Sunday, 27 November 2016

Day 2 (part 3) : Konnichiwa! #mengejarsalju


... continue from Day 2 (part 2)

So, dah letak barang kat hotel, bebanan pun dah tak banyak, maka kita pun boleh berseronok-ronok!

Mana nak pergi?

Jalan dekat-dekat je dulu kot, biar familiar dengan Sapporo.

Kalau ikut list must-go yang dicadangkan kat web seperti Japan Guide dan TripAdvisor, banyak sebenarnya tempat yang boleh dilawati kat Sapporo ni. Antaranya Clock Tower, Sapporo TV Tower, Odori Park, Old Hokkaido Government Building, JR Tower observation Deck, Shiroi Koibito Park, Okurayama Ski Jump, Mount Moiwa, Maruyama Park, Hokkaido University, banyak lagi laa. Ada yang percuma, ada yang berbayar.

Kitorang pilih tempat yang kitorang rasa berbaloi untuk pergi. Walaupun orang kata wajib pergi, tapi tak semestinya kena pergi. Sebab kadang-kadang review tu mengecewakan. Baca review pum pam kebaboom, tapi bila pergi, tak ada apa yang menarik pun. Frust tau.

Okey laa bebel banyak pulak. So, hala tuju pertama, Kitano Gourmet!

Kitano Gourmet adalah salah satu tempat yang biasanya dikunjungi untuk mencuba makanan laut, terutamanya King Crab yang sangat popular kat Hokkaido ni. Ketam gergasi yang ditangkap dari perairan Hokkaido ni ada banyak jenis, termasuklah jenis yang berbulu-bulu tu. Katanya sedap dan berbaloi untuk dicuba kalau ke Hokkaido, lagi-lagi bila rebus dan buat sup. So, moh la kita!

* tetiba macam Jalan Jalan Cari Makan pulak *

Kitorang dah cari info siap-siap, guna google map, dan masukkan dalam itinerari. So kitorang follow je instruction tu sebijik sebijon.

Take Subway (Tozai Line towards Miyanosawa) to Nijuyonken Station. Go to exit 5 (landmark : Playland Happy). Turn left till junction (landmark : Coop Supermarket on right), turn left and straight till Eneos pump station and Sunkus convenience store. Cross the road to Hokkaido Bank. Kita no Gourmet at the same line (in front of Wholesale Market).

p/s : They also provide free shuttle service from Sapporo Station but at certain time only. Contact them to inform if you want to use this service.

Berdasarkan maklumat kat atas ni, kitorang berjalan dari hotel ke Hosuisusukino Station untuk ke Nijuyonken Station. Dari Hosuisusukino Station (Toho line), naik subway dan turun di Odori Station, lepastu kitorang cari jalan untuk ke platform Tozai Line, sebab nak ke Kitano Gourmet ni kena turun di Nijuyonken Station yang berada dalam range Tozai line.
Sekitar kawasan stesen subway. Nampak tak garisan berwarna kat lantai tu?
Sambil menunggu subway
Hosui Susukino Station
Benda wajib ada - itinerari!

Masa ni dah faham sikit tentang penggunaan subway, jadi dah tak sesat lagi. So korang yang takut sesat atau risau jadi macam kitorang, don't worry. Lepas dah try sendiri, sekejap je boleh faham dan inshaAllah dah tak keliru.


 Subway
 Subway dah sampai! See, warna subway sama ikut warna line
Ruang dalaman subway

Dalam 30 minit perjalanan, sampai kat Nijuyonken Station. Cari Exit 5, keluar je dari situ terus nampak bangunan Playland Happy yang menjadi landmark kitorang. Dan seterusnya ikut je arahan pada itinerari tu sambil on Waze. Jangan lupa, peka pada landmark. 


Menuju ke Exit 5. Gagahkan diri je bila naik tangga macam ni.
 Playland Happy. Belok kiri untuk ke Kitano Gourmet.
Jepun, aku datang!
Eksaited!

Tiga gadis gigih masuk lorong demi memijak salji yang belum dipijak
 Sungai beku 
Happy beno berjalan tu kan
Ambil salji lepastu baling-baling. Lepastu tangan kebas. Haha!
Diorang buat apa tah masa ni 
Okey sambung jalan

Dalam 15 minit berjalan sambil menyinggah sana sini, bermain-main salji dan menggigil sejuk, akhirnya sampai. Kitano No Gourmet ni terletak berhadapan dengan Wholesale Market. Boleh nampak ada banyak kedai-kedai kat sini dengan signboard gambar seafood dan King Crab.


Kitano Gourmet di sebelah kanan. Cuaca gloomy sikit masa ni.

Masuk kawasan kedai, whoa! Banyak gilaaaaa ketam gergasi! Dalam akuarium ada, dalam tong air ada. Jakun lagi. 


Besar gila!
Pelbagai jenis. Cakap saja mau apa adik manisssss

Seorang uncle datang approach kitorang. Kitorang cakap nak tengok dulu. Dia pun tanya kitorang dari mana, dan kitorang jawab dari Malaysia. Dia terus cakap ada anak dia yang berkawan dengan orang dari Malaysia, dan dia familiar laa dengan Malaysia ni. Peramah uncle ni. Borak kejap lepastu dia suruh kitorang masuk tengok-tengok dulu.


 Frozen seafood
  Mana mau pigi hah? Tunggu situ nanti nak kena masak.

Kitorang masuk dalam dan tengok semua jenis hidupan marin kat situ. Terus telan air liur.

Satu, sebab lapar. Dua, sebab harga.

Mahal amat. Seekor ketam tu cecah harga ratusan ringgit, ada jugak yang harga beribu. Alamak, cukup ke duit ni. Puas congak harga dalam yen ke ringgit.

Jalan ke dalam lagi, tengok pulak seafood yang dah frozen. Hmm, mahal jugak. Pergi kat almari kaca dan tengok contoh set makanan, okey yang ni agak murah berbanding yang lain. Paling murah dalam RM4+.++ (1200 yen), set tu ada beberapa jenis seafood tapi portion kecik jela. Ada jugak set sepit ketam tapi yang tu pun harga kemain.

 Variasi set seafood
 Nurul tengah convert harga ke tuuuu. ;p

Bincang punya bincang, macam nak cuba yang set je sebab murah. Buat rasa-rasa je kan. Boleh cubit sorang sikit masuk kat mulut. Kalau orang tanya, bolehlah cakap dah merasa king crab Hokkaido. Haha!

Perut pun dah lapar ni. Tapi lepastu risau duit tak cukup sebab kitorang bawak cash sikit je.

Hmm, nak ke tak nak. Tak cuba, rugi. Kalau cuba, kang duit tak cukup, kena kerja jual ketam kat sini pulak.

Akhirnya, keluar dari kedai dengan perasaan hampa. Memilih untuk tak mencuba. Masuk kedai macam orang kaya, keluar kedai baru sedar kat sini kitorang papa kedana rupanya. Hihi.

Nak sedapkan hati, masing-masing cakap, "takpela nanti balik Malaysia kita makan shellout laa ek. Ada ketam jugak kan." Huhuuuu.

Keluar kedai nak balik semula ke Sapporo, baru jalan beberapa langkah, tak disangka-sangka, Tuhan kurniakan kami dengan satu nikmat lain.

SNOWFALL!!!

Ya Allah! Salji turun!

Serius, masa ni eksaited melampau! Lagi-lagi aku laa, kan ni impian aku sejak dari trip China, nak merasa snowfall. Masa kat China cuma ada snow je, tak ada rezeki nak rasa snowfall.

Baiknya Tuhan, saat kitorang tengah kecewa, salji pulak turun dan terus lupa kecewa tadi tu. Terus jadi happy! Chewahhhh~

Dok feeling sebab salji turun, kejap-kejap cuba pegang dan rasa kat muka. Lepastu hembus nafas guna mulut sebab nak tengok wap keluar dari mulut. Ambil gambar dan video sebab nak jadi bukti gittewwww.


Muka ada happy di luar kedai ketam mahal
Can you see the snow?

Light snowfall je, so tak nampak sangat. Tapi, bolehlah kan. Baru je beberapa jam kat Hokkaido ni, terus merasa snowfall. Syukur Alhamdulillah.


* Masa ni  aku asyik sebut 'It's a snowfall!'. Azu dengan Nurul pun dok bahan aku dengan ayat ni. hahaha *

Entah berapa lama kitorang statik kat situ sebab jakun dengan snowfall. Orang lain siap berpayung, kitorang selamba je macam tak ada apa-apa. Kalau kat Malaysia, ibaratnya tengah hujan tapi kau selamba je berdiri kat tengah jalan  sambil melompat seronok sebab hujan turun. Hah gittewww.

Dah puas, kitorang pun jalan balik. Snowfall masih ada, tapi tak banyak dan lama kelamaan hilang.  Sepanjang jalan kitorang memang asyik main salji je. Mood masih baru kan.


Oh salju!
 Baling salji part 1
  Baling salji part 2
Baling salji part 3
 Baling salji part 4
  Dream came true!
 Nurul cuba baring atas salji
 All white
 I guess they need winter coat too

Sampai kat Nijuyonken Station, kitorang naik subway ke Odori Station semula untuk balik ke hotel. Tapi sebelum tu nak singgah sekejap kat Odori Park, salah satu tempat yang wajib dilawati katanya kalau ke Sapporo.



Keluar dari Odori Station, kitorang berjalan tanpa hala tuju. Sebabnya, tak tau pun kat mana sebenarnya Odori Park ni. Ikut je papan tanda dan Waze. Sambil tu melalui kawasan perniagaan yang agak sibuk (lepas tu baru tau tempat ni namanya Tanukijoji Shopping Street). Banyak kedai yang menarik kat sini. Ada kedai pakaian, kasut, barangan digital, restoran, kedai serbaneka, dan sebagainya.



Dah namanya perempuan, banyak kali jugak kitorang singgah kedai-kedai kat sini. Saja nak cuci mata. Azu try cari winter coat, kot kalau ada yang murah. Masuk kedai prelove, tengok barang-barang yang dijual agak menarik dan comel, tapi mahal juga walaupun prelove. Lalu kat kedai buah, Nurul beli strawberi. Balas balik sebab tadi tak dapat nak beli masa lalu kat kedai bawah tanah Sapporo Station (Sapporo Underground Shopping Mall). Agak mahal jugak tapi besar-besar. Teringat strawberri murah dan sedap kat Shangri-la. Sedapnya.



Semua kedai aku rasa jual barang yang mahal. Geleng kepala je bila tengok harga. Haha! Mungkin murah sebenarnya kalau dikira dalam yen, tapi sebab kepala asyik convert kepada RM, memang laa jadi mahal.

Masuk kedai kasut beberapa kali sebab Nurul nak beli but winter macam aku, kasut yang dia pakai tak berapa sesuai sebab basah bila kena salji. Tapi tu laa, terbeliak mata tengok harga. Mahal jugak kasut dan boot winter kat sini, paling murah pun 1,500 yen macam tu. Yang ada tu berbelas dan berpuluh ribu yen. Fuhhh.

Singgah satu kedai, tiba-tiba ada orang bagi salam dan tegur dalam bahasa Melayu.

Eh? Siapa pulak?

Bila pusing je, tengok ada 3 orang lelaki Melayu muda datang kat kitorang. Kitorang jawab salam dan senyum jela. Lepastu diorang tanya kitorang dari mana, bila sampai, berapa lama kat sini, buat apa datang sini, dan macam-macam lagi laa. Kitorang cakap laa baru je sampai pagi tadi dan ni baru nak berjalan-jalan area Sapporo, next few days pergi tempat lain pulak. Lepastu bagitau yang malam ni nak ke Mount Moiwa. Diorang cakap diorang pernah pergi  situ, tapi waktu siang laa, tak pernah pergi waktu malam.

Diorang bagitau, dari jauh diorang nampak perempuan bertudung macam orang Malaysia, tu yang datang tegur. Borak punya borak, rupanya diorang ni datang sini sebab kerja. Dan dah agak lama juga diorang kat Sapporo ni, berbulan-bulan. Kitorang ingatkan diorang tu student. Haha!

So we talk and talk and talk. Peramah juga diorang, rasa seronok berjumpa orang senegara di tempat yang asing. Diorang pun teruja agaknya jumpa Malaysian kat sini.

* selalu kalau kat group BBM tu, ada je yang naikkan isu jumpa Malaysian kat luar negara tapi tak bertegur, lalu di-cop sombong *

Beberapa lama berborak, lepastu diorang minta diri sebab nak ke tempat lain. Masa ni tak teringat nak bertukar contact info, mana tau boleh follow kat FB ke, IG ke. Yela, masa tu masih ada boipren, coba untuk setia laa kekononnya. Kehkehkeh. Ok gurau.

Sambung jalan dan jalan. 



Aik, tiba-tiba dah sampai kat Sapporo TV Tower.

Sapporo TV Tower ni salah satu landmark popular di Sapporo. Tinggi dan boleh diibaratkan Eiffel Tower of Sapporo. Kat tengah-tengah ada jam besar. Boleh naik menara ni untuk tengok view dari atas, cantik juga bila tengok dari gambar yang orang pernah ambil. Tapi nak naik kena bayar laa.


Aerial view of Odori Park from TV Tower. Baru perasan ada gunung kat sebelah sana tu.
Pic courtesy : Google
Sapporo TV Tower

Kalau diikutkan, Odori Park yang kitorang nak pergi tu berhadapan je dengan TV Tower ni. Jadi bila nampak ada kawasan macam taman, kitorang anggap itu laa Odori Park. Tak nampak apa pun sebenarnya dan tak ada rupa taman, sebab penuh dengan salji je. Ada sesetengah kawasan tu dah dipagar dengan tali merah putih dan juga ada kawasan sedang dalam pembinaan.


  Odori Park?
  The abandoned bicycles

Bila sebut Odori Park, ada satu festival wajib setiap kali winter iaitu Sapporo Snow Festival yang berlangsung Februari setiap tahun (tarikh tertentu). Pada waktu ni, Odori Park ni akan penuh dengan sculpture ice yang sangat cantik dan besar, dibuat oleh pakar/bakat dari seluruh negara di dunia, termasuklah Malaysia. Menarik laa dan antara tarikan utama Sapporo semasa winter. Tapi, kalau pergi waktu ni, accommodation semua mahal sangat-sangat.


Ice sculpture - Bangunan Sultan Abdul Samad
Pic courtesy : Google

Berdekatan TV Tower ni juga ada Old Hokkaido Government Building, yang juga salah satu lokasi must-go di Sapporo. Tapi masa ni kitorang dah terlalu sejuk dan lapar, dah taknak jalan lagi walaupun dekat. Walaupun rancangan asal nak ke beberapa lokasi seperti Sapporo Clock Tower sebab semua ni dekat-dekat, tapi, dah tak larat. Lagipun hari dah mula gelap. Baru nak jam 4 petang, tapi dah gelap nak malam. Yela, malam kan lebih awal masa winter ni.


To Aurora Town

Pasang waze, cari jalan balik ke hotel. Sesat jugak laa nak cari jalan ni sebab dah berpusing-pusing. Entah kedai mana dan shopping mall mana entah kitorang masuk. Tapi, dalam tak larat tu, sempat singgah dan masuk Daiso sebab teringin nak tengok Daiso sebenar di Jepun. Hehe.

Dah masuk, memang habis pusing la kan. Murah juga sebab kalau kat Malaysia, barang kat Daiso ni harga RM5.30. Kat sini harga 100 yen, dalam RM4. Beza seringgit lebih jugak laa. Ada juga barang  berlainan harga yang dijual kat sini, tak semuanya 100 yen. Kitorang pun terjebak beli beberapa barang.

Lagi satu pengalaman berurus niaga kat Daiso ni. Harga barang cuma 300 yen. Tapi sebab belum gunakan duit, aku pun tak ada duit kecik. Masa aku bayar, aku bagi duit 1,000 yen sambil risau kalau dia tak terima dan minta duit kecik, macam yang selalu dilakukan peniaga kat Malaysia (ada duit kecik tak - dialog biasa).

Tapi, tak berlaku kat sini. Cashier tu scan barang, dia maklumkan harga yang perlu kita bayar dan hulurkan kotak kecil untuk isi wang bayaran. Sama cara macam masa beli HRP kat airport tadi. Aku letak 1,000 yen untuk bayar barang berharga 300 yen, dia ambil sambil senyum, dan pulangkan baki dalam kotak yang sama sambil bagitahu berapa baki dan ucap terima kasih.

Ya, tak paham pun sebenarnya sebab dia cakap bahasa Jepun, tapi boleh agak dan baca dari gerak geri diorang. Sangat tertib dan sopan. Salute.

Keluar Daiso, sambung cari jalan balik ke hotel. Mujur jumpa. Dalam jam 4.15 petang dah sampai kat hotel. Snowfall lagi! Tapi dah tak tahan sejuk, nak masuk bilik terus.


Gloomy evening - in front of Tobu Hotel
In front of Tobu Hotel


Masuk hotel terus ke meja receptionist dan bagitau nak masuk bilik. Tapi terkejut sebab tengok beg dah tak ada kat tempat tadi. Then staf tu bagitau, diorang dah letakkan barang kitorang kat dalam bilik. Fuhh lega. Bagus jugak servis uols kan. Siap hantarkan beg lagi.

Staf hantar sampai ke bilik. Masuk je bilik, fuhhhh, nice!


Our room!

Okey, berbaloi sangat bayaran dengan bilik yang kitorang dapat. Bilik besar, katil besar, katil extra pun bagus, tilam empuk, ada heater, ada sofa, bilik air cantik, shower best, siap dapat bilik yang view menghadap Odori Park dan TV Tower tadi tu. This is so great! Ada hikmah hostel semua fully booked sebab dapat duduk kat hotel yang best ni. 100% recommended! Hotel ni pun taklah terlampau mahal kalau nak dibandingkan hotel lain. Untuk 3 star hotel macam Sapporo Tobu Hotel ni, kos seorang 6,000 yen untuk dua malam.


Dari bilik kami

Balik ni pun tak lama, sebab nanti nak ke Mount Moiwa pulak. So, rehat, bersiap dan makan siap-siap. Makan apa? Makanan yang beli kat flight malam tadi. Syahdu kan, makanan dah sejuk. Huhuuu. Nasib baik ada sushi yang beli kat Lawson tadi. Nurul makan strawberri yang dia beli tadi, tapi dia cakap tak berapa nak manis. 

Jam 6.45 petang, kitorang keluar semula. Waktu ni dah gelap sangat. Dah malam katanya. Cuaca pun semakin sejuk, terlalu sejuk sampaikan dah pakai baju berlapis, pakai glove, lilit muffle pun masih rasa sejuk. Fuhhhh gigil.


Okey jom keluar!

Arah tuju malam ni nak ke Mount Moiwa.

Apa yang ada kat situ? Mount Moiwa ni dilabelkan sebagai lokasi terbaik untuk menikmati pemandangan Sapporo pada waktu malam. Selain tu, boleh juga tengok Ishikari Bay - Sea of Japan. So, dah alang-alang sampai sini, kita naik laa gunung ni kan.

Tak. Tak perlu hiking pun. Naik kereta kabel je. Gigih beno nak hiking sejuk gini. Boleh je kalau nak hiking, sebab ada route mendaki, tapi tunggu laa musim lain. Summer ke. Bukan waktu winter, okey. Moiwa bukan Everest biarpun sama-sama bersalji.

How to get there? Kali ni kita naik tram/streetcar. Nama Jepunnya, Sapporo Shidden. Bukan Naruto Shippuden. Haaaa, first time kan naik tram kan kan kan? Boleh fefeeling cerita Dilwale macam scene Raj hantar Meera kat stesen tram kat Bulgaria tu.

Streetcar atau tram ni salah satu pengangkutan awam di Sapporo. Tapi jimat sebab murah je, naik dan turun mana-mana pun, cuma 170 yen sahaja. Ibaratnya, naik LRT dari Kelana Jaya turun Gombak, tetap 170 yen walaupun jauh. Tapi, tak semua kawasan di-cover oleh tram ni.

Naik tram ke Moiwa ni antara pilihan yang lebih mudah, cepat, dan murah, walaupun ada option lain seperti naik subway. Jadi kitorang pilih cara ni setelah membuat perbandingan menerusi google Map.

Walk to Nishiyonchome Station. Then take tram (towards counter clockwise) to Iriguchi Ropeway, after that take free shuttle bus to base station Mount Moiwa (bus every 20 mins). Walking distance to the base station within 10 mins.

Dari hotel, kitorang gunakan Waze menuju ke Nishiyonchome Station iaitu salah satu stesen/hentian bagi perkhidmatan tram. Dari hotel, kena berjalan dalam 10 minit. Haa, rasakan berjalan waktu malam dalam cuaca yang super sejuk macam ni. Mujur juga sepanjang perjalanan ni melalui shopping mall, terasa laa meriah dan tak rasa lama sangat. Cuma, ada beberapa kali juga salah jalan.


Illumination - the light
 Jalan raya bersalji semula sebab snowfall petang tadi
-2.2 fuhhh

Sampai di Nishiyonchome Station, kena naik tram menuju ke Iriguchi Ropeway, iaitu hentian sebelum naik bas ke Mt Moiwa.  Stesen tram ni macam bus stop je. Kalau tak pasti betul atau tak tram tu menghala ke sana, tanya dengan local kat situ, tunjukkan gambar atau tulisan yang merujuk kepada Moiwa dan tanya jika itu stesen/hentian yang betul. Tapi biasanya kat hentian tu ada signboard yang tertulis nama hentian.

Menunggu tram ni agak lama juga, sebab tram bergerak agak perlahan. Yela, tram ni bergerak kat jalan raya. Lampu isyarat merah, tram berhenti lah.


Contoh tram. Comel kan?
Pic courtesy : Google

Bila tram sampai, kitorang pun beratur untuk naik. Japanese kat sini pun beratur nak naik tram, tak kan kita nak main redah kan? Jangan buat malu nama negara, okey? Sila praktikkan sivik yang baik. :)

Naik tram ni melalui pintu belakang, sebab nanti akan keluar dari pintu depan.

Masuk tram, rupanya macam naik bas je, tapi kecik sikit. Bila duduk, kat bawah tempat kaki tu ada heater, lega sikit dapat panaskan badan. Lagi best, ada wifi. Hebat tak hebat? Haha.

Lebih 40 minit perjalanan, akhirnya sampai di Iriguchi Ropeway station. Jalan ke pintu depan, bayar tambang 170 yen kat pilot tram yang beruniform umpama juruterbang, dan keluar.

Dari sini, kena jalan ke stesen bas shuttle yang akan membawa kita naik ke base station Mt Moiwa. Tak jauh, ikut je papan tanda arah Mt Moiwa Ropeway, nanti sampai kat stesen bas ni.



Shuttle bus ke Mt Moiwa ni percuma je dan beroperasi setiap 20 minit. Best kan?

Tunggu kat situ agak lama jugak, dalam 20 minit. Masa tu cuma kitorang dan sepasang couple lagi yang tengah menunggu. Bosan menunggu, kitorang jalan kat parking area stesen tu, tengok kereta-kereta yang bersalut salji. Ada satu kereta Toyota ni, sekali tengok macam MyVi. Kitorang ingatkan MyVi, rupanya Passo. Patutlah.
MyVi ke Passo

Bas sampai, kitorang naik. Tetiba je ramai pulak kat dalam bas. Tadi masa mula-mula tunggu ada 5 orang je. Haha!

Naik bas tak lama, dalam 5 minit dah sampai ke base station Mt Moiwa. Turun bas, terus masuk ke dalam bangunan kita diturunkan dan naik lif untuk ke tingkat atas. Nak ke puncak Mt Moiwa ni, kena naik ropeway, jadi, kena beli tiket dulu dekat kaunter.

Beli tiket kat kaunter, harga 1,700 yen/return seorang. Mahal jugak kan. Huhuuu. Redha jelaa.

Dah beli tiket, kena tunggu dulu sampailah dipanggil untuk naik ropeway. Sementara tu, boleh laa jalan-jalan tengok maklumat yang ada kat situ. Ada satu board yang update situasi dan suhu semasa. Suhu malam ni kat puncak Mt Moiwa -5. Haa rasakan nanti.

Bila ropeway dah sampai, staf pun panggil dan guide untuk bawa kita naik ropeway. Tiket jangan lupa pegang sebab staf akan check sebelum naik.



Nak ke puncak Moiwa, ada pertukaran di tengah-tengah. Dari base station ni kita akan naik ropeway dan akan turun di Middle Station. Dari situ, staf akan guide lagi dan bawa kita ke stesen Morris Car, satu lagi kereta kabel tapi bersaiz lebih besar dan berbentuk kotak. Ada dua kabin, so boleh laa pilih nak naik kabin yang atas atau bawah.
Ropeway to Middle Station
Pic courtesy : Google
Morris Car
Pic courtesy : Google

Pengalaman baru naik Morris Car ni. Slow je pergerakannya dan tak ada kerusi. Semua passenger berdiri dan berhimpit jugak laa. Agak ramai dalam satu car tu, rasanya lebih 20 orang. Juga disediakan seorang tour guide yang akan bercerita tetapi malang buat kitorang dari Tanah Melayu ni sebab tour guide tu menggunakan bahasa Jepun sepenuhnya dan kemudiannya bahasa Korea serta Mandarin. 

Sepatah haram hakak tak faham. Bak sini duit kitorang 20% sebab tak ada servis penterjemah untuk bagi kitorang faham. Sobs.

Dah tak faham, kita tengok je laa pemandangan kat luar. Tak nampak apa sangat, sebab gelap. Kiri kanan pokok bersalji. Tapi boleh nampak juga pemandangan bandar yang berlampu. Juga, boleh nampak Okurayama Ski Jump Park, lokasi bagi sukan ski semasa Jepun menjadi tuan rumah Olimpik. Tinggi gila weh! Aku tak boleh bayang macam mana atlet tu boleh skiing dari atas sampai bawah. Curam seh.
Berani nak ski dari atas ni?

Pic courtesy : Google

Sambil menunggu 15 minit perjalanan, boleh juga kacau kawan-kawan yang gayat dengan ketinggian. Haaa Azu amacam? Best kan naik car ni, gegor gegor tinggi. Ngehngeh. Nasib baik malam kan.

Akhirnya, sampai ke puncak Moiwa yang berketinggian 531 meter. Okey, let's explore this place!

Dari stesen Morris Car kena berjalan dalam bangunan dan naik ke tingkat atas. Dari situ, berjalan pula untuk ke observation deck.

Okeyy, dah nampak!

Dikatakan, waktu malam kat sini sangat sesuai untuk menikmati pemandangan malam, di samping sisi romantiknya. Erk.

Waktu ni dah hampir jam 8 malam. Bukak je pintu nak keluar, burrrrrrrr. Angin sejuk terus berhembus kat muka. Tutup balik pintu.

SEJUK GILA. GILA. GILA. Sumpah tersangat sejuk. Bayangkan bila dah memang sejuk lepastu berangin. Ibarat berdiri dalam freezer lepastu siram air, pasang aircond suhu 16 dan pasang kipas nombor 5.

Kitorang gagahkan diri jugak untuk keluar. Jalan sikit-sikit kat platform tu, sambil gosok tangan sebab sejuk walaupun pakai glove. Muffle dah berlilit kat muka. Azu dengan Nurul kejap-kejap lari masuk balik kat dalam bangunan sebab tak tahan sejuk.

Aku pun kadang-kadang lari masuk dalam bangunan tu, dah rasa okey sikit, keluar semula. Layan diri jalan kat situ, lepastu asyik shuffle, nak tergelincir sebab salji dah jadi ais dan mula mencair. Mujur kaki sempat brek. Kalau tak, tergolek dok. Jangan harap laa Putera Jepun tetiba datang nak tolong sambut.

Lawa jugak view kat sini. Nampak seluas-luas kawasan yang penuh dengan kerlipan lampu berwarna oren dan putih. Yang tak berlampu dan kosong kat hujung tu, aku rasa itu laa Sea of Japan.
Sapporo night view. Yang bercahaya putih tu Okurayama Ski Jump
Sorry, camera resolution is not that good
Three of us at Mt Moiwa!
Di bahagian tengah deck, ada satu platform dengan satu binaan steel dan loceng. Ni laa Bell of Happiness tu. Bell of Happiness ni salah satu lokasi untuk pasangan bercinta mematrikan cinta kononnya. Dikatakan, kalau pasangan bercinta berdiri bawah Bell of Happiness dan bunyikan loceng, cinta diorang tu akan kekal dan bahagia selama-lamanya.

Ohhh. Agak-agak kalau satu hari nanti Bell of Happiness ni musnah, cinta diorang yang dah terpatri kat sini, musnah jugak tak? Kbai.

Ada laa beberapa couple yang naik kat atas platform tu dan bunyikan loceng. Semoga cinta kalian kekal selamanya. :)
Bell of Happiness at the peak of Mt Moiwa
Pic courtesy : Google

Aku & Nurul pergi kat Bell of Happiness ni nak bergambar. Tak lama lepas tu Azu datang sekali dan kitorang bertiga pun cuba mematrikan cinta sebagai teman serumah kat sini. Gittewwwwww. Haha!

Gigih kitorang cuba bergambar tapi asyik tak jadi sebab tangan menggigil. Mau tak menggigil, pakai glove sebab sejuk, bila nak bergambar kena laa bukak glove kan. Bila je glove tu terbukak, haa amek, terus kebas tangan sampai tak rasa bila tekan button kamera tu. Muka masing-masing pun dah mula merah sebab sejuk sangat. Aku yang tak berapa cerah ni pun boleh nampak kemerah-merahannya tu.
Bunyikan loceng sorang-sorang, tak takut ke nanti bahagia sorang-sorang je.;p
The best picture of us under the Bell of Happiness. See the red faces.

Mampu bertahan 30 minit je kat sini. Bila kitorang langsung dah tak tahan dengan kesejukan, kitorang decide untuk turun. Can not go dah. Bayar mahal last-last keluar kejap-kejap je sebab tak tahan sejuk. Apo nok buek. Tak faham macam mana orang lain kat atas tu boleh tahan lama-lama dalam keadaan sejuk melampau. Kulit tebai ka.

Turun ke bawah, tapi kena menunggu sebab Morris Car belum ada lagi.
Antara laluan sebelum beratur untuk naik Morris Car/Ropeway
Pipi & hidung merah macam Chibi Maruko Chan
Pink faces + kekonon tidur

Sementara tu boleh laa kalau nak cuci mata kat souvenir shop kat situ yang pastinya mahal. Boleh juga jalan keluar dan tengok view hutan dara di sini. Yes, Mt Moiwa ni dikategorikan sebagai hutan hijau dara. Mana diorang tau dara ke, teruna ke, janda ke, duda ke? Entah, aku pun tak tau. Yang aku nampak pokok togel je kat situ.

See, pokok togel belakang tu
 Do you wanna build a snowman?
Macam best. Boleh cuba kalau berminat.

Bila car dah sampai , kitorang naik. Berebut laa kali ni nak duduk kat car yang bawah dan paling depan, sebab nak tengok view waktu turun. Masa ni ada sorang budak kecik umur dalam 10 tahun menyelit kat depan aku sebab dia pun nak tengok view paling depan, siap terpijak kaki aku lagi. Geram jee tengok. Rasa nak marah pun ada, sibuk je budak kicik ni. Pijak kaki kang haaaaa. Ok gurau.

Tapi tulaa, don't judge a book by its cover. Masa tu aku tersedar tiket aku dah tak ada, cuak gila sebab staf akan check tiket nanti. Kalau tak ada, naya nak kena beli lain. Takkan nak turun kat base station tu jalan kaki pulak kan. 

Cari punya cari tapi tak jumpa. Bila sampai kat Middle Station dan keluar dari car, tiba-tiba budak tadi hulur kat aku tiket yang hilang tu. Rupanya terjatuh dan dia jumpa. Sobsob. Maaf hadek, hakak mintak hampun sebab tadi rasa nak marah kat hadek. Keep being a good and nice boy, ya.

Tiket dah jumpa, turun lagi dengan ropeway pulak. Perjalanan sama je macam masa naik tadi. Sampailah ke base station semula.

Kitorang dah tak rasa nak ke mana-mana sebab sejuk sangat. So, decide nak balik hotel terus. Jam pun dah menunjukkan angka 9. Balik awal boleh berehat lama sikit.

So, naik bas shuttle ke stesen kat bawah tadi, lepas tu ulang cara yang sama untuk balik ke hotel. Ambil tram ke Nishiyonchome Station dan selepas tu berjalan balik ke hotel.
Iriguchi Ropeway streetcar station
The tram is arriving

Sampai kat hotel, terus masing-masing terjun atas katil berselubung bawah selimut.  Lepastu mandi, solat, dan tidur zzzzzzzz. Tak sabar nak jalan lagi esok!


It's a wrap for Day 2. What a day!




***********************************************************************************************************************************************


KOS DAY 2 (¥) (seorang)

1. Hokkaido Rail Pass  - ¥22,000
2. Rapid Airport - ¥1,070
3. Subway Daily Pass (weekend) - ¥520
4. Sapporo Tobu Hotel - ¥6,000/2 malam
5. Tram - ¥340/2 hala
6. Tiket Mount Moiwa - ¥1700
7.  Sushi - ¥400
8. Daiso - ¥300

JUMLAH : ¥32,330



p/s : 
1. Attachment video juga aku upload di Youtube sebab boleh view guna High Resolution
2. Pic courtesy of Google : Sebab aku tak dapat ambil sendiri gambar untuk simpanan peribadi.
3. Gambar diambil menggunakan Lenovo S90, Xiaomi Redmi Note 3, Nikon DSLR.

5 comments:

  1. tak ramai org ye syita...nmpak macam sunyi je sapporo tu? Ke sebab bersalji? so local duduk rumah je..Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai jee kt tmpt tumpuan Yus. tp ada certain tmpt x ramai. Myb sebab sejuk kot. hehe

      Delete