Thursday, 5 March 2015

Mai Cheq Mai! Part 3

Part 3 : The Day Has Come

Oh, aku lupa bagitau tarikh kitorang bermusafir, 28 Februari 2015 (Jumaat)- 2 Mac 2015 (Isnin). Dan mini vacation ni disertai hanya 5 orang sebab Ikin tak boleh nak cuti, Lyn pulak jauh nun di Sabah. Maka, hanya aku, Ila, Ika, Kelly, dan Ju.

*aku nyatakan mini vacation sebab kitorang memang nak relaks dan gaya pelancong sahaja. tak ada backpack bagai tapi masih kekalkan gaya bajet.*

Sebenarnya agak menyayatkan hati juga laa mini vacation kitorang ni. Beberapa insiden tak dijangka, terjadi hanya beberapa hari sebelum kitorang bertolak.

Yang pertama, seminggu sebelum bertolak, Ika eksiden jatuh motor. Memang tak dijangka langsung sebab Ika dah beli tiket ke Terengganu ke Kedah dan tiket balik Terengganu dari KL, malah Ika paling awal beli tiket tu. Kebetulan jugak Ika baru je balik dari Cameron Highland. Masa Ila bagitau, kitorang terkejut sangat. Yela, tak lama je lagi dah nak travel, tetiba pulak ada aral.

Teruk juga keadaan Ika sebab luka kat muka agak teruk dan kaki berjahit. Dan secara rasminya, walaupun kitorang mengharapkan Ika dapat pergi dan kerap kitorang bagi semangat dan hint suruh dia pergi jugak, tapi sampai hari bertolak, kaki Ika masih tak elok dan membengkak. Maka, Ika secara tak rela terpaksa tarik diri. Sedih tau sedihhhhhhh. Tinggal berempat je.

Yang kedua, isu ID. Nak naik flight kan kena ada ID yang sah. Maka, ada antara kitorang yang saat akhir ID rasmi tak ada dalam pegangan dia atas sebab tertentu. Dah tu, macam mana nak naik flight? Naya laa kalau tak dapat naik flight. Takkan nak tinggalkan dia? Ini masalah paling mengganggu tidur malam aku.

Maka, gigihlah aku marah dia walaupun tu bukan salah dia. Eh, salah dia jugaklah sebab tak follow up. *maap kalau kau baca ni. hihi* . Tapi marah-marah pun aku cuba jugak nak setelkan masalah dia ni sambil menyatakan, "kalau kau tak dapat naik nanti, aku taknak teman kau. aku beli tiket mahal-mahal takkan aku tak naik sebab kau je".

Haaa. Kejam tak ayat aku? Haha!

Maka, gigihlah aku gunakan fb BBM tu bertanya pada yang berpengalaman selepas usaha aku nak hubungi pihak MAS tak berjaya sebab tak dapat nak connect dengan pegawai diorang. Aku bertanya juga pada junior aku yang secara kebetulan staf MAS dan aku juga emel kat bahagian aduan MAS.

Sebelum dapat semua respon tu, aku dibantu oleh geng-geng BBM ni yang bagitau penyelesaian yang terbaik dan sewajarnya. Aku dah mula lega jugaklah sebab dah tau cara terbaik dan aku pun bagitau jugak kat kawan aku tu minta dia bertindak seperti saranan.

Baru je lega, tiba-tiba dapat emel balas daripada pihak MAS yang menyatakan polisi diorang melarang dan tak akan benarkan penumpang  daripada boarding flight tanpa ID sah iaitu sama ada tanpa IC atau Passport.

Aku pun kembali bingung dan tak tenteram. Maka aku pun personal message kat sorang budak BBM ni yang sama kes macam kawan aku dan dia yang tolong coolkan dengan idea-idea tertentu dan sedikit sebanyak lega kembali hati aku.

Nak tau apa kesudahannya sama ada berjaya atau tak dan situasi semasa nak boarding? Nanti aku cerita.

Yang ketiga, Ila dan Ju ni mengajar kat pusat tuisyen kat Bangi/Kajang dan kelas diorang tamat jam 10pm. Bas pulak dari Puduraya jam 11.45pm. Bayangkan sempat tak diorang berkejar lepas kelas nak ambil KTM dari UKM ke BTS dan naik LRT dari BTS ke Plaza Rakyat? Maka aku pun sekali lagi 'mengarahkan' diorang supaya gerak dengan kadar segera lepas je tamat kelas. Heee~

Okey.

Khamis, 26 Februari 2015, jam 10.45 malam

Aku bertolak dari rumah aku di Sentul dengan menaiki LRT Sentul Timur ke LRT Plaza Rakyat. Tak jauh pun, dalam 15 minit dan cuma 8 stesen macam tu lah. Sampai Pudu, aku cari port sambil nak tunggu makcik dua orang tu. Mujur diorang cekap, jam 11.15pm macam tu diorang sampai kat Puduraya. Tapi Ila pula belum solat lagi. Gigih pergi naik tingkat atas UTC tu nak pergi surau tapi surau pulak tutup. Aku cakap kat Ila, "Íla, solat dalam bas je. Darurat. Hehe".

Pergi kat bas letak beg, pergi tandas buang segala isi, dan kitorang selamat naik bas jam 11.45pm dan bas gerak dalam jam 11.55pm dari Puduraya menuju Changlun, Kedah.

Aku ada bagitau kan aku naik bas Intercity? Okey aku recommend bas ni. Ada plug nak caj handphone korang (sekurang-kurangnya jimat bateri powerbank korang) dan paling utama, ada wifi. Weh, bas ada wifi wehhhh. Wehuuuuuuu!

Pre MiniVacation Cost :

Bas Intercity Puduraya-Changlun : RM47

Flight MAS Langkawi-KLIA : RM65
LRT : RM1.40

Total Cost : RM 113.40/orang



bersambung...

SYITA


“A wise traveler never despises his own country.”


Wednesday, 4 March 2015

Mai Cheq Mai! Part 2

Part 2 : Preparation

Secara asasnya, plan kitorang adalah sehari di UUM, dan 3 hari di Langkawi iaitu Jumaat-Isnin. Maka, kitorang kena cari tempat menginap dan kereta sewa di UUM dan Langkawi. Aktiviti mungkin biasa je sebab kalau UUM tu dah biasa dan hajat hati pun memang nak jelajah UUM dan sekitar Perlis. Cuma yang kat Langkawi je kena gali kisah sikit.

PENGINAPAN :

UUM -
Mula-mula plan nak stay kat Universiti Inn/EDC UUM/hotel bajet sekitar Changlun. Tapi bila aku survey harga menggunakan Agoda/Tripadvisor/Booking.com/Expedia, kesemuanya kurang sesuai dari aspek harga dan jenis bilik. Kitorang kan berlima, so nak cari bilik yang boleh memuatkan 5 orang sekaligus dalam satu bilik atau dua bilik bukanlah kerja mudah. Harga pun boleh tahan terbeliak mata.

Konklusinya, kitorang minta tolong kawan yang sambung Master di UUM untuk tolong tempahkan bilik di Dewan Penginapan Pelajar (DPP) di UUM. Kebetulan waktu nak pergi tu tengah cuti semester, maka urusan tempahan bilik di SAC hanya beberapa hari sebelum kitorang bertolak ke sana.

Alhamdulillah, urusan mudah je dengan adanya pertolongan daripada kawan kitorang tu. Berjaya tempah sebuah bilik di DPP Proton dengan harga RM20 satu malam. Okey sangat tu sebab murah, dan bolehlah fefeeling zaman belajar sebab bilik tu dalam bangunan DPP.

Langkawi -
Nak cari bilik di Langkawi pun agak mencabar sebenarnya. Sebab kitorang prefer nak stay kat Pantai Cenang sebab nak bersosial waktu malam (ehem) dan nak berenang-renang tanpa batasan. Tapi faham jela harga bilik di kawasan Cenang, agak mahal ditambah pula dengan pendirian kitorang. Bukan senang nak cari bilik yang boleh memuatkan 5 orang, dan kalau nak ambil 2 bilik, kena caj lebih mahal.

Selepas usaha bertanya dan Google, akhirnya yang paling sesuai aku jumpa tentang AB Motel dan Amzar Motel. Dua-dua motel ni berdepan dengan Pantai Cenang dan harga agak okey, sesuai dengan apa yang kitorang nak.

AB Motel ada bilik double bed berharga RM150/malam yang boleh memuatkan 5 orang dalam satu bilik dan kemudahan agak bagus juga. Tambah pula dekat dengan pantai, maka ini dah jadi pilihan utama untuk sumbat kitorang semua dalam satu bilik.

Amzar Motel pula tak jauh dari AB Motel. Dekat sangat dan agak murah. RM35 untuk bilik kipas dan RM45 bilik aircond. Setelah mengira, bolehlah ambil 2 buah bilik aircond untuk 2 malam dan harga tak jauh beza dengan kadar satu malam di AB Motel. Murah sangat kan?

Masalah timbul apabila Amzar Motel tak boleh book dan cuma boleh walk in. Disebabkan risau takde bilik yang available kalau kitorang walk in ke Amzar Motel, kitorang pun memilih AB Motel.

Bukan rezeki agaknya, bila aku contact AB Motel, kesemua bilik dah fully booked. Okey FRUST!

Bukan tak ada chalet/resort/motel lain, tapi sekali lagi ditegaskan, bajet kitorang sangat terhad maka bilik mahal bukanlah pilihan dan bilik secara walk in juga pilihan terakhir.

Mujur aku dah list down beberapa tempat lagi yang bersesuaian dengan bajet kitorang. Aku mula contact tempat-tempat tu dan ada yang dah fully booked juga. Haih. Musykil. Nak kata musim cuti sekolah, macam tak.

Dan ada sebuah bilik ni yang aku memang dah aim dari awal juga sebab review bagus, bilik besar, harga okey cuma jauh sikit dari Cenang. Aku contact owner dia dan rezeki agaknya, bilik masih available. Aku pun mula bertanya macam-macam soalan dan dijawab dengan baik oleh owner. Aku minta masa nak tanya Sahabat, dan selepas diskusi, kitorang sepakat memilih bilik ni. Tak kisahlah jauh sikit sebab kitorang kan sewa kereta kan?

Cerita lanjut tentang bilik ni nanti aku sambung dalam entri Day 1. Heeee~


KERETA SEWA

UUM -
Sekali lagi dengan bantuan kawan aku yang tolong tempahkan bilik, kitorang dapat sewa kereta Axia dengan harga RM5/jam, RM60/halfday. Murah kan kan kan?

Langkawi -
Aku survey banyak juga car rental sekitar Langkawi. Memandangkan nak perasan kaya dan bergaya, aku paksa kawan-kawan aku sewa kereta import. Muahahhahaaa.

Okey tak. Sebenarnya sebab harga sewa kereta sewa nasional dan import kat Langkawi ni lebih kurang. Kereta Myvi dan Vios pun dah sama harga, lebih kurang RM90/hari. Kitorang prefer kereta yang jimat minyak dan bonet besar sebab masing-masing nak bawak beg sebesar bas kan.

Setelah beberapa survey, aku contact satu nombor ni sebab harga sewa kereta dia agak murah dan ramai review okey. Aku whatsapp Shamsibah ni, dia bagitau dia link kan kepada RST Holiday. Aku minta Vios sebab ramai kata Vios okey, tapi tak rezeki, Vios dah tak available. Dia pun bagitau yang ada cuma Almera, Latio, Sentra sahaja yang available.

So, lepas diskus dengan Sahabat, kitorang sepakat nak ambil Almera. Deal punya deal nak ambil dan pulang kat mana semua tu, aku pun confirm sewa Nissan Almera dengan dia dengan harga RM150 untuk 48 jam dan tambahan RM10 untuk setiap sejam lewat pulangkan kereta.

Dan macam bilik, kereta sewa ni aku akan cerita kisahnya kemudian.


TIKET BAS & FLIGHT

Pergi -
Kitorang kan plan nak pergi ke UUM dulu, makanya kitorang decide nak naik bas. Ada juga plan nak naik flight sebab tiket tengah murah masa tu, RM29/sehala tapi sebab macam susah sikit nak kena turun Airport Alor Star, akhirnya kitorang naik bas. Mula-mula bertekak jugaklah kan sebab ada yang nak naik dari TBS, ada yang nak naik dari Pudu, ada yang nak turun Alor Star, ada yang nak turun Changlun.
Survey bas macam-macam, tapi tiket bas dari TBS-Changlun dah tak ada. Sehari sebelum gerak ke Kedah tu, aku pergi ke Puduraya dan beli tiket dari Puduraya-Changlun. Aku beli tiket bas Intercity, RM47/seorang/sehala. Berbaloi.

Balik -
Sebenarnya, kitorang beli tiket balik lebih awal daripada tiket pergi. Muahahahaa. Lepas dah plan nak pergi Langkawi, terus survey tiket flight sebab nak cepat sampai KL. Kebetulan waktu tu AirAsia tengah promo, harga sehala RM39 dari Langkawi-KL. Tapi lengah-lengah juga beli sebab waktu balik tu tak fleksibel sangat. Tiba-tiba durian runtuh. MAS pun buat promo. Segera la aku survey, dan hasilnya menyenangkan hati. Tiket sehala RM65. Mahal sikit dari AirAsia tapi berbaloi sebab kitorang kan sudah pasti beg berkilo-kilo, jadi dengan peruntukan harga tiket tu dapat kemudahan dalam flight yang best dan baggage allowance 30kg, sangat menggembirakan hati. Heeeee. Maka, tadaaaaaaaaaa - 5 tiket dibeli.

bersambung...

SYITA


“A journey is best measured in friends,
rather than miles.”





Mai Cheq Mai! Part 1

بسم الله الرحمن الرحيم


Part 1 : How does it happen?

Ehem, lama tak melayang jari kat sini kan. Hihi! Okeylah, sebenarnya mood menulis dan bercerita ni datang dan pergi. Dia datang dan pergi tanpa diundang gituuu. Minggu lepas-lepas pun agak sibuk juga dengan kerja hakiki (yeke?) dan juga persiapan untuk mini vacation dengan Sahabat.

Oh, sebelum tu, let me introduce you, Sahabat. Masa kat universiti dulu, aku dan enam orang gadis lain kononnya 'reform' satu kumpulan Sahabat yang berkepit bagai belangkas dan selalu bergaduh tanpa sebab dan baik semula seminit kemudian. Mula-mula kenal sorang, lepas tu yang sorang ni kenalkan lagi sorang, lepas tu sorang, sampailah cukup 7 orang ni. Macam-macam kisah perkenalan kitorang. Hasilnya, terciptalah gabungan persahabatan dinamakan Sahabat. Ikin, Ika, Kelly, Ju, Ila, Syita, Lyn. InshaAllah kalau Tuhan izin, persahabatan ni sampai ke Syurga. Aamiin. :)






Mini vacation ni jadi mini disebabkan tak semua dapat pergi. Cuma berempat. Boleh juga dikatakan sebagai mini reunion sebab waktu ni lah dapat nak kumpul dan jumpa semula selepas berpisah beberapa ketika - gittewww -

Tahun lepas vacation kitorang bertujuh yang dinamakan Le' Borneo kat Sabah Negeri Di Bawah Bayu. Dan awal Januari 2015 lepas pun sebenarnya ada mini vacation berempat (aku, Kelly, Lyn, dan Ju) ke Sarawak Bumi Kenyalang, tapi atas sebab-sebab yang tak dapat nak dielakkan, cuma dua orang je berjaya pergi iaitu Lyn dan Kelly. Sedih kisah tak dapat pergi ni. Sobsobsob.

Okey, kembali ke topik asal. Perancangan ke Utara ni sebenarnya dibangkitkan secara tiba-tiba. Masing-masing tengah stress dengan pelbagai sebab - kerja, study, kahwin, single - 

Ila laa yang mula-mula bangkitkan nak pergi melawat semula UUM - tempat jatuh bangun kitorang -

Lepas tu, semua pakat-pakat nak pergi jugak sebab kerinduan pada UUM dah tak tertahan. Dan nak menyeronokkan lagi hati, plan nak ke Pulau Langkawi atas faktor ada antara kitorang yang belum pernah sampai Langkawi walaupun dulu masa belajar dah dekat sangat (takde duit kan masa belajar. sobsobsob)

Ju dah kali ketiga, Ila dan Ika kali kedua, aku pun kali kedua tapi memandangkan pertama kali pergi dulu pun sebab masa tu aku pergi untuk Kursus Pengorganisasian Organisasi anjuran COLGIS, UUM. Maka, tak dikira sebab tak merayap mana-mana pun sebaliknya stay Cenang dan berkursus, berkursus, dan berkursus. Bosan~

Dan dari situlah perancangan bermula. 

Disebabkan aku ni jenis agak 'perfectionist' bila bab travel, maka aku dengan sukarela menawarkan diri untuk organise semua namun masih di bawah persetujuan semua. Perfectionist aku bukanlah maksudnya nak semuanya wajib perfect, tapi nak memastikan semua aspek berjaya dikuasai dan dikawal secara teratur. Dalam masa yang sama, kitorang sama-sama be-ker-ja-sa-ma untuk rancang semuanya. Ada sesetengah orang diorang akan bahagi ikut tugas dan AJK kan?

Aku pun bukanlah jenis yang suka nak main redah tanpa hala tuju sebab aku risau terlepas benda yang sepatutnya dan tak jimat langsung dari segi masa dan wang. Biasalah, segalanya bajet kan. Tapi, biasanya juga apa yang aku sediakan tu cumalah panduan. Waktu kejadian, bergantung pada situasi jugak dan berubah-ubah ikut kesesuaian.

Aku mula research menggunakan Google dan group Backpackers Buddies Malaysia kat Facebook untuk survey semua yang berkaitan. Aku mulakan pencarian penginapan, kereta sewa, aktiviti. 

bersambung...


SYITA



"One's destination is never a place but a new way of seeing things"