Sunday, 27 November 2016

Day 2 (part 2) : Konnichiwa! #mengejarsalju


17 Januari 2016 (Ahad)

... continue from Day 2 (part 1)

Ohayo gozaimasu! Finally, we're in Japan! Alhamdulillah sampai akhirnya. Kupijak jua bumi Nippon.

Sekejap lagi, kembara di Hokkaido bakal dimulakan. Route yang bakal kami jejaki :

Sapporo-Noboribetsu-Toya-Hakodate-Otaru-Furano-Sapporo

Keluar je dari flight, kitorang pun terus menuju ke arah imigresen. Halamak. Dari jauh dah nampak ramai orang beratur kat kaunter-kaunter imigresen. Aigooooo, lupa pulak nak kena cop passport dan serahkan arrival form ni. Keluar lewat dari flight sebab taknak tunggu beg lama sangat, tapi terlupa nak kena beratur cop passport. Kihkihkih.

Serius panjang barisan nak beratur cop passport ni. Yela, dari Malaysia je dah beratus orang. Tak termasuk yang dari tempat lain lagi. Mujur kaunter imigresen tu banyak juga yang dibuka.

Sementara tunggu giliran, kitorang cuba on pocket wifi. Nak test, dah boleh guna ke tak.

Yeay! Boleh guna. Hehe. Apa lagi, memasing pun mula laa anti sosial sekejap, update keberadaan terkini kepada mereka yang ditinggalkan di Malaysia. Takut mereka risau anak dara mereka dilarikan tentera Nippon mahupun Ultraman Taro.

Tak ketinggalan, update Instagram bagi menjawab ke mana hala tuju sebenar setelah membiarkan mereka tertanya-tanya malam tadi. Hehe! Perasan sungguh hang noh Syita. Macam laa orang dok heran sangat.

Lebih setengah jam menunggu untuk proses imigresen. Bila tiba giliran, alhamdulillah sekejap je prosesnya, tak sampai 5 minit pun untuk soal jawab ringkas dan pengecaman. Cop passport pun diturunkan apabila pegawai dah berpuas hati dengan maklumat yang kita berikan.

Yes! We are now legal to enter Japan!

Selesai urusan imigresen ketiga-tiga gadis ni, papan tanda arah dilihat dan dibaca lalu dicari arah untuk ke lokasi claim luggage. Oh, jangan risau, papan tanda kat New Chitose Airport ni bukan sahaja menggunakan Bahasa Jepun, tetapi juga menggunakan Bahasa Inggeris. Jadi tak ada masalah untuk mencari maklumat dan inshaAllah tak sesat.

Lepas ambil luggage, kitorang pergi toilet dulu nak tukar baju yang bersesuaian. Yela, semalam pakai baju biasa je. Sekejap lagi nak meredah sejuk beku, kena laa guna baju yang sesuai, pakai thermal wear, dan sarung winter coat siap-siap.

Sambil tu cuci muka dan berus gigi. Kasi hilang tahi mata, air liur basi malam tadi, dan minyak di wajah yang dah boleh dijadikan minyak goreng telur. Baru laa touch up sikit muka biar segar bugar berseri-seri bak sakura kembang di musim bunga. Baru laa bersemangat kejap lagi nak kenyit mata kat abam Nippon. Taklaa diorang hulur chewing gum pulak nanti.

Siapa bilang gadis Melayu tak menawan?

Ok gadis Melayu bertiga ni dah cantik dan wangi, kita cari jalan untuk ke JR Information Desk yang dilaporkan berada di kawasan airport. Jauh jugak laa nak ke sini. Tapi seperti biasa, jangan risau. Ikut je arah pada papan tanda dan inshaAllah akan sampai ke destinasi yang dituju dengan selamat tanpa sebarang masalah. 

3D art kat airport

* masa  lalu kedai-kedai kat dalam airport, Azu terjumpa marimo ball comel! nak beli tapi masa ni masih sayang duit sebab baru hari pertama kan. so, simpan niat dengan harapan jumpa lagi nanti kat tempat lain. tak tau apa dia marimo ball? go google. hehe *

Jalan dan jalan, sampai pun kat JR Information Desk. Haa, tahu tak kenapa tempat ni menjadi tujuan utama kitorang setelah tiba kat Sapporo ni? 


Yes! Untuk beli Hokkaido Rail Pass (HRP) lah. Kan dah cerita kat entri sebelum ni. Hehe. HRP boleh beli kat mana-mana JR station, tapi digalakkan pelancong asing untuk membeli HRP kat airport atau kat Sapporo Station. Sebabnya, kat sini ada staf yang boleh berkomunikasi dalam bahasa selain Bahasa Jepun, antaranya Bahasa Inggeris, Korea, dan Mandarin. Jadi agak mudah, tak ada masalah komunikasi dan memudahkan soal jawab kalau kita nak bertanya soalan yang memerlukan penjelasan yang lebih terperinci.

Tak tahu kat mana lokasinya? Risau tak jumpa? Nak peta? Ok jangan risau, boleh klik web kat bawah ni.


JR Information Desk ni terletak betul-betul bersebelahan dengan stesen JR New Chitose Airport. Stesen ni juga masih berada dalam kawasan airport, cuma di bahagian lain.

Apa yang perlu dibuat kalau nak beli HRP atau pass lain untuk digunakan di sini? Senang je, jumpa dengan staf di kaunter dan beritahu yang anda nak beli pass. Staf akan berikan borang yang perlu diisi dengan maklumat berkaitan, antaranya nama, nombor passport, jenis pass, dan juga tarikh yang diingini pada pass.


Ya, untuk HRP, kita boleh pilih tarikh yang kita nak. Maksudnya, tarikh HRP boleh mula digunakan bersesuaian dengan jadual kita. Kitorang pilih tarikh 19hb Januari hingga 23hb Januari sebab tarikh tu baru nak mula travel dengan tren ke tempat lain. Kalau keliru tentang pengisian borang, boleh refer pada contoh yang disediakan atau minta bantuan daripada staf yang sentiasa tersenyum manis dan bersiap siaga untuk membantu.

Dah siap isi borang, ambil nombor kat mesin yang mengeluarkan nombor giliran. Tunggu sampai nombor dipanggil, kemudian datang ke kaunter yang disebut dan serahkan borang berserta passport. Staf akan proses borang tu dan akan buat semakan untuk pastikan maklumat adalah betul. Kena ingat, setiap nombor giliran dan kaunter, maksima hanya 2 pass sahaja boleh diproses. Tapi kitorang masa ni tak perasan notis tu, main redah bagi 3 borang. Mujur staf tu terima dan proses tanpa sebarang kejadian tarik muka masam dan membebel sebab menyusahkan dia, seperti yang kadang-kadang berlaku di Malaysia.

Selesai proses borang, buat pembayaran secara tunai. Kitorang ambil 5 days pass, jadi harga untuk seorang adalah 22,000 yen = 66,000 yen untuk 3 orang. Sistem pembayaran juga sangat kemas dan tertib. Staf akan maklumkan jumlah yang perlu dibayar, dan hulurkan satu bekas untuk kita letakkan duit bayaran. Jika ada baki yang dipulangkan, baki tu juga akan diletakkan di dalam bekas tersebut dan kemudian diserahkan kepada kita sambil dimaklumkan berapa baki yang dipulangkan. Bagus kan?


Dah bayar, maka HRP bertukar tangan. Di muka hadapan HRP tertulis nama dan juga tarikh penggunaan. Akhirnya, kami memiliki pass yang berkuasa yang membolehkan kami naik turun tren tanpa had di Hokkaido ini selama 5 hari. HAHAHAHAHA gelak jahat campur seronok campur menangis duit habis!

Okey setel bab HRP. Urusan kat airport juga dah selesai. Lepas ni nak ke mana?

Haa, nak ke bandar Sapporo laa.

Macam mana nak ke sana? Naik bas boleh, naik tren pun boleh. Tapi, naik tren laa senang kan, stesen kat sebelah je ni,

Tiket mana?

Eh, lupa. Hiks.

Tiket tren boleh beli kat kaunter tadi sebenarnya. Lupa pulak nak cakap sekali tadi masa beli HRP. Haa duduk balik kat kerusi dan beritahu nak beli tiket tren sehala (Rapid Airport) dari New Chitose Airport ke Sapporo JR (bandar Sapporo). Harga tiket ni 1,070 yen seorang.

Kenapa senang naik tren dari airport? Sebab tren ni lebih cepat dan mudah. Cuma 37 minit perjalanan, hampir separuh masa lebih cepat berbanding bas. Lagipun tren ni beroperasi setiap 15 minit, jadi tak risau nak tunggu lama kalau tren penuh atau terlepas tren.


Dah dapat tiket, bolehlah kita mulakan langkah ke stesen sebelah ni. Mulakan langkah dengan Bismillah, ini permulaan sebenar pengembaraan kali ni.

Tiket Rapid Airport

Aish, cemana nak guna tiket ni. Tak reti. Kat Malaysia cuma sentuh je kad Touch & Go atau token. 

Oh, cuma tunjukkan pada staf di kaunter je dan kemudian boleh terus melepasi pagar tanpa was-was.

Sama macam kat Malaysia

Simpan kad, mana tau kejap lagi kat dalam tren ada staf akan check ke. 

Sekarang, kita cari jalan nak ke laluan tren. Pandang skrin tu macam pandai baca tulisan dan jadual. Hmm, tak faham. 

Faham tak cemana nak baca?

Malu bertanya sesat jalan. So, apa guna mulut. Tanya je dengan local kat situ ataupun staf rail. Kan senang. 

Akhirnya, berjaya sampai ke platform tren untuk ke Sapporo. Jangan keliru kat sini dan kalau tak tahu, sila bertanya. Sebab platform tren stesen JR di airport ni bukan hanya untuk ke Sapporo sahaja, tapi juga untuk ke lain-lain destinasi juga. Jangan sampai tersilap platform dan tren. Kang menangis kang tetiba sampai kat Asahikawa pulak.

* don't worry. awal-awal je akan keliru dan blur. bila dah sehari kat sini, automatik akan faham dengan sistem tren *

Naik tren, lega! Dapat duduk juga akhirnya setelah berhempas pulas dari tadi. Mujur belum ramai orang lagi.

Anti sosial sekejap

Beg simpan kat bahagian atas. Payah jugak nak masukkan. Tak muat. Jenuh tolak nak bagi muat. 

We're so excited. New environment, new people, new experience!

Bila tren mula bergerak meninggalkan airport dan mula mendedahkan diri kepada persekitaran luar, terus kagum dan teruja! Daripada duduk, terus berdiri sebab nak tengok dengan lebih jelas. Allah, salji merata-rata. Putih bersih semua kawasan.

It's a dream came true! This is what we want to see and feel! Rumah-rumah bersalut salji, salji tersangkut kat pokok, salji tebal menutup jalan. Sana sini salji putih berseri! Bila tren berhenti kat stesen-stesen, orang-orang yang masuk pun berpakaian tebal dan agak trendy. The view is absolutely different from yesterday. 

Salji! Ampunkan tingkap tren yang tak bercuci.
Dalam tren Rapid Airport

Setakat ni kitorang belum rasa sejuk lagi sebab dalam tren ni ada heater. Perut pulak yang rasa lapar. Macam nak makan bekalan, tapi segan pulak bila orang dalam tren ni asyik pandang je *perasaan*. 

37 minit kemudian iaitu dalam jam 9.15 pagi, akhirnya tren tiba di stesen Sapporo JR. Maka, berhangkutlah kami keluar dari tren untuk menuju ke destinasi seterusnya. Keluar je macam biasa dan tunjukkan tiket pada staf jika diminta.

Now, where to go?

Okay, kitorang nak ke hotel terlebih dahulu. Nak check in dan simpan barang. Kalau ikut instruction kat itinerari, hotel tu terletak berhampiran stesen subway Hosuisusukino. Dan kalau ikut instruction kat itinerari juga, kitorang kena naik subway Toho Line (arah Fukuzumi) dan berhenti di Hosuisusukino. Dari situ, keluar di Exit 3 dan berjalan 5 minit untuk ke Hotel.


Route dari Sapporo Station ke Sapporo Tobu Hotel.

Haa, pening. 

The problem is, where's the subway station? How to buy the ticket?

Di sini la kekalutan bermula. Maklumlah, kitorang bergantung 100% kepada maklumat dalam internet. Jadi, kitorang hanya ikut je apa yang dah dirancang berdasarkan maklumat tu.

Nak naik subway kena dapatkan tiket dulu. Daripada info yang aku dapat di internet, ada satu pas harian yang membolehkan kita menggunakan subway dan tram tanpa had di Sapporo. Kiranya, daily pass for subway and tram, dalam satu harga. Jadi, kitorang nak dapatkan pass tu sebab nak jimat, sebab harini memang akan berada kat Sapporo sahaja dan akan gunakan subway dan tram banyak kali.

Kitorang pun ke sana ke mari untuk cari tempat yang boleh ditanya. Stesen Sapporo ni SANGAT BESAR okey. Ibarat KL Sentral dan TBS. Bukan hanya ada stesen kat dalam ni tapi juga kedai-kedai. Sangat mengelirukan, terutamanya untuk first timer macam kitorang ni.

Sampai satu masa, kitorang pun dah tak tahu mana kitorang pergi. Main jalan je ikut suka hati. Azu ke sana aku ke sini Nurul ke situ, sebab nak cari tempat yang boleh ditanya. Dah laa beg berat, penat pulak tu. Masa ni aku rasa mood aku down gila. Bukan aku je kot, Azu & Nurul pun. Pergi kat kaunter yang ada untuk tanya tentang pass tu, tapi sorang staf pun tak boleh bercakap dalam bahasa Inggeris. Jadi, persoalan tu tergantung tak ada jawapan.

To be honest, we're absolutely clueless. We know where we should go, but we didn't know how to go there. We spent a lot of time to find the right way. Ke sana ke sini untuk cari arah, without knowing the exact place.

Akhirnya, terjumpa Information Desk. Tapi lama laa pulak tourist yang tengah bertanya tu duduk situ tak bangun-bangun. 

Muka penat Nurul ngeeeee

Kitorang cuba inisiatif lain, sebab kejar masa. Cuba bertanya dengan seorang lelaki yang ada kat booth depan Information Desk tu. Lucky us, he can speak English, walaupun tak fasih sangat tapi sekurang-kurangnya membantu. Rupanya memang dia ada kat situ sebagai volunteer untuk membantu tourist sebab nak mahirkan komunikasi dan penggunaan bahasa Inggeris (ada tulis info ni kat depan booth dia).

Thanks to this guy for helping us!

Melalui dia juga, baru kitorang tahu yang daily pass for tram and subway tu dah tak wujud lagi dan dihapuskan baru-baru ni. Jadi, maklumat yang kitorang ada tu tak updated. Orang tu pun bagitau, boleh pergi je kat mesin kat subway station dan beli daily pass biasa. Kalau nak naik tram, tiket adalah berasingan. 

Allah, mujur dia ada dan bantu. Kalau tak, entah berapa lama lagi agaknya kitorang kat stesen tu. Silap aku jugak la, beria sangat nak beli pass tu sebab nak jimat. Tak menyabar sangat perangai Syita ni ha. Padahal, kalau beli tiket subway biasa dulu untuk ke hotel lepastu baru cari pass pun boleh. Apa nak buat, silap sendiri dan tak memasal heret Azu & Nurul sekali dalam drama pencarian daily pass subway and tram. Sorry girls. Huuuuu.

* info lebih terperinci berkenaan pengangkutan awam di Sapporo aku letakkan di pengakhiran entri ni *

So, lepas tu kitorang pun terus ikut papan tanda arah untuk cari stesen subway Toho Line. Agak jauh dari tempat kitorang berada sekarang, siap lalu lorong kedai-kedai bawah tanah lagi. Masa ni noob lagi, memang ikut je papan tanda tu.

Akhirnya, sampai juga ke stesen subway Toho Line. Alhamdulillah. Cari mesin tiket, dan cuba beli sendiri. Mujur ada option Bahasa Inggeris. 

Contoh mesin tiket subway.

Ya, ada option tu tapi tak faham jugak. Confuse antara option pass dan kad. Menatang apa Suica, Kitaca, Sapica ni? Puas tekan pilih-batal banyak kali tapi masih tak faham dan tak boleh. Kitorang nak beli daily pass yang harga 830 yen tu. Tapi kat sini cuma ada daily pass 520 yen.

Akhirnya, minta bantuan staf kat kaunter. Staf tu pun keluar dari kaunter dan tunjukkan cara beli dari mesin. Eh, dia tekan yang daily pass 520 yen. Kitorang nak yang 830 yen tu!

Persoalan yang memerlukan jawapan, langsung terus diajukan kepada staf tu.

Staf tu pandang kitorang dan cakap, "Today is Sunday. Weekend. The price for the pass is 520 yen on weekend."

Ehh, yeke? Laaaa, harini Ahad la! Kan daily pass tu harga 520 yen (harga waktu tu) kalau weekend! Patutlah tekan kat 830 yen tu tak boleh-boleh. Macam mana boleh tak perasan ni. Haha! Kalut bebeno sampai tak perasan tentang benda remeh.

Kitorang gelak je sebab rasa tertipu dengan diri sendiri yang tak alert. Dah laa tak ingat hari, lepastu dapat tiket murah, lagi nak cari yang mahal. Kekeke.

Thank you to the staff!

Kitorang pun ditunjukkan laluan yang perlu diambil. Staf tunjukkan cara nak guna kad ni. Oh, Masukkan kad pada slot, lalu pagar X, dan ambil semula kad tadi yang akan keluar di slot bertentangan. Ok, passed!

* ritual ni dilakukan berulang kali setiap kali naik subway menggunakan daily pass *

Turun ke bawah dan tiba di platform. Subway ni guna laluan bawah tanah tau. Macam LRT Putra dari Masjid Jamek ke KLCC. Dan sama juga macam sesetengah LRT stesen di Malaysia, platform terletak di bahagian tengah manakala laluan subway di kiri dan kanan. Ada skrin LCD yang menunjukkan jam dan waktu ketibaan subway. 

Daily pass for subway. Jangan hilangkan!
Kat depan tu boleh tengok ada nama stesen dan peta laluan subway.

Kitorang nak ke Hosuisusukino, jadi kena naik subway yang menghala ke Fukuzumi. Dari Sapporo Station ni, akan melalui Odori Station dan selepas tu baru tiba di Hosuisusukino Station. Okey dah faham!

Subway tiba dan kitorang pun naik dan duduk. New experience! Rasa macam rusa masuk kampung. Macam baru pertama kali naik pengangkutan awam sebegini rupa. Padahal kat KL tu boleh kata selalu je naik LRT. Subway dengan LRT pun bukan ada beza yang banyak, nama je lain. Heeee.


Beberapa minit kemudian, sampai ke stesen Hosuisusukino. Kitorang keluar dari subway dan naik ke bahagian atas, lepastu cari Exit 3. Kat stesen subway ni ada beberapa Exit dan setiap Exit ni berbeza laluan keluarnya (laluan ke Exit masih di bawah tanah). Jadi kita kena tahu Exit mana yang kita kena keluar supaya tak sesat. Tapi, kalau uols nak redah saja, apa salahnya.

Exit 3. Sumpah jauh.

Jauh juga berjalan dari stesen ke Exit 3. Siap kena naik tangga tinggi lagi. Azu kata, kat Korea macam ni laa kalau naik subway. Tangga tinggi gila!

Tangga tinggi kemain. Menuju cahaya gamaknya.

Lepas naik tangga tu, akhirnya, kitorang berjumpa dengan dunia sebenar selepas terperuk di bawah tanah berjam-jam. Welcome to the real world!

WAHHHHH! Salji! Salji! Salji! Sejuk! Sejuk! sejuk! 

Salji merata-rata! Jakuuuuunnnnnnn! Eksaited kemain bila dapat pijak salji. Terus lupa hala tuju sebenar. Rasa sejuk beku yang mula dirasakan tu pun macam diabaikan. Haha!

Salji! Tapi dah kena sodok ke tepi.

Bila dah kembali normal, baru laa teringat yang kitorang sepatutnya cari arah ke hotel. Haa, memang tak tahu jalan, so, guna Waze. Itulah gunanya pocket wifi. 

Mencari jalan ke hotel.

Kitorang ikut je Waze untuk ke hotel. Sambil jalan sambil main salji. Kejap-kejap ambil salji lepastu baling-baling. Lepastu merungut sebab tangan kebas dan berbisa bila pegang salji sebab terlampau sejuk. Lepastu sengaja masuk kat kawasan salji yang tebal kat tepi jalan sebab nak feeling salji paras lutut, padahal jalan untuk lalu tu dah diketepikan saljinya. Sengal kan. Sanggup berhenti sebab nak main-main. Tak peduli dah orang pandang pelik ke apa. Weols dari negara yang tak ada salji, so please excuse us! Hee. 

Lupa terus penyeksaan nak ke sini tadi.

 Lawaaaaaa!

Cubaan baling salji
Selfie dengan latar belakang salji! Heee

Jalan dan jalan, akhirnya ternampak bangunan hotel yang bakal diduduki untuk 2 malam. Itu dia Sapporo Tobu Hotel! Memang tak jauh sangat pun dari subway tadi. 

 Itu Sapporo Tobu Hotel!

Jalan laju-laju dan akhirnya sampai. Wow, besar jugak hotel ni. Macam hotel lima bintang wuuuuuuu. 

Whoaaa besarrrrr
Jarang iols bergambar camni depan hotel. So, excuse me, pls. Hee

Masuk dalam pun rasa amaze. Kemas dan cantik jee. Lobi pun simple je. Hotel 3 bintang tapi lawa! Sebelah lobi tu ada kawasan outdoor yang cuma dipisahkan dengan dinding kaca. Dari lobi boleh nampak kat kawasan tu ada pokok pine dan juga himpunan salji tebal. 

Pergi kat receptionist untuk check in dan masuk bilik, tapi staf hotel yang hensem dan tinggi lampai macam Takuya Kimura tu bagitahu yang check in hanya pada jam 1 petang.

Sekarang baru 11.40 pagi. Ada beberapa jam lagi.

Aku try jugak bodek minta masuk awal, tapi tak dapat. Mungkin aku tak secomel Ayumi Hamasaki kot. Haha! Tapi nak buat macam mana, prosedur diorang memang macam tu. So, aku tanya kalau kitorang boleh check in dulu dan minta diorang simpankan barang sebab kitorang nak keluar. Balik nanti baru kitorang bawak barang masuk bilik. At least tak laa terbuang masa berjam-jam menunggu nak check in.

Staf tu kata boleh. So, kitorang check in dan buat pembayaran sebanyak 18,000 yen untuk 2 malam, bilik triple bed. Masa check in ni hotel perlukan passport untuk semua orang sebab nak key in data dalam sistem diorang. Lepas siap, passport tu diorang pulangkan semula.

Lepastu staf tu minta beg kitorang untuk diletakkan kat tepi lobi dan diikat dengan tali berserta nama, supaya tak tertukar. Barang penting kitorang bawak, tak berani nak tinggal.

Selesai semua, kitorang pun keluar dari hotel. Nak buat cemana, orang dah tak sudi nak bagi masuk awal. Kita jalan laa dulu.

***************************************************************************************************************************

Kitorang dah merasa seksanya bila tak faham tentang sistem dan maklumat pun tak begitu jelas. So, aku nak kongsi sikit tentang sistem pengangkutan kat sini untuk lebih pemahaman:

Stesen Utama (Train/Subway)
Sapporo JR Station - Stesen paling utama yang menghubungkan JR Train seluruh Hokkaido, dari prefecture lain, dan juga SEMUA line subway di bandar Sapporo.

Odori Station - stesen utama yang menghubungkan SEMUA line subway di bandar Sapporo.

Subway & Line
Setiap line subway ni membawa ke destinasi berbeza dan titik pertemuan ketiga-tiganya hanya di Sapporo Station dan Odori Station. Ada 3 line subway di Sapporo iaitu :
Toho (biru)
Namboku (hijau)
Tozai (oren)

Warna
Setiap line subway mempunyai warna berbeza, seperti yang aku nyatakan di atas. Untuk memudahkan perjalanan terutamanya di stesen Sapporo dan Odori atau stesen peralihan line, lantai stesen dan platform juga mempunyai garisan yang di-cat dengan warna line subway. Kalau ikut garisan berwarna di lantai tu, ia akan membawa anda ke stesen/platform bagi line subway tersebut.

Sebagai contoh, anda dari Susukino Station (Namboku Line) dan nak ke Miyanosawa Station (Tozai Line). Apa yang perlu dilakukan adalah naik subway Namboku Line dari Susukino dan berhenti di Odori Station. Dari Odori Station, jalan kaki ikut papan tanda atau ikut garisan berwarna oren di lantai yang akan membawa anda ke platform subway Tozai Line dan dari situ boleh naik subway ke Miyanosawa.

Err, faham tak? Kalau masih tak faham, cuba rujuk peta kat bawah ni untuk tengok route subway.



Arah tuju
Kena alert dengan lokasi tujuan anda. Jadi, bila naik subway, pastikan anda naik subway yang menghala ke lokasi tu. Sebagai contoh, anda nak ke Nakajima-Koen dari Odori Station dan perlu menggunakan subway Namboku line.

Perhatikan Nakajima-Koen berada di laluan yang menghala ke mana. Makomanai kan? Jadi, naik subway yang menghala ke Makomanai dan bukannya ke Asabu sebab Asabu itu laluan bertentangan. Kalau naik juga, tak ada masalah. Sama ada tukar laluan di stesen seterusnya atau ikut sahaja subway sehingga berpatah balik dari Asabu ke Makomanai.

Jarak antara subway station
Ada yang jauh dan ada yang dekat. Yang dekat tu, sehingga membolehkan anda berjalan kaki sahaja antara stesen/line subway, tak perlu naik subway dan tak perlu bayar lebih wang. Contohnya Susukino (Namboku Line) dengan Hosui Susukino (Toho Line). Atau dari Susukino Station ke Odori Station. Tak jauh pun sebenarnya dan kalau berjalan kaki, dalam 5 minit sahaja. Tapi kalau beli daily pass, naik je subway tak payah susah payah berjalan kaki walaupun stesen tu dekat.

Harga tiket subway & tram
Subway - Tambang adalah berbeza mengikut jarak, bermula dengan 200 yen hinggalah 370 yen untuk perjalanan antara stesen A ke stesen B. Mahalkan? 1 stesen yang bila naik subway tak sampai 2 minit pun dah kena bayar hampir RM8. Kat Malaysia kena bayar RM1.40 satu stesen dan maksima tak sampai RM5 pun rakyat marah.

Untuk pelancong asing yang kerap menggunakan subway, digalakkan menggunakan daily pass bagi menjimatkan wang. Bagi daily pass, harganya 830 yen (weekday) dan 530 yen (weekend). Valid untuk sehari sahaja. Kalau nak guna lagi esoknya, beli daily pass lain.

Tram (Streetcar) - Tambang untuk sekali perjalanan adalah 170 yen, tak kira dari mana anda naik atau turun, jauh atau dekat. Kena ingat, naik tram ni kena masuk dari pintu belakang tau. Pintu depan untuk keluar, sebab nanti nak bayar tambang kat pilot tu.

Route tram

Okey, dah faham serba sikit tentang penggunaan subway dan tram di Sapporo kan? Harapnya anda faham, dan tak keliru macam kitorang. Hewhewhew.

Kalau masih kurang jelas, boleh klik link kat bawah ni.



~to be continued in Day 2 (part 3)

3 comments:

  1. Waduhh..pening dehh nak paham..Hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak fahamkan subway ke Yus? haha

      Delete
    2. aah...kene merasai pengalaman naik subway tu sendiri baru paham kot. Hahaha

      Delete