16
Januari 2016 (Sabtu)
Assalammualaikum & Konnichiwa こんにいちは !
Harini
hari Sabtu, 16 Januari 2016. Dan hari ini, kita akan terbang ke Jepun. Yeayyy!
Finally the day has come!
Walaupun
malam ni baru nak terbang dan esok pagi (Ahad) baru sampai sana, tapi aku kira
harini sebagai hari pertama trip #mengejarsalju. Kenapa? Yelaa, kiranya hari ni dikhususkan hanya untuk perjalanan dan esok baru mulakan operasi jelajah. Lagipun flight ke
Sapporo dari Kuala Lumpur cuma ada satu waktu je iaitu waktu malam. Jadi, tak
ada pilihan waktu terbang masa nak beli tu.
Tapi,
bagus juga sebenarnya bila fly malam ni. Lagi-lagi untuk penerbangan yang agak
lama sebab boleh tidur macam biasa dan bila sampai kat sana, dah pagi. Tak
bazir masa sangat. Tidur kat Malaysia bangun pagi kat Jepun. Ajaib kan? Weehuuu!
Pagi tu baru aku mula berkemas. Masukkan barang yang nak dibawa dan sediakan pakaian yang nak dipakai. Risau juga bila nak pastikan tak ada barang penting yang tertinggal. Entah berapa kali keluar masuk barang dan check checklist. Nak buat cemana, tak sempat nak kemas awal. Busy kerja kununnya.
Jam
5 petang, aku dan Nurul dah naik LRT ke TBS dari stesen Sentul Timur. Azu tak ikut
sama sebab dia dari rumah parents dia kat Cheras. Aku & Nurul gerak dari
rumah sewa kat Sentul ni.
Sampai kat TBS, Azu pickup kitorang sebab parents Azu
nak hantar ke airport naik kereta. Sampai kat KLIA2 awal jugak, dalam jam 7.45pm.
Flight pukul 11.30pm. Ada dalam 3 jam lebih lagi. Awal gila kan? Eksaited
katanya. Haha!
Gambar wajib kalau nak fly lol
Three of us! Le' housemate!
Sampai
je kat airport tu, kitorang pergi kaunter Air Asia nak drop backpack. Nurul tak
masukkan beg sebab dia bawak backpack naik atas. Beg dia tak besar sangat, so
lepas laa nak letak kat kabin. Backpack aku dengan Azu pulak agak besar, so
kitorang bayar untuk luggage dan simpan kat perut kapal terbang. Kang bawak
naik atas, gedabak sangat tak lepas pulak.
Lepastu
kitorang pergi makan dulu kat McDonalds. Awal lagi kan. Lepak kejap sambil isi
perut dengan makanan-tak-menyihatkan-tapi-sedap kegemaran aku, Chocolate Frappe
McCafe, Bubur Ayam, & Curly Fries (masa ni tengah musim prosperity burger).
I'm lovin' it!
How to make me happy? Give me these. Hee!
Lepas makan, kitorang decide nak masuk terus kat gate sebab malas nak berlengah kat luar ni. Macam biasa, prosedur nak masuk ke departure hall ni, pastikan dokumen perjalanan semua ada. Tiket - ada. Passport - ada. Okey, semua lengkap, sekarang beratur kat depan departure hall, serahkan dokumen untuk diperiksa dan lepastu teruskan melepasi semua kawalan keselamatan airport.
Kali ni memang sengaja masuk awal sikit. Kang
masuk lambat, naya pulak jadi drama berlari-lari kat airport umpama Warda Erina
mengejar suami-tak-jadi kat airport tu. Ehhhhhhhh. Haha! Actually aku taknak
laa terjadi lagi kes berlari cari gate macam masa trip Yunnan haritu. Trauma.
Pintu
penerbangan untuk ke Jepun adalah pintu P. Dan aku syukur sangat sebab kali ni
dapat gate yang dekat dan tak payah jalan jauh sangat iaitu P4 (padahal dari International
Departure Hall nak ke P4 tu pun dah kemain jauh berjalan).
Eksaited
sangat masuk awal, menunggu lama laa jawabnya. So kitorang pergi solat dulu
sebelum masuk ke perut kapal. Lepas solat lepak dulu kat surau sampai lah jam
10.30pm. Keluar surau, tengok kat bilik gate P4 tu dah ramai menunggu.
Berbilang bangsa pelbagai budaya. Phewwww.
Kitorang
pun labuh punggung sat kat kerusi luar gate. Malas nak bergomoi ramai sangat
kat dalam tu.
Lawa kan tiket. Geee
Waktu ni jugak, Azu sedar bantal leher dia hilang. Aik, pelik.
Tadi ada. Baru jeee tadi ni kitorang nampak. Tiba-tiba hilang. Mana pergi?
Gigih
laa kitorang cari bawah kerusi dan pusing semua tempat yang kitorang ada lalu,
tapi tak jumpa. Jenguk kot-kot terselit kat beg orang, kat tempat duduk orang.
Tak ada jugak. Sampaikan kitorang syak, anak mat saleh yang duduk belakang
kitorang kat kerusi tadi ambil agaknya. Yelaa, bantal tu bentuk gajah, kan ke
comey, kot dia berkenan kan. Tapi, puas terjenguk kepala kat family diorang,
tak ada pulak.
Penyudahnya,
Azu redha jee walaupun sekejap lagi nak kena bertabah duduk dalam flight lama.
Sakit tengkuk weh!
Akhirnya,
beratur masuk ke dalam gate. Dan tak lama lepas tu, waktu yang ditunggu-tunggu.
Masuk flight yeayyyy!
Aku
pun tak tau laa kenapa aku ni sekarang gemar bebeno naik flight. Kekadang tu,
tahap eksaited tu macam jakun, macam first time naik pulak. Tapi takdelah
terkinja-kinja. Tetap iols behave as a lady and act like a cool kid hokeyy.
Haha!
Dapat
seat 40 A. Jauhhhhh ke belakang tu menghala ke ekor flight. Melepasi beberapa
partition pesawat.
Eventho
the seat located quite far from the entrance, like a journey from Kedah to Johor, but it's
okey, I like. Sebabnya? Of course laa sebab dapat seat kat sebelah tingkap.
Favourite seat sebab boleh tengok luar. Lemas rasanya kalau duduk kat tengah
atau aisle, lagi-lagi kalau fly lebih sejam. Ni berjam-jam, taknak laaa
mengadap manusia. Nak tengok alam Tuhan kat luar tu. Seronok!
Kali
ni aku teruja lebih lagi sebab first time aku naik flight besar. Yela, selalunya
kalau fly domestik tu flight kecik je. Flight Air Asia ke Jepun ni kan guna Air
Asia X (AAX) Airbus 330-300 yang besar tu. Haaa, nampak tak betapa teruja tu
sampai semua pun aku nak cari info. Haha!
Dalam
flight AAX ni ada dua kelas. Kelas Bisnes/Flatbed yang cuma ada 12 seat dan
juga Kelas Ekonomi dengan jumlah seat paling banyak iaitu lebih 350 seat. Dalam
Kelas Ekonomi, ada 49 baris seat dan terbahagi kepada 3 seksyen/bahagian, iaitu
koordinasi 3 | 3 | 3 . Tapi, ada juga beberapa tempat yang cuma ada 2 seat iaitu
di bahagian kiri dan kanan kapal, terutamanya di bahagian ekor. Yela, ruang
makin kecik kan. Kalau letak 3 seat jugak, memang Air Asia cari naya jelaaa
kena maki dengan passenger. Dah laa legspace kecik (komplen banyak kan padahal
bayar murah).
Gambaran kedudukan dalam pesawat
AAX
ni agak besar dan lebih panjang kalau nak dibandingkan dengan kapal Airbus biasa untuk
flight domestik tu. Rasa macam crowded pulak sebab banyak kerusi. Yela, untuk
ekonomi je ada dalam 350 seat. Masa awal-awal masuk tu, lagi laa rasa semak
sebab memasing berdiri letak barang kat atas tu. Hamek kau berlaga-laga badan
sebab laluan jalan tu kecik je. Bila semua dah duduk, barulah rasa okey sikit.
Tak semak dah mata.
Dan
semestinya, untuk AAX ni, lebih ramai pramugari dan pramugara. Ada juga pramugari Jepun, comel jee suara kepit dia bila buat
announcement dalam bahasa Jepun. Hiksss.
Dalam
jam 11.30pm, flight D7550 akhirnya berlepas meninggalkan bumi Kuala Lumpur dan
gagah membelah angkasa Tanah Melayu menuju ke ruang angkasa negara yang pernah
menjajahnya satu ketika dahulu.
Bye
Malaysia! See you in another 8 days!
Ehh,
kejap, belum habis lagi cerita aku. Sabo sabo. Banyak lagi ni.
Lepas
flight dah stabil, lampu dalam flight pun dah mula dimmed. Pramugari dan pramugara
pun mula sibuk dengan tugas. Masyarakat dalam flight pun mula tidur dan
berehat. Aku pun mula rasa nak lena sebab mengantuk. Well, waktu tidur kan.
Tapi tak berapa nak selesa sebab tidur dalam keadaan duduk, pulak tu ruang kat
tempat duduk tu agak sempit kan. Tak boleh nak golek-golek macam kat katil kat
rumah. Golek kiri tingkap. Golek kanan Azu.
Dalam
jam 1 pagi, pramugari mula berjalan dengan troli makanan untuk edarkan makanan
kat passenger yang dah tempah makanan. Kitorang order makanan jugak sebab
fikirkan esok pagi belum tentu akan dapat sarapan kat sana. So, nikmatilah nasi
lemak dan air mineral waktu dinihari pada ketinggian lebih 30,000 kaki. Lepas makan, lampu
flight dimmed lagi, dan masyarakat dalam pesawat pun tidur lagi zzzzzzzz.
Dalam
jam 4 pagi, sekali lagi lampu flight bukak dan kali ni pramugari edarkan custom declaration form. Macam biasa kalau fly ke luar negara, borang ni wajib
ditulis sebab nak diserahkan kepada kastam kat airport nanti. Aku dengan Azu
terus tulis sebab senang tak payah nak cari tempat menulis nanti. Nurul
pulak aku tak sure sebab Nurul duduk kat seat lain, tak dapat seat sebelah
kitorang. Yela, dia kan beli tiket asing.
Custom declaration form. Haa tu beg duit Cambodia yang setia teman aku ke merata tempat. I love you!
Lepastu,
lampu dimmed lagi. Time to sleep again. Rasa tak lena nak tidur lagi sebab sekejap sekejap
lampu bukak. Lepastu tutup. Lepastu bukak lagi. Bukak tutup bukak tutup. Kalau
kat rumah, mak dah marah ni asyik bukak tutup. Rosak lampu katanya. Hewhewhew.
Waktu
ni aku tidur-tidur ayam je. Mengantuk sampai lentok kepala kiri kanan depan
belakang, macam tersengguk tahan tidur masa qiamulail tu. Tapi, kerap tersedar. Lepastu
tengok jam.
Aku cuba tahan diri dari terlena sebenarnya. Sebab, aku taknak terlepas peluang tengok horizon. Favourite aku tengok
horizon langit kalau fly waktu pagi atau senja. Lepastu aku jugak berangan
kalau boleh dan dapat tengok matahari besar. Jepun kan negara matahari terbit,
mesti matahari lagi besar kan. See, noob gila kan aku.
Cantik!
Tapi,
betul wehhh. Matahari tu terang gilaaaaa tapi kat sebelah seat kanan laa, seat
F. Sebelum jam 6 pagi lagi cahaya matahari dah mula memancar masuk ke dalam
flight. Terang ya amat! Last-last, passenger belah sana tutup tingkap sebab
silau. Kikikiki.
An
hour before the flight touchdown. Aku yang tak boleh tidur ni, berjaga je
sambil tengok luar. Yang nampak cuma langit dan awan. Masih tak nampak daratan.
Sambil tu fikir, tadi flight lalu mana je? Vietnam. Lagi? Korea lalu tak?
Alamak, geografi aku tak lepas lagi.
Ehhh.
Kejap. Macam nampak gunung je kat bawah tu.
Ehh,
yela! Ada gunung! Ada tompok salji! Aku kat mana sekarang? Hmm kejap buat kiraan. Tengok jam,
sekarang jam 7.20 am waktu Jepun. Dijangka tiba kat Sapporo jam 8.30 am waktu
Jepun. So, sejam lagi. Kalau dari Tokyo ke Hokkaido dalam sejam la kan kalau
naik flight? So, adakah ini kawasan Tokyo? Itu kawasan Gunung Fuji ke?? Okey failed Geografi lagi.
Teruja!
Aku tak tau pun betul ke tak sebab aku main teka je, tapi aku jadi amaze bila
tengok ke luar dan nampak banyak gunung ganang. Lepastu ada laut pulak.
Sampai
terteleng kepala ni aku rasa dok pandang kat tingkap je. Sampailah satu ketika
tu, aku mula nampak semakin banyak warna putih kat bawah. Tengok jam, 7.30 am. Eh, baru 10 minit
dari waktu aku tengok gunung tadi. Tapi ni dah ada salji ni. Tokyo ada salji
macam ni ke?
Dan
dari situ, aku mula nampak hamparan salji menutup bumi. SubhanaAllah, cantik
sangat! Aku rasa masa ni cuma ada dua warna je, putih dan coklat. Putih tu salji
dan coklat tu kawasan yang tak terlitup dengan salji. Waktu ni juga semakin banyak bangunan yang mula menampakkan diri.
Mengintai dari tirai pesawat
Tasik beku ke tu?
Flight
mula rendah dan rendah dan rendah. Announcement pun dah dibuat menandakan
sekejap lagi flight akan mendarat di Sapporo-Chitose Airport. 8 jam penerbangan
yang sangat panjang (bagi aku) dan sekejap lagi bakal tiba di destinasinya. Awal setengah jam dari jadual.
Elok
je tayar mencecah landasan, terus ucap syukur sebab akhirnya kapal berjaya mendarat
dengan selamat. Risau jugak tadi, takut kalau terjadi sesuatu yang tak dijangka. Dalam
kepala aku dok fikir tentang tragedi pesawat tergelincir la, terhempas laa, tak
berjaya landing la. Teghuk kan overthinking tu. Huhuuuu.
Landed! Alhamdulillah
Dari tingkap flight, boleh nampak salji kat bawah yang dah disodok ke tepi bagi
memudahkan laluan pesawat dan jentera syarikat penerbangan. Teruja tengok. Tak
sabarnyaaa nak pijak salji!
Annyeong Korean Air!
Pilot
maklumkan yang kat luar sekarang suhu -17. Aku boleh agak, mesti sejuk gilaaa
yang amat. Minus kot. Tengok dari luar flight ni memang laa nampak syiok, tapi
kejap lagi baru rasa sendiri. Mau mau sampai ke tulang sejuk tu. Time tu boleh
decide nak seronok ke nak seksa. Hee!
Kitorang
tunggu semua orang keluar, barulah kitorang keluar. Malas nak bersesak dan
berebut tarik beg bagai. Lagipun, nanti nak kena tunggu beg lagi. Keluar awal
pun kena tunggu lama jugak. Kan?
Thank you to the pilot and crew!
We
can't wait for the new experience and the excitement!
***********************************************************************************************************************************************
KOS DAY 1 (RM) (seorang)
1. Tiket KUL-Sapporo : RM525
2. Inflight Meal : RM15
3.
McD : RM25
JUMLAH : RM565
~to be continued in Day 2 (part 2)
No comments:
Post a Comment