Wednesday, 16 November 2016

Pre #mengejarsalju : Hokkaido, Jepun

Assalammualaikum & Hi !

Permulaan kata, syukur, sebab akhirnya, selepas hampir setahun, selesai juga entri untuk #menjejakyunnan. Lama gilaaaa kan nak siapkan entri untuk 10 hari tu. Selama ni bila aku buat research pasal travel dengan cara baca blog orang yang dah pergi tempat tu, kadang-kadang aku rasa macam geram bila ada cerita yang tak habis. Separuh jalan je. Ada part tu yang tertangguh dan tersangkut, padahal part tu laa yang aku tunggu-tunggu.

Now I know. Tak senang nak menulis ni. Nak kena tunggu mood, nak kena tunggu ada masa, nak kena recall semula. Payah wehhh. Salute pada yang mampu tulis entri blog sehingga selesai untuk setiap trip dia. :D

For this time, aku nak cerita pulak tentang trip ke Hokkaido, Jepun pada 16 Januari hingga 24 Januari 2016. Ye, dah nak dekat setahun jugak trip tu. Dan beza sebulan je dari tarikh aku balik dari China. 

Huii, sebulan je beza antara trip China & Jepun?? Apasal travel sampai 2 negara dalam tempoh masa yang agak dekat?

And of course, soalan di bawah antara soalan popular yang kerap ditanya kepada aku. Soalan apa?

Check it out -----

1. Banyaknyaaa duit Syita pergi travel!
Mana ada banyak laa. Nama pun travel bajet & backpack. Selagi mampu murah dan jimat, selagi tu laa aku cuba berjimat dan kurangkan perbelanjaan.

Mana datang duit travel? Saving semestinya. Aku tak banyak komitmen yang tinggi. Tak ada kereta (sobs), tak ada rumah (sobs), belum kahwin (sobs), dan tak ada hutang besar kecuali PTPTN. Cuma komitmen pada family jelaa yang agak banyak, lepastu living cost sendiri. Shopping pun tak selalu, aku cuma beli bila aku rasa dah lama tak membeli barang. Aku pun takdelaa high maintenance mana yang nak barang branded saja(sorry puji diri sat). Jimat laa duit kan. Hehe. So, baki gaji tu, aku simpan sikit utk saving & travel. Tak la banyak mana pun dapat simpan. Bolehlah. Ni dah kena start simpan semula sebab dah kosong. T__T

2. Bestnyaa Syita banyak cuti! 
Syukur jugak laa sebab tempat kerja aku bagi cuti tahunan yang agak banyak. AL dapat 22 hari, dan selalunya tak habis guna sebab kitorang susah sikit nak cuti. So cuti tu biasanya tersimpan gituu je. Guna bila raya, cuti sehari dua balik kampung, dan bila travel laa baru guna banyak. Macam last year, baki cuti aku ada 10 hari. Campur tahun ni, ada 22 hari. Total 32 hari. Banyak kan? Tapi, tulaa, jarang guna.

Sebab tu laa bila aku nak travel, aku selalunya akan pergi lama sikit, maksimakan cuti yang ada. Itu pun kira nasib baik juga sebenarnya. Kalau dah apply cuti tapi tetiba cuti dibekukan atau kena bertugas, terpaksa laa let go semua yang dah dirancang. Few times juga plan aku terbatal disebabkan cuti beku atau tugasan kerja. Redha.

3. Apasal Syita asyik travel oversea?
Hmm, tak laa. Tak selalu. Kalau nak dibandingkan dengan wishlist aku lagi laaa berlambak. Kashmir, Ladakh, Bosnia, Swiss, Trans-Siberian, Norway, etc. Haha.

Target aku sebenarnya, dalam setahun tu, aku travel luar negara sekali je (juga bergantung kepada bajet). Bulan Disember bulan yang aku rasa sesuai untuk aku travel oversea sebab waktu tu biasanya kitorang dibenarkan habiskan cuti tahunan yang ada.

Tahun 2014 aku ke Cambodia (Ogos) dan Thailand (Disember). Tahun 2015 ke China juga pada bulan Disember. Cuma tahun 2016 ni, aku beberapa kali terbang travel ke luar negara. Jepun, Indonesia, dan China. Bezanya tahun ni semuanya travel last minute, bukan yang tunggu setahun book ticket baru travel.

4. Asyik travel sendiri je. Kenapa tak bawak family?
Hmm, yang ni sangat kerap ditanya dan ada yang seolah-olah mempertikaikan aku cuma treat diri sendiri dan tak peduli dengan family, tak ada nak ajak family ke. No, its not like that. Tapi ringkasannya, waktu cuti kami semua tak sama. Aku dan adik-adik kerja, ada adik yang sekolah, mak aku tak berapa sihat. Jadi, ada limitation kat situ. 

Bulan April lepas sepatutnya aku bawa famili aku ke Langkawi, tempat yang mak aku nak sangat pergi sejak dia muda belia. Tiket flight JB-KL-LGK-KL aku dah beli siap-siap untuk kami satu famili kecuali Aqmar sebab dia kat Sabah. Semua plan pun dah siap dah. Tapi tula, kita merancang kan. Tarikh yang sepatutnya kitorang pergi  tu, cuti aku dibekukan. Boleh je kalau famili aku pergi sendiri dan aku guide dari KL, tapi aku rasa tak best laa sebab aku yang rancang nak bawa diorang berjalan.

So, inshaAllah ada rezeki lagi nanti, aku bawa juga famili aku sama-sama. Doakan ye! :) 

Itu laa antara soalan yang selalu ditanya. Kadang-kadang sentap laa jugak, tapi lepastu aku rasa - abaikan jelaa. Anggap je diorang tu ambil berat tentang kita. Hehe.

************************************************************************************************************************

Okey, kembali kepada topik Hokkaido. Persoalan utama :

Kenapa Hokkaido? Bukan baru balik dari China?

Jawapannya, ya. Memang baru sangat balik dari China masa tu. Dan yang sebenarnya, Hokkaido ni aku tak rancang langsung nak pergi. Tak terfikir langsung aku akan pergi dalam jangka masa terdekat ni. Yelaa, stigma aku, Jepun mahal wehhh. Mana aku sanggup dan mampu nak keluarkan duit nak pergi sana, walaupun Hokkaido tu salah satu wishlist aku. Sejak kat Universiti lagi aku teringin nak pergi sana, lagi-lagi waktu musim sejuk sebab winter dia best gila! Salji penuh memutih.

Antara yang mempengaruhi aku tentang Hokkaido adalah bila tengok drama Love, Rain lakonan Jang Geun Seuk dan Yoona SNSD. Ada scene tu dilakonkan di Hokkaido. Masa tu laa aku kenal Hokkaido sebagai tempat yang cantik dan aku pasang niat nak ke sana. Selain tu, iklan Air Asia yang dipasang kat LRT station. "Sapporo, bandar salju terbaik". Gila kot kalau tak tergoda. Haha!

Kronologinya, berlatar tempat di ofis, dalam 2 minggu selepas aku balik dari China, Azu tetiba datang kat meja aku dan ajak pergi Hokkaido.

"Syita, jom pergi Sapporo nak tak? Tiket murah sekarang ni!"

Aku macam --- eh apahal tetiba Azu ni. Cara ajak nak pergi Hokkaido ni macam nak ajak pergi Sunway Putra Mall depan ofis tu je. Haha. 

Mau tak pelik kan. Lepastu Azu cakap, Faiz Najmi (geng travel dia ke Ladakh) ada jual tiket murah Air Asia untuk travel bulan Januari. So Azu teringin nak pergi sebab dia dah lama tak travel. Tiket masa tu harga RM525 return. Agak mahal laa untuk aku sebab tiket paling mahal aku pernah beli pun tak sampai RM400 (KL-Kunming-KL).

Tapi lepas tu Azu pujuk-pujuk, dia cakap selalunya tak dapat harga macam ni. Harga tiket normal ke Sapporo biasanya dalam RM1000 ke atas sebab Sapporo ni route popular. So promo ni kira murahlah. Lepastu dia cakap pulak tentang keindahan Sapporo bersalji, sebab masa tu tengah winter. Lepastu ni kira birthday trip sebab birthday Azu bulan Januari. Yelaa, I kan mate dia. Travelmate, Housemate, Officemate, Carmate, etc. Kehkehkeh.

Aku pun berkira-kira, bajet dulu ada cukup duit ke tak. Aku cakap nanti aku confirmkan. Sambil tu aku Google laa baca tentang Hokkaido dan cari sikit maklumat tentang Hokkaido ni.

Aku tak ingat sama ada aku confirmkan hari yang sama atau sehari selepas tu. Tapi, yang aku pasti, lepastu aku cakap kat Azu, okey deal. Kita terjah Hokkaido pulak. Eksaited terus tak sabar nak rasa salji yang sebenar!

So proses beli tiket, Azu yang setelkan. Masa tu memang tak beli sendiri tapi beli dengan Faiz Najmi. Waktu ni, ada beberapa travellers tegar yang jual tiket Air Asia dengan harga yang agak murah berbanding biasa. Ada cara diorang dapat jual dengan murah, aku pun tau cemana, tapi biarlah rahsia. Yang tau, tau laa ye. Hehe.

So, pada 28 Disember 2015, tiket Kuala Lumpur ke Sapporo (ibu negeri Hokkaido) berjaya dibeli atas nama Nur Masyita Atiqah dan Noor Azura.  Kitorang plan pergi selama 9 hari iaitu dari 16 Januari hingga 24 Januari 2016. Maka, bermula laa perancangan kitorang untuk trip Hokkaido, yang kitorang cuma ada kurang 3 minggu untuk prepare.

Dan seminggu lepas beli tiket tu, housemate kitorang, Nurul turut join trip ni. Masa tu Nurul ala-ala nak bawa diri bawa hati so nak ikut pergi Jepun. Hehe. Cuma masa Nurul beli tiket tu dah takde promo. So harga tiket flight Nurul dalam RM1500 jugak laa sebab tu harga tiket biasa.

So, officially, this is Housemate's Trip!

Seperti China, beberapa perkara perlu diambil kira untuk trip kali ni. Cuma kali ni sedikit mencabar sebab tak banyak masa untuk buat research. Lepastu cabaran bila nak book hotel/hostel. Yela, last minute kan, so, kebanyakan tempat yang murah dah penuh. 

Kebanyakannya proses hampir sama macam preparation aku untuk ke Yunnan haritu. Dan ada juga laa beberapa perkara yang berbeza.

Meh aku share sikit.

Oh sebelum tu, banyak yang aku refer semula entri pra #menjejakyunnan sebab prosedur hampir sama dan sikit je yang berbeza. So, kalau nak bandingkan dan lebih detail yang mungkin tak diceritakan kat entri ni, boleh klik link kat bawah ni : 



ITINERARI

Macam biasa, ini yang penting memandangkan kitorang bukan jenis nak main terjah sesuka hati. Lagi pulak negara yang kitorang nak pergi ni terkenal dengan kos yang tersangat mahal. Silap percaturan, beribu-ribu wang habis maaa.

Sebelum tu, kita study dulu lokasi Hokkaido ni.

Hokkaido merupakan salah satu prefecture di Jepun. Prefecture lain kat Jepun yang agak popular seperti Aomori, Nara, Tokyo, Kyoto, dan Osaka. Populasi Hokkaido melebihi daripada 5 juta penduduk dan merupakan pulau kedua yang terbesar di Jepun. Besar kan. Ibu negeri bagi Hokkaido adalah Sapporo dan Hokkaido ni terletak di utara negara Jepun. Kalau dalam peta, northernmost of Hokkaido ni bersempadan dengan Russia.

Hokkaido juga dikelilingi oleh lautan dan juga pergunungan volkano. Kalau masih ingat semasa gempa bumi dan tsunami teruk yang melanda Jepun tahun 2003 dulu tu, Hokkaido salah satu tempat yang terjejas. 
Permulaannya, aku tetapkan tempat yang kitorang nak pergi. Aku rujuk kat banyak sumber, antaranya blog travellers, Tripsadvisor, dan juga laman web informasi Hokkaido. Ada banyak web yang sediakan maklumat, so, just Google it. Paling senang untuk mukadimah, buka WikiTravel.


Kat sini semua info ada. Kiranya, boleh dapat sikit intipati, what-to-do, where to go, almost everything. Bila dah dapat info serba sedikit, boleh laa cari dengan lebih detail pulak.

So selepas hitung kira segala jenis pro dan kontra termasuk melibatkan jarak, lokasi, cuaca, daerah, pengangkutan dan penginapan, kitorang decide route trip Hokkaido #mengejarsalju seperti di bawah :

Kuala Lumpur - Sapporo - Noboribetsu - Lake Toya - Hakodate - Otaru -  Furano - Sapporo.

Secara detailnya :

16 Januari 2016 -> Kuala Lumpur - Sapporo
17 Januari 2016 -> Sapporo
18 Januari 2016 -> Sapporo - Noboribetsu - Lake Toya - Hakodate
19 Januari 2016 -> Hakodate
20 Januari 2016 -> Hakodate - Otaru
22 Januari 2016 -> Otaru - Furano
23 Januari 2016 -> Furano - Sapporo
24 Januari 2016 -> Sapporo - Kuala Lumpur

So, dah set tarikh dan lokasi, bolehlah tetapkan mana yang kitorang nak pergi kat tempat tu. Sama juga macam memilih route, apabila nak tetapkan tempat yang nak pergi dalam route tu, kitorang terpaksa buat kos lepas. Kebanyakannya disebabkan faktor jarak, bajet, dan juga cuaca.

Sapporo jadi titik pertengahan sebab Sapporo adalah bandar utama bagi Hokkaido Prefecture. Bandar lain-lain tu jaraknya ada yang dekat dan ada juga yang jauh. Ada beberapa lokasi yang aku nak pergi tapi tak dapat dimasukkan dalam trip ni disebabkan kekangan masa dan bajet. Banyak jugak laa kos lepas, apabila terpaksa memilih salah satu sahaja.

Antaranya, Wakkanai yang terletak di hujung peta Hokkaido sebelah utara, bersempadan dengan Russia. Menarik kan? Di Wakkanai ada satu tempat iaitu Cape Soya yang menjadi tarikan utama pengunjung sebab pada waktu cerah, kita boleh lihat sayup-sayup Russia yang hanya dipisahkan oleh lautan. Jarak Cape Soya dengan Sakhalin, Russia hanyalah 43km sahaja dan pada musim sejuk, Wakkanai merupakan antara tempat paling sejuk dan berangin kuat disebabkan lokasinya.

Alasan utama kitorang tak dapat nak pergi, disebabkan Wakkanai agak jauh dan memerlukan beberapa kali pertukaran train. Perjalanan agak jauh dan lama, kurang berbaloi untuk kitorang yang cuma ada 7 hari penuh untuk explore Hokkaido. Maka, korbankan Wakkanai.

Satu lagi contoh, Furano yang merupakan salah satu lokasi paling popular di Hokkaido. Pada musim panas, Furano ni terkenal dengan ladang Lavender yang luas dan cantik. Sebelum sampai ke Furano, akan melalui Biei, yang mana kat situ ada beberapa tarikan menarik seperti Blue Pond. Tapi semasa winter, pengunjung tak dibenarkan masuk ke Blue Pond. So, bye bye Biei.

Lain-lain lokasi, kitorang pilih berdasarkan must-go dan juga hidden place yang jarang orang pergi. Ada juga must-go place yang kitorang tak pergi sebab rasa macam tak ada apa. Hehe. Senang kata, tempat yang kitorang pergi ni yang kitorang rasakan bersesuaian dengan kemampuan masa dan bajet. So, lebih detail lagi nanti bakal diceritakan dalam entri seterusnya.


PENGANGKUTAN

Pergi Nippon naik tongkang,
Tongkang tenggelam.

Haa, nak pi Jepun paling senang naik flight laa kan. Aku tak pasti pulak kalau boleh overland.

Macam aku cerita awal tadi, Jepun ni negara yang mahal. Serba serbi mahal. Belum lagi sampai sana, nak pergi pun dah kena sedia duit banyak. Tiket flight ke sana pun agak mahal. Dan kitorang boleh dikatakan beruntung sebab dapat tiket yang lebih murah (murah laa sangat T__T) berbanding harga biasa.

So urusan beli tiket Azu dah setelkan. Tiket dua hala KUL-Sapporo-KUL berharga RM525/pax (tak masuk add on).

Seminggu sebelum fly, kitorang add on makanan, luggage. Beberapa hari sebelum balik ke Malaysia, kitorang decide beli seat pulak sebab kurang selesa dengan seat Air Asia X yang agak sempit untuk long haul. So kitorang beli seat kat ekor flight yang cuma ada 6 seat setiap row (coordination 2 | 2 | 2 ). Semua urusan pembelian ni diuruskan oleh Faiz Najmi sebab dia yang ada akses untuk semua ni. Thanks Dr. Faiz!

Tambahan kos add on per pax :
Meal : Nasi Lemak Pak Nasser 2 set (return) - RM30/pax
Luggage : 20 kg pergi + 20 kg balik (share berdua dengan Azu) - RM 89/pax
Seat balik : Normal seat - RM39/pax

Pengangkutan di Jepun
Mula-mula kitorang terfikir nak sewa kereta, sebab lagi best kan boleh explore sendiri tanpa ada limitasi masa. Azu boleh drive, aku boleh jaga Waze, Nurul boleh tolong borak. Tapi lepastu kitorang memikirkan pro dan cons kalau menyewa kereta dan pandu sendiri di Jepun.

Nak drive kat Jepun kena ada international driving permit (IDP). Tak boleh guna lesen memandu Malaysia je walaupun cara pemanduan sama. Kalau tak silap aku, nak mohon IDP ni kena apply kat JPJ dan bayar RM150 untuk tempoh setahun. Ni yang aku tau setakat masa aku cari info tu laa. Latest one, aku tak pasti. Jadi kalau nak drive, kena rujuk semula sumber-sumber sah. Jangan semberono, please. Ikut peraturan hokeyyy. Kalau masih P, bawak sekali stiker P tu lekat kat kereta. ;p

Pro-nya bila memandu kereta, kita tak terikat dengan masa dan lebih relaks, tak macam kalau kita naik pengangkutan awam. Selain tu, selepas hitung congak dengan ambil kira tol, minyak, parking, dan pelbagai lagi, sewa kereta jimat sedikit sebenarnya berbanding naik tren.

Tapi apabila merujuk kepada cons, ianya lebih kepada isu keselamatan.

Yes, memandu di Hokkaido pada musim sejuk bukanlah satu pilihan yang tepat/baik, terutamanya bagi rakyat Malaysia yang tak terdedah dengan pemanduan sewaktu musim salji. Rata-rata orang yang aku bertanya terutamanya Japanese sendiri, kebanyakannya tak suggest untuk kitorang drive di Hokkaido. Alasan utamanya, sewaktu winter, Hokkaido akan bersalji tebal dan jalan raya menjadi sangat licin. Japanese sendiri selalu hadapi masalah memandu dalam keadaan bersalji dan ini alasan paling utama untuk kitorang tak memandu kereta untuk trip ini.

Ce bayang kalau drive pastu something happened, e.g accident atau tergelincir. Nak harap mamat Jepun mata sepet tolong? Ke nak tunggu Ultraman datang dari Tokyo? Haaaa cannneeeee?

Maka, pilihan untuk memandu terpaksa ditolak. 

Kalau berminat nak drive kereta di Hokkaido, boleh klik link ni untuk tambahan maklumat menyewa kereta di Jepun.

*credit to blog's owner

Pilihan lain yang kitorang ada?

Pilihan yang agak cekik darah dan menghabiskan duit. 

Gunakan Hokkaido Rail Pass (HRP).

Serius, HRP ni sangat laaa mahal wehhhh. Lagi mahal dari tiket flight kitorang.  Haha! Memula tu aku ada research sikit pasal nak naik tren berasingan tanpa gunakan pass. Tapi, kos-nya jauh lebih mahal, lebih-lebih lagi apabila route kitorang ni banyak menggunakan tren.

Makanya, aku gunakan kuasa internet di hujung jari untuk cari maklumat tentang HRP. Boleh klik link bawah ni untuk info yang lebih jelas :


Dengan menggunakan HRP, kita bebas untuk menaiki semua jenis JR di Hokkaido termasuk tren dan bas. Unlimited. Maksudnya, kalau beli pass HRP, kita bebas naik turun tren/bas JR bila-bila masa di seluruh Hokkaido dalam tempoh yang tercatat. Ini termasuklah limited express train, express train, local train, JR bus.

Tapi. Tapi. Tapi. Tak boleh guna pass HRP ni untuk naik Shinkansen atau nama omputehnya, Bullet Train. A big NO sebab Shinkansen tak di-cover dalam HRP. Itu beli tiket/pass lain. Mahai nak mampuihhh baq ang.

Juga kena ingat, HRP hanya boleh digunakan di Hokkaido sahaja, tak boleh guna di luar Hokkaido seperti Tokyo, Osaka, dan lain-lain prefecture di Jepun. Nama pun Hokkaido Rail Pass. Kalau nak pass yang lagi power, guna laa Japan Rail Pass. Yang tu harga pun mestilah lagi power. Hehe.

Pass HRP ni ada banyak pilihan, so kita boleh pilih nak gunakan yang mana satu ikut kesesuaian trip kita. 

Yang bagusnya, jika ambil HRP, kita boleh reserve seat secara percuma  (kecuali sleeping car & carpet car, yang ni kena bayar extra). Kalau beli tiket tren biasa (bukan pass), nak reserve seat tu kena bayar extra. So, jimat laa duit kat situ bila guna HRP.

Beza antara reserve dan unreserve?

Unreserve - Boleh terus naik mana-mana tren JR. Tapi hanya di coach Unreserve (coach bertulisan U). Coach U ni ada banyak. So kita bebas duduk di mana-mana seat. Yang tak bestnya, coach ni akan melambakkan seramai boleh umat manusia ke dalamnya disebabkan status unreserve itu (ramai orang taknak bayar lebih untuk reserve seat). Selain tu, possibility tak dapat seat tu adalah tinggi, terutamanya pada waktu puncak atau di stesen yang ramai penumpang. Maka, berdiri laa kita sambil tayang muka toya penuh kerusuhan kat atok nenek Jepun yang tengah duduk sambil tersengih tengok korang kena berdiri. Hiks. Okey, tak, aku tipu. Kadang-kadang atok nenek ni yang kesian kat kita dan offer seat diorang pada kita sebab diorang concern kita sebagai pelancong di negara diorang. 

Reserve - Reserve seat dibuat lebih awal supaya kita dapat seat yang kita nak. Jadi, tak laa nanti kena berdiri atau duduk kat seat yang tak best. Sesetengah route tren tu ada pemandangan yang cantik, jadi kalau nak duduk kat window seat yang sebelah pemandangan tu, reserve awal supaya tak kecewa. Tapi kalau jenis nak tidur jee sepanjang perjalanan, takyah laa reserve seat window. Kasi can kat orang lain, okey? Seat Reserve juga lebih selesa sebab di-hadkan jumlah penumpang dalam satu-satu coach. Oh, lagi satu, reservation seat boleh dibuat beberapa jam/hari sebelum perjalanan, namun sama ada kita dapat reserve atau tak, itu bergantung kepada kekosongan. Ada few time yang kitorang nak reserve seat tapi tak dapat sebab Reserve Coach dah penuh. Dan ada juga route yang tak ada Reserve Coach, contohnya local train dari Asahikawa ke Furano.

Aik, tak kan tu je? Apa lagi? Takkan tak ada 'subsidi' untuk pengembara? Kita kan manusia yang mendambakan 'subsidi' dan diskaun demi mengurangkan belanja kembara. Ini belum cukup lagi. Haaaa apa apa apa?

Okeylah. Nak lagi best? Haaa, kerajaan Jepun memahami sangat jiwa pengembara yang selalu terseksa dengan kos mahal di negara mereka. Oleh itu, HRP menyediakan special rate untuk pelancong dari luar Jepun. Strictly to foreigner only. So, selaku umat yang taknak mengeluarkan belanja yang terlampau sebab taknak balik Malaysia nanti kena makan maggi sambil tunggu gaji, boleh laa mempertimbangkan option yang ini.

Cemana? Haa, klik link ni :


Bagi pass special rate ni, ada beberapa pilihan iaitu pass untuk 3 hari, 5 hari, 7 hari, dan juga flexible 4 day pass. Setiap pass ni juga berbeza antara satu sama lain. 

Perbezaannya dari segi tempoh masa dan harga. Bagi 3 day pass, kita boleh guna selama 3 hari berturut-turut dari tarikh pada pass. Bagi 5 days pass, kita boleh guna selama 5 hari berturut-turut dari tarikh pada pass, Bagi 7 day pass, kita boleh guna selama 7 hari berturut-turut dari tarikh pada pass. Kecuali bagi flexible 4 days pass, yang ni boleh digunakan selama 4 hari pada mana-mana tarikh dalam pass. 
Pakej dalam HRP

So,sebelum buat final itinerari tu, kitorang confirmkan dulu tentang pass ni untuk tally-kan dengan tarikh, tempat (yang JR cover) dan jumlah day pass HRP yang kitorang nak beli. Sekali lagi hitung congak kira, kitorang terpaksa memejamkan mata dengan memilih HRP 5 days pass yang berharga 22,000 yen. 

Haaaaa? 22,000 yen? Kalau convert ke RM, bukan mahal ke?

Yes, mahal sangat! (mengalir air mata darah sat).

Tukaran wang masa tu, 1000 yen = RM37.50. So, ce kira berapa harga HRP ni dalam RM?

Ye, betul, hampir RM900 hanya untuk naik tren di Jepun selama 5 hari. Mahal gila kan? Mahal wehhhhhhh. Lagi mahal daripada tiket flight. Masa ni, kitorang rasa, tercekik leher dan poket bocor. Check tabung dan akaun cukup ke tak. Sobsobsob. 

Tapi, itu je pilihan terbaik yang kitorang ada. Makanya, nak tak nak, pilih, dan finalize keputusan.

Apapun, sebenarnya bagus juga guna HRP ni. Macam aku cakap tadi, kalau ambil tren berasingan untuk ke lokasi berbeza, harga tren adalah jauh lebih mahal. Dan harga tiket tren kat sini bukan murah tau. Ada yang sekali perjalanan tu harga lebih RM200, padahal perjalanan sejam je. Bayangkan kalau yang nak bertukar-tukar tren tu berapa pulak tambang dia. Pehhhh, patutlaa orang kata Jepun ni mahal. 

Masa ni bersyukur sangat sebab tren kat Malaysia murah.

So, dah tetapkan nak beli pass 5 hari, dah set itinerari, maka bolehlah buat penjadualan tempat. Dah tetapkan tempat untuk setiap hari travel tu, kita tengok pulak, macam mana nak bergerak dari satu lokasi ke lokasi yang lain.

Untuk tujuan ni, aku gunakan laman web Hyperdia, laman web yang memberi maklumat yang accurate tentang jadual perjalanan tren di Jepun.


Sangat mudah menggunakan web ni untuk cari maklumat perjalanan tren. Cuma masukkan data berkenaan departure atau arrival (nak naik/turun mana - subway/JR), tarikh dan masa.

Web ni akan list-kan semua jenis perjalanan tren yang ada berdasarkan maklumat yang kita dah masukkan tadi. Siap dengan nama stesen, jarak, harga tiket (kalau beli berasingan dan bukan guna pass), tempoh perjalanan, nak kena transit kat mana, dan juga pilihan tren yang ada, contohnya express, limited, atau local. Kat web ni juga kita boleh pilih option untuk cuma list-kan jaduan perjalanan tren JR sahaja (yang di-cover oleh day pass).

Setiap tren ni berbeza dan namanya juga berbeza. Ada yang aku naik tu nama Super Kamui, Hokuto, etc. Banyak jenis, jadi bila nak pilih tren tu, sepadankan dengan waktu yang kita ada supaya kita dapat maksimakan perjalanan dengan lebih tepat dan cepat.

Sebagai contoh, dari Sapporo (JR) ke Toya (Toya Muroran JR). Tengok  gambar contoh di bawah.
Pilih option yang bersesuaian
Contoh pilihan yang diberikan

Bab ketepatan perjalanan tren, aku boleh katakan 90% adalah menepati masa. Baki 10% tu, ada juga delay yang menyebabkan kitorang terlepas tren yang sepatutnya dan plan kitorang berubah. Nanti aku cerita kat entri harian. 

So, bab pengangkutan dah selesai. Jangan ditangisi uang yang terpaksa dikorbankan. Sebab nilai yang kita perolehi tu, jauh lebih bermaka. Cheewahhhh  (padahal ayat nak sedapkan hati).

Oh ye lupa nak cakap. HRP ni boleh beli kat Sapporo-Chitose Airport atau negara asal kita. Tapi nak senang, beli je kat airport. Nanti aku cerita lain kat entri Day 1. 
 Inilah rupa Hokkaido Rail Pass dan tiket tren yang kita perolehi jika reserve seat
 Ini pula route bagi JR Train yang di-cover oleh HRP

Selain daripada tu, ada satu pass yang membolehkan kita berulang alik Sapporo-Otaru dalam masa satu hari. Kiranya, pass ni sesuai bagi yang tak nak bermalam kat Otaru dan cuma nak buat day trip je ke Otaru. Yela, Otaru cuma 1 jam perjalanan dari Sapporo, tak jauh sangat dan boleh habiskan 1 hari je kat sana. Pergi pagi balik petang, ada kala sampai malam. Cari rezeki bawa pulang, untuk orang yang tersayang. Ewahhhh~

Selain daripada digunakan untuk naik tren JR Sapporo-Otaru-Sapporo, pass ni juga membolehkan kita menggunakan subway di Sapporo tanpa had pada hari yang sama. Naik turun je mana-mana line subway di Sapporo, sesuka hati, sesedap rasa. Jimat. Jadi, kalau cuma ada waktu yang pendek dan terhad kat Hokkaido, boleh gunakan Sapporo-Otaru Welcome Pass ni. 


Dan satu lagi pass lain yang menghubungkan prefecture berlainan untuk ke Hokkaido. Pass ni baru lagi so aku pun kurang pasti macam mana penggunaannya. Boleh semak kat link bawah ni :


ACCOMMODATION

Antara yang paling kritikal. Sebabnya? Sebab trip ni kan plan last minute. Bayangkan, nak kena plan iti segala mak datuk tu, paling-paling 2 minggu baru setel. Aku pulak bila ada masa baru aku dapat nak cari info tu.

So, bila iti dah siap, baru boleh plan penginapan. Nak main booking, takut lupa lepastu overdue dan kena caj pulak. Hmm, mungkinkah kena bawak khemah dan buat sesuatu yang rare dengan camping dalam cuaca sejuk terlampau. Malam-malam bukak zip khemah menikmati snowflakes yang turun sambil nganga mulut sampai badan kejung sebab penyejukbekuan. Esok paginya, tau-tau kena sodok dengan bajak Jepun yang nak clearkan salji tebal. Hewhewhew. Okeh dah. Mengarut tak habis-habis laaa Syitaaaaaa.

Selepas siap itinerari, kitorang ada seminggu lebih je untuk booking penginapan untuk trip ni.

Agoda, Expedia, Tripsadvisor, Booking.com, Couchsurfing, AirBnB, semua pun aku guna untuk cari penginapan yang paling sesuai. Disebabkan kitorang bertiga, aku pun gunakan search engines ni untuk buat pilihan yang berbaloi dari segi lokasi, harga, dan fasiliti. 

To be honest, agak payah sebenarnya sebab bila nak book, banyak hostel/hotel murah yang dah penuh. Yela, musim sejuk ramai yang datang Hokkaido nak melancong kan. Disebabkan ni juga, aku buat akaun Couchsurfing dan AirBnB semata-mata nak cari penginapan yang okey. Tapi, bila hitung kira, agak payah nak guna dua option ni. So, back to basic, aku guna Booking.com. Senang dari segi pengurusan.

Akhirnya, dapat jugak hotel, hostel, cottage yang agak berbaloi untuk diinap sepanjang tempoh ni. Kitorang berpindah randah jugak beberapa tempat. Kebanyakannya duduk hotel sebab tu yang paling murah. Cuma kat Furano je duduk kat cottage dan kat Sapporo hari akhir tu duduk kat hostel.

Kat mana kitorang stay sepanjang #mengejarsalju ?

Sapporo
Sapporo Tobu Hotel - 18,000 yen/2 malam/bilik 
 Time Peace Apartment Hotel - 3,000 yen/1 malam/katil

Hakodate
Hakodate Royal Hotel - 16,200 yen/2 malam/bilik

Otaru
Smile Hotel Otaru - 8,700 yen/1 malam/bilik

Furano
Log Yukari Furano - 11,550 yen/1 malam/cottage

Review hotel nanti aku akan cerita kat setiap entri, sama ada berbaloi atau tak.  :)


WINTER WEAR
(copy paste sikit entri China)

Bab pakaian semasa musim sejuk ni wajib, tak boleh buat tahap harus mahupun sunat. Kalau tak, kau jadi Olaf. Nak jadi snow man? 

Apa yang nak kena pakai untuk trip kali ni? Sama macam masa pergi China ke?

Okey, seharusnya, kena ada winter wear yang bersesuaian. Pengalaman kat China dah mengajar aku tentang kepentingan pakaian yang bersesuaian. Seksa wehh bila sejuk tu melampau. Lagi pulak kita ni badan dah biasa dengan suhu khatulistiwa, tak biasa dengan perubahan suhu yang sekejap minus sekejap single number. Aku masih teringat lagi betapa jari kaki aku beku tak dapat digerakkan masa kat Shangri-la, gara-gara sejuk bawah paras negatif.

Antara yang wajib ada - longjohn/thermal wear, and any kind of attire yang berasaskan fleece atau wool, winter breaker, glove, muffler, pocket warmer, etc.

Aku guna je winter wear yang sama macam masa trip China tu, cuma ada tambahan laa sebab aku dah beli earmuff dan glove masa kat sana, so just guna semula. Jimat duit tak payah beli baru. Ada juga aku rasa macam nak beli winter coat yang jenis trench coat tu. Tapi bila tengok kat kedai dan online shop, mahal sangat. So taknak membazir, ulang pakai je winter coat haritu.

Azu dan Nurul beli thermal wear dan glove sebab diorang takde winter wear. Azu punya winter wear masa pergi London dulu pun dia tak ingat dah simpan kat mana. So kitorang pergi cari, kebetulan masa tu kat Universal Traveller ada buat promosi, so diorang beli terus thermal wear dan glove. Untuk cuaca di Hokkaido, aku rasa beli laa thermal wear yang boleh memanaskan badan sehingga suhu -20. 

Winter coat pulak, kat UT mahal sangat, so tak menjadi pilihan. Aku pun ajak laa diorang ke Family Bundle Ampang. Tapi sayangnya dah tak banyak pilihan macam masa aku pergi dengan Echa. So, just beli mana yang okey je. Ada juga try cari kat JPO kebetulan masa tu pergi JB, tapi sebab mahal sangat, setakat tengok jela. 

Kasut, aku guna kasut yang aku pakai kat China tu, tapi aku beli jugak laa kasut lain. Aku beli jenis boot yang tinggi paras lutut tu. Saja nak bergaya kan. Fefeeling diva Che Ta. Hewhewhew. Tapi tu pun aku beli kat bundle je masa aku pergi JB. Jumpa laa boot tu yang berharga RM20. Murah kan? Azu & Nurul pulak guna sport shoes.

Bab kasut tu, selepas dah menggunakannya, aku cadangkan supaya beli laa kasut yang sesuai. Maksudnya dari segi ketahanan, tak mudah basah, dan tak licin bila berjalan. Mahal sikit pun tak apa. Setakat lawa tapi bila pakai tak begitu membantu, payah jugak. Hehe. Nanti aku cerita pasal kasut.


CURRENCY EXCHANGE
(copy paste sikit entri China)

Jepun menggunakan mata wang yen. Waktu kitorang dah nak ke Jepun ni, currency masih tak berapa nak cantik. So bila tukar duit, kena bayar lebih dan dapat agak kurang berbanding biasa. 

Masa aku nak tukar tu, aku tunggu beberapa lama jugak sebab nak tunggu rate yang cantik sikit. Tapi, makin lama aku tunggu, makin naik la pulak. Malas fikir lagi bab turun naik currency dan takut makin naik, kitorang pun terus tukar duit kat Sky Exchange, Masjid Jamek. Pejam dan pejam sambil hulur duit RM berkepuk dan ambil duit Yen berpuluh ribu. Sobs.

Masa tu, rate 1,000 yen = RM37.50.

Total tukaran duit masa tu, aku dapat 70,000 yen untuk digunakan bagi perbelanjaan kat Hokkaido. Aku tukar lebih sikit sebab nak standby duit emergency.'


VISA

Bersyukurlah kita sebagai rakyat Malaysia kerana Malaysia tersenarai sebagai negara visa-free ke lebih 160 buah negara seluruh dunia. Maksudnya, tak perlu visa untuk memasuki negara-negara yang tersenarai. Untungkan?

I'm proud to be Malaysian!

Sebelum ni rakyat Malaysia dikenakan visa untuk ke Jepun, tapi sejak tahun 2013, visa ke Jepun telah dimansuhkan. Yeah, jimat duit visa!


TRAVEL INSURANCE

Well, ini perkara wajib bila nak travel. Jangan sesekali dilupakan okeyy. Walaupun ada yang kata, "buat apa laaa bazir duit nak beli insurans. InshaAllah selamat Allah jaga". Haippp jangan begitu.

Orang kata, sediakan payung sebelum hujan. Malang tak berbau, sis, bro. Just in case anything happen during that period (Nauzubillah minta jauh), we have this travel insurance to protect us and we don't need to bear too much cost. Kan? 

Sebelum ni aku pergi China aku ambil dengan AIG Malaysia kan? Kali ni juga sama, aku ambil dengan AIG Malaysia untuk tempoh  9 hari. Sejibik sejebon polisi dan apa yang di-cover, sama takde beza dengan travel insurance China tu. 

Aku ambil pelan Standard, untuk 9 hari bernilai RM43. Rujuk entri pre #menjejakyunnan for detail. Hehe. 

Dah naik RM4 untuk pelan standard


DOKUMEN
(copy paste sikit entri China)

Antara dokumen paling wajib adalah Passport, Boarding pass, travel insurance policy, hostel booking, fotostet passport, IC, lesen.

Passport tu mestilah wajib sebab nak pergi obesi kan. Takde passport kang tak bergerak laa dari KLIA2 nanti. Pastikan passport tu ada baki tempoh lebih dari 6 bulan dari waktu tamat.

Boarding pass, takde benda ni, cemana nak fly? Print laa siap-siap atau print je kat kiosk kat KLIA2, atau print kat kaunter. Kalau obesi, print kat kaunter Air Asia free je.

Travel Insurance, just in case kalau ada something happened, korang ada laa dokumen yang menunjukkan korang ni dilindungi di bawah insurans perjalanan. Ada ID dan juga siapa yang kita boleh hubungi.

Hostel Booking, ni tak penting sangat, tapi berjaga-jaga jelaa. In case tak de softcopy ke, ada la hardcopy untuk korang refer bila nak check in. But for the sake of green environment, please use the softcopy that have been sent to your email.

Fotostet Lesen, passport, ic, ni aku standby sebab in case of urgency, aku ada back up. Sebab aku bila travel tak bawak IC dan lesen. Memang bawak passport sahaja. Dan sebagai langkah berjaga-jaga, aku simpan juga semua dokumen ni dalam emel.


APA DALAM BEG?
(copy paste sikit entri China)

Dalam beg ada banyakkkkk barang. Beg aku guna kali ni jenis Karrimor 45 liter (beli baru sebab segan nak pinjam Paan huhuuu). Tak laa besar sangat and tak banyak compartment. Tapi memadai untuk bawa barang yang secukupnya. Plus, aku bawa lagi satu bagpack kecil Deuter tu untuk support barang lain. 

Susunan beg sebenarnya mainkan peranan penting kalau nak pastikan beg tu muat. Biasanya, aku akan gulung je baju dan gunakan organiser bag untuk asingkan barang. Contohnya inner wear dan tudung letak dalam 1 beg, ubat-ubat dan barang lain dalam 1 beg. Jadi, senang aku nak ambil barang, aku cuma tarik je beg yang ada barang tu. Tak payah la aku nak punggah satu beg besar semata-mata nak amek satu barang cinonet.

Berapa banyak aku bawak pakaian? Berapa banyak makanan?

Jeans aku bawak 2 helai, sebab memikirkan takkan cuci jeans dalam cuaca sejuk kan. So, aku akan pakai silih berganti setiap hari demi memelihara kebersihan dan tak berbau. Heeee.

Baju, aku bawak t-shirt, inner, tracksuit, maxi dress (untuk pakaian tidur) dan cardigan. Tshirt 3 helai, cardigan sehelai, inner sehelai. Tak termasuk thermal wear 2 pasang tu. T-shirt dan inner aku pakai dari Malaysia jadi dah kurang laa bebanan dalam beg. 

Tudung, haaaaa. Aku bawak 4 atau 5 helai kot tudung bawal dan shawl. Tak ingat. Bawak laa yang senang pakai tanpa perlu gosok, dan pastinya dapat melawakan korang bila bergambar. Hee. Sekarang pun banyak je tudung pattern takyah iron tu. Kali ni aku bawa travel iron yang aku beli bagi menggantikan travel iron Azu yang tak sengaja termusnah masa kat Shangri-la.

Inner wear. Ehem, yang ni korang bajet sendiri laa ye berapa nak bawak.

Stokin. Bawak laa dalam 3 atau 4 pasang. 1 stokin khaskan untuk solat je so tak kotor la. 

Makanan. Macam biasa, bawak laa mi segera cup beberapa jenis, bubur segera, coklat atau energy bar, biskut, gula-gula, minuman 3 in 1. Aku bawak tak banyak sebab mengenangkan masa kat China haritu aku terlebih makanan, siap bawak balik. Tapi, ada kisah sedihnya bila bab makanan ni. Macam biasa laa nanti cerita. Cuma nak inform, kat Hokkaido ni makanan halal tak laa senang sangat. Sapporo ada few kedai halal. Lain-lain tempat tu, boleh pergi convenience store dan beli laa makanan yang diyakini halal. Contohnya sushi, pasta, roti. Kalau tak yakin, tanya dengan pekerja kedai tu mengenai kandungan bahan, atau minta yang vegetarian food. 

Ubat-ubatan. Ni penting. Make sure, korang sediakan ubat yang mungkin berguna, lagi-lagi kalau korang ada penyakit tertentu macam asma ke. Aku bawak panadol, minyak kapak, balm. 

Penjagaan diri. Takyah la mekap sangat kat sana. Cuaca sejuk, terpelihara je muka tu. Tapi aku bawak jugak laa toner, krim muka, bedak nak buat touch-up sikit kan. Hehee. Then lip balm is a must sebab cuaca sejuk akan mengeringkan muka dan bibir. Apply setiap masa. Face mist nak bagi segar. Sunblock & losyen, pun sila laa bawak. Aku bawak losyen Rosken. Lepas mandi sebelum keringkan badan, apply losyen tu kat badan supaya badan tak terlalu kering.

Barangan mandi. Bawak yang travel pack. Sebab korang takkan mandi hari-hari pun. 2 hari sekali je mandi sebab badan tak berpeluh dan tak berbau pun. Tapi masa trip ni hari-hari mandi walaupun sejuk. Hehe. Hostel pun ada sediakan bath essential ni, tapi aku prefer sendiri punya.

Pakaian solat. Azu bawak telekung so kitorang share jee sebab nak jimatkan ruang dalam beg. Sharing is caring!

Kompas. Aku beli kompas kiblat kat kedai Muslim kat Jalan TAR. Membantu laa untuk tentukan kiblat dengan lebih mudah dan tepat. Maklumat lanjut boleh google. Hehe. 

Travel Adaptor. Sama macam travel adaptor China yang 2 pin tu.

Extension Plug. Just in case nak guna plug yang cuma sesuai dengan piawaian Malaysia. Dan memang berguna pun. Ada tempat yang boleh masuk plug 3 pin. Jadi, mudah laa, kitorang cucuk je extension plug dan boleh guna banyak plug lain terus.

Vacuum Bag. Ni paling penting kalau nak minimakan penggunaan kapasiti beg. Beg ni akan compress kan barang/baju yang korang masukkan dan berkali ganda jimat ruang. Vacuum bag ni boleh beli kat Daiso. Murah je dan dan ada banyak saiz. 

Cara guna kalau takde vakum nak sedut udara keluar : korang masukkan baju dalam vacuum bag tu, renyukkan beg, mampatkan, tekan-tekan sampai angin dah kurang. Lepas tu zipkan sampai tinggal sikit je terbuka, korang tekan lagi mampat dan buang habis angin dalam beg tu, terus zip. Tadaaaaaa. InshaAllah membantu untuk kempiskan beg tu dan jadi macam kena vakum.


PEMBAHAGIAN PERBELANJAAN

Perkara wajib aku buat bila aku pergi travel. Pecahan duit.

Asingkan duit siap-siap masukkan sampul ikut kepentingan, antaranya duit transportation, accomodation, entrance fee, others, dan kontinjensi. Jadi, memudahkan bila nak guna, just tarik je duit tu dari sampul tu. Tak kacau duit lain. Dan dari situ boleh tau, berapa banyak dah belanja dan baki. Kalau ada baki tu, yippieeeeee! Boleh belanja lain!

Lagipun, bila dah buat gini, kita tau laa berapa duit yang kita ada untuk belanja sendiri. Contohnya, aku tukar 70,000 yen, asingkan siap-siap 60,000 yen untuk perbelanjaan yang dah ditetapkan, so baki kat tangan aku ada 10,000 yen lagi untuk belanja lain. Senang kan?

Dan nak bagi adil, bahagi la sama rata tanggungjawab pegang duit tu. So, aku pegang duit transportation, Azu pegang duit penginapan, Nurul pegang duit others expenses. Senang kan?

Dan kena diingatkan, jaga laa duit ni elok-elok. Kalau hilang, naya wehhh. Lagi-lagi kalau jumlah tu besar.


                                                                        POCKET WIFI

Sorry! Aku terlupa nak masukkan info tentang Pocket Wifi ni, padahal ni antara item penting kitorang masa kat sana. Nasib baik teringat.

Kitorang ambil pocket wifi ni sebab nak memudahkan perjalanan dan perhubungan. Senang kan bila ada internet, nak cari info last minute pun tak ada masalah. Cuma bila ada internet ni, mula laa tangan melekat dengan handphone je. Kejap-kejap buat live update kat Facebook, Instagram, kat Whatsapp. Hahaaa!

Kat Hokkaido, free wifi tak meluas sangat. Aku rasa, aku cuma guna Wifi Jepun masa kat hotel dan kat dalam subway/tram (yes, ada few subway/tram yg provide free wifi). So, better guna pocket wifi kot.

Mahal tak guna pocket wifi?

Tak sangat. Agak murah, lagi-lagi kalau guna ramai-ramai. So, kalau pergi beramai-ramai, sewa je pocket wifi ni. Tapi tak silap aku untuk satu modem ada limit devices.

Kitorang ambil pocket wifi dari Travel Recommend. Azu yang uruskan tentang sewa pocket wifi ni. Kebetulan terjumpa promo pocket wifi kat Instagram. Terus contact dan dapatkan detail. Agak mudah juga berurusan.

Masa kitorang ambil tu, untuk Jepun, harga RM22/day (kalau tak silap). Sekarang lagi murah sebab latest aku tengok, RM13/day. 

Untuk sewa dari Travel Recommend ni, cuma perlu confirmkan penyewaan dengan pihak diorang. Lepastu bayar dan ambil modem di tempat yang dinyatakan.

Masa kitorang, kan semuanya last minute. Baca kat terms diorang, perlu 5 hari bekerja sekurang-kurangnya untuk confirmkan booking. Tapi sebab terjumpa pasal pocket wifi ni pun beberapa hari sebelum fly, kitorang terus call dan tanya kat diorang kalau masih boleh booking untuk guna pada date yang kitorang nak pergi. 

Mujur diorang kata masih boleh. So, kitorang pergi office Travel Recommend ni kat KL (aku lupa laa nama tempat tu, sebab office TR ni kat Travel Agency). Then, isi borang, bayar jumlah penuh sewaan pocket wifi + deposit RM200. Lepastu nanti baru laa dapat modem + charger + casing. Modem ni hanya boleh digunakan masa kita kat sana. So, tak payah nak cuba guna kat Malaysia. Hehe.

Deposit RM200 tu akan dipulangkan semula kepada kita selepas kita pulangkan modem. Deposit tak diberi secara tunai tapi didepositkan ke akaun kita dalam masa 2 hari.

Info terbaru, sekarang ni lagi senang kalau nak sewa pocket wifi dengan TR. Diorang dah beroperasi kat airport KLIA jadi boleh ambil terus kat sana. Selain tu, modem pocket wifi ni juga boleh dihantar secara courier terus kepada pelanggan (caj RM10). Senang kan? 

Negara yang available?

Banyakkkkkkkkk. Antaranya, China, Korea, Jepun, Europe, Australia, Hong Kong, USA, Canada, dan lain-lain. Harga juga berbeza ikut negara, dari serendah RM15/day.

Secara peribadinya, aku rekemen kalau guna pocket wifi TR ni. Coverage luas, tren lalu kat dalam terowong pun masih ada coverage. Saiz pun comel jee. Bateri pun agak tahan lama juga.

Kalau nak lebih detail, boleh tengok laman web Travel Recommend ni :




 LAIN-LAIN

Selain daripada yang aku dah nyatakan kat atas ni, perkara lain yang perlu diambil kira adalah bab cuaca dan waktu solat.

Bab cuaca ni penting sebab kita nak tahu cuaca harian kat tempat yang kita nak pergi. Jadi kita boleh prepare for the worse.

Apa yang aku boleh cakap, suhu sewaktu winter ni sangat sejuk! Masa kitorang landing je dari KL, pilot announce suhu kat luar -17. Gilossssssss. Sebab tu jugak aku cakap, bila kita tahu cuaca macam mana, boleh laa prepare elok-elok. Paling penting, bab pakaian dan kesihatan tu.


Waktu solat pulak, bila musim sejuk, waktu solat berbeza dan lebih cepat. Jadi kena ambil tahu, takkanlah nak ikut waktu solat kat Malaysia kan?



Okey, rasanya dah setel bab persediaan sebelum trip #mengejarsalju. Harapnya entri ni dapat membantu kalau ada yang nak jadikan tips. Yang lebih detail, aku akan masukkan dalam entri harian. 

Till my next entries. :) 

p/s : Lepas ni aku akan tulis entri menggunakan font besar sikit. Senang nak baca. Heee

Nur Masyita Atiqah
4.05 am
17 November 2016

11 comments:

  1. Wahh..details..membantu..tak sabar nak tunggu next entry #menjejaksalju syita...Hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehee. tulaaa tengah gigih nak start tulis balik ni Yus. Hehe

      Delete
  2. Boleh share itinerary juga?
    shasha.the.explorer@gmail.com
    thank you. :)

    ReplyDelete
  3. salam puan...ada detail iti x...turun stesen mana...naik tren ape...
    nk pergi satu2 tempat...terima kasih.

    email kat saya boleh... liee.salleh@gmail.com cadang nk pergi sapporo jugak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam Puan, saya dah emel kan. Check ya :)

      Delete
  4. Salam. Bileh share itinerary?

    hazira.is@gmail.com

    ReplyDelete
  5. Salam Sis, boleh share itinery tak...akk akn ke sana 14 mac ni

    idarosna@ta.com.my

    ReplyDelete
  6. Akak baru masuk blog ni dan baca penuh minat pengembaraan adik ke sapporo. So detail. Jazakillah sbb share dan halalkan apa yang akak ambil dari sharing ni untuk manfaat akak bagi trip ke sapporo nanti. Tq so much. Just asking...kenapa tak teruskan penceritaaan?

    ReplyDelete