanda 4506m. Balas dendam tak dapat ke puncak. 
Muka kunun happy. Padahal. Hewhewhew.
Hajat tercapai. Dapat jugak bergambar kat situ dengan muka tersenyum. 
Dan alhamdulillah, sampai bawah tu, aku makin lega, even pening masih ada. Kitorang tak tunggu lama, terus beratur nak naik kereta kabel turun. Sun Lin guide lagi.
Yang aku pegang tu la nyawa aku.

Dalam kereta kabel, aku makin okey. Terus macam 70% recover. Aku fikir balik, yang kelakarnya, aku sorang je teruk macam tu. Geng lain semua steady je termasuk Echa. Aaaaa apasal korang okey? Dah laa JDSM ni impian aku, tapi lebur macam tu je sebab sickness ni. Errrrr, morning sickness cenggini tak?

Geng Van dan tambahan Vivian yang kitorang jumpa masa kat atas tadi. 
Sampai bawah, terus beratur nak naik bas ke Blue Moon Valley (BMV). Tengah beratur, diorang cakap nak makan dulu kat situ. So, tinggalkan barisan dan beli makanan kat kiosk luar tu. Vivian pulak kena gerak dulu dan tak dapat join kitorang. So, byebye Vivian! I really appreciate the oxygen you gave to me. *hugandkiss*

Kat bawah ni (lepas keluar dari kawasan kereta kabel dan dekat area menunggu shuttle bus) ada banyak kiosk jual makanan. Macam-macam makanan ada, tapi, mostly non-halal dan kitorang tak berani nak beli. Jadi kalau korang pergi, bawak la apa-apa bekalan untuk hilangkan lapar dan bagi energy.

Disebabkan tak boleh sesuka hati nak makan, kitorang bagitau kitorang makan coklat je. Yong concern kitorang Muslim tak boleh makan macam diorang, so just order mineral water yang dibelanja oleh Mr. Tong. Keliur jugak sebenarnya tengok makanan kat situ.

Aku pun dah rasa cergas sikit, aku cakap kat diorang aku nak pergi ambil gambar kat luar. Aku suruh diorang masuk je dulu dalam tu lepas beli makanan, nanti aku cari diorang.

Agak-agak, gambar apa aku nak ambil?



Yes. Gambar dengan salji. Balas dendam kat atas tadi aku langsung tak pegang salji sebab takde mood layan tingtong. Akhirnya, kat bawah ni aku merasa pegang salji. Kepuasan hatikuuuu.

Selesai tunaikan hajat pegang salji, aku pergi balik kat tempat makan tadi dan nak join diorang. Nampak Yong ada kat kiosk tadi. Rupanya Yong tunggu aku kat luar tu nak masuk sekali, yang lain dah masuk dalam dah. Baik betul mamat Korean ni. Very the gentlemen. Hihi.

Memasing makan roti, sosej, dan si Sun Lin makan telur rebus. Cha pun teringin telur rebus. Sun Lin teman Cha cari, tapi takde jual. Rupanya, Sun Lin bawak sendiri. Hewhewhew.

Lepas makan, kitorang beratur lagi nak naik bas ke BMV pulak. Panjang pulak barisan tak macam tadi. Kitorang kat barisan paling belakang. Tapi rezeki agaknya, tetiba staf bas jerit, "liu liu"! Aku cuma paham dia cakap Enam, tapi Sun Lin alert dan cakap, "Wo men liu!" kat staf tu.

Rupanya, bas yang dah nak jalan tu ada 6 seat kosong lagi. Kitorang berenam. Dan orang lain yang beratur depan kitorang tak naik sebab diorang rombongan, so taknak terpisah. Jadinya, rezeki kitorang naik bas tu awal. Alhamdulillah.


Bersambung...

9 comments:

  1. Sedihnya kisah syita....mengalir air mata yus...xper, mungkin lain kali syita dapat jugak naik smpai ke puncak.....x sabar nk tunggu sambungannya.....

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum... Tqvm for the complete info. Buat pengetahuan, saya juga akan ke Kunming-Lijiang Dec 2017. Amat berbesar hati jika bole 'tiru'itinerary uolls. hehehe...sebab me n hubby pun akan gi sana selama 10 hari. ni email address saya nourieib@gmail.com. Tqvm in advance ya

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum sis masyita boleh awak share kn intinerary awak sbb saye akan pergi sana dec ni🤗 ni email saye farah.dinie940906@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Hi, saya dah emel dah. Check ye :)

      Delete
  4. salam Masyita, nak minta tolong emailkan iti jugak boleh ke asmeelyaishak@gmail.com

    Thank you so much! <3 suka baca entry awak!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sala. Hi, thanks. hehe. Saya dah emelkan. check ya :)

      Delete
  5. Hi, nak tanya, boleh explain tak about Protection Fee tu? Macam mana nak dapatkan ? Yang kertas kuning tu pula macam mana ye?

    ReplyDelete
  6. Hi! Boleh email itinerari? noorihannoorudin@gmail.com . Thanks!

    ReplyDelete