13 Disember 2015 |
SABTU
Kunming 昆明站
Heyyyy it's day 9!
Woooohooo, diam tak diam, dah
9 hari kaki ni melangkah kat bumi Yunnan. Macam tak percaya je berjaya survive
dan masih bernyawa setakat ni. Hihi.
(maafkan keterlewatan update.
bizi kerja dan bizi terbang ke China -lagi-. haa tu nanti update lain lepas
post Yunnan & Hokkaido selesai)
Okey, where we gonna go
today?
Kita nak jadi pelancong
pulak, maka kita ke tempat femes kat Kunming ni. Hasil galian maklumat
mendapati, terlalu banyak must-go-place. Tapi antara yang paling top, Dianchi
Lake dan Western Hill serta Dragon, menjadi kawasan yang paling kerap
dikunjungi.
So, kita ke sana laa harini.
Kita tengok apa yang best.
Pagi tu lepas je keluar dari
bilik kat The Hump, kitorang pun terjah ke masjid semula. Kenapa nak pergi
masjid pagi-pagi?
Sebab ramai yang bagitau,
sarapan pagi kat masjid ni sedap. So, yok laa kita gi cuba.
Sampai je kat kaki tangga masjid, tengok ada gerai kat kiri dan kanan tangga. Sebelah kiri tu jual makanan macam mi sup pedas. Agak ramai orang, ada laa beberapa buah meja diletakkan kat situ dan semua kerusi penuh. Sebelah kanan tu pulak kedai jual roti. Jangan risau, dua-dua kedai ni ada logo halal. Yakin dan jangan was-was naa.
Jin Ma Fang Square |
Tudiaa Masjid |
Sampai je kat kaki tangga masjid, tengok ada gerai kat kiri dan kanan tangga. Sebelah kiri tu jual makanan macam mi sup pedas. Agak ramai orang, ada laa beberapa buah meja diletakkan kat situ dan semua kerusi penuh. Sebelah kanan tu pulak kedai jual roti. Jangan risau, dua-dua kedai ni ada logo halal. Yakin dan jangan was-was naa.
Kat tangga masjid, ada
seorang amoi tengah pegang kertas sambil cakap padia tah. Aku rasa, dia
promoter makanan kat kawasan masjid tu kot.
Kitorang pun pergi kat kedai
yang sebelah kiri yang jual mi tu. Tengok ramai yang beratur beli, siap ada
yang tapau lagi. Kat meja-meja tu, masing-masing tengah sedap menikmati mi
panas. Haih, telan liur jela tengok masa ni.
Kitorang blurr, cemana nak
order sebenarnya?
Masuk kat tempat yang ramai
orang beratur tu, nampak ada pekerja yang ambil order dan celur mi dalam air
panas, lepastu masuk kat mangkuk, letak daging, dan bagi kat customer. Lepastu
customer jalan pergi kat kabinet besi yang ada banyak jenis bahan-bahan. Ada
cili pes, ada daun ape tah, macam-macam laa yang aku pun tak pasti apa dia.
Lepastu nampak diorang semua
yang beratur ada pegang kertas kecik. Eh, mana diorang dapat tu?
Tengok keliling, baru perasan
diorang semua pergi kat meja cashier tu dulu sebelum beratur. Kiranya, kita
bagitau nak makan apa, lepastu bayar, baru beratur gi ambil mi tu.
Haaaa, cenggitu. So, kitorang
pun gi laa kat meja cashier tu. Ada sorang aunty ni yang duduk situ jaga.
Kitorang tak tau nak order dan taktau nak cakap macam mana. Dia faham gaknye,
dia pun tunjuk laa kertas menu. Simple je menu dia tu, tapi takde gambar, cuma
ada tulisan. Ahh sudah. Cemana nak tau makanan apa?
Fikir punya fikir, kitorang
pun tengok laa umat yang tengah makan tu reramai tu. Nampak ada sorang tu
tengah makan mi yang berbentuk kueteow dengan daging dan sambal pedas kat
atasnya, kitorang pun tunjuklaa kat aunty tu.
Aunty tu pun senyum lepastu
dia cakap nama makanan tu. Yela kot tu dia cakap, aku mana faham. Haha!
Dah order, dia bagi satu
kertas kecik yang kitorang kena bagi kat pekerja yang celur mi kat dalam tu.
Sebelum tu, bayar dulu harga mi tadi. Harga semangkuk mi ni cuma RMB8 je. Kitorang
dah sepakat nak share je sebab tengok portion mi tu besar. So, sharing is
caring.
Dah
bayar, gi beratur semula kat dalam. Tunggu turn ye jangan main potong-potong.
Kena senduk kepala baru tau.
Sampai
turn kitorang, kitorang hulur laa kertas kecik tadi. Pekerja yang serve tu
macam tak berapa peramah, agak perengus kot. Macam layan tak layan je. Husnuzon
- dia penat sangat agaknya bekerja dengan air panas. Hewhew.
Dia cakap apa tah yang
kitorang tak faham, dia macam nak marah. Pastu dia tunjuk mi, kitorang tunjuk
laa mi yang keping-keping tu. Dia pun ambil, lepastu celur dalam air panas,
kejap, dan masuk kat mangkuk pas kat kawan dia. Kawan dia ambil mangkuk dan
letak pulak daging dan kuah kat dalam mi tadi. Lepastu dia hulur semula mangkuk
tu kat kitorang.
Kitorang ambil mangkuk tu dan
pergi kat kabinet besi yang tadi tu. Buat-buat reti jela. Padahal mata tengok
orang dan tiru je apa diorang buat. Hehe.
Banyak bahan kan, tapi
kitorang ambil yang kitorang rasa nak je. Masuk sikit sikit.
Dah puas hati, kitorang cari
meja nak bersantap.
Kerusi banyak penuh, sebab
meja pun ada beberapa je diorang sediakan. Pulak tu ramai customer. Kitorang
jalan ke luar, dan duduk kat meja yang ada orang dah duduk. Bantai jelaa.
Anggap je kita berjiran sewaktu makan, okey? Janji kome tak amek makanan kami.
So yummy! |
Selesakan diri dengan tempat
makan. Mulakan dengan lafaz bismillah dan doa makanan. Echa rasmikan sarapan
pagi tu dengan hirupan kuah dan sesuap mi.
Masuk je mulut, Echa terus
cakap sedap. Haaaaa, i kenot tahan laa cenggini. Nak jugakkkkkkk! Takpe bagi
can dulu kat Echa suap lagi.
Lepas beberapa suap, aku
pulak ambil mangkuk tadi dan rasmikan hirupan sup.
Fuhhhhhhhh. Sedap mak kau
hijau!
Serius sedapppppp! Blend je
semua rempah dan bahan mi tu. Pulak tu makan dalam keadaan sejuk. Nikmat makan
tu, tak terkata. Sedap kemain.
Tetiba rasa rugi order
semangkuk je. Kihkihkih.
Suap dan suap bergilir-gilir
sampailah habis semangkuk mi tu. Kuah pun tak tinggal, hirup habis baq ang.
Siap makan, kitorang pun
mencari bus stop yang sepatutnya untuk menunggu bas nak ke Dianchi Lake.
Kitorang patah balik ke arah hostel, dan pergi semula kat bus stop depan kedai
roti yang semalam tuktuk berhentikan kitorang.
Salah bus stop rupanya |
Tunggu punya tunggu, bas tak
muncul-muncul. Aik, lama bebeno. Sebelum ni naik bas, kerap je bas lalu.
Kitorang pun check semula kat
bus stop tu, nombor bas yang sepatutnya kitorang naik. Ikut kat iti, kitorang
kena naik bas nombor 73 dari JinMaFang. Tapi, kat bus stop ni takde pulak tulis
nombor 73. Salah tempat ke?
Malu bertanya sesat jalan,
kata pepatah Melayu kan. Jadi, bertanya laa kepada sesiapa sahaja yang nak
membantu. Bila dah tanya, baru tau, bus stop ni bukan laa JinMaFang. Ni bus
stop biasa untuk turunkan penumpang je. Sebaliknya, JinMaFang betul-betul
berhadapan dengan Square tu. Kiranya, kalau dari The Hump, sila menonong terus
lintas jalan besar dan pergi kat pit stop kat situ. Situ laa lokasi bas No. 73.
Kitorang patah balik ke
Square, lepastu lintas jalan. Dah melintas, memang akan nampak ada pit stop
besar yang tersergam megah dan banyak bas menunggu. Jangan salah pit stop tau
sebab ada dua biji kat situ. Pergi yang kat belah kiri. Kalau tak pasti, tengok
je jadual nombor bas kat pit stop tu. Bas kat sini akan berhenti kat bus stop
yang ditetapkan je.
Seberang jalan besar Jin Ma Fang Square |
Seeeeee bus no 73! |
Elok je kitorang sampai, bas
No. 73 baru je berlalu pergi. Sobsobsob. Menunggu lagi. Jam dah nak pukul 9
pagi ni.
Tak lama pun tunggu, dalam
tak sampai 5 minit, muncul lagi sejibik bas No. 73. Kali ni bas double decker.
Woohoooo!
Naik bas, bayar tambang
sorang RMB2. Kitorang naik kat tingkat atas, dan duduk kat kerusi paling depan.
Hahh, kat Malaysia jangan harap aku nak naik bas ekspress double decker, duduk
atas bahagian paling depan. I is seram. Tapi hat ni, kita cuba naa.
Perjalanan ambil masa dalam
45 minit. Sepanjang perjalanan, silalah hayati bandar Kunming yang berwarna
warni. No wonder dikatakan sebagai bandar musim bunga sepanang tahun. Cuaca pun
sedap je kat Kunming ni. Dalam 16 darjah celcius. Tak sejuk, tak panas.
Dalam perjalanan ni, beberapa
kali jugak melalui kawasan masjid. Besar jugak masjid-masjid yang aku nampak
ni, tapi susah sikit nak reach, sebab kitorang depend on public transport je.
Takpelah, dapat singgah Masjid Yongning pun dah rasa syukur.
Masjid |
Macam biasa, kitorang
berjaga-jaga dengan persekitaran sebab taktau mana nak berhenti kan. Bila dah
agak lama dalam bas dan bas mula masuk kawasan yang agak berlainan daripada
kawasan bandar, kitorang pun mula laaa operasikan kepala ke kiri dan ke kanan.
Nampak ada signboard ke
Dianchi Lake dan Haigeng Lake. Haa, ni laa hala tuju harini.
Bas berhenti, dan ramai
berhenti. Kitorang hesitate, nak turun atau tak. Okey, nanti dulu, sebab tak
nampak apa pun.
Bas jalan dan tak lama tu
berhenti lagi. Kali ni, aku dengan Echa turun sebab kat sini ramai yang turun.
Lepas je turun, kitorang blurr laa macam biasa tak tau nak ke mana. Orang yang
turun tadi, berjalan ke arah lain pulak.
Kitorang pun jalan laa ke
arah pekerja yang tengah buat pembersihan kat kedai-kedai. Kitorang tunjuk
gambar Dianchi Lake kat itinerary tu pada pekerja tu. Diorang pun berbincang
padia tah, lepastu bercakap dengan kitorang dalam bahasa yang tak difahami
(bahasa Mandarin lewww).
Kitorang cakap tak faham, dia
pun angguk. Diorang macam tak sure sangat arah tujuan kitorang. Aku dah mula
cuak. Kitorang salah turun kat mana la ni.
Lepastu salah seorang pekerja
tu pun hala tangan tunjuk ke arah depan kitorang. Dia suruh kitorang jalan ke
arah sana. Kitorang pun angguk, lepastu tunjuk arah yang sama, dan cakap terima
kasih. Maka, berlalulah kami dari situ, dan mereka meneruskan kerja mereka.
Jalan punya jalan, jauh jugak
rasanya dalam 10 minit. Barulah ternampak bas yang tadi kitorang naik dah
berpatah balik. Jadi aku fikir, kitorang turun terlalu awal dan sepatutnya
kitorang turun kat hentian terakhir.
Tepat andaian aku tu, sebab
bila dah ke hujung jalan, kitorang nampak ada banyak bas persiaran dan bas
No.73 kat situ. Laaa, rupanya, hentian terakhir memang kat Haigeng Lake ni je
haa. takyah turun pun tadi sebenarnya. Tapi nak buat, pagi-pagi memang best pun
berjalan sambil cernakan makanan kan.
Baru laa nampak, ada tasik
yang luas dan agak ramai umat manusia kat situ. Kitorang jalan ke pinggir
tasik. Ternampak ada gerai yang ada tulisan halal tapi masih tutup lagi.
Takpelah, balik nanti boleh singgah.
Dari pinggir tasik, boleh
tengok ada banyak seagull berterbangan sambil patuk roti yang umat manusia
sedekahkan. Yes, banyak je orang yang jual roti untuk bagi seagull makan. So,
kalau nak merasa pengalaman bagi makan seagull, beli je roti kat orang-orang
yang jual ni. Kitorang tak beli pun, cuma tengok orang bagi je.
Ada banyak seagull. Mungkin
ratusan mungkin ribuan, Bunyi depa bukan main bising lagi, macam tengah
berpesta. Tapi kebanyakannya, cuma bermain kat sekitar gigi tasik je, depa tak
singgah pun kat kawasan manusia. So no harm laa nak takut terkena najis ke apa
ke.
Sebenarnya, ini antara
tarikan kat Haigeng Lake ni. Camar yang pulang dan ombak tasik yang umpama
laut. Serius tak tipu. Ombak tasik ni, buat korang fikir sama ada ini betul
tasik, ataupun laut.
Ala, aku lupa lagi nak cerita
pasal tempat ni. Okey, serba sedikit tentang Haigeng Lake:
Haigeng Lake terletak di
dalam kawasan Dianchi Lake. Dianchi Lake pulak merupakan tasik terbesar di
Yunnan dan keenam terbesar di China, dengan keluasan 300 kilometer persegi. Ada
banyak tarikan di sekitar kawasan Dianchi Lake, antaranya Yunnan Nationalities
Village, Daguan Park, Western Hill, Dragon Gate, dan banyak lagi. Kesemua tempat
tadi letaknya berdekatan je antara sama sama lain, tapi masih memerlukan
kenderaan untuk bergerak di antara tempat tu.
Tarikan utama Dianchi Lake
adalah di Haigeng Lake, untuk saksikan Seagull yang jumlahnya sangat banyak.
Daguan Park pun ada banyak seagull. Cuma pada aku, pilih salah satu tempat pun
dah okey. Sebab view sama je. Satu je benda yang kurang menarik tentang Dianchi
Lake ni adalah, tahap pencemarannya yang agak tinggi. Satu kerugian sebab
tempat ni cantik, tapi air tercemar, sebab tu air tasik ni warna gelap, macam
warna hitam.
Okey, sekian ringkasan
mengenai Dianchi & Haigeng Lake.
Dah puas tengok seagull dan
kerakusan mereka mematuk roti, kitorang pun nak gerak ke lokasi seterusnya,
Western Hill dan Dragon Gate.
Tiba-tiba~
Haa ce teka apa dia?
Tiba-tiba, kitorang
terserempak dengan seseorang. Mulanya, aku tak perasan, tapi lepas tu Echa
tegur aku sambil tunjuk orang tu.
Guess who? That boy. The
Muslim-Chinese boy yang tegur kitorang semalam tu, yang aku menyesal tak ambil
contact number dia tu. Berjodoh sangat kan tetiba jumpa kat sini. Haha.
Kitorang pun pergi kat dia
dan tegur. Dia pun terkejut sebab tak sangka jumpa kitorang kat situ. Borak
punya borak, nama dia Jinhi, rupanya dia dari Xi'An, tengah cuti semester dan
travel sorang kat Yunnan ni. Waktu ni dia tengah tunggu sorang kawan dia,
doktor dari daerah mana tah yang semalam pun ada dengan dia, diorang nak
explore Dianchi Lake jugak.
Dia cadangkan kitorang gerak
sama-sama. Aku dengan Echa okey je, sebab lagi senang kan, kitorang takde laa
masalah nak komunikasi nanti.
Tunggu punya tunggu, tapi
kawan dia tak sampai-sampai jugak. Jinhi dah macam serba salah sebab drag masa
kitorang. Kejap kejap dia call kawan dia tu. Tak lama lepas tu dia bagitau,
kawan dia sesat. Kitorang tak pelik laa sebab tempat ni besar.
Last-last, Jinhi suggest
supaya kitorang ikut plan asal sebab dia taknak bazir masa kitorang tunggu dia
lama sangat. Frust jugak sebab kalau tak, dapat laa berjalan sama & borak
lagi banyak kan. Bukan senang nak jumpa orang China yang pandai speaking dan
Muslim.
Fikir pro and cons, kitorang
pun setuju dan berpecah. Jinhi terus tunggu kawan dia dan kitorang pulak
berjalan menghala ke tempat masuk untuk naik kereta kabel. Sebelum tu, sempat
tukar id wechat. Yela, kat sini diorang cuma ada Wechat je. FB IG kan kena
sekat.
Jinhi from Xi'An |
Dari tempat tadi kitorang
berjalan dalam 1km, kira-kira 20 minit jugak laa untuk ke tempat kereta kabel.
Ini pun main jalan je sebenarnya, ikut je apa yang dah reseach tu. Lagipun tak
terasa sangat sebab view cantik, cuaca just nice even sejuk. Angin memang sejuk
la kan, tapi agak bising sebab ramai rakyat China yang keluar beriadah sambil
bagi burung makan kat tepi tasik.
Jalan punya jalan, sampai
jugak kat tempat yang dituju. Tapi, kitorang konfius, betul ke ni tempatnya?
Sebab, cuma ada kaunter tiket tapi takde signboard dan takde sebarang petunjuk
yang menyatakan itu lokasi naik kereta kabel untuk ke Dragon Gate. Aku ada
print peta kat iti, so aku refer balik. Eh, betullah tempat ni. Siap ada tulis
bayaran naik kereta kabel dan info bagai. Tapi kenapa lengang? Ini pelik.
Mustahil tempat macam ni lengang.
Tak faham T_T |
Pusing pusing naik ke
bangunan depan kaunter tadi, tapi masih tak jumpa penyelesaian. Kitorang pergi
balik kat depan kaunter dan cuba tanya local kat situ. As usual, umpama kau
sesat di dunia lain bila takde orang faham apa kau cuba cakap dan kau pun tak
faham apa dia cuba cakap. Dang! Ottokeeeee?
Ada sorang pakcik ni mampir
dan bawak peta dengan tulisan cina dan cuba komunikasi dengan kitorang.
Kitorang pun cuba tanya dengan dia kat mana nak naik kereta kabel tu. Aku rasa,
dekat 15 minit kitorang cuba berbual tapi tak faham apa.
Pakcik ni kejap kejap dia
tunjuk kat kereta, lepas tu dia explain padia tah kat peta dia pegang tu.
God sent people to help us.
Finally!
Ada sekumpulan orang muda
China ni di-apporach oleh pakcik tadi untuk tolong explain kat kitorang. Hensem
dan cantik depa ni. Gaya macam orang kaya melancong. Hihi. Dan malangnya,
diorang pun tak reti speaking dan tak faham English. Lucklily, ipong diorang tu
ada translate apps. So, kitorang pun berkomunikasi dengan apps tu. Taip, dan
translate.
Akhirnya, baru laa faham.
Rupanya, perkhidmatan kereta kabel tu dah dihentikan atas faktor maintenance.
Dan visitor yang nak merentasi lake untuk ke Dragon Gate/West Hill, kena naik
tour car yang melambak kat depan kaunter tu untuk dibawa ke kaunter ke West
Hill (tempat lain).
Awat laa hampa tak letak sign
close for maintenance ceq oi. dan bagitau in English how to get there. Kami dok
pikiaq padia laa pakcik ni dok cita.
Selepas faham, kitorang pun
setuju laa naik pakcik ni untuk ke kaunter ke West Hill. Pakcik tu pun
tergesa-gesa suruh kitorang naik sebab ada sorang lagi lelaki dengan sorang
anak kecik yang nak ke sana, so boleh laa naik sekali.
Dalam tergesa-gesa tu,
kitorang terlupa nak cakap terima kasih kat kumpulan cina muda yang tolong
tadi. Haish. rasa bersalah sampai sekarang. Rasa macam tak berterima kasih
lepas ditolong.
Oh btw, jangan naik sebarang
kereta. Hanya kereta yang ada gambar Dragon Gate dan pemandu memakai topi ala
koboi je yang bertauliah untuk bawa visitor ke kaunter ke West Hill dari tasik
ni secara percuma. Kalau naik yang lain, mungkin kena bayar.
Naik kereta melalui jalan
raya yang sibuk dan berdebu, dalam 20 minit sampai ke kaunter untuk ke West
Hill. Sampai kat sini, pakcik tu tunjukkan kaunter yang kitorang kena pergi
untuk beli tiket naik chairlift ke West Hill.
Selesai beli tiket berharga
88 yuan termasuk entrance fee, chairlift, dan bas, kitorang disuruh menunggu
kat ruangan menunggu bas. Ada bas dah tunggu kat depan tu, tapi bila dah penuh
baru akan jalan.
Memikirkan lama lagi, Echa
cakap nak gi toilet dulu. So aku tunggu kat hall tadi.
Tak sampai 2 minit Echa
pergi, staf kat situ suruh naik sebab bas dah nak jalan. Aku mula laa clumsy
fikir cemana. Lepastu aku cakap kat staf tu, suruh bas gerak je dan kitorang
naik bas seterusnya.
Tak lama bas gerak, Echa pun
muncul. Takpela dapat naik bas lain jugak. Lagipun bukannya rushing pun. Bila
next bus sampai, kitorang terus naik dan pilih tempat yang best.
Konsep bas cenggini, dah
penuh baru jalan. So, bila bas dah berjalan, kira laa masa perjalanan. Hihi.
Dalam tak sampai 20 minit pun nak ke pintu masuk West Hill. Dalam perjalanan
tu, boleh nampak ramai je manusia berjalan naik bukit dari kaunter tadi
menghala ke West Hill. So kalau korang nak jimat dan banyak stamina, jalan kaki
je apedehal kan?
Masuk je kat West Hill
disambut oleh pintu gerbang besar. Toilet di sebelah kanan anda ya. Air dalam
toilet maha sejuk (saja nak bagitau).
Pintu Gerbang yang didamba |
Jalan depan sikit dalam 150m
akan jumpa tempat naik chairlift. Yippiiieeee! Akhirnya setelah pelbagai dugaan
dan rintangan, dapat jugak kitorang sampai sini. Phewww.
Nak naik chairlift ni, masuk
je kat pondok tu tunjuk tiket, nanti staf yang jaga akan bagi masuk dan suruh
naik ke tingkat atas. Masa kitorang nak naik, sempat pakcik yang jaga tu tanya
kitorang asal mana. Bila jawab Malaysia, dia senyum dan tunjuk thumbs up. Fuhh nasib
baik dia tak halau.
Pintu masuk ke chairlift |
Safety first! |
Ready to go! |
Okey here we are. To
experience the chairlift ride in China while enjoying the Kunming city view!
Chairlift ni apa dia? Haa,
chairlift ni kerusi besi yang berpagar dan open air. Takde kepungan macam
kereta kabel tu. Kaki kasi juntai kat bawah. Satu-satunya penghalan adalah
pagar yang boleh dinaik dan diturunkan untuk tujuan naik atau keluar dari
chairlift.
Takut? Hmm, kalau aku, tak
takut. Eksaited ada la. Hehe. Tapi kalau yang agak gayat dan takut ketinggian
tu, mungkin akan jadi nightmare. Hee. Lagi pulak agak lama kat chairlift ni.
Dalam 30 min perjalanan.
Nak naik chairlift ni macam
naik kereta kabel. Dia tak akan berhenti untuk bagi kau naik. So, kau kena
cepat dan tangkas. Chairlift sampai je terus paut dan naik. Lepastu, turunkan
pagar keselamatan tu, and yeah, enjoy the show.
Inilah chairlift. Heee |
Memula seram gak laa sebab
bila makin tinggi, makin laaa terasa betapa tinggi kau kat atas tu hanya
berdudukkan sekeping besi. Pulak tu, kaki bergayut kat pucuk pokok. Haaa, boleh
bayang tak? Tapi lama kelamaan, makin cool dan steady. Best jee siap selpiaq
pakai monopod. Haha.
Dari atas ni, boleh laa
nampak pemandangan bandar Kunming dan Dianchi Lake tadi. Serius cantik. Dalam
pada tu, banyak kali laa berselisih dengan chairlift lain yang return ke West
Hill tadi. Sangat jarang jumpa non-China. Rasanya diorang tak datang sini atau
prefer hiking je kot.
SubhanaAllah. Cantik sangat! |
Waktu ni matahari
memancar-mancar sebab dah nak tengahari, tapi tak panas langsung. Sejuk je
nyaman. Good choice laa bila datang sini waktu winter.
Haa lagi satu, sepanjang
perjalanan ni, akan ada orang yang snap gambar korang. So, get ready jelaa
posing okeyy.
Lepas setengah jam, sampai
lah ke penamat chirlift. So, turun pun macam tadi, harus cepat dan tangkas.
Turun je, staf akan tanya sama ada korang nak beli gambar yang di-snap masa kat
atas chairlift tadi. Harga 20 yuan. Ok laa tak semahal gambar kat Malaysia kan.
So, kitorang pun beli. Gambar tu kena ambil kat bawah, so, turun bawah terus
jumpa kaunter print gambar. Dalam 10 minit, gambar siap. Not bad laa, ada jugak
memori atas chairlift kan. Heee.
Tunggu gambar dicuci |
Selesai semua tu, kitorang
pun melangkahkan kaki turun dari kawasan tu. Ye, naik tadi dengan chairlift
kan? Turun ni kita berjalan laa pulak. Taknak laa keluar duit lagi bayar
chairlift. Dah alang-alang asyik berjalan kat China ni, kita maksimakan laa
penggunaan kaki tu.
Sambil turun tu, sambil cuci mata tengok sekeliling. Niat nya nak cari Dragon Gate. Ok ni pendekkan cerita, kitorang sesat lama gilaaaaa walaupun ikut signboard. Yela, kat situ tangga naik turun kemain banyak lagi. Tension pun ada bila dah naik tangga tinggi-tinggi tapi lepastu salah jalan. Haha!
Lepas lebih 30 minit macam tu, akhirnya jumpa juga Dragon Gate. Haa, kenapa aku nak sangat pergi sini?
Sebabnya, Dragon Gate atau dalam bahasa Cina, Longmen yang terletak kira-kira 300 meter dari paras laut ni merupakan antara tarikan utama kat sini. Kiranya diorang kata, "If you do not visit Western Hills, you haven't visited Kunming; if you do not come to Dragon Gate, you haven't been to Western Hills". Haa gitteww.
Dragon Gate ni macam satu pavilion kat penghujung batu. Ada sejarahnya yang dah beratus tahun yang dikaitkan dengan lokasinya kat puncak bukit dan hujung batu ni. Lebih kurang macam - pintu masuk ke sejarah dahulu kala laa gituu. Aku nak terangkan pun tak reti sangat.
Kat sini, masa kitorang sampai cuma ada satu family tengah duduk enjoy view. Kat sini boleh laa tengok pemandangan Dianchi Lake tu secara jelas. Kitorang kat sini tak lama. Sekejap je sebab rasa macam tak ada apa sangat nak buat dan tengok.
Inilah Dragon Gate yang bersejarah tu |
Turun dari Dragon Gate, sesat
lagi. Sampai laa jumpa pintu apa tah, kat situ orang tengah lepak makan.
Kitorang bukak pintu, perhatian orang kat situ terus fokus kat kitorang, sebab
pintu tu letaknya kat tengah-tengah kedai. Apa lagi, terkuak je pintu dan
kitorang keluar, semua tengok. Haha.
Sesat lagi dan cari jalan
lagi, akhirnya jumpa jugak jalan ke satu check point yang ada buggy ni. Yang
mana masa nak naik chairlift tu dapat tiket, salah satu tiketnya adalah tiket
untuk naik buggy dan akan dibawa ke bawah kat pintu masuk tadi.
Jumpa buggy, kitorang terus
naik. Malas dah nak jalan. Kat situ ada je orang jual cenderamata, tapi tak
menarik sangat pada aku sebab macam barang berunsurkan haiwan yang diawet. Motif
laa kan aku nak beli. Hewhewhew.
Dalam 20 minit menunggu,
buggy pun bergerak dan kitorang pun bergerak menuruni kawasan bukit. Kitorang
saja duduk kat belakang menghadap arah bertentangan, kekonon rare laaa. Dalam
10 minit, dah sampai kat pintu masuk tadi tu.
Turun buggy, cari bas tapi
belum sampai. Tanya kat orang kat situ, diorang cakap sekejap lagi bas sampai.
Dalam 10 minit kot tunggu, bas sampai, kitorang pun naik bas yang sama macam
tadi untuk ke kaunter yang beli tiket memula tadi tu. Dari dalam bas, boleh
nampak lagi ramai orang naik turun berjalan kaki je. Yela, sini kan banyak
pagoda dan tokong diorang. So diorang boleh menyinggah sambil berjalan tu.
Sampai kat kaunter tiket tu,
kitorang naik kereta yang dah ada kat situ untuk turun ke Dianchi Lake semula.
Sama macam awal tadi, naik kereta yang authorised je sebab kalau tak, naya je
kena scam tak masal kena bayar.
Naik kereta ni! |
Sampai kat Dianchi Lake kat
kaunter kereta kabel yang tutup tu, kitorang berjalan lagi nak menuju ke pintu
masuk yang memula kitorang jumpa pagi tadi tu. Tapi tengah berjalan, terjumpa
macam ada tempat makan ramai gila orang. Kitorang ternampak ada kedai makan
halal. Apa lagi, terus laa singgah.
Kedai sate halal. Ramai gilaa orang beli kat sini. |
Kedai Lamien |
Ce teka diorang jual apa?
Huaaaa sate kambing yang aku
teringin nak cuba! Terus laa order kan. Nak order pun kemain payah sebab
diorang tak faham. Pakai tunjuk dan cakap jelaa cong ceng. Diorang macam pelik
tengok kitorang, yelaa muka lain, warna kulit pun dah beza kan, kecuali Ecah.
Heee.
Nak order yang payahnya sebab
tak tau harga. Kitorang main agak je dia jual apa. Akhirnya selepas mengalami
kesukaran, aku rasa lebih 10 minit cuba berkomunikasi, barulah dapat order 10
cucuk rasanya. Terus cari port duduk kat sebelah gerai tu, duduk semeja dengan
popo dan cucu kecik dia. Masuk je sate dalam mulut, fuhhhhh sedap weh! Serius
tak tipu. Juicy, well marinated, well cook. Perfect taste laaa.
Tak cukup rasanya beli banyak
tu sebab sedap sangat, kitorang beli lagi. Lepastu pergi gerai sebelah yang
jual mi, beli jugak semangkuk mi share berdua. Kedai mi tu anak kepada penjual
sate tu agaknya, sebab diorang macam saling membantu. Tapi yang aku boleh
cakap, kedua-dua kedai ni sangat ramai pembelinya. Based on the taste, no
wonder laaa ramai customer. Lunch tu kitorang habis 40 yuan je untuk 2 orang.
Ok laa kan.
Tapauuuu. Abaikan plastik yg banyak bekalan makanan ni. Heeee. |
Siap makan, kitorang jalan
kaki semula ke pintu utama tu. Dalam 1 km jugak laa tapi tak terasa sangat
sebab sejuk dan enjoy view cantik. Waktu ni, terlalu ramai umat manusia tengah
bersantai kat sini. Penuh yang amat kawasan sekeliling. Mungkin waktu santai
diorang laa kot. Mujur kitorang datang awal.
Sampai kat pintu utama, aku
cari semula kedai halal yang aku nampak awal pagi tadi. Rezeki lagi, kedai tu
bukak. So aku pun jengah laa apa je yang dijual. Ada sate dan kentang pedas
yang juga salah satu wishlist makanan aku.
Singgah kejap, dan aku order
semangkuk kentang pedas.
Beratur beli dan makan.
Fuh. Pedas baq ang. Panas
pulak tu. Berasap mulut. Dah laa semangkuk tu besar. Jenuh nak ngabiskan.
Sedap! |
Then sambung jalan, kitorang
nak gi kat Yunnan Nationalities Village. Dalam 1km kot berjalan macamtu. Tak
jauh sangat laa jalan tu bila sejuk cenggini.
Apa yang ada kat situ? Okey,
kat situ ada perkampungan tradisi masyarakat Yunnan. Tapi bila dah sampai, macam
malas nak jalan lagi dah masuk ke dalam tu sebab dah penat. So kitorang just
jalan-jalan ambil gambar, tengok kedai souvenir. Ada banyak kedai kat dalam ni.
So kalau nak belek tengok dan beli, boleh laa berbuat demikian.
Nak masuk kampung tu, kena
bayar tau. Agak mahal laa dan ada waktu dia. Aku ingat lupa pasal tempat ni.
Maklum laa, dah setahun kan. Heee.
Secara peribadinya, aku rasa kalau
tak masuk sini pun okey. Sebab biasa jee dan kalau setakat nak tengok-tengok pun,
boleh je tak ada masalah.
Lepas je keluar dari Yunnan
Nationalities Village, kitorang pun keluar semula ke jalan besar untuk tunggu
bas balik ke Kunming. Seberang je dari tempat ni untuk tunggu bas. Naik bas
yang sama macam masa nak datang tadi.
Okey part ni aku nak cerita
sikit pasal kitorang sesat. Cemana boleh sesat?
Haaa cenggini ceritanya.
Kitorang naik bas, penat berjalan so lelap mata kat dalam bas. Perjalanan lama kan, 45 minit. Bila agak-agak dah nak sampai tu, kitorang pun berjaga laa sebab nak pastikan kat mana
kitorang kena turun. Kalau boleh nak turun dekat bus stand yang depan hostel tu.
Tapi, setiap kali bas berhenti, aku konfius, kat mana sebenarnya kitorang kena turun ni? Serius, clueless. Nak tanya, paham jelaa masalah bahasa kan.
Tapi, setiap kali bas berhenti, aku konfius, kat mana sebenarnya kitorang kena turun ni? Serius, clueless. Nak tanya, paham jelaa masalah bahasa kan.
Akhirnya selepas bas mula
memusing kawasan yang sangat asing untuk kitorang, kitorang decide untuk
turun je kat memana. Serius masa ni cuak
gila! Gila tak cuak, dah laa takde internet. Nak tanya orang kat situ pun bukan
senang.
Maka, guna konsep tawakal.
Kitorang turun bas, dan main jalan ikut rasa. Lepastu bila dah jalan-jalan,
macam ada feeling familiar. Lama jugak laa berjalan dan akhirnya, kitorang
sampai kat kawasan Zhengyi Road yang tempat kitorang pergi malam tadi. Jumpa
KFC, kira dah jadi landmark untuk balik ke hostel.
Alhamdulillah. Selamat di negara orang akhirnya. Tak kena culik tak kena minat sedekah tak kena menangis sebab tak tau jalan balik. Fuhhh.
Alhamdulillah. Selamat di negara orang akhirnya. Tak kena culik tak kena minat sedekah tak kena menangis sebab tak tau jalan balik. Fuhhh.
Sampai je hostel, terus
bummmmmmmm. Terjun kat tilam. Heaven!
Malam tu, sekali lagi
kitorang jalan ke Zhengyi Road dan shopping barang sikit. Esok kan dah nak
balik.
Sempat jugak kitorang singgah masuk masjid kat kawasan Zhengyi Road ni.
Yes, ada satu masjid di sebalik bangunan perniagaan kat sini. Besar juga kawasannya. Bukan sekadar masjid tapi juga jadi kawasan pembangunan Islam. Boleh tengok kat papan maklumat kat situ, banyak juga program yang dianjurkan masjid ni untuk Muslim kat situ.
Habis berjalan dan shopping, balik bilik, berkemas, dan tidur. Zzzzzzz.
Sempat jugak kitorang singgah masuk masjid kat kawasan Zhengyi Road ni.
Yes, ada satu masjid di sebalik bangunan perniagaan kat sini. Besar juga kawasannya. Bukan sekadar masjid tapi juga jadi kawasan pembangunan Islam. Boleh tengok kat papan maklumat kat situ, banyak juga program yang dianjurkan masjid ni untuk Muslim kat situ.
Habis berjalan dan shopping, balik bilik, berkemas, dan tidur. Zzzzzzz.
End of day 9. Last part of #menjejakyunnan gonna be published once I finished ya.
(to be honest, aku tak sempat
nak update sebenarnya. so after this aku memang tulis ringkas je laa tak detail
macam sebelum ni).
Kos
Day 7 :
1. Bus No. 73 to Haigeng Lake - RMB2
2. Bus No. 73 from Haigeng Lake - RMB2
3. Trip to Western Hill & Dragon Gate + Chairlift - RMB88
4. Breakfast - RMB4
5. Lunch - RMB20
Total : RMB116
No comments:
Post a Comment