14 Disember 2015 |
AHAD
Kunming 昆明站
Finalé!
Day 10!
*tulisan besar sikit*
Hari
ini adalah hari terakhir kami kat bumi Yunnan ni. Sedih jugak nak tinggalkan
tempat yang cantik ni, tapi rasa tak sabar nak balik negara sendiri tu lagi
banyak. Serius, walaupun cuma 10 hari je tapi ada masa aku rasa nak cepatkan je
hari sebab nak balik. Huhuuu.
So,
hari ni nak habiskan jalan-jalan kat tempat yang dirancang iaitu Cuihu Lake dan
Yunnan University.
Apa yang ada kat tempat ni?
Cuihu Lake juga dikenali sebagai Green Lake (翠湖公园).
Tasik ni wujud sejak abad ke-17 lagi. Lama kan! Tasik ni agak besar, dulunya
sebahagian daripada Dianchi Lake tu, tapi lepastu terpisah disebabkan penurunan
paras air kat Dianchi Lake.
Macam juga Haigeng Lake, Cuihu Lake ni ada
banyak seagull. Mesti pelik kenapa banyak sangat seagull kan? Sebabnya, seagull
ni migrate dari Siberia waktu musim sejuk. Secara tak langsung, setiap kali
winter, bird migrating menjadi antara tarikan
untuk orang berkunjung ke sini sebab nak tengok dan bagi makan kat seagull ni.
Tasik ni juga terletak berdekatan dengan Yunnan University.
Yunnan University (云南大学) pula antara Universiti yang terbesar dan berprestij di China. Universiti ni wujud sejak tahun 1922 lagi, sebelum World War 3. Lama kan?
Okey,
sambung cerita, pagi tu kitorang keluar dari bilik hostel dalam jam 7.00 am.
Sebelum keluar, kitorang pergi kat meja receptionist nak tanya pasal bas yang
patut kitorang ambil dan kat mana nak naik bas.
Kebetulan,
masa tu ada seorang kakak bertudung kat situ jugak. Rupanya, dia pun dari
Malaysia dan travel seorang. Eksaited jumpa Malaysian kat sini. Hee. Dia offer
ajak ke lokasi lain. Macam best tapi sebab route lain dan takut tak sempat,
kitorang tolak cara baik. Borak sekejap, rupanya dia pun balik Malaysia harini
jugak. So, jumpa kat airport nanti inshaAllah.
Lepastu
kitorang berpecah. Pagi ni sekali lagi kitorang pergi sarapan kat Masjid
Yongning, kat kedai semalam tu. Kali ni kitorang nak makan kat area atas kat
masjid pulak. Aku nak makan lamien semalam tu, so aku tapau dari kedai bawah bawak
naik atas. Dah ada pengalaman beli semalam kan, so kali ni beli tak ada
masalah. Smooth je.
Lepas
beli, aku naik atas. Echa dah naik awal sebab dia nak beli makanan kat atas tu.
Echa beli Lamien jugak tapi jenis lain. Then kitorang beli pau, air soya,
dengan pancake. Saja nak merasa, sebab dah last day kan.
(End up pau tu tak termakan
then bawak balik Malaysia. Sedap ya amat!)
Masjid Yongning
Pekerja berbaris, chanting dan diberi taklimat sebelum mulakan kerja
Lamien semalam sedap!
Echa and her foodies
Lepas
sarapan, kitorang pun jalan ke bus stop semalam (JinMaFang) sebab nak naik bas
ke Cuihu Lake. Ikut
iti, kitorang kena naik bas No. 98 lepas tu kena turun kat Parkson. Dari situ
kena jalan 10 minit ke Cuihu Lake.
Lunyai itinerari den
Macam
biasa la, mana laa reti nak turun mana kan. So, kitorang naik bas bayar tambang
sorang RMB1 dan lepastu teragak-agak kat mana nak turun. Few times kitorang
jumpa Parkson (landmark), tapi kitorang tak berapa nak pasti kalau itu lokasi
yang patut kitorang turun.
Dalam
20 minit perjalanan dengan clueless-nya, kitorang pun pergi kat driver bas dan
tunjukkan iti yang ada gambar dan tulisan Cina, bagitau nak pergi Cuihu Lake.
Driver tu tengok sepintas lalu dan lepas tu dia bagi isyarat kepala dan tangan,
amende tah maksudnya.
Aku
assume dia faham la kan. So kitorang pun duduk semula dan teruskan perjalanan.
Tapi, lepastu bas mula buat pusingan U, maksudnya bas dah sampai last pit stop
dan berpatah balik. Cuak.
Dalam
5 minit lepastu, driver bas berhenti kat satu bus stop dan suruh kitorang
turun. Oh, rupanya kitorang dah terlepas bus stop yang sepatutnya. Mujur driver
bas tu membantu walaupun rupa dan cara dia agak garang. Hehe.
Turun
bas, aku cari jugak kalau jumpa Parkson. Tapi, takde pun. Agaknya info yang
kitorang dapat tu salah kot.
Nak
ke Cuihu Lake ni pun dugaan jugak. Well, tak tahu jalan. So apa lagi, gunakan
kuasa itinerari tunjukkan kat orang lalu lalang tanya mana arah nak pergi.
Mujur semua yang kitorang tanya tu membantu walaupun sekadar menghalakan tangan
satu arah.
Waktu ni la kitorang sedar, cara masyarakat China ni bila nak tunjuk
arah adalah dengan memberitahu satu arah je. Bila dah sampai junction, kena
tanya orang lain pulak sampailah kita sampai kat tempat yang dituju. Diorang
tak macam kita yang akan tunjuk dari awal sampai habis.
Lepas
bertanya kepada beberapa orang, akhirnya kitorang sampai kat Cuihu Lake. Ramai
gilaaaa orang kat sini, sebab weekend agaknya. Dari luar dah boleh nampak
kelompok manusia dan ratusan/ribuan seagull berterbangan.
Kitorang
masuk kat dalam kawasan tasik tu dan mula berjalan-jalan. Kat dalam tasik ni
ada jambatan yang kita boleh lalu untuk ke tengah tasik dan tengok atau bagi
makan burung. Ada juga pavilion kat dalam ni. Juga ada banyak paddle boat yang tersadai
dan dipenuhi tahi burung. Hewhewhew.
Macam-macam
aktiviti yang diorang buat kat sini. Makcik dan popo tengah taichi dalam
beberapa kumpulan, ada yang tengah bersantai, ada yang bagi makan burung.
Tasik
ni besar, so nak pusing habis tu memang bukan satu benda yang patut dibuat
kalau kita cuma nak singgah kejap. Kitorang memang nak sekejap je sebab nak ke
Yunnan University pulak lepas ni.
Alang-alang
masuk, kitorang lalu kat jambatan putih yang ada kat situ nak tengok seagull. Seagull
kat sini macam jinak. Ada yang siap bertenggek kat batu dan tak terbang pun
bila orang dekat.
Kat
sini juga ada orang buat servis ambil gambar dengan seagull. Aku tak pasti
bayarannya.
Lepas
rasa dah puas berjalan, kitorang pun decide nak keluar dan ke Yunnan University
pulak. Sekali lagi, tak tau arah walaupun lokasi Cuihu Lake ni dekat je dengan Yunnan
University. So tanya laa orang. Ada yang tahu ada yang tak tahu.
Okey,
keluar je dulu dari sini baru cari jalan.
Masa
nak keluar tu, ada dua orang popo ni senyum senyum je sambil pandang kitorang.
Kitorang pelik tapi senyum balik, courtesy kan. Lepastu popo ni datang kat
kitorang dan mula laa bercakap dan semestinya kitorang tak faham, kecuali bila
dia tanya asal mana.
Kitorang
jawab yang kitorang dari Malaysia, lepastu dok cakap "bu zhi dao, wo bu
dong" banyak kali, nak bagitau kat popo yang kitorang tak faham. Well,
those words are the only words that we know how to pronounce. Haha.
Popo
dua orang ni sengih je lepastu tunjuk-tunjuk baju kitorang sambil nak pegang.
Ooo
baru faham. Rupanya popo tu tertarik dengan baju yang kitorang pakai. Hehe.
Haaa,
harini kan hari last kitorang kat China jadi, kitorang decide nak pakai baju
kurung sepanjang hari. Saja laa nak fefeeling gadis Melayu terakhir gittewww. Lagipun,
cuaca kat sini okey sikit, dalam 14 °c. Taklaa
sejuk melampau bila berbaju kurung yang tak tebal mana tu. Tapi tetap pakai
jugak winter jacket sebab bila berangin, sejuk sampai ke tulang. Hehe.
Kitorang
layan jelaa popo tu cakap even memasing tak faham. Diorang cakap Mandarin,
kitorang bantai cakap Melayu. Janji cakap.
Sambil
tu ambil kesempatan tanya lokasi Yunnan University, dan popo pun tunjuk arah.
Lepastu kitorang pun cakap nak pergi sana, then say goodbye kat popo. Popo pun
senyum dan lambai. Masa ni kitorang macam nak ambil gambar dengan popo, tapi
entah kenapa cuma cakap tapi tak buat. Huhu.
Dari
arah popo tunjuk, kitorang pun menghala ke sana. Well, confuse and clueless are
our bestfriend. Last-last kitorang based on map yang kitorang prepare dan
agak-agak sendiri daripada papan penunjuk jalan kat situ.
Sambil jalan sambil Echa bagi balance makanan
yang bawak dari Malaysia kat orang-orang yang kitorang jumpa sepanjang berjalan
tu. Ada maggi, biskut. Daripada membazir, baik bagi kat diorang kan.
Echa bagi kat aunty yang tukang sapu jalan,
aunty ni eksaited sambil senyum-senyum. Then jumpa uncle buta yang tengah
tunggu customer untuk massage badan dan kaki, Echa hulur bungkusan makanan kat
tangan dia.
Yang uncle ni kesian dan sedih tengok keadaan
dia. Bila Echa nak bagi makanan tu, dia ingat Echa nak massage agaknya. Dia
tunjuk isyarat suruh duduk. Lepastu Echa cakap kat dia (nak bagitau Echa bagi
dia makanan), tapi dia tak faham. Then aunties tadi pun cakap Mandarin kat
uncle tu, bagitau yang Echa bagi dia makanan. Dia pun ambil dan cakap terima
kasih banyak kali.
The aunties and the uncle
Huuu syahdu pulak. But, it's good to see their
smile. :)
Jalan
punya jalan, akhirnya, jumpa juga dengan pintu gerbang masuk ke Yunnan
University. Fuh, hebat jugak kitorang ni rupanya dalam mencari jalan.
*Masuk
bakul angkat sendiri.*
Pintu gerbang masuk ke Yunnan University
Yunnan
University ni letaknya tak jauh pun dari Cuihu Lake. Dalam 10 minit berjalan
melalui kawasan perniagaan. Kawasan ni pun ambience macam best je, rasa tenang
dan relaks.
Memula
nak masuk kitorang teragak-agak sama ada boleh masuk ke tak. Sebab ada guard
yang jaga dan ada security scanning. Tapi lepastu tawakal, buat-buat macam
kitorang student kat situ.
*motif sangat ada
student bertudung muka melayu kat sini*
Kitorang
masuk ikut student lain.
Lepas.
Fuh. Lega.
Ternampak
security, rasa cuak takut kena tahan sebab masuk tanpa izin dan pas. So kitorang
pun buat-buat tanya apa tah kat diorang. Nasib baik diorang tak syak apa-apa
dan tak tahan kitorang. Heeee.
Kawasan
Yunnan University ni lawa sangat! Bangunan ada yang moden ada yang tradisional.
Sekeliling dipenuhi pokok-pokok yang tinggi dan hijau. Ada sesetengah kawasan
tu cantik sangat sebab ada pokok-pokok berwarna-warni macam musim luruh dan
musim bunga. Pakej rasanya kali ni, dapat rasa pelbagai musim dalam satu musim.
Gadis Melayu berbaju kurung di China ;p
Echa
memang nak datang sini dan suggestkan untuk masuk dalam iti, sebab salah satu
travelgoal dia adalah melawat universiti kat situ. Masa pergi Melbourne pun
dia pegi Universiti kat sana. Aku okey je sebab best jugak kan dapat tengok
situasi belajar kat tempat orang.
Kitorang
jenjalan je kat dalam tu pusing-pusing tengok persekitaran dan campus life kat
sini. Serius, best je tengok. Student siap buat study group kat atas rumput
duduk ramai-ramai. Ada yang kitorang tengok, tinggalkan je beg dan kertas
lukisan kat kawasan lapang. Jengah lukisan tu sebab kepochi kan. Lukisan tu
lawa! Nampak real.
Rasanya
banyak bergambar je kat dalam Yunnan University ni. Sebab cantik sangat! Ada
satu tempat tu masa kitorang nak bergambar, ada couple veteran ni nak bergambar
jugak. Atok tu setup tripod dengan kamera, then suruh popo tu masuk dalam frame
kamera dan pose. Lepas set timer, atok tu pun masuk sekali dan bergambar sama.
Such a sweet moment. :)
Kat belakang tu Atok & Popo tengah set nak
bergambar, Sweet :)
Dalam
sejam kat sini, kitorang pun decide nak balik walaupun sebenarnya belum puas
berjalan dan tak habis pusing. Tapi sebab nak kemas barang dan check out hostel
sebelum pukul 12, kitorang pun tinggalkan hati kat sini. Cheewahhh.
Cantik sangat kat sini!
Nak
balik naik bas, kitorang patah balik ke bus stop yang diturunkan tadi tu.
Mula-mula nak juga try ambil apa-apa bas yang berkemungkinan melalui Jin Ma
Fang, tapi risiko sesat dan salah naik bas tu tinggi, maka kitorang tak pilih
cara tu. Yela, kang sesat tak masal drag masa. Dah laa flight balik petang ni.
Sampai
kat bus stop, kitorang ambil bas No. 98 balik ke Jin Ma Fang, 30 minit selepas
tu sampai.
Jalan
laju-laju ke hostel. Sebenarnya kitorang dah terlewat dari waktu yang
sepatutnya. Sebab check out jam 12pm, tapi kitorang sampai kat hostel jam 1pm.
Aku
pun minta untuk checkout lambat dalam jam 2pm sebab kitorang nak bersiap dan
berkemas. Tapi hostel cakap boleh sampai 1.30pm je sebab diorang nak kemas
untuk orang lain nak check in.
Congak
masa, cukup kot 30 minit. Aku pun cakap okey dan kitorang terus balik bilik
laju-laju.
Kemas
barang, kemas bilik sikit dan make sure semua barang lengkap tak ada yang
tertinggal. Check bilik for the last time. Kalau tertinggal naya wehhh.
Bye bilik!
Dalam
jam 1.20pm, kitorang keluar meninggalkan bilik terakhir di bumi Yunnan ni. Checkout
dan pulang kunci, ambil balik duit deposit, and say bye to this hostel.
Jangan sekodeng!
Keluar
hostel, singgah kejap kedai roti Halal yang haritu, nak beli sikit bawak balik.
Duit ada baki banyak lagi, so beli jelaa sebab roti kat sini sedap.
Banyak
jugak aku beli. Roti, tat telur, kek. Hah gigihla nak usung jauh-jauh kan semua
ni.
Lepas
membeli, kitorang pun jalan ke Zhengyi Road.
Flight
kitorang jam 5.45pm. So, ada banyak masa lagi dan kitorang pun decide nak naik
bas & subway. Sama cara macam masa datang haritu.
Kali
ni kena ambil bas K9 dari Zhengyi Road untuk ke East Bus Station. Kat sini laa
dugaan nak cari bus stop.
Banyak
sangat bus stop, sampai confuse mana yang patut pergi. Berpusing-pusing kat
main area Zhengyi Road tu. Dah laa bawak beg gedabak, baju kurung lagi, penat
gila kot, semput. Aku rasa masa ni mood memang ke laut la. Haha.
Jalan
dan tanya orang, rupanya bus stop K9 kena jalan terus jeee dari main area tu,
melalui masjid yang kitorang pergi malam tadi. Dalam 15 minit berjalan dari Jin
Ma Fang Square kalau tak salah jalan. Aku rasa masa tu kitorang sesat cari bus
stop dekat 30 minit kot. Drag masa kat situ. Bertabah jela.
Jalan
punya jalan, jumpa jugak akhirnya. Bus stop ni terletak kat tengah-tengah antara
jalan raya dengan shopping area. Kena hati-hati sebab boleh jadi tetiba je skuter
ada kat belakang korang dan nyaris langgar, lagi pulak skuter kat sini takde
bunyi.
Check
board kat situ nak pastikan betul ke bas K9 lalu situ. Tanya orang juga just
nak pastikan.
Okey
confirm. Tunggu bas dengan penuh rasa cuak takut tak sempat sampai airport on
time.
Dalam
10 minit menunggu, bas sampai akhirnya. Bayar tambang RMB2 dan terus naik cari
seat nak duduk. Dalam sejam perjalanan, weols tak sanggup berdiri. Masa ni
rasanya macam too selfish, tak peduli apa janji weols dapat duduk. Haha.
(Jangan tiru perangai ni. Kadang-kadang takpe).
Lepas
sejam, akhirnya, sampai juga kat East Bus Station. Lega.
Terus
ke Metro Station yang terletak berhadapan je dengan East Bus Station untuk
ambil Metro Line 6. Jalan laju-laju ke stesen dan terus menuju ke mesin tiket
sebab nak beli tiket kat mesin. Tapi tak reti la pulak.
Beli tiket kat sini.
Mujur
ada sorang polis bantuan ni datang dan tolong kitorang belikan tiket. Dapat je
beli tiket dan cakap terima kasih, kitorang pun terus masuk ke kawasan metro.
Haa
just nak bagi info, metro stesen ni tak laa besar sangat dan agak lengang. Tak
ramai pengguna metro ni sebab metro ni cuma hubungkan Kunming International
Airport dengan East Bus Station. So taklaa berebut nak beli tiket dan naik
metro ni.
Mesin
tiket ni ada banyak dan berdepan dengan tempat masuk ke kawasan metro. Tempat
menunggu metro pulak kat bawah tanah.
Macam LRT kat Malaysia je.
Kitorang
turun ke bawah dan dapat je kerusi, terus duduk tak fikir apa dah. Gaya macam
teghuk bebeno je kan. Hahhaaa.
Metro Line 6 at our back
Tunggu
metro ni tak lama. Dalam tak sampai 15 minit kot. Metro sampai dan tak ramai
sangat yang turun. Yang naik pun tak ramai.
20
minit perjalanan ke airport, kitorang habiskan dengan menghayati pemandangan
sepanjang perjalanan. Gonna miss the view, the weather, everything. Sobs.
Sampai
kat airport jam 2.50pm. Cepat je kan naik metro ni. Senang pulak tu sebab murah
dan terus sampai kat dalam airport.
Kitorang
terus naik ke tingkat 3 sebab nak drop beg dan check in.
Haa
nak ingatkan juga, walaupun kita dah check in siap-siap, tapi tetap kena pergi
kaunter untuk check in dan dapatkan flight pass yang baru. Flight pass ni
dikeluarkan oleh airport sendiri, tak sama dengan pass yang kita print tu.
Kaunter
tak buka lagi dan cuma akan buka 2 jam sebelum fly. Maksudnya jam 3.30 petang
baru kaunter buka.
Lama
lagi ni.
Teringat
belum solat lagi, so kitorang pun turun dulu kat surau kat tingkat 2.
Kunming
Airport ada surau? Biar betul?
Ya,
betul. Ada surau disediakan kat sini. Kat tingkat 2, berdekatan dengan
Starbucks Coffee. Lokasi agak tersorok sikit so kena alert masa lalu antara
kedai tu. Kat pintu ada simbol surau.
Simbol Surau kat pintu
Ruangan dalam surau
Surau
ni tak asingkan jemaah. So, guna bersama lelaki perempuan. Payah sikit kan bab
nak jaga aurat, tapi kira okey laa sebab ada tempat yang proper untuk Muslim.
Surau
ni tak besar sangat. Rasanya boleh muat dalam 30 jemaah satu-satu masa.
Telekung dan sejadah disediakan, kitab dan Al-Quran pun ada. Cuma kondisi tak
berapa elok dan tak begitu kemas. Mungkin sebab jarang digunakan dan jarang dibersihkan.
Masuk
surau, kitorang letak beg kat bahagian belakang. Aku bergilir dengan Echa untuk
ambil wuduk. Wuduk kena ambil kat toilet berdekatan surau sebab tak ada tempat
wuduk kat dalam surau. Kitorang bawak botol sekali untuk mudahkan basuh kaki.
Tapi rupanya kat dalam surau dah disediakan cerek plastik untuk kegunaan wuduk.
Kitorang yang tak perasan.
Masa
kitorang bersiap nak solat, tiba-tiba ada seorang lelaki masuk. Terkejut jugak
sebab ingatkan kitorang je yang nak masuk sini. Dia pun macam terkejut tengok
kitorang. Rupanya dia pun nak solat jugak.
Dia
masuk dalam surau, lepastu keluar. Tak lama lepastu dia masuk semula. Agaknya
tadi dia pergi ambil wuduk agaknya.
Aku
perhati je dia. Teruja kan nak tengok saudara se-Islam berlainan bangsa jalankan
ibadah. Padahal sama je.
Dia
solat kat saf depan. Kitorang pulak solat bergilir kat bahagian belakang.
Lepas
solat dia keluar. Kitorang stay kat situ sekejap rehat.
Dalam
jam 3.40 pm, kitorang naik semula ke tingkat 3 untuk drop beg dan check in.
Mujur kitorang tak terlalu lambat, tak laa kena beratur panjang. Masa ni juga
terjumpa akak tadi. Sambil tunggu sambil borak, rupanya dia dari Sabah dan
kerja kat Kelantan. Chinese convert. Dia cakap kitorang ni berani sebab sanggup
travel kat negara yang susah nak berkomunikasi. Macam dia, senang sikit sebab
dia boleh cakap Mandarin. Kembang kejap laa hati bila kena puji tapi lepastu
kempis balik bila fikir cabaran yang kitorang dah lalui. Hewhewhew.
Selesai
check in semua tu, kitorang jalan kejap kat area airport ni. Haritu tak sempat
nak explore. Dah penat, duduk kat depan departure hall dan makan roti yang beli
tadi. Lapar gilaaa sebab last makan waktu breakfast tadi.
Dalam
jam 4.50pm, kitorang pun masuk kat departure hall. Flight berlepas dalam jam
5.45pm.
Sekali
lagi, cuma aku dengan Echa je Melayu yang ada kat dalam flight ni. Akak tadi
tak kira la ek sebab dia Chinese.
Leaving Yunnan. :(
Dalam
flight, banyak tidur je. Makan tidur, pergi toilet, sambung tidur.
Dan selepas
4 jam, sampai ke bumi tercinta, Malaysia tepat jam 9.45pm. Jejak je kaki kat
KLIA2, terus rasa panas dah tak sejuk macam kat China. lol.
Oh
Malaysiaku tercinta. I'm back babyyyy!
Kos Day 10 :
1. Bas No. 98
(return) - RMB1
2. Breakfast - RMB
12
3. Bus K9 to East
Bus Station - RMB2
4. Metro Line 6 -
RMB5
Total : RMB20 (not
included bread etc)
No comments:
Post a Comment