Assalammualaikum
& Hai, dearest reades (if any ;p)
Dalam
entri lepas, aku dah ceritakan serba sedikit tentang persediaan yang dilakukan
sebelum trip #mengejarsalju. Aku juga ada dapat respon daripada beberapa orang, ada
yang PM aku untuk tanya lebih detail lagi, minta pendapat, dan juga say thanks
sebab entri tu bantu serba sedikit dalam merancang perjalanan diorang.
Alhamdulillah,
kalau ia membantu, sebab tu laa niat aku, untuk berkongsi maklumat. I know how
hard it is to build a plan from A to Z. Too many things to be planned. :)
Sebenarnya,
persediaan tu bergantung kepada individu juga. Ada yang perlu dan ada yang tak
perlu. Sebab setiap orang ada keperluan, pandangan, dan gaya yang berbeza. Cuma
tu laa,apa yang aku kongsi, itu antara yang perlu dipertimbangkan dalam
sesebuah trip. Lain-lain, mungkin boleh ditambah sendiri ikut kesesuaian.
Seronok
tau bila orang bagi respon positif dan seronok baca apa yang kita tulis. Rasa
macam dah berbakti kepada ibu pertiwi gitu. Dan kalau ada teguran, tu pun satu
yang positif jugak sebab boleh tengok mana yang aku terkurang dan boleh
perbaiki. Thanks guys!
(bajet macam penulis pro sat hahahha)
To
share, aku tak berniat nak tunjuk hebat pun dengan apa yang aku dah kongsikan,
sebab aku cuma kongsi mana yang aku tahu sahaja. Nak dibandingkan dengan apa
yang orang lain dah buat dan lalui, jauh lebih hebat. Kadang tu aku sendiri
terfikir,
"poyonya
aku ni. Pergi satu tempat pun nak cerita banyak-banyak. Orang lain tu lagi laa
dah pergi merata dan experience yang lagi best, takde pun diorang nak share macam
aku ni."
Yes,
to be honest, I used to think like that. But yeah, I love to help people and
I'm happy if people can get benefit from what I did, tho it's just a small
thing. So, what I have to do is, just ignore that kind of thinking. Hehe.
Berbalik
kepada #mengejarsalju.
Kenapa
aku gunakan #mengejarsalju? Dengan hashtag bagai. Apa signifikan nama tu?
Haaa,
sebenarnya, nak memudahkan aku untuk ingat trip tu. So, bila aku pergi
mana-mana, aku akan create satu nama yang aku boleh guna dan jadikan hashtag
jugak. Jadi, bila upload gambar, aku boleh guna dan nak cari balik pun senang.
Contohnya,
Sabah
1.0 - #leborneo / sebab Sabah kan Borneo!
Langkawi
- #mms misi mencari suami / kekonon sambil mencari suami ok lame lol
Yunnan,
China - #menjejakyunnan / sebab nak jelajah provinsi Yunnan
Hokkaido,
Jepun - #mengejarsalju / to be explained
Pulau
Perhentian - #mencarijiwa / sebab putus cinta lol
Medan,
Indonesia - #tripmoveon / kekonon move on hahahaha
Guilin,
China - #summerraya716 / sebab masa tu Aidilfitri + Summer + July + 2016
Sabah 2.0 -
#leborneov2 / kesinambungan #leborneo
So,
itu laa ceritanya. A bit kelakar dan pelik kan, but who cares. Heee!
#mengejarsalju.
Aku guna nama ni sebab nak menyatakan betapa aku eager nak kejar salji. Ecececeh.
Kiranya, aku nak mengejar sesuatu yang aku idamkan sekian lama. Kalau follow
penulisan aku dari awal, aku ada ceritakan betapa aku teringin sangat nak
pegang dan bermain salji. Yela, Malaysia mana ada semua tu so jakun la kan.
Dulu masa kecik aku selalu korek ais kat freeze mak aku lepastu berangan yang tu
salji. Same goes to ais kisar ABC lol.
Dan
Alhamdulillah, hasrat tu tercapai kat China. Cuma selaku manusia biasa, itu tak
memuaskan hati sebab tak merasai snowfall dan tak dapat pegang salji yang
bertimbun-timbun. Tak feeling salji laa, senang kata.
Penggunaan
perkataan salji pulak macam too common. Jadi aku guna laa yang puitis sikit.
Salju. Haa, kan ke sedap, walaupun cuma beza satu huruf. Hehe.
Hmm,
mukadimah pun dah panjang. Padahal niat asal nak taip terus tentang Day 1. Sorry, tu
laa masalah aku. Bila nak menulis dan ada idea, laju je taip berjela-jela. Tu
selalu kena 'perli' kat Instagram & Facebook, sebab post & caption
panjang kemain. Siap kalau kat office tu ada yang nampak aku tengah menaip kat
Word, mula laa 'mengacau' dan kata aku tengah taip status Facebook. Kehkehkeh.
Aku
rasa mesti ada yang perasan. Entri aku pun panjang kemain kan? Sampai rasa
malas nak skrol so just skrol laju-laju. Haha! Ni aku akui sendiri, ramai jugak
cakap macam tu. Aku sendiri kadang-kadang tu kalau terasa nak baca semula apa yang aku tulis, aku
bukak balik blog, lepastu bebel sendiri. Amende panjang sangat aku tulis ni weh.
Ampun
maaf dipinta bagi yang merasakan sedemikian. Arakian kisahnya, hamba jua
merasakan hal yang sama seperti tuan hamba. Namun begitu, inilah cara hamba
menulis, kerana hamba gemar berkongsi dengan begitu mendalam dan telus serta
tersirat. Cewahh.
But
yes, aku suka nak cerita dengan detail. Tu yang jadi panjang berkajang-kajang.
Sebabnya, aku jadikan entri aku ni juga sebagai diari kembara aku. Akan datang,
bila aku baca semula, aku boleh ingat dengan terperinci setiap cebisan-cebisan
perjalanan aku yang kadang aku dah lupa, tapi diingati semula melalui pembacaan
tu.
Sentimental
value kekdahnya.
Apapun,
terima kasih kepada yang sudi membaca blog aku yang tak seberapa ni. Aku cuma harap,
ada yang beroleh manfaat daripada penceritaan aku, dan kalau advance sikit, boleh
juga membayangkan pengalaman yang aku & travelmate aku dah lalui. Hehe.
Okey
laa tak jadi nak buat entri Day 1 kat sini. Sambung entri lain. See ya!
hahaha...teruskan usaha syita..seronok bace entri syita...
ReplyDeletehehee thanks yus pembaca setia :D
DeleteThe Top 10 Most Popular Bet in Sports Betting | DrmCadiz
ReplyDeleteBet on an online sportsbook with DrmCadiz and you'll receive a 김제 출장샵 huge welcome bonus up to $300, 춘천 출장샵 plus a 100% 경기도 출장안마 deposit match up to 충주 출장샵 $250. 문경 출장안마