Wednesday, 30 November 2016

Day 3 (part 1) : Konnichiwa! #mengejarsalju - Takino Suzuran Hillside Park


18 Januari 2016 (Isnin)

Assalammualaikum & Konnichiwa こんにいちは!

Kita bertemu lagi dalam diari kembara Syita & Friends! (baca dengan nada gembira seperti Didi & Friends nyanyi lagu Bingo!

Errr. Tak kelakar Syita. Okbai.

So, dah habis baca tak Day 1 & Day 2 (part 1), Day 2 (part 2), Day 2 (part 3) yang penuh debaran (lol) dan kejakunan bila jumpa snow dan snowfall? Okey tak? Bosan tak baca? Ke skrol sampai bawah je? Hiksss.

Kalau belum baca, boleh klik kat atas tu dan baca dari awal, barulah boleh faham penceritaan pengalaman dan ikut sama merasai setiap apa yang kami dah lalui setakat ni. Kan? Tapi kalau taknak takpe. Titeww tak paksa awuckkkkzzz.

Okeylah, harini nak sambung pulak dengan hari ketiga di Hokkaido. Azu dah tanya bila nak sambung update tuu. Sabar ye Azu, nak menulis ni memerlukan mood. Macam tulis speech YB tu haa. Pulak tu nak perah balik ingatan 11 bulan lepas. Kehkehkeh.

Semalam agak kelam kabut dan serabut sikit awal-awal sebab masih tak familiar dengan sistem subway dan jalan. Tambah lagi badan kitorang baru nak adapt dengan cuaca sejuk melampau. Yela, badan dah biasa dengan iklim khatulistiwa dan tropika. Kelmarin kat Malaysia suhu 30 darjah celcius, sampai sini mendadak pulak suhu bawah paras negatif. Terkejut badan weols. Mujur jugak tak demam.

Jadi, ke mana hala tuju kita harini?

Perancangannya, hari ni nak ke Takino Suzuran Ski & Hillside Park, Maruyama Park, dan Shiroi Koibito Park. 

Eh, amende semua park je ni. Nak bercanda di taman ke?

Tak. Walaupun semua tempat tu bernama Park atau bahasa Melayunya - Taman, tapi kita bukan nak bersantai pagi petang malam kat sana. Kita nak buat aktiviti menyeronokkan!

Apa dia? Haa, tu kena tunggu laaa. Kalau bagitau awal nanti korang taknak baca tapi skrol laju-laju. ;p

Sepatutnya pagi ni nak keluar awal dalam jam 7.30 pagi sebab ada 3 tempat nak pergi. Tapi, kitorang semua kepenatan melampau sebab semalam seharian dah berjalan dari awal pagi sampai malam. Malam tadi letak je kepala kat bantal, semua terus tidur terbongkang macam baru keluar dari latihan komando setahun. Dah Subuh, rasa macam taknak bangun, selimut tu rasa macam dah kena paku dah tak boleh dialihkan dari badan. Macam-macam alarm bunyi pun, asyik snooze je. Kehkehkeh. Pulak tu waktu musim sejuk, bumi kat sini lambat terang. Dah jam 8 pagi pun masih gelap & gloomy macam baru jam 7 pagi. Tu yang bila 3 alarm handphone berbunyi, kepala pun terus buat logik jam 7.30 pagi masih gelap dan tak payah keluar awal.

Dalam jam 9 pagi, lepas sarapan simple, baru kitorang keluar dari bilik. Agak lewat juga. Nak buat cemana. Badan nak rehat juga, mau pakai lama ooooo. Takpelah lewat sikit. Nanti adjust memana yang boleh.


So, lokasi pertama hari ni adalah Takino Suzuran Ski & Hillside Park.

Takino Suzuran merupakan satu-satunya national park di Hokkaido dan berkeluasan lebih 400 hektar. Besar gila kan. Dalam kawasan Takino Suzuran ni ada beberapa tarikan, antaranya Ashibiretu Fall, taman bunga, air terjun dan sungai, serta kawasan padang rumput liar. Sangat cantik terutamanya semasa musim bunga dan panas, sebab waktu ni bunga-bunga pelbagai jenis dan warna akan berkembang mencantikkan kawasan ni.

Keistimewaannya, aktiviti di Takino Suzuran ni adalah berbeza mengikut musim. Semasa musim sejuk, Takino Suzuran ni akan bertukar wajah daripada taman yang menjadi tempat rekreasi kepada pusat aktiviti musim salji. Antaranya ski & snowboarding, snow shoeing, tube sledding, dan cross country skiing ski.

Bayangkan, tempat yang penuh dengan bunga, bila musim sejuk, jadi kosong dan penuh salji je. Mestilah cantik kan!

Aku tepek sikit gambar dari Google semasa musim bunga dan musim panas. Lepastu nanti aku tepek pula gambar waktu musim sejuk. Korang bandingkan perbezaan pemandangan tempat yang sama pada musim berbeza.


Lagi best, waktu musim sejuk, masuk ke Takino Suzuran adalah PERCUMA manakala masuk pada musim lain adalah berbayar mengikut kategori individu. Bagus kan? Mungkin percuma sebab nak galakkan orang ramai supaya tetap datang dan buat aktiviti kat sini walaupun pada musim sejuk.

Kalau nak tahu lebih lanjut lagi, boleh bukak web Takino Suzuran Hillside & Park.

Walk to Susukino Station. Take subway (Namboku Line towards Makomanai) to Makomanai Station. From Makomanai Station, go to Bus Stop No 2 and take Chuo bus No. 106 to Takino Suzuran (Suzuran Koen Higashi-Guchi).

Nak ke Takino Suzuran ni kena naik subway dan juga bas. Kiranya, dua kali pengangkutan. Jadi, kitorang beli daily pass subway lagi (kali ni harga 830 yen sebab weekday) dan naik subway dari Susukino Station (Namboku Line ke arah Makomanai) dan kena turun kat Makomanai Station. Tak payah tukar line sebab satu laluan je.

Sebab tu kitorang naik dari Susukino dan tak naik dari Hosuisusukino, sebab dari Susukino boleh terus naik Namboku Line je. Kalau naik dari Hosuisusukino, kena tukar line subway pulak kat Odori/Sapporo Station. Susukino Station ni pun dekat dan bertentangan je dengan Hosuisusukino Station, cuma terpisah oleh jalan dan bangunan.

Perjalanan dengan subway untuk ke Makomanai Station ambil masa dalam 25 minit. Agak lama sebab Makomanai Station ni stesen terakhir bagi Namboku line arah Makomanai.

Dalam subway pun membaca

Dari Makomanai Station, kitorang kena ambil pula bas bernama Chuo, No. 106 yang akan membawa penumpang ke Takino Suzuran. Bus station tu sebelah je dengan subway station. Keluar dari stesen subway, nampak jalan raya, belok kiri dah jumpa tempat menunggu bas (indoor) dan hentian bas (outdoor).

 Stesen subway kat depan tu yang ada pintu kaca.
Platform menunggu bas

Tapi, sebab kitorang lewat sampai kat subway tu beberapa minit, bas pun dah terlepas. Sebab bas ke Takino Suzuran ni sejam sekali je iaitu pada jam 8.45 am, 9.45 am, 10.45, dan 11.45 am. Kitorang sampai dah jam 8.50 am. 5 minit je lewat. Tapi disebabkan bas kat Jepun ni sangat menepati masa, tak ada laa istilah tunggu sekejap. So kena tunggu bas seterusnya jam 9.45 am. 



Masa ni noob jugak, kitorang letak harapan kalau bas lain akan datang awal, so kitorang tunggu je kat tempat menunggu kat luar tu. Setiap kali bas datang, kitorang tengok bas nombor berapa. Tapi, hampa sebab semua bas ke tempat lain.

So, tunggu dan tunggu. Azu pergi ambil gambar sekitar stesen ni. Aku pulak gigih cuba membaca signboard kat situ. Terbaca pula memo pada tiang tempat tunggu bas tu tentang penukaran nombor bas ke Takino Suzuran dari no 102 kepada 106. Mujur aku dah terbaca tentang pertukaran nombor bas ni kat blog sorang akak ni masa sediakan iti haritu, so dah tahu awal. Akak tu kesian sebab dia salah naik bas dan kena berpatah balik.

Notis pertukaran nombor bas

Sejuk nak mampuihhhhh pagi ni. Bila dah lama sangat tunggu dan mula percaya pada sistem menepati masa pengangkutan awam di Jepun, kitorang pun masuk laa ke dalam tempat menunggu bas indoor. Tadi tu kitorang tunggu kat hentian bas (outdoor),  bersebelahan je dua tempat ni.

Ramai orang tengah menunggu kat dalam ni. Selesa sikit sebab ada heater. Agak luas kawasannya, ada banyak kerusi disediakan. Ada juga mesin jual air, so kalau nak beli air boleh je beli kat sini. Air botol ada, air panas pun ada. Toilet pun ada.

Yang bagusnya, kat dalam ni ada disediakan jadual perjalanan bas secara digital, mengikut laluan. Setiap laluan ada platform tersendiri. Contohnya Bas 106, kena naik di Platform 2. Tapi kena alert juga, sebab bagi setiap platform tu, berkongsi dengan beberapa laluan. Contohnya Platform 2, dikongsi oleh bas No. 101, 102, 106. Jangan tersilap bas pulak masa naik nanti.

Setiap perjalanan bas juga akan di-update kat board ni, bas dah nak sampai, bas dah sampai, bas dah boleh dinaiki, bas dah nak gerak, dan bas bergerak, semuanya diupdate kat situ. Staf pun buat announcement audio. Tapi tula, semuanya dalam bahasa Jepun. Cemana kita nak paham?

Buat-buat paham jela. Alert pada makluman bagi bas yang kita nak naik je. Lepastu tengok apa yang orang lain buat. Dari situ laa kita faham apa yang sedang berlaku sebenarnya.


Board makluman perjalanan bas

Dalam 9.35 am, keluar notifikasi pada Platform 2 laluan bas 106. Aku kat toilet masa tu, keluar je tengok orang dah berdiri dan keluar. Azu dengan Nurul pun dah bangun. Kitorang keluar, dan tengok orang dah mula beratur panjang kat bawah signage bas No 106. Kitorang pun ikut beratur jugak. Main taram je ikut, tak tau betul ke tak.

Nampak ada mat saleh bawak ski equipment, lepastu nampak bas tu nombor 106, haa betul laa tu.

Platform 2 untuk bas No. 106. Boleh tengok kat signboard tu.

Ramai gilaaaaa naik bas ni. Turn kitorang naik je, bas dah penuh dan kitorang kena berdiri kat belakang bas. Dah macam sardin sebab terlampau penuh. Dah laa perjalanan agak jauh, hampir 45 minit dari Stesen subway Makomanai ke Takino Suzuran. Redha jee, nak buat cemana kan. Mujur ada baby comel kat belakang ni, jadi laa bahan kitorang nak usik. Hee.

Penuh!
Cute baby!

Perjalanan ke Takino Suzuran ni melalui kawasan-kawasan luar bandar dan perumahan. Cantik! Serius seronok tengok pemandangan kiri dan kanan. Rumah-rumah Jepun yang comel, hutan, kampung. Penuh bersalji je. Maap, kami masih belum habis jakun dengan salji. Maka, dengarkanlah kejakunan ini sehingga tamat entri Hokkaido.

Di sepanjang perjalanan juga bas akan berhenti di tepi jalan untuk menurunkan dan mengambil penumpang. Sebelum sampai ke Takino Suzuran, bas akan singgah di satu tempat ni untuk turunkan penumpang (aku lupa nama lokasi nya, tapi tak jauh dari destinasi akhir). Bila bas berhenti kat situ, jangan turun! Sebabnya, tempat yang kita nak pergi tu belum sampai lagi. Kita nak turun kat SUZURAN KOEN HIGASHI GUCHI. Kitorang pun konfius masa ni, sebab ingatkan kena turun situ, tapi lepas tanya dengan driver bas, dia cakap bukan dan kena turun kat hentian yang selepas ni.

Dalam 5 ke 10 minit dari tempat tadi, bas akan berhenti di hentian bas Suzuran Koen Higashi Guchi, iaitu lokasi akhir bas ni. Kat sini juga semua penumpang akan turun meninggalkan bas. Sebabnya, kita dah sampai! Yeayyy!

Sebelum tu nak bagitau, cara naik turun bas kat sini, berlainan dari kat Malaysia. Bas kat sini tak ada konduktor bas tau. So, kita bayar masa nak turun. Kat board digital depan bas tu ada tu tulis berapa tambang kena bayar, dan bayaran tu ikut jarak perjalanan kita. Kalau naik dari stesen pertama, harga yang kena bayar ditunjukkan kat kotak pertama dan merupakan harga penuh. Jumlah tambang semakin berkurang mengikut turutan kotak tu.


Cuba tengok bacaan tambang pada kotak. Kotak 1 tu kotak tambang bagi penumpang yang naik dari stesen pertama. Kotak ke-8 tu kotak hentian terakhir sebelum berhenti di hentian Takino Suzuran.

Tambang bas dari stesen subway Makomanai ke Takino Suzuran adalah 440 yen sehala. Kalau dalam Ringgit, macam tambang perjalanan dari Kluang ke Melaka. So, jangan convert, sebab nanti rasa mahal gila padahal jauh mana je pun. Haha!

Cara bayar, masa nak turun tu kita masukkan dalam kotak yang ada kat sebelah driver. Kena bayar ngam-ngam sebab tak dipulangkan baki. Kalau tak ada duit kecil, bagitau kat driver tu, sebab nanti dia akan masukkan duit besar kita tu kat dalam mesin, yang kemudiannya akan mengeluarkan wang syiling sebagai tukaran. Contohnya, kitorang masukkan not 1,000 yen, bila masukkan dalam mesin tu, mesin tu akan keluarkan 1,000 yen dalam bentuk syiling. Lepastu, bayar laa jumlah tambang kita tadi tu. Best kan?


Tengah tukar duit

Satu lagi yang aku suka adalah, driver bas ni akan ucap terima kasih kepada semua penumpang yang turun sambil tundukkan kepala. Cool gila! 40 orang dalam bas, 40 kali laa dia ucap Arigato Gozaimas  dan 40 kali tunduk kepala. Lama-lama kitorang pun terikut.


Semua dah turun yeayyy!
Higashi Guchi untuk ke Takino Suzuran

Dari hentian bas tu, kitorang jalan dan naik tangga untuk ke bahagian atas. Bahagian bawah ni hanya ada hentian bas, jalan, dan parking je. Boleh tengok banyak gilaaaa kereta kat parking tu yang dah disaluti salji putih. Entah berapa lama tersadai agaknya. Kesian kereta tu sejuk.



Jalan kat tangga tu hati-hati, sebab licin! Anak tangga pun tak berapa nampak sebab salji tebal. Banyak kali orang tergelincir dan jatuh. Depan mata aku, ada orang tergolek jatuh dari tangga. Mujur ada yang tolong. Aku sendiri beberapa kali tergelincir sebab kasut aku pun licin. Kalau jatuh, mana aku nak letak muka a lot of mix melayu-jawa-arab-indonesia-malaysia urghhh so lot of mix ni?

Walaupun tak ada yang kenal aku kat sini, tapi  Azu & Nurul ada. Haaaa. Disebabkan diorang je yang kenal aku kat sini, maka cerita jatuh tu akan dibawa balik ke Malaysia. And that story will be a legend to be remembered. Tak ada istilah cerita sini habis sini. Sobsobsob.



Dah sampai atas, akan jumpa bangunan batu bertulis Higaguchi Gate.  Jalan je ikut laluan berbumbung tu untuk ke Country House. 



Sebelah kanan tu dah nampak orang main ski, kiri pulak bangunan-bangunan. Kat tempat orang main ski ada stesen kereta kabel, mungkin bawa orang yang main ski kot. Ramai jugak orang kat sini, tapi tak terlalu ramai laa, mungkin sebab hari Isnin.



Dah jumpa Country House yang berbentuk sebuah rumah yang bertulis Country House, bolehlah tengok apa aktiviti yang korang nak buat. Kat luar tu ada info berkaitan winter sport. Jangan risau, ada info dalam English.


Country House

Kitorang nak buat snowshoeing dan tube sledding je, sebab dua aktiviti ni percuma. Ya! Percuma! Best kannnn!

Kalau nak ski, snowboarding, dan cross country skiing, kena bayar dan agak mahal laa bayarannya bagi kitorang. Teringin nak try ski tapi tak reti. Kang tergolek berguling-guling kang, takpun jatuh terkepak kaki terkangkang macam gimnastik tu, naya je. Kurang hantaran kang lol.

* takut ambil risiko *

Salah satu sebab kitorang memilih Takino Suzuran ni, sebab banyak yang percuma ni laa. Tempat lain yang offer winter sport, banyak yang berbayar, contohnya Teine Ski Park dan Sapporo Kokusai Ski Park. Even nak masuk pun ada yang kena bayar, belum termasuk lagi aktiviti kat situ. Weols tak mampu. So, just nak mingle dengan rakyat Jepun sambil buat aktiviti winter biasa, kat sini laa yang menjadi pilihan kitorang.

Di Country House ni, masuk je ke dalam dan jalan terusssssss sampai penghujung, belok ke kiri, nanti ada satu kaunter berhadapan dengan kawasan makan dan souvenir shop. Sebelah kaunter tu ada jual aiskrim.


Nak ke tempat menyewa peralatan snowshoe, sila jalan bertentangan dari gambar ni.

Kat sini, kitorang daftar nama untuk ambil barang snowshoeing. Tak payah bayar sebab percuma. Cuma tulis nama je, lepastu nanti staf akan bagi satu set winter coat ikut saiz dan juga satu kasut khas untuk snowshoeing. Staf juga akan tengok kasut kita sama ada sesuai untuk snowshoeing atau tak. Kalau tak sesuai, dia akan suggest untuk sewa kasut kat situ sebab takut kaki injured atau kasut rosak kalau kasut kita tak sesuai.

Dah ambil barang ni, kena tulis kat buku tu apa yang kita ambil, dan lepastu boleh pergi toilet pula untuk tukar baju. Toilet dekat je dengan pintu masuk tadi. Tapi sebelum tu, kitorang pergi ke satu bilik yang ada banyak peralatan winter sport. Bilik ni berdekatan dengan toilet tadi dan kalau dari pintu masuk, sebelah kanan.

Kat situ ada meja kaunter untuk kita sewa peralatan winter sport. Nurul nak sewa kasut sebab kasut dia tak sesuai. So, kena tulis nama dan peralatan apa yang nak disewa. Sewa kasut 500 yen, mahaiiii. Tapi, kena sewa jugak. Takkan nak kaki ayam je. Ada jugak balik  kang kaki tu kena gigitan beku. I mean, frostbite.

Selain daripada kasut, ada banyak peralatan yang boleh disewa, antaranya pole dan ski equipment.


Tempat menyewa equipment

Dah sewa, pergi toilet untuk tukar baju. Kitorang bukak semua coat dan cuma guna winter coat yang dapat tadi je. Kalau tak, tebal sangat jadinya. Tak masal jadi Michelin. Muffle ke ear muff ke, semua bukak. Lepastu simpan semua barang tu dalam locker yang disediakan kat situ. Cuma bawa glove, kamera, dan handphone je. Locker ni percuma je! Jimat duit.


Toilet & bilik persalinan kat sebelah kiri. Kaunter sewa equipment sebelah kanan. Nak ambil winter coat & snowshoe, jalan terus je then belok kiri.

Okeyy dah siap dan lengkap! Now, let's go and enjoy the show!

Sambil jalan sambil pegang snowshoe tu. Tak larat nak pakai lagi. Nak cari tempat showshoeing dulu sebab ada route khas, dah jumpa tempat tu baru sarung snowshoe.


Ski!

Kalau diikutkan daripada pembacaan, route snowshoeing ni agak panjang jugak dan cantik, sebab masuk ke dalam hutan. So, kitorang pun cari laa tempatnya.


Muka merah sebab sejuk sangat brrrrrrrr

Jalan punya jalan, tak jumpa-jumpa penanda arah nak ke route snowshoe. Aik, kat mana ni? Yang jumpa, satu kawasan berpagar yang ada gazebo dan rumah kecik. Jalan lagi, berselisih dengan ramai orang yang dah selesai aktiviti. Bila tanya, ada yang taktau, ada yang tunjuk jalan ke depan lagi.

Berpagar dan ada rumah kecik

So jalan laa turun bukit tu, sampai laa jumpa kawasan untuk tube sledding. Haaa! Ni nanti nak cuba! Macam best jeee! Naik tube lepastu turun bukit laju-laju! Ramai orang kat situ, majoritinya famili yang bawak anak-anak.


Sled slope!

Finding the place. Abaikan dialog yang tak teratur sebab lidah dah keraihh.

Jalan lagi, sambil mata dok melilau cari route snow shoeing. Aishh, tak ada pun. Nak tanya staf, tak tau yang mana satu staf. Maka, kaki dihalakan ikut suka hati sampailah terjumpa satu kawasan ni yang sangat cantik! Ada bangunan kayu, macam platform untuk lepak santai dan enjoy the view.



Kitorang dah mula nak giveup, so berhenti berjalan dan main-main salji kat sini.

TEBAL DAN DALAM GILA SALJI! Pokok pine kat sini semua bersalut salji. Lepastu, tak ada orang langsung! Dah macam reserve khas untuk kitorang pulak tempat tu. We're the VVVVVVIP of this beautiful place!

Mula laa masing-masing dok sesuka hati berleluasa main salji. Putih bersih jeee sekeliling. Dah laaa salji tu very the powdery, lembut gilaaaaa. Kitorang siap masukkan dalam mulut, fefeeling makan ABC, sebab salji ni diyakini bersih dan suci tanpa sebarang najis. Kalau JAKIM datang sini, konfem dapat pengesahan Halal tanpa sebarang keraguan. Sampai JAKIM sendiri pening kat mana yang tak Halal. Suci, bersih, dan tanpa was-was.

Memula masa nak datang Hokkaido ni, kitorang ada terfikir nak bawak sirap, gula melaka, kacang, lengkong. Konon-konon nanti nak curah semua ni kat atas salji, jadikan ABC yang fresh from the sky. No need bowl. Rare tak?

Tapi tula, tak buat pun. Mampuih kena kecam kang rakyat Malaysia tanya halal ke tak. Errrrr. JAKIM, meh laa sini kita try sama-sama. Nak tak?

Macam-macam benda kitorang buat kat sini. Main lompat-lompat, jatuhkan badan atas salji yang tebal dan tak terusik, main baling salji, segala jenis mak nenek laaa senang kata. Kawasan yang dah ditanda dengan tali kuning sebagai kawasan larangan masuk pun kitorang redah jugak. Gigih pulak tu cari salji yang masih suci dan jalan kat dalam tu sebab nak merasa salji paras lutut dan paha. Sumpah kalau orang tengok, geleng kepada dengan perangai 3 gadis Melayu ni. Tak padan dengan kaki tangan dok kebas sebab sejuk sangat.

Yang kelakarnya, sebab salji terlalu tebal, sampaikan tak perasan yang ada longkang kat situ. Dok jalan nak pijak salji, tetiba kaki terjerlus terus kat dalam longkang yang tertutup dengan salji. Nasib baik tak dalam sangat. Kaki masih selamat, hantaran inshaAllah tak berkurang.


Paras lutut!
 
 Best shot of Nurul!
 Best shot of Azu! Siap pakej salji terbang!
Sorry gambar lompat iols teruk sangat. Ni je mampu. Teknik penyamaran.

Paling gigih, jatuhkan badan atas salji, sebab tak sakit. Haha! Caranya, berdiri tegak umpama nak menyanyi lagu Negaraku, lepastu terus terlentangkan badan ke belakang. Satu lagi cara, berdiri tegak umpama menyanyi lagu Bangsa Johor, lepastu injak kaki dan lompat sikit, lepastu jatuhkan badan ke belakang.

Daebak!

Nasib baik jugak baju yang Country House bagi tadi tu, kalis air. So, tak basah. Tu yang makin menjadi perangai tu. Sebab kekeringan bahagian dalaman adalah terpelihara. Tak fikir langsung basah ke apa.

Time to sleep! Azu siap berkepak umpama burung terbang. Buktinya? Tengok berapa luas kesan salji terobek kat bahagian tangan. Ngehngeh.
Different kind of sleep by Nurul. Macam orang yang tengah berjalan lepastu kena tendang dari belakang terus jatuh terlungkup. Errrr sorry Nurul. Over pulak perumpamaan. Ngeee.
Errr. Is this me? Macam kena tembak dari jarak jauh.

Ralit je dok main jatuh baring sambil baling-baling salji, lepastu ambil gambar, nak dapatkan shot terbaik laa kononnya. Hmmm, gambar macam mana yang boleh dapat banyak likes ni kalau upload kat FB & IG ek?

Okey tak, tipu je.


Le adra!

Kamera handphone Azu dengan DSLR Nurul jadi mangsa, sebab bateri fon aku dah habis. Entah berapa banyak gambar entah kitorang dah ambil. Bergilir seorang demi seorang ambil gambar macam tu. Setiap pose, ketiga-tiga gadis ni akan buat. So, bayangkan sendiri berapa ribu keping gambar. Kamera pun bosan agaknya nak capture.

Tiba part Azu main jatuh badan lepastu baling salji, aku tukang ambil gambar dan Nurul berdiri kat tepi tengok. Azu pun eksaited laa jatuhkan badan dia secara menelungkup.

Aku belum sempat snap, tergamam sekejap. Nurul pun laju terus cakap kat Azu, "Azu, kamera!"

Agaknya Azu ingat Nurul suruh tengok kamera, dia pun asyik la berposing. Oh dunia, lihatlah salju di danau rindu!

Aku dengan Nurul yang dah kaget (amboi bahasa novel), terus cakap,

"Azu, kamera Bad kat leher tu! Kena salji!"

Azu terus bangun. Rupanya, dia tak perasan kamera DSLR tu tersangkut kat leher dia. Sebab tadi masa ambil gambar, Azu banyak guna kamera DSLR tu. Bila turn Azu main salji, dia lupa nak pass-kan kamera tu. Bila je badan dia terlungkup, terus salji menyalut kamera tu termasuk kat lens.

Azu macam cuak sebab dia betul-betul tak perasan. Tapi masa ni gelak jugak laa walaupun risau ais masuk dalam kamera tu dan tak boleh guna. Nurul paling risau sebab tu kamera Bad, boyfriend dia (sekarang tunang. jangan nak try. kalau nak try, boleh try aku & azu sebab kitorang single & available. hahahahahhaha).

Terus sapu semua ais, bersihkan dari kamera dan try guna. Mujur tak ada apa-apa dan boleh guna macam biasa walaupun basah sikit. Lega. Masa tu, rasa nak je cakap kat Nurul, "Nurul, don't worry. Kalau rosak, pujuk Bad elok-elok bagitau yang itu suratan takdir yang telah tertulis dan tak dapat dielakkan". 

Sambung balik main salji dan berposing.

Haaa Azu kalau baca, ingat lagi tak benda ni? Kehkehkeh. 

 Selepas insiden.
Gambar iols tak jadi. Sobs. Dah rupa mumia pulak yang mati kejung tangan terangkat. Menakutkan.

Dah puas main salji kat situ sampai tangan kebas, kitorang baru teringat niat sebenar ke sini.


You tolong I, I tolong You. Kita sama-sama bantu maa. Taknak ke jadi kaya? Hantar mak ayah pergi Mekah, beli kereta besar, rumah besar?

Ehhh, niat asal nak snowshoeing laa! Bila nak start nya?

Haih, route pun tak jumpa. Staf Country House kata dekat je dengan pintu keluar Country House tu. Tapi ni dah jalan agak jauh, tak jumpa jugak. So, kitorang decide untuk patah balik menghala ke Country House dan pergi ke kawasan yang macam hutan dan ada rumah kecik tadi tu. 


Tamat tempoh VVVVVVVVIP

Sampai kat situ, kitorang berhenti kat gazebo dekat pintu masuk dan pakai snowshoe. Kaki yang berkasut kena masukkan kat snowshoe tu. Payah jugak nak pakai.

Dah siap pakai, mula berjalan, peh, tak laa senang mana nak guna. Bertatih jugak laaa sebab besar dan kadang-kadang tertanggal. 


Snowshoe

Tapi lama-lama berjalan, okey jee. Kitorang mula berjalan naik ke atas, dan berjumpa beberapa orang yang baru turun.



Rupanya, itu laa route untuk snowshoeing. Aigoooo, jauh-jauh pergi, rupanya kat sini je haa. Tadi dah lalu, siap tegur lagi. Tapi sebab tak ada papan tanda apa, terlepas laa.

Kat sini memang hutan je. Semua pokok togel, ada juga pokok pine dan pokok berdaun buluh tapi tak banyak. Kitorang jalan mendaki ke atas. Ternampak ada papan tanda di laluan ke atas tu, menunjukkan arah pilihan yang kita boleh pergi, sama ada nak terus ke route snowshoe ataupun nak ke observation deck Takino Suzuran. Kitorang nak ke route snowshoe je, sebab kalau ke observation deck tu agak jauh jugak. Kalau musim lain, okeylah kot nak berjalan. Berjalan dalam salji tebal macam ni, seksa jugak sebenarnya.


Jatuh sebab snowshoe ngeeee. Ce tengok berapa jauh kitorang dah jalan.
Nampak tak papan tanda warna hijau biru tu? Haa, tu tunjukkan jalan ke route snowshoeing & observation deck.
Pokok togel merata-rata. Salji tebal pun bertaburan. Tak berhenti memuji cantiknya alam.

Sebenarnya, ada satu tempat ni yang aku nak sangat pergi kat sini. Kalau boleh, memang aku nak tengok dengan mata kepala aku sendiri. Nak tau apa dia? Okey cuba teka dulu, SPM dulu result aku macam mana? Kalau betul aku bagitau.

Ehehehee. Ok tak, aku memain je. Haaaa lawak tak lawak tak lawak tak? Lawak kannnnn. Nebes tak? Nebes kannn. Takut lettewww tak dapat jawab nanti iols tak nak bagitau apa kebenda iols nak tengok tu.

Tak lawak laa Syita.

Sebenarnya, aku nak sangat tengok Ashiribetu Fall, salah satu tarikan kat Takino Suzuran ni. Sebabnya, waktu musim sejuk, Ashiribetu Fall ni akan membeku. Dan sangat cantik bila tengok gambar kat Google. Air terjun yang tengah mengalir, membeku dan seolah-olah terapung disebabkan cuaca sejuk. SubhanaAllah. What an amazing creature.

Ashiribetu Fall
Pic courtesy : Google

Cantik kan? Tak rezeki nak pergi sini, sebab agak jauh. Maybe, another reason to repeat Hokkaido?

Dok snowshoeing, sekejap-sekejap berhenti sebab penat. Last-last, macam malas nak jalan jauh sebab memikir nanti jauh nak pusing balik. Kitorang berhenti dan sambung main salji kat situ.


Apa aja laaa Syita ni buat
Makan budak!
 Macam biasa, tulis atas salji. Hai SAHABAT!
Nurul buat lagiiiiiiii
Macam budak merajuk dengan mak, duduk kat lantai hentak kaki sebab tak dapat beli jajan.
Full set of Takino winter coat and snowshoe

Masa ni aku bawak action camera Yi Cam yang diberi oleh seorang kawan. Kamera ni best sebab boleh ambil gambar yang wide dan boleh rekod video timelapse. Kitorang pun apa lagi, rekod video timelapse je laa kejenya. Azu rekod video dia yang "kurang waras" lepastu golek-golek turun bukit. Serius lawak! Haha!


Maaf Azu video ni terlalu comel untuk disimpan sahaja. Ngeee.

Dah penat main, dan tak jadi nak sambung snowshoeing, kitorang pun patah balik ke Country House nak pulangkan set snowshoe ni.  


Masa pulangkan snowshoe, kena sign kat buku daftar dan tulis waktu pulang, sebagai bukti dah pulangkan semua equipment. Jangan nanti dia kejar kitorang kata tak pulangkan, tak masal kena kerja situ pulak kang.

Tapi, okey jugak kerja sini. Macam best je. Manatau kawen dengan orang Jepun. Boleh jadi rakyat Hokkaido. 

Errr. Syita. Tak boleh ke fikir lain selain kahwin? Don't be so desperado. LOL.

* by the way, winter coat jangan pulangkan dulu, sebab kan ada aktiviti salji lagi lepas ni *

Lepas dah pulangkan semua harta benda ni, kitorang turun semula menghala ke sled slope. Nak main tube sledding!


Glove Azu hilang sebelah. Bila sedar, jumpa dah tersangkut kat ranting pokok ni. Heeee.

Tube sledding ni free tau. Sebab tu ramai gila orang kat sini yang tunggu turn. Memula tu kitorang hesitate jugak sama ada umur kitorang ni masih layak main benda alah ni. Yelah, sedar diri kan umur tu dah dua digit. Takut naik tu kang ada budak menangis kenapa ada 'budak-budak' seusia dia tapi lagi besar daripada dia. Sobs.

Kitorang tanya dengan staf kat situ, dan dia cakap boleh.

Yeayyy! Nak main luncur tiub!

Staf suruh kitorang pilih tube yang kitorang nak guna. Dah pilih, staf tu suruh kitorang masuk ke dalam dan berjalan ke seorang lagi staf. Kat situ, staf ni akan sangkutkan tali tube kita tu pada mesin takal (kot) yang akan menarik tube kita naik ke atas.

Okey this is fun! Tak macam kat Escape Park Penang tu, yang game basikal udara tu (apa tah nama dia). Yang tu, kita kena kayuh sejenis basikal untuk tarik benda alah tu naik ke atas sebelum dilepaskan dan berayun. Pulak tu, kita kayuh untuk orang yang tengah naik. Bila turn kita, kena minta jasa baik orang belakang kita pulak untuk kayuhkan basikal tu supaya kita boleh naik tinggi dan berayun. Tak ekonomikal langsung pada aku sebab ambil masa terlalu lama, hampir 30 minit kayuhan untuk sekali naik. Temanya kat situ, "Apa yang penting? Kerjasama!"

Bila aku dah masuk dalam tube, tali dah sangkut kat mesin tu, slow-slow aku ditarik naik ke atas bukit. Best gilaaaa! Slow jee naik tapi fun sebab relaks dan sambil tu tengok orang lain meluncur turun.


 Belakang tu tempat ambil tube. Tube ditarik dari bawah tu.
 Nampak tak tali tu? Tali tu laa yang bergerak menarik tube ke atas.
Banyak tube kat belakang I. Heee.

Sampai kat atas, aku lompat turun sebelum sampai ke penamat mesin. Lepastu tunggu Azu dengan Nurul pulak sampai kat atas. Diorang sampai, kitorang pun cari port nak beratur untuk sled. Kitorang nak sled berasingan, sebab tu semua ambil tube sendiri.


 Azu so excited!
 Baru sampai ke atas.

Ramai orang dah beratur panjang. Kebanyakannya budak-budak dengan parents diorang.


Budak-budak je ramai. Huuuuu.

Ada beberapa line untuk sled ke bawah. Tak ada penghadang apa pun untuk pisahkan antara line. Tapi jangan risau, tak berlaga mahupun berlanggar antara tube. Selamat jee aku tengok semua orang ni. Tak ada yang cedera pun.

Kitorang pilih line berbeza sebab nak turun sekali nanti. Sambil tunggu tu sambil borak. Lepastu layan view sekeliling. Lawa laaaaaaaa tempat ni! Putih je dan nampak luas. Yela, bayangkan, kawasan ni penuh dengan bunga-bunga masa summer dan spring, dan sekarang cuma salji je yang ada. So divine.


Aku borak dengan sorang Japanese ni, dia dari Otaru dan boleh bercakap English sikit. Dia datang situ sebab nak bawak anak dia main winter sport kat sini. Comel jee anak dia, dok main-main dengan lagi sorang siblings. Lovely family. :)

Bila turn kitorang, Azu dengan Nurul turun dulu barulah aku turun walaupun line kitorang bersebelahan dan tadinya beratur sama. Orang depan aku agak lambat tadi. So, kena tunggu dia dah jauh sikit baru aku sled.


Azu tengah sled turun sambil pegang monopod!

Tak tau cara sled, perhati je cara orang kat sini main. Simple jee. Dari atas bukit ni, bila orang depan aku dah mula sled, aku pun naik tube aku. Lepastu bila dia dah separuh jalan, sambil duduk aku pun cuba tiru Mas Idayu bergelek untuk gerakkan tube tu menuruni sled. Payah jugak laa nak turun ni walaupun aku dah sehabis daya berdangdut. Orang belakang aku nampak aku payah agaknya, dia pun offer untuk tolak tube aku. Aku pun senyum angguk dan cakap arigato.

1 2 3 tolak!

Weeehuuuuu! I'm like a birddddd! But I'm flying without wing!!! I'm flying by using a tube!

 This game is so cool and fun!


Real Fun!

Jauh juga dari atas ke bawah tapi sekejap jeee dah sampai bawah sebab agak laju. Tube siap berpusing lagi masa sled sebab licin kan. Sebelum sampai kat penamat, tube ni melalui satu bonggol yang berfungsi memperlahankan dan memberhentikan tube. Sakit pungkoq ceq weh langgar bonggol tu. Tersentak jantung, senak rasa. Agakya masa tu paru-paru berlaga dengan hati kot.

Okey tipu.

Bila tube berhenti, terus keluar dan tarik ke tepi sebab orang belakang dan dekat.


Nampak tak bonggol petak tu. Sakit woooo.

Fuhhhhhhh best!!! Nak lagi!!!

Aku pergi kat Nurul & Azu yang dah tunggu kat tepi tu. Azu kemain eksaited lagi, best gilaaa dia kata. Lepastu dia cakap nak repeat lagi sekali.

Aku tengok jam, sempat lagi ni.

Aku dengan Azu sekali lagi naik. Nurul tak ikut kali ni sebab dia malas nak beratur. Dia tunggu kat bawah je dengan barang-barang kitorang. So, kitorang amanatkan dia untuk ambil video dan gambar kitorang dari bawah. Hehe.

2 kali baru cukup syarat.

Cukup 2 kali sled, dah puas hati. Dapat jugak main benda alah ni. Seriously best dan wajib cuba, walaupun ramai budak-budak je main. Ala, sesekali kita jadi budak, apa salahnya kan. Lagipun free. Kalau tak ramai orang, aku rasa doploh kali kitorang sled ni.

Main salji dah. Snowshoeing pun dah (jadilaa daripada takde). Tube sledding pun dah.

So, tengok jam, Dah jam 1.30 pm. Sempat ni nak ambil bas jam 2.30 pm. Bas akhir 3.30 pm. Kang lama sangat pulak tunggu bas akhir tu kalau terlepas yang 2.30 pm ni.


Tempat ski kat belakang tu.

Kitorang pergi tukar baju kat bilik berdekatan tandas. Lepastu pulangkan winter coat dan kasut sewa tadi. 

By time kitorang siap semua urusan, jam dah menunjukkan ke angka 2.25 pm. Hmm, tak sempat nak naik bas 2.30 pm. Dah laa bas kat sini semuanya on time. Tak boleh nak berharap laa bas tu terlewat dan masih ada untuk kita naik. Sini bukan Malaysia (errr sorry bukan nak kutuk sistem pengangkutan negara kita).

So dah alang-alang lambat, kita lepak laa dulu kat sini. Kitorang pun berjalan kat area situ, bergambar, dan lepastu lepak kat kafe dalam ni. Rasa macam nak cuba aiskrim  je. Tempat ni pun agak cozy. Sambil tunggu sambil makan aiskrim. Best jugak.

Kitorang beli aiskrim kat sebelah kaunter snowshoe tadi. Hesitate jugak nak beli sebab mahal (lupa harga sebenar tapi tak lebih 500 yen satu mangkuk). Tapi, demi mencuba, kami relakan juga. Lagipun perut dah lapar, tengok menu kat situ nampak menyelerakan walaupun agak mahal. Kitorang fikir nak kongsi je beli, tapi was-was pulak nak cuba.


Beli aiskrim, lepak kat meja kat situ. Kitorang duduk sebelah tingkap sebab nak tengok view. Pulak tu kat luar tengah snowfall sekarang ni.



Nice place. Dekorasi simple tapi cantik dan selesa. Pemandangan pun cantik jee.

Makan aiskrim sikit-sikit sebab sayang nak habiskan aiskrim mahal. lol. Tapi memang sedap! Lembut jeeee aiskrim ni. No wonder the price is quite expensive (cheap in yen. again, do not convert to ringgit).

Delicious to the max!


Harga tak menahan tapi sedap!

Mesti ada yang pelik kenapa makan aiskrim waktu sejuk beku ni kan? Suhu dah negatif tapi gigih jugak nak makan aiskrim yang sejuk tu. 

Sebabnya, bila dah lama-lama, badan dah adapt dengan sejuk. Lepastu dalam Country House ni ada heater. So, agak selesa dan tak sejuk sangat. So bila makan aiskrim tu, bukan macam makan ABC masa hujan. Tak adanya makan aiskrim sambil badan dan tangan menggigil.

Aiskrim habis dan dah hilang penat, kitorang keluar dan nak ke hentian bas. Keluar je, snowfall mencurah-curah ke muka. Light snowrain, tapi boleh rasa butir-butir snowflakes tu jatuh kat muka. So nice!



Sempat lagi berhenti ambil gambar walaupun dah mula menggigil sejuk dan mula kebas.


The view of Takino Suzuran & we're now heading back to Sapporo! It's snowing!

Turun bawah, dah ramai yang tunggu bas. Dalam kesejukan sebab dah terdedah dengan cuaca luar semula, kitorang tunggu bas dalam 20 minit. Snowfall makin lebat. Budak-budak yang juga tengah menunggu bas,  seronok main salji kat bawah pokok. 


 Bus stop kat belakang tu.
Sejuk bebeno ni

Tengah borak, tetiba terdengar suara bercakap dalam Bahasa Melayu. Pandang belakang, nampak ada satu famili Melayu tengah berjalan menuju ke sini. Kitorang tengok je dan agak teruja laa sebenarnya tengok orang Malaysia kat sini. Kitorang ingatkan, cuma kitorang je Malaysian yang datang sini waktu ni.

Nak tegur, tapi segan. Famili tu pun terus beratur jugak dan berborak. Takpelah private time diorang lagipun.

Lepastu, muncul seorang lagi lelaki yang agak good looking, berkulit Melayu. Dia dengan seorang lagi perempuan. Sekali lagi teruja, sebab Malaysian (dan kacak. lol sorry weols straight so normal laa kan).

Bas sampai, sebelum giliran kitorang naik,  bas dah penuh sebab ramai sangat. Yela, Takino Suzuran ni dah nak tutup dah. Semua pakat balik laa dan kejar bas akhir.

Alamak, macam mana ni. Cuak dah. Dah laa ni bas akhir. Takkan nak kena jalan kaki balik Sapporo. Sobsobsob.

Lepastu kitorang nampak ada satu bas lagi datang. Okey, tak payah berebut dan risau dah. Kitorang yang tak dapat naik ni boleh naik bas belakang. Haa ni pesanan untuk orang yang naik bas awal dan lepastu tengok kitorang kat bawah ni dengan pandangan "padan muka tak dapat naik", termasuk lelaki Melayu tadi tu.

Eleh, ingat kitorang heran ke korang dapat naik bas tu? Kitorang pun boleh balik laaaaa. Ada bas amek kitorang laaaa. Kitorang dapat duduk, korang dapat? Haaa padan muka korang yang naik bas awal sebab kena berdiri dan berhimpit macam sardin. Bluerkkkk!

K gurau.

Pemandu bas berpakaian juruterbang
Salji kotor bila dilalui kenderaan.

Perjalanan balik ambil masa 45 minit untuk tiba ke Makomanai Station. Kebetulan masa ni kitorang naik dengan orang Indonesia, berborak laa jugak sebelum sampai ke stesen. Dia pun datang untuk melancong juga dengan kawan-kawan dia.

Sampai kat Makomanai Station, kitorang pun terus naik subway untuk ke Odori Station. Plan dah berubah. Sepatutnya kitorang ke Maruyama Park, tapi tengok jam, memang tak sempat sebab sekejap lagi dah gelap. Tak nampak apa laa jawabnya kalau pergi sana. So, kitorang drop plan ke Maruyama Park dan decide untuk terus ke Shiroi Koibito Park.

to be continued in Day 3 (part 2)~