Part 6 : Day 3
1 Mac 2015, Ahad
Awal
pagi dah bangun sebab nak pergi Cable Car
kat kaki Gunung Machinchang, lebih kurang 30 minit dari Mentari Cenang
Guesthouse. Pergi awal pun sebab katanya kalau lambat nanti kena beratur lama
sebab ramai, lagi-lagi hujung minggu kan.
Tapi
silap percaturan, lupa nak tengok waktu operasi.
Kitorang
sampai sana dalam jam 8 pagi, rupanya tak buka lagi. Waktu operasi kereta kabel
untuk Sabtu dan Ahad bermula jam 9.30 pagi hingga 7 malam.
So,
kitorang pun pergilah sarapan dulu. Lepas sarapan, pergi jalan-jalan kat Pantai
Datai/Kok. Cantik. Banyak kapal layar berlabuh. Jalan nak naik ke Oriental
Village tu pun cantik, cuma berliku sikit macam jalan kat Kundasang dan Wang
Kelian. Tapi okey sikit lah berbanding Kundasang dan Wang Kelian tu.
Dalam
jam 9.15 kitorang naik balik ke Oriental Village, tengok dah ramai orang
beratur. Cuak jugak takut kena tunggu lama. Tapi, tak lama sangat sebab ada
beberapa kaunter dibuka. Dalam 10 minit dah dapat tiket dan beratur pulak untuk
ke SkyDome dan seterusnya ke SkyCab.
Parking kereta di Oriental Village
ni percuma ya.
Okey,
kalau nak beli tiket SkyCab ni, korang tunjukkan kad pengenalan korang sebab
dapat diskaun. Harga sebenar adalah RM30/orang dan dengan kemukakan IC, dapat
harga RM15 sahaja. Dan biasanya, ambil sekali dengan pakej SkyDome, jadi harga
yang kita bayar adalah RM20.
Ada
juga harga pakej dan combo lain, korang boleh pilih ikut kemampuan korang. Ada
juga harga untuk Express Lane yang
bagi lebih keistimewaan antaranya tak perlu beratur laa, tapi mahal sedikit
harganya. Sama juga dengan tiket untuk Glass
Bottom iaitu kereta kabel yang bahagian bawahnya kaca dan see thru.
Jangan
cuba 'menipu' nak beli banyak tiket guna satu IC je tau. Sebab, setiap
tiket akan di'scan' dengan IC kita
dan ada data tertentu. Jadi, satu IC untuk satu tiket sahaja. Kitorang
cuba nak beli asing-asing dengan niat kawan yang takde ID tu bolehlah guna IC
kitorang kat kaunter lain lagi sekali dengan harga murah. Tapi gagal. Hehe.
Pokoknya, jangan mencuba ya.
Lepas
beli tiket, beratur nak masuk pula. Tiket yang dibeli tu ada kod bar, jadi kita
kena 'scan' kod bar tu dekat sensor
merah, dan bila lampu hijau menyala baru boleh lalu. Lepas tu boleh ikut je
laluan yang ditunjukkan tu menuju ke SkyDome.
Kat
SkyDome ni pun kena menunggu dalam 10 minit sebab staf akan aturkan berapa
orang boleh masuk untuk sekali sesi.
Mula-mula
aku fikir, SkyDome ni bosan, tapi rupanya best.
Masuk
je dalam bilik tu, duduk kat mana-mana kerusi (aku cadangkan duduk belakang
supaya lebih selesa sebab kita akan mendongak). Nanti akan ada tayangan 3D atau
6D (aku kurang pasti sebab masa aku masuk yang 6D, guna spek khas dan kerusi
bergegar). Masa aku, ditayangkan tayangan Roller Coaster. Memang rasa macam
betul-betul naik Roller Coaster tu padahal kita cuma tengok jee. Cuma agak
pening lalat laa sebab berpusing-pusing kan dan keluar dari situ aku mabuk
sekejap.
Lepas
SkyDome, beratur semula untuk naik SkyCab.
Tadaaaa.
Saat yang dinantikan.
Kali
kedua aku naik kereta kabel. Kali pertama kat Genting Highland dulu.
Nak
naik SkyCab ni, staf dia akan tetapkan naik 6 orang setiap kereta kabel tu. So, kitorang berempat, ada sepasang
suami isteri ni naik juga untuk penuhkan kuota 6 orang. Mula-mula tanya juga
kalau boleh naik 4 orang sahaja, tapi staf dia cakap sebab ramai, jadi kena
kongsi. Kalau family jangan risau,
biasanya dia bagi naik sama dan tak asingkan.
Nak
naik SkyCab ni kena cepat sebab dia tak berhenti tapi bergerak perlahan. Naik saja,
terus duduk kat kerusi dia. Dan selamat menikmati pemandangan indah Gunung
Machincang dan hamparan hutan tebal hijau dan kuning.
Kalau
anda gayat, memang agak menyeramkan sebenarnya. Sebab tinggi dan bergoyang kan.
Memang macam-macam terlintas kat fikiran. Tapi seronok sebenarnya. Aku tak
gayat sangat, jadi okey jelah. Seronok tengok hutan kat bawah tu, Ila cakap
macam brokoli kuning. Hihihi. Dari atas juga boleh nampak Telaga Tujuh yang
terkenal tu. Nampak halus je.
Sampai
stesen kedua, turun sekejap dan boleh nikmati pemandangan 650 meter dari paras
laut. Cantik subhanaAllah. Indah bumi ciptaan Tuhan. Suasana nyaman dan
berangin. Matahari mula menjengah.
Naik
lagi kereta kabel ke stesen paling atas, kitorang dapat naik berempat. Maka,
bermaharajalela sambil usik Kelly yang katanya gayat.
Dalam
beberapa minit kemudian, tiba di puncak Gunung Machinchang. Kat atas ni ramai
orang dah memenuhi sekitar kawasan tu untuk dapatkan spot terbaik untuk bergambar. Dari atas ni, kita akan dapat lihat
luas dan biru Lautan Hindi dan Andaman, dan juga pulau-pulau kecil sekitar
Thailand. SubhanaAllah, sangat mengagumkan nikmat mata ini. Kat atas ni juga suasana agak nyaman dan
sejuk.
Rezeki
kitorang, masa kitorang pergi ni SkyBridge baru je dibuka selepas hampir dua
tahun ditutup untuk penyelenggaraan. Tapi, hanya separuh dibuka dan separuh
lagi masih ditutup. Dalam kereta kabel kita boleh tengok proses penyelenggaraan
yang masih berjalan.
Kita
masih boleh menikmati pemandanan dari SkyBridge ni dengan menggunakan laluan
lain yang disediakan, dan sedikit mencabar. Apa yang anda perlu lakukan adalah
beli tiket di kaunter dengan harga RM5/seorang, pastikan pakaian dan kasut yang
bersesuaian dan tanda tangan satu surat yang menyatakan mengenai tanggungjawab
anda jika berlalu sesuatu yang tak diingini.
Staf
kat situ bagitau, perjalanan akan ambil masa selama hampir sejam bersamaan 1
kilometer pergi dan balik melalui trail hutan.
Kitorang
mencabar diri sendiri walaupun sebenarnya kaki tak berapa okey dan sakit-sakit,
dengan pakaian blaus dan skirt, maxi, kasut flat. Gigih kan?
Mencabar
laluannya. Aku rasa macam panjat Bukit Broga pulak. Walaupun ada tangga yang
dibina menggunakan batu dan besi pemegang, tapi ada sesetengah kawasan yang
agak curam dan mendaki laluannya. Penat juga. Beberapa kali berhenti rehat
sebab semput. Air sebotol tak mencukupi. Stamina tak berapa bagus.
Sepanjang
laluan ada papan tanda yang maklumkan checkpoint
dan papan tanda haiwan liar antaranya si hidung penyek. Hihi.
Lepas
berhempas pulas, sampai juga ke SkyBridge. Teruja dan terharu tak sangka dapat
sampai. I'm here, bebeh. Sobsobsob.
SkyBridge
ni adalah pada paras 700 meter dari aras laut dan ada jambatan melengkung yang
tergantung. Ada juga beberapa tempat di sepanjang jambatan yang ada glass bottom yang lutsinar dan
membolehkan kita berdiri di atasnya sambil lihat ke bawah.
Aku
yang tak berapa gayat ni pun menggigil lutut bila berdiri atas glass tu sambil
pegang besi jambatan. Aku takut kalau glass
tu tak kukuh dan tercabut dan aku terjatuh. Aku tak dapat bayangkan. Ila cool je, Kelly tak pijak langsung,
manakala Ju langsung tak jejak kat SkyBridge ni. Dia duduk kat tepi je. Takut
lettewww. Tulah, ejek Kelly lagi, padahal dia yang takut. Haha.
Aku
rasa, semua pemandangan dari atas adalah sangat cantik dan tak ada yang
menggagalkan jiwa aku. Dari SkyBridge, kita boleh berjalan sampai separuh jambatan
dan nikmati pemandangan Laut Andaman dan Lautan Hindi dan juga Gunung Batu
Kapur Machincang yang berusia 500 juta tahun ni.
Dikelilingi
hutan tebal, aku tak dapat bayangkan macam mana agaknya keadaan di sini ratusan
juta tahun lalu. SubhanaAllah. Kalau sekarang sudah cantik, apatah lagu jutaan
tahu dulu. Allah, agungnya ciptaan Allah. Sumpah, cantik sangat. Aku terpegun
dan berlama kat sini.
Dalam
setengah jam juga di sini, apabila matahari dah semakin memacak atas kepala dan
semakin ramai orang, kitorang pun turun.
Laluan
balik agak mencabar juga tapi lebih cepat berbanding waktu pergi. Waktu ni juga
ramai dah mula ramai orang sedang menuju ke SkyBridge. Biasakan bibir menegur
dan bagi semangat pada mereka yang nak pergi, sebab kebiasaannya diorang dah
kepenatan walaupun tak jauh sebenarnya.
Dan
kalau boleh, sila pakai yang elok sikit ya. Sebab waktu kitorang nak balik tu,
ada minah saleh empat orang pakai skirt pendek dan tube je turun dari tangga. kitorang berhenti sebab nak bagi laluan,
bila terpandang atas, ternampak yang tak sepatutnya. Heh, saya yang sama
jantina pun malu tau tengok.
Sampai
je pintu masuk tu (pintu yang sama sebab anda akan berpatah balik) staf yang
kat situ offer untuk ke SkyBridge
lagi secara percuma.
Jawapan
kitorang? Sudah semestinya TIDAK.
Haha.
Penat deh. Sampai je kat situ terus cari kipas dan beli air tin mahal RM2.50.
Turun, lepak kat kerusi sambil mengadap lautan biru sekejap. Hati tak berhenti
memuji indahnya bumi Tuhan.
Tak
lama lepas tu ambil kereta kabel untuk turun. Masa ni terus je takde turun
stesen lagi sebab dah penat.
Sampai
bawah, belek-belek barang kat kedai cenderamata, dan keluar tak beli apa-apa
sebab mahal walaupun banyak yang menarik.
Kat
luar, panas terik menyengat. Dah mula ramai beratur nak naik SkyCab. Mujur
datang awal. Kalau tak, masak nak beratur lama dan panas.
Kelly
dan Ila pulak sambung tengok tayangan 6D kat sebelah kaunter tu. Harga tiket
RM18 dan ada beberapa jenis tayangan. Aku dan Ju tak masuk sebab aku dah pernah
tengok tayangan tu kat KL Festival City.
Lepas
tu, kitorang berjalan nak cari Muzium 3D yang baru dibuka sebulan lepas. Jalan
sampai depan ke pintu masuk Oriental Village, rupanya Muzium 3D tu sebelah je
dengan kaunter SkyCab. Maka, menapak lagi masuk ke dalam dengan longlai sebab
panas dan penat. Tapi, tak jauh mana pun sebab sepanjang jalan kat Oriental
Village ni ada banyak benda menarik boleh kita nikmati.
Mula-mula aku malas nak masuk sebab tiket mahal, tapi mengenangkan haritu kan birthday Kelly makan digagahi jua. Tambahan pula tempat tu baru dibuka, maka nak jadi antara yang pertama masuk. Hihi.
Pergi kaunter, tanya kat staf harga tiket. Mahal. RM38 tiket biasa dan RM30 untuk pemegang MyKad. Kelly cuba usha-usha lagi kat abang tu, abang tu pun bagitau harga untuk pelajar IPT di Kedah adalah sebanyak RM15.
Hah? RM15??
Apa lagi, melompat laa cari kad matrik masa belajar kat UUM.
JUMPA!!!
Tapi, Kelly dan Ju punya je laa. Aku dan Ila tak bawak. Sekali lagi Kelly jalankan usaha mengusha abang kakak tu bagitau yang kitorang tak bawak kad matrik. Akak tu tengok sepintas lalu kad kitorang, dan bagitau, "Okey".
Alhamdulillah. Dapatlah kitorang tiket masuk ke Langkawi 3D Art Museum dengan harga yang murah iaitu hanya RM15 seorang.
Oh, apapun, ada juga pakej tiket Combo SkyCab + SkyDome + 3D Museum dengan harga RM46 bagi mereka yang tak ada kad pelajar.
Dan sekali lagi dinyatakan, hanya PELAJAR IPT DI KEDAH sahaja yang menikmati privileges ini. Maksudnya, UM, UKM, USM, UNIMAP, dan segala universiti luar Kedah tak tertakluk pada kemudahan ini. Hai, beruntung belajar di UUM. Heee~
Tiket sama macam tiket SkyCab, ada kod bar dan kena scan tiket tu dulu dan hanya masuk selepas lampu bertukar hijau. Kasut pun kena tanggal dan berkaki ayam sahaja ke dalam tu. Staf akan bagi plastik untuk dimasukkan kasut anda dan simpan di locker muzium.
Melangkah ke dalam muzium, sekali lagi teruja.
CANTIKNYA LUKISAN NI!!! NAMPAK BETUL!!!
Ya, lukisan nampak hidup dan menjadi. Nama pun Muzium 3D kan, dah pastilah lukisan secara 3D. Korang boleh bergambar dalam tu ikut aturan yang dah diberi.
Kat setiap lukisan, korang kena tengok kat lantai ada bulatan yang akan bagi arahan cara gambar tu diambil. Antaranya, sama ada secara horizontal atau vertical. Ini sangat membantu untuk anda ambil gambar yang cantik. Ada juga staf yang akan bantu korang cara ambil gambar yang betul supaya gambar yang terhasil tu menggambarkan lukisan sebenar.
Muzium ni besar dan ada tiga tingkat. Setiap tingkat ada pelbagai jenis lukisan yang menarik antaranya padang pasir, Firaun, panda, pari-pari, Venice, hutan, dan sebagainya. Jadi, manfaatkan setiap ruang yang anda dan ruang memori kamera anda supaya tak terlepas yang menarik. Dan ringankan tangan anda untuk bantu orang lain bergambar juga. :)
Waktu kitorang kat dalam ni, tak ramai sangat. Mungkin sebab waktu tengahari kan. Dan seperti biasa, misi #mms kitorang pun seakan-akan terbuka pintunya apabila terlihat tiga jejaka yang menarik tertarik pun kat dalam ni. Chinese look, ada ketrampilan yang simple, dan ada gaya sopan yang menarik hati. Gitteww.
Senang kata, kitorang habiskan masa bersama kat dalam muzium tu tanpa bertegur sapa. Tapi, salah seorang daripada diorang lambaikan tangan kat Ila masa Ila naik bot Venice sambil buat gaya lambaikan tangan. Hihi. Apapun, misi gagal sebab tak jumpa lagi dah lepas tu.
Selesai
tawaf Muzium 3D ni, kitorang keluar, dan sekali lagi beli air dan aiskrim sebab
haus dan tekak kering. Lepas tu masuk kereta dan pergi cari masjid untuk Zuhur
jamak dan lepas tu ke Beras Terbakar.
Mencabar
cari Beras Terbakar ni. Tak ada papan tanda yang khusus sebab kitorang dari
arah Oriental Village. Gunakan map
pun tak berapa jelas. Guna Waze lagilah, tau-tau dah sampai tapi tak tau kat
mana. Akhirnya berhenti tepi jalan dan tanya orang tempatan, rupanya kitorang
dah terlajak. Akak tu suruh kitorang patah balik sampai jumpa tapak pasar dan
masuk ke dalam. Ingat, landmark dia
pasar malam Padang Mat Sirat.
Lepas
ucap terima kasih, kitorang pun ikut arah yang dia bagitau. Baru perasan ada
papan tanda Beras Terbakar tu dari arah bertentangan dan jumpa tapak pasar
malam. Tapi, masih tak jumpa juga. Lepas parking kereta, lalu beberapa kedai
baru nampak ada papan tanda kat pintu gerbang tertulis Beras Terbakar.
Laa,
rupanya Beras Terbakar ni kat dalam kawasan rumah persendirian iaitu rumah
tradisional yang cantik dan kena melalui banyak kedai di kiri dan kanan yang
menjual barangan cenderamata, batik, dan gamat. Masuk adalah percuma ye.
Kecil
juga rupanya kawasannya. Ada satu bekas kaca yang berisi beras yang hitam
berserta penerangan mengenai sejarahnya. Kononnya, asal usul beras terbakar ni
adalah pada zaman Mahsuri yang mana mereka cuba elakkan tentera Siam daripada
mendapat bekalan beras, maka beras ditanam dan dibakar. Dari situlah
terciptanya sejarah Beras Terbakar.
Alang-alang
dah kat situ, kitorang pun luang masa membeli barang sebab hasil kajian aku
mendapati bahawa barang kat sini adalah murah dan berbaloi untuk dibeli. Gamat
10/12 botol boleh dibeli dengan harga RM9, RM10, RM11, RM12, kain batik
berdasarkan kualiti yang pelbagai dan siap dijahit boleh dibeli dengan harga
RM15 untuk 2 pasang, RM10 sepasang, RM11 sepasang, dan pelbagai lagi. Kain
pelekat pun ada, keychain, fridge magnet
kebanyakannya dijual dengan harga satu untuk RM1. Topi yang cantik-cantik pun
ada dijual dengan pelbagai jenis harga. Aku kongsi beli minyak gamat dengan
Kelly, kain batik, sebotol bedak sejuk, keychain,
fridge magnet, dan topi.
Lepas
membeli, kitorang nak gerak ke Kilim pulak sebab jam pun dah menunjukkan ke
pukul 4 petang. Takut tutup pula nanti. Waktu ni pasar malam dah nak buka dan
beberapa gerai dah dibuka. Kitorang pun ambil kesempatan beli air dan makanan
ringan. Air teh susu kat kedai paling depan tu sedap amat. RM1.50 je secawan. Lepas
tu aku beli apam balik mini dan juga sejenis makanan inti kaya yang aku tak tau
namanya. Yang pasti, semuanya sedap.
Dari
Beras Terbakar nak ke Kilim ambil masa kira-kira 40 minit juga. Kitorang
gunakan Waze yang umpama hidup segan mati tak mahu. Jauh juga rupanya. Tapi
jangan risau, ada je papan tanda yang membawa korang ke arah Kilim Mangrove
Geoforest Park.
Dalam
jam 4.45 petang, kitorang sampai ke Jeti Kilim. Nak masuk tu ada papan tanda
yang menunjukkan korang sampai ke tempat yang betul. Dan tempat ni bersebelahan
dengan Galeri Perdana yang menempatkan pelbagai jenis anugerah yang pernah
diterima oleh Tun M semasa pentadbirannya sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Di
sebelah kiri ada muara sungai dan bot dan sampan yang terdampar akibat air
surut. Kawasan sekitar jeti juga agak lengkap, ada tandas awam yang bersih
dengan bayaran RM0.30, kedai makan, dan kedai cenderamata.
Parking
kereta percuma. Lepas parking, kitorang cepat-cepat pergi kaunter dan lepas tu
ada seorang pakcik ni approach
kitorang. Kitorang pun tanya laa soalan macam-macam berkenaan pakej dan apa
yang ada di setiap tempat tu dan pakcik tu terangkan semuanya.
Confirm,
kitorang ambil pakej satu jam tour
dengan harga RM120 untuk 1 bot meliputi empat kawasan iaitu Gua Kelawar, Eagle Feeding, Fish Farm, dan Laut
Andaman. Minta harga kurang daripada pakcik tu memandangkan kitorang cuma
berempat, tapi pakcik tu cakap harga tu dah murah disebabkan kitorang datang
terus ke Jeti, Kalau harga luar, untuk pakej sejam harga satu bot adalah RM250.
Phewwww~
Kalau
korang nak tour yang lebih lama dan
tempat pun pelbagai, korang boleh cuba. Aku ada tengok pakej 5 jam untuk RM50
kat Your Travel Station, agak murah sebenarnya dan berbaloi, cuma kena ambil
kira faktor masa. Kalau korang ada masa, baik ambil pakej macam tu. Lebih
seronok dan berbaloi.
Bot
kitorang dipandu oleh seorang adik lelaki berusia 16 tahun. Muda kan? Hihi.
Malu-malu adik ni, tapi dah lama-lama kena usik dengan kakak-kakak, dia okey
je. Tak masuk lagi kawan-kawan dia usik dia sebab dapat bawak kakak-kakak ayu
kat bot dia.
Checkpoint
pertama adalah Gua Kelawar yang dinamakan dengan nama ini disebabkan gua ini menjadi
tempat tinggal sang kelawar. Gua ni terletak di tebing sungai dan tak jauh dari
jeti Kilim. Bot akan berhenti di jeti di hadapan gua, naik ke atas dan kat situ
ada orang yang sewakan lampu suluh dengan kadar RM1 sahaja. Tapi kitorang tak
sewa pun sebaliknya gunakan lampu handphone.
Agak
gelap suasana dalam ni dan bau najis kelawar juga agak kuat. Jalan je ikut
laluan yang dah disediakan. Apabila semakin ke dalam menghampiri pintu keluar
gua, pandang ke atas dan boleh nampak banyak kelawar sedang bergayut tidur.
Jangan buat bunyi bising atau suluh lampu kerana akan mengganggu kelawar
tersebut.
Kat dalam ni juga kita dapat lihat stalagtide dan stalagmite yang terbentuk sejak sekian lama dan juga dikelilingi oleh pokok bakau. Jalan lagi ikut laluan disediakan, dan kita akan melalui satu kawasan dalam gua yang agak rendah dan perlu membongkok untuk melalui kawasan tersebut sebelum jumpa semula pintu luar gua.
Kat Gua Kelawar tak ambil masa lama, dalam 20 minit pun dah mencukupi.
Selepas
tu kami ke Fish Farm iaitu tempat
ternakan ikan dan hidupan laut. Di sini akan ada kanak-kanak kecil yang memberi
penerangan mengenai ikan-ikan yang ada di situ. Hah, walaupun mereka masih
kecil tapi sangat petah dan informatif. Bagus pendedahan macam ni, melatih
mereka berdikari dan berkomunikasi dengan lebih baik, terutamanya dengan
masyarakat luar.
Antara
ikan yang diternak di sini adalah ikan pari, ikan nyok nyok, ikan buntal,
kerapu, haruan, udang, ketam, dan pelbagai lagi. Adik tu siap demo lagi cara
ikan buntal menyamar dengan cara membulatkan diri macam belon sampai aku yang
naik takut kalau ikan buntal tu meletop atau mati sebab lama sangat dekat udara
kita. Tapi adik tu cakap jangan risau sebab ikan buntal ni jenis tahan.
Adik
tu juga bagi demo bagi makan ikan kat ikan (eh ikan makan ikan?) dan juga
bermesra dengan ikan pari dengan cara memasukkan tangan ke dala mulut ikan
pari. Scary.
Ikan-ikan
ni diternak untuk dijual dan dimasak secara segar. Di situ ada restoran, dan
jika nak, boleh pilih apa yang kita nak dan minta mereka masak ikut selera
kita. Tapi kena ingat, harga makanan laut segar ni mencecah ratusan ringgit
untuk satu jenis sahaja.
Selepas
Fish Farm, kitorang dibawa ke Eagle Feeding. Sama macam semasa Island Hopping, bezanya kali ni burung
helang tu adalah burung helang putih yang macam kat kotak rokok Winston tu dan
juga helang merah. Helang merah waktu ni cuma seekor je dan agak besar
berbanding helang putih. Kat sini dalam 20 minit macam tu dan aku tak berapa
teruja sangat, sebaliknya lebih teruja dengan pokok bakau di sekitar kawasan
tu.
Nak
bagi makan helang ni pun ada caranya. Pemandu bot akan tuangkan kulit ayam di
belakang bot, hidupkan enjin bot dan buat bunyi bising untuk tarik perhatian
burung helang tu. Dan menderu-derulah burung helang datang menyambar makanan
mereka.
Selepas
tu kitorang ke pintu Laut Andaman. Ini yang aku tunggu-tunggu sebenarnya. Aku
rasa aku ada hubungan yang agak unik dengan laut Andaman, lagi-lagi selepas
balik dari Phuket dan Krabi dan selepas kejadian misteri MH370. Kerap aku
berkhayal, membayangkan bagaimana agaknya jika MH370 benar-benar hilang di
dalam lautan Andaman ni.
Tapi,
harapan aku terlalu tinggi agaknya. Laut Andaman yang ini tak macam aku
bayangkan. Aku membayangkan air laut biru yang berombak besar, tapi yang ini
warna hijau dan ombak sedikit tenang. Mungkin sebab ini pintu pertemuan antara lautan
kita dan lautan Andaman.
Waktu
ni juga, mesej roaming dari telco mula menerjah ke peti masuk handphone, disebabkan jarak yang sangat
dekat dengan perairan Thailand.
Adik
pemandu pelancong tunjukkan pada kitorang beberapa batu kapur yang berbentuk
unik seperti bentuk kasut, wajah Red India, dan penyu. Dan pada satu batu kapur
tu ada tulisan besar Kilim Geoforest Park. Akhirnya aku sampai ke Geoforest
yang sangat aku idamkan untuk lawati.
Tak
lama, dalam 20 minit kat sini, kitorang pun balik ke jeti. Kalau waktu pergi
tadi bot dipandu perlahan dan lebih santai untuk nikmati pandangan menarik
Sungai Kilim di kiri dan kanan, perjalanan balik bot dipandu lebih laju.
Sekejapan sahaja dah sampai ke jeti.
Lepas
ucap terima kasih kat adik tu, kitorang naik ke jeti, pergi tandas dan terus
keluar dari jeti.
Mangrove tour
antara aktiviti yang perlu dilakukan jika ke Langkawi. Menarik dan berbaloi
terutamanya bagi yang sukakan alam semula jadi, macam aku. Kalau ada kesempatan
dan rezeki lagi, aku nak ke sini lagi dan ambil pakej yang lebih lama yang
berserta pakej kayak dalam kawasan bakau.
Selepas
Kilim, Ju pecut kereta ke kawasan airport,
demi mengisi perut yang lapar disebabkan tak makan tengahari lagi. Waktu ni dah
jam 6 petang, dan kitorang ke Laksa Kaw Ikan Sekoq. Dalam gerimis, kitorang
makan laksa bawah pokok rendang ditemani ombak yang menghempas pantai, dan juga
menyaksikan pesawat naik dan turun. Antara tarikan di sini disebabkan lokasi
yang bersebelahan landasan pesawat.
Laksa
sini sangat sedap. Kuah pekat dengan isi ikan, dan ikan sekoq tu tak rasa
hanyir, tapi rasa lemak yang sedap. Rugi pulak aku ambil laksa semata sebab
taknak ikan sekoq. Harga pun tak mahal sangat untuk laksa yang sedap macam tu.
Cuma RM4 untuk laksa sahaja dan RM5 untuk laksa dengan ikan sekoq.
Lepas
makan, kitorang ke The Zone dengan niat nak mencuba aiskrim gulung yang tengah popular
sekarang ni. Aiskrim Gulung ni kat dalam The Zone, ada pelbagai perisa dan
untuk saiz kecil iaitu 4 gulung, berharga RM6.90 manakala saiz besar iaitu 6
gulung berharga RM10. Perisa buah-buahan hanya untuk saiz besar sahaja ye.
Mula-mula
aku ingatkan aiskrim gulung ni, aiskrim yang dimasak atas permukaan bersuhu -23
darjah celcius. Rupanya, aiskrim tu dibuat sendiri. Contohnya, aku beli aiskrim
gulung perisa milo, dia tuang milo atas bekas dan tuang susu, lepas tu
gaul-gaul sampai jadi aiskrim, leperkan jadi kepingan, dan gulung. Begitu
rupanya. Rasa dia biasa je, takdelah sedap mana pun. Untuk mencuba, ok je.
Masa
ni juga ada couple mat saleh yang
tertarik dengan proses ni pembuatan aiskrim gulung ni. Dengar cara dia cakap R
tu agak pelat, aku pun tanya laa sama ada dia dari France.
Yes, dia dari France. You can
imagine how a France pronounce R, kan? Just
like how they pronounce Paris as Paree.
Lepas
tu pecut ke Kuah. Plan asal nak shopping esok sebelum ke airport, tapi
sebab risau sangkut kat airport,
kitorang pergi malam tu jugak. Dari airport
ke Kuah ambil masa 30 minit juga.
Macam
biasa, tempat pertama dituju adalah Haji Ismail Group. Aku pun tak tau lah
cawangan mana yang aku pergi sebab macam kecik je dan tak sama dengan yang aku
pergi dulu. Tapi sebab nak cepat memandangkan jam dah menunjukkan jam 8.30 pm
dan dah nak tutup, terus je jadi lipas kudung cari barang.
Chocolate is a must thing to buy in
Langkawi. Langkawi kan kawasan bebas cukai, dan harga coklat, liquor,
rokok, barang perkakas rumah adalah lebih murah berbanding biasa. Syurga kaum
ibu ni kalau tengok set pinggan mangkuk dan periuk. Seret jelah 'handbag' bergerak diorang. Nanti aku
dah ada 'handbag' pun aku tarik agaknya.
Buat masa sekarang belum ada minat lagi nak borong semua ni. Hehe.
Dan
coklat di sini juga tak semuanya ada di tempat lain. Tapi aku tak biasa nak
makan coklat lain, jadi aku belilah beberapa jenis macam Cadbury Peppermint
yang Azu kirim (flavor ni takde kat
tempat lain sebab dibawa dari Australia), Peppero, Snickers, Kisses, Cloud 9, dan
beberapa jenis lagi. Jangan risau status halal kat sini, sebab ada pengesahan
daripada JAKIM. Kalau korang was-was, lebih baik diam-diam dan jangan beli,
okey?
Masing-masing
memborong coklat. Mujur boleh swap
debit kad. Kalau tak, tengok jelah coklat tu. Sebenarnya ada banyak tempat yang
boleh kita beli, tapi lepas aku pergi kaji di beberapa kedai, Haji Ismail Group
yang paling murah harganya.
Lepas
memborong, mencari Jai Island Cafe sebab nak dinner kat situ tapi Waze sekali lagi menyesatkan, maka kitorang
terus cari jalan balik bilik dan dinner kat Muslim Thai kat simpang nak masuk
ke Mentari Cenang.
Lepas
makan, masing-masing dah mengantuk, balik bilik, mandi, solat, berkemas, tidur.
PENAT!
Day 3 :
SkyCab + SkyDome : RM20
SkyBridge : RM5
Museum 3D : RM15
Kilim Mangrove Tour : RM30
Total Cost :
RM70/seorang (tak termasuk makan, jajan, shopping)
bersambung...
SYITA
“We live in a wonderful world that is full of
beauty, charm and adventure. There is no end to the adventures we can have if
only we seek them with our eyes open.”